You are on page 1of 43

BAB 2

BAHASA DALAM
KOMUNIKASI
 
PENGENALAN

Aspek-aspek perbincangan:
 definisi bahasa dan komunikasi,

 bentuk dan ciri umum komunikasi,

 aspek-aspek lisan yang perlu diberi perhatian,

 komunikasi lisan dan bertulis serta kesalahan umum

bahasa.
Bahasa telah digunakan oleh manusia untuk
berkomunikasi, malah menjadi asas utama
peradaban manusia hingga ke hari ini.
Peringkat awal, lisan dan lambang
memainkan peranan utama. Seterusnya
menerusi evolusi bahasa, muncullah
tulisan yang digunakan sebagai sistem
interaksi dan komunikasi manusia.
Tulisan telah melengkapkan kita
dengan sesuatu ingatan yang luas,
kekal dan umum.
DEFINISI BAHASA
“ Bahasa ialah sistem lambang bunyi
suara yang dipakai sebagai alat
perhubungan dalam lingkungan satu
kelompok manusia atau percakapan
yang baik, tingkah laku yang baik,
sopan santun” (Noresah Baharom,
2000).
Menurut ahli linguistik struktural
pula “bahasa ialah lambang-lambang
pertuturan yang arbitrari, bersistem
dan digunakan oleh anggota
masyarakat untuk berkomunikasi”.
 Nik Safiah Karim (1981) menyatakan
bahawa “bahasa adalah satu sistem
lambang pertuturan yang arbitrari yang
digunakan oleh manusia sebagai alat
untuk berhubung” (h.12).
Carroll (1963), melihat bahasa dari sudut
linguistik.
Menurut beliau, “bahasa adalah satu
sistem berstruktur daripada bunyi-bunyi
vokal dan urutan bunyi-bunyi yang
dipakai sewenang-wenangnya atau
digunakan untuk berkomunikasi oleh
sekumpulan manusia”.
Kesimpulan
Bahasa ialah sistem lambang bunyi
suara yang diguna sebagai alat
perhubungan ataupun bahasa juga ialah
lambang-lambang pertuturan yang
arbitrari (sewenang-wenangnya),
bersistem dan digunakan oleh anggota
masyarakat untuk berkomunikasi
DEFINISI KOMUNIKASI
Menurut Schrammn (Ahmad Kamil Mohamed,
1992) “mendefinisikan komunikasi sebagai
usaha untuk berkongsi maklumat, satu idea dan
sikap”.

Contoh: Si Ahmad ada satu maklumat dia


sampaikan maklumat kepada Ali. Ahmad akan
berkongsi maklumat yang dia ada dengan Ali. Ali
akan memberi respon terhadap maklumat
Ahmad dengan memberikan idea.
 Menurut beliau lagi, komunikasi
memerlukan tiga elemen, iaitu sumber,
mesej dan destinasi. Komunikasi adalah
satu organisme kepada satu
rangsangan (stimulus).
Sumber Mesej Destinasi
Komunikasi berlaku apabila gangguan
persekitaran (rangsangan) mempengaruhi
satu organisme dan orang tersebut
berbuat sesuatu terhadapnya.
Sekiranya rangsangan itu tidak
dipedulikan oleh seseorang, jadi tidak
akan berlaku komunikasi.

Kalau kita bercakap tidak ada respon


maka tidak wujud komunikasi
Menurut Williams (1984), kita sebenarnya
tidak boleh bertukar makna secara
langsung .

Kita hanya boleh bertukar simbol secara


fizikal seperti dalam perbualan atau
penulisan atau dengan cara yang lebih
kompleks, iaitu seperti bahan penerbitan,
penyiaran, perfileman dan masej dalam
peralatan elektronik.
Menurut Sillars (1988), ramai orang
merasakan bahawa oleh kerana
komunikasi adalah tentang
penyampaian masej, ketepatan
bahasa yang digunakan tidak penting
asalkan mesej itu sampai.

Betul atau tidak?


Kesimpulan.
Bahasa adalah perkaitan di antara bunyi
percakapan atau bentuk penulisan dengan
makna yang dikehendaki penggunanya.
Bahasa adalah perantaraan dalam proses
komunikasi manusia. Selain itu, bahasa
memainkan peranan utama dalam
perkongsian maklumat antara sumber,
mesej dan destinasi.
 
JENIS KOMUNIKASI
Komunikasi berlaku dalam pelbagai bentuk
sama ada melalui komunikasi lisan atau
komunikasi bukan lisan .
Bahagian yang terlibat dalam komunikasi
lisan ialah mulut, iaitu ketika proses
pembentukan suara atau perkataan.

