You are on page 1of 7

SEJARAH PERKEMBANGAN KURIKULUM KBSR PENDIDIKAN SENI

VISUAL SEBELUM DAN SELEPAS MERDEKA

SUBJEK : PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI


VISUAL KBSR(PSV3104)

Pendidikan Sebelum Merdeka

Pendidikan Seni Visual (PSV) bermaksud proses penghasilan karya seni dengan melibatkan
aspek pemahaman,penghayatan dan kritikan mengenai perasaan estetik dan daya kreativiti
melalui imaginasi dan konsepsi murid. Dahulunya PSV dikenali sebagai subjek Lukisan dan
Pertukangan Tangan. Setelah beberapa perubahan berlaku mengikut peredaran dan keperluan
semasa, maka mata pelajaran Lukisan dan Pertukangan Tangan telah ditukar menjadi mata
pelajaran Pendidikan Seni. Setelah beberapa tahun mata pelajaran Pendidikan Seni
diperkenalkan ia telah diubah pula menjadi Pendidikan Seni Visual atas kesedaran
masyarakat terhadap kepentingan Pendidikan Seni Visual dalam kehidupan.

Sebelum kedatangan kuasa penjajah pendidikan di Tanah Melayu berbentuk bukan formal
dan tidak memberatkan perkembangan kongnitif pelajar-pelajar. Corak pendidikan yang ada
pada ketika itu berjalan seperti biasa dengan pengajaran al-quran, tingkah laku,dan akhlak
yang baik, pengetahuan kerohanian dan seni mempertahankan diri. Ini termasuklah pelajaran
awal dalam bidang kraftangan serta perintis dalam bidang pertanian, perikanan dan
perburuan. Pendidikan Melayu yang awal menekankan pengajaran Quran dan pengetahuan
asas membaca, menulis dan mengira(3M). Pendidikan Melayu diadakan hanya diperingkat
rendah sahaja. Anak-anak Melayu yang bercita-cita tinggi dan ingin melanjutkan pelajaran
terpaksa memasuki sekolah menengah Inggeris di bandar. Tujuan utama sekolah-sekolah
Melayu diasaskan pada abad ke 19 dan awal abad ke 20 ialah untuk membolehkan anak-anak
Melayu terus kekal di desa, mewarisi kemiskinan keluarga. Oleh itu pendidikan yang
berbentuk sekular dalam bahasa melayu dihadkan kepada empat tahun sahaja dengan skop
dan kokurikulum yang terhad. Pendidikan Melayu tidak dapat mengubah cara hidup orang
Melayu atau menyumbangkan kepada mobiliti menegak di kalangan masyarakat Melayu.

Kitab Pedoman Guru Penggal Kedua (1929) telah digunakan oleh guru-guru Melayu untuk
mengajar pelbagai mata pelajaran termasuk Lukisan dan Pertukangan Tangan di sekolah-
sekolah Melayu di seluruh tanah air pada masa itu. Kitab Pedoman Guru Penggal I (1928)
dan Kitab Pedoman Guru Penggal II (1929) yang disusun oleh O.T. Dussek dan Muhammad
Hashim bin Haji Taib adalah buku pertama yang ditulis di Malaya mengenai kaedah
mengajar mata pelajaran Lukisan dan Pertukangan Tangan. Buku ini sangat penting
digunakan oleh guru-guru yang mengajar mata pelajaran ini di sekolah-sekolah Melayu di
Malaya etika itu.

Kepentingan buku ini boleh dilihat dari segi kaedah mengajar Pendidikan Seni yang
dirancang dari unsur-unsur yang senang sehinggalah kepada yang lebih susah. Misalnya
kaedah asas menggunakan alat dan bahan seperti pensel, pemadam, dan pembaris
diperkenalkan. Kemudian diikuti dengan latihan asas membuat garisan. Diikuti pula dengan
latihan melakar bentuk-bentuk asas seperti bulat, empat segi dan segi tiga, sehinggalah
kepada yang lebih sukar seperti melakar objek bunga dan binatang berasaskan kepada
bentuk-bentuk geometrik yang telah dipelajari.Bahantara pensel dan dakwat telah digunakan
di sekolah-sekolah Melayu alam pelajaran Lukisan dan Pertukangan Tangan sejak tahun
1900-an. Meluasnya penggunaan pensel dan pena dakwat dalam kalangan pelajar Melayu dan
orang Melayu yang berminat dalam bidang artistik menyebabkan bertambahnya keinginan
untuk menghasilkan karya-karya yang bersifat lakaran dan sekali gus memperlihatkan
kepentingan konsep visual dalam pengilustrasian buku.

