You are on page 1of 83

KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)

1.0 PENGENALAN

Dalam kehidupan sehari-harian, kita menggunakan bahasa sebagai alat


perhubungan untuk berkomunikasi dengan orang di sekeliling kita. Bahasa menjadikan
urusan kita menjadi mudah dan tanpa bahasa, kita tidak dapat berkomunikasi dengan
orang lain bagi menyampaikan kehendak, perasaan, pendapat, pengalaman, buah
fikiran, pengalaman, pengetahuan, mendapatkan informasi dan menambahkan ilmu
pengetahuan serta memahami orang lain di sekeliling kita. Tanpa bahasa siapalah kita,
kerana bahasa melambangkan bangsa.
Secara formalnya, pembelajaran bahasa berlaku di sekolah. Pendidikan menjadi
wadah utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini menyebabkan
penguasaan bahasa adalah lebih ketara dalam bidang pendidikan yang penuh dengan
cabaran ini. Bahasa digunakan dalam interaksi lisan antara guru dengan murid. Ini jelas
dibuktikan dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah dan sekolah
menengah. Aspek-aspek kemahiran bahasa amatlah ditekankan melalui aktiviti-aktiviti
dan kemahiran yang dilaksanakan oleh guru-guru. Objektifnya ; untuk memastikan
setiap pelajar dapat menguasai kebolehan mendengar, bertutur, membaca dan menulis
dengan baik dan lebih mantap bagi melahirkan barisan generasi baru yang celik ilmu
selari dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Oleh yang demikian, sudah tentu sekali guru bahasa Melayu memainkan
peranan yang penting bagi menggalas tanggungjawab menyampaikan pengajaran
bahasa dengan berkesan agar pelajar dapat menguasai bahasa dengan baik. Guru
juga menjadi medium penentu kejayaan pelajar dalam penguasaan bahasa. Ab.
Rahman Ab. Rashid, Yap Kim Fatt dan Ab. Rahim Selamat (1997) menggariskan empat
peranan guru bahasa Melayu iaitu sebagai perancang pengajaran dan pembelajaran;
penggerak dan pendorong pengajaran dan pembelajaran; pembimbing murid; dan
pemupuk semangat dan pembentuk sahsiah murid.
Justeru, pembentukan guru-guru bahasa yang dikehendaki dan dapat
melaksanakan peranan dan tanggungjawab seperti yang disebutkan hendaklah
bermula daripada peringkat institut. Guru-guru pelatih hendaklah didedahkan dengan
pelbagai kaedah pengajaran bahasa yang sesuai untuk diaplikasikan di dalam
pengajaran dan pembelajaran apabila mereka sudah bergelar guru suatu hari nanti.

1
KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)

Oleh itu, pelaksanaan kursus Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
( BMM 3117 ) adalah satu usaha yang amat berguna kepada setiap guru pelatih bagi
mempersiapkan bekalan mereka untuk mengajar anak-anak murid pada masa akan
datang.
Dalam tugasan kerja kursus projek Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah
rendah ini, mengenalpasti teori-teori huraian dan pemerolehan bahasa, definisi dan
konsep strategi, pendekatan, kaedah dan teknik yang menarik dalam pengajaran
bahasa serta menyediakan satu penyediaan Rancangan Pengajaran Harian.
Rancangan Pengajaran Harian hendaklah disediakan dengan mengambilkira
pendekatan, kaedah dan teknik yang menarik untuk diaplikasikan dalam satu sesi
pengajaran selama 60 minit. Objektif tugasan ini adalah termasuk dalam modul
pembelajaran kursus Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah ini.

2.0 TEORI-TEORI HURAIAN BAHASA

Pengajaran bahasa merupakan tugas amali yang kompleks. Hal ini kerana ianya
digunakan untuk menyelesaikan masalah-masalah pengajaran dan pembelajaran.
Dalam mendefinisikan bahasa, para ahli linguistik telah memberi pandangan yang
berbeza-beza berdasarkan kajian yang telah mereka lakukan. Tiap-tiap mereka telah
mentakrifkannya dengan susunan perkataan dan ayat yang berlainan. Walau apa pun
yang telah diperkatakan oleh tiap-tiap definisi itu, dapatlah dikatakan bahawa konsep
tatabahasa itu merupakan satu set peraturan yang terdapat dalam sesuatu bahasa.
Terdapat empat teori huraian bahasa yang telah digunakan dalam pengajaran dan
pembelajaran iaitu teori tradisional (Panini), teori analisis struktural (Bloomfield), teori
analisis transformasi-generatif (Chomsky) dan teori fungsional (Halliday).

2
KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)

2.1 Teori tradisional ( Panini )

Teori huraian bahasa yang pertama yang akan dibincangkan ialah teori
tradisional yang dikonsepsikan oleh Panini bermula pada sejak zaman silam Yunani
iaitu abad ke-5 S.M. Tatabahasa pd masa ini adalah salah satu cabang falsafah yg
membantu ahli falsafah mengkaji tabii alam. Teori ini kemudiannya berkembang ke
Eropah pada zaman pertengahan dan seterusnya meresap ke dalam beberapa bahasa
lain. Huraian tatabahasa yang dibuat oleh ahli-ahli falsafah Yunani ini adalah
berasaskan logika. Plato (429-437 S.M) telah membahagikan golongan kata kepada
dua iaitu kata nama dan perbuatan. Pembahagian ayat adalah berdasarkan fungsi
bahagian ayat tersebut. Ayat didefinisikan sebagai ucapan yang mengandungi fikiran
yang lengkap. Susunan ayat dibuat bertujuan untuk menempatkan bahagian-bahagian
ayat yang berhubung antara satu sama lain. Bahagian-bahagian itu dikenali sebagai
subjek, predikat, objek dan keterangan. Istilah-istilah seperti aktif, pasif, transitif juga
wujud sebagai akibat kecenderungan untuk mencari kenyataan dan hubungan logika
dalam ayat.

Tatabahasa tradisional dikatakan bersifat nasional iaitu pendirian yang


menganggap ada kategori-kategori bahasa yang universal dan kategori ini dijadikan
asas penggolongan kata dan sebagainya. Di samping itu juga, teori ini dikatakan tidak
mempunyai ‘theoretical framework’ yang memuaskan. Secara ringkasnya teori
tradisional boleh disimpulkan dengan bersifat nasional dan tidak mengikut konsep
formal atau struktur, terdapat campur aduk antara kategori semantik dengan nahu, tidak
mempunyai pola morfologi atau sintaksis tetap yang boleh digunakan sebagai dasar
untuk menerbitkan pelbagai struktur, tidak mempunyai pemeringkatan atau pemilihan
bahan sama ada gramatikal atau leksikal, berasaskan yang mudah atau yang kompleks
serta kekerapan dan kenyataan butir-butir yang hendak diajar. Dalam teori tradisional
ini, ayat-ayat dibina dengan menggunakan konsep ‘word building’ manakala dalam
menghuraikan bahasa, tatabahasa tradisional bersifat preskriptif, humanistik dan
normatif.

Terdapat juga ciri-ciri tertentu tentang huraian bahasa yang dibuat oleh ahli-ahli
bahasa tradisional. Ahli bahasa zaman ini berpendapat bahawa bahasa dapat

3
KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)

dihuraikan berasaskan tatabahasa sejagat yang berasaskan tatabahasa Yunani dan


Latin. Mereka juga menganggap bahawa bahawa bahasa-bahasa yang terbit di dunia
ini merupakan variasi daripada kedua-dua bahasa tersebut.

Selain daripada itu, teori ini tidak mementingkan pemilihan dan pemeringkatan
bahan-bahan pengajaran sama ada bahan-bahan itu gramatik atau leksikon; iaitu
daripada yang mudah kepada yagn lebih rumit. kekerapan dan kebolehan pengajaran
Bahasa menurut teori ini pula adalah suatu organisma iaitu ia hidup dan berubah.
Manakala, bahasa adalah tulisan dan rakaman bahasa dalam bentuk tulisan adalah
bentuk yang tulen dan percakapan merupakan kedua terpenting. Bahasa juga adalah
konvensional, dicipta, dinamik, progresif, dan beragaman mengikut tujuan dan objektif
penggunaannya.

Di samping itu, huraian bahasa pula tidak dibuat berasaskan unsur-unsur


struktural yang terdapat dalam sesuatu bahasa. Sebaliknya bahasa dibuat berasaskan
anggapan disiplin lain yang tidak ada kaitan dengan bahasa, contohnya falsafah, logik,
epistomologi dan lain-lain. Contohnya dalam huraian tatabahasa bahasa Melayu dibuat
berasaskan tatabahasa tradisional ialah kata nama am. Menurut Pelita Bahasa Melayu
Penggal 1, 1954 halaman 83, kata nama am didefinisikan sebagai;

‘...... nama yang dipakai bagi menyebut segala benda yang sejenis
(satu aneka) asalkan sama keadaannya dan sifatnya seperti budak,
negeri, kitab.....’

Huraian di atas berbentuk tanggapan, tetapi huraian kata sifat pula berasaskan
fungsi.

..... segala perkataan yang menerangkan atau menunjukkan sifat


sesuatu nama atau perbuatan atau lain-lainnya seperti besar, bodoh,
pandai, segera, selalu.....

(Pelita Bahasa Melayu, Penggal 1, 1954:72)

4
KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)

Kategori tatabahasa ini dirumuskan kepada tiga fungsi iaitu;

i. Kategori utama iaitu golongan kata,


ii. Kategori-kategori sampingan- kala,mood,kasus infleksi, gender dan
sebagainya dan
iii. Kategori-kategori tugas- subjek, predikat, objek dan sebagainya.

Plato (429-397SM) mengemukakan golongan kata itu dibahagikan kepada dua


bahagian iaitu; nama dan perbuatan. Nama ialah kata yg mempunyai fungsi sebagai
subjek dalam ayat manakala perbuatan merupakan kata yang dapat memberikan
gambaran tindakan. Ahli falsafah juga mentafsirkan ayat sebagai ucapan yang
mengandungi fikiran yang lengkap.

Tatabahasa tradisional telah melahirkan analisa tradisional yang bersifat


preskriptif iaitu bertujuan menetapkan peraturan untuk penggunaan yang betul. Ia
mengutamakan pelajar menghafaz peraturan tersebut. Dari segi analisa ayat pula, ia
mementingkan penjenisan kata. Deskriptif menekankan morfologi dan pembinaan
perkataan manakala preskripsi struktur dan bentuk mestilah dielakkan.

Pada keseluruhannya kajian-kajian ahli bahasa tradisonal adalah bersifat


deduktif yang mengutamakan pembentukan hukum-hukum sesuatu bahasa. Mereka
juga telah membentuk tatabahasa normatif yang mengandungi hukum-hukum
bahasa yang mesti dikuasai oleh pelajar-pelajar supaya mereka dapat menggunakan
bahasa dengan betul.

2.2 Teori Stuktural ( Bloomfield )

Sejarah pertumbuhan tatabahasa struktural ini sering dikaitkan dengan


tumbuhnya linguistik empiris yang dianggap sebagai linguistik ilmiah di Amerika pada
tahun 1930-an yang kemudiannya berkembang luas kira-kira antara tahun 1940-an

5
KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)

hingga 1950-an. Pelopor utama teori ini ialah Leonard Bloomfield yang terkenal dengan
bukunya yang bertajuk Language (1933). Pada zaman itu, buku ini didapati paling baik
dalam menghuraikan ilmu linguistik. Justeru, buku ini dianggap sebagai ‘Bible of
Amrican Linguistics’.

Teori linguistik yang telah dikemukakan oleh Bloomfield ini kemudiannya


merebak ke Eropah. Pengaruh Bloomfield ke atas linguistik di Amerika dan Eropah
amat kuat sehinggakan dalam tempoh beberapa tahun setelah terbitnya buku
Language itu, Bloomfield telah menjadi pakar rujuk dalam kajian bahasa yang paling
berjaya dalam menghuraikan bahasa yang pernah dibuat pada zaman tersebut.

Aliran struktur ini juga dikenali dengan nama ‘taxonomic’ atau ‘Bloomfieldian’. Ia
muncul sebagai tentangan kepada cara-cara penyelidikan yang dijalankan oleh aliran
tradisional.Teori analisis struktural ini merupakan teori yang bertentangan dengan cara
penyelidikan yang dibuat oleh aliran tradisional. Perkara yang ditentang kuat oleh
mereka ialah dasar nasional yang digunapakai oleh para ahli bahasa aliran tradisional
untuk membentuk kategori-kategori bahasa dan pegangan bahawa semua bahasa
mempunyai kategori universalnya. Antara ahli-ahli bahasa yang menganuti aliran ini
ialah de Saussure, Bloomfield, Otto Jespherson, Harris dan lain-lain lagi.

Aliran struktural mengkaji bahasa sebagai lambang-lambang pertuturan. Data-


datanya terdiri daripada bunyi-bunyi bahasa yang dikeluarkan oleh penutur asli
daripada bahasa yang hendak diselidiki. Tujuannya ialah untuk membuat kenyataan am
yang berkaitan dengan stuktur-struktur pada data ini dan ia akan mengkaji kenyataan-
kenyataan am berasaskan data itu sahaja. Mereka menggunakan istilah bahasa bagi
merujuk kepada sistem yang diandaikan dn ujaran (speech) untuk merujuk kepada
ucapan yang dikeluarkan oleh penutur asli.

Aliran ini juga mengkaji bahasa secara deskriptif dan menganggap bahasa
sebagai satu sistem bunyi pertuturan yang arbitari iaitu berkaitan dengan sifat bahasa
yang menunjukkan tiadanya kepadanan fizikal yang semula jadi antara bentuk bahasa

6
KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)

dengan entiti sebenar untuk menyatakan sesuatu objek, keadaan atau konsep. Ia juga
digunakan dalam perhubungan manusia dan kajiannya bersifat saintifik dan empirikal.
Tegasnya, huraian bahasa menurut teori ini adalah semata-mata berdasarkan fakta
yang tidak dilihat. Jadi pendekatan yang digunakan bagi ahli-ahli teori ini ialah
pendekatan deduktif. Manakala bahasa yang dianalisis adalah bahasa lisan.

Huraian tatabahasa struktural bersifat formal dan tidak mengambil kira kategori
psikologi, logika dan metafizik. Peringkat tatabahasa bermula daripada bunyi dan diikuti
oleh morfem, frasa, klausa dan ayat serta unsur supra segmental. Penggolongan kata
yang dibuat berasaskan distribusi dan fungsi setiap unit linguistik. Kata dibahagikan
mengikut kelas. Ayat dipecahkan mengikut konstituen. Konstituen yang paling kecil
ialah perkataan, diikuti oleh frasa, klausa, subjek dan predikat.

Terdapat pelbagai cara boleh digambarkan bagi mununjukkan hubungan


konstituen dalam sesuatu konstruksi salah satunya ialah mengikut Fries, dalam
bukunya yang berjudul The introduction to the Construction of English Sentences,
1957, beliau telah menggunakan ‘hierarchical bracketing’. Nida pula menggunakan
lambang anak panah dan pangkah untuk menandakan hubungan yang tertentu antara
bahagian dalam ayat. Manakala menurit Nelson Francis pula beliau menggunakan
‘Chinese box’ untuk menjelaskan maksud tersebut.

Antara ciri-ciri tatabahasa struktur ialah;

i. Tatabahasa struktur membuat kajian bahasa secara objektif yang padanya


penggolongan kata dan peraturan-peraturan kajiannya berasaskan analisis
struktur yang terdapat pada fonologi, morfologi dan sintaksis. Dalam hal ini, ia
telah menunjukkan bagaimana filtur-filtur bahasa yang penting berkait antara
satu sama lain.
ii. Ia hanya melibatkan fakta-fakta bahasa yang dapat dilihat sahaja dan tidak
melibatkan faktor-faktor yang bukan linguistik serta perkara-perkara yang
tidak dapat diamati.
iii. Ia menghindarkan faktor-faktor yang berkaitan dengan psikologi, logika dan
metafizikal.

7
KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)

iv. Tatabahasa struktur membezakan pelbagai peringkat analisis seperti


peringkat morfologi dan sintaksis. Pada peringkat morfologi, sesuatu kata itu
dapat digolongkan dalam kelas kata tertentu tetappi pada peringkat sintaksis
penentuan kelas itu harus dibuat dengan berdasarkan pada kedudukannya
dalam ayat.
v. Ia mengkaji semua ujaran dengan maksud untuk meghuraikan ciri-ciri bentuk
lain yang berbeza.
vi. Teori penguasaan dan pembelajaran bahasanya berdasarkan teori psikologi
aliran behaviurisme.
vii. Tidak mementingkan makna dalam analisis bahasa.dengan kata lain
kajiannya bersifat formal.
viii. Tumpuan aliran ini adalah semata-mata kepada struktur permukaan ( surface
structure ) iaitu penganalisisan yang memecahkan bahagian-bahagian dalam
sesuatu ayat kepada konstituen-konstituennya, iaitu sintaksis dihurai
berdasarkan konstituen terdekat.

Aliran struktural menggunakan hubungan terdekat untuk menganalisis ayat atau


sintaksis. Mereka menganggap bahawa ayat atau binaan sintaksis merupakan suatu
konstruksi. Teori ini membuat kajian tentang bahasa secara objektif dengan membuat
penggolongan kata dan peraturan-peraturan kajiannya berasaskan analisis struktural
yang terdapat pada aspek fonologi, morfologi, dan sintaksis. Secara ringkasnya teori ini
boleh disimpulkan sebagai satu teori yang hanya menyatakan fakta-fakta bahasa yang
dapat dilihat sahaja, tidak melibatkan faktor-faktor bukan linguistik dan perkara-perkara
yang tidak diamati, membezakan pelbagai peringkat analisis, mengkaji semua bentuk
ujaran dengan maksud menghuraikan ciri-ciri bentuk lain yang berbeza dan tidak
mementingkan makna dalam analisis bahasa.

