Professional Documents
Culture Documents
1. Ketibaan para jemputan dan ibu Diumumkan ketibaan Yang Berhormat Senator Dato’ Mohd Najeeb bin Abdullah
bapa Ahli Dewan Negara diiringi Guru Besar Sekolah Kebangsaan Jijan ke tempat duduk
utama. Semua hadirin dipersilakan berdiri.
Nyanyian lagu Negaraku, Lagu Bagi memulakan majlis, marilah sama-sama kita menyanyikan lagu Negaraku dan
kebesaran Negeri Sembilan. Lagu Kebesaran Negeri Sembilan.
Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, marilah sama-sama kita mengaminkan
bacaan doa yang akan diketuai oleh Al-Fadhil Ustaz Ali Bathur bin Abu Bakar.
Dipersilakan.
*Amin, amin Ya Rabbal Alamin. Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas
bacaan doa sebentar tadi.
Yang Berhormat Senator Dato’ Mohd Najeeb bin Abdullah Ahli Dewan Negara,
Yang Dihormati Yang Dipertua PIBG SK Jijan, Tuan Haji Roshizan b. Zakaria,
Yang Berusaha En. Azman B. Zainuddin wakil Pegawai Pelajaran Daerah
Seremban, Yang Berusaha En. Yahya b. Mohamad selaku Guru Besar SK Jijan,
Guru-guru penolong kanan, guru-guru, Ajk PIBG SK Jijan, yang dihormati ibu-
bapa, seterusnya murid-murid yang dikasihi sekalian.
Tujuan majlis hari anugerah ini diadakan adalah untuk menghargai pencapaian
murid-murid yang mendapat keputusan yang cemerlang dalam bidang akademik dan
kokurikulum sepanjang tahun 2010 ini.
4. Ucapan Guru Besar Hadirin yang dihormati,
*Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Tuan Guru besar atas ucapan alu-
aluan itu tadi.
Majlis diteruskan lagi dengan mempersilakan Yang Di Pertua PIBG SK Jijan Tn. Hj.
Roshizan b. Zakaria untuk menyampaikan ucapan. Dengan segala hormatnya
dipersilakan.
*Terima kasih diucapkan kepada YDP PIBG atas ucapan beliau sebentar tadi.
6.
Ucapan Perasmian majlis Anugerah Hadirin yang dihormati, izinkan kami memperdengarkan pantun seterusnya.
Cemerlang
Buah langsat di tepi busut,
Mari dimuat di dalam peti,
Besar hajat kami menjemput,
Besar niat di dalam hati.
***
Tuan berbudi tidak terperi,
Hulurkan madah kata perasmi,
YB Senator Dato’ Mohd Najeeb kami segani,
Kesudian Yang Berhormat Dato’ kami hargai.
Hadirin yang dihormati sekalian, rasmilah sudah majlis kita pada pagi ini. Majlis
merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kesudian Yang Berhormat Senator
Dato’ Mohd Najeeb bin Abdullah sebentar tadi.
Penyampaian hadiah : Seterusnya, tibalah kita ke acara Penyampaian Anugerah kepada murid-murid yang
7.
menunjukkan kecemerlangan dalam bidang akademik dan kokurikulum.
Penyampaian sijil:
Pengawas, pustakawan, Oleh itu, bagi menyempurnakan acara, dijemput Yang Berusaha Tuan Guru Besar
ketua kelas dan penolong mengiringi Yang DI Pertua PIBG SK Jijan Tn. Hj. Roshizan b. Zakaria ke
ketua kelas. pentas utama untuk menyampaikan anugerah.
Dipersilakan adik Megat Wafiq Ilyasa’ bin Megat Putera Nizam selaku Ketua
Pengawas mewakili para pengawas SK Jijan sesi 2010 untuk menerima sijil
penghargaan.
*** Seterusnya ialah penyampaian anugerah bagi Mata Pelajaran Terbaik Sesi
Pagi mengikut kelas.
Mata Pelajaran Terbaik Sesi ******(Rujuk Lampiran)******
Pagi
*** Seterusnya ialah penyampaian anugerah bagi Mata Pelajaran Terbaik Sesi
Kelas Agama Petang mengikut kelas.
Mata Pelajaran Terbaik Sesi
Kelas Agama Petang ******(Rujuk Lampiran)******
* Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berbahagia Tn. Haji
Roshizan b. Zakaria atas kesudian beliau menyampaikan anugerah sebentar tadi.
8.
Penyampaian Anugerah Empunya diri sering disebut,
Bila ketawa tampak meriah,
Bukan jemput sebarang jemput,
Mohon Yang Berhormat Dato’ menyampaikan anugerah.
Oleh itu, dengan rasa rendah diri, pihak majlis memohon kesudian Yang
Berhormat Senator Dato’ Mohd Najeeb bin Abdullah Ahli Dewan Negara ke
pentas utama sambil diiringi oleh Yang Dipertua PIBG dan Tuan Guru Besar bagi
menyampaikan anugerah seterusnya.
Kedudukan dalam kelas *** Anugerah seterusnya ialah kedudukan dalam kelas sesi pagi bagi tahun 1
tahun 1 hingga tahun 6 hingga tahun 6.
