You are on page 1of 58

Topic 1

Pengenalan Kepada Keusahawanan


“Apa yang kita dengar mengenai keusahawanan yang dikatakan oleh
pemikiran pengurusan di Amerika adalah salah. Ia bukan magik, bukan
misteri dan tidak ada kena mengena dengan baka. Keusahawanan adalah
disiplin dan boleh dipelajari.”

- Peter F. Drucker

Evolusi Keusahawanan

Perkataan ‘entrepreneur’ datang dari perkataan bahasa Perancis “entre


predre” yang bermakna “to undertake”. Dalam bahasa Melayu ianya
boleh dimaksudkan sebagai “untuk mengambil alih”.

Zaman Dan Kaitannya Dengan Konsep serta Teori Keusahawanan.

Pada zaman permulaan

Definasi keusahawanan bermula seawal zaman Marco Polo yang


melakukan perjalanan perdagangan ke Timur Tengah (Far East). Marco
Polo telah menandatangani kontrak perjanjian dengan kapitalis untuk
menjual produk mereka.

Kapitalis merupakan penanggung risiko yang pasif. Pedagang yang


berlayar memainkan peranan aktif di dalam urusan perdagangan,
menerima segala risiko fizikal dan emosi. Setelah pedagang berjaya
menjual barangan tersebut, keuntungan akan dibahagikan diantara
kapitalis dengan pedagang tersebut.

Pada zaman pertengahan 

Usahawan digambarkan sebagai seseorang yang terlibat di dalam


menjaga dan mengawal projek produksi yang besar. Ia mungkin
mengawal projek tersebut menggunakan sumber yang disediakan oleh
kerajaan. Dalam kes ini, usahawan tidak menanggung sebarang risiko.
Usahawan pada zaman ini, adalah seorang yang mengawal(berkuasa)
kerja-kerja pembinaan seperti bangunan awam dan gereja.

Abad ke 17 
Terdapat hubungan diantara risiko dan usahawan. Keusahawanan adalah
orang yang menandatangi kontrak perjanjian dengan kerajaan untuk
meyediakan perkhidmatan atau membekalkan produk yang telah
ditentukan. Harga kontrak adalah tetap. Oleh itu kerugian atau
keuntungan ditanggung sepenuhnya oleh usahawan.

Pakar ekonomi Richard Cantillion mengutarakan teori (definasi) awal


mengenai usahawan. Beliau dikatakan pengasas kepada istilah
entrepreneur (usahawan). Pada pandangan beliau, usahawan merupakan
menerima risiko taruhan. Pedagang, petani, juru tukang dan sebagainya
adalah seorang usahawan. Mereka membeli pada harga tertentu dan
menjualnya pada harga yang tidak pasti, dengan ini mereka menanggung
risiko.

Abad ke 18 

Usahawan dipisahkan daripada pembekal kapital (pemodal). Ini berlaku


kerana perkembangan industri & penciptaan yang berlaku diseluruh
dunia. Sebagai contoh: Eli Whitney dan Thomas Edison merupakan
seorang pengguna kapital, BUKAN pembekal modal.

Abad ke 19 dan 20 

Usahawan tidak selalu dikaitkan dengan pengurusan. Pada pertengahan


abad 20an, pereka cipta (mencipta idea, produk, teknologi baru) dikenali
sebagai usahawan.

Abad ke 21 

Usahawan dikenali sebagai seorang hero untuk pasaran Free Enterprise.


Usahawan abad ini mencipta banyak produk dan perkhidmatan serta
sanggup menghadapi banyak risiko di dalam usahanya. “Sekarang,
kebanyakkan orang mengatakan usahawan adalah perintis (pelopor) di
dalam mencipta perniagaan baru.” Kuratko & Hodgetts

Konsep Keusahawanan

Menurut Histrich dan Peter (1988), keusahawanan adalah suatu proses


dinamik untuk mencipta kekayaan. Kekayaan dicipta oleh individu yang
menanggung risiko besar di dalam ‘equity’, masa dan komitmen kerjaya
atau menyediakan nilai untuk sesuatu produk atau perkhidmatan.
Ia adalah proses mencipta sesuatu yang baru dengan mengambil kira
masa dan usaha dengan mengambil kira risiko kewangan, psikologi dan
sosial. Dan menerima manfaat dari segi kewangan, kepuasaan peribadi
dan kebebasan.

Terdapat empat aspek asas di dalam keusahawanan:

1) Keusahawanan terlibat di dalam mencipta sesuatu proses yang baru.


Penciptaan tersebut mestilah mempunyai nilai kepada usahawan dan
pasaran dimana proses tersebut dibangunkan.

2) Keusahawanan memerlukan kesetiaan(ketaatan) terhadap masa dan


usaha yang dilakukan.

3) Keusahawanan adalah individu yang sanggup menerima berbagai risiko


di dalam bidang perniagaan masing-masing terutama dari aspek
kewangan, psikologi dan sosial.

4) Keusahawan menerima banyak ganjaran apabila menjadi seorang


usahawan. Ganjaran utama adalah kebebasan (independence), diikuti
oleh kepuasan peribadi dan seterusnya keuntungan. Pada sesetengah
usahawan, duit menunjukkan simbol kejayaan.

Kuratko dan Hodgetts (2004) mendefinasikan keusahawanan sebagai


suatu proses inovasi dan penciptaan melalui empat dimensi iaitu
individu, organisasi, alam sekitar (environment) dan proses, dengan
kerjasama rangkaian di dalam kerajaan, pendidikan dan kelembagaan
(institution).

Siapakah Usahawan?

Usahawan adalah perintis (pelopor) kepada kejayaan perniagaan hari ini.


Mereka ini mengesan peluang yang ada, membawa kepada pendapat baru
(innovate) dan prestasi yang baik menjadi satu piawai di dalam era ‘free
enterprise”.