Selain itu, bahagian komunikasi tanpa lisan


pula ialah seluruh tubuh pengucap seperti
kepala, mata, tangan, badan, nada suara serta
mimik muka ( Abdul Mua’ti Ahmad 1994).
Ahmad Kamil Mohammed (1992), secara
umumnya membahagikan bentuk
komunikasi kepada lima bentuk yang
utama seperti berikut:

a) Komunikasi Lisan
Komunikasi lisan adalah cara
berkomunikasi dengan melahirkan
perkataan-perkataan daripada mulut.
Komunikasi lisan dapat berlaku secara
langsung apabila dua orang berbual
secara bersemuka.
b) Komunikasi Persuratan
Komunikasi persuratan memulakan
era tamadun bagi sesuatu bangsa.
Komunikasi persuratan memerlukan
tumpuan kepada proses komunikasi
intraperibadi.Di sini, seseorang itu
perlu berfikir sebelum melahirkan
sesuatu dengan agak serius.

Bentuk-bentuk komunikasi jenis ini


termasuklah nota tidak rasmi,
memo, surat, pekeliling, borang,
laporan dan sebagainya.
c) Komunikasi Visual
Komunikasi visual menggunakan
gambar atau ilustrasi dan lukisan. Pada
hari ini, komunikasi visual semakin
meluas penggunaannya kerana lebih
berkesan.

Iklan di dalam majalah, brosur, dan


papan iklan semuanya menggunakan
kaedah komunikasi visual.Terdapat dua
jenis komunikasi visual, iaitu:
komunikasi grafik dan imej bergerak.
d) Komunikasi Wahyu
Komunikasi wahyu adalah bentuk
komunikasi tuhan kepada manusia. Mesej
yang disampaikan dibawa oleh rasul
dalam bentuk kitab seperti Zabur, Taurat,
Injil, dan Al-Quran.
Mesej yang disampaikan itu menjadi
petunjuk dalam kehidupan manusia dan
menjadi satu cara hidup atau yang
disebut juga dengan istilah agama.
e) Komunikasi Isyarat
Dalam komunikasi jenis ini, makna dilahirkan
melalui bunyi, pergerakan anggota, mimik
muka, pergerakan badan, objek atau
sebarang rupa bentuk yang di luar daripada
penggunaan oleh sistem bahasa yang formal.

Komunikasi isyarat mempunyai makna yang


berbeza mengikut budaya bangsa yang
menggunakannya.
ASPEK-ASPEK KOMUNIKASI
Alasan yang utama mengapa kita pelajari
teknik komunikasi lisan yang berkesan ialah
untuk mengetahui bagaimana komunikasi itu
efektif.

Misalnya, terhadap suatu isi pesan (message


content ) yang kita ucapkan, kita ingin dapat
meramalkan kesannya yang akan timbul pada
pihak penerimanya.
Penguasaan Tatabahasa

Penguasaan tatabahasa merupakan salah satu


teknik komunikasi lisan yang penting. Penguasaan
tatabahasa bererti pemahaman perucap tentang
selok-belok struktur dan sistem bahasa yang
dipelajari. Kemahiran tatabahasa akan
memudahkan seseorang itu menguasai atau
mempunyai pengetahuan tentang
perbendaharaan kata, morfologi, sintaksis,
semantik, dan fonologi
 Melalui penguasaan tatabahasa perucap akan
berjaya mengucapkan atau melahirkan
pengucapan yang betul dan berkesan serta
mudah difahami (Kamarudin Hj. Husin, 1986).
Kebolehan menguasai sosiobudaya.

Bahasa mesti dituturkan dengan intonasi


dan struktur yang betul dan ini menjamin
proses komunikasi yang berkesan dan
sekiranya pengetahuan atau kecekapan
sosiobudaya tidak dimiliki oleh seseorang
perucap itu, akan wujudkan kesukaran
dalam dirinya untuk menguasai kemahiran
berkomunikasi.
Kebolehan menguasai wacana.

Wacana dalam konteks komunikasi


bermaksud kemahiran menggunakan
ayat dengan baik dan berkesan serta
mudah difahami oleh pihak yang
mendengar. Kemahiran menguasai
wacana seringkali menghasilkan
perucap yang baik dan senang
didengar.
Intonasi dan Nada Suara.

Intonasi dan nada suara merupakan aspek


yang tidak kurang penting dalam
pengucapan. Alunan dan tekanan nada
seharusnya selari dengan apa yang
diucapkan. Intonasi dan nada suara yang
mendatar tidak dapat menarik perhatian
pendengar yang mendengarnya.
Kelancaran dan Kefasihan
Aspek kelancaran dan kefasihan merujuk
kemampuan perucap mengucapkan bahasa
dengan lancar dan fasih.