( sesi pagi)
Bagi kelas tahun 1 Delima di jemput :
1. ____________________________
**Murid ini juga menerima Anugerah Mata Pelajaran terbaik bagi
matapelajaran __________________________________.
Kedudukan dalam kelas *** Anugerah seterusnya ialah kedudukan dalam kelas sesi kelas agama petang
tahun 1 hingga tahun 5 bagi tahun 1 hingga tahun 5.
( sesi kelas agama petang)
Bagi kelas tahun 1 di jemput :
2. ____________________________
**Murid ini juga menerima Anugerah Mata Pelajaran terbaik bagi
matapelajaran __________________________________.
Cenderamata kepada murid ***Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian cenderamata kepada Murid
5A UPSR. Cemerlang 5A dalam UPSR 2010.
Menjawat jawatan sebagai pengawas perpustakaan selama 3 tahun dan pada tahun
ini beliau telah dilantik menjadi penolong ketua pengawas perpustakaan. Sepanjang
bersekolah di sini beliau telah menunjukkan akhlak yang baik kepada guru-guru
serta rakan-rakan. Sikap yang ditunjukkan oleh beliau menjadikan beliau disenangi
oleh guru dan rakan.
Beliau yang dimaksudkan ialah adik Mohd Hamidi Bin Norizan. Dijemput ibu adik
Mohd Hamidi Bin Norizan untuk mengiringi beliau naik ke pentas dan seterusnya
menerima hadiah.
Dalam bidang akademik beliau telah mencapai nilai purata terbaik sejak tahun 1
hingga tahun 6. Selain itu, beliau telah Berjaya memperolehi 5A dalam peperiksaan
Ujian Penilaian Sekolah Rendah yang telah diumumkan.
Anak kedua daripada dua beradik ini telah menjawat jawatan sebagai pengawas
sejak tahun 2007 dan kemuncak jawatannya ini beliau telah menjawat jawatan
sebagai penolong ketua pengawas pada tahun ini.
Selain cemerlang dalam bidang akademik beliau juga aktif dalam bidang
kokurikulum. Beliau telah mewakili sekolah dalam pertandingan futsal yang
diadakan di SMK Dato Klana Putra. Selain itu, beliau menjawat pelbagai jawatan
dalam bidang kokurikulun. Antaranya ialah Penolong Ketua Rumah Sukan bagi
Rumah Hijau, Pengerusi Kelab Bola Jaring, Pengerusi Puteri Islam Dan AJK
Persatuan Matematik Dan Sains.
Sesungguhnya pencapaian-pencapaian ini membolehkan beliau dinobatkan sebagai
Tokoh Murid Perempuan bagi tahun ini. Beliau yang dimaksudkan ialah adik Siti
Nur Hafizah Binti Naharudin Akmal
Dijemput ibu bapa adik Siti Nur Hafizah Binti Naharudin Akmal untuk mengiringi
beliau naik ke pentas dan seterusnya menerima hadiah.
Tahniah diucapkan kepada semua penerima anugerah pada hari ini. Semoga dengan
penganugerahan ini akan sentiasa membakar semangat untuk terus maju dalam
pelajaran serta menjadi contoh teladan kepada murid lain.
9.
Pencapaian Cenderamata Seterusnya acara penyampaian cenderamata jasamu dikenang. Penghargaan ini
Penghargaan Jasamu Dikenang diberikan kepada guru-guru dan kakitangan yang pernah berkhidmat di sekolah ini.
Dijemput:
En. Ahmad bin Harun.
Beliau merupakan Guru Besar yang berkhidmat di sekolah ini bermula tahun
2004 hingga 2009.
En. Azman bin Zainuddin.
Beliau merupakan Guru Penolong Kanan 1 yang berkhidmat di sekolah ini
bermula tahun 1985 hingga 2010.
En. Yusof bin Yaakub.
Beliau adalah Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid yang berkhidmat di
sekolah ini bermula tahun 2001 hingga 2010.
Penyampaian Cenderamata kepada Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Berhormat Senator
VIP Dato’ Mohd Najeeb bin Abdullah atas kesudian Yang Berhormat Dato’
menyampaikan anugerah sebentar tadi.
Oleh itu, dipersilakan Yang Dipertua PIBG Tn. Hj. Roshizan b. Zakaria mengiringi
Tuan Guru Besar En. Yahya b. Mohamad untuk menyampaikan cenderamata kepada
Yang Berhormat Senator Dato’ Mohd Najeeb bin Abdullah.
Penutup Subur padi Allah kurnia,
10.
Hidup mula di dalam air,
Sudah menjadi lumrah dunia,
Setiap yang bermula akan berakhir.
Dengan penuh takzim pihak majlis mempersilakan Yang Berhormat Senator Dato’
Mohd Najeeb bin Abdullah Ahli Dewan Negara sambil diiringi oleh Wakil Pegawai
Pelajaran Daerah, Yang Dipertua PIBg dan Tuan Guru Besar menjamu selera.
Hadirin hadirat turut dijemput untuk menjamu selera yang disediakan oleh pihak
sekolah di khemah yang disediakan.