8
KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)

2.3 Teori Transformasi-Generatif ( Chomsky )

Dipelopori oleh Noam Chomsky dari Massachussetts Institute of Technology,


USA. Ia bermula pada tahun 1957 dengan terbitnya sebuah buku berjudul ‘Syntactic
Structures’ . Sejak tahun 1957 banyak perubahan yang berlaku pada teori Transformasi
Generatif sehinggalah terbitnya sebuah lagi buku Noam Chomsky yang bertajuk
Aspect of the Theory of Syntax (1965). Peringkat perkembangan pertama teori ini
dikonsepsikan pada tahun 1957 dengan menggunakan Model Teori Struktur
Sintaksis yang terdiri daripada rumus struktur frasa, tranformasi dan fonologi.
Peringkat kedua, menggunakan Extended Standard Theory ( EST ) yang terdiri
daripada komponen sintaksis, semantik dan fonologi. Perbezaan antara kedua-duanya
ialah pada semantik.

Perbezaan kedua-dua peringkat ini terletak pada semantik. Disinilah timbulnya


Selectional Rules dan Strict Sub-Categorization Rules bergantung kepada konsep
nahu. Selectional Rules menghuraikan kehadiran kata semata-mata berdasarkan
perhubungan kata, sementara Strict Sub-Categorization Rules bergantung kepada
konsep nahu.

Teori ini menyatakan bahawa seseorang penutur asli suatu bahasa mempunyai
kecekapan bebahasa yang dikenali sebagai(competence). Keadaan ini ditafsirkan
sebagai mengandungi satu set rumus yang sifatnya explisit. Dengan adanya set rumus
ini membantu penutur asli membentuk serta memahami berbagai ayat dalam
bahasanya. Penutur asli boleh membezakan berbagai jenis struktur ayat, boleh
mengenali sama ada ayat itu gramatis atau tidak, boleh membentuk, mengenali dan
memahami ayat yang terkira jumlahnya. Kebolehan ini dikaitkan dengan persepsi intuitif
seorang penutur terhadap sesuatu yang disebut sebagai struktur dalaman. Melalui
struktur dalaman ini, penutur asli boleh mengenali ayat yang berprafrasa dan ayat yang
punyai unsur ketaksaan. Ayat berprafrasa terdiri daripada dua ayat yang berlainan
struktur permukaannya, tetapi mempunyai struktur dalaman yang sama.

Contohnya;

9
KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)

a) anjing mengejar kucing

b) kucing dikejar anjing

Kedua-dua ayat di atas mempunyai pengertian yang sama. Oleh itu ia


dinamakan sebagai ayat yang berprafrasa. Ayat yang mempunyai unsur ketaksaan
ialah ayat yang mempunyai satu struktur permukaan tapi mempunyai dua atau lebih
struktur dalaman. Contohnya :

a) Ibu kepada Cong,iaitu nenek Ali telah mati.

b) Kedua ibu dan bapa Cong telah mati.

Teori ini mengandaikan terdapat dua peringkat struktur ayat iaitu struktur
dalaman dan struktur permukaan. Ia juga mengandaikan rumus tatabahasa menjadi
sebahagian daripada unsur kecekapan berbahasa bagi seseorang individu. Fonologi
menentukan representasi fonetik untuk sesuatu ucapan manakala semantik merujuk
representasi semantik. Antara kedua-dua ini, wujud sintaksis tatabahasa. Ciri-ciri
tatabahasa tranformasi-generatif adalah berasaskan teori psikologi koda kognitif yang
termasuk dalam aliran mentalis. Aliran ini mempercayai bahawa pembelajaran dan
penguasaan bahasa merupakan proses mental yang bertunggakkan Alat Pemerolehan
Bahasa (LAD). Dalam melakukan huraian terhadap bahasa, teori ini menggunakan
sistem rumus. Sistem ini melibatkan penggunaan dua set peraturan sintaksis iaitu
peraturan frasa dan transformasi. Teori ini mementingkan semantik dalam
menghasilkan kajian dan menganalisis bahasa berasaskan ciri-ciri rasional.

Rumus Struktur Struktur dalaman Rumus


Frasa transformasi

Leksikal Komponen Struktur


fonologi permukaan

Reprensentasi Komponen Reprensentasi


fonetik semantik semantik

Rajah 1.1 Komponen Sintaksis

10
KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)

Dalam rajah di atas, komponen fonologi menentukan representasi fonetik untuk suatu
ucapan, komponen semantik merujuk kepada representasi semantik. Antara kedua-dua
ini terdapat apa yang disebut sebagai komponen sintaksis tatabahasa. Oleh sebab itu,
bunyi dan makna adalah berkaitan melalui peraturan sintaksis yang berkait dengan
struktur dalaman yang bertindak sebagai input kepada peraturan semantik dan struktur
prmukaan bertindak sebagai input kepada peraturan fonologi.

Rumus struktur frasa berfungsi melahirkan rajah-rajah pohon yang menunjukkn


hubungn gramatis (subjek,predikat,objek dan lain-lain) antara berbagai kata yang
terdapat pada sesuatu ayat dasar. Berdasarkan penulisan buku oleh Juriah Long, et al.
(1992). Perkaedahan Pengajaran Bahasa Malaysia, menyatakan bahawa analisis
bahasa yang dijalankan oleh ahli-ahli linguistik transformasi generatif bertujuan untuk
membentuk rumus-rumus yang lengkap berdasarkan kecekapan bahasa penutur naif.
Pendekatan yang digunakan oleh ahli-ahli teori ini pula ialah bersifat deduktif dan ‘kaji
diri’. Tegasnya, teori ini tidak menghasilkan kaedah pengajaran yang dapat diubah
untuk dijadikan teknik pengajaran.

2.4 Teori Fungsional ( Halliday )

Muncul dan berkembang pada tahun 1960-an dan 1970-an. Tokoh yang terlibat
ialah Halliday, Wilkins, Widdowsondan Candlin. Menumpukan fungsi bahasa sebagai
alat untuk komunikasi dan melihat kepentingan sistem bahasa. Halliday berpendapat
dalam bukunya yang berjudul Journal of Linguistic,3, 1967 bahawa bahasa digunakan
untuk melahirkan fikiran, perasaan dan pendapat serta memperlihatkan status sosial
penutur bahasa dalam masyarakat.

Elemen dalam struktur bahasa ialah semantik dan bukan hubungan sintaksis.
Halliday menghuraikan unsur dalaman berdasarkan fungsi struktur tersebut sebagai
alat untuk berkomunikasi. Fungsi setiap unsur yang terdapat dalam struktur bahasa
diinterprestasikan berdasarkan aspek semantik. Beliau cuba mengkaji sumbangan

11
KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)

bahasa kepada manusia dan bagaimana manusia dapat mencapai maksud melalui
pendengaran, pertuturan, membaca dan menulis.

Ahli bahasa fungsionalis menyatakan sistem tatabahasa dan fungsi bahasa ialah
dua perkara yang diutamakan. Pengajaran harus dapat memberi pengetahuan kepada
pelajar tentang sistem tatabahasa atau prinsip struktur bahasa yang dipelajari.
Penggunaan variasi bahasa yang pelbagai dapat meningkatkan tahap kemahiran
berbahasa pelajar.

Halliday merupakan salah seorang ahli teori Fungsionalis. Beliau telah


menghuraikan pengajaran dan pembelajaran bahasa berdasarkan fungsi-fungsi
tertentu. Dalam buku Exploration In The Functions of Language, beliau telah
mengemukakan lima aspek perbincangan tentang fungsi bahasa iaitu Model bahasa
yang sesuai mencadangkan interprestasi fungsional kepada perkembangan bahasa
awal kanak-kanak apabila mereka mula belajar bahasa. Fungsi instrumental dan fungsi
kebiasaan menunjukkan bahawa mereka sedang belajar makna bahasa dan potensi
makna yang dibina untuk mengukur kebolehan berbahasa.

Aspek perbincangan beliau yang kedua ialah beliau menghubungkan fungsi


perkembangan bahasa kanak-kanak dalam menguasai aspek pengajaran dan
pembelajaran bahasa daripada penjaganya sendiri, dengan teori fungsional orang
dewasa. Selain itu beliau juga mencadangkan supaya interprestasi fungsional bahasa
dalam konteks signifikan dilakukan berdasarkan arah sosial dan perubahan sosial yang
berlaku. Faktor fungsionalis dalam proses sosialisasi dapat memberikan kanak-kanak
menggunakan bahasa secara efektif.

Bagi ahli – ahli fungsionalis, pengajaran bahasa adalah bertujuan untuk memberi
pengetahuan kepada pelajar tentang prinsip struktur bahasa yang merangkumi bidang
tatabahasa seperti fonologi, morfologi, sintaksis, semantik dan laras bahasa. Pelajar
akan dapat mempraktikkan pengetahuan mereka tentang prinsip tersebut dalam
kehidupan seharian mereka atau dalam sebarang situasi sosial melalui pengajaran
bahasa. Berikut merupakan ciri-ciri penting teori fungsionalis ;

12
KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)

i. Sistem bahasa bukan satu sistem yang statik atau tertutup sifatnya tetapi
sistem itu bertenaga dan terbuka.
ii. Perkara dasar yang ditekankan dalam struktur bahasa ialah semantik dan
bukan hubungan-hubungan sintaksis.
iii. Terdapat kepelbagaian di dalam bahasa semasa bahasa dituturkan.
iv. Bahasa sebagai alat untuk berhubung, melahirkan pendapat dan
menyatakan perasaan dan dapat menggambarkan watak dan peribadi
penuturnya.

2.5 Banding Beza Teori-Teori Huraian Bahasa

2.5.1 Banding Beza Dari Aspek Tokoh

Panini Bloomfield

Struktural
Tradisional

Fungsional
Transforasi -
Halliday &Wilkins Chomsky
Generatif

Rajah 1.2 Perbezaan teori huraian bahasa dari aspek tokoh

13
KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)

2.5.2 Banding Beza Dari Aspek Ciri-Ciri

Struktural
Tradisional Bersifat
Setiap bahasa pertuturan,
ada hubungan bersistem,
dengan bahasa arbitrari dan
induk. untuk
perhubungan

Fungsional
Transformasi - Terdiri
Generatif daripada 3
fungsi iaitu
Bersifat sejagat
idea,
& kreatif
interpersonal,
tekstual.

Rajah 1.3 : Perbezaan Ciri Teori Huraian Bahasa

14
KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)

2.5.3 Banding Beza Dari Aspek Ciri-Ciri

Tradisional
Bersifat nasional dan
tidak mengikut konsep
formal / struktur.

Transformasi - Struktural
Generatif Kajian bahasa secara
Berasaskan teori objektif
psikologi kod-kognitif
yang terdapat dalam
aliran mentalis.
Fungsional
Elemen dalam struktural
bahasa adalah semantik
dan bukan hubungan
sintaksis.

Rajah 1.4 : Perbezaan Ciri Teori Huraian Bahasa

2.5.4 Banding Beza Dari Aspek Kajian Bahasa

bentuk-bentuk tulisan
Tradisional

Fonem, morfem serta kaitan antara


Struktural morfem, fonem dan ayat.

Mengkaji komponen sintaksis, semantik


Transformasi - Generatif dan fonologi.
15

Perubahan yang berlaku struktural


Fungsional ketika seseorang berkomunikasi
KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)

Rajah 1.5 : Perbezaan Kajian Teori Huraian Bahasa

2.5.5 Banding Beza Dari Aspek Kajian Bahasa

Struktural
Mengkaji lambang pertuturan
Bersifat Deduktif
Tradisional dan pentingkan fakta yang
dilihat.

KAJIAN BAHASA

Transformasi - Generatif pembentukan sistem bahasa.


Bahasa adalah sistem Fungsi sosial penting dalam
tentang rumus bahasa dan Fungsional
pengetahuan bahasa adalah
fenomena mental.

Rajah 1.6 : Perbezaan Kajian Bahasa Teori Huraian Bahasa

3.0 TEORI PEMEROLEHAN BAHASA

Psikolinguistik adalah gabungan dua perkataan iaitu psikologi dan linguistik


merupakan dua disiplin ilmu yang berlainan dan dapat berdiri sendiri walaupun terpisah
di antaranya. Bidang ini memperlihat pertalian antara penguasaan bahasa yang ditinjau
dari sudut psikologi yang mempengaruhi seseorang dalam proses penguasaan bahasa.

Berdasarkan buku Pengajian Melayu 1, 1997:75, menurut pandangan Lado


(1976), Psikolinguistik adalah pendekatan gabungan melalui psikologi dan linguistik
bagi kajian pengetahuan bahasa, bahasa dalam pemakaian, perubahan bahasa dan

16
KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)

lain-lain yang berkaitan dengannya yang tidak mudah dicapai atau didekati melalui
salah satu daripada kedua ilmu tersebut secara terpisah atau tersendiri.

Justeru, dapat disimpulkan bahasa pencapaian terhadap sesuatu tidak akan


berlaku sekiranya salah satu daripada kedua-dua ilmu sahaja digunakan sebaliknya
haruslah menggunakan kedua-dua disiplin ilmu tersebut walaupun setiap satunya
maampu berdiri dengan sendiri.

Penulisan daripada buku Pengajian Melayu 1, 1997:75, menghuraikan pendapat


yang dikemukakan oleh ahli-ahli psikolinguistik seperti C.F. Miller (1964), Slobin (1974)
dan Slama-Cazaku (1973) menyatakan bahawa psikolinguistik sebagai satu ilmu yang
cuba menghuraikan proses-proses psikologi yang terjadi apabila seseorang
mengucapkan ayat-ayat dan memahami ayat-ayat yang didengarnya pada waktu
berkomunikasi dan bagaimana kebolehan itu diperoleh manusia.

Berdasarkan kepada pendapat yang dikemukakan oleh tokoh tersebut, satu


kajian berkaitan kebolehan seseorang manusia yang berlaku apabila seorang penutur
itu bertutur dan mendengar serta memahami pertuturan itu. Selain itu, Garnham (1985)
berpendapat bahawa:

…psikolinguistik adalah kajian tentang mekanisme-mekanisme


mental yang membolehkan manusia menggunakan bahasa. Disiplin ini
merupakan disiplin saintifik yang matlamatnya untuk mencapai satu teori
yang koheren tentang cara bahasa dihasilkan dan difahami.

Oleh itu, dapat disimpulkan di sini bahawa Garnham cuba mencari penyelesaian
bagaimana mekanisme mental manusia berfungsi bagi membolehkan individu itu
menggunakan bahasa dan pada masa yang sama menterjemahkan dan memahami
bahasa yang dituturkan.

17
KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)

Bidang psikolinguistik telah meluasi implikasi-implikasi psikologi terhadap bidang


lain, daripada fonetik akustik hingga ke bidang patologi dan lain-lain. Sebagai
perkembangan terakhir kepada transformasi-generatif, kajian tentang cara-cara
penguasaan bahasa oleh kanak-kanak adalah antara bidang dan minat yang terpenting
dalam disiplin ini. Disebabkan skop tumpuan psikolinguistik adalah terhadap
pemerolehan bahasa di samping pembelajaran dan pengajaran bahasa, masalah-
masalah dalam pengajaran bahasa telah banyak dicuba untuk diselesaikan melalui
kajian-kajian psikolinguistik. Secara tidak langsung, sumbangan psikolinguistik dalam
pengajaran bahasa tidak sepatutnya dinilai berdasarkan teori-teori pengajaran bahasa
sahaja, malah dilakukan terhadap teori pembelajaran dan pemerolehan bahasa juga.

Kajian mengenai bagaimana manusia memperoleh bahasa terangkum dalam


disiplin psikolinguistik. Berdasarkan kajian secara empirical, terdapat dua teori utama
yang mengutarakan bagaimana manusia memperoleh bahasa. Teori pertama
menyatakan bahawa bahasa diperoleh manusia secara behaviouris atau mekanis
sementara teori yang kedua pula dikenali sebagai teori kognitif atau mentalis. Selain itu,
teoriinteraksional juga tidak kurang pentingnya serta mempengaruhi pendekatan
pengajaran dan pembelajaran bahasa. Justeru, seseorang guru bahasa wajar
mengetahui teori-teori dan proses pemerolehan dan pembelajaran bahasa agar dapat
menyampaikan pengajaran secara berkesan.

Pemerolehan bahasa ditakrifkan sebagai pengusaan bahasa oleh seseorang


tanpa disedari atau dipelajari secara langsung. Seseorang itu tidak mendapat
pendidikan secara formal untuk mempelajari sesuatu bahasa tetapi menmperolehnya
daripada bahasa yang diucapkan oleh ahli-ahli masyarakat di persekitarannya. Proses
pemerolehan bahasa berlaku dengan aktifnya pada kanak-kanak dalam lingkungan
umur dua hingga enam tahun. Hasil penyelidikan mendapati bahawa pemerolehan
bahasa yang paling kritikal di kalangan kanak-kanak adalah adalah antara umur satu
hingga lima tahun (Awang Mohamad Amin, 1979). Seandainya jangka masa ini
terlangkau, perkembangan bahasa kanak-kanak akan terhalang. Ahli-ahli psikolinguistik
bersependapat bahawa kanak-kanak akan mengalami kesukaran untuk menguasai

18
KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)

bahasa secara pemerolehan sesudah umur 13 tahun.Sebaliknya, kanak-kanak akan


lebih cenderung menguasai bahasa melalui proses pembelajaran yang berat. Mutu
bahasa yang diperoleh oleh kanak-kanak pada masa itu bergantung kepada bahasa
yang mula-mula didedahkan kepadanya. Namun, ini tidak bermakna orang dewasa
tidak memperoleh bahasa, tetapi pada kadar yang lebih perlahan berbanding dengan
kanak-kanak (Krashen dan Terrell, 1983).

Pemerolehan bahasa pertama berlaku sejak manusia lahir lagi berbanding


pemerolehan bahasa kedua yang berlaku melalui pembelajaran sesuatu bahasa.
Bahasa pertama adalah bahasa kandung atau bahasa ibunda seseorang itu yang mula-
mula didengar, ditutur dan dikuasai oleh kanak-kanak.. Misalnya seseorang yang lahir
dalam sebuah keluarga yang berbangsa Melayu akan memperoleh bahasa pertamanya
iaitu Bahasa Melayu dan berlaku secara tidak sedar serta melibatkan pendedahan
terhadap input linguistik dalam persekitaran alamiah. Proses penguasaan bahasa
pertama terbahagi kepada peringkat fonologi iaitu pengeluaran bunyi dan
membiasakan diri dengan bunyi-bunyi bahasa yang didengar. Sementara peringkat
morfologi pula menggabungkan unit-unit bunyi agar menjadikan bunyi yang lebih
bermakna dan peringkat sintaksis pula menggabungkan morfem-morfem menjadi frasa
dan ayat yang bermakna.

