P. 1
EKONOMI KELAPA SAWIT

EKONOMI KELAPA SAWIT

|Views: 4,646|Likes:
Published by niya_dania

More info:

Categories:Types, Research
Published by: niya_dania on Nov 12, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

03/30/2015

pdf

text

original

PERKEMBANGAN EKONOMI ASAS

1.0

PENGENALAN Di dalam dekad 50-an dan 60-an, program perindustrian di negara ini dijalankan

sebagai usaha untuk mempelbagaikan ekonomi negara yang pada masa itu amat bergantung kepada getah dan bijih timah. Memandangkan harga kedua-dua komoditi ini tidak stabil, kerajaan telah melancarkan program perindustrian untuk mencetuskan perkembangan ekonomi yang lebih pesat dan stabil. Dasar pembangunan perindustrian pada masa itu adalah tertumpu kepada industri-industri yang bercorak gantian import. Walaupun pada keseluruhannya perkembangan industri negara dalam tahun-tahun 60an, 70-an dan awal 80-an adalah memuaskan tetapi banyak masalah dan kelemahan masih wujud di dalam sektor ini. Misalnya, pertumbuhan sektor eksport adalah tidak begitu memuaskan jika dibandingkan dengan sektor dalam negeri. Eksport barang-barang pembuatan Malaysia terlalu bergantung kepada segelintir industri sahaja seperti elektrik dan elektronik dan tekstil. Mutu keluaran juga pada keseluruhannya tidak begitu memuaskan dan tidak dapat bersaing dengan keluaran negara-negara asing. Ini disebabkan tahap teknologi yang masih rendah dan kurangnya kemahiran rakyat tempatan untuk mempertingkatkan atau memperbaharui teknologi yang diterima dari luar. Oleh itu, sekiranya sektor perindustrian dikehendaki terus memainkan peranan utama dalam pembangunan negara, perlulah diwujudkan matlamat-matlamat jangka panjang yang disokong dengan dasar dan strategi pembangunan yang baru. Untuk mencapai matlamatmatlamat tersebut, PIP telah mengenalpasti 12 sektor industri yang patut diberi penekanan. Tujuh daripada sektor-sektor ini adalah yang berasaskan sumber tempatan iaitu industri yang berasaskan getah, kelapa sawit, kayu-kayan, makanan, kimia, logam bukan ferus dan keluaran-keluaran galian bukan logam. Lima sektor lagi merupakan industri yang bukan berasaskan sumber iaitu eletrik dan eletronik, peralatan pengangkutan, mesin dan kejuruteraan, logam-logam ferus, dan tekstil dan pakaian. Kesemua industri ini telah dipilih berasaskan kepada potensi untuk mencapai matlamat memperluaskan asas industri negara. Industri yang dilihat mempunyai potensi besar untuk dibangunkan dan seterusnya memberi hasilan yang memberansangkan adalah perindustrian Minyak Sawit.

1

PERKEMBANGAN EKONOMI ASAS

2.0

SOALAN 1 Berdasarkan artikel yang diberi, analisiskan sekurang-kurangnya LIMA faktor yang

telah mempengaruhi peningkatan penawaran minyak sawit di pasaran dunia.

Faktor pertama yang dilihat sebagai mempengaruhi peningkatan penawaran minyak sawit di pasaran dunia ialah keseimbangan ekonomi dunia. Sebelum ini hampir kebanyakan negara-negara maju mengalami kemelesetan ekonomi (recession) yang mengakibatkan negara-negara tersebut mengurang atau memberhentikan pembelian minyak sawit. Di akhir tahun 2009, terdapat beberapa negara yang menggunakan minyak sawit ini telah mengalami sedikit pemulihan daripada krisis ekonomi global tersebut, seterusnya telah menyebabkan peningkatan kadar penawaran minyak sawit di pasaran dunia. Menurut laporan BERNAMA pada 03 Jun 2010, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Tan Sri Bernard Dompok berkata, eksport minyak sawit Malaysia ke China dijangka meningkat tahun ini, didorong oleh permintaan semakin bertambah, selain tanda positif ekonomi negara itu. Beliau berpendapat permintaan untuk minyak sawit akan datangnya dari negara yang mencatat kadar pertumbuhan tinggi seperti China dan India. Semua orang adalah positif terhadap pertumbuhan ekonomi China.

Tahun lalu, Malaysia mengeksport 4.03 juta tan minyak sawit bernilai AS$2.81 bilion (RM9.28 bilion) ke China. Tan Sri Bernard Dompok juga berkata, minyak sawit kini menyumbang 60 peratus daripada jumlah minyak dan lelemak yang diimport China, dan penggunaannya dijangka lebih baik tahun ini. Minyak sawit Malaysia mendapat perakuan dan penerimaan daripada pengguna China sejak pertama kali diperkenalkan tahun 80-an. Sejak itu, penggunaan minyak sawit di China telah meningkat secara mendadak kepada paras semasa sebanyak 6.08 juta tan setahun.