Ini bererti perucap yang tidak mampu


menggarap bahasa dan menterjemahkannya
dalam bentuk pengucapan akan melahirkan
pengucapan secara yang teragak-agak,
tersekat-sekat dan terlalu banyak hentian.
Tekanan

Tekanan adalah satu cara menyebut


perkataan, frasa atau ayat dengan
memberikan tekanan pada tempat-tempat
tertentu. Biasanya, tekanan itu dilakukan
pada suku kata dan ia bertujuan untuk
menandakan keras atau lembut sesuatu
pengucapan itu.
Laras Bahasa

Laras bahasa dalam konteks ini bererti


kemampuan seseorang perucap
menggunakan bahasa dalam berbagai-bagai
konteks, suasana atau situasi yang sesuai.
KOMUNIKASI LISAN
Dalam pengajaran dan pembelajaran
bahasa, setiap orang haruslah diberi
peluang melibatkan diri dalam
berinteraksi dengan orang yang
sudah cekap menggunakan bahasa.
TEKNIK YANG SERING
DIGUNAKAN :

BERCERITA
BERSYARAH
BERBINCANG
BERSOAL JAWAB
PENGUCAPAN AWAM
Komunikasi Telefon
Telefon adalah alat untuk bercakap dengan
orang yang jauh (Noresah Baharom, 2000).
Komunikasi bermaksud perhubungan secara
langsung atau dengan perantaraan surat,
radio, telefon dan lain-lain (Noresah
Baharom 2000).
Kesimpulan
Melalui perbincangan teknik-teknik
komunikasi lisan yang disajikan, kita akan
dapat memahami proses komunikasi lisan
yang lebih mendalam. Komunikasi lisan
dilakukan secara lisan dalam pelaksanaan
kerja.
Teknik komunikasi lisan yang berkesan
adalah suatu komunikasi lisan yang
memerlukan persefahaman antara penerima
dan pengirim dalam menyampaikan
maklumat yang utama antara individu.
Komunikasi bertulis dilakukan dalam bentuk
formal untuk memberi arahan dan
memohon perkara rasmi.
Ia melibatkan penggunaan bahasa,
tatabahasa, struktur ayat dan gaya
penulisan dalam pelbagai situasi untuk
individu atau kumpulan.
Bahagian ini akan menekankan beberapa
perkara yang berkaitan dengan komunikasi
bertulis.
KOMUNIKASI BERTULIS

Komunikasi bertulis bermaksud


perkataan atau istilah yang dipilih
mewakili idea yang terjana dalam
minda dituliskan dalam bentuk
karakter huruf.
KOMUNIKASI BERTULIS
 SURAT
 MEL ELEKTRONIK
 MEMO
 PEKELILING
 SIARAN AKHBAR
CARA MEMPERBAIKI KOMUNIKASI
Semua jenis komunikasi yang berkesan
menggunakan bahasa yang betul. Bahasa
yang betul bermaksud bahawa semua
aspek dalam bahasa seperti ejaan,
perkataan dan ayat adalah betul menurut
kosa kata Melayu yang telah ditetapkan.
CARA MEMPERBAIKI
KOMUNIKASI
 PERKATAAN
 AYAT

Contoh:
a) Nazrin memancing ikan. ( aktif)
Ikan dipancing oleh Nazrin. (pasif)
 Bentuk aktif digemari kerana
mudah difaham, ayat lebih pendek
dan penegasan makna.
Kesalahan Umum Bahasa

Bahasa Melayu penulisan memang


berbeza daripada bahasa Melayu
pertuturan. Perbezaan itu kerap disebut
‘kesalahan umum’ dan dapat dilihat dalam
beberapa aspek seperti ejaan,
penggunaan perkataan, pengimbuhan
dan ayat.
 Dari daripada
Saya berasal daripada Somalia.
Meja itu diperbuat dari kayu cengal.
 Ke kepada

 Kebanyakan kebanyakkan

 Adalah ialah

 Pelbagai berbagai
KESIMPULAN
Bahasa memainkan peranan yang penting dalam
komunikasi lisan dan bertulis. Kesalahan
berbahasa boleh menyebabkan berlakunya
kekeliruan terhadap mesej yang ingin
disampaikan.
Secara amnya, menjadikan bahasa Melayu
sebagai alat komunikasi adalah wajib dan
munasabah terutamanya di Malaysia.
 Masyarakat Melayu seharusnya tidak
boleh memandang remeh terhadap
kemampuan bahasa Melayu. Ini kerana
melalui pelbagai jenis alat komunikasi
lisan dan bertulis, bahasa Melayu dapat
digunakan dengan baik dan mampu
mendokong makna dengan berkesan.
 Terima kasih..

 Selamat malam….

You might also like