Bahasa Kedua didefinisikan sebagai bahasa yang kedua yang dipelajari oleh
seseorang itu di samping bahasa kandung yang dia peroleh dan dipelajari untuk tujuan-
tujuan tertentu serta berlaku secara formal berbanding pemerolehan bahasa pertama
yang berlaku secara tidak formal.

Brooks (1964), menyatakan bahawa:

‘Setiap orang yang bertutur telah menguasai bahasa ibundanya


melalui ajukan dan analogi tanpa sebarang pertolongan daripada analisa,
maka adalah wajar sebahagian daripada kebolehan ini akan
menolongnya dalam mempelajari bahasa asing.

(Pedagogi untuk Asas Pendidikan, 2003: 115)

19
KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)

Oleh itu, adalah wajar bagi seseorang untuk memahami bahasa baru yang
dipelajarinya misalnya seseorang yang dilahirkan dan dibesarkan dengan Bahasa
Melayu, Bahasa Melayu yang diperoleh itu adalah secara semulajadi dengan membuat
ajukan dan analogi tanpa pertolongan daripada analisa. Justeru, keadaan yang sama
juga boleh diaplikasikan ketika mempelajari baharu baharu sebagaimana cara yang
telah digunakan semasa mempelajari bahasa ibundanya.

Latih tubi menggalakkan kebolehan ini berfungsi. Sementara Chomsky pula


mengatakan ‘Mempelajari bahasa adalah satu proses menguasai dengan cara sedar
akan pola-pola fonologi, sintaksis dan leksikal satu-satu bahasa itu. Teori ini
menekankan kepentingan pemahaman murid akan struktur-struktur bahasa asing.’
Kekangan yang sering berlaku kepada bahasa kedua adalah kekurangan masa untuk
mempelajari bahasa tersebut serta bahasa tersebut tidak dapat dipraktikkan dengan
sepenuhnya. Pada masa yang sama, pembelajaran bahasa kedua ini adalah terhad
kepada tujuan-tujuan yang tertentu sahaja dan keinginan belajar bahasa kedua tidak
kuat walau sedar bahasa itu berguna.

Sebagaimana yang telah diterangkan, guru yang berkesan adalah guru yang
mempunyai pengetahuan tentang bagaimana proses pemerolehan atau pembelajaran
bahasa berlaku. Pendapat yang bertentangan tentang pemerolehan bahasa timbul
daripada dua teori yang utama iaitu teori behaviouris atau mekanis dan teori kognitif
atau mentalis. Di samping itu, teori interaksional dan teori fungsional juga
mempengaruhi dalam proses pemerolehan bahasa.

3.1 Teori Behaviouris atau Mekanis

Teori ini menekankan kepentingan persekitaran dalam pembelajaran bahasa


daripada fenomena mental. Mereka yang sealiran dengan teori ini terdiri daripada ahli-
ahli bahasa seperti Bloomfield, Sapir, Boas, Fries dan Brooks. Sementara sarjana-
sarjana psikologi yang menyertai aliran ini adalah J.B. Watson, E.R. Guthrie, Edward L.

20
KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)

Thorndike, I.P. Pavlov dan B.F. Skinner. Golongan ini berpendapat bahawa
pemerolehan sesuatu lakuan terjadi melalui ulangan lakuan. Proses pengulangan amat
penting dalam pemerolehan bahasa. Misalnya sesuatu perkataan atau bentuk-bentuk
bahasa yang sering diulangi akan lebih cepat dipelajari oleh kanak-kanak. Dalam kajian
mereka dalam pemerolehan bahasa, didapati dapatan mereka menuju kepada satu
kesimpulan yang sama. Thorndike menyatakan bahawa semua pemerolehan bahasa
manusia berlaku melalui proses cuba jaya sementara Watson pula berpendapat
bahawa semua tingkah laku manusia merupakan gerak balas terlazim manakala
Guthrie mengatakan bahawa rangsangan dan gerak balas mestilah berlaku secara
bersama-sama untuk mewujudkan pembelajaran. Penambahbaikkan dilakukan oleh
Skinner untuk memperbaiki teori behaviouris ini iaitu pengukuhan adalah asas dalam
proses pembelajaran dan berlaku apabila diberi ganjaran.

Secara umumnya, ahli behaviouris memberi keutamaan kepada pengaruh


persekitaran dalam pemerolehan bahasa. Sesuatu ujaran terbentuk apabila adanya
rangsangan dalam bentuk bahasa atau bukan bahasa. Seseorang kanak-kanak bertutur
apabila wujudnya rangsangan daripada persekitaran. Bentuk bahasa yang dihasilkan
secara betul akan diteguhkan oleh orang dewasa dalam persekitarannya. Kemudian,
bentuk-bentuk tersebut akan diulangi lagi. Terdapat pelbagai cara yang dilakukan oleh
ibu bapa atau penjaga bagi meneguhkan gerak balas yang betul, contohnya memberi
senyuman, mengangguk kepala, kata pujian dan lain-lain lagi. Menurut golongan aliran
behaviouris lagi, penguasaan bahasa adalah satu proses mekanis yang tidak
memerlukan daya mental tetapi diperoleh melalui latihan dan pengulangan.
Rangsangan yang ada pada seseorang itu adalah dari dalam dirinya sendiri dan
daripadanya timbul gerak balas pada orang lain untuk melahirkan pertuturan bagi
menjawab ujarannya itu.

Di samping itu, pengukuhan dalam pembelajaran ditimbulkan melalui ganjaran


adalah sangat dipentingkan. Sesuatu ganjaran akan mendorong kepada pengulangan
berlaku dan secara tidak langsung akan menjadi penguasaan atau pemerolehan
bahasa. Dalam konteks pengalaman dan pembelajaran bahasa pula, teori ini
menegaskan latihan dan latih tubi pola yang bertujuan bagi membentuk satu kebiasaan

21
KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)

baru bagi murid. Bloomfield (1933), ‘ Penguasaan satu-satu bahasa bukanlah satu hal
pengetahuan , adalah satu hal latihan. Latihan pula hendaklah dalam keadaan yang
bermakna. Teori pembentukan kebiasaan juga menekankan kemahiran lisan,
mendengar dan bertutur ditegaskan kerana kedua-dua kemahiran ini mempunyai
hubungan yang rapat dan mudah untuk dikuasai berbanding aktiviti membaca dan
menulis. Faktor-faktor seperti pengukuhan, pemerhatian, sifat-sifat ingin tahu dan
aktiviti meniru menjadi faktor utama dalam penguasaan bahasa.

3.2 Teori Mentalis

Teori behaviouris mendapat tentangan yang hebat daripada golongan mentalis.


Penganut-penganut teori ini adalah terdiri daripada Jean Piaget, E.H. Lenneberg, Robin
Lakoff, D. Slobin, Chomsky dan Hamboldt. Teori mentalis menganggap bahawa
pemerolehan bahasa sebagai satu proses pemikiran yang melibatkan aktiviti mental.
Selain itu, teori ini menjelaskan bahawa bahasa adalah pengetahuan yang dihasilkan
oleh sesuatu proses dalam otak dan saraf. Bahasa sudah terancang untuk berkembang
dalam diri kanak-kanak tersebut dari segi biologis. Pada pendapat McNeill, sejak
dilahirkan, kanak-kanak telah memiliki alat pemerolehan bahasa (Language Acquisition
Device) bagi membolehkan kanak-kanak memperoleh dan menguasai bahasa yang
didedahkan.

Begitu juga Chomsky yang berpendapat bahawa seseorang kanak-kanak telah


dilahirkan dengan kecekapan sejadi (innate) untuk menguasai bahasa ibundanya.
Beliau telah memberi tiga sebab utama bagi mempertahankan hipotesis sejadi (innate
hypothesis) dalam proses pemerolehan bahasa. Pertama, wujudnya ciri sejagat dalam
sesuatu bahasa kerana semua bahasa mempunyai ciri-ciri tatabahasa sejagat iaitu
kesemestaan formal dan kesemestaan substansif. Setiapp individu memiliki keupayaan
kognitif sejadi yang mengandungi kedua-dua ciri tatabahasa sejagat tersebut.
Kesemestaan formal merupakan ciri tatabahasa yang menyatakan bagaimana sesuatu
bahas itu bertugas. Misalnya, setiap bahasa di dunia ini mempunyai rumus-rumus dasar

22
KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)

dan rumus-rumus transformasi bagi menyatakan bagaimana bahasa bertugas


sementara kesemestaan substansif pula adalah kategori-kategori tatabahasa yang
terdapat pada sesuatu bahasa itu. Sebagai contoh, setiap bahasa mempunyai kata
kerja, kata nama dan lain-lain lagi.

Kedua, Chomsky berpendapat bahawa bentuk ujaran yang terdedah kepada


pendengaran kanak-kanak tidak mungkin diperoleh seandainya kanak-kanak tidak
dikurniakan dengan keupayaan semula jadi. Bahasa yang sering digunakan oleh orang
dewasa ketika bertutur dengan kanak-kanak adalah dalam bentuk tidak sempurna.
Justeru, seseorang kanak-kanak perlulah memiliki keupayaan bahasa yang semula jadi
untuk membolehkan mereka mentafsirkan bahasa yang didengar itu. Sementara yang
ketiga pula, Chomsky berpendapat bahawa kanak-kanak memperoleh sistem bahasa
ibundanya dalam jangka masa yang amat singkat iaitu antara empat hingga lima tahun.
Keupayaan ini tidak akan tercapai seandainya kanak-kanak tidak mempunyai
keupayaan semula jadi untuk membolehkan mereka berbuat demikian.

V. Hamboldt menekankan kreativiti yang wujud dalam atau pemikiran penutur


bahasa itu. Beliau menegaskan juga bahawa bahasa dibawa sejak kanak-kanak
dilahirkan dan penutur-penutur boleh menghasilkan unit-unit linguistik yang tidak terhad
bilangannya. Selain itu, menurut golongan mentalis lagi, seseorang itu mempunyai
kecekapan (competence), iaitu rumus-rumus yang terdapat dalaam stok mental dan
prestasi (performance) yang merupakan aspek penggunaan bahasa oleh penutur
berdasarkan kecekapan. Kecekapan dalam penguasaan bahasa akan mempengaruhi
prestasi berbahasa seseorang.

Lenneberg (1967) pula berpendapat bahawa kanak-kanak yang sihat dan normal
akan mula bercakap pada peringkat umur yang hampir sama. Sebelum bertutur,
mereka terlebih dahulu menguasai kebolehan memahami dan membezakan bunyi-
bunyi yang berlainan. Justeru, pada peringkat umur ini, kanak-kanak sudah dapat
mengenali dan membezakan bentuk-bentuk pertuturan yang berlainan. Ketika berumur
dua belas bulan, kanak-kanak akan belajar bunyi yang serupa dengan bunyi-bunyi
bahasa dan akan menyebut perkara yang umum dahulu kemudiaan diikuti dengan
perkara-perkara khusus. Secara tidak langsung, kefahaman mereka akan meningkat

23
KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)

dan mula menyebut rangkai kata. Setelah mencapai umur dua tahun, pola-pola ayat
mula menjadi pemerolehan bahasa kanak-kanak bermula dan pada ketika inilah otak
kanak-kanak sudah berkembang sebanyak 60% jika dibandingkan dengan otak orang
dewasa dan merupakan tempoh yang genting dalam perkembangan kemahiran
berbahasa.

Aliran mentalis juga menegaskan ciri-ciri kesejagatan nahu bagi setiap bahasa di
dunia ini mempunyai hubungan dengan kognitif. Peranan kognitif pada otak manusia
inilah yang akan menjadikan penghasilan bahasa itu bersifat kreatif.

3.3 Teori Kognitif

Dalam bidang psikologi, ahli kognitif yang terkenal adalah Jean Piaget yang
berpendapat bahawa manusia mempunyai peringkat otak dan saraf yang tinggi serta
dengan otak jugalah manusia berkebolehan mempelajari pelbagai hal. Selain itu,
proses pembelajaran juga dikatakan sebagai proses mental dan bukannya mekanis
kerana melibatkan seorang kanak-kanak itu menyerap atau menyesuaikan
pengetahuan yang telah sedia ada dalam otaknya (skema mental) dengan data baru
yang diperoleh melalui persekitarannya. Namun, pembelajaran sesuatu konsep akan
berlaku hanya apabila seseorang kanak-kanak telah mencapai taraf kematangan yang
tertentu.

Menurut Piaget, pemerolehan bahasa dapat dapat dihuraikan berasaskan


perkembangan kognitif pusat. Kecekapan tersebut diperoleh oleh seorang kanak-kanak
melalui pengalaman mereka dengan objek dan tindakan-tindakan dalam
persekitarannya. Perkembangan bahasa bermula seawal kanak-kanak berusia 18 bulan
hingga dua tahun yang juga dikenali sebagai peringkat deria motor. Pada peringkat
umur sebegini, kanak-kanak dapat melibatkan diri secara aktif dalam persekitaran dan
hasil daripada tindakan tersebut, kanak-kanak akan membentuk pola-pola tindakan
yang digelarkan sebagai skema atau struktur kognitif. Setelah struktur kognitif
terbentuk, kanak-kanak akan berubah menjadi individu yang berpengetahuan. Sebelum
keadaan ini, kanak-kanak hanya merupakan seorang individu yang bertindak sahaja.

24
KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)

Justeru, hasil daripada pembentukan skema ini, kanak-kanak dapat menggambarkan


pengetahuannya dalam bentuk simbolik misalnya permainan simbolik, bahasa, lukisan,
gambaran mental dan sebagainya.

Pada peringkat selepas deria motor, iaitu peringkat praoperasi konkrit iaitu
daripada umur dua tahun hingga tujuh tahu, tindakan kanak-kanak terhadap
persekitaran mereka bertambah dan bahasa mereka juga turut berkembang.
Walaubagaimanapun, hanya pada peringkat operasi konkrit iaitu antara peringkat umur
tujuh hingga dua belas tahun barulah kanak-kanak akan dapat membatini pola-pola
tindakan yang lebih kompleks seperti hukum pengekalan (conservation rules), konsep
hubungan (relational concepts), pemasukan kelas (class inclusion) dan persirian
(seriation). Sebenarnya, pada peringkat ini, kanak-kanak sudah dapat memperkembang
pengetahuan mereka tentang objek-objek dalam persekitaran mereka serta pada masa
yang sama, pengetahuan bahasa mereka juga turut bertambah.

Seorang penyokong Jean Piaget iaitu Sinclair telah menjalankan kajian terhadap
pemerolehan bahasa kanak-kanak berasaskan kerangka teoretis Piaget. Buktinya,
kajian tersebut mendapati bahawa kanak-kanak tidak akan mampu menggunakan
bahasa yang kompleks sebelum sampai ke peringkat perkembangan intelek yang
tertentu. Selain itu, menurut Sinclair lagi, kanak-kanak yang belum sampai ke peringkat
operasi konkrit boleh menggunakan istilah bagi konsep-konsep yang dilatih dalam
percubaannya tetapi tidak akan memahami makna istilah tersebut. Di samping itu,
Sinclair juga menyimpulkan bahawa latihan lisan kurang berkesan terhadap
pemerolehan operasi seandainya kanak-kanak belum sampai ke peringkat
perkembangan intelek yang tertentu.

Secara keseluruhannya, ahli kognitif berpendapat bahawa proses pemerolehan


bahasa merupakan proses mental dan perkembangan bahasa mempunyai perkaitan
yang rapat dengan perkembangan kognitif am. Pada peringkat awal, bahasa terbentuk
pada peringkat perkembangan deria motor dan seterusnya berkembang selaras dengan
perkembangan kognitif seseorang kanak-kanak itu. Selain itu, proses perkembangan
kognitif merupakan proses sejagat. Terdapat juga ahli kognitif yang berpendapat
bahawa sejagat bahasa adalah hasil daripada kecekapan kognitif pusat sementara ahli

25
KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)

mentalis pula menyatakan bahawa sejagat bahasa merupakan kandungan kecekapan


kognitif pusat.

3.4 Teori Interaksional

Pelopor dalam teori ini ialah Halliday, Schlesinger, Cromer dan lain-lain
lagi.Mereka menganggap bahawa perkembangan bahasa kanak-kanak melibatkan dua
aspek iaitu proses mental dan interaksi bahasa. Perkembangan kognitif kanak-kanak
akan membantu dalam proses mentafsirkan makna sesuatu perkataan sementara
interaksi bahasa pula mendedahkan kanak-kanak kepada cara-cara menggambarkan
makna kognitif dalam bentuk bahasa yang tepat. Selain itu, teori ini menegaskan
bahawa kanak-kanak menguasai bahasa kerana mempunyai keperluan untuk
berinteraksi dengan ahli masyarakat dalam persekitaran mereka. Pada peringkat awal
pula, keperluan kanak-kanak disuarakan untuk memenuhi fungsi-fungsi instrumental,
penentu, interaksi, peribadi, heuristik, dan imaginatif Halliday (1973) untuk memenuhi
keperluan asasi mereka.

Setelah menguasai keenam-enam fungsi yang telah dinyatakan Halliday, barulah


kanak-kanak dapat menggunakan fungsi imformatif atau fungsi ideasional yang
diistilahkan oleh Halliday dan boleh dikesan apabila menyampaikan maklumat kepada
orang lain dengan menggunakan bahasa secara tepat. Pada masa yang sama
timbullah keperluan untuk menguasai tatabahasa. Kanak-kanak akan menggabungkan
fungsi ideasional dengan fungsi interaksi dalam masyarakat sekitarnya. Selain itu,
kanak-kanak juga dikatakan telah dilengkapi dengan nahu sejagat yang dikenali
sebagai alat pemerolehan bahasa. Tugas kanak-kanak bukanlah untuk mendapatkan
rumus-rumus yang terkandung bahasa ibunda tetapi menyesuaikan rumus-rumus
tersebut dengan bahasa ibundanya. Penyesuaian ini sangat penting kerana
membolehkan nahu sejagat disesuaikan dalam bentuk yang boleh menghasilkan
pertuturan yang gramatis dan dapat difahamai oleh para pengguna sesuatu bahasa
yang tertentu.