Pada awal abad ke 20, bagi menampung permintaan yang bertambah terhadap Pendidikan
menengah, Maktab Melayu Kuala Kangsar diasaskan mengikut model English Grammar
School pada tahun 1905. Akan tetapi, sekolah ini adalah khas untuk golongan bangsawan
sahaja. Latihan guru-guru Melayu dimulakan pada tahun 1984 di Teluk Belanga, Singapura.
Pada tahun 1922, bagi memenuhi permintaan yang bertambah terhadap guru-guru sekolah
Melayu yang berkelayakan, Maktab Perguruan Sultan Idris telah ditubuhkan atau dikenali
sebagai Sultan Idris Training College (SITC).Di sini mata pelajaran Pendidikan seni telah
diajar di samping subjek-subjek lain. Komponen subjek Pendidikan Seni diajar bersama-sama
dengan pertukangan tangan seperti membuat bakul dan lain-lain seni pertukangan rakyat
ketika itu. Sukatan pelajaran yang digunakan adalah pelajaran menggunakan mengkuang
untuk membuat bakul bagi tahun pertama. Mereka dikehendaki mencipta corak-corak baru
dengan menggunakan rotan dan buluh. Kerja-kerja tahun pertama disambung pada tahun ke
dua dan penggunaan rotan dan buluh adalah lebih meluas lagi pada tahun ketiga. Buku teks
yang digunakan ialah ‘Kitab Rajah-rajah Anyaman’ oleh guru anyaman Mr. W. Olaguera.

Perkembangan Pendidikan Awal Merdeka

Selepas perang dunia kedua perkembangan politik negeri China, India , dan negara jiran
banyak berubah , Masyarakat pendatang menganggap Tanah Melayu sebagai tempat
kediaman mereka dan kebangkitan nasionalisme Melayu melihatkan tentang masalah
kerumitan kaum tentang pendidikan.

Orang Melayu mula mendesak ,supaya Kerajaan membaiki mutu pendidikan di sekolah -
sekolah Melayu serta menambahkan peluang bagi melanjutkan pelajaran. Sebuah jawatan
kuasa ditubuhkan iaitu Jawatankuasa Barnes. Laporan Barnes ini diterbitkan pada awal tahun
1951, dan mencadangkan supaya ditubuhkan sekolah-sekolah kebangsaan dari bahasa
berbilang kaum sama ada menggunakan bahasa Inggeris atau bahasa Melayu sebagai
pengantar utamanya. Sekolah Cina dan Tamil akan ditukar secara beransur - ansur kepada
sekolah Kebangsaan dengan memperkenalkan aliran Kebangsaan. Cadangan tersebut
ditentang hebat oleh orang Cina.

Laporan Fen wu , memperakukan untuk mengekalkan serta pembaikan Sekolah Cina telah
memburukkan lagi pertikaian yang hangat tentang pendidikan di Tanah Melayu ,Laporan
Jawatankuasa Fen Wu telah mengemukakan cadangan-cadangan yang pada asasnya
menyokong konsep penggunaan tiga bahasa iaitu bahasa melayu, bahasa Inggeris, dan bahasa
Cina dijadikan bahasa pengantar.

Pendidikan Malaysia

Beberapa kajian telah dibuat untuk mendapatkan formula terbaik bagi sistem pendidikan di
Tanah Melayu pada masa itu. Walau bagaimanapun setelah mendapat kemerdekaan, Akta
Pelajaran 1961 telah dijadikan dasar kepada sistem pendidikan di negara ini. Justeru itu
Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR) telah diperkenalkan. Mata pelajaran yang diajar
oleh guru-guru dana dipelajari oleh murid-murid dalam KLSR antaranya ialah Bahasa
Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Tawarikh, Ilmu Alam, Hal Ehwal Tempatan,
Tata Rakyat, Jawi,Pendidikan Agama Islam, Lukisan dan Pertukangan Tangan, Pendidikan
Jasmani dan lain-lain.