Scaborough dan Zimmerer (1988) mendefinasikan usahawan sebagai: 

“Seorang yang mencipta suatu perniagaan baru dan menghadapi suatu


keadaan yang tidak pasti demi untuk memperolehi keuntungan dan
pertumbuhan (perkembangan) dengan mengenal pasti peluang dan
menyediakan sumber untuk mencapainya.

Usahawan selalunya bermula hanya dengan idea yang ada dan selalunya
idea yang mudah dan menyediakan sumber yang perlu untuk
memindahkan idea tersebut kepada perniagaan yang bersesuaian.”

Kuratko dan Hodgetts (2004) mendefinasikan usahawan sebagai:

“Seorang yang berusaha untuk mengatur, mengurus dan mengambil risiko


di dalam perniagaan. Usahawan juga adalah pemangkin kepada
perubahan ekonomi yang menggunakan carian dengan maksud tertentu,
perancangan teliti dan pertimbangan yang sesuai apabila membuat
sebarang proses perniagaan. Dengan optimistik dan komited, usahawan
bekerja dengan kreatif untuk memperolehi sumber baru dan
memperbaharui sumber yang lama kepada kapasiti yang baru, semua ini
hanya bertujuan untuk mencipta keuntungan.”

(entrepreneurial = dengan pengusaha, tetapi diterjemahkan kepada


perniagaan)

Hari ini, usahawan adalah seorang inventor (penemu cara baru) atau
seorang ahli perniagaan yang mencari(mengenal pasti) dan meraih
peluang yang ada; menukar peluang tersebut menjadi idea yang dapat
dilaksanakan atau dapat dijual; menambah nilai; usaha; duit, kecekapan;
mengambil risiko dengan terhadap persaingan di pasaran apabila
melaksanakan idea tersebut dan menyedari ganjaran yang akan
diperolehi hasil dari usaha tersebut.

Kepentingan Keusahawanan

Keusahawanan adalah penting di dalam dunia hari ini. Ia menjadi


pemangkin kepada perubahan dan perkembangan ekonomi. Peranan
keusahawanan di dalam pembangunan ekonomi bukan setakat
meningkatkan kadar per kapita pengeluaran dan pendapatan. Ia juga
melibatkan perubahan kepada struktur perniagaan dan masyarakat.

Perubahan ini disertai oleh pertumbuhan dan peningkatan pengeluaran.


Satu teori pertumbuhan ekonomi menggambarkan inovasi(pembaharuan)
adalah kunci utama kepada perkembangan ekonomi di dalam membina
produk atau perkhidmatan baru di dalam pasaran.
Aktiviti pembaharuan (inovasi) juga menjadi pendorong para pemodal
(pelabur) untuk melabur di dalam peluang baru yang dicipta.
Keusahawanan melalui proses pembaharuan (inovasi) mencipta pelaburan
baru di dalam dunia perniagaan, di mana ia akan menyebabkan ekonomi
berkembang, pekerjaan baru tercipta dan mengurangkan kadar
pengangguran.

Keusahawanan melalui proses kreativiti dan innovasi mencipta produk


baru dan memberikan perkhidmatan untuk memenuhi kehendak manusia.
Ia menyediakan produk atau perkhidmatan yang diperlukan oleh
pengguna. Di dalam menghasilkan produk dan perkhidmatan yang baik,
mereka akan mencari kaedah yang lebih baik untuk memaksimakan
sumber dan mengurangkan pembaziran. Dengan ini, masyarakat akan
mendapat produk (barangan) dan perkhidmatan yang lebih baik pada
harga yang lebih murah.

Keusahawanan membantu memperbaiki kehidupan berjuta-juta manusia


melalui produk dan perkhidmatan baru yang diperkenalkan kepada
pasaran. Keusahawanan adalah individu yang bukan sahaja mencipta
kekayaan tetapi turut sama mendorong pembahagian kekayaan.

Mitos (dongeng) Mengenai Keusahawanan

Terdapat banyak mitos mengenai keusahawanan. Mitos ini terjadi kerana


kurangnya kajian yang dilakukan terhadap keusahawanan. Kuratko dan
Hodgetts (2004) telah membicarakan 10 mitos keusahawanan.

Mitos (dongeng) 1:

Usahawan adalah seorang yang bertindak/berbuat sesuatu, bukan


seorang pemikir.

Fakta 1:

Walaupun usahawan lebih kepada aksi, mereka juga merupakan seorang


pemikir. Mereka selalunya merancang sesuatu dengan teliti. Malah
selalunya menyediakan pelan alternatif sekiranya pelan yang asal
mengalami kegagalan. Ini menunjukkan usahawan adalah seorang pemikir
dan pelaksana (doers).

Mitos 2:
Usahawan dilahirkan secara semula jadi, tidak boleh dicipta.

Fakta 2:

Kebanyakkan usahawan dan bukan usahawan mengatakan ciri-ciri


usahawan tidak boleh diajar dan dipelajari. Mereka mengatakan siri
usahawan adalah secara semula jadi. Tetapi kajian telah membuktikan
usahawan boleh diajar dan dipelajari. Keusahawanan mempunyai model,
proses dan terdapat kajian kes yang membolehkan topik tersebut
dipelajari .

Mitos 3:

Usahawan selalunya seorang pencipta.

Fakta 3:

Walaupun banyak pencipta adalah juga usahawan, namun terdapat


banyak usahawan yang berjaya bukannya pencipta. Sebagai contoh Ray
Kroc bukan pencipta francise untuk makanan segera, tetapi idea inovatif
beliau telah menjadikan McDonald sebuah syarikat makanan segera
terbesar di dunia. Kejayaan usahawan bergantung kepada idea kreatif
dan inovatif di dalam kerja yang dilakukan dan ciri-ciri ini boleh
dipelajari

Mitos 4:

Usahawan adalah bersifat akademik dan merupakan seorang yang tidak


dapat menyesuaikan diri (anti sosial).