26
KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)

Di samping itu, penegasan diberikan kepada peranan situasi sosial dalam


pemerolehan bahasa. Halliday (1973) menyatakan pendapatnya bahawa interaksi
bahasa sangat penting bagi membantu kanak-kanak menguasai sistem bahasa. Oleh
yang demikian, pendedahan kepada interaksi linguistik adalah perlu bagi membolehkan
mereka mempelajari cara-cara menggambarkan makna kognitif dalam bentuk-bentik
linguistik yang jelas serta tepat. Sementara itu, kanak-kanak dapat mentafsir makna
yang terdapat dalam situasi sosial dan seterusnya menginterpretasikan makna tersebut
dalam bentuk bahasa. Keadaan ini akan menyebabkan kanak-kanak berkomunikasi
dengan berkesan dalam masyarakat bahasa itu. Dalam pengajaran dan pembelajaran
bahasa, teori interaksional menyarankan supaya latihan amali diutamakan.

Menurut Halliday, beliau beranggapan bahawa perkembangan bahasa


melibatkan proses kognitif dan proses interaksi bahasa. Beliau menggunakan bukti-
bukti daripada pemerhatian terhadap perkembangan bahasa anaknya bagi
meneguhkan pendapat yang diutarakannya. Di samping itu, Halliday juga berpendapat
bahawa perbezaan yang ketara antara sistem bahasa kanak-kanak pada peringkat
awal dengan orang dewasa ialah sistem bahasa kanak-kanak menyatakan satu fungsi
sementara orang dewasa pula mengandungi lebih daripada satu fungsi. Halliday juga
menegaskan bahawa sistem tatabahasa kanak-kanak diperoleh kerana mereka
mempunyai keperluan untuk menyatakan dua perkara pada suatu ketika.
Perkembangan bahasa bersifat sedemikian kerana bahasa mempunyai peranan-
peranan yang tertentu. Pada mulanya hanyalah untuk memenuhi keperluan asasi
kanak-kanak dan seterusnya adalah untuk menyampaikan maklumat.

3.5 Banding Beza Teori Pemerolehan Bahasa

3.5.1 Banding Beza Dari Aspek Tokoh

27
KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)

Teori
Behavioris
:Skinner

Teori
Konstruktivisme::
Lev Semenovich Teori Mentalis :
Vygotsky Chomsky
TOKOH

Teori
Interaksionalis : Teori Kod
Halliday -Kognitif : Piaget

Rajah 2.1 : Perbezaan Tokoh Teori Pemerolehan Bahasa

3.5.2 Banding Beza Dari Aspek Pendapat Tokoh

Teori Behaviouris Teori Mentalis


Pengaruh persekitaran dalam Pemerolehan bahasa sebagai satu
pembelajaran bahasa proses pemikiran yang melibatkan
berbanding fenomena mental. aktiviti mental.

28

Teori Kognitif Teori interaksional


sebagai proses mental dan kanak melibatkan dua aspek iaitu
bukannya mekanis atau proses mental dan interaksi
behaviouris. bahasa.
KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)

Rajah 2.2 : Perbezaan Pendapat Tokoh

3.5.3 Banding Beza Dari Aspek Teori

29
KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)

Teori Behaviouris Pemerolehan bahasa pertama kanak-


kanak.

Teori Mentalis Kanak-kanak diberi pendedahan kepada


sesuatu bahasa.

Teori Kognitif Sejak lahir, kanak-kanak mempunyai satu


alat yang membolehkannya faham
bahasa yang didengar dengan mudah.

Teori Pemerolehan bahasa kanak-kanak akibat


Interaksionalis interaksinya dengan penjaganya

Teori Konstruktivisme Mendidik kanak-kanak dalam bentuk


menyokong minat dan keperluan kanak-
kanak

Rajah 2.3: Perbezaan Pemerolehan Bahasa Kanak-Kanak.

30
KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)

3.5.4 Banding Beza Dari Aspek Proses Pembelajaran Bahasa

Teori Behaviouris:
Belajar bahasa secara tidak formal melalui proses peniruan
daripada ibu bapa dan ahli keluarga.

Teori Mentalis:
Bahasa diperoleh dengan cara merumus dan membentuk ayat-
ayat mengikut sistem bahasa menggunakan keupayaan sedia
ada.

Teori Kognitif:
Peringkat perkembangan kognitif kanak-kanak mempengaruhi
pemerolehan bahasa kanak-kanak.

Teori Interaksionalis:
Kanak-kanak menguasai bahasa kerana ingin memenuhi keperluan
untuk berinteraksi dalam situasi sosial masyarakat dan persekitaran
mereka

Teori Konstruktivisme:
Kanak-kanak diandaikan membawa bersama idea kepercayaan dan
pendapat yang perlu diubah oleh guru melalui tugasan-tugasan dan
soalan yang boleh membentuk dilema pada pelajar.

Rajah 2.4: Perbezaan Proses Pembelajaran Bahasa.

31
KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)

3.5.5 Banding Beza Dari Aspek Penguasaan Bahasa

Teori Behaviouris Teori Mentalis

Penguasaan bahasa kanak-kanak Kanak-kanak diandaikan membawa


berlaku dengan menekankan bersama idea kepercayaan dan
pengukuhan dalam P&P. pendapat yang perlu diubah oleh guru
melalui tugasan-tugasan dan soalan
yang boleh membentuk dilema pada
pelajar.

Teori kognitif Teori Interaksional

Pembelajaran menjadi lebih bererti Mementingkan komunikasi atau interaksi


seandainya aspek kognitif atau (lisan) yang berasaskan pendekatan
keupayaan berfikir dilibatkan. komunikatif.

Teori Konstruktivisme

Pembelajaran yang bermakna bermula


dengan pengetahuan atau pengalaman
sedia ada murid.

Rajah 2.5: Perbezaan penguasaan bahasa Teori Pemerolehan Bahasa

32
KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)

3.5.6 Banding Beza Dari Aspek Fungsi

Teori Behaviouris
Sesuatu ujaran terbentuk apabila adanya rangsangan dalam bentuk bahasa atau
bukan bahasa

Teori Mentalis
Kanak-kanak telah memiliki alat pemerolehan bahasa (Language Acquisition Device)
bagi membolehkan kanak-kanak memperoleh dan menguasai bahasa yang
didedahkan

Teori Kognitif
Manusia berkebolehan mempelajari pelbagai hal menggunakan otak dan saraf yang
tinggi.

Teori Interaksional
Mendedahkan kanak-kanak kepada cara-cara menggambarkan makna kognitif dalam
bentuk bahasa yang tepat.

Teori Konstruktivisme
Peranan murid dalam menentukan apa yang akan mereka pelajari.

Rajah 2.6 : Perbezaan Fungsi Teori Pemerolehan Bahasa

33
KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)

3.5.7 Banding Beza Dari Aspek Penguasaan Bahasa

34
KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)

Teori Behaviouris
Kanak-kanak belajar berbahasa daripada data bahasa yang didengar, kemudian
diulang-ulang sehingga memperolehi kebiasaan

Teori Mentalis
Kanak-kanak memperoleh alat penguasaan bahasa secara semulajadi yang
digunakan untuk membentuk rumus-rumus bahasanya sendiri tanpa mempelajari
terlebih dahulu.

Teori Kognitif
Pembelajaran harus melibatkan proses mental dan tidak hanya menekankan aspek
mekanikal sahaja.

Teori Interaksional
Penyampaian makna lebih diutamakan daripada struktur bahasa dalam pembelajaran
bahasa atau interaksi bahasa.

Teori Konstruktivisme
Penekanan diberi dengan menyediakan murid peluang untuk membentuk kemahiran
dan pengetahuan iaitu mereka menghubungkaitkan pengalaman lampau mereka
dengan kegunaan masa depan.

Rajah 2.7 : Perbezaan Penguasaan Bahasa Teori Pemerolehan Bahasa

4.0 STRATEGI

35
KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)

Untuk mencapai objektif-objektif pengajaran, seseorang guru biasanya


menggunakan gabungan berapa pendekatan serta kaedah mengajar tertentu.
Rancangan gabungan pendekatan dan kaedah serta turutan pendekatan dan kaedah
itu dilaksanakan merupakan strategi pengajaran.
Peranan strategi pengajaran adalah amat penting lagi jika kita mengajar pelajar-
pelajar yang berbeza dari segi kebolehan, pencapaian, kecenderungan serta minat
yang berbeza-beza. Guru perlu rancangkan pendekatan dan kaedah yang digunakan
untuk mengajar kumpulan-kumpulan yang berbeza-beza itu. Contohnya, dalam bilik
darjah biasanya terdiri daripada kumpulan lemah, kumpulan serdahana serta kumpulan
cergas. Guru terpaksa memikirkan strategi pengajaran yang terdiri daripada pelbagai
kaedah mengajar untuk memenuhi keperluan semua kumpulan. Di samping itu, setiap
bilik darjah mempunyai halangan serta rintangan-rintangan yang tersendiri seperti
keadaan fizikal, kemudahan bilik darjah, nilai, norma serta latar belakang sekolah dan
murid. Lantaran itu, seseorang guru bukan sahaja mesti menguasi berbagai-bagai
kaedah mengajar tetapi yang lebih penting lagi ialah bagaimana mengintegrasikan serta
menyusun kaedah-kaedah itu untuk membentuk strategi pengajaran yang paling
berkesan dalam pengajarannya.
Oleh yang demikian, adalah amat penting bagi setiap guru mengaplikasikan
strategi pengajaran supaya pelajar dapat menimba segala isi pelajaran yang hendak
disampaikan. Terdapat tiga strategi pengajaran bahasa iaitu;
i. Berpusatkan guru
ii. Berpusatkan pelajar
iii. Berpusatkan bahan

4.1 Berpusatkan Guru

36
KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)

Strategi di mana guru mengawal keadaan dan berperanan sebagai ketua. Fokus
pengajaran atau aktiviti dimonopoli oleh guru. Mengikut Brophy (1978), pendekatan ini
merupakan suatu pendekatan yang mudah dirancang dan diurus. Contoh strategi atau
teknik pengajaran yang berpusatkan guru ialah syarahan, demonstrasi dan bercerita
(guru sebagai pencerita). Antara ciri-ciri strategi pengajaran pemusatan guru adalah
seperti:

i. Guru berperanan utama dalam prose pengajaran dan pembelajaran


ii. Komunikasi sehala
iii. Murid pasif dan mendengar sahaja
iv. Guru mengarah dan mengawal pembelajaran
v. Guru berkuliah
vi. Kepimpinan bercorak autokratik

vii. Murid kurang berminat terhadap penerangan guru

viii. Kepimpinan

ix. bercorak autokratik

x. Mementingkan pencapaian objektif pendidikan guru


xi. Menekankan ujian sumatif untuk penggredan
xii. Sifat-sifat sosial kurang dipupuk

4.2 Berpusatkan Pelajar

Strategi pemusatan pelajar bermaksud pelajar mengambil alih sedikit


tanggungjawab untuk apa yang diajar dan bagaimana la dapat dipelajari. Ada sedikit
kecenderungan terhadap pembelajaran eksperiential dan membuat pemuan untuk
mereka. pengajaran yang berpusatkan murid adalah pembelajaran secara aktif
berpusatkan pelajar dan meningkatkan penglibatan pelajar (Orlich et al., 2007). Dalam
strategi ini, tumpuan diberikan kepada pelajar dalam melaksanakan aktiviti pengajaran.

37
KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)

Pelajar memiliki kebebasan untuk melakukan aktiviti bersama guru dan proses
pembelajaran berbentuk penerokaan idea-idea dan konsep-konsep baru.
Strategi berpusatkan pelajar dapat menggalakkan pelajar bertanggungjawab dan
melibatkan diri bagi membantu mereka memahami bagaimana untuk belajar .Kaedah ini
boleh dilakukan dengan mewujudkan iklim bilik darjah yang dapat memperkembangkan
kreativiti pelajar. Melalui strategi ini, pelajar dapat menyertai aktiviti pengajaran dan
pembelajaran secara aktif. Komunikasi berbentuk dua hala serta berlakunya soal jawab
antara guru dengan pelajar. Pendekatan ini sesuai digunakan apabila maklumat tidak
disampaikan secara berkesan berbanding dengan strategi berpusatkan guru dan
matlamatnya adalah untuk mengembangkan kemahiran pemikiran kreatif serta kritis.
Pengajaran di dalam bilik darjah yang berpusatkan pelajar selalunya kurang eksplisit
atau kurang tepat dan jelas.
Walaupun strategi berpusatkan pelajar kurang eksplisit, guru tidak membiarkan
pelajar untuk melakukan aktiviti tanpa pemantauan. Guru bertindak sebagai fasilitator
dan bertanggungjawab terhadap pelajar. Guru juga bertindak secara autoritatif dengan
mengagihkan sedikit kuasanya kepada pelajar.
Kajian menunjukkan bahawa strategi berpusatkan pelajar mempunyai kelebihan
untuk memperkembangkan kebolehan pelajar dalam mengaplikasikan konsep sikap
yang positif, mewujudkan motivasi serta memperkembang peribadi dalam
menggalakkan kemahiran sosial kumpulan termasuklah memupuk nilai kerjasama
antara pelajar. Bilik darjah yang berpusatkan pelajar juga menunjukkan perkembangan
kognitif di peringkat yang tinggi dalam kalangan pelajar dimana aktiviti yang dijalankan
memerlukan pelajar untuk menggunakan minda bagi menjawab soalan guru.
Pembelajaran menekankan kepada pembelajaran kendiri, arahan kendiri dan
inkuiri penemuan. Contoh strategi pemusatan pelajar ialah induktif, lakonan, permainan,
main peranan, sumbang saran dan sebagainya. Antara ciri pengajaran berpusatkan
murid ialah ;
i. Murid aktif dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran
ii. Pemindahan pembelajaran
iii. Komunikasi dua hala berlaku

38
KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)

iv. Naluri ingin tahu dikembangkan


v. Kepimpinan bercorak demokratik
vi. Mementingkan perkembangan jasmani, emosi, rohani dan intelek
vii. Murid minat dalam pelajaran
viii. Disiplin tidak terkawal

ix. Menekankan pencapaian objektif pembelajaran murid

x. Pembelajaran bercorak pengarahan kendiri

xi. Murid lebih kreatif

xii. Sifat-sifat sosial yang positif seperti bekerjasama, tolongmenolong

xiii. Murid aktif dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran

4.3 Strategi Berasaskan Sumber/Bahan

Strategi berpusatkan bahan bermaksud guru menggunakan banyak bahan


seperti buku, blok-blok binaan, bahan lukisan, peralatan saintifik, komputer, pusat
sumber, pusat akses kendiri dan lain-lain untuk menjalankan pengajarannya. Strategi
berpusatkan bahan meliputi cara yang luas bagi pelajar yang dibimbing oleh guru
hingga yang belajar secara individu dapat belajar.
Penekanan diberikan kepada penggunaan bahan-bahan untuk meningkatkan
pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan bahan-bahan harus berasaskan kepada
beberapa faktor seperti objektif pengajaran, keperluan pelajar, strategi pengajaran clan
kebolehan pelajar. Kepelbagaian media akan meningkatkan proses pengajaran dan
pembelajaran serta meningkatkan pemikiran kritikal dan kemahiran mental. Bentuk
penyampaian juga akan dipelbagaikan.
Antara sumber pengajaran dan pembelajaran ialah:
(a) Slaid dan jalur filem.
(b) Projektor lutsinar dan lutsinar.
(c) Pita rakaman dan televisyen.
(d) Model-model tiga dimensi seperti glob dan rangka manusia.

39
KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)

(e) Modul terancang.


(f) Pakej pembelajaran dengan penggunaan komputer.

Komputer di bilik darjah boleh digunakan untuk latihan, latih tubi dan permainan
pendidikan. Contohnya dalam pengajaran Matematik, Bahasa dan pengajaran interaktif
melalui CD-ROM (Compact Disk). Di samping itu, penggunaan internet juga
membolehkan pelajar memfokus kepada isu-isu global. Penggunaan slaid dan
transparensi turut membantu pelajar memahami sesuatu dengan lebih mudah, cepat
serta tepat penanggapan. Hal ini membolehkan pembelajaran lebih bermakna dan
menyeronokkan.
Gambar, peta dan carta juga dapat membantu pelajar memahami dengan lebih
jelas. Gambar yang besar dan berwarna-warni dapat menarik minat serta dapat
meningkatkan penumpuan pelajar dalam pelajaran. Carta pula memudahkan
pemahaman pelajar dari segi mudah diingati seperti carta pai, histogram dan graf.
Pembelajaran berpusatkan bahan juga penting bagi membantu guru memenuhi
keperluan pelajar yang pelbagai. Pembelajaran ini dapat menunjukkan cara untuk
belajar mengikut kadar sendiri, pada bila-bila lokasi yang tidak menyulitkan mereka.
Selain itu, la juga dapat membantu pelajar yang tidak hadir.

