You are on page 1of 16

DEEPA A/P RAMALINGAM 860710236158001

PENGENALAN

Rekaan dan corak merupakan suatu asas utama dalam menghasilkan sesuatu
karya seni. Pada dasarnya, tanpa rekaan dan corak, hasil seni baik yang tradisional
mahupun yang moden akan tidak terhasil. Corak dapat didefinisikan sebagai suatu
susunan motif sama ada secara teratur, terancang atau secara bebas. Ini bermaksud
corak boleh dibahagikan kepada dua cabang iaitu Corak Terancang dan Corak Tidak
Terancang.

Corak Terancang dibuat menggunakan motif yang disusun dengan teratur dalam
susunan tertentu. Motif ini menghasilkan corak yang mempunyai pelbagai jenis susunan
termasuk penggunaan garisan grid dalam penghasilan corak. Dengan kata lain corak
terancang mempunyai pengulangan motif.

Sementara corak tidak terancang pula dihasilkan secara bebas tanpa


mempunyai motif tertentu. Biasanya corak tidak dirancang ini dihasilkan dengan cara
merenjis, meniup, mengayak, mengolek dan sebagainya.

Motif pula merupakan rupa atau bentuk asas dalam satu-satu rekaan atau
gubahan. Motif terdiri daripada motif flora, fauna, geometrikal dan organik. Corak tradisi
mempunyai motifnya tersendiri dan mempunyai nama-nama tertentu yang berunsur
tradisional.

Corak tradisi ialah corak yang mempunyai motifnya tersendiri dan mempunyai
nama-nama tertentu yang berunsur tradisi.

PENGHASILAN CORAK

Terdapat dua cara untuk mendapatkan corak iaitu:


a) Corak Terancang
b) Corak Tidak Terancang

1
DEEPA A/P RAMALINGAM 860710236158001

JENIS-JENIS SUSUNAN DALAM CORAK DAN REKAAN

Susunan Ulang Sekata


Motif yang diulang secara berurutan dalam baris dan lajur yang sama bagi
menghasilkan corak yang menarik. Susunan corak ini selalunya menggunakan garisan
grid sebagai panduan.

Susunan Berselang Seli


Motif yang disusun secara berselang seli di antara motif yang lain atau di antara
ruangan yang kosong. Penggunaan garisan grid dapat membantu menghasilkan corak
yang menarik dan teratur.

Susunan Batu Bata


Motif disusun secara berurutan pada baris atau lajur yang sama. Motif seterusnya
disusun di antara pertemuan dua motif yang sebelumnya.

Susunan Bertimbal
Motif ini diwujudkan secara cerminan. Motif akan kelihatan dalam posisi yang
bertentangan.

Susunan Bertindih
Motif yang sama disusun secara bertindih atau bertindan antara satu sama lain
sehingga membentuk corak yang menarik.

Susunan Beralun
Motif yang dihasilkan kelihatan berombak dalam bentuk garisan yang sekata atau tidak.
Motif yang digunakan boleh terdiri daripada motif yang sama atau berbeza.

2
DEEPA A/P RAMALINGAM 860710236158001

Susunan Berpusat
Motif susunan berpusat berpunca daripada satu titik tengah yang dikembangkan. Motif
ini boleh dihasilkan dalam bentuk bulatan, segi empat, hexagon, oktagon dan
sebagainya.

JENIS-JENIS MOTIF DALAM MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

Motif di dalam membuat corak dan rekaan boleh didapati daripada:

Rupa atau bentuk daripada alam ciptaan Ilahi


Rupa atau bentuk asas seperti persegi, bulat, bujur, segitiga dan rupa geometri
yang lain.
Rupa atau bentuk dari bahan buatan manusia
Rupa atau bentuk angka dan huruf
Rupa atau bentuk kraf tradisional

3
DEEPA A/P RAMALINGAM 860710236158001

PERBEZAAN ANTARA CORAK DAN REKAAN.

