You are on page 1of 11

AEEA2333: SEJARAH PENTADBIRAN BRITISH DI MALAYSIA

SOALAN 6
ANALISISKAN BAGAIMANA PERJANJIAN BRITISH-KEDAH 1923 DILIHAT SEBAGAI
LANGKAH PENYELESAIAN KEPADA KEMELUT ANTARA KEDUA BELAH PIHAK.

PENGENALAN

Sebelum Kedah ada hubungan dengan pihak British, Kedah adalah dibawah naungan

kerajaan Siam. Siam bukanlah sengaja untuk memberi wilayah naungannya kepada British iaitu

melalui perjanjian Bangkok 1909. Siam pernah untuk menguatkan pengaruhnya di negeri-negeri

naungannya seperti Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu. Tindak-tanduk Siam ini tidak

disukai oleh British. Oleh itu, British cuba untuk menghalang perkara tersebut kerana British

sendiri yang sememangnya ada hasrat untuk meguasai keseluruhan Tanah Melayu. Hal ini

kerana bagi memudahkan lagi pentadbiran British di Tanah Melayu tanpa ada ganguan daripada

kuasa-kuasa lain. Disamping itu, Siam cuba untuk mengambil alih semula kedaulatan

kehakiman Siam yang telah hilang sejak tahun 1855.1

Oleh sebab itulah, Siam terpaksa menandatangani perjanjian Bangkok 10 Mac 1909

dengan pihak British. Dalam perjanjian tersebut menyatakan bahawa Siam meyerahkan wilayah

naungannya kepada British seperti Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu.2 Hal ini telah

mengecewakan pemimpin-pemimpin melayu, termasuklah pemimpin di negeri Kedah. Perkara

inilah yang menjadi titik-tolak dalam persengketaan British-Kedah dan perjanjian British-Kedah

1923 itulah juga sebagai langkah penyelesaian yang telah disepakati oleh kedua-dua belah pihak.

PERJANJIAN BANGKOK 1909 MERENDAHKAN MARTABAT KEDAH


1
Kobkua Suwannathat-Pian, Sejarah Thai Zaman Bangkok, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka, 1991, hlm.

214.
2
Mohd. Isa Othman, Sejarah Malaysia (1800-1963), Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.,

2002, hlm. 159.

1
AEEA2333: SEJARAH PENTADBIRAN BRITISH DI MALAYSIA

Bagi kedah, perjanjian Bangkok 1909 itu telah merendahkan martabat Kedah. Hal ini

kerana British-Siam telah mengabaikan Kedah dalam perjanjian tersebut iaitu tanpa pengetahuan

dan tanpa pemberitahuan kepada Kedah, bagi dapat bersama-sama menentukan masa depan

negeri mereka.3 Dengan itu wujudnya perasaan rasa tidak puas hati dalam kalangan elit melayu

Kedah yang diketuai oleh Tunku Mahmud dan bersama Sultan Abdul Hamid. Kedah sekadar

menerima sepucuk surat setelah perjanjian itu berlangsung dari Gabenor Negeri-negeri Selat di

Singapura.4 Bukan itu sahaja, perjanjian itu juga telah memperkecilkan kedaulatan Kedah dan

mengecewakan para pemimpin Kedah kerana terdapat wilayah dalam kekuasaan Kedah yang

telah diambil oleh Siam.

Oleh itu, wujudnya bantahan daripada Sultan Abdul Hamid dan menulis surat bantahan

kepada Putera Damrong di atas tindakan kerajaan Siam yang memasukkan sebahagian wilayah

Kedah seperti Sadau dan kawasan disekitarnya ke dalam naungan Siam. Putera Damrong

menyatakan bahawa sempadan Kedah dengan Senggora (Songkhla) belum ditentukan dengan

baik. Dengan itu kehilangan kawasan tersebut tidak dapat dielakkan. Sedangkan negeri Kedah

dan jajahan takluknya hanyalah diserahkan kepada kerajaan British melalui Perjanjian Bangkok

1909.5 Rasa tidak puas hati golongan elit melayu ini bertambah setelah penasihat British datang

ke Kedah.

Oleh sebab itu, golongan elit Kedah telah menggunakan isi kandungn perjanjian Bangkok

untuk melawan dan menentang segala tindak-tanduk pegawai British yang datang selepas

perjanjian Bangkok. Hal ini kerana pegawai British itu cuba untuk melebihi hak yang

3
Kobkua Suwannathat-Pian, Sejarah Thai Zaman Bangkok, hlm. 214.

4
Haji Ibrahim Ismail, Sejarah Kedah Sepintas Lalu, Sintok: Universiti Utara Malaysia, 2008, hlm. 146.

5
Sharom Ahmat. Tradition and Change in a Malay State: A Study of the Econonic and Political Development of
Kedah 1878-1923, Kuala Lumpur : Printed for the Council of the M.B.R.AS. by Art Printing Works Sdn. Bhd.,
1984. hlm. 150-152.

2
AEEA2333: SEJARAH PENTADBIRAN BRITISH DI MALAYSIA

terkandung dalam perjanjian tersebut. Dalam perjanjian itu menyatakan bahawa Siam menukar

atau memulangkan hak pemerintahannya ke atas negeri-negeri naungannya kepada British. 6

Masalahnya, hak Siam di negeri-negeri naungannya adalah sangat kurang sekali iaitu sekadar

menjadi penasihat kewangan dan Kedah menganggap pegawai Siam yang berkhidmat di Kedah

itu adalah berkhidmat untuk Kedah.7 Oleh yang sedemikian wujudnya persengketaan antara

pegawai British dengan golongan elit tempatan di Kedah.

SITUASI PENTADBIRAN DALAMAN NEGERI KEDAH SELEPAS BERLAKUNYA


PERJANJIAN BANGKOK 1909

British telah mengambil alih negeri naungan Kedah daripada Siam. Majlis Mesyuarat

Negeri tetap dikekalkan kecuali penasihat kewangan Siam digantikan dengan penasihat British.

British telah menghantar W.G. Maxwell pada tahun 15 Julai 1910 sebagai penasihat British di

Kedah. Kedatangan W.G Maxwell ke Kedah itu telah menambahkan lagi kemarahan golongan

elit Kedah kerana mempunyai sifat bongkak dan sombong.8 Dengan itu, W.G. Maxwell cuba

untuk membuat sesuka hatinya dan cuba untuk membuat perubahan dalaman pentadbiran Kedah

yang bertentangan dengan perjanjian 1909. Tunku Mahmud dan pembesar yang menyokongnya

masih lagi menganggap tugas W.G. Maxwell hanyalah sebagai penasihat kewangan dan

bukannya merangkumi semua aspek.

Antara tekanan-tekanan yang diberikan oleh W.G. Maxwell kepada pentadbiran Kedah

sehingga wujudnya persengketaan antara W.G. Maxwell dengan golongan elit Kedah ialah
6
Muhammad Hassan Bin Mohd. Arshad, Al- Tarikh Salasilah Negeri Kedah, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa &

Pustaka, 1968, hlm 256-257.


7
Mohd. Isa Othman, Pengalaman Kedah dan Perlis: zaman penjajahan British, Kuala Lumpur: Utusan

Publications, 2001, hlm. 190-191.          


8
Mohd. Isa Othman, Politik Tradisional Kedah 1681-1942, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka, 1990, hlm.

89-90.

3
AEEA2333: SEJARAH PENTADBIRAN BRITISH DI MALAYSIA

menyarankan supaya segala surat-menyurat perlu dibuat dalam bahasa ingggeris, minit-minit

mesyuarat dalam Majlis Mesyuarat Negeri perlu dirujuk kepada penasihat British sebelum

disemak oleh Tunku Mahmud. Selain itu, beliau tidak mengikhtiraf lagi cop rasmi Kedah dan

telah meggunakan copnya sendiri dalam hal pentadbirannya di Kedah. Seterusnya, W.G.

Maxwell telah membuat tindakan sesuka hatinya iaitu memberi arahan terus kepada ketua-ketua

jabatan tanpa merujuk langsung kepada MMN dan mengibarkan bendera Union Jack di halaman

rumahnya. Hal ini tidak disenangi oleh golongan elit melayu Kedah kerana Maxwell dianggap

berkhidmat untuk kerajaan Kedah dan undang-undang British belum diikhtiraf di Kedah.9

Disamping itu juga setiap surat-menyurat perlulah melalui Residen General terlebih dahulu

sebelum sampai kepada Pesuruhjaya Tinggi British. Hal ini telah bertentangan dengan

kepetuanan Siam dahulu kerana pada waktu itu Kedah boleh terus berhubung dengan kerajaan

Siam di Bangkok. Oleh itu, hal ini telah membimbangkan golongan elit Kedah jika Kedah di

masukkan ke dalam NNMB. Seterusnya, British cuba untuk mengabaikan elaun kerabat diraja

kepada putera-putera sultan yang kurang 15 tahun ke bawah iaitu tidak lagi mendapat elaun

tersebut. Sepatutnya hal ini tidak boleh dipersoalkan kerana ianya telah dipersetujui oleh

penasihat kewangan Siam iaitu Hart.10 Kesan dari itu, golongan elit melayu Kedah telah

merancang untuk memulaukan penasihat British tersebut.

GOLONGAN ELIT KEDAH CUBA MEMULAUKAN PENASIHAT BRITISH DI


KEDAH

Disebabkan tindakan W.G. Maxwell yang cuba melampaui batas dalam struktur

pentadbiran Kedah. Maka, golongan elit Kedah yang diketuai oleh presiden MMN iaitu Tunku

9
Mohd. Isa Othman, Pengalaman Kedah dan Perlis: zaman penjajahan British, hlm. 114-117.

10
Ibid.

4
AEEA2333: SEJARAH PENTADBIRAN BRITISH DI MALAYSIA

Mahmud dan pembesar-pembesar Kedah telah bersetuju untuk memulaukan W.G. Maxwell

dengan tidak memberi kerjasama.11 Hal ini akan mendatangkan masalah kepada pihak British

dalam penguasaannya di Kedah. Oleh itu, Pesuruhjaya Tinggi British iaitu John Anderson

terpaksa campur tangan untuk mengurangkan pertikaian antara penasihat British dengan

golongan elit Kedah.12

Pada ketika ini, Tunku Mahmud bersama golongan elit Kedah yang lain telah mengugut

supaya John Anderson menukarkan W.G. Maxwell dengan penasihat lain. Jika dituruti

kehendak Tunku Mahmud ini, ianya akan menandakan kelemahan British. Dengan itu, John

Anderson cuba mencari jalan supaya tidak menuruti kehendak Tunku Mahmud tersebut. Strategi

John Anderson adalah dengan menemuhi Sultan Abdul Hamid dan cuba mempengaruhi baginda

agar menasihati Tunku Mahmud supaya memberhentikan pemulauan tersebut. Tunku Mahmud

terpaksa menerima nasihat daripada sultan, jika tidak kemungkinan Kedah akan dimasukkan ke

dalam NNMB dan hal ini akan memperluasakan lagi kuasa British di Kedah.13

Hal yang sedemikian telah menyebabkan Tunku Mahmud dan W.G. Maxwell terpaksa

berbaik-baik semula antara satu dengan yang lain. Tetapi disamping itu, Tunku Mahmud telah

menegaskan bahawa British haruslah mengekalkan kedaulatan Kedah agar tidak diperkecilkan

dan harus dikekalkan seperti dalam pentadbiran, penggunaan kalender hijrah, cuti hari jumaat,

bahasa melayu sebagai bahasa perundangan dan pentadbiran, serta dasar kepegawaian harus

diberi keutamaan kepada orang Melayu Kedah. Perkara ini telah diselesaikan dan dipersetujuhi

oleh kedua-kedua belah pihak.14 Dengan itu telah wujud hubungan baik antara kedua-dua belah

11
Mohd. Isa Othman, Politik Tradisional Kedah 1681-1942, hlm. 91-92.

12
Rupert Emerson, Malaysia, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka, 1974, hlm. 296.

13
Mohd. Isa Othman, Pengalaman Kedah dan Perlis: zaman penjajahan British, hlm. 120-122.

14
Mohd. Isa Othman, Politik Tradisional Kedah 1681-1942, hlm. 92.

5
AEEA2333: SEJARAH PENTADBIRAN BRITISH DI MALAYSIA

pihak sehingga tahun 1913. Pada tahun 1913 telah berlaku lagi konflik antara British-Kedah

sehingga membawa kepada penjanjian 1923 sebagai jalan penyelesaiannya.

PERSENGKETAAN BARU TELAH BERLAKU LAGI ANTARA BRITISH-KEDAH

Dalam perhubungan British-Kedah, golongan elit Kedah amat bimbang sekali, sekiranya

Kedah akan diserapkan ke dalam pentadbiran Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Perkara ini akan

menjejaskan lagi hak dan kewibawaan Kedah dalam pentadbiran tersebut. 15 Pada tahun 1912,

Tunku Mahmud mula mengatur strategi agar dapat mengekalkan kedaulatan Kedah dalam

pentadbiran daripada terus dipengaruhi oleh British. Peluang ini datang apabila Sultan Abdul

Hamid dalam keadaan gering. Tunku Mahmud telah mendesak agar Sultan Abdul Hamid

meyerahkan kuasa sepenuhnya kepada MMN agar memudahkan lagi pentadbiran Kedah tetapi

pihak British tidak menerima cadangan ini. Seterusnya, Tunku Mahmud mula mencadangkan

Pemangku Raja perlu dilantik untuk menggantikan Sultan Abdul Hamid dalam pemerintahan

Kedah sementara kerana kesihatan Sultan Abdul Hamid bertambah genting setelah mendapat

pengesahan doktor. Hal ini telah dipersetujui oleh persuruhjaya Tinggi Sir Arthur Young.16

Pada 3 Julai 1913, Pemangku Raja telah dilantik iaitu disandang oleh Tunku Ibrahim.

British menekan Tunku Ibrahim supaya menjadi presiden MMN. Perkara tersebut bercanggah

dengan MMN negeri yang ditubuhkan pada tahun1905. Hal ini kerana pada masa itu, sultan

bukanlah ahli dalam MMN, bahkan sultan berada diluar MMN. Tugas sultan hanya memberi

perkenan terhadap perkara-perkara yang telah dibincangkan dalam MMN dan tidak pernah

15
Abdul Rahman Haji Ismail, Malaysia Sejarah Kenegaraan Dan Politik, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa &

Pustaka, 2005, hlm. 212.


16
Muhammad Hassan Bin Mohd. Arshad, Al- Tarikh Salasilah Negeri Kedah, hlm. 268-271.

6
AEEA2333: SEJARAH PENTADBIRAN BRITISH DI MALAYSIA

menjadi ahli MMN. Tunku Ibrahim telah menentang perkara tersebut dan telah menulis surat

terus kepada Setiausaha Pejabat Tanah Jajahan di London. dengan alasan bahawa ianya akan

menjejaskan dan mencemarkan kedaulatan sultan.17

George Maxwell berpendapat Tunku Ibrahim tidak mahu terlibat dalam MMN kerana dia

boleh menggunakan kuasa menolak keputusan Majlis. Selain itu untuk memastikan Kedah tidak

akan diserapkan ke dalam Persekutuan. Walaupun begitu Sir Arthur Young tetap dengan

keputusannya yang Tunku Ibrahim hendaklah menjadi Presiden Majlis Mesyuarat Negeri.

Tunku Ibrahim bimbang perkara yang tidak baik akan berlaku sekiranya baginda tidak menerima

perkara tersebut. Oleh itu, Tunku Ibrahim menerima cadangan kerajaan British dengan

bantahan. Tunku Ibrahim telah mengemukakan bantahan kepada kerajaan British di London

supaya dibincangkan di parlimen tetapi tidak mendapat perhatian. Oleh kerana England telah

terlibat dalam Perang Dunia Pertama ketika itu.18

STRATEGI BRITISH UNTUK MENYELESAIKAN MASALAHNYA DENGAN KEDAH

Situasi ini wujud apabila Pesuruhjaya Tinggi dipegang oleh Sir Lawrence Guillemard.

Beliau melihat bahawa isu negeri Kedah ini perlu diselesaikan secepat mungkin agar dapat

melancarkan lagi pentadbiran di Kedah dengan mudah tanpa ada konflik antara kedua-dua belah

pihak. Oleh yang sedemikian, pada tahun 25 September Sir Lawrence Guillemard cuba

berunding dan membuat hubungan baik dengan Tunku Ibrahim dan turut serta dalam rundingan

17
Mohd. Isa Othman, Politik Tradisional Kedah 1681-1942, hlm. 94.

18
Sharom Ahmat. Tradition and Change in a Malay State: A Study of the Econonic and Political Development of

Kedah 1878-1923, hlm. 160-169.

7
AEEA2333: SEJARAH PENTADBIRAN BRITISH DI MALAYSIA

tersebut adalah penasihat British yang baru iaitu William Peel.19 Seterusnya, melalui rundingan

tersebut kata sepakat telah dicapai antara kedua-dua belah pihak dan telah bersetuju untuk

mengadakan perjanjian antara British-Kedah bagi kebaikan bersama.

Sebelum Tunku Ibrahim menandatangani perjanjian tersebut, baginda sempat memukakan

syarat-syarat awal yang perlu British turuti iaitu sebarang penghantaran pegawai British

hendaklah dimaklumkan terlebih dahulu kepada baginda, pegawai-pegawai yang dihantar kepada

Kedah mesti dirujuk terlebih dahulu kepada MMN dan setelah diterima pegawai-pagawai British

tersebut adalah pegawai kerajaan Kedah dan mesti berpakaian putih kerajaan Kedah kecuali

penasihat British. Seterusnya, sekiranya sultan tidak berpuas hati maka pegawai-pegawai British

tersebut boleh ditukarkan dengan pegawai lain. Selain itu, British haruslah melaksanakan

tanggungjawab terhadap segelintir orang-orang melayu Kedah yang tinggal di Kedah iaitu perlu

dihantar melanjutkan pelajaran ke Eropah atau ke Timur Tengah bagi membantu orang melayu

agar cekap dalam melaksanakan pentadbiran di Kedah. Semua perkara ini telah di terima oleh

British dan Kedah juga harus menerima setiap perkara yang terkandung dalam perjanjian yang

telah dibuat oleh British.20

Dengan itu, pada 1 November 1923 satu perjanjian telah ditandatangani antara pihak

British-Kedah. Surat perjanjian itu telah ditandatangani oleh Tunku Ibrahim selaku Pemangku

Raja Kedah di Singapura.21 Perjanjian ini merupakan jalan penyelesaian dalam arena politik

Kedah. Antara isi kandungan perjanjian tersebut ialah Kedah bersetuju berada dibawah naungan

British, kedah tidak boleh mengadakan hubungan dengan kuasa luar tanpa pengetahuan British,

British tidak akan memasukkan, menyerahkan atau mencantumkan dengan mana-mana kuasa

19
Haji Buyong Adil, Sejarah Kedah, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka, 1980, hlm. 82.

20
Mohd. Isa Othman, Politik Tradisional Kedah 1681-1942, hlm. 96-97.

21
Haji Buyong Adil, Sejarah Kedah, hlm. 82.

8
AEEA2333: SEJARAH PENTADBIRAN BRITISH DI MALAYSIA

tanpa kebenaran Kedah, keturunan kesultanan Kedah yang telah dipilih oleh MMN dan diterima

British yang akan menjadi sultan negeri Kedah tidak akan digugat, menetapkan tugas-tugas

penasihat British sebagai menasihati Sultan Kedah dalam semua aspek pentadbiran kecuali adat-

istiadat melayu dan agama Islam, Kedah bersetuju presiden MMN Kedah diterajui oleh sultan,

tiga orang ahli dan seorang penasihat British dan Kedah telah menetapkan bahawa bahasa

melayu sebagai bahasa rasmi dan tulisan jawi merupakan tulisan rasmi kerajaan kecuali

mendapat kelulusan daripada kerajaan kedah.22

KESIMPULAN

Perjanjian Bangkok 1909 yang ditandatangani antara British-Siam telah mendatangkan

kesan yang mendalam terhadap Negeri-negeri Melayu Utara. Terutamanya kepada kerajaan

Kedah. Hal tersebut telah mengudang berlakunya rasa tidak puas hati dalam kalangan

pemimpin-pemimpin tempatan terhadap British. Dapat disimpulkan bahawa terdapat dua konflik

yang penting di Kedah iaitu konflik antara golongan elit melayu dengan penasihat British pada

tahun 1910 dan konflik semasa British mendesak Pemangku Raja iaitu Tunku Ibrahim haruslah

menjadi Presiden MMN Kedah pada tahun 1913.


22
Muhammad Hassan Bin Mohd. Arshad, Al- Tarikh Salasilah Negeri Kedah, hlm. 281-282.

9
AEEA2333: SEJARAH PENTADBIRAN BRITISH DI MALAYSIA

Oleh itu, perjanjian 1923 telah ditandatangani antara kedua-dua belah pihak yang

menunjukkan sebagai langkah penyelesaian dalam pertelingkahan dan ketegangan yang pernah

berlaku sebelum itu. Walaupun British berjaya mencapai hasrat mereka di Kedah tetapi

pemimpin-pemimpin Kedah masih lagi dapat mengekalkan beberapa pentadbiran tradisi mereka

di Kedah. Hal ini tidak sepertimana di Negeri-negeri Melayu yang lain, terutamanya di Negeri-

negeri Melayu Bersekutu seperti Selangor, Perak, Negeri Sembilan dan Pahang yang boleh

dikatakan telah dikuasai sepenuhnya oleh British. Dengan itu, pemimpin-pemimpin Kedah telah

berusaha dan telah berjaya melapaskan negeri Kedah daripada hasrat British yang ingin

memasukkan Kedah ke dalam Negeri-negeri Melayu Bersekutu.

BIBLIOGRAFI

Abdul Rahman Haji Ismail, Malaysia Sejarah Kenegaraan Dan Politik, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa &
Pustaka, 2005.

Emerson, R., Malaysia, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka, 1974.

Haji Buyong Adil, Sejarah Kedah, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka, 1980.

Haji Ibrahim Ismail, Sejarah Kedah Sepintas Lalu, Sintok: Universiti Utara Malaysia, 2008.

Kobkua Suwannathat-Pian, Sejarah Thai Zaman Bangkok, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka,
1991.

Mohd. Isa Othman, Pengalaman Kedah dan Perlis: zaman penjajahan British, Kuala Lumpur: Utusan
Publications, 2001.

10
AEEA2333: SEJARAH PENTADBIRAN BRITISH DI MALAYSIA

Mohd. Isa Othman, Politik Tradisional Kedah 1681-1942, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka,
1990.

Mohd. Isa Othman, Sejarah Malaysia (1800-1963), Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors
Sdn. Bhd., 2002.

Muhammad Hassan Bin Mohd. Arshad, Al- Tarikh Salasilah Negeri Kedah, Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa & Pustaka, 1968

Sharom Ahmat. Tradition and Change in a Malay State: A Study of the Econonic and Political
Development of Kedah 1878-1923, Kuala Lumpur : Printed for the Council of the M.B.R.AS.
by Art Printing Works Sdn. Bhd., 1984.

11

You might also like