40
KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)

4.3 Banding Beza Strategi

Berpusatkan Guru Berpusatkan Murid Berpusatkan Bahan


guru mengawal keadaan bermaksud pelajar menggunakan banyak
dan berperanan sebagai mengambil alih sedikit bahan seperti buku,
ketua tanggungjawab untuk blok-blok binaan,
Guru mengarah dan apa yang diajar dan bahan lukisan,
mengawal pembelajaran bagaimana la dapat peralatan saintifik,
Mementingkan dipelajari komputer, pusat
pencapaian objektif sumber, pusat akses
pendidikan guru dapat menggalakkan
pelajar kendiri dan lain-lain
bertanggungjawab untuk menjalankan
dan melibatkan diri pengajarannya
bagi membantu Penekanan diberikan
mereka memahami kepada penggunaan
bagaimana untuk bahan-bahan untuk
belajar meningkatkan
pengajaran dan
pembelajaran

Rajah 3.1 Perbezaan Strategi

5.0 PENDEKATAN

Pengajaran dan pembelajaran tatabahasa merupakan satu daripada aspek


bahasa yang penting yang perlu dikuasai oleh seseorang untuk membolehkannya
menguasai bahasa yang dipelajari dengan cekap dan berkesan. Menurut Abdullah Aziz
(2000), mengatakan kelemahan pelajar menguasai tatabahasa dan penggunaan idea
akan mewujudkan karangan yang tidak “terkarang”. Kenyataan ini disokong oleh Husin
Mahmmod (1983) dan Azman Wan Chik (1987) yang merumuskan aspek utama dalam
sesebuah pengajaran dan pembelajaran ialah tatabahasa dan gaya bahasa, iaitu
penulisan struktur ayat dan butiran leksikel.

Oleh itu, menurut Corder (1975), berpendapat bahawa seorang guru bahasa
yang baik tidak melaksanakan tugasnya berasaskan peraturan-peraturan atau resepi.

41
KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)

Guru tersebut mempunyai satu set prinsip yang dijadikan panduan bagi melaksanakan
tugasnya itu. Dengan perkataan lain, guru tersebut mempunyai pegangan umum
tentang apa yang terjadi apabila seseorang murid belajar bahasa ataupun guru tersebut
mempunyai satu teori tidak formal tentang cara bagaimana bahasa diajar dan dipelajari.

Prinsip-prinsip umum tentang pengajaran bahasa tidak terbentuk secara


sewenang-wenang tetapi berasaskan teori-teori ilmu linguistik dan psikologi khususnya
teori-teori seperti huraian dan pemerolehan bahasa. Tegasnya prinsip-prinsip umum
yang dijadikan panduan oleh guru dalam pengajaran terbentuk daripada teori-teori
linguistik dan psikologi menentukan orientasi pengajarannya ataupun pendekatan
pengajarannya serta menjamin pemantapan murid-murid dalam menguasai tatabahasa.
Dalam pengajaran bahasa terdapat empat pendekatan pengajaran yang sering
digunakan iaitu pendekatan induktif, pendekatan deduktif, perdekatan elektif dan
pendekatan komunikatif.

Pendekatan biasanya dimaksudkan dengan arah atau hala yang kita ambil untuk
menuju sesuatu sasaran. Dalam pengertianyang lebih luas pendekatan juga diertikan
sebagi "to come near to in any sense" atau jalan yang diambil untuk melakukan
sesuatu. Pendekatan-pendekatan yang dipilih biasanya berasaskan teori-teori atau
generalisasi yang tertentu.

Sebagai contoh tentang pendekatan melakukan sesuatu ialah pendekatan


seseorang dalam belajar bermain tenis. Dia boleh menggunakan pendekatan
profesional atau pendekatan konvensyenal (tradisional atau acquired) atau biasa. Bagi
pendekatan profesional, semua kaedah bermain dipelajari berdasarkan prinsip-prinsip
sains yang sangat bersistematik. Manakala bagi pendekatan konvensyenal, kaedah-
kaedah bermain dipelajari berdasarkan pengalaman, perbincangan informal serta
dengan pemerhatian.

Dalam pengajaran bahasa, terdapat empat pendekatan yang boleh digunakan


oleh para guru bagi memastikan pelajar dapat menguasai bahasa dengan mudah.
Pendekatan-pendekatan yang dimaksudkan ialah;

42
KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)

i. Pendekatan induktif
ii. Pendekatan deduktif
iii. Pendekatan eklektik
iv. Pendekatan komunikatif

5.1 Pendekatan Induktif

Menurut Juriah Long et.al. (1990). Perkaedahan Pengajaran Bahasa Malaysia,


menerangkan bahawa pendekatan induktif atau jumpaan merupakan satu pendekatan
yang berasaskan lima prinsip pengajaran iaitu persediaan, penyampaian, penyatuan,
generalisas dan penerapan. Menurut John, M. Kierzek dan Alker Gilson (1960),
pendekatan ini mengutamakan penggunaan contoh-contoh bahasa, diikuti dengan
generalisasi oleh murid-murid sendiri atau undang-undang bagi unsur tersebut dan
kemudiannya diakhiri dengan aktiviti penerapan atau aplikasi. Contohnya dalam
pengajaran tentang ayat tunggal, guru akan memulakan pengajarannya dengan
menunjukkan contoh-contoh ayat tunggal. Kemudian berpandukan contoh-contoh yang
dibuat, guru akan memandu murid-murid supaya sampai kepada takrif ayat tunggal.
Model pengajaran danpembelajaran pendekatan ini dirumuskan seperti berikut:

Contoh-contoh Aplikasi Generalisasi

Rajah 4.1 : Modal Induktif


(Perkaedahan pengajaran Bahasa Melayu, m/s 236)

Contoh-contoh bahan pengajaran bukan sahaja disediakan oleh guru tetapi juga
boleh diminta daripada murid. Perkara penting, contoh-contoh itu mestilah jelas, tepat
dan dapat memudahkan pelajar-pelajar memikirkan rumus-rumus yang menjadi dasar

43
KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)

pembentukannya. Sebaik-baiknya contoh-contoh itu haruslah memperlihatkan


keseragaman dari segi struktur dan menepati struktur yang hendak diajarkan serta
mencukupi pula jumlahnya. Contoh-contoh yang memperlihatkan penyimpangan
haruslah dielakkan. Pada peringkat yang kedua, guru tidak memberikan rumus-rumus
tatabahasa yang hendak diajarkan itu, sebaliknya ia mestilah membimbing murid-murid
untuk mengenal pasti rumus-rumus yang tersirat daripada contoh-contoh yang
ditunjukkan. Tegasnya, murid diberi peluang menggunakan kebolehan kognitif mereka
untuk menetukan rumus. Tugas guru hanyalah memandu, membimbing dan
menjuruskan pemikiran murid ke suatu arah yang sama supaya rumus-rumus
tatabahasa yang hendak disampaikan itu dapat dikesan oleh murid dengan lebih cepat.
Guru-guru harus cekap mengesan dan memperbetulkan rumus-rumus yang salah yang
mungkin dikemukakan oleh murid. Pada bahagian aplikasi pula, latihan yang harus
diberikan mestilah banyak dan pelbagai supaya pembelajaran murid dapat
diperteguhkan dengan lebih berkesan.

Brian Seaton (1982) berpendapat bahawa :

…….learning by induction, the student experience a mental


process in which he observes many instance and then makes a general
rule (generalisation) incorporating the truth of the fact observes. Every
generalisation is arrived at, therefore, by induction.

Prinsip-prinsip pengajaran secara induktif ialah:


i. Contoh haruslah relevan dan sesuai untuk menerangkan sesuatu. Tambahan
pula, contoh dipelbagalkan supaya generalisasi dapat di¬capal dengan
inudah. Dalam proses membentuk generalisasi, guru menggalakkan pelajar
untuk mengemukakan contoh.

44
KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)

ii. Guru hendaklah membimbing pelajar untuk membuat kesimpulan.


Berdasarkan contoh yang dikemukakan, guru bersairia pelajar membentuk
kesimpulan umum.
iii. Guru memberikan peluang kepada pelajar untuk memerhati dan
menganalisis contoh agar generalisasi dapat dibuat.
iv. Guru merancang aktiviti pengajaran yang berkisar daripada contoh khusus
kepada suatu generalisasi atau kesimpulan umum. Langkah sedemikian akan
membimbing pelajar untuk memudahkan pelajar menguasai peraturan-
peraturan umum yang dapat diperoleh daripada fakta atau contoh khusus.
v. Pengajaran secara induktif nienekankan pengajaran yang berbentuk konkrit.

5.1.1 Kelebihan Pendekatan Induktif.

Kelebihan pendekatan induktif ialah pendekatan ini dapat mengasah kemahiran


berfikir dalam kalangan murid. Hal ini disebabkan mereka perlu menggunakan
keupayaan mental untuk mengenal pasti rumus-rumus yang menjadi dasar kepada
pembentukan sesuatu ayat. Selain itu, daya kefahaman dan ingatan murid terhadap isi
pelajaran dapat dipertingkatkan kerana mereka sendiri yang terlibat dalam pengesanan
rumus. Pendekatan ini juga melibatkan penyerapan yang aktif dalam kalangan pelajar.
Melalui pendekatan ini, strategi perbincangan dapat digalakkan kerana tugas
menentukan rumus dibuat oleh murid-murid sendiri dengan ini suasana pembelajaran
akan menjadi lebih hidup. Kelebihan lain menggunakan pendekatan ini ialah kemahiran
lisan dapat disuburkan kerana pendekatan ini memerlukan perbincangan yang banyak
di dalam bilik darjah dan juga murid-murid tidak begitu dibebani dengan rumus-rumus
pada peringkat awal pembelajaran sebaliknya mereka didedahkan dengan pelbagai
contoh penggunaan terlebih dahulu. Justeru itu perkara ini boleh mengurangkan
kebosanan mereka.

45
KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)

5.1.2 Kelemahan Pendekatan Induktif.

Setiap sesuatu itu mempunyai kelebihan dan kelemahan yang tersendiri begitu
juga dengan pendekatan induktif. Antara kelemahaan pendekatan ini adalah
pengajaran yang dilakukan mengambil masa yang panjang kerana guru perlu
membimbing murid mengesan rumus. Sekiranya sesebuah kelas itu terdiri daripada
murid-murid yang ramai jumlahnya, ‘penjurusan fikiran ke satu arah’ sukar dibuat
kerana setiap murid mempunyai fikiran, pendapat dan pemahaman yang berbeza.Bagi
murid-murid yang lemah pula, pendekatan ini akan menimbulkan masalah kerana
adalah sukar bagi mereka untuk memikirkan rumus-rumus tatabahasa daripada contoh-
contoh ayat yang diberikan.

Selain itu, pendekatan ini memerlukan pengetahuan-pengetahuan asas tentang


tatabahasa dalam kalangan murid. Tanpa pengetahuana asas (sekurang-kurangnya
tentang istilah dalam tatabahasa dan pengertiannya), rumus-rumus tatabahasa sukar
dikesan. Sekiranya banyak kekecualian daripada rumus-rumus tatabahasa dalam
konteks penggunaan bahasa yang sebenarnya, pendekatan ini akan menimbulkan
masalah kerana rumus-rumus yang dibuat hanya berdasarkan contoh-contoh yang
diberi. Kelemahan lain pendekatan ini ialah tidak dapat memperlihatkan penggunaan
tatabahasa yang diajarkan dalam konteks yang sebenarnya. Oleh yang demikian,
kecekapan berkomunikasi dalam situasi yang sebenar tidak dapat diperkembangkan.
Tegasnya pengajaran dan pembelajaran lebih memberatkan aspek ilmu bahasa.

5.2 Pendekatan Deduktif

Pendekatan deduktif dalam pengajaran dan pembelajaran merupakan satu


pendekatan yang didahului dengan pengajaran rumus-rumus, undang-undang ataupun
peraturan bahasa, kemudian diikuti dengan contoh-contoh dan diakhiri pula dengan
aplikasi atau penerapan rumus-rumus tersebut seperti yang dikatakan oleh Brian
Seaton (1982), “learning by deduction the student start with a general truth and applies

46
KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)

it to a particular cases”. Sebagai contoh, apabila seseorang guru mengajar ayat


tunggal, guru akan memberi takrif ayat tersebut sebelum menunjukkan contoh-contoh
penggunaannya. Model pengajaran dan pembelajaran bahasa pendekatan ini dapat
diringkaskan seperti berikut mengikut Paul D. Eggen (1979) :

Rumus/Generalisas Contoh Aplikasi


i

Rajah 4.2 : Model Deduktif

Dalam pengajaran yang bermodelkan pendekatan ini guru memainkan peranan


penting untuk menerangkan atau mengajarkan rumus-rumus tatabahasa manakala
murid hanya mendengar dan mengikutinya. Walaubagaimanapun, kefahaman mereka
dinilai melalui aktiviti-aktiviti yang disediakan pada peringkat aplikasi.

Untuk menentukan bahawa pengajaran tatabahasa ini mendatangkan kesan


yang lebih mendalam, guru haruslah memastikan bahawa generalisasi tatabahasa yang
hendak diajarkan itu dihuraikan dengan jelas, difahami dan contoh-contoh penerapan
generalisasi di dalam ayat-ayat mestilah mencukupi dan benar-benar menepati rumus-
rumus tersebut. Guru tidak digalakkan untuk dimasukkan contoh-contoh yang
memperlihatkan penyimpangan, terutamanya pada awal pengajaran.

Contoh-contoh tidak semestinya diberikan oleh guru tetapi boleh juga diminta
daripada murid, iaitu setelah contoh-contoh yang disediakan oleh guru dikemukakan.
Dalam aplikasi pula, latihan-latihan yang disediakan haruslah beraneka jenis dan dalam
konteksyangbermakna. Hal ini bertujuan untuk memberi peluang kepada murid
menerapkan rumus dalam situasi yang baru.

Pendekakatan menggunakan deduktif dicirikan dengan pelajar mempelajari


berdasarkan sesuatu hukum. Pelajar perlu menaakul untuk mendapatkan fakta/contoh

47
KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)

tertentu daripada peraturan umum. Dalam penaakulan, pelajar mengumpulkan fakta


untuk membuktikan satu penyataan umum itu benar atau tidak. Proses penganalisisan
fakta yang akan dikumpulkan berlaku sebelum membentuk generalisasi. Pada peringkat
proses deduktif, pelajar bersama guru akan membuat kesimpulan tentang fakta-fakta
daripada yang umum kepada yang spesifik.

Prinsip penggunaan pengajaran deduktif merangkunil aspek-aspek berikut:


i. sesuatu masalah diperkenalkan dan ditakrifkan. Guru dan pelajar
mengemukakan cara penyelesaian masalah. Dalam konteks ini,
generalisasi dikemukakan harus dinyatakan secara eksplisit.
ii. penyelesaian masalah mengikut langkah demi langkah.
iii. beberapa contoh digunakan untuk menerangkan generalisasi atau
peraturan. Berdasarkan contoh yang digunakan, pelajar meniru atau
hafal contoh dan membentuk contoh lain melalui latihan.
iv. pelbagai aktiviti dijalankan untuk meningkatkan pemahaman pelajar
terhadap isi pelajaran yang disampalkan. Latihan menulis untuk
mengesan kebolehan pelajar nienguasal kemahiran turut diberikan.

5.2.1 Kelebihan Pendekatan Deduktif.

Kelebihan pendekatan deduktif adalah, dengan huraian dan penjelasan yang


mudah, disertai pula dengan contoh-contoh pada awal pengajaran, murid-murid dapat
memahami rumus-rumus tatabahasa dan dengan demikian mereka dapat menerapkan
rumus-rumus tersebut untuk membentuk ayat-ayat yang gramatis. Selain itu,
pengetahuan tentang tatabahasa dapat dipertingkatkan dengan cepat dan kaedah ini
amat sesuai sekiranya matlamat murid dalam mempelajari sesuatu bahasa itu ialah
untuk mendalami aspek tatabahasa.Pendekatan ini berbeza dengan pendekatan
induktif kerana pendekatan ini menjimatkan masa pengajaran kerana rumus-rumus
tatabahasa disediakan dan dihuraikan terus oleh guru. Murid tidak perlu mengambil
masa untuk memikirkan atau mengesan rumus. Pendekatan ini juga boleh
meninggalkan kesan pembelajaran yang memuaskan kepada pelajar-pelajar dewasa

48
KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)

yang pada praktiknya lebih mudah mempelajari sesuatu berdasarkan peraturan-


peraturan yang ditetapkan.

5.2.3 Kelemahan Pendekatan Deduktif

Manakala kelemahan menggunakan pendekatan ini adalah pengajaran mungkin


membosankan kerana murid dibebani dengan rumus-rumus yang wajib dipatuhi.
Pendekatan ini boleh mengongkong kreativiti mereka dalam menggunakan bahasa
kerana mereka terlalu terikat kepada rumus. Walhal dalam penggunaan bahasa yang
sebenarnya, terdapat banyak kekecualian daripada rumus, yang masih boleh diterima
sebagai bentuk yang betul oleh penutur jati. Selain itu, pemikiran murid tidak tercabar
untuk mengesan dan menentukan rumus kerana rumus-rumus tatabahasa diberikan
oleh guru. Justeru itu, penglibatan murid tidak begitu aktif kerana guru lebih banyak
memainkan peranan, khususnya dalam hal menghuraikan rumus. Melihat dari segi
psikologi, sesuatu yang dapat dikesan atau dijumpai sendiri oleh murid dalam sesuatu
pembelajaran dapat menjamin ingatan yang lebih kekal, berbanding dengan sesuatu
yang diberitahu terus oleh guru. Dengan demikian, pendekatan ini tidak begitu
menjamin ingatan yang berkekalan dalam kalangan murid tentang rumus-rumus
tatabahasa yang diajarkan itu.

5.3 Pendekatan Eklektik

Pendekatan elektif adalah satu pendekatan yang menggabungkan pendekatan


deduktif dan induktif dengan mengambil dan mencantumkan ciri-ciri yang baik daripada
kedua-dua pendekatan tersebut untuk menghasilkan pembelajaran yang lebih
berkesan. Mengikut pendekatan ini, contoh-contoh boleh diberikan terlebih dahulu oleh
guru, kemudian diikuti dengan keterangan atau penjelasan tentang unsur-unsur bahasa
yang diajarkan itu, di samping murid-murid juga boleh dibimbing untuk mengesan
rumus-rumus dan memberikan contoh-contoh baru.

49
KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)

Pendekatan ini menggunakan dua atau lebih kaedah yang menggabungkan


segala ciri yang balk daripada pendekatan tersebut dan menggunakannya dalam satu-
satu pengajaran dan pembelajaran. Pendekatan ini sesuai untuk kelas yang
mempunyai pelajar pelbagai kebolehan. Ada kala kaedah induktif lebih sesuai
digunakan untuk segelintir pelajar, manakala ada pula pelajai yang akan memahami
dengan lebih jelas melalui kaedah deduktif.