2

PERKEMBANGAN EKONOMI ASAS

Beliau turut menegaskan, penggunaan minyak sawit mempunyai potensi besar untuk ditingkatkan untuk tujuan makanan dan bukan makanan, dengan mengambil kira daya saingnya dari segi kos berbanding minyak saingannya. Sementara itu, Pengerusi firma perunding perniagaan pertanian antarabangsa, LMC International Ltd, Dr James Fry, berkata harga minyak sawit mentah (CPO) dijangkakan diniagakan antara RM2,500 dan RM2,600 setan dalam tempoh beberapa bulan akan datang jika harga minyak mentah berada pada pada paras AS$70 setong. Faktor yang kedua pula ialah, peningkatan permintaan makanan sihat (better food diets) dari negara-negara membangun seperti China dan India juga dilihat telah memberi kesan ke atas pemintaan minyak sawit negara. Harga sawit juga telah menunjukan peningkatan sebanyak 15% dari RM1,630 setan pada 31 Disember 2008 kepada sekitar RM2,500 setan sekarang. Mengenai industri minyak dan lelemak, isu asid lemak trans merupakan antara isu penting yang mempengaruhi perdagangan dalam dekad semasa. Asid lemak trans, masalah berkaitan kesihatan dan keperluan untuk menghapuskannya daripada rangkaian makanan manusia merupakan isu utama. Penghapusan asid lemak trans, telah menjadi perkara penting di Eropah dan Amerika Syarikat (AS) kini mahu seiring dengan rantau lain. Minyak sawit menjadi alternatif yang paling berdaya maju. Tindakan kerajaan adalah menjadi faktor ketiga di mana kerajaan telah menyediakan Pakej Rangsangan Ekonomi Negara sebanyak RM7 billion dan juga Pakej Rangsangan oleh Kerajaan Amerika Syarikat dilihat telah membantu meningkatkan permintaan minyak sawit negara. Unjuran MPOB menunjukkan harga MSM dan BTS sehingga 2020 dijangka akan berlaku peningkatan harga untuk tempoh beberapa tahun mendatang. Pengeluaran minyak sawit juga dijangka akan terus meningkat dari tahun 2009 sehingga tahun 2020. Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC), telah mewujudkan rangkaian bernilai dalam beberapa wilayah strategik dan pihak MPOC juga dalam kedudukan yang baik untuk membantu industri melalui pejabat serantaunya bagi meningkatkan eksport minyak sawit dan produk minyak sawit

3

PERKEMBANGAN EKONOMI ASAS

Menurut laporan Bernama pada 17 Januari, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Peter Chin Fah Kui menyatakan bahawa harga minyak sawit dijangka terus melambung tahun ini berikutan permintaan yang tinggi dan kepelbagaian kegunaan komoditi itu. Chin juga berkata dengan menghasilkan biodiesel daripada minyak sawit, Malaysia memenuhi permintaan dunia bagi bahan api alternatif. Seterusnya pernyataan ini menyokong fakktor keempat yang telah mempengaruhi peningkatan penawaran minyak sawit di pasaran dunia. Sementara itu, Ketua Bahagian Teknologi Makanan dan Pemakanan MPOB, Dr Nor Aini Idris, pegawai yang bertanggungjawab bagi pembangunan produk dan khidmat nasihat, berkata, MPOB bekerja rapat dengan peserta industri bagi merangka formula dan produk yang dapat memenuhi keperluan. Jika ada permintaan daripada industri, MPOB akan bekerja dengan mereka untuk membangunkan produk itu bersama-sama. Dengan cara ini, MPOB akan dapat memastikan produk itu berkualiti dan diterima pengguna. (Bernama)

Faktor kelima pula ialah, menurut Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC), Pengerusinya Datuk Lee Yeow Chor dalam ucapannya pada satu seminar mengenai cabaran dan peluang dalam industri tersebut menyatakan, industri minyak sawit Malaysia akan terus menyaksikan peningkatan dalam jumlah eksport ke beberapa pasaran tradisional tahun 2010. Ini disebabkan oleh kesan pertumbuhan yang hebat pengimport penting minyak sawit iaitu China, India bersama-sama dengan destinasi utama yang lain, Pakistan, Bangladesh, Timur Tengah dan Afrika, terus mencatatkan permintaan yang tinggi untuk minyak sawit. Datuk Lee Yeow Chor juga menyatakan bahawa Majlis Minyak Sawit Malaysia telah mewujudkan rangkaian bernilai dalam beberapa wilayah strategik dan MPOC juga berada dalam kedudukan yang baik untuk membantu industri melalui pejabat serantau kami bagi meningkatkan eksport minyak sawit dan produk minyak sawit. (Bernama: 2 Feb 2010) Beliau menyatakan lagi bahawa, bagi membolehkan industri dapat bersaing dengan berkesan pada 2010 dan seterusnya, semua kaedah perdagangan diperlukan, termasuk mengumpulkan maklumat penting dan bernilai mengenai apa yang dilakukan pesaing.