Persekolahan peringkat rendah di negara ini berterusan mengikut kehendak KLSR


sehinggalah kajian dibuat pada tahun 1974 hingga 1979 oleh jawatankuasa diketuai
Dr.Mahathir Mohamad bagi melihat kesesuaian KLSR ini. Laporan kajian yang dikeluarkan
pada tahun 1979 mendapati bahawa KLSR sudah tidak relevan lagi dan perlu diganti dengan
kurikulum ynag baru. Implikasi daripada laporan ini ialah pengenalan kepada Kurikulum
Baru Sekolah Rendah (KBSR) pada tahun 1982.Namun begitu, pada tahun 1988 KBSR telah
disemak semula bagi mengenal pasti kelemahan dan kekuatannya. Lanjutan itu, KBSR yang
dikenali pada asasnya sebagai Kurikulum Baru Sekolah Rendah ditukar menjadi Kurikulum
Bersepadu Sekolah Rendah. Dari segi kurikulum, mata pelajaran-mata pelajaran yang telah
sedia ada mengalami perubahan bagi membantu murid menghadapi cabaran masa depan
termasuklah Pendidikan Seni Visual.

Kementerian Pendidikan Malaysia telah memainkan peranan yang positif dalam


membangunkan dan memperkembangkan kurikulum Pendidikan Seni Visual. Hal ini dapat
dilihat berdasarkan semakan terhadap Kurikulum Pendidikan Seni Visual itu sendiri yang
telah beberapa kali melalui proses perubahan. Perubahan-perubahan tersebut meliputi aspek
falsafah, matlamat, objektif, pendekatan, kaedah dan isi kandungan mata pelajaran
tersebut.Retrospektif perkembangan kurikulum ini dapat dilihat seawal pertengahan abad ke-
19 apabila kurikulum seni mula diperkenalkan di Penang Free School dengan memberikan
penekanan kepada penglahiran pelajar yang mahir dalam kraf (Carline, (1968) dalam Ibrahim
Hassan melalui karya Md Nasir bin Hj. Ibrahim-Isu dan Permasalahan Kurikulum Pendidikan
Seni Visual).

Selepas merdeka, bermula dari tahun 1965 Kementerian Pelajaran Malaysia telah menggubal
dasar baru pendidikan. Melalui dasar baru ini, murid-murid daripada darjah 1 hingga
tingkatan 3 akan belajar dua kumpulan mata pelajaran yang dikenali sebagai mata pelajaran
wajib dan mata pelajaran elektif.

Kini, sekali lagi kurikulum Pendidikan Seni berubah dengan penekanan kepada
melengkapkan perkembangan diri seseorang individu melalui nilai peribadi individu dan
pemupukan kesedaran terhadap seni dalam kehidupan sehari-hari serta sikap dalam
menghargai hasilan seni sebagai sumbangan kepada warisan budaya dan identiti bangsa.
Perubahan-perubahan ini melibatkan falsafah, matlamat, objektif, pendekatan, kaedah dan isi
kandungan yang lebih mantap dan akan dapat menarik minat lebih ramai pelajar.

Dalam KBSR, Pendidikan Seni Visual merupakan mata pelajaran wajib yang mesti dipelajari
oleh semua murid. Mata pelajaran Pendidikan Seni Visual digubal selaras dengan
perkembangan terkini ke arah mencapai hasrat FPK. Matlamat mata pelajaran Pendidikan
Seni Visual sekolah rendah sebagaimana yang digariskan oleh PPK padaa tahun 2000 adalah
untuk melahirkan insan yang harmonis, kritis, kreatif dan produktif menerusi pemupukan
asas seni visual. Kandungan kurikulum berupaya membnatu murid meningkatkan rasa
kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan
warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat
dan Negara, selaras dengan hasrat FPK.Terdapat empat bidang yang terkandung di dalam
mata pelajaran Pendidikan Seni Visual seperti berikut :

(a) Melukis dan membuat gambar


(b) Membuat corak dan rekaan
(c) Membentuk dan membuat binaan
(d) Mengenal kraf tradisional