Fakta 4:

Kepercayaan ini timbul kerana adanya peniaga yang menjadi usahawan


berjaya setelah berhenti dari sekolah atau berhenti dari kerja. Menurut
sejarah, pendidikan dan organisasi sosial tidak mengesahkan (recognise)
usahawan. Hari ini, usahawan tidak lagi dianggap sebagai seorang yang
tidak dapat menyesuaikan diri. Usahawan kini dilihat sebagai seorang
profesional.

Mitos 5:
Keusahawanan mesti sepadan (fit) dengan “Profile” usahawan.

Fakta 5:

Terdapat banyak buku dan artikel yang menyenaraikan ciri-ciri usahawan


yang berjaya. Senarai ini sama ada tidak disahkan ataupun tidak lengkap;
ia hanya berdasarkan kepada kajian kes yang dilakukan ke atas orang
yang telah berjaya. Hari ini, kita sedar untuk mencapai profil 100%
seorang usahawan adalah perkara mustahil. Kebanyakkan usahawan yang
berjaya hari ini tidak mempunyai kesemua ciri-ciri profil apabila
memulakan perniagaan.

Mitos 6:

Kesemua usahawan memerlukan wang.

Fakta 6:

Ia adalah benar, semua peniagaan memerlukan kapital untuk hidup. Ia


juga adalah benar, kebanyakkan punca kegagalan perniagaan adalah
ketidak cukupan pembiayaan. Untuk usahawan, wang adalah sumber
tetapi bukan semuanya bergantung kepada wang.

Mitos 7:

Semua usahawan bergantung kepada nasib.

Fakta 7:

“Berada pada tempat yang betul pada masa yang betul” merupakan
suatu kelebihan. Walau bagaimanapun “Keuntungan terjadi apabila
persediaan menjumpai peluang”. Apa yang penting, seorang usahawan
mestilah membuat rancangan, persediaan, tekad(kepastian), keinginan,
pengetahuan dan inovatif

Mitos 8:

Kebodohan (ketidaktahuan) adalah kebahagiaan (kepuasan) untuk


usahawan.

Fakta 8:
“Terlalu banyak perancangan dan penilaian berperanan memberikan
masalah yang berpanjangan”. Kenyataan ini tidak benar untuk pasaran
yang bersifat persaingan. Kunci utama untuk kejayaan adalah
perancangan yang teliti dan persediaaan yang mencukupi.

Usahawan perlu mengenal pasti kekuatan dan kelemahan, tetapkan masa


serta sediakan rancangan untuk mengatasi sebarang masalah yang
mungkin timbul dan cuba kekurangkan masalah ini dengan melalui
perancangan yang teliti.

Mitos 9:

Usahawan mencari kejayaan tetapi mengalami kegagalan yang tinggi.

Fakta 9:

Memang benar, kebanyakkan usahawan mengalami beberapa kegagalan


sebelum mereka memperolehi kejayaan. Usahawan belajar dari
kegagalan sendiri serta kegagalan orang lain sebagai rujukan dan
panduan mereka dimasa akan datang.

Mitos 10:

Usahawan adalah penanggung risiko yang ekstrim.

Fakta 10:

Risiko merupa elemen utama di dalam proses keusahawanan. Pada


pandangan orang awam, kebanyakkan usahawan adalah penanggung
risiko yang tinggi. Tetapi pada dasarnya, usahawan selalunya mencari
informasi dan membuat perancangan sebelum melakukan sebagai
aktiviti. Ini bermaksud, usahawan selalu melakukan kerja secara moderat
dan mengira risiko yang akan berlaku

Pembangunan Keusahawanan di Malaysia

Keusahawanan di Malaysia bermula seawal zaman Kesultanan Melaka


apabila penduduk tempatan berurusniaga dengan pedagang asing.
Apabila British memerintah Tanah Melayu, mereka telah menukarkan
struktur sosial dengan menjalankan pemerintahan “Pecah dan Perintah”.
Dengan cara ini, kaum Melayu bekerja sebagai pentadbir dan disektor
pertanian, kaum Cina berkerja dilombong dan berniaga, manakala kaum
India bekerja disektor perladangan. Hasilnya, kaum Cina lebih kedepan
dalam soal perniagaan berbanding dengan kaum Melayu dan kaum India.

Selepas kemerdekaan, kerajaan Malaysia menyedari betapa pentingnya


keusahawan kepada individu, masyarakat dan negara, dan bagaimana ia
boleh menyumbang kepada keamanan negara. Semenjak dari itu,
kerajaan telah mengfokuskan kepada keusahawanan sehinggalah
sekarang. Dasar Ekonomi Baru (1971-1990), Dasar Pembangunan Negara
(1990-2000) dan Wawasan 2020, semua pihak mengalakkan dan memberi
sokongan terhadap pembangunan keusahawanan di Malaysia.

Kerajaan memberikan galakan pembangunan keusahawanan dan


memberikan pengiktirafan kepada keusahawanan kerana mereka boleh
menyumbang kepada pembangunan negara. Tahun 1995, kerajaan
menubuhkan Kementerian Pembangunan Keusahawanan sebagai badan
yang mengawal dan mempromosi pembangunan keusahawanan di
Malaysia. Kini, kementerian tersebut telah ditukar kepada Kementerian
Pembangunan Keusahawanan dan Koperasi.

Ujian Kefahaman Sendiri 1.

1. Apakah 10 mitos keusahawan?

Usahawan adalah seorang yang bertindak/berbuat sesuatu, bukan


seorang pemikir

Usahawan dilahirkan secara semula jadi, tidak boleh dicipta

Usahawan selalunya seorang pencipta

Usahawan adalah bersifat akademik dan merupakan seorang yang tidak


dapat menyesuaikan diri (anti sosial)

Keusahawanan mesti sepadan (fit) dengan “Profile”

Kesemua usahawan memerlukan wang

Semua usahawan bergantung kepada nasib

Kebodohan (ketidaktahuan) adalah kebahagiaan (kepuasan) untuk


usahawan
Usahawan mencari kejayaan tetapi mengalami kegagalan yang tinggi.

Usahawan adalah penanggung risiko yang ekstrim

2. Bincangkan kepentingan keusahawanan.

• Menjadi pemangkin kepada perubahan dan perkembangan ekonomi.

• Mmeningkatkan kadar per kapita pengeluaran dan pendapatan

• Melibatkan perubahan kepada struktur perniagaan dan masyarakat.


Perubahan ini disertai oleh pertumbuhan dan peningkatan pengeluaran.

• Aktiviti pembaharuan (inovasi) juga menjadi pendorong para pemodal


(pelabur) untuk melabur di dalam peluang baru yang dicipta.

• Melalui proses pembaharuan (inovasi) mencipta pelaburan baru di


dalam dunia perniagaan, di mana ia akan menyebabkan ekonomi
berkembang, pekerjaan baru tercipta dan mengurangkan kadar
pengangguran.

• Melalui proses kreativiti dan innovasi mencipta produk baru dan


memberikan perkhidmatan untuk memenuhi kehendak manusia. Ia
menyediakan produk atau perkhidmatan yang diperlukan oleh pengguna.
Di dalam menghasilkan produk dan perkhidmatan yang baik, mereka akan
mencari kaedah yang lebih baik untuk memaksimakan sumber dan
mengurangkan pembaziran. Dengan ini, masyarakat akan mendapat
produk (barangan) dan perkhidmatan yang lebih baik pada harga yang
lebih murah.

• Membantu memperbaiki kehidupan berjuta-juta manusia melalui


produk dan perkhidmatan baru yang diperkenalkan kepada pasaran.

• Individu yang bukan sahaja mencipta kekayaan tetapi turut sama


mendorong pembahagian kekayaan.

3. Berikan senario pembangunan keusahawanan di Malaysia.

• Bermula seawal zaman Kesultanan Melaka apabila penduduk tempatan


berurusniaga dengan pedagang asing.
• British memerintah Tanah Melayu, menjalankan pemerintahan “Pecah
dan Perintah”. Kaum Melayu bekerja sebagai pentadbir dan disektor
pertanian, kaum Cina berkerja dilombong dan berniaga, manakala kaum
India bekerja disektor perladangan. Hasilnya, kaum Cina lebih kedepan
dalam soal perniagaan berbanding dengan kaum lain.

• Selepas kemerdekaan.. Dasar Ekonomi Baru (1971-1990), Dasar


Pembangunan Negara (1990-2000) dan Wawasan 2020, semua pihak
mengalakkan dan memberi sokongan terhadap pembangunan
keusahawanan di Malaysia.

• Kerajaan memberikan galakan pembangunan keusahawanan dan


memberikan pengiktirafan kepada keusahawanan kerana mereka boleh
menyumbang kepada pembangunan negara. Tahun 1995, ditubuhkan
Kementerian Pembangunan Keusahawanan sebagai badan yang mengawal
dan mempromosi pembangunan keusahawanan di Malaysia.

• Kini, kementerian tersebut telah ditukar kepada Kementerian


Pembangunan Keusahawanan dan Koperasi.

Ujian Kefahaman Sendiri 2

1. Terangkan maksud keusahawanan

Kuratko dan Hodgetts (2004) mendefinasikan keusahawanan sebagai


suatu proses inovasi dan penciptaan melalui empat dimensi iaitu
individu, organisasi, alam sekitar (environment) dan proses, dengan
kerjasama rangkaian di dalam kerajaan, pendidikan dan kelembagaan
(institution).

2. Nyatakan evolusi keusahawanan

Zaman Konsep dan Teori


Pada zaman permulaan Bermula seawal zaman Marco Polo yang
melakukan perjalanan perdagangan ke Timur Tengah (Far East). Marco
Polo telah menandatangani kontrak perjanjian dengan kapitalis untuk
menjual produk mereka. Kapitalis merupakan penanggung risiko yang
pasif. Pedagang yang berlayar memainkan peranan aktif di dalam urusan
perdagangan, menerima segala risiko fizikal dan emosi. Setelah pedagang
berjaya menjual barangan tersebut, keuntungan akan dibahagikan
diantara kapitalis dengan pedagang.

Pada zaman pertengahan Seseorang yang terlibat di dalam menjaga dan


mengawal projek produksi yang besar. Menggunakan sumber yang
disediakan oleh kerajaan dan tidak menanggung sebarang risiko.

Abad ke 17 Keusahawanan adalah orang yang menandatangi kontrak


perjanjian dengan kerajaan untuk meyediakan perkhidmatan atau
membekalkan produk yang telah ditentukan. Harga kontrak adalah tetap.
Oleh itu kerugian atau keuntungan ditanggung sepenuhnya oleh
usahawan. Pedagang, petani, juru tukang dan sebagainya adalah seorang
usahawan. Mereka membeli pada harga tertentu dan menjualnya pada
harga yang tidak pasti, dengan ini mereka menanggung risiko.

Abad ke 18 Usahawan dipisahkan daripada pembekal kapital (pemodal).


Ini berlaku kerana perkembangan industri & penciptaan yang berlaku
diseluruh dunia. Sebagai contoh: Eli Whitney dan Thomas Edison
merupakan seorang pengguna kapital, BUKAN pembekal modal

Abad ke 19 dan 20 Usahawan tidak selalu dikaitkan dengan pengurusan.


Pada pertengahan abad 20an, pereka cipta (mencipta idea, produk,
teknologi baru) dikenali sebagai usahawan.

Abad ke 21 Usahawan mencipta banyak produk dan perkhidmatan serta


sanggup menghadapi banyak risiko di dalam usahanya.

3. Siapakah usahawan?

Kuratko dan Hodgetts (2004) mendefinasikan usahawan sebagai, “Seorang


yang berusaha untuk mengatur, mengurus dan mengambil risiko di dalam
perniagaan. Usahawan juga adalah pemangkin kepada perubahan
ekonomi yang menggunakan carian dengan maksud tertentu,
perancangan teliti dan pertimbangan yang sesuai apabila membuat
sebarang proses perniagaan. Dengan optimistik dan komited, usahawan
bekerja dengan kreatif untuk memperolehi sumber baru dan
memperbaharui sumber yang lama kepada kapasiti yang baru, semua ini
hanya bertujuan untuk mencipta keuntungan.”
4. Berikan empat aspek asas keusahawanan

1. Keusahawanan terlibat di dalam mencipta sesuatu proses yang baru.


Mempunyai nilai kepada usahawan dan pasaran dimana proses tersebut
dibangunkan.

2. Keusahawanan memerlukan kesetiaan(ketaatan) terhadap masa dan


usaha yang dilakukan.

3. Keusahawanan adalah individu yang sanggup menerima berbagai risiko


di dalam bidang perniagaan masing-masing terutama dari aspek
kewangan, psikologi dan sosial.

4. Keusahawan menerima banyak ganjaran apabila menjadi seorang


usahawan. Ganjaran utama adalah kebebasan (independence), diikuti
oleh kepuasan peribadi dan seterusnya keuntungan. Pada sesetengah
usahawan, duit menunjukkan simbol kejayaan.

Topik 2
2.1 - Ciri-ciri Usahawan yang berjaya

2.1.1 -Inisiatif dan bertanggungjawab

Kebanyakkan para pengkaji bersetuju keberkesanan aktiviti usahawan


adalah dengan mencari dan mengambil inisiatif. Golongan ini sanggup
meletakkan diri mereka sebagai orang yang bertanggungjawab di dalam
sesuatu operasi tidak kira sama ada berjaya atau gagal. Usahawan adalah
seorang yang bertanggungjawab terhadap apa yang akan berlaku. Mereka
mengambil inisiatif untuk menyelesaikan masalah dimana tidak ada
pemimpin lain yang sanggup mengambilnya.

2.1.2 - Komitmen yang tinggi

Kejayaan sesuatu usaha bergantung kepada komitmen usahawan


tersebut. Komitmen membantu usahawan untuk mengatasi ancaman dan
rintangan di dalam perniagaan. Komitmen usahawan terhadap idea dan
pelaburan mereka menentukan kejayaan pelaburan yang mereka
usahakan.
2.1.3 - Orientasi Peluang (kesempatan) – Opportunity Orientation

Fokus usahawan dan mula merebut peluang tidak bergantung kepada


kajian, struktur atau strategi. Mereka bermula dengan peluang yang ada
dan membiarkan kefahaman mereka menjadi panduan ke atas isu-isu
yang penting. Usahawan mempunyai kebijaksanaan di dalam mencari
peluang yang ada. Di dalam mencari peluang perniagaan baru, usahawan
melihat peristiwa atau kejadian sama seperti orang lain, tetapi hasilnya
atau penilaian terhadap peristiwa tersebut adalah berlainan. Usahawan
bukan sahaja berkebolehan mencari peluang yang ada tetapi mempunyai
kebolehan untuk meraih peluang tersebut.

2.1.4 - Mengambil Risiko Secara Sederhana (Moderate Risk Taker)

Usahawan bukanlah seorang yang sanggup mengambil risiko secara


membabi buta; segala risiko yang bakal dihadapi telah diambil kira.
Apabila seorang usahawan melibatkan diri didalam sesuatu pelaburan,
semua perkiraan telah diambil kira demi untuk mengelakkan usahawan
tersebut menanggung risiko yang tidak sepatutnya.

2.1.5 - Keyakinan dan Optimistik

Usahawan mempunyai keyakinan diri yang tinggi di atas kebolehan


mereka untuk mencapai kejayaan. Kecenderungan ini membuatkan
mereka bersikap optimistik terhadap kejayaan yang akan mereka kecapi
dan sikap ini berdasarkan kepada keadaan sebenar. Dengan mempunyai
keyakinan dan optimistik yang tinggi, tidak hairanlah banyak usahawan
yang pernah gagal berkali-kali akhirnya menjadi seorang usahawan yang
berjaya.

2.1.6 - Kreatif dan Inovatif

Kreatif dan inovatif adalah perkara utama yang perlu ada pada setiap
usahawan untuk memperolehi kelebihan persaingan di dalam pelaburan
mereka. Melalui fikiran yang kreatif, inovatif dan daya imaginasi,
usahawan boleh menghasilkan produk yang khusus dan perkhidmatan
kepada para pengguna. Kreativiti boleh dipelajari.

2.1.7 - Mencari Maklumbalas (Seeking Feedback)

Usahawan suka mengetahui bagaimana prestasi mereka dan sering kali


cuba memperbaikinya. Mereka aktif mencari dan menggunakan
maklumbalas yang diterima sebagai cara untuk memperbaiki prestasi
mereka. Dari maklumbalas, usahawan boleh mempelajari dari kesilapan
yang telah mereka lakukan.

2.1.8 - Menuju ke arah Kejayaan (Drive to Achieve)

Kejayaan merupakan motivasi utama untuk seseorang usahawan. Apabila


usahawan memulakan sesuatu, beliau mempunyai semangat untuk
menyelesaikannya, mengunggulinya dan mengejar serta mencapai cita-
cita yang mencabar. Satu fahaman yang sering disalah ertikan mengenai
usahawan adalah “wang menjadi satu keinginan yang kuat”. Kepada
usahawan, wang hanya sekadar menunjukkan kejayaan yang mereka
kecapi dan wang bukan merupakan pemacu motivasi kepada usahawan.

2.1.9 - Keupayaan Menentukan Visi (Ability to Set Vision)

Usahawan tahu apa yang ingin mereka capai. Mereka mempunyai visi
atau konsep untuk firma mereka. Tidak semua usahawan mempunyai visi
diawal perbukaan firma mereka. Di kebanyakkan kes, visi dibangunkan
setelah usahawan mula menyedari apa yang telah berlaku kepada firma
tersebut.

2.1.10 - Kemahiran Berorganisasi (Skilled at Organising)

Membina perniagaan dari permulaan bukannya perkara yang mudah. Oleh


itu, usahawan berkebolehan memilih dan mengumpul para pekerja
seperti yang dikehendaki untuk menjayakan tugas tersebut. Usahawan
berkebolehan untuk mengurus sumber mereka secara berkesan untuk
menukarkan visi menjadi realiti.
2.1.11 - Kawalan Fokus Dalaman (Internal Locus of Control)

Usahawan percaya kejayaan atau kegagalan sesuatu usaha adalah


bergantung kepada diri mereka sendiri. Kemajuan dan kemunduran
berada di dalam kawalan dan pengaruh mereka sendiri, dan mereka
boleh mempengaruhi akibat yang akan berlaku hasil dari tindakan yang
mereka lakukan.

2.1.12 - Bertoleransi terhadap Kegagalan

Usahawan tidak mudah kecewa, putus asa dan sedih apabila mengalami
kegagalan. Mereka belajar dari kegagalan. Pada waktu yang sukar,
mereka masih lagi mencari peluang yang ada. Kebanyakkan usahawan
percaya mereka lebih banyak belajar dari kegagalan berbanding dengan
kejayaan.

2.1.13 - Lebih Bertenaga (High level of Energy)

Usahawan adalah lebih bersemangat berbanding dengan kebanyakkan


orang. Usahawan perlu lebih bertenaga untuk membolehkan mereka
menanggung beban yang besar dan tekanan yang akan mereka hadapi.
Tenaga tersebut merupakan faktor utama untuk membolehkan mereka
memulakan perniagaan.

2.1.14 - Semangat Berpasukan (Team Building)

Usahawan yang berjaya selalunya mempunyai standard (kualiti) yang


tinggi, bersemangat untuk membantu syarikat berkembang dan
membangun.

2.1.15 - Berdikari (Independent)

Usahawan adalah seorang yang berdikari. Mereka suka menyelesaikan


sesuatu tugas mengikut cara mereka. Ini tidak bermakna usahawan mesti
membuat semua keputusan. Mereka mahu mempunyai kuasa (hak) untuk
membuat keputusan yang penting.

2.1.16 - Fleksibel

Usahawan tidak tegas terhadap perniagaan (pelaburan) mereka. Mereka


amat fleksibel dan berkebolehan untuk menukar cara mereka mengikut
kehendak pelanggan dan suasana perniagaan. Dengan ekonomi dunia
yang sering berubah, sikap tegas(ketegasan) seringkali membawa kepada
kegagalan.

2.2 Usahawan Menilai Diri Sendiri (Entreprenuer Self-


Assessment)

Terdapat banyak cara untuk menguji potensi seseorang untuk menjadi


seorang usahawan. Robinson, Stimpson, Huefner dan Hunt (1991) adalah
antara yang menyediakan interaktif secara talian (online). Ia
menyediakan ujian dan kuiz mengenai keusahawanan untuk menguji
tahap kita untuk menjadi usahawan.

Tujuan menguji diri sendiri adalah untuk mengetahui kecenderungan


seseorang individu itu untuk menjadi usahawan. Ianya tidak menentukan
sama ada seseorang boleh menjadi usahawan atau tidak. Semua orang
berpotensi untuk menjadi usahawan tanpa mengira umur, kaum, jantina,
warna dan kerakyatan. Usahawan bukan diturunkan secara genetik
(keturunan); kemahiran boleh dipelajari. Setiap individu mempunyai
peluang untuk menjadi usahawan. Maka dengan menggunakan penilaian
secara “online”, kita boleh mengetahui tahap mana kita berada dan
membuat sesuatu untuk membaiki paras kita untuk mencapai tahap
keusahawanan. Itu pun kalau kita berminat untuk menjadi usahawan
yang berjaya.

http://bizmove.com/other/quiz.htm
2.3 Perbezaan diantara Ahli Perniagaan (Businessman), Pengurus
(Manager) dan Usahawan (Entrepreneurs)

a) Perbezaan diantara ahli perniagaan dengan usahawan.

Usahawan tidak sama dengan ahli perniagaan, terutama ahli perniagaan


yang berniaga secara kecil-kecilan. Ini berdasarkan fakta, iaitu tidak
semua ahli perniagaan adalah usahawan.

Walau bagaimanapun semua usahawan adalah ahli perniagaan. Ahli


perniagaan, terutama ahli perniagaan kecil-kecilan sebahagiannya
mempunyai ciri-ciri seorang usahawan tetapi ciri-ciri tersebut hanyalah
merupakan paras yang rendah bagi seorang usahawan. Terdapat
beberapa perkara yang membezakan di antara ahli perniagaan dengan
seorang usahawan.

b) Perbezaan diantara pengurus konvensional dan usahawan


Daftar:

Optimistic – seorang yang berfikiran positif terhadap sebarang halangan

Creative – berkebolehan menghasilkan sesuatu produk dan mampu


mengeluarkan idea yang berguna.

Innovative – berkebolehan mencipta sesuatu yang unik. Satu kualiti yang


sangat perlu ada pada setiap usahawan.

Ujian Kefahaman Sendiri 1.

1. Terangkan 10 ciri-ciri utama seorang usahawan yang berjaya?

1. Inisiatif dan bertanggungjawab

Usahawan adalah seorang yang bertanggungjawab terhadap apa yang


akan berlaku. Mereka mengambil inisiatif untuk menyelesaikan masalah
dimana tidak ada pemimpin lain yang sanggup mengambilnya.

2. Komitmen yang tinggi

Komitmen usahawan terhadap idea dan pelaburan mereka menentukan


kejayaan pelaburan yang mereka usahakan.
3. Orentasi Peluang (kesempatan)

Berkebolehan mencari peluang yang ada dan mempunyai kebolehan


untuk meraih peluang tersebut.

4. Mengambil Risiko Secara Sederhana (Moderate Risk Taker)

Segala risiko yang bakal dihadapi telah diambil kira.

5. Keyakinan dan Optimistik

Keyakinan diri yang tinggi di atas kebolehan mereka untuk mencapai


kejayaan. Bersikap optimistik terhadap kejayaan yang akan mereka
kecapi dan sikap ini berdasarkan kepada keadaan sebenar.

6. Kreatif dan Inovatif

Melalui fikiran yang kreatif, inovatif dan daya imaginasi, usahawan boleh
menghasilkan produk yang khusus dan perkhidmatan kepada para
pengguna. Kreativiti boleh dipelajari.

7. Mencari Maklumbalas (Seeking Feedback)

Aktif mencari dan menggunakan maklumbalas yang diterima sebagai cara


untuk memperbaiki prestasi mereka.

8. Menuju ke arah Kejayaan (Drive to Achieve)

Kejayaan merupakan motivasi utama untuk seseorang usahawan. Wang


bukan merupakan pemacu motivasi kepada usahawan.

9. Kebolehan menentukan Visi (Ability to Set Vision)

Usahawan tahu apa yang ingin mereka capai. Mereka mempunyai visi
atau konsep untuk firma mereka.
10. Kemahiran Mengatur (Skilled at Organising)

Berkebolehan memilih dan mengumpul para pekerja seperti yang


dikehendaki untuk menjayakan tugas tersebut. Menukarkan visi menjadi
realiti.

11. Kawalan Fokus Dalaman (Internal Locus of Control)

Usahawan percaya kejayaan atau kegagalan sesuatu usaha adalah


bergantung kepada diri mereka sendiri.

12. Toleransi terhadap Kegagalan

Tidak mudah kecewa, putus asa dan sedih apabila mengalami kegagalan.
Mereka belajar dari kegagalan. Percaya mereka lebih banyak belajar dari
kegagalan.

13. Lebih Bertenaga(High level of Energy)

Lebih bersemangat berbanding dengan kebanyakkan orang. Usahawan


perlu lebih Menanggung beban yang besar dan tekanan yang akan mereka
hadapi.

14. Semangat Berpasukan (Team Building)

Mempunyai standard (kualiti) yang tinggi, bersemangat untuk membantu


syarikat berkembang dan membangun.

15. Berdikari (Independent)

Menyelesaikan sesuatu tugas mengikut cara mereka. Mahu mempunyai


kuasa (hak) untuk membuat keputusan yang penting.

16. Fleksibel
Usahawan tidak tegas terhadap perniagaan (pelaburan) mereka. Amat
fleksibel dan berkebolehan untuk menukar cara mereka mengikut
kehendak pelanggan dan suasana perniagaan.

2. Adakah seorang yang mempunyai ciri tersebut boleh menjadi


seorang usahawan yang berjaya? Kenapa?

Boleh, ini kerana 16 ciri-ciri yang dinyatakan di atas merupakan kajian


yang telah dilakukan terhadap tokoh usahawan yang telah pun berjaya.
Ini kerana semua ciri yang dinyatakan di atas merupakan ciri-ciri yang
positif.

3. Apakah maksud “mempunyai komitmen yang tinggi untuk


usahawan”?

Kejayaan sesuatu usaha bergantung kepada komitmen usahawan


tersebut. Komitmen membantu usahawan untuk mengatasi ancaman dan
rintangan di dalam perniagaan. Komitmen usahawan terhadap idea dan
pelaburan mereka menentukan kejayaan pelaburan yang mereka
usahakan.

4. Mengapa kita selaku seorang usahawan perlu mengambil ujian


“menilai diri sendiri”?

Tujuan menguji diri sendiri adalah untuk mengetahui kecenderungan


seseorang individu itu untuk menjadi usahawan. Ianya tidak menentukan
sama ada seseorang boleh menjadi usahawan atau tidak. Setiap individu
mempunyai peluang untuk menjadi usahawan. Maka dengan
menggunakan penilaian secara “online”, kita boleh mengetahui tahap
mana kita berada dan membuat sesuatu untuk membaiki paras kita untuk
mencapai tahap keusahawanan.
Ujian Kefahaman Sendiri 2:

1.Siapakah dia peniaga kecilan? Berikan contoh spesifik?

2. Bincangkan perbezaaan diantara pengurus konvensional dan


usahawan.

Topik 3
Membentuk kreativiti dan inovatif keusahawanan

Objektif:
1. Menerangkan makna dan konsep kreativiti dan inovatif
2. Menerangkan proses kreativiti
3. Membuktikan teknik kreativiti
4. Memberikan contoh inovatif
5. Membincangkan halangan kreativiti dan inovatif

Apa itu kreativiti?

Pernahkah anda terfikir betapa pentingnya kreativiti kepada usahawan?

Terdapat beberapa definasi untuk kreativiti. Menurut Schermerhorn,


Hunt dan Osborn (2003), kreativiti melibatkan perkembangan yang tiada
tolok bandingnya dan jawapan kepada masalah dan peluang yang
diperolehi.

Kreativiti amat mustahak untuk bertindakbalas kepada masalah yang


kompleks di dalam persekitaran perniagaan di mana ianya selalunya
penuh dengan permasalahan yang tidak tetap.

Proses Kreativiti

Adakah kreativiti amat perlu bagi pengusaha?

Seorang usahawan perlu memikirkan idea untuk mengimplementasi


strategi baru. Secara amnya, idea tersebut diperkembangkan dari proses
kreatif yang mana imaginasi individu akan membayangkan, memasukkan
dan memajukan dan seterusnya akan dilaksanakan dan sebagai pulangan
usahawan dan organisasi akan mendapat manfaatnya.

Menurut Kuratko dan Hodgetts (2004), terdapat empat fasa(langkah)


utama di dalam proses kreatif iaitu:

1) Pengumpulan Pengetahuan (Knowledge Accumulation)


2) Inkubasi (Incubation = Pengeraman = Penetasan)
3) Idea
4) Penilaian dan Pelaksanaan

Fasa 1: Pengumpulan Pengetahuan

Untuk memulakan proses kreatif, seseorang perlu bersedia mengumpul


semua informasi dan melaku penyelidikan yang berkaitan. Ini melibatkan
akitiviti membaca, perbincangan dengan rakan yang bekerja dalam
bidang yang sama, menghadiri seminar profesional atau bengkel dan
sebagainya. Dengan pendedahan begini, ia dapat memberikan pandangan
yang luas mengenai masalah dan mempunyai asas yang kukuh mengenai
kreativiti demi untuk membangunkan produk baru, perkhidmatan atau
pelaburan perniagaan.

Fasa 2: Inkubasi

Di dalam fasa ini, seseorang individu mungkin tidak terlibat secara


langsung dengan sebarang perniagaan yang berkaitan dengan aktiviti atau
masalah tersebut. Malahan mereka mungkin akan cuba membuangkan
masalah tersebut dan membiarkan minda bawah sedar (subconscious)
melakukan tugas tersebut. Pembangkitan idea yang kreatif amatlah
dialu-alukan tanpa mengira dari mana sumber datang. Perkara seperti ini
boleh berlaku semasa tidur, berehat, membaca bahan yang tidak
berkaitan dengan masalah tersebut, bermain badmintan atau sedang
meditasi.

Fasa 3: Idea

Ini merupakan fasa yang paling mengasyikkan mengenai proses kreativiti.


Dalam fasa ini, jalan penyelesaian atau jawapan untuk masalah sedia ada
telah dijumpai akhirnya. Kadang-kadang fasa ini juga dikenali sebagai
‘faktor eureka’. Kadang-kadang seseorang boleh memperolehi idea untuk
menyelesaikan sesuatu masalah secara tidak sengaja. Sebagai contoh:
semasa makan, berjalan, mandi dan sebagainya

Fasa 4: Penilaian dan Pelaksanaan

Pada fasa terakhir, usahawan akan menukar idea tersebut menjadi


realiti. Ini merupakan satu fasa yang sukar kerana ia memerlukan
keberanian, disiplin, keyakinan yang tinggi dan ketekunan. Kebolehan
menentukan idea yang boleh dilaksana dan dipratikkan akan menentukan
kejayaan usahawan di dalam sesuatu perniagaan. Apabila sesuatu idea
mula timbul(muncul) dari fasa ketiga dalam idea kasar, usahawan perlu
mengubah idea tersebut dan menukarnya kepada bentuk idea yang
terakhir. Kemudian, usahawan tersebut boleh memilih idea yang terbaik
untuk memulakan aktiviti perniagaan yang menguntungkan.
Sekatan Terhadap Kreativiti

Kita perlu ingat tidak semua idea kreatif yang telah dihasilkan boleh
diterima. Kreativiti tidak bermakna ia tidak mempunyai sekatan, tidak
mengalami kecewaan dan tidak mengalami kegagalan. Terdapat empat
sekatan terdapat kreativiti iaitu:

a) Kepercayaan Peribadi (Personal Beliefs)

Masalah utama yang menjadi penghalang kepada kreativiti adalah


kepercayaan yang kita tidak kreatif. Dengan ini kita telah menyekat daya
kreativiti dari berlaku. Sekiranya kita sering mengatakan yang kita bukan
seorang yang kreatif, maka tidak perlulah kita belajar untuk menjadi
seorang yang kreatif.

Tak perlulah bersusah payah melakukan sesuatu sekiranya yang jauh


dilubuk hati kita sudah mengatakan “aku tidak boleh melakukannya”.

“Tidak ada istilah ‘mencuba’ yang ada hanyalah istilah ‘lakukan’ atau
‘tidak lakukan’ ”.

b) Takut kepada Kritikan (Fear of Criticism)

Sesetengah orang takut menerima kritikan. Mereka takut orang akan


mengatakan idea mereka gila, bodoh dan tidak praktikal. Untuk
mengelak dari di kritik, golongan seperti ini akan bertindak secara
kebiasaan dan menjadi pengikut sahaja. Mereka tidak akan melakukan
perkara yang berbeza.

“Akan senantiasa ada manusia yang akan mengkritik usaha kita walau pun
idea tersebut baik(cemerlang)”

“Jadikan kritikan sebagai satu cabaran bukan satu masalah”

c) Pengurusan yang berlebihan (Over-Management)

Persaingan di dalam pasaran, tugasan yang bertimbun, jadual yang padat


dan permintaan segera akan menyebabkan kurangnya daya kreativiti. Ini
mungkin terjadi apabila keadaan kerja persekitaran tidak memberi ruang
untuk para pekerja menjadi kreatif. Dengan itu pekerja tersebut akan
melakukan tugas hanya untuk memenuhi kehendak tugasan.
d) Tekanan (Stress)

Tekanan berlaku apabila manusia merasakan mereka menghadapi


permintaan yang terlalu tinggi, keadaan mendesak atau peluang yang
diterima dan mereka merasa tidak pasti sama ada dapat melakukan tugas
tersebut dengan efektