You are on page 1of 15

Semantik _ peristiwa bahasa .

1.0 Pengenalan

Penguasaan bahasa pertama berlaku secara semula jadi semenjak kecil lagi. Pada tahap
ini, pengetahuan bahasa diperolehi secara tidak langsung atau tidak formal. Menurut
Kamarudin Hj. Husin (1998) :“Mereka dapat menguasai bahasa itu dengan cara
‘memperoleh’ bukan melalui proses pembelajaran. Mereka hanya perlu didedahkan
kepada bahasa ibunda mereka dan secara tidak disedari mereka akan pandai dengan
sendirinya menggunakan bahasa itu.”

Hal ini berbeza dengan pembelajaran bahasa kedua. Bahasa mesti dipelajari secara formal
dan hanya berkembang melalui latihan dan pengukuhan. Oleh itu, dorongan (rangsangan)
dan sikap positif adalah perlu.Dalam konteks pengajaran Bahasa Melayu sebagai bahasa
pertama kepada pelajar Melayu tidak banyak masalah. Sebaliknya, mengajar bahasa
kedua kepada bukan penutur jati (orang Melayu misalnya) memerlukan lebih perhatian.
Pelajar perlu melalui rancangan-rancangan dan aktiviti-aktiviti yang tersusun dengan
kaedah-kaedah tertentu.

2.0 Takrif Definasi Konsep

Menurut Kamarudin Hj. Husin (1998) maksud bahasa kedua “adalah bahasa yang kedua
dipelajari oleh seseorang itu di samping bahasa kandung yang dia peroleh. Bahasa
kedua ini adalah bahasa asing yang dipelajari untuk tujuan-tujuan tertentu.”

2.1 Penguasan Pembelajaran Bahasa Kedua.


Pengajaran bahasa kedua diperoleh dan dikuasai melalui pembelajaran. Pembelajaran
yang bersifat formal, menekankan banyak latihan dan pengulangan hingga membentuk
satu tabiat. Rivers W. M (1964) menyatakan, pembelajaran bahasa asing pada dasarnya
adalah merupakan satu proses mekanikal yang membentuk tabiat.
Seterusnya, cara penguasaannya adalah sama dengan proses pembentukan tabiat yang
lain seperti belajar menaip, berenang, memandu, dan lain-lain. Proses pembelajaran
menetapkan jika sekali berjaya dilakukan dengan baik maka ia akan dapat diulangkan
untuk seterusnya secara automatik. Proses penguasaan bahasa kedua pada peringkat awal
kanak-kanak berkemungkinan sama dengan proses penguasaan bahasa pertama. Namun,
proses penguasaan bahasa kedua selepas peringkat awal kanak-kanak akan mengalami
cara yang berbeza dengan proses pemerolehan pengetahuan bahasa pertama. Hal ini
ditegaskan oleh Brown (1980) :“Adult, more cognitively secure,appear to operate from
the solid foundation of the first language and thus manifest more interference.”

3.0 Bahasa Kedua Yang Dipelajari.


Pembelajaran bahasa asing pada asasnya adalah merupakan satu proses yang mekanikal
membentuk tabiat. Analogi memberi asas yang lebih kukuh terhadap pembelajaran
bahasa asing berbanding analisa.Daripada kenyataan tersebut dapatlah diandaikan
bahawa tabiat terbentuk melalui peneguhan.
Tabiat berbahasa kedua boleh dibentuk dengan cara mempelajari atau latih tubi. Ia
memainkan peranan penting bagi menggalakkan tabiat berfungsi.      Menurut
pendekatan kognitif (Chomsky), mempelajari bahasa ialah satu proses menguasai pola-
pola fonologi, sintaksis dan leksikal bahasa berkenaan. Teori ini menekankan
kepentingan pemahaman murid terhadap struktur bahasa. Kesenangan murid mempelajari
bahasa kedua akan menyebabkan penguasaan kognitif mereka terhadap struktur bahasa
itu mudah berkembang.