Fokus yang diberikan kepada setiap bidang pula ialah pemerhatian aktif, interaksi yang
kreatif dengan alat dan bahan, serta aprisiasi aspek seni.Pendidikan Seni Visual memainkan
peranan sebagai pengimbang kepada mata pelajaran lain yang ditawarkan di sekolah-sekolah
kerajaan. Mata pelajaran ini menyumbangkan ke arah perkembangan murid-murid melalui
peningkatan daya persepsi, estetika dan kraetiviti. Manakala aktiviti seni yang dijalankan
semasa pengajaran dan pembelajaran dilakukan dalam konteks peranan seni sebagai media
komunikasi, seni dalam kehidupan dan persekitaran, dan seni sebagai warisan budaya dan
identiti bangsa. (Mazlan Mohamad.1996)

Kekuatan dan Kelemahan KLSR

Mengikut kajian terhadap Kurikulum lama Sekolah Rendah (KLSR) yang telah dilaksanakan
sejak merdeka, jawatankuasa kabinet telah mengenalpasti beberapa kelemahan seperti:-

1. Isi kandungan sukatan pelajaran kadangkala berulang dan tidak ada kaitan antara mata
pelajaran atau antara darjah.
2. Sukatan pelajaran mengandungi butiran yang terlalu banyak. Ini membebankan dan
membosankan murid.
3. Guru dan murid selalu terdsak menghabiskan sukatan pelajaran terutama apabila ada
peperiksaan.
4. Pengajaran dan pembelajaran selalunya berdasarkan buku teks. Ini menghadkan
penggunaan teknik dan bahan pengajaran lain yang lebih menarik dan berkesan.
Keberkesanan KBSR / KLSR

Kekuatan dan Kelemahan KBSR

Matlamat kurikulum baru Sekolah Rendah adalah untuk memberikan pendidikan yang
menyeluruh kepada murid-murid. Jadi, oleh yang demikian, kejayaan KBSR ini dapat dilihat
dari segi aspek pencapaian 3M - Membaca, Menulis dan Mengira - kemahiran belajar dan
perkerabangari'sahsiah .

Satu kajian tentang penilaian pencapaian KBSR ini yang telah dijalankan oleh Kementerian
Pendidikan dengan Universiti Sains Malaysia pada tahun 1982. Laporan Fasa I (1988) kajian
tersebut menunjukkan bahawa taraf penguasaan murid-murid dalam 3M ini adalah lebih
tinggi apabila dibandingkan dengan murid-murid yang mengikuti kurikulum lama. Murid-
murid KBSR berjaya menguasai kemahiran belajar yang raudah seperti menyoal, berbincang
dan mengeluarkan pendapat . Sebilangan besar murid juga telah menguasai kemahiran belajar
yang lebih kompleks lagi seperti mengenal idea-idea utama dan membuat rumusan

Dari segi perkembangan sahsiah, murid-murid KBSR juga didapati lebih berani bercakap dan
yakin-dan menunjukkan minat dalam pembelajaran mereka. Budaya membaca juga
memuaskan. Selain daripada itu mereka boleh berinteraksi sesama sendiri , bekerjasama dan
bertolak ansur.

Laporan kajian penilaian pencapaian KBSR, Fasa II telah dibentangkan pada tahun 1990.
Jadi, satu lagi kajian "Projek Inspire" yang menilai tentang pencapaian KBSR bagi murid-
murid di luar bandar telah dijalankan. Projek Inspire ini adalah kajian yang berterusan
mengenai penggunaan alat Bantu mengajar .

KBSR telah menimbulkan kesan yang positif terutama dari segi murid. Penekanan KBSR ke
atas pengajaran yang berpusatkan kepada murid, kepelbagaian aktiviti serta penglibatan
semua murid dalam aktiviti yang berkenaan telah menghasilkan muridmurid yang lebih
berminat dalam pembelajaran. Cadangan pengelolaan pengajaran seperti kaedah kelas,
kumpulan, rakan sebaya dan individuserta penggunaan berbagai jenis bahan telah dapat
memberi kepelbagaian dalam teknik pengajaran dan
pembelajaran, gerakerja kumpulan khasnya pula dapat menanamkan sifat-sifat kepimpinan
dan
bekerjasama di kalangan murid-murid. KBSR juga telah menegaskan bahawa aspek penilaian
adalahsebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran dan hendaklah dijalankan
berterusan. Iniadalah dengan tujuan supaya kelemahan tidak terkumpul dan langkah-langkah
pemulihan dapat dijalankan dengan serta-merta. Program pemulihan dan pengayaan
dijalankan untuk mengambil kira
bahawa murid berbeza dari segi pengalaman, tingkah-laku, amalan kecenderungan, bakat dan
kebolehan.