Pendekatan eklektik boleh dihasilkan dengan menggunakan induktif dan


deduktif. Contohnya, guru boleh mula dengan memberikan contoh, dlikut] dengan
generalisasi. Guru juga akan mengakhiri dengan memberikan contoh untuk
mengukuhkan peraturan atau generalisasi. Hal ini lebih mirip kepada pendekatan
induktif. Selain itu, guru boleh memulakan pelajaran dengan memberikan peraturan
atau generalisasi diikuti dengan contoh dan kemudian diakhiri dengan penerangan
tentang peraturan sekali lagi. Hal ini pula lebih mirip kepada pendekatan deduktif.

Strategi pengajaran menggunakan pendekatan eklektik boleh dilakukan dengan


dua cara, iaitu:
1 Strategi yang mirip kepada pendekatan deduktif.
2 Strategi yang mirip kepada pendekatan induktif.
Dalam strategi yang mirip kepada pendekatan induktif, langkah-langkah adalah
seperti berikut:
i. Guru mula dengan menggunakan contoh-contoh untuk membantu
membentuk konsep yang jelas.
ii. Daripada contoh tersebut, guru bersaina pelajar membuat generalisasi.
iii. Untuk pengukuhan, contoh diberikan oleh guru dan pelajar. Guru akan
mendorong pelajar untuk mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran
situasi yang hampir serupa.

Dalam strategi yang cenderung kepada pendekatan deduktif, langkah--langkah


adalah seperti berikut:
i. guru menerangkan generalisasi /hukum-hukum/peraturan.

50
KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)

ii. guru memberikan contoh untuk menerangkan generalisasi tersebut.


iii. mengaitkan contoh dan menjelaskan lagi kesimpulan.

5.3.1 Kelebihan Pendekatan Eklektik

Kelebihan pendekatan elektik pula adalah guru mempunyai kebebasan untuk


mengajarkan isi pelajaran. Maksudnya, guru tidak terikat kepada satu pendekatan
sahaja. Manakala, murid-murid boleh dilibatkan secara aktif, sama ada dalam tugas
mengesan rumus ataupun diberikan contoh. Penglibatan ini akan mengelakkan
kebosanan dalam diri pelajar. Oleh sebab guru memberi penerangan terlebih dahulu,
rumus-rumus tatabahasa lebih mudah dikesan oleh murid dan ini akan menjimatkan
masa. Pendekatan ini sesuai untuk semua murid, iaitu sama ada murid yang pandai
ataupun yang kurang pandai, juga sesuai untuk pelajar-pelajar yang lebih dewasa.

5.4 Pendekatan Komunikatif

Berbeza dengan pendekatan-pendekatan lain yang telah dinyatakan,pendekatan


komunikatif menekankan aspek komunikasi dalam pengajaran. Asas ini disarankan oleh
ahli-ahli bahasa seperti H.G Widdowsson, C. Jbrumfit, K. Johnson, D.H Hymes dan W.
Littlewood. Menurut ahli-ahli berikut mereka menyatakan bahawa pengajaran bahasa
mestilah merangkumi kecekapan bahasa yakni penguasaan sistem tatabahasa serta
kecekapan berkomunikasi. Kecekapan yang pertama membolehkan seseorang murid
menguasai struktur bahasa yang tepat bagi menyampaikan mesej kepada khayalaknya.
Kecekapan yang kedua membolehkan murid tersebut menggunakan bahasa yang
sesuai dengan khalayak yang dihadapinya.

Pengajaran dimulakan dengan aktiviti komunikasi, sama ada secara lisan atau
tulisan oleh murid, baik secara berpasangan ataupun berkumpulan. Komunikasi itu
boleh diwujudkan dalam konteks situasi yang sebenarnya ataupun berupa lakonan,
main peranan, simulasi, penyelesaian atau sebagainya yang memerlukan murid

51
KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)

berkomunikasi dalam bahasa yang dipelajari. Walau bagaimanapun, untuk pengajaran


tatabahasa, guru haruslah merancang situasi penggunaan bahasa yang benar-benar
sesuai dengan unsur-unsur tatabahasa yang hendak diajarkan supaya murid-murid
dapat melihat hubungan di antara unsur tatabahasa itu dengan konteks
penggunaannya yang sebenar. Pendekatan pengajaran ini lebih berpusatkan murid
daripada guru. Mengikut pendekatan ini, latih tubi hanya diadakan apabila perlu, iaitu
sekiranya didaati murid-murid lemah dalam penggunaannya.

Secara amnya, Roger W. Shuy(1982), berpendapat bahawa pendekatan ini


dijalankan berdasarkan model berikut:

Pengajaran Latih tubi


Komunikasi
tatabahasa (jika perlu)

Rajah 4.3 : Modal Komunikatif.

5.4.1 Kebaikan Pendekatan Komunikatif.

Kebaikan pendekatan ini memberi adalah mewujudkan peluang kepada murid


untuk berkomunikasi secara bebas dengan menggunakan bahasa yang dipelajari. Oleh
itu, mereka dapat mengalami dan menggunakan sendiri bahasa tersebut dalam konteks
yang sebenar. Selain itu, pengajaran tatabahasa lebih bermakna kerana murid dapat
melihat bagaimana sesuatu unsur tatabahasa itu berfungsi dalam situasi penggunaan
yang sebenar. Manakala peglibatan murid adalah secara aktif dan tugas guru hanya
memandu serta membimbing mereka. Hal ini sekaligus menjadikan suasana bilik darjah
lebih hidup. Kebaikan lain pula, murid dapat menggunakan kreativiti mereka sendiri
dalam penggunaan bahasa sekaligus mereka dapat menguasai dua kemahiran secara
serentak, iaitu kemahiran komunikasi (kemahiran menggunakan bahasa) dan

52
KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)

kemahiran linguistik (pengetahuan tentang struktur bahasa). Dalam erti kata lain,
mereka bukan sahaja boleh menggunakan bahasa itu mengikut konteks, tetapi juga
mengetahui strukturnya. Hal ini menjamin penggunaan bahasa yang lebih baik.

Secara langsung atau tidak langsung, pendekatan ini mendedahkan aspek-


aspek paralinguistik dau sosiobudaya masyarakat penutur bahasa yang dipelajarinya.
Justeru itu dapat menjamin bahawa murid-murid boleh menggunakan bahasa tersebut
mengitut ciri-ciri ketatasusilaan bahasa itu seperyi mana penutur jati, di samping dapat
pula melihat laras-laras bahasa yang berlainan, yang dibezakan oleh konteks.

5.4.2 Kelemahan Pendekatan Komunikatif.

Sekiranya pengajaran tidak dirancang dengan rapi, unsur tatabahasa yang


hendak diajarkan mungkin tidak dapat ditonjolkan dengan jelas dan murid tidak dapat
mengenal pasti rumus atau struktur unsur-unsur tatabahasa yang hendak diajarkan.
Pada peringkat awal pengajaran, guru terpaksa ‘bertoleransi’ dengan kesilapan-
kesilapan bahasa yang dilakukan oleh murid-murid, khususnya semasa mereka
berkomunikasi. Sekiranya guru tidak cekap mengawal dan memperbetulkan kesilapan
murid pada waktu-waktu yang seterusnya, ada kemungkinan kesilapan-kesilapan akan
menjadi biasa kepada murid itu.

5.5 Banding Beza Pendekatan

5.5.1 Banding Beza Pendekatan Dari Aspek Definisi

53
KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)

Pendekatan Induktif
- mengutamakan penggunaan contoh-contoh bahasa, diikuti dengan generalisasi oleh
murid-murid sendiri atau undang-undang bagi unsur tersebut dan kemudiannya diakhiri
dengan aktiviti penerapan atau aplikasi.

Pendekatan deduktif
- didahului dengan pengajaran rumus-rumus, undang-undang ataupun peraturan bahasa,
kemudian diikuti dengan contoh-contoh dan diakhiri pula dengan aplikasi atau penerapan
rumus-rumus tersebut

Pendekatan eklektik
-menggabungkan pendekatan deduktif dan induktif dengan mengambil dan mencantumkan ciri-
ciri yang baik daripada kedua-dua pendekatan tersebut untuk menghasilkan pembelajaran
yang lebih berkesan..

pendekatan komunikatif
-menekankan aspek komunikasi dalam pengajaran

Rajah 4.4 Perbezaan Definisi Pendekatan

54
KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)

5.5.2 Banding Beza Pendekatan Dari Aspek Kebaikan

Pendekatan deduktif
kalangan murid. - murid-murid dapat memahami rumus-
-dapat mengasah kemahiran berfikir dalam rumus tatabahasa dan dengan demikian
Pendekatan Induktif mereka dapat menerapkan rumus-rumus
tersebut untuk membentuk ayat-ayat yang
gramatis

Kebaikan Pendekatan

tidak terikat kepada satu pendekatan sahaja.


Pendekatan Komunikatif mengajarkan isi pelajaran. Maksudnya, guru
-mewujudkan peluang kepada murid untuk -adalah guru mempunyai kebebasan untuk
berkomunikasi secara bebas dengan Pendekatan Eklektik
menggunakan bahasa yang dipelajari

Rajah 4.5 Perbezaan Kebaikan Pendekatan

5.5.3 Banding Beza Pendekatan Dari Aspek Kelemahan

Pendekatan induktif Pendekatan deduktif Pendekatan Eklektik

pengajaran yang pengajaran mungkin unsur tatabahasa


dilakukan mengambil membosankan kerana yang hendak
masa yang panjang murid dibebani diajarkan mungkin
kerana guru perlu dengan rumus-rumus tidak dapat ditonjolkan
membimbing murid yang wajib dipatuhi dengan jelas dan
mengesan rumus. ini boleh murid tidak dapat
adalah sukar bagi mengongkong mengenal pasti rumus
mereka untuk kreativiti mereka atau struktur unsur-
memikirkan rumus- dalam menggunakan unsur tatabahasa
rumus tatabahasa bahasa kerana yang hendak
daripada contoh- mereka terlalu terikat diajarkan.
contoh ayat yang kepada rumus
diberikan.

Rajah 4.6 Perbezaan Kelemahan Pendekatan

55
KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)

6.0 Kaedah Pengajaran Bahasa

Kaedah Pengajaran merupakan satu perancangan ataupun prosedur bagi


melaksanakan sesuatu pengajaran secara teratur, kemas, sistematik. Ia juga
merupakan satu siri tindakan guru yang bersistematik serta berturutan bagi mencapai
objektif. Kaedah pengajaran merupakan satu perancangan atau prosedur bagi
melaksanakan sesuatu pengajaran secara teratur, kemas,dan sistematik. Kaedah
merupakan langkah-langkah atau peringkat-peringkat pengajaran yang tersusun rapi
dan kesinambungan yang harus dituruti dengan saksama bagi mencapai sesuatu
objektif pengajaran (Mangantar Simanjuntak, 1982:72). Terdapat beberapa kaedah
pengajaran bahasa. Antaranya ialah :

Nama kaedah Penerangan


Kaedah natural Kaedah ini mementingkan konsep komunikatif.
Bahasa dilihat sebagai alat yang menghubungkan
makna dan mesej.
Kaedah tatabahasa terjemahan Kaedah klasik ini menekankan ejaan dan penulisan.
Hukum tatabahasa dihafaz. Terjemahan difikirkan
sebagai satu cara yang penting untuk mempelajari
perbendaharaan kata.
Ejaan dan penulisan diberikan keutamaan manakala
aspek fonetik kurang dititik beratkan kerana kaedah
ini dirancangkan untuk memberi kemahiran menulis,
dan bukan kemahiran bertutur. Kaedah ini
menentukan perbendaharaan kata diberi di pangkal
peljaran. Perbendaharaan kata dipelajari melalui cara
terjemahan dengan pemberian kata-kata dalam
bentuk terasing daripada konteks. Kata-kata yang
disusun dalam ayat melalui hukum tatabahasa
kemudiannya dihafaz sebagai cara menguasai
bahasa tersebut. Ayat pula mungkin tidak

56
KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)

bersambung antara satu sama lain kerana isis atau


kefahaman tidak menjadi keutamaan.

Kaedah terus Kaedah ini sesuai untuk pembelajaran bahasa kedua.


Antara prinsipnya ialah hubungan terus perkataan
dengan benda, perkaitan dengan pengalaman,
mewujudkan rasa ingin tahu, dan berkaitan dengan
asas kanak-kanak mempelajari bahasa ibunda.
Kaedah ini dilihat sesuai untuk pengajaran bahasa
kedua kerana tidak sekali-kali menggunakan bahasa
yang telah diketahui oleh murid dan lebih berkesan
dalam membolehkan kanak-kanak menguasai
keempat-empat klemahiran bahasa dan terus
menggunakannya dalam masyarakat yang
berkenaan. Ianya juga menekankan pengajaran
bahasa kedua dan bahasa asing dilaksanakan
menggunakan bahasa sasaran semata-mata.

Kaedah askar Seperti melatih tentera, kaedah ini mementingkan


latih tubi, lisan, dan ketegasan. Empat asas
penyampaian bagi kaedah terus adalah ianya
merupakan perhubungan secara langsungantara
perkataan dengan benda atau ayat dengan fikiran
ataupun sebaliknya. Pengajaran juga harus dikaitkan
dengan pengalaman-pengalaman yang telah sedia
ada, guru harus menimbulkan perasaan ingin tahu
kanak-kanak melalui soalan-soalan yang telah
dirancangkan serta pengajaran yang dilakukan
haruslah berpandu kepada lunas-lunas kanak-kanak
semasa mempelajari bahasa ibunda mereka iaitu
seperti mengutamakan bahasa lisan, serta
mendahului kemahiran ,mendengar terlebih dahulu

57
KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)

berbanding kemahiran bertutrur. Murid-murid juga


harus dihubungkan secara terus dengan bahasa yang
diajar tanpa penterjemahan, tidak mempelajari
sebarang undang-undang tentang bahasa yang
hendak dipelajari, memperbanyakkan ulangan dan
pengukuhan, mempelajari sesuatu secara
keseluruhan dan lain-lain lagi.
Kaedah ajuk/hafaz Kaedah ini menekankan konsep ajukan dan latih tubi.
dilakukan melalui demonstrasi dan latih tubi. Ianya
haruslah berkaitan dengan tatabahasa, pertuturan,
perbendaharaan kata melalui guru bahasa atau
penutur jati. Sesudah ayat dibacakan murid-murid
dikehendaki mengajukkannya sehingga ayat-ayat
tersebut tidak dapat dilupakan.
Harus diingat oleh guru-guru bahawa kejelasan
dalam menyampaikan pelajaran adalah penting.
Sesuatu yang jelas seperti sebutan yang terang dan
nyata akan memberikan tanggapan yang betul
kepada murid-murid sekaligus melahirkan satu
penguaaaan habit bahasa yang baik dan sempurna.
Kaedah linguistik Kaedah ini mementingkan pertuturan dan
membenarkan penggunaan bahasa yang telah
diketahui oleh murid.
Ia juga dikenali sebagai kaedah fonetik atau kaedah
reform. Ianya berasaskan ilmu linguistik, khususnya
linguistik struktural dan dihasilkan untuk mengatasi
kelemahan-kelemahan yang terdapat dalam kaedah
terus pula. Ianya juga ialah kaedah mengajar bahasa
yang moden serta saintifik. Pada dasarnya ia
membandingkan dua bahasa iaitu bahasa yang
dipelajari dengan bahasa-bahasa yang telah
diketahui oleh murid-murid sama ada bahasa ibunda

58
KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)

ataupun bahasa-bahasa yang lain.

Kaedah kod-kognitif Perkara yang ditekankan dalam kaedah ini


(tradisional) ialah bacaan dan tulisan. Aspek yang
ditekankan ialah sintaksis dan diikuti oelh morfologi
dan fonologi.
Kaedah ini mengutamakan pengajaran kecekapan
berbahasa atau rumus-rumus tatabahasa dalam
pengajaran bahasa yang juga bersamaan dengan ciri
pengajaran bahasa melalui kaedah nahu terjemahan.
Pengajaran unsur-unsur bahasa pula adalah secara
deduktif dan huraian tatabahasa dibuat berasaskan
ayat pencilan bukan ayat-ayat dalam konteks
penggunaan. Pengajaran bahasa pula lebih
mengutamakan kecekapan bahasa daripada
kecekapan berbahasa.

Kaedah situasional Situasional Language Teaching ini mementingkan


latihan penyebutan, ulang kaji, struktur baru,
perbendaharaan kata, latihan lisan, dan membaca
bahan yang melibatkan struktur baru atau melakukan
latihan bertulis. Guru menjadi model.
Kaedah bahasa komuniti (CLL) Murid menjadi ahli dalam komuniti. Mereka belajar
melalui interaksi dengan rakan. Walau
bagaimanapun, kaunseling dan psikologi diambil kira
untuk memotivasikan pembelajaran.
Kaedah Oral-Aural Konsep yang paling utama ialah dengar dan tutur.
Kaedah ini membolehkan murid-murid
memperkembangkan kemahiran mendengar,
bertutur, membaca dan menulis. Alat pandang
dengar yang lengkap merupakan salah satu bahan
yang boleh menjadikan dialog lebih realistik

59
KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)

sementara bahan latihan menyebut dan membaca


bahan dikawal oleh bahan yang telah diberi atau
disusun rapi. Sistem tatabahasa seperti
perbendaharaan kata diberikan penekanan tetapi
secara beransur-ansur dan kemahiran seterusnya
pula dikuasai seperti menguasai bacaan, latihan
menulis tentang bahan-bahan yang telah dipelajari
dan seterusnya latihan menulis itu dibebaskan.
Tujuan penggunaan kaedah ini ialah bagi
membolehkan murid-murid memperkembangkan
keempat-empat kemahiran bahasa iaitu kemahiran
mendengar, kemahiran bertutur, kemahiran membaca
dan kemahiran menulis. Namun demikian, kemahiran
mendengar dan kemahiran bertutur lebih diberikan
keutamaan.

Kaedah penglibatan tindak Total Physical Response (TPR) lebih mementingkan


balas fizikal (TBF) pemahaman bahasa melalui pendengaran serta
memulakan pelajaran dengan kemahiran mendengar.