4

PERKEMBANGAN EKONOMI ASAS

Tambahan pula, peserta tempatan perlu mengunjur dan memahami isu baru melangkaui hadnya yang boleh menjadi halangan bagi industri dalam jangka pendek, sederhana atau panjang. MPOB dan Majlis Minyak Sawit Malaysia bekerja rapat dalam meningkatkan lagi eksport minyak sawit di rantau ini, termasuk bekerjasama mengadakan Seminar dan Pameran Perdagangan Minyak Sawit Malaysia-UAE. Minyak olein sawit Malaysia digunakan secara meluas dalam industri masakan serta restoran, selain kegunaan domestik. Pengekport Malaysia kini mempelbagaikan produk minyak sawit supaya pengguna mendapat pelbagai jenis produk dan sekaligus meningkatkan lagi eksport minyak sawit.

5

PERKEMBANGAN EKONOMI ASAS

3.0

SOALAN 2 Buktikan melalui gambarajah perubahan eksport minyak sawit negara pada bulan

januari lalu.

JADUAL PERUBAHAN EKSPORT MINYAK SAWIT MALAYSIA JANUARI 2010 BERBANDING DISEMBER 2009

PERBEZAAN DISEMBER JANUARI KUANTITI PENGELUARAN MINYAK SAWIT MENTAH P. MALAYSIA SABAH SARAWAK JUMLAH ISIRONG SAWIT MINYAK ISIRONG SAWIT MENTAH DEDAK ISIRONG STOK MINYAK SAWIT MENTAH P. MALAYSIA 558,847 518,018 (40,829) (7.31) 792,444 545,835 181,784 1,520,063 391,814 193,501 213,027 693,322 470,755 157,227 (99,122) (75,080) (24,557) (12.51) (13.76) (13.51) (13.08) (12.42) (10.72) (10.53) (%)

1,321,304 (198,759) 343,160 172,758 190,587 (48,654) (20,743) (22,440)

6

PERKEMBANGAN EKONOMI ASAS

SABAH SARAWAK JUMLAH MINYAK SAWIT PROSES P. MALAYSIA SABAH SARAWAK JUMLAH JUMLAH MINYAK SAWIT P. MALAYSIA SABAH SARAWAK JUMLAH ISIRONG SAWIT MINYAK ISIRONG SAWIT MENTAH MINYAK ISIRONG SAWIT PROSES JUMLAH MINYAK ISIRONG DEDAK ISIRONG EKSPORT MINYAK SAWIT MINYAK ISIRONG SAWIT DEDAK ISIRONG

520,031 118,437 1,197,315

518,142 96,692

(1,889) (21,745)

(0.36) (18.36) (5.38)

1,132,852 (64,463)

603,874 311,723 126,345 1,041,942

484,029 292,769 93,525 870,323

(119,845) (18,954) (32,820) (171,619)

(19.85) (6.08) (25.98) (16.47)

1,162,721 831,754 244,782 2,239,257 129,249 175,443 130,469 305,912 320,008

1,002,047 (160,674) 810,911 190,217 (20,843) (54,565)

(13.82) (2.51) (22.29) (10.54) (24.10) (5.12) (10.78) (7.53) (9.85)

2,003,175 (236,082) 98,104 166,465 116,409 282,874 288,497 (31,145) (8,978) (14,060) (23,038) (31,511)

1,224,353 104,585 291,671

1,461,747 237,394 103,145 249,979 (1,440) (41,692)

19.39 (1.38) (14.29)

7

PERKEMBANGAN EKONOMI ASAS

OLEOKIMIA BIODIESEL IMPORT MINYAK SAWIT MENTAH MINYAK SAWIT PROSES MINYAK SAWIT

197,719 10,126

186,880 7,500

(10,839) (2,626)

(5.48) (25.94)

153,797 11,441 165,237

139,378 16,425 155,803

(14,418) 4,984 (9,435)

(9.38) 43.56 (5.71)

1% KADAR PERAHAN) (DI PINTU KILANG) PURATA RM / TAN 25.23 26.11 0.88 3.49

NOTA (P) (Q) (R) : : : Data awalan Data import dan eksport adalah data yang diambil dari borang kastam 1 dan 2 (rev (8/89) sehingga jam 10.00 pagi, 10 Februari 2010 Angka bulan Disember 2009 dikemaskini mengambil kira pembetulan yang telah dibuat oleh pelesen dan borang kastam no. 1 dan 2 yang diterima lewat iaitu selepas 11 januari 2010. (S) : Data termasuk jumlah pisikal minyak sawit mentah dan proses yang disimpan di kilang buah, penapis, pusat simpanan dan oleokimia sehingga 31 januari 2010.

Melalui maklumat di atas, berikut merupakan graf yang menunjukkan perubahan eksport Minyak Sawit negara pada Januari 2010 berbanding Disember 2009. 8

PERKEMBANGAN EKONOMI ASAS

Perubahan eksport Minyak Sawit negara pada Januari 2010 berbanding Disember 2009

1600000 1461747 1400000

1224353 1200000

1000000

800000

600000

400000 291671 249979 200000 10458503145 1 10126 7500 Minyak Saw it Isirong Saw it Dedak Isirong Oleokim ia Biodies el 197719 186880

0

Disember 2009

Januari 2010

4.0

SOALAN 3 Apakah yang anda faham dengan pasaran?

9

PERKEMBANGAN EKONOMI ASAS

Pasaran atau pasar merujuk kepada pelbagai sistem, institusi, prosedur, perhubungan sosial dan infrastruktur di mana berlaku jual beli, pertukaran barang dan perkhidmatan, yang membentuk sebahagian daripada ekonomi Kebiasaannya pasaran ialah satu konsep pokok dalam teori sistem ekonomi kapitalis yang menanggapnya satu gelanggang pertukaran barangan dan perkhidmatan antara pembeli dengan penjual. Erti pasaran itu juga diluaskan kepada usaha para individu mencuba memaksimakan keuntungan masing-masing dan juga sebagai penyelaras pelbagai aktiviti ke arah tujuan itu. Di dalam pasaran, harga barangan dan perkhidmatan ditentukan sepenuhnya dari persetujuan bersama pembeli dan penjual. Secara definisinya, dalam suasana pasaran, pembeli dan penjual tidak memaksa atau mengelirukan satu sama lain atau dipaksa oleh pihak ketiga. Secara amnya, kesan dari permuafakatan ini berasaskan kepada aturan 'bekalan dan permintaan'. Malaysia mengamalkan pasaran campuran iaitu mencampurkan elemen-elemen pasaran bebas dan pasaran terkawal. Di dunia pasaran harga barangan atau perkhidmatan membantu menentukan nilainya kepada pengguna. Dalam pasaran, hubungan di antara nilai dan harga lebih jelas. Melalui persaingan sihat sesama pembekal berangan dan perkhidmatan, harga cenderung untuk menurun dan kualiti cenderung untuk meningkat. Pasaran menggalakkan persaingan sihat, atau menggalakkan daya saing dalam jangka masa panjang. Samada pasaran harus dibebaskan masih sengit didebatkan; ramai berpendapat bahawa campurtangan kerajaan adalah perlu bagi memulihkan kegagalan pasaran yang berpunca dari prinsip pasaran bebas. 5.0 SOALAN 4 Bagaimanakah pasaran minyak sawit mencapai keseimbangannya?

10

PERKEMBANGAN EKONOMI ASAS

Lembaga

Minyak

Sawit

Malaysia

(MPOB)

menjangkakan

penggunaan minyak sawit Malaysia akan terus meningkat di enam negara Majlis Kerjasama Teluk (GCC) walaupun aliran harga komoditi itu semakin meningkat. Pengurus Serantau bagi Pakistan dan Asia Barat, Isa Mansor berkata, Malaysia menyumbang 70 peratus daripada import produk minyak sawit GCC. Malaysia mengeksport kira-kira 620,000 tan produk minyak sawit ke GCC pada 2007 yang menjana hasil sebanyak RM1.6 bilion. Jumlah itu mewakili peningkatan 12.7 peratus berbanding eksport pada 2006. Beliau berkata akan terus memberi tumpuan terhadap GCC yang merupakan wilayah yang kaya, dengan pengunaan produk minyak sawit dijangka meningkat pada masa akan datang. GCC meliputi Arab Saudi, Bahrain, Kuwait, Oman, Qatar dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Menurut laporan Tengku Noor Shamsiah Tengku Abdullah pada 15 September (Bernama): Malaysia dan Indonesia menyenaraikan usaha yang telah dilakukan oleh keduadua negara dalam memastikan pengeluaran dan bekalan minyak sawit secara lestari. Dalam kenyataan bersama Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Malaysia Datuk Peter Chin Fah Kui, dan Menteri Pertanian Indonesia, Dr Ir Anton Apriyantono pada Persidangan Minyak Sawit Lestari Dunia, di sini hari ini menyebut usaha itu telah mengambil kira dakwaan tidak berasas bahawa pengeluaran minyak sawit menjejaskan alam sekitar. Antara lain, mereka menyatakan mengenai pentingnya industri minyak sawit dalam menjana pertumbuhan dan menyediakan peluang pekerjaan selain menyuarakan kebimbangan mengenai tindakan yang dikenakan oleh pasaran utama yang mungkin menjejaskan pengimportan minyak sawit. Mereka berkata keseimbangan sudah diwujudkan antara penggunaan minyak sawit sebagai makanan dan untuk tujuan tenaga dan pembangunan tanah dan perubahan penggunaan tanah untuk penanaman kelapa sawit serta langkah yang dilaksanakan di dalam negara bagi meningkatkan produktiviti. Kedua-dua menteri juga mengambil peluang itu untuk berinteraksi dengan para peserta mengenai usaha yang dijalankan di negara masing-masing dalam menguatkuasakan peraturan mengenai pengeluaran minyak sawit secara lestari. Ia adalah usaha pertama kedua-

11

PERKEMBANGAN EKONOMI ASAS

dua menteri yang bertanggungjawab bagi pembangunan minyak sawit, menangani isu yang sama dalam forum seumpama itu. Persidangan anjuran bersama Institut Kepimpinan dan Strategi Asia (ASLI). Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dan Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC) itu bertujuan membincangkan hala tuju bagi keseimbangan pengeluaran minyak sawit secara lestari. Hasil komoditi mesti selaras dengan keperluan global supaya sentiasa menepati pasaran. Keseluruhan ekonomi global tertumpu terhadap keselamatan makanan dalam suasana kenaikan harga komoditi dan petroleum secara mendadak. Keadaan ini diburukkan lagi dengan perubahan harga yang tidak menentu bagi minyak galian yang menyumbang kepada tekanan inflasi. Kenaikan harga komoditi juga berhubungkait dengan peningkatan kepada permintaan di Asia, khususnya di China. Sekiranya kecenderungan pertumbuhan di negara membangun berterusan, maka ada kemungkinan kita akan menyaksikan ledakan komoditi ataupun commodity boom yang menandakan permulaan ekonomi dan akan menyaksikan pertukaran komoditi. Keadaan ini mungkin memerlukan perhatian terhadap pendekatan dan dasar yang jitu untuk memastikan harga minyak dan lemak juga akan turut meningkat sejajar dengan kenaikan harga barangan. Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Peter Chin Fah Kui dalam ucap tama ketika merasmikan seminar itu berkata, kerajaan Malaysia menganggap industri perladangan, khususnya minyak sawit, sebagai salah satu tonggak ekonomi negara. Sektor minyak sawit menyumbang secara signifikannya dengan membekalkan pendapatan eksport yang berterusan melalui eksport komoditi mentah dan produk tambah nilai ke pasaran global. Pada tahun 2007 minyak sawit menyumbang sebanyak RM45.1 bilion (lebih kurang USD13.6 bilion) dalam pendapatan eksport, iaitu peningkatan sebanyak 41.8 peratus berbanding 2006. Dalam konteks global, pengeluaran minyak sawit dianggarkan sebanyak 38.1 juta tan pada 2007, meningkat 1.9 peratus dari 37 juta tan pada 2006. Pada masa sama, perdagangan eksport global minyak sawit mencatat 29.6 juta tan.

12

PERKEMBANGAN EKONOMI ASAS

Cabaran industri minyak sawit yang kini menarik perhatian global memfokuskan isu alam sekitar dan kemampanan. Kini, kita berhadapan dengan tuntutan yang tidak berasas daripada badan bukan Kerajaan dan pencinta alam, yang mendakwa minyak sawit menjadi punca kepada pemusnahan hutan rimba dan habitat Orang Utan. Industri ini tidak terkecuali daripada perdebatan yang memusatkan kepada isu berhubung hutan rimba dan tanah paya, perubahan iklim, kehilangan biokepelbagaian dan pengeluaran gas ‘rumah hijau’ secara berlebihan. Penggunaan minyak sawit sebagai sumber bahan mentah bagi bio-disel, adalah juga dihubungkaitkan dalam kempen tersebut, walaupun sebagai sumber tenaga yang diperbaharui. Industri minyak sawit dipersalahkan sebagai punca utama pemusnahan hutan rimba dengan kadar yang tinggi. Kenyataan negatif seperti ini adalah bukan sahaja memudaratkan imej minyak sawit Malaysia, bahkan ia merugikan berjuta-juta ringgit kempen untuk mematahkan tohmahan itu perlu dilakukan, seperti dilakukan pada 80-an terhadap kempen antiminyak sawit, berhubung dengan isu pemakanan dan kesihatan. Kesatuan Eropah (EU), penyokong utama penggunaan sumber tenaga yang diperbaharui, sedang menggubal suatu pendekatan baru terhadap penggunaan biofuel. Apa yang merunsingkan Kerajaan adalah tekanan kepada keperluan untuk kemampanan yang akan membawa kepada penguatkuasaan dasar, dan lebih-lebih lagi di Amerika Syarikat, yang mungkin akan menyekat dagangan minyak sawit. Ini berlaku walaupun Amerika Syarikat menyediakan subsidi sebanyak 51 sen segelen kepada pemerosesan etanol dan mengenakan tarif sebanyak 54 sen segelen ke atas import. Kesemua ini akan melanggar prinsip perdagangan antarabangsa di bawah naungan World Trade Organisation (WTO). Datuk Peter Chin berkata, kerajaan dan industri minyak sawit Malaysia bertanggungjawab untuk berusaha secara menyeluruh untuk memastikan bahawa pembangunan industri ini dijalankan dengan satu pendekatan yang terancang lagi tersusun. Komitmen Kerajaan dalam pengurusan alam sekitar dan kehidupan liar dapat diperlihatkan dengan komitmen dan sokongannya dalam penubuhan Malaysian Palm Oil WildLife Conservation Fund (MPOWCF) dengan jumlah dana sebanyak RM20 juta. Dalam konteks ini, beliau menyeru agar industri menyertai dan saling melengkapi inisiatif kerajaan, untuk

13

PERKEMBANGAN EKONOMI ASAS

dilaksanakan sebagai sebahagian tanggungjawab sosial korporat industri, iaitu menggalakkan pertumbuhan dan pengeluaran minyak sawit secara mapan dan mencapai keseimbangannya. Beliau juga berkata, kerajaan mengadakan pemantauan secara berterusan terhadap debat mengenai makanan dan tenaga, secara khususnya berkaitan dengan perhatian global yang meningkat terhadap penggunaan bahan makan dalam pengeluaran bahan api biofuel. Dalam konteks ini, beliau mengesahkan bahawa Malaysia menguatkuasakan polisi yang memastikan keseimbangan penawaran berterusan minyak sawit kepada sektor makanan disamping berhadapan dengan permintaan dalam sektor bahan api bio-fuel. Suatu peraturan baru dilaksanakan iaitu penawaran minyak sawit untuk mengeluarkan tidak akan melebihi 6 juta tan setahun. Ini adalah untuk memastikan bahawa bekalan minyak sawit untuk sektor makanan tidak akan terjejas sama sekali. Peningkatan hasil adalah agenda utama dalam dasar Kerajaan yang amat berkomited terhadap Dasar Tanah Kebangsaan untuk mengekalkan dua pertiga (2/3) kawasan tanah negara sebagai kawasan hutan dan bio-diversiti. Beliau turut menekankan bahawa bekalan tanah yang terhad untuk tanaman sawit dan pergantungan kepada buruh asing adalah dua perkara utama dalam membuat penilaian prospek jangkamasa panjang. Sekiranya Malaysia bertekad untuk ke hadapan dalam perniagaan minyak, sayuran dan lemak, maka, kita perlu meninjau prospek pelaburan keluar negara termasuk di Amerika Selatan dan Afrika. Justeru itu, Kerajaan menggalakkan syarikat-syarikat perladangan Malaysia untuk meninjau peluang seperti itu, dengan mengambil kira kepakaran kita dalam pengurusan ladang. Datuk Peter Chin juga menyeru agar syarikat perladangan utama industri memberi tumpuan kepada permintaan agar ia dapat memastikan kehadiran kita di dalam pasaran antarabangsa. Syarikat-syarikat Malaysia tidak harus mengehadkan diri perkongsian di sektor perladangan, malah usaha yang lebih gigih perlu diambil untuk menjalinkan hubungan strategik dengan negara yang mempunyai ramai pengguna dalam bidang pemprosesan di peringkat hiliran, lebih dari apa yang telah dilakukan di China, Pakistan, Eropah, Amerika Syarikat, Afrika Selatan dan Bangladesh.

14

PERKEMBANGAN EKONOMI ASAS

Adalah diakui bahawa perluasan pasaran minyak sawit di peringkat awal adalah disebabkan oleh harga pasaran yang kompetitif. Tetapi polisi lama tidak lagi mencukupi dan bersesuaian untuk menghadapi cabaran dan saingan di masa hadapan. Industri tidak lagi boleh bergantung kepada pengeluaran sahaja untuk berada ke hadapan pesaing-pesaing lain. Negara-negara lain kini sedang memperhebatkan usaha untuk meningkatkan peraturanperaturan keselamatan makanan yang lebih ketat seperti HACCP, GAP, pengesanan produk (traceability) produk, REACH dan garis panduan alam sekitar dan IMO yang kadangkalanya boleh dilihat sebagai sekatan-sekatan teknikal terhadap perdagangan. Pada masa yang sama, pembeli meluahkan keprihatinan mereka terhadap harga tinggi minyak sawit yang tentu sekali tidak menguntungkan perniagaan minyak sawit dalam jangkamasa panjang. Juga menurut laporan Bernama, pada 9 Mac 2010, Industri Minyak Sawit Perlu Tingkat Hasil Melalui Penyelidikan Dan Inovasi. Pengarah Urusan Sime Darby Plantation Sdn Bhd, Datuk Azhar Abdul Hamid berkata dalam ucaptamanya pada Persidangan dan Pameran Minyak Sawit dan Laurik: Tinjauan Harga 2010/2011, kelapa sawit mengeluarkan hasil tertinggi bagi sehektar. Ia juga mempunyai kitaran produktiviti tertinggi selama 25 tahun. Justeru itu, Malaysia perlu meningkatkan hasil seiringan dengan produktiviti dan kualiti. Ianya hanya boleh dilakukan melalui penyelidikan dan inovasi. Menurut Datuk Azhar, untuk meningkatkan kecekapan, perlu dilaksanakan penambahbaikan proses seperti kejenteraan, automasi, ramalan hasil, program pembajaan dan makanan fokus. Selain itu, katanya, bagi memastikan keseimbangan dan kelestarian yang lebih terjamin, industri ini boleh menjadikan sisa sawit sebagai sesuatu yang menguntungkan. Katanya satu kelebihan utama minyak sawit ialah kos pengeluarannya dan hasilnya yang tinggi bagi sehektar. Jika Malaysia hilang kedudukan peneraju kita dalam satu daripada bidang ini, masa depan industri ini akan terancam. Ini adalah ancaman selain tekanan hebat daripada pelobi antiminyak sawit, yang turut memberikan gambaran buruk tentang keseluruhan industri ini. Dalam jangka panjang, permintaan bagi minyak sayuran akan terus mengatasi bekalan, dan ada kemungkinan bagi minyak sawit menjadi minyak sayuran yang paling mapan pengeluarannya di dunia. Pada 2010, minyak sawit dijangka menyumbang 34 peratus atau 44 juta tan metrik (MT) kepada keseluruhan bekalan minyak sayuran global

15

PERKEMBANGAN EKONOMI ASAS

tetapi ia mengisi kurang daripada lima peratus keseluruhan ruang bagi pertanian. Ternyata, Malaysia jauh lebih cekap daripada pesaing kita. Bagaimanapun, tahun ini, minyak kacang soya dijangka mengatasi permintaan bagi minyak sawit. Dengan penduduk dunia diunjurkan berjumlah 7.2 bilion menjelang 2015, trend ini akan berpaling arah, kerana Malayia menjangka dapat melihat minyak sawit menguasai 40 peratus agihan pasaran dengan jumlah 64.5 juta MT. Minyak kacang soya akan menduduki tempat kedua dengan jumlah 33 peratus atau 53.4 juta MT. Menjelang 2020, minyak sawit seharusnya menguasai 46 peratus agihan pasaran dengan 94.3 juta MT. Minyak kacang soya seharusnya masih menjadi pilihan kedua dengan menguasai 29 peratus agihan pasaran atau 60.7 juta MT. Bagaimanapun, angka-angka itu hanyalah unjuran dan anggaran berdasarkan data-data semasa. Antara lain, laporan Bernama pada 4 Ogos 2009, Malaysia dan Indonesia sepakat

menggunakan kelebihan stok minyak sawit semasa di negara masing-masing untuk tujuan pengembangan biodiesel sehingga komoditi minyak makan itu mencapai tahap kesimbangan harga yang wajar di pasaran dunia. Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Peter Chin Fah Kui dan Menteri Pertanian Indonesia Dr Anton Apriyantono dalam kenyataan media bersama di sini pada Isnin, berkata keputusan bersama itu wajar kerana harga minyak sawit mentah yang sekarang pada tahap AS$871 satu tan, paling rendah dalam 15 bulan terakhir. Kedua-dua menteri itu bagaimanapun memberi jaminan bahawa kegunaan minyak sawit, yang dihasilkan sebanyak 85 peratus secara bersama oleh Indonesia dan Malaysia untuk pasaran dunia, tidak akan menjejaskan bekalan minyak makan dunia memandangkan hanya stok yang berlebihan sahaja digunakan untuk tujuan itu. Kedua-dua negara akan bekerjasaman dalam usaha memenuhi keperluan dalam negeri sehingga tercapai kesimbanagan harga dan bekalan dan permintaan seimbang serta pekebun sawit dan pengusaha minyak sawit tidak mengalami kerugian. Kedua-dua menteri itu berharap menerusi pendekatan itu, bekalan ke pasaran dunia akan seimbang, dengan permintaan dan negara-negara pengguna minyak sawit dapat menunjukkan penerimaan pada tahap harga yang lebih baik. Minyak sawit Malaysia diiktiraf

16

PERKEMBANGAN EKONOMI ASAS

mencapai taraf penjenamaan popular di pasaran dunia. Ia bukan saja sebagai minyak masak berkualiti malah negara berupaya mengeluar dan membekal komoditi itu secara konsisten di pasaran antarabangsa walaupun semasa dunia mengalami kemerosotan ekonomi. Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Tan Sri Bernard Dompok, berkata Malaysia adalah pembekal utama produk minyak dan lemak di pasaran dunia melalui minyak sawit yang diiktiraf aspek keselamatan oleh negara pengguna. “Minyak sawit dan produk makanan berasasnya adalah halal dan tidak menimbul keraguan kepada pengguna negara Islam berbanding minyak dan lemak dari sumber haiwan. Kos memproses dan pengeluaran adalah paling murah, maka tidak hairan minyak sawit menjadi pilihan utama negara miskin untuk memenuhi keperluan rakyat kerana harga pasaran lebih murah berbanding minyak lain. Malaysia berupaya membekal minyak makan halal dan selamat ke pasaran dunia dan pengguna negara Islam tidak perlu meragui tentang itu. Dompok berkata tanaman sawit berupaya menyumbang pendapatan kepada rakyat dan kerajaan akan memastikan pembangunan dan kemajuan industri komoditi ini bagi memacu kemajuan ekonomi negara dan pada masa yang sama menyelesai masalah kemiskinan dalam negara. Malaysia dan Indonesia membekal lebih 85 peratus minyak sawit di pasaran dunia. Kedua-dua negara menjadi sumber utama minyak makan bagi memenuhi permintaan pasaran dunia pada masa ini dan akan datang. Berdasarkan statistik eksport minyak dan lemak tahun 2008/09, Malaysia membekalkan 29.1 peratus minyak sawit dari jumlah keseluruhan minyak sawit dunia dan Indonesia mengeksport sejumlah 27.3 peratus. Kedua-dua negara menyumbang lebih dari separuh jumlah perdagangan minyak sayuran di pasaran dunia. Beliau juga berkata unjuran kemerosotan bekalan minyak sawit berpunca dari fenomena El-Nino dan berlaku kemarau masa ini dijangka tidak berpanjangan dan tidak memberi impak segera kepada pengeluaran minyak sawit negara. Ia tidak menjejaskan pengeluaran semasa. Kesan kemarau hanya dapat dilihat dalam tempoh enam bulan hingga setahun selepas berlakunya fenomena itu. Bagaimanapun, Malaysia tidak mempunyai musim kemarau berpanjangan. Itu sebabnya, jumlah pengeluaran minyak sawit negara meningkat pada setiap tahun. Tahun 2009, jumlah eksport minyak sawit meningkat 2.9 peratus kepada

17

PERKEMBANGAN EKONOMI ASAS

15.86 juta tan dan menjana pendapatan sebanyak RM49.59 bilion kepada negara. Malaysia berupaya mencapai pengeluaran minyak sawit tahun ini antara 17.5 juta tan hingga 18 juta tan, meskipun menghadapi kekangan kekurangan buruh terutama penuai BTS, cuaca tidak menentu dan pencapaian sasaran tanaman semula yang perlahan.

6.0

RUMUSAN

18

PERKEMBANGAN EKONOMI ASAS

Kelapa sawit (Elaeis guineensis) adalah berasal dari Afrika Barat dan mula ditanam di Malaya pada tahun 1917 di Ladang Tennamaran, Kuala Selangor. Pada tahun 1960an, berikutan kejatuhan harga getah asli akibat persaingan daripada getah tiruan, kelapa sawit mula ditanam secara meluas sebagai langkah mempelbagaikan tanaman komoditi negara. Banyak kawasan pembangunan tanah baru, terutamanya oleh Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) dan estet perladangan swasta, telah ditanam dengan kelapa sawit. Sektor komoditi adalah merupakan teras ekonomi negara, terutamanya pada zaman sebelum merdeka hingga ke dekad 1980an dahulu. Walau pun negara kita telah menjadi negara perindustrian dan kini, berusaha memajukan sektor perkhidmatan pula, sektor komoditi masih merupakan komponen penting dalam struktur ekonomi negara yang bersifat ‘broad-based’. Sumbangan sektor komoditi seperti minyak sawit dan getah kepada ekonomi negara adalah jelas. Komoditi perladangan seperti kelapa sawit adalah berperanan penting sebagai salah satu penyumbang utama kepada pertumbuhan ekonomi negara kita. Ini adalah termasuk sumbangan kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK), pendapatan eksport, guna tenaga dan penghasilan teknologi watan. Namun begitu, sumbangan sektor perusahaan perladangan dan komoditi sering tidak mendapat gambaran dan perhatian yang sewajarnya. Ini adalah kerana aktiviti huluan sektor perusahaan perladangan dan komoditi sering dianggap sebahagian daripada sektor pertanian, manakala aktiviti di peringkat hiliran pula merentasi sektor perkilangan. Oleh yang demikian, prestasi dan sumbangan sektor perusahaan perladangan dan komoditi adalah kurang jelas dan diketahui umum. Fokus Kementerian pada masa ini ialah untuk memajukan dan meningkatkan sumbangan sektor perladangan dan komoditi, khususnya kelapa sawit meliputi kedua-dua peringkat upstream dan juga downstream. Dalam hubungan ini, Kementerian, bersama-sama dengan pihak industri, akan melipatgandakan usaha ke arah peningkatan daya saing, termasuk melaksanakan langkah-langkah memaksimumkan produktiviti, mengoptimumkan kecekapan pengeluaran, meningkatkan kualiti dan nilai ditambah ke atas produk-produk berasaskan komoditi. 7.0 RUJUKAN

19

PERKEMBANGAN EKONOMI ASAS

1. 2. 3.

http://www.bernama.com.my/bernama/v3/bm/printable.php?id=258577 http://www.bernama.com/bernama/state_news/bm/news.php?id=409498&cat=tn http://www.kppk.gov.my/?option=com_content&view=article&id=112& Itemid=72&lang=ms&fontstyle=f-larger

4. 5. 6. 7. 8. 9.

http://econ.mpob.gov.my/stat/web_report1.php?val=20107501 http://www.bernama.com/kpdnhep/news.php?id=472725&lang=my&cat= http://article.wn.com/view/2009/04/03/Harga_kembali_melonjak/ http://www.carodiesel.com/index/news/27.htm?vcid=11 http://www.bernama.com.my/bernama/v3/bm/news_lite.php?id=359240 http://ms.wikipedia.org/wiki/Pasaran

20

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->