Melalui temuramah dengan guru-guru KBSR, adalah didapati bahawa golongan murid-murid
yang tahumembaca adalah lebih ramai daripada dalam KLSR dan mereka membaca lebih
pantas daripada murid-murid dalam KLSR. Penilaian yang telah dijalankan yang
menunjukkan bahawa pencapaian murid KBSR dalam Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris,
Bahasa Cina dan Bahasa Tamil adalah lebih baik daripada murid-murid dalam KLSR. Dari
sumber-sumber pengesanan yang lain didapati juga murid KBSR lebih cekap dan lebih
berdikari.
Kelemahan KBSR

Beberapa prinsip KBSR tidak dilaksanakan dengan berkesan dalam proses P&P. Ini
mengakibatkan kesepaduan pengetahuan, kemahiran dan nilai tidak tercapai sepenuhnya
melalui proses P&P di bilik darjah. Antara faktor yang mendorong kepada perkara ini ialah
fokus berlebihan untuk mencapai gred kelulusan A dalam peperiksaan. Maka kebanyakan
proses P&P yang berlaku di bilik darjah lebih berupa proses menyediakan pelajar untuk
peperiksaan, bukannya bersifat menyampaikan ilmu pengetahuan, kemahiran dan nilai yang
perlu seperti mana dituntut oleh kurikulum mata pelajaran tersebut. Ini secara langsung
mengurangkan keberkesanan usaha ke arah membangunkan insan yang berilmu pengetahuan,
berketrampilan, berdaya saing, berkemahiran dan mempunyai jati diri – ciri modal insan
cemerlang yang dihasratkan

Perubahan Pendidikan di Malaysia dari KLSR ke KBSR

 Kurikulum Baru Sekolah Rendah adalah berpusatkan kanak – kanak. Ini bermakna
kaedah pengajaran chalk and talk telah pun diketepikan. Penyertaan pelajar daalam
pelbagai aktiviti pembelajaran amat ditekankan.

Kurikulum yang lama bercorak pendidikan umum yang menitikberatkan hafazan
manakala perubahan baru lebih menekankan pendidikan asas yang menumpukan pada
keupayaan murid membaca, menulis dan mengira.

Dalam kurikulum lama terdapat terlalu banyak mata pelajaran, dengan demikian
perubahan dilakukan dan pelajaran yang baru hanya meliputi tiga bidang iaitu
komunikasi, perkembangan diri dan bidang manusia dan sekelilingnya.

Sukatan pelajaran lama adalah kurang fleksibel, sebaliknya dalam perubahan yang
dilakukan lebih menekankan perkaitan dan penyerapan.

Sistem lama menekankan kaedah pengajaran kelas manakala perubahan yang
dilakukan mengambil inisiatif yang baru iaitu lebih menitikberatkan kaedah
pengajaran individu dan kumpulan.

Dalam sistem yang baru, pendidikan pemulihan disediakan bagi pelajar lemah
manakala program pengayaan disediakan bagi mengembangkan lagi kebolehan
pelajar yang cepat menguasai kemahiran - kemahiran pembelajaran.

Sistem baru menekankan komponen nilai – nilai murni Oleh yang demikian pelajar –
pelajar bukan Islam wajib mengikuti kelas Pendidikan Moral.

Sistem lama menekankan penilaian sumatif manakala dalam sistem yang baru, kedua
– dua penilaian fromatif dan sumatif ditekankan. Penilaian formatif bertujuan
mengesan kelemahan pelajar dengan tujuan memberi pendidikan pemulihan.

Dalam sistem pendidikan lama, pendidikan prasekolah kurang diberi penekanan.
Dalam perubahan yang dilakukan pendidikan prasekolah diperkenalkan di sekolah –
sekolah rendah terutamanya di kawasan luar bandar bagi membolehkan kanak –
kanak di bawah umur tujuh tahun mendapat pengalaman persekolahan

You might also like