3.1 Prinsip-Prinsip Pengajaran Bahasa Kedua.

Pembelajaran bahasa kedua ialah satu proses mekanis. Proses ini akan membentuk
perlakuan dan tabiat baru menguasai kemahiran bahasa, iaitu melalui latihan-latihan dan
peneguhan.Bentuk bahasa pertuturan dipelajari terlebih dahulu. Pengajaran bahasa kedua
mesti didahulukan dengan kemahiran lisan. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran
bermula daripada kemahiran mendengar, kemahiran bertutur, kemahiran membaca dan
kemahiran menulis. Kanak-kanak diajar menyebut perkataan sebelum bentuk-bentuk
tulisan.
Pembelajaran secara membuat analogi. Pelajar cepat menerima dan memahami makna
perkataan dengan cara melihat persamaan dan perkaitannya dengan objek yang
dianalogikan. Analogi digunakan untuk menunjukkan persamaan ciri atau sifat. Cara ini
akan mempermudahkan guru mengajar tanpa perlu menghabiskan masa panjang untuk
menjelaskan konsep-konsepnya. Makna dipelajari dalam konteks. Makna haruslah
dipelajari dalam konteks yang dapat menerangkan makna itu dalam konteks agama, adat
dan adab, dan sosio budaya teks atau rujukan teks.
Dalam hal ini, Kamarudin (1988) menyatakan :“Berbeza dengan pemelajaran bahasa
pertama, penguasaan bahasa kedua bukanlah didapati melalui pemerolehan tetapi
dikuasai melalui pemelajaran. Ini dilakukan dalam keadaan yang lebih formal,
memerlukan banyak latihan dan pengulangan hingga menjadi sesuatu tabiat.”

4.0 Huraian tentang kaedah kajian yang digunakan


(contoh pemerhatian/ kajian kes/ tinjauan)

Kaedah kajian ini berbentuk deskriptif dari jenis kajian kes. Penyelidik mengkaji
beberapa aspek pembolehubah persekitaran bahasa murid. Penekanan kajian kes adalah
kepada dua aspek. Pertama, pemahaman sebab murid-murid dipengaruhi bahasa
ibundanya. Kedua, cara pengaruh bahasa ibunda wujud dalam penulisan dan pertuturan
bahasa Melayu murid. Bagi aspek pertama penyelidik menggunakan Kaedah Tinjauan
(soal selidik). Aspek kedua (penulisan) penyelidik menggunakan Kaedah Analisis
Kandungan. Aspek kedua (pertuturan) dikaji berdasarkan pemerhatian. Beberapa set
perbualan murid-murid dan pengajaran guru bahasa Melayu telah dianalisis. Pengkaji
juga ada membuat penelitian turut serta di dalam kelas bahasa Melayu di sebuah sekolah
SJK’T.

Sebagai kesimpulan, dikemukakan Model Kajian Kes yang merangkumi fenomena yang
dikaji, teori pembelajaran, objektif, subjek kajian, pengumpulan data, dan analisis data
(lihat rajah 1).

5.0 Dapatan Kajian Masaalah yang dikesan dalam pembelajaran bahasa kedua
yang dikaji
Dapatan tentang pengaruh bahasa ibunda dibincangkan mengikut tiga tajuk kecil.:

5.1.1. Unsur-unsur linguistik bahasa ibunda dalam penulisan

Aspek leksikal merupakan aspek bahasa Melayu yang paling banyak menerima pengaruh
bahasa ibunda murid-murid India. Pengaruh tersebut terdapat 145 patah perkataan
bersamaan 74.36%. Pengaruh tersebut merangkumi proses penggantian, penambahan dan
penghilangan fonem-fonem bahasa Melayu. Proses penggantian fonem vokal bahasa
Melayu paling kerap berlaku dalam karangan bahasa Melayu murid-murid India.
Contohnya:

Rajah 1 : Proses penggantian fonem vokal bahasa Melayu paling kerap berlaku dalam
karangan bahasa Melayu murid-murid India.

a. Penggantian /e/ kepada /a/


  cerita menjadi carita
  kepada menjadi kapada
b. Penggantian /a/ kepada /o/
  sangat menjadi songat
  nama menjadi namo
c. Penggantian /e/ kepada /i/
  terima menjadi tirima
  rehat menjadi rihat
d. Penggantian /u/ kepada /o/
puku menjadi pukol
untuk menjadi untok
e. Penggantian /i/ kepada /e/
habis menjadi habes
 pilihan menjadi pilehan