CORAK REKAAN

Corak dapat didefinisikan sebagai suatu Rekaan pula dimaksudkan dengan hasil
susunan motif sama ada secara teratur, atau bahan buatan atau ciptaan. Ia juga
terancang atau secara bebas didefinisikan sebagai suatu bentuk
kreativiti artistic yang dapat memenuhi
keperluan domain kognitif, psikomotor dan
afektif

Dibahagikan kepada 2 jenis iaitu, corak Penghasilan corak dipengaruhi oleh


terancang dan tidak terancang. kemahiran, kesedaran serta pengetahuan
Terancang: motif yang disusun seni untuk menghasilkannya.
dengan teratur dalam susunan
tertentu
Tidak terancang: dihasilkan secara
bebas tanpa mempunyai motif
tertentu

Tidak memerlukan pemikiran yang Melibatkan proses berfikir yang berhubung


mendalam malah boleh dihasilkan dengan dengan asas rekaan dan prinsip rekaan
spontan.

Terdapat dalam seni bina, hiasan Terdapat dalam seni bina, hiasan
dalaman, landskap, kraf dan sebagainya dalaman, landskap, kraf dan sebagainya

Susunan Ulang Sekata

4
DEEPA A/P RAMALINGAM 860710236158001

Contoh rekaan penghasilan rumah di


sesebuah kawasan perumahan. Rekaan
rumah yang dihasilkan diulang sama ke
semua jenis rumah yang dihasilkan.

Susunan Berselang Seli

Corak selang seli kebanyakan boleh


dijumpai dalam penghasilan barangan
anyaman serta tenunan. Misalnya dalam
gambar di atas menggunakan corak
selang seli digunakan dalam pembuatan
carpet.

Susunan Batu Bata

5
DEEPA A/P RAMALINGAM 860710236158001

Susunan batu bata boleh dilihat di


kawasan pembinaan ataupun di lantai
dalam pelekatan mozek.

Susunan Bertimbal

Corak bertimbal selalunya boleh dilihat


dalam penghasilan lukisan ataupun
gambar foto. Ini merupakan hasil rekaan
gambar foto dengan mengaplikasikan
corak susunan bertimbal.

Susunan Bertindih

6
DEEPA A/P RAMALINGAM 860710236158001

Penghasilan jalan raya bertar tidak


memerlukan apa-apa susuna yang spesifik
tetapi hanya terbentuk daripada timbunan
bertindih batu- batu kelikir yang trelahpun
diratakan.

Susunan Beralun

Hasil beralun yang didapati dalam


penghasilan kain batik amat merupakan
rekaan yang tradisional.

Susunan Berpusat

7
DEEPA A/P RAMALINGAM 860710236158001

Susunan corak berpusat dapat


diperhatikan apabila terdapat hasil yang
diilhamkan daripada bunga.

KEPENTINGAN MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

Mencantikkan bahagian atau permukaan luar sesuatu objek


Corak sebagai elemen hiasan
Corak sebagai nilai estetik

TUGASAN 2

8
DEEPA A/P RAMALINGAM 860710236158001

DEFINISI ANYAMAN.

Anyaman bermaksud proses menyilangkan bahan-bahan daripada tumbuh-


tumbuhan untuk dijadikan satu rumpun yang kuat dan boleh digunakan. Bahan-bahan
tumbuhan yang dianyam ialah lidi, rotan, akar, buluh, pandan, mengkuang, jut dan
sebagainya. Bahan ini biasanya mudah dikeringkan dan lembut. Anyaman juga boleh
dilakukan dengan menggunakan bahan-bahan alternatif seperti tali, reben, potongan
kertas, daun pisang, daun kelapa, daun bertam dan sebagainya.

SEJARAH DAN PERKEMBANGAN ANYAMAN.

Anyaman merupakan seni tradisi yang tidak mempunyai pengaruh dari luar.
Perkembangan sejarah anyaman adalah sama dengan perkembangan seni tembikar.
Jenis seni anyaman pada masa Neolitik kebanyakannya adalah rotan adalah bahan
asas yang awal untuk menghasilkan anyaman. Menurut Siti Zainun dalam buku Reka
bentuk kraftangan Melayu tradisi menyatakan pada zaman pemerintahan Long Yunus
(1756-94) di negeri Kelantan, penggunaan anyaman digunakan oleh raja. Anyaman
tersebut dipanggil ‘Tikar Raja’ yang diperbuat daripada pohon bemban.

Sehingga kini beberapa negeri masih terus aktif menjalankan kegiatan anyaman
di peringkat kampung. Antaranya di daerah Rusila, Dungun, Kampung Ru Renggoh,
Kampung Kijing, Cendering dan Kuala Ibai di negeri Terengganu. Negeri-negeri lain
yang masih terdapat aktiviti anyaman ialah negeri Perlis, Kedah, Perak, Selangor,
Negeri Sembilan, Pahang, Melaka, Sarawak dan Sabah.