Kaedah suggestopedia Kaedah ini dikenali Super Learning yang pada


pendapat pengasasnya bahawa tiada suatu aksi pun
yang todak boleh dijadikan contoh. Penumpuan amat
penting. Muzik dan alunan irama boleh menggiatkan
pembelajaran.
Kaedah eklektik Kaedah yang menggabungkan segala ciri yang baik
dalam pengajaran bahasa yang terdapat dalam
kaedah-kaedah lain ataupun tidak terikat dengan
hanya satu-satu kaedah btertentu sahaja. Ia
merupakan hasil daripada pengubahsuaian terhadap
kaedah terus. Kaedah eklektik ini cuba
menggabungkan teknik-teknik pengajaran yang

60
KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)

terbaik daripada kaedah terus dan kaedah nahu


terjemahan untuk tujuan membentuk satu strategi
pengajaran bahasa kedua atau bahasa asing yang
berkesan.
Kaedah ini menjalankan proses pengajaran dan
pembelajaran mengikut kemampuan dan keupayaan
murid dan boleh juga bermula dengan menguasai
kemahiran mendengar dan bertutur dahulu sebelum
mula menguasai kemahiran menulis. Unsur-unsur
tatabahasa juga diajarkan secara induktif dan deduktif
dan guru menggunakan terjemahan bagi
menghuraikan unsur-unsur tatabahasa yang
menimbulkan masalah kepada murid-murid di
samping guru yang boleh menggunakan alat bantu
mengajar.
Rajah 5.1 Kaedah-kaedah pengajaran

Menurut Edward M. Anthony (1963) :

“Method is overall plan for the orderly presentation of


language material, no part of which contradicts, and all of which is based
open, the selected approach. Whitin one approach is axiomatic, a method
is procedural. Within one apporach, there can be many methods”.

6.1 Banding Beza Kaedah

61
KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)

mengutamakan pengajaran
kecekapan berbahasa atau rumus- membolehkan murid-murid
rumus tatabahasa dalam memperkembang-kan
pengajaran bahasa yang juga kemahiran mendengar,
bersamaan dengan ciri pengajaran bertutur, membaca dan
bahasa melalui kaedah nahu menulis
terjemahan

kaedah oral-aural
kod- kaedah
kognitif

terus kaedah
hubungan terus perkataan
dengan benda, perkaitan
kaedah tatabahasa
dengan pengalaman, Kaedah klasik ini menekankan
mewujudkan rasa ingin tahu,
terjemahan
ejaan dan penulisan. Hukum
dan berkaitan dengan asas tatabahasa dihafaz.
kanak-kanak mempelajari Terjemahan difikirkan sebagai
bahasa ibunda. satu cara yang penting untuk
mempelajari perbendaharaan
kata.

Rajah 5.2 Perbezaan Kaedah Pengajaran

7.0 Teknik pengajaran bahasa

62
KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)

Teknik adalah satu muslihat atau strategi atau taktik yang digunakan oleh guru
untuk mencapai hasil segera yang maksimum pada waktu mengajar sesuatu bahagian
pengajaran tertentu (Mangantar Simanjuntak,1981:57) Teknik pengajaran merupakan
ciri-ciri khusus yang ada pada sesuatu prosedur pengajaran seperti langkah-langkah
pengajaran yang dilaksanakan, cara penyampaian bahan dan alat bantu mengajar.
Teknik yang dipilih haruslah sejajar dengan kaedah yang digunakan dan seirama
dengan pendekatan yang dianuti. Tujuan teknik- teknik ini digunakan dalam pengajaran
bahasa adalah kerana untuk menarik minat murid, mengekalkan perhatian dan
membangkitkan rasa ingin tahu murid. Antara teknik-teknik pengajaran bahasa ialah :

7.1 Teknik latih tubi


Teknik ini merupakan aktiviti pengulangan fakta-fakta yang dipelajari. Tujuannya
adalah untuk mencapai taraf penguasaan kemahiran di samping menjamin
ketekalannya. Teknik ini boleh digunakan untuk mencapai sesuatu kemahiran seperti
kemahiran menyebut perkataan, ayat-ayat atau mengingat fakta-fakta penting. Melalui
teknik ini pelajar akan mengalami proses mendengar, melihat, memikirkan maksud
perkataan serta tugasnya dalam situasi yang menggunakan perkataan-perkataan itu.
Teknik ini berasaskan kaedah pengajaran bahasa dengar dan sebut (audiolingual) yang
biasanya digunakan dalam pengajaran bahasa kedua. Berdasarkan teknik ini, perhatian
diberikan kepada lima aspek kebolehan menggunakan bahasa iaitu sebutan,
tatabahasa, perbendaharaan kata, kefasihan, dan kefahaman.

Teknik ini dikenali juga dengan menghafaz. Antara pengalaman teknik ini ialah ia
mengehadkan kebebasan berfikir dan menumpukan daya kreativiti murid. Namun
begitu, teknik ini amat dan sesuai untuk isi kandungan pengajaran yang memerlukan
ikutan dan ulangan.

7.2 Teknik simulasi

63
KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)

Teknik simulasi boleh didefinisikan sebagai satu situasi yang diwujudkan hampir
menyerupai keadaan sebenar yang memerlukan pelajar berinteraksi sesama sendiri
berdasarkan peranan masing-masing bagi membuat keputusan menyelesaikan
masalah, isu atau tugasan semula. Melalui teknik ini, pelajar akan dapat menggunakan
kemahiran belajar seperti mengumpulkan maklumat, menjalankan temuramah dengan
individu tertentu dan mencatat isi penting. Dalam proses ini, pelajar digalakkan untuk
memberikan pendapat, cadangan, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah
berdasarkan peranan yang dipertanggungjawabkan. Teknik ini memberi pelajar peluang
untuk mengalami sendiri situasi dan masalah. Terdapat pelbagai kemahiran yang dapat
digabungjalinkan dan dipertingkatkan dalam teknik ini terutamannya kemahiran lisan,
membaca dan menulis. Melalui teknik ini, pelbagai aktiviti menarik yang menjadi
sumber motivasi kepada pelajar untuk meneruskan proses pengajaran dan
pembelajaran dapat diwujudkan.

7.3 Teknik main peranan

Main peranan boleh ditakrifkan sebagai melakonkan sesuatu situasi, masalah


atau peristiwa yang dianggap penting. Pelajar diberi peranan dan bertindak sebagai
watak-watak yang ditentukan dalam satu situasi yang disediakan. Main peranan ialah
dramatisasi yang tidak memerlukan penghafalan skrip. Pelakon-pelakon perlu
menyelesaikan atau menjelaskan situasi kepada pelajar-pelajar yang lain supaya
mempraktikkan kepada diri mereka berdasarkan peranan yang dimainkan secara
spontan. Proses ini biasanya dimulakan dengan pemikiran masalah yang sesuai.
Masallah dikemukakan kepada pelajar dengan membacakannya atau memperlihatkan
melalui filem, televisyen, mendengar rakaman dan sebagainya.

7.4 Teknik sumbangsaran

Teknik ini juga dikenali sebagai percambahan fikiran (brainstorming) yang


merupakan satu sesi perbincangan yang membolehkan setiap ahli kumpulan
meyumbangkan pendapat dan idea. Teknik ini boleh dimulakan dengan aktiviti

64
KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)

permainan bahasa pada peringkat sekolah rendah dan berkembang menjadi aktiviti
perbincangan yang lebih serius dan kompleks pada peringkat sekolah menengah,
universiti, dan latihan profesional. Teknik sumbangsaran ini menekankan pengeluaran
idea daripada pembelajaran yang kreatif dan bukan pembelajaran secara bertulis.

7.5 Teknik permainan bahasa

Permainan bahasa merupakan salah satu cara adalah mempelajari bahasa


melalui teknik permainan. Penglibatan pelajar dalam permainan telah memberikan
mereka peluang untuk memperoleh latihan intensif, pembelajaran bermakna dan
sebagai alat diagnostik. Kebanyakan aktiviti yang dijalankan akan menggunakan
pelbagai kemahiran berbahasa pelajar seperti kemahiran mendengar, bertutur,
membaca dan menulis.
Permainan bahasa mempunyai hala tuju yang bertepatan dengan kemahuan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Hala tuju ini diinterprestasikan melalui objektif
tersirat dalam permainan bahasa iaitu merangsang interaksi verbal pelajar, menambah
kefasihan dan keyakinan, menyediakan konteks pembelajaran, bertindak sebagai alat
yang dapat mengikis rasa bosan dan bertindak sebagai alat pemulihan, pengukuhan
dan pengayaan.

7.6 Teknik soal jawab


Teknik ini merupakan teknik yang paling lama dan popular dalam dunia
pendidikan. Pemilihan teknik ini adalah kerana bentuknya yang mampu mewujudkan
interaksi yang lebih berkesan antara guru dengan murid. Teknik ini dilaksanakan
dengan cara guru mengemukakan soalan-soalan yang berkaitan dengan isi pelajaran
yang memerlukan pelajar berfikir di samping dapat menguji dan menilai apa yang diajar
dan pelajar dikehendaki memberikan tindak balas yang sewajarnya. Soalan yang
terancang dan bermutu dapat menajamkan pemikiran pelajar serta dapat mewujudkan
suasana pembelajaran yang lebih dinamik dan berkesan. Tujuan utama teknik soal
jawab adallah untuk mengesan pengetahuan berbahasa murid, menggalakkan pelajar

65
KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)

berfikir secara kritis, inovatif, logik dan kritis serta untuk mendorong pelajar menyusun
dan menghuraikan bahan yang diajar.

7.7 Teknik bercerita

Teknik bercerita merupakan salah satu pendekatan yang sesuai digunakan untuk
membina kecekapan berbahasa kerana cerita merupakan sesuatu yang menarik minat
dan perhatian pelajar. Melalui teknik ini, latihan pemahaman , perluasan
perbendaharaan kata dan tatabahasa dapat disampaikan. Selain itu, penguasaan
kemahiran berbahasa dalam kalangan murid dapat dipertingkatkan.
Perkembangan cerita hendaklah diberi perhatian agar ada peringkat permulaan,
kemuncak dan kesudahan cerita. Perhatian perlu diberikan kepada teknik
persembahan, suara, gerak laku dan kawalan mata. Suara memainkan peranan yang
penting. Ia haruslah dikawal supaya tidak mendatar dan tidak menimbulkan kebosanan.

Langkah-langkah dalam persediaan teknik bercerita ialah guru perlulah memilih


cerita-cerita yang sesuai dengan umur, kecerdasan dan minat murid serta sesuai
dengan isi pelajaran yang hendak disampaikan. Selepas itu guru perlu mengkaji cerita
itu dan memasukkan aspek-aspek bahasa. seterusnya guru perlu menghafaz frasa atau
ayat-ayat penting dan berlatih bercerita sekurang-kurangnya sekali sebelum
menggunakan teknik ini. Langkah yang seterusnya ialah guru perlu bercerita dalam
keadaan yang selesa. Guru boleh menggunakan gambar, objek sebenar atau lain-lain
BBM. Akhir sekali guru perlu menyediakan kad-kad perkataan, frasa-frasa atau ayat-
ayat yang berkaitan dengan aspek-aspek bahasa yang hendak disampaikan.

7.8 Teknik drama


Teknik ini sering kali digunakan dalam kaedah komunikatif dan kaedah yang
berasaskan pendekatan induktif iaitu kaedah terus, elektif dan audiolingual. Tujuan
utama teknik ini adalah untuk melatih pelajar menggunakan unsur bahasa, unsur para
linguistik (jeda, nada, intonasi) dan bukan linguistik (mimik muka, gerak tangan, kepala
dan lain-lain) dengan berkesan dalam sesuatu interaksi bahasa atau perbuatan.

66
KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)

Penggunaan teknik ini dapat mendorong dan merangsang pelajar untuk


menghubungkan perasaannya dengan mata pelajaran yang dipelajarinya.

Melalui teknik ini pelajar bebas meluahkan sesuatu, membuat penemuan,


memberi dan berkongsi sesuatu serta dapat menimbulkan keseronokan dan
keberkesanan pembelajaran kepada pelajar, di samping dapat menyuburkan sahsiah
pelajar. Teknik drama berperanan sebagai ragam pembelajaran iaitu sebagai salah satu
alat bantu pengajaran dan pembelajaran.

7.9 Teknik inkuiri

Teknik ini dikenali sebagai teknik tinjau siasat. Teknik ini merangkumi aspek soal
selidik untuk mendapatkan jawapan atau kesimpulan yang berorientasikan masalah.
Melalui teknik ini, daya refleksi dalam kalangan pelajar dapat ditimbulkan. Teknik ini
merupakan satu kaedah pengajaran yang dinamik untuk menimbulkan minat dan daya
kreativiti dalam kalangan pelajar kerana pelajar sering mengemukakan soalan
‘bagaimana’. Oleh itu, ia dapat melatih pelajar mengemukakan pelbagai soalan. Teknik
ini dapat memberi latihan sebenar dalam proses kemahiran berfikir secara kreatif dan
kritis. Pengendalian teknik ini adalah proses mengenali masalah, mengkaji ramalan,
mengumpul maklumat, menganalisis, dan membuat rumusan.

7.10 Teknik perbincangan


Teknik perbincangan boleh didefinisikan sebagai satu aktiviti mengeluar dan
mengulas pendapat tentang sesuatu tajuk. Tujuan teknik ini adalah untuk melatih
pelajar mengeluarkan fikiran dan pendapat dengan bernas (Kementerian Pendidikan
1990:85).
Teknik ini merupakan satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran berbentuk
perbualan yang dilakukan dalam kalangan pelajar di bawah pemantauan seorang guru.
Pelajar akan bekerjasama antara satu sama lain dalam melontarkan pandangan
masing-masing mengenai sesuatu topik atau perkara yang diberi misalnya dalam
mesyuarat, forum, seminar, bengkel, bahas dan debat. Melalui perbincangan, murid

67
KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)

mempunyai peluang dan ruang untuk bercakap terutama ketika dalam aktiviti separa
normal. Latihan ini bukan sahaja dapat menajamkan minda murid malah dapat melatih
murid untuk bercakap dan mengeluarkan pendapat.

Peranan guru akan sentiasa berubah-ubah kerana aktiviti ini dikendalikan oleh
pelajar sendiri. Bagi menjalankan teknik ini, terlebih dahulu guru perlu menarik minat
murid terhadap tajuk perbincangan yang akan dijalankan. Kemudian, guru
membahagikan murid kepada beberapa kumpulan dan memilih seorang ketua yang
boleh dipertanggungjawabkan untuk memastikan semua aspek perbincangan dapat
dijalankan dan dicapai. Seterusnya guru menugaskan setiap kumpulan mendapatkan
maklumat dengan cara berbincang dengan ahli – ahli kumpulan. Ketika proses
perbincangan berlaku,guru harus bergerak dari satu kumpulan ke satu kumpulan yang
lain, menegaskan perkara-perkara yang perlu dibincangkan dan mengarahkan
perbincangan menghala ke arah yang betul. Setelah tamat sesi perbincangan, guru
boleh meminta laporan daripada setiap kumpulan. Hasil perbincangan boleh dicatat di
papan tulis mengikut kepentingan. Setelah di bincang, guru bolehlah menjalankan
aktiviti penulisan dan sebagainya.

7.11 Teknik forum


Forum merupakan satu sesi perbincangan yang melibatkan beberapa ahli panel
untuk mencanai fikiran dan mengemukakan pendapat tentang sesuatu tajuk yang
dilakukan secara formal. Teknik forum merupakan salah satu aktiviti lisan yang sesuai
dijalankan kerana pelajar akan berkongsi pengalaman dan pengetahuan secara
langsung untuk meningkatkan kemahiran menyampaikan idea dan fikiran dengan jelas,
objektif, kreatif dan rasional. Bagi menjalankan aktiviti ini, tajuk forum yang dipilih
haruslah mudah, menarik dan mancabar selaras dengan kemahiran, pencapaian dan
peringkat umur mereka. Teknik ini memerlukan persediaan yang rapi sebelum, semasa
dan selepas aktiviti.

68
KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)

7.12 Teknik perbahasan


Teknik perbahasan sesuai diajar di semua peringkat pelajar di sekolah
menengah. Bahas merupakan pengucapan sama ada menyokong atau membangkang
sesuatu pendirian dengan alasan yang logik dan idea yang tersusun. Teknik ini
mempunyai manfaatnya yang tersendiri. Antara manfaat penggunaan teknik ini ialah
dapat memperkembangkan kecekapan berkomunikasi dengan berkesan, melatih murid
berfikir dengan pantas dan melahirkan buah fikiran dengan tepat, teratur dan bernas,
membolehkan murid menguasai kemahiran berbahasa dengan menggunakan struktur
ayat yang betul dan laras bahasa yang sesuai.

Selain itu melalui teknik ini juga dapat melatih murid untuk mengemukakan hujah
secara rasional, kritis dan membidas, melatih kemahiran mendengar, menaakul,
berhujah dan membidas. Guru perlu mengambil inisiatif sendiri untuk memupuk
kebolehan berbahas dalam kalangan pelajar. Perkembangan kebolehan berbahas
dengan sendirinya dapat membantu perkembangan kemahiran berbahasa,
perkembangan mental yang positif, peningkatan ilmu dan pemupukan sifat-sifat
kepimpinan.

7.13 Teknik kuiz


Aktiviti kuiz merupakan aktiviti pertandingan yang meliputi pertandingan antara
pelajar. Tujuan teknik ini diperkenalkan adalah kerana guru dapat mengukuhkan dan
memantapkan pemahaman pelajar mengenai sesuatu topik. Selain itu, pelajar dapat
mengulangkaji sambil bergembira, dapat melupakan permasalahan mereka dengan
mengemukakan soalan-soalan secara teka-teki. Pelajar juga dapat belajar kaedah
berfikir yang baru serta dapat membantu pelajar memahami sistem Bahasa Melayu
terutama dari segi bentuk, makna dan penggunaan bahasa yang tepat.
Terdapat dua bentuk pengajaran dan pembelajaran bahasa melalui teknik ini
iaitu menjalankan teknik kuiz secara spontan pada peringkat permulaan, perkembangan
dan penutup serta menjadikan kuiz sebagai aktiviti rangsangan, pengayaan, pemulihan
dan pengukuhan.

69
70
Perbezaan Teknik-Teknik Pengajaran Rajah 6.1
merupakan aktiviti pertandingan yang meliputi
pertandingan antara pelajar. Tujuan teknik ini
diperkenalkan adalah kerana guru dapat mengukuhkan
dan memantapkan pemahaman pelajar mengenai sesuatu
topik
Teknik kuiz
merangkumi aspek soal selidik untuk mendapatkan
jawapan atau kesimpulan yang berorientasikan masalah
, daya refleksi dalam kalangan pelajar dapat ditimbulkan.
Teknik ini merupakan satu kaedah pengajaran yang
dinamik untuk menimbulkan minat dan daya kreativiti
dalam kalangan pelajar kerana pelajar sering Teknik inkuiri
mengemukakan soalan ‘bagaimana’.
dikenali sebagai percambahan fikiran (brainstorming) yang
merupakan satu sesi perbincangan yang membolehkan
setiap ahli kumpulan meyumbangkan pendapat dan idea.
Teknik ini boleh dimulakan dengan aktiviti permainan
sumbangsaran
bahasa pada peringkat sekolah rendah dan berkembang Teknik
menjadi aktiviti perbincangan
melakonkan sesuatu situasi, masalah atau peristiwa yang
dianggap penting.
Pelajar diberi peranan dan bertindak sebagai watak-watak
yang ditentukan dalam satu situasi yang disediakan.
peranan
Main peranan ialah dramatisasi yang tidak memerlukan
penghafalan skrip.
Teknik main
Banding beza Teknik 7.14
KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)
KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)

8.0 PENYEDIAAN RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

71
KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ( RPH )

1. Butiran Am :

Mata pelajaran : Bahasa Melayu

Tahun :4A

Bilangan Murid : 31 orang

Tema : Hari Kokurikulum

Tajuk : Pertunjukkan Seni Mempertahankan Diri

Tarikh : 26 Mac 2010

Masa : 60 minit

2. Hasil Pembelajaran:

 Fokus utama :

5.1 Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang
betul dan memahami perkara yang dibaca.

Aras 2
i. Membaca dan memahami pelbagai jenis ayat dengan memberikan
penekanan pada intonasi berdasarkan tanda baca.

6.1 Merujuk pelbagai sumber untuk mendapatkan maklumat bagi tajuk yang
sedang dikaji termasuk maklumat daripada internet.

Aras 2
i. Meneliti halaman kandungan dan sinopsis prakata untuk mendapatkan
maklumat.

8.4 Membina dan menulis ayat topik dan ayat huraian berdasarkan sesuatu perkara.

Aras 1

72
KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)

i. Mengenal pasti isi yang sesuai dengan tajuk.


ii. Membina ayat topik dan ayat huraian berdasarkan isi yang dikenal pasti tentang
sesuatu tajuk.

 Fokus sampingan :

7.1 Membaca dan menerangkan maksud kandungan teks yang tersurat dan
tersirat.

Aras 2
i. Menjelaskan maksud tersurat dan tersirat berdasarkan bahan yang dibaca.

3.1 Menyampaikan maklumat tentang sesuatu perkara atau tajuk


menggunakan kata, Istilah, frasa, struktur ayat yang betul dan laras bahasa yang
sesuai.

i. Menyusun isi penting sesuatu topik.


ii. Menyampaikan isi penting sesuatu topik secara tersusun dengan bahasa
yang mudah.

3. Objektif :

 Pada akhir pelajaran murid dapat;


i. Membaca perkataan, frasa, dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul
i. Membaca halaman teks dan prakata untuk mendapatkan maklumat penting
ii. Menyatakan makna perkataan dengan menggunakan kamus serta
memberikan maksud frasa dalam ayat yang diberikan
iii. Membina ayat topik dan ayat huraian daripada isi karangan

4. Sistem Bahasa :

 Tatabahasa : imbuhan, kata nama, kata kerja, kata adjektif


 Kosa kata : mempertahankan, cergas, menghindarkan, vandalisme

5. Pengisian Kurikulum

73
KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)

i) Ilmu : Pendidikan Jasmani dan Kesihatan


ii) Nilai : Berani, berkeyakinan dan bekerjasama
iii) Kemahiran Bernilai Tambah (KBT):
- Kemahiran belajar - Belajar Cara Belajar
- Kinestatik
- Interpersonal
- Kemahiran berfikir- menghubungkait, membuat inferens

6. Bahan Bantu Mengajar


i) Gambar-gambar seni mempertahankan diri
ii) Petikan Teks
iii) Soalan pemahaman

7. Pengetahuan Sedia Ada :


i) Murid-murid sudah mengetahui atau pernah menyertai seni
mempertahankan diri.
ii) Murid-murid pernah didedahkan dengan seni mempertahankan diri
sebelum ini.

Langkah / Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran Catatan


masa dan Pembelajaran

74
KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)

Set induksi -Guru bertanyakan - Guru memaparkan KB : menghubungkait,


( 5 minit ) soalan berkenaan gambar-gambar inferens
gambar-gambar yang berkaitan BCB: melihat dengan
tersebut dengan seni aktif
-Contoh soalan : mempertahankan BBB : gambar-gambar
i. Apakah yang diri. Teknik : Guru
sedang dilakukan - Guru mengaitkan menggunakan teknik soal
oleh orang tajuk dengan isi jawab dan perbincangan
tersebut? pelajaran pada hari bagi menarik minat murid-
ii. Pernahkah kamu ini. murid mengenali jenis-jenis
melihat orang seni mempertahankan diri.
mempertahankan Pendekatan : Induktif
diri dengan seni
mempertahankan
diri tersebut?

Langkah 1 -Membaca dan - Guru KB : membuat inferens


( 8 minit ) berbincang tentang membahagikan BCB : i) mengemukakan
teks yang bertajuk petikan teks dan pendapat dan idea yang
“Faedah Seni mengarahkan murid bernas.
Mempertahankan supaya membaca ii) membaca dengan teliti.
Diri” teks tersebut. BBB : petikan teks
- Murid-murid diminta Teknik : guru
untuk membaca teks menggunakan teknik
tersebut dengan sumbangsaran
sebutan dan intonasi Kaedah : oral-aural bagi
yang betul. meningkatkan kemahiran
- Guru dan murid- mendengar dan membaca.
murid berbincang
mengenai makna
perkataan-perkataan

75
KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)

yang baru di dalam


teks.

Langkah 2 - Murid menjawab - Guru memberi KB : menghubungkaitkan,


(20 minit ) soalan-soalan arahan kepada menjana idea
berdasarkan teks murid-murid untuk BCB : memproses
yang telah menjawab soalan- maklumat, melaporkan
disediakan. soalan yang telah maklumat
- Contoh soalan : disediakan. KP : verbal linguistik,visual,
1) Apakah salah satu - Setelah murid intrapersonal, interpersonal
jenis kegiatan selesai menjawab, Nilai : kerjasama,
kokurikulum di guru dan murid Teknik : guru
sekolah? berbincang menggunakan teknik kod-
2) Mengapakah mengenai jawapan kognitif bagi meransang
murid-murid bagi soalan-soalan murid berfikir
digalakkan untuk tersebut.
mengambil bahagian
dalam aktiviti seni
mempertahankan
diri?

Langkah 3 - Membina ayat topik -Guru menyoal dan KB : menjana idea,


( 22 minit ) dan ayat huraian berbincang dengan menghubungkaitkan,
tentang Kebaikan murid tentang membuat inferens.
Seni kebaikan seni BCB : mengumpul,
Mempertahankan Diri mempertahankan diri memproses, mencatat dan
Contohnya : - guru mengarahkan melaporkan maklumat.
Ayat topik : murid-murid KP :
Menyihatkan badan membina ayat intrapersonal;interpersonal,
huraian berdasarkan visual, verbal-linguistik.
ayat huraian : Kita ayat topik yang telah Nilai : bekerjasama,

76
KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)

digalakkan menyertai dibincangkan tadi BBB : isi-isi penting


seni secara berpasangan. Teknik : sumbangsaran
mempertahankan - Guru mengarahkan dan perbincangan
kerana ia boleh pelajar membaca
menyihatkan badan. ayat yang telah
dibina.

Penutupan - Rumusan : - Guru berbincang Teknik : perbincangan


( 5 minit ) i. Nilai murni dengan murid Kaedah : eklektif
tentang pelajaran
yang mereka telah
pelajari hari ini.
- Guru bertanya
murid tentang nilai-
nilai murni yang telah
dinyatakan.

8.1 Laporan Analisis Pengajaran dan Pembelajaran

77
KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)

Langkah Masa Kekuatan/Kelemaha Sebab/ Punca Cara Memperbaiki


n

Set Induksi : Kekuatan : Sebab :


Guru bertanyakan Murid-murid Gambar-gambar yang
soalan berkenaan mengambil perhatian menarik minat murid.
gambar-gambar dan bersoal-jawab
seni dengan guru
mempertahankan
diri. Kelemahan : Punca : Cara :
Murid tidak tahu Set induksi Menambah
beberapa jenis seni seharusnya pengetahuan murid
mempertahankan diri memainkan peranan dengan pelbagai jenis
dalam menarik minat seni mempertahankan
dan meransang murid diri.
untuk meneruskan
pembelajaran.

Langkah 2 : Kekuatan: Sebab :


Murid mengambil Aras soalan yang
Guru memberi
masa yang sedikit disediakan adalah
arahan kepada
untuk menjawab aras 1-mudah.
murid-murid untuk
soalan yang
menjawab soalan-
diberikan.
soalan yang telah
disediakan.
Kelemahan : Punca : Cara :
Murid membuat Sesetengah murid Bersoal jawab dengan
bising di dalam kelas mengambil masa yang murid-murid tentang
selepas menjawab sikit untuk menjawab pengalaman mereka

78
KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)

soalan yang soalan, sementara menyertai seni


diberikan. menunggu rakan lain, mempertahankan diri.
mereka membuat
bising.

Langkah 3 : Kekuatan : Sebab :


-Guru menyoal dan -Pelajar memahami -Guru menerangkan
berbincang dengan dengan mudah dengan jelas maksud
murid tentang kebaikan seni keselamatan beserta
kebaikan seni mempertahankan diri contoh, kemudian
mempertahankan yang telah guru meminta pelajar
diri diterangkan oleh membaca semula
-Guru guru. maksud tersebut.
mengarahkan -Semua murid -Guru memberikan
murid-murid menunjukkan minat arahan yang jelas dan
membina ayat dalam sesi menggunakan strategi
huraian perbincangan. berpusatkan murid.
berdasarkan ayat
topik yang telah
dibincangkan tadi Kelemahan : Punca : Cara:
secara Semua murid ingin Guru mengaitkan Guru perlu bijak
berpasangan. bersuara dan guru kebaikan seni mengawal kelas
tidak dapat mempertahankan diri dengan mengenakan
mengawal kelas. dengan isu semasa syarat kepada mereka.
dan ini menyebabkan (letak satu jari di
ramai pelajar ingin mulut).
berkonsi cerita dan
pendapat mereka.

Penutup : Kekuatan : Sebab :

79
KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)

Pengajaran dan Pengaplikasian


pembelajaran kaedah, teknik dan
berlaku secara strategi dalam
berkesan. pengajaran dan
pembelajaran.

8.2 Refleksi Kendiri

Menimba pengetahuan dalam subjek Pedagogi Bahasa Melayu ini merupakan


perkara yang amat bermakna dan berguna. Subjek ini bukan sahaja sekadar teori tetapi
secara lahiriahnya juga tanpa disedari adanya amali berkaitan hal-hal tertentu yang di
lakukan secara sedar mahupun tidak sedar. Subjek ini bukanlah sebuah subjek yang
mudah kerana setiap tajuk atau topik yang dipelajari terkandung segala macam teori
yang memerlukan pemahaman yang tinggi dan perhatian yang penuh juga perlu
diberikan. Tidak ketinggalan juga, pelbagai pendekatan, strategi, teknik dan kaedah
yang telah diperolehi melalui subjek ini yang boleh diguna pakai dalam proses
pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. Sebagai bakal pendidik, guru pelatih
perlu mempelajari semua maklumat dan ilmu ini supaya dapat diamalkan kelak.

Bagi merealisasi dan mengaplikasikan semua dapatan ini satu program


profesional telah dijalankan iaitu program Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS).
Sepanjang menjalani program ini, saya berpeluang melakukan proses pengajaran dan
pembelajaran untuk tahun empat selama satu jam iaitu pada 26 Mac 2010

Berdasarkan pengalaman yang saya lalui ini, pelbagai pro dan kontra yang dapat
saya perolehi. Pada waktu sesi pembelajaran dilakukan, murid-murid memberikan
tumpuan penuh dan tertarik dengan penggunaan alat bantu mengajar yang digunakan.
Oleh yang demikian, penggunaan alat bantu mengajar yang menarik perlu diaplikasikan
di dalam bilik darjah kerana ini merupakan satu cara yang dapat menarik minat pelajar
sekaligus menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih menarik.

80
KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)

Manakala pendekatan yang diaplikasikan sewaktu proses pengajaran dan


pembelajaran ini adalah pendekatan induktif. Terdapat sedikit masalah menggunakan
pendekatan ini kerana pada peringkat awalnya pelajar kurang faham tentang tajuk yang
hendak dipelajari mereka pada hari itu. Setelah penerangan yang jelas beserta contoh
diberikan oleh guru barulah aktiviti pengajaran dan pembelajaran ini menjadi lebih
menarik.

Murid-murid di dalam kelas ini adalah seramai 31 orang, oleh yang demikian
proses pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan masih dapat dikawal baik
walaupun terdapat beberapa orang pelajar yang ada juga menimbulkan sedikit masalah
dengan membuat bising di dalam kelas.

Sepanjang tempoh melakukan proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa


Melayu ini, saya telah membuka satu dimensi baru yang mana mampu mendekatkan
diri saya dengan kanak-kanak sekaligus memberi pengalaman kepada saya berkaitan
alam persekolahan sebelum saya memikul tanggungjawab sebagai pendidik. Saya
mula belajar bagaimana untuk mengawal kerenah murid-murid dan emosi sendiri ketika
berhadapan dengan mereka. Saya juga mula belajar untuk mengenali diri saya sendiri
sama ada baik mahupun buruk dan memuhasabahkan diri semula.

Secara kesimpulannya, subjek ini memberikan banyak input yang berguna


kepada saya di dalam peperiksaan dan paling penting sekali adalah untuk diaplikasikan
di dalam kehidupan seharian saya. Penerangan yang jelas dan perkongsian maklumat
memberikan kredit terhadap setiap diri individu itu sendiri. Subjek ini juga telah
menambahkan lagi minat saya untuk mendalami ilmu bahasa dengan lebih mendalam.
Keseluruhannya, ini merupakan satu subjek dan sesi pengajaran dan pembelajaran
yang menarik.

9.0 RUMUSAN

81
KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)

Dalam penghasilan kerja kursus ini, dapatlah disimpulkan bahawa dalam


mendefinisikan bahasa, para ahli linguistik telah memberi pandangan yang berbeza-
beza berdasarkan kajian yang telah mereka lakukan. Tiap-tiap mereka telah
mentakrifkannya dengan susunan perkataan dan ayat yang berlainan. Walau apa pun
yang telah diperkatakan oleh tiap-tiap definisi itu, dapatlah dikatakan bahawa konsep
tatabahasa itu merupakan satu set peraturan yang terdapat dalam sesuatu bahasa.
Terdapat empat teori huraian bahasa yang telah digunakan dalam pengajaran dan
pembelajaran iaitu teori tradisional (Panini), teori analisis struktural (Bloomfield), teori
analisis transformasi-generatif (Chomsky) dan teori fungsional (Halliday). Manakala,
dalam teori pemerolehan bahasa pula, ahli-ahli bahasa telah membuat kajian tentang
bagaimana proses pemerolehan bahasa itu berlaku, lalu terbitlah teori-teori seperti teori
behaviuris, teori mentalis, teori kod kognitif dan teori interaksional.
Dalam membincangkan tentang definisi pendekatan, dapatlah dirumuskan
bahawa pendekatan merupakan cara mendekati sesuatu , iaitu bagaimana sesuatu
matapelajaran diajar berdasarkan objektif jangka panjang. Pendekatan yang
dibincangkan termasuklah pendekatan induktif, deduktif, eklektik dan komunikatif.
Pendekatan-pendekatan ini mempunyai kelebihan dan kelemahannya yang sendiri.
Sementara itu, terdapat tiga jenis strategi pengajaran yang boleh digunapakai
dalam pengajaran harian bagi meningkatkan kefahaman murid dalam pembelajaran.
Strategi-strategi yang dimaksudkan itu ialah strategi berpusatkan guru, berpusatkan
murid dan juga berpusatkan bahan.
Tidak lengkap kiranya subjek Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah
Rendah ini tanpa membincangkan tentang kaedah dan teknik dan pengajaran yang
boleh digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Terdapat pelbagai
kaedah dan teknik pengajaran boleh digunakan untuk menyampaikan pengetahuan dan
kemahiran kepada pelajar antaranya ialah kaedah oral-aural, kaedah kod-kognitif,
kaedah terus, kaedah askar dan sebagainya. Terdapat juga teknik-teknik pengajaran
seperti teknik bercerita, teknik perbincangan, teknik sumbangsaran, teknik kuiz dan
sebagainya.
Melalui penulisan kerja kursus ini juga, dapatlah saya mengaplikasikan segala
ilmu pengetahuan yang telah ditimba. Untuk melaksanakan satu sesi pengajaran dalam

82
KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3117)

kelas selama 60 minit, saya telah menggunakan pendekatan, strategi, kaedah dan
teknik yang sesuai dengan tajuk dan bahan pengajaran. Ini juga memberikan banyak
pengalaman kepada saya untuk membaikpulih kekhilafan dalam penghasilan
rancangan pengajaran harian yang lengkap pada masa akan datang.

83

You might also like