5.1.2 Terdapat tujuh proses penggantian fonem konsonan, iaitu:

a. Penggantian konsonan /b/ kepada /p/


  bandar menjadi pandar
b.
Penggantian konsonan /p/ kepada /b/
  pecah menjadi bicah
c.
Penggantian konsonan /f/ kepada konsonan asli /p/
  faedah menjadi paedah
d. Penggantian /g/ kepada /k/
  bagus menjadi bakus
e.
Penggantian /k/ kepada /h/
  awak menjadi awah
f. Penggantian /w/ kepada /v/
  kawan menjadi kavan
g. Penggantian konsonan /n/ kepada konsonan /m/
  tanpa menjadi tampa

5.1.3 Proses penambahan fonem juga berlaku.

a. Penambahan vokal depan rendah /a/


  harga menjadi haraga
b. Penambahan konsonan /h/
  meja menjadi mejah
  jumpa menjadi jumpah
c. Penambahan konsonan /w/
  semua menjadi semuwa

5.1.4 Proses penghilangan juga berlaku

a. Penghilangan vokal tengah agak tinggi /e/


  terima menjadi trima
b. Penghilangan vokal /a/
  soalan menjadi solan
c. Penghilangan konsonan /h/
  sekolah menjadi skola
d. Penghilangan konsonan /k/
  tak mahu menjadi taa_mau
e. Penghilangan konsonan /g/
  menggunakan menjadi mengunakan
f. Penghilangan konsonan /r/
  besar menjadi besa

5.1.5 Proses Pemindahan Bahasa Ibunda

Dua perkataan bahasa Tamil digunakan dalam penulisan karangan bahasa Melayu.
Perkataan-perkataan itu adalah:

 /kuli/ kuli -- buruh

        /kaasi/ kasi -- meminta

        /maata/ mata -- polis


Sewaktu murid-murid India berinteraksi sesama mereka terdapat fenomena percampuran
kod bahasa Melayu-Tamil. Fenomena tersebut berlaku di peringkat penghasilan ayat.
Ayat penyata paling banyak menghasilkan percampuran kod Melayu-Tamil.

Contoh:

1.    Saya ada buat itu kerja.

     (Saya telah membuat kerja itu)

2.    Itu vakkul suda peno.

     (Bakul itu sudah penuh)

3.    Dia kooli kerja ada buat

Dia membuat kerja buruh (kuli)

Secara keseluruhan murid-murid bersikap positif terhadap penggunaan bahasa Melayu.


Oleh yang demikian jangkaan mereka terhadap bahasa tersebut turut menjadi positif.
Unsur ekstralinguistik iaitu pendedahan bahasa murid bertindak secara bawah sedar ke
atas Pembelajaran Terpendam.

Berdasarkan data-data yang diperolehi, ketiga-tiga soalan kajian itu dapat jawapannya.
Unsur-unsur linguistik bahasa ibunda yang terdiri daripada leksikal, makna kata, imbuhan
dan binaan ayat memang ada mempengaruhi markah karangan bahasa Melayu murid-
murid India walaupun dalam peratus yang berbeza-beza.

Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa unsur-unsur linguistik bahasa ibunda memang
terdapat di dalam pertuturan percampuran kod bahasa Melayu-bahasa Tamil murid-murid
India. Juga didapati ada pembolehubah ekstralinguistik bahasa ibunda yang dominan di
kalangan murid India. Ia terdiri daripada penggunaan bahasa harian, sikap dan
pendedahan bahasa murid-murid India itu. Kekerapan pembolehubah-pembolehubah itu
berbeza-beza.
6.0 Cadangan langkah berdasarkan pengetahuan psikolinguistik.

Berdasarkan keputusan kajian maka beberapa cadangan untuk membaiki kelemahan


mempelajari bahasa Melayu di kalangan murid India dikemukakan, antaranya ,

6.1 Kesalahan sebutan dan ejaan

Kesalahan sebutan dan ejaan berlaku di kalangan murid India akibat daripada pengaruh
bahasa ibunda dengan cara penambahan, penghilangan dan penggantian fonem-fonem
pada perkataan-perkataan bahasa Melayu. Guru dapat mengatasi masalah tersebut dengan
menerangkan terlebih dahulu kepada murid-murid struktur bunyi dan struktur kata
sebenar bahasa Melayu sehingga murid-murid itu faham. Penerangan dapat dilakukan
dengan membandingkan struktur bunyi dan struktur kata bahasa Melayu dengan bahasa
Tamil. Guru juga boleh mengajar latihan menyebut perkataan-perkataan bahasa Melayu
dengan cara latih tubi. Apa yang jelas ialah mengajar bahasa Melayu sebagai bahasa
kedua memerlukan guru bahasa yang mengetahui deskripsi bahasa Melayu juga deskripsi
bahasa ibunda murid-murid. Dengan pengetahuan tersebut guru lebih arif tentang
keperihalan keadaan dua bahasa itu.

6.2                 Mengatasi masalah penggunaan bahasa Melayu

Bagi mengatasi masalah penggunaan bahasa Melayu yang dipengaruhi bahasa ibunda
maka pembetulan kesilapan-kesilapan leksikal, morfologi, sintaksis dan semantik
hendaklah dilakukan secara berperingkat-peringkat. Dalam keadaan tersebut, teguran
spontan perlu diberi oleh guru sekiranya didapati murid menyimpang daripada fitur serta
rumus bahasa Melayu baku. Guru dapat memberi pengayaan bahasa kepada kumpulan
pandai dan kumpulan lembab diberi pengukuhan bahasa.

7.0 Kesimpulan
Masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan majmuk telah disatukan dengan
penggunaan bahasa Melayu . Polarisasi kaum dapat dikawal dengan penyatuan bahasa
utama. Sesungguhnya gejala yang tidak sihat ini perlu dihapuskan demi perpaduan dan
masa depan Negara. Bermula dengan pelajar sekolah, perlu digalakkan berinteraksi
dengan rakan-rakan yang berlainan bangsa dan kaum. Benih-benih perpaduan perlu
disemai di dalam jiwa pelajar semasa di bangku sekolah lagi supaya apabila mereka
bercampur dengan masyarakat, mereka dapat mengaplikasikan bahasa dengan sebaik-
baiknya.. Oleh itu dengan adanya bahasa sebagai alat komunikasi yang iktiraf sebagai
bahasa perpaduan, mereka dapat berkomunikasi dan menyampaikan maklumat dengan
cara yang lebih sesuai mengikut kehendak masing-masing.

8.0 Peristiwa Bahasa.

8.1 Semantik.

Menurut Palmer (1992) , istilah semantik adalah merujuk kepada kajian makna. Dalam
bahasa Yunani adalah ’semantikos’ bermaksud penting atau bermakna. Kini istilah
semantik merujuk kepada kajian makna dalam bidang linguistik. Menurut Ahmad
Mahmood Musanif (2009) Semantik merupakan kajian tentang makna. Sering kali wujud
kepelbagaian tanggapan kesan daripada penggunaan bahasa yang berbeza. Perbezaan
tafsiran ini menyebabkan wujudnya pelbagai reaksi sama ada bersifat positif mahupun
negatif.
Semantik dalam bahasa, pada umumnya, dapat diteliti dari pelbagai sudut. Demikian
juga semantik dalam Bahasa Melayu dapat diteliti dari aspek-aspek seerti dan rujukan,
perkataan, ayat, jenis-jenis makna, perubahan makna, peribahasa (termasuk simpulan
bahasa), dan unsur semantik dalam nahu.Berasaskan pernyataan tersebut, kenal pasti
peristiwa bahasa yang mewujudkan salah tafsiran dalam pelbagai bentuk antaranya
intonasi, kata mahupun ayat. Berdasarkan peristiwa bahasa yang anda pilih, bincangkan
faktor yang mempengaruhi wujudnya salah tafsiran dalam sesuatu peristiwa bahasa.
8.2 Perkataan dan Makna
Perkataan, menurut pandangan ahli-ahli bahasa, adalah unit bahasa yang terkecil yang
mengandung makna. Dalam pada itu, Lyons dalam bukunya Introduction of Theoretical
Linguistics (1968), berpendapat bahawa perkataan merupakan suatu ‘tanda’ yang
mencakupi dua bahagian, yakni bentuk dan maknanya. Misalnya kata ‘dua’, ada
bentuknya yang terdiri, iaitu d u a dan maknanya, ‘jumlah satu campur satu atau 1 + 1’.
Manakala, kata ‘beras’, misalnya, ada bentuk be – ras dan maknanya ‘padi yang sudah
dikupas kulit dan sedia untuk dimasak’.

Ada juga perkataan dalam bahasa Melayu yang ada satu bentuk tetapi maknanya yang
banyak, seperti kata dalam, semak, dan rendang. Hal ini akan terbukti jika dicari makna
bagi perkataan – perkataan tersebut dalam kamus. Selain itu, ada perkataan yang
berkongsi dan bertindan makna dengan kata yang lain. Contohnya, perkataan bercakap
berkongsi dan bertindan makna dengan kata bisik, jerit, teriak kerana dalam semua
perkataan ini ada komponen makna yang berkaitan dengan hal penyuaraan. Demikian
juga mawar, teratai, orkid, semua bertindak makna dengan satu sama lain kerana
memiliki dalamnya makna umum bunga.

Oleh sebab ada pelbagai jenis kata, bentuk kata, makna yang pelbagai, maka kata-kata
dalam bahasa Melayu seperti dalam bahasa-bahasa lain dapat dikategorikan kepada
beberapa golongan seperti sinonim (makna yang sama), antonim (makna yang berlawan),
hiponim (bentuk yang sama tetapi makna yang berbeza) dan sebagainya.

8.3 Konteks dan Makna

Dalam hal komunikasi, konteks merupakan suatu faktor yang amat penting (Leech,
Semantics, 1974). Mengikut pengalaman bahasa ada banyak ketika kita rasa bingung
akan makna dalam sesuatu ujaran atau tulisan kerana kurangnya maklumat kontekstual.
Dengan mengambil kira konteks, unsur ketaksaan, makna yang pelbagai dapat dielakkan,
walaupun ada pengguguran beberapa komponen dalam ujaran atau tulisan kita.
Misalnya, dalam laungan, Kamal! Ayam!, makna yang hendak disampaikan ialah
‘Kamal, tolong halau ayam itu’ yang mungkin mahu masuk ke dalam kebun, rumah, atau
tempat, bergantung pada tempat ujaran itu dilafazkan.

Konteks memainkan peranan untuk menghilangkan kekaburan dan ketidakjelasan makna.


Konteks juga berfungsi untuk menetapkan makna bagi perkataan dalam satu – satu ujaran
atau tulisan. Misalnya, untuk membezakan golongan kata untuk menentukan makna,
seperti dalam kata ‘bilas (basuh / cuci)’ sebagai kata kerja dan ‘bilas (kabur)’ sebagai
kata adjektif, konteks amat perlu.

Konteks juga menjadi amat mustahak dalam hal homonim. Umpamanya, untuk
membezakan antara haus sebagai rasa dahaga atau berkurangannya besar kerana
tergosok, kita perlu lihat pada konteks penggunaan ayat atau ujaran tersebut. Mungkin,
dalam ayat ini ‘Kami semua rasa haus, selepas berjalan kaki ke rumah’ maknanya ialah
rasa dahaga.

Dalam hal ini, Wittgenstein dalam bukunya Philosophical Investigations (1953), yang
juga seorang ahli falsafah yang terkenal, pernah dengan tegas menyatakan bahawa
’makna kata tidak dapat diketahui kecuali dilihat dalam penggunaannya, atau dalam
konteks penggunaannya. Demikian juga Ullmann berhujah bahawa makna perkataan
hanya dapat ditentukan berdasarkan penelitian terhadap penggunaannya’.

Oleh itu, makna kata tidak akan menjelma selain dalam konteks pengunaan perkataan
atau ayat dalam ujaran atau tulisan. Misalnya, ujaran kata ‘cantik’, amat kabur
maknanya, kecuali dinyatakan dalam satu konteks seperti diucapkan untuk memberitahu
orang lain akan kecantikan seseorang atau pandangan, benda dan sebagainya, atau untuk
memberi penghargaan atau pujian terhadap sesuatu perbuatan seperti menjaringkan gol
dalam permainan bola sepak. Dalam kedua – dua situasi tadi, kata ‘cantik’ memang
tidaklah sama. Dengan yang demikian menjadi nyata bahawa perkataan memperlihatkan
makna yang berbeza – beza ketika digunakan dalam pelbagai situasi sosial oleh manusia.
8.4 Perubahan Makna

Salah satu aspek yang amat diminati dalam kajian makna ialah perubahan makna dalam
bahasa. Oleh sebab bahasa bersifat dinamik, maka perkataan yang menjadi unit asas
kepada bahas, sentiasa mengalami perubahan. Hal ini sudah sejak dahulu lagi diamati
oleh pengkaji bahasa. Menurut mereka, terdapat banyak factor yang merangsangkan
perubahan.
Ullmann dalam bukunya Semantics: An Introduction to the Science of Meaning (1962),
misalnya memberikan enam sebab utama bagi perubahan makna dalam bahasa.
Antaranya adalah seperti sebab-sebab sejarah, sebab-sebab sosial, sebab-sebab psikologi,
pengaruh luar, keperluan untuk kata baharu.

Bloomfield dalam bukunya Bahasa (1933) pula ada menyenaraikan sembilan jenis
perubahan yang berlaku dalam bahasa. Menurutnya, makna kata boleh disempitkan dan
diperluaskan. Selain itu, ada metafora, metonimi, sinekdoksi, hiperbola, litotes, pejorasi,
dan ameliorasi yang juga menandakan perubahaan-perubahan dalam sesuatu bahasa.

Makna kata berubah kerana perkembangan dalam bahasa itu sendiri. Ini bermaksud,
makna sesuatu perkataan itu akan berubah mengikut perubahan masa, teknologi dan
hubungan sosial masyarakat. Misalnya, kata belayar, pada satu ketika dahulu digunakan
untuk perahu yang ada layar, tetapi kini telah berubah makna kerana kapal sekarang tidak
menggunakan layar tetapi menggunakan kuasa tenaga. Atau, contoh perkataan rawat:
Makna umum adalah menjaga dan mengubati orang sakit, tetapi makna barunya sekarang
meliputi merawat sisa kumbahan, pokok (nurseri).

Demikian juga kata tangan, pada asalnya dirujuk kepada salah satu anggota badan.
Tetapi, makna diubah untuk mencakup makna ‘menguruskan’, mengendalikan’, dalam
ayat seperti ‘Kita perlu berhati-hati ketika menangani kes ini’. Ada kalanya makna
negatif berubah menjadi makna positif disebabkan penggunaan dalam bahasa.
Umpamanya, kini kita sering menemukan ayat atau ujaran. “Gejala penukaran kod amat
berleluasa di kalangan pengguna bahasa Melayu.” Dalam contoh ini, kata gejala bukan
dinyatakan sebagai suatu unsur negatif, tetapi sebagai suatu kejadian. Perubahan –
perubahan seperti ini banyak berlaku dalam bahasa kerana sebab – sebab perubahan
dalam bahasa itu sendiri.

Selain itu, disebabkan kemajuan sains dan teknologi juga, banyak kata yang telah
mengalami perubahan makna. Misalnya, kata taman, pada masa dahulu hanya digunakan
untuk merujuk kepada ‘kebun bunga’, tetapi maknanya sekarang diperluaskan untuk
mencakup makna tambahan seperti ‘ kawasan perumahan’, kawasan perindustrian’ dan
‘kawasan alam semula jadi seperti Taman Kinabalu’. Demikian juga kata datuk, kini
bukan sahaja digunakan untuk merujuk bapa ayah atau ibu seseorang, malah sebagai
gelaran kehormat oleh raja bagi orang - orang tertentu kerana jasa – jasa mereka.

Dalam arus perubahan zaman, banyak kata mengalami perubahan makna. Kata – kata
yang merujuk kepada objek, institusi, idea, dan konsep – konsep saintifik merupakan
antara kata yang mengalami perubahan makna. Misalnya, kata kebal berubah daripada
makna asal kuat dan kukuh dalam bidang ketenteraan menjadi kereta kebal.

Bahasa juga berubah kerana sebab – sebab sosial. Peredaran masa menyebabkan
munculnya bidang – bidang baharu dalam satu – satu budaya masyarakat bahasa. Faktor
– factor seperti emosi, tabu menjadi punca perubahan makna dalam bahasa. Misalnya,
ungkapan orang gaji kini berubah menjadi pembantu rumah, budak pejabat bertukar
menjadi pelayan pejabat, dan Hari Buruh menjadi Hari Pekerja. Perubahan – perubahan
ini berlaku kerana ungkapan yang digunakan dahulu membawa konotasi negatif, dan
dengan demikian perlu diubah menjadi lebih halus atau yang tidak membawa unsur
negatif.

Selain itu, unsur larangan juga menyebabkan perubahan perkataan. Umpamanya, tidak
sopan kalau dikatakan ‘saya hendak kencing’ di khalayak ramai, tetapi ungkapan buang
air atau ‘ saya hendak ke tandas’. Kini kata tandas pula membawa makna yang tidak
begitu sopan, maka sudah ada ungkapan bilik air yang digunakan untuk tujuan yang
sama, iaitu kencing atau buang air kecil. Ada juga ungkapan bilik selesa yang digunakan
untuk merujuk kepada konsep tandas. Pilihan perkataan atau ungkapan seumpama ini,
sebenarnya merujuk kepada gejala yang disebut segai eufemisme, yakni penggunaan
bahasa secara halus dan sopan.

Dalam Bahasa Melayu, kata daging disempitkan makna untuk merujuk kepada ‘daging
lembu’ sahaja tetapi bagi daging lain pula, disebut daging kambing, daging ayam, atau
daging arnab. Sedangkan makna dalam kamus adalah ‘isi pada manusia atau binatang
antara kulit dan tulang’ (Kamus Dewan, 1994).

Ada juga makna yang diperluaskan, seperti dalam kata tangan yang menjadi menangani,
taman yang merujuk kepada kawasan perumahan atau kawasan perindustrian seperti yang
dijelaskan di atas. Untuk menerangkan konsep – konsep baharu yang timbul akibat
perkembangan sains dan teknologi, maka perluasan makna bagi beberapa banyak
perkaaan diperlukan.

8.5 Kesalahan Semantik dalam Bahasa

Oleh sebab maklumat semantik amat penting dalam bahasa, maka hal makna dalam ayat
harus diberi perhatian oleh pengguna bahasa. Jika aspek makna tidak diambil kira dalam
binaan atau ujaran ayat, maka ayat – ayat yang diujar atau dibina akan merupakan ayat
yang taksa, atau tidak benar.

Justeru itu binaan atau ujaran ayat – ayat seperti yang berikut seharusnya dielakkan oleh
pengguna bahasa Melayu, memandangkan ayat – ayat ini tidak betul dari segi semantik,
walaupun memenuhi aturan nahu. Perhatikan contoh – contoh yang berikut:

1) Mereka – mereka yang terlibat dikehendaki menghadiri mesyuarat hari ini.


2) Ibu bapa Ali sudah meninggal dunia petang tadi.
3) Ibu merasa kesal dengan perbuatan adik.
4) Pekerja – pekerja akan memulakan kerja mereka bila hujan berhenti.
5) Pak Ismail berdukun sejak lima belas tahun lalu.
6) Ayah menghantar kawat kepada abang saya di Johor.
7) Ayah menghadiahkan saya jam tangan.

Dalam ayat – ayat di atas, nyata ada kekeliruan dalam memahami makna yang
terkandung dalam ayat – ayat tersebut. Umpamanya, mereka – mereka dalam ayat 1
adalah kelewahan semantik, yakni makna yang berlehihan, yang sebenarnya tidak
diperlukan. Demikian juga dalam ayat 2, tidak jelas siapa yang meninggal dunia, sama
ada ibu kepada bapa Ali atau kedua – dua ibu dan bapanya yang meninggal. Dalam ayat,
6 pula, apakah hapa menghantar dawai atau berita kepada abang? Mungkin ayat 7, perlu
diperbetul menjadi ‘Ayah menghadiahkan sebuah jam tangan kepada saya’ atau ‘Ayah
menghadiahi saya sebuah jam tangan’.

Kesimpulan.

Demikinalah suatu huraian peristiwa bahasa dalam semantik bahasa Melayu dari aspek
makna dan perubahan makna dalam semantik. Seperti yang dinyatakan dalam
perbincangan di atas, aspek makna menjadi penting dalam bahasa, dan jika tidak, bahasa
yang digunakan mungkin hanya betul dari segi nahu tetapi tidak boleh difahami manusia
kerana bahasa itu tidak jelas maknanya, atau kabur, taksa, dan kerana ada pertentangan
makna serta ada unsure kelewahan dan seumpamanya. Sesungguhnya, semantik
merupakan suatu bidang kajian yang cukup menarik dan memberangsangkan jika
didekati dan dikaji.
Bibliografi :

Abd. Aziz Abd. Talib. 2000. Pedagogi Bahasa Melayu.Kuala Lumpur : Utusan
Publication & Distributors Sdn Bhd.
Abdullah Hassan. (1987). Isu-isu Pembelajaran dan Pengajaran Bahasa Malaysia. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Abdullah Yusuf. (2008). HBML 3403 Linguistik dan Sosiolinguistik. Open Universiti
Malaysia : Kuala Lumpur.

You might also like