JENIS-JENIS ANYAMAN.

Jenis anyaman Bahan Hasil anyaman


Anyaman Daun mengkuang Tikar, tudung salji, bekas pakaian
9
DEEPA A/P RAMALINGAM 860710236158001

Mengkuang dan lain-lain


Anyaman pandan Daun pandan duri Tikar sembahyang, hiasan dinding,
Anyaman Buluh Jenis-jenis buluh yang Bakul, bekas pakaian, nyiru, beg dan
sesuai lain-lain
Anyaman Rotan Rotan yang telah Bakul, bekas pakaian, tempat buaian
diproses anak dan lain-lain
Anyaman Lidi Lidi kelapa Lekar, bekas buah, bekas telor.
Anyaman ribu-ribu Paku pakis ribu-ribu Tempat tembakau, bekas sirih
terbus, bakul, bekas seba guna dan
lain-lain.

CORAK ANYAMAN.

Corak anyaman umumnya disebut kelarai. Bagaimanapun, khususnya untuk tikar


mengkuang, kelarainya dirujuk sebagai ragi. Kelarai dibuat dalam pelbagai motif dan
peranannya sama seperti corak bunga dalam tenunan, iaitu sebagai suatu ciri
perhiasan. Anyaman kelarai disusun secara tunggal dan lepas (menyeluruh) atau
disusun di dalam ruang tertentu. Susunan menegak disebut kelarai berdiri dan susunan
sendeng, kelarai serong. Untuk hiasan pinggir atau birai pula terdapat satu kelarai
khusus iaitu kelarai pucuk rebung.

Semua jenis kelarai berunsurkan alam semula jadi. Di kalangan masyarakat


Melayu, motif tumbuhan menjadi pilihan utama. Daripada bentuk bunga, terdapat
kelarai bunga atur, berembang, cengkih dan cengkih beranak, bunga cina, bunga
durian, bunga kundur, bunga pecah lapan, bunga tanjung, bunga telur, dan bunga
rumput. Unsur-unsur tumbuhan yang lain termasuk akar, pucuk (rebung) dan tampuk
(jantung pisang, manggis, pinang). Daripada unsur fauna pula, ada motif anggota
haiwan, seperti siput, kepala gajah, mata berkait, tapak anjing dan tapak harimau. Juga
kelarai dengan bentuk-bentuk bahagian tertentu ikan, serangga dan unggas. Antaranya
ialah anak ikan, belalang cucuk, jari kedidi, mata ketitir, pusat belanak, siku keluang,
sisik kelah dan tulang ikan.

Akhir sekali, terdapat bentuk bebas, seperti kelarai belah ketupat, kelarai kisar
mengiri, kelarai beras patah dan kelarai madu manis. Dalam membuat kelarai, perkara
10
DEEPA A/P RAMALINGAM 860710236158001

utama yang diperhatikan ialah jumlah mata atau langkah daripada bilah daun yang
digunakan. Jumlah mata menentukan saiz satu-satu corak. Untuk menyerlahkan
kelarai, bilah-bilah dicelupkan dua warna yang bertentangan atau berkontras. Misalnya,
kuning dan hijau, merah dan

Dalam penghasilan anyaman, unsur utama yang menjadikan ia unik adalah


dengan adanya motif-motif yang dipilih dan disusun dengan kreatif serta dianyam
dengan sempurna dengan kreatif. Motif-motif yang digunakan biasanya yang berunsur
alam semulajadi dan tradisional. Diantara unsur-unsur yang terdapat adalah
bermotifkan fauna, flora dan geometri.

Motif flora yang merupakan unsur tumbuhan yang amat digemari dan digunakan
ialah daun berserta corak bunga dan sebagainya. Bunga, daun dan ranting digunakan
dan diolah serta dipelbagaikan dalam corak yang pelbagai.

Beberapa contoh kelarai bermotifkan bahagian tumbuhan dan bunga:

Tampuk pinang
Tampuk pinang berantai
Tampuk jantung
Tampuk manggis
Pucuk rebung
Pucuk di dalam
Berakar
Pecah lapan
Bunga cina
Bunga durian
Bunga cempaka
Bunga cengkik
Bunga melur
Bunga beremban

11
DEEPA A/P RAMALINGAM 860710236158001

Bunga ator

Motif fauna pula menjurus kepada motif haiwan yang kerap digunakan ialah
ayam,itik, serangga dan unggas. Motif ini selalunya diolah dan digabungkan dengan
motif flora.

Beberapa contoh kelarai bermotifkan haiwan:

Jari kedidi
Mata ketitir
Mata punai
Anak ikan
12
DEEPA A/P RAMALINGAM 860710236158001

Tulang ikan
Sisik kelah
Pusat beranak
Kepala lalat
Belalang cucuk
Kepala gajah
Tapak anjing
Tapak harimau
Buntut siput
Mata berkait
Berhati

Motif abstrak selalunya lebih digemari dalam penghasilan tikar kerana ianya lebih
mudah dan ringkas untuk diolah.

Beberpa contoh kelerai bentuk bebas:

Belah ketupat
Kisar mengiri
Beras patah
Swastika
Tumbu gila madu manis

Corak tapak catur

13
DEEPA A/P RAMALINGAM 860710236158001

CORAK ANYAMAN TIKAR.

            Corak lebih menekankan kepada penggunaan susunan warna pada sesuatu
anyaman biasa atau ghadas. Warna-warna penting dalam menentukan corak. Corak
dijalin secara selang-seli hingga meninggalkan kesan geometri asli. Namanya akan
berbeza jikan dianyam dalam bentuk, ukuran dan susunan yang berlainan. Terdapat  11
corak yang dianyam iaitu:

Corak Tapak Catur – seringkali dianyam dalam dua atau tiga warna. Hasil
cantuman warna cerah dan gelap
Corak Mata Bilis – menggunakan warna teang dan gelap. Warna gelap dianyam
satu mata sahaja dengan warna cerah. Kedua-dua warna ini timbul seakan-akan
beras patah.
Corak Beras Patah – menyerupai corak mata bilis tetapi warna cerah dianyam
tiga mata diselangi dengan satu mata gelap. Hasil cantuman ini member
gambaran seakan-akan beras patah.
Corak Palembang – berasal dari Palembang. Petak empat segi atau biji kundang
dianyam dengan warna hijau dan dikelilingi jalur-jalur dua warna iaitu merah dan
putih.
Corak Bugis – berasal dari Bugis dan penggunaan dua warna yang berdekatan
hijau dan putih. Petak-petaknya lebih kecil dari corak Muar serta dianyam dalam
bentuk berdiri dan serong.
Corak Muar – berasal dari Muar dan bermotif empat segi. Anyaman dua warna
merah dan biru serta dikelilingi dengan jalur-jalur putih, hijau dan kuning. Antara
petak-petak digunakan adalah campuran merah dan biru.
14
DEEPA A/P RAMALINGAM 860710236158001

Corak Selang-seli – penggunaan warna gelap dan cerah. Kedua-dua bahagian


dianyam mata sama banyak dan selari.
Corak Berdiri – kurang mendapat sambutan dari pengusaha. Penggunaan dua
warna tetapi untuk mendapatkan corak yang betul-betul lurus amat sukar.
Corak Serong – corak yang mudah. Bermacam kelarai boleh dianyam melalui
contoh ini serta amat digemari oleh para penganyam.
Corak Ketapang Gilir Kacang – seakan-akan corak selang-seli dan susunan
yang rapat. Dianyam dengan dua warna iaitu cerah dan gelap.
Corak Malaysia – corak selang-seli, dikelilingi dengan warna merah, putih, hijau
dan biru

Rujukan

1. Pendidikan awal kanak – kanak kemas ( Jabatan Kemajuan Masyarakat


kemas)
Kementerian Kemajuan luar bandar dan Wilayah.

2. www.wikipedia.org

3. http : // www. oum. edu. my (Open University)

4. http : // www. kemas. gov. my Jabatan Kemajuan Masyarakat


15
DEEPA A/P RAMALINGAM 860710236158001

5. Pusat Perkembangan Kurikulam. 2003. Kurikulum Prasekolah Kebangsaan .


KL; Dewan Bahasa dan Pustaka.

6. http://www.wordiq.com

7. http://www.artfactory.com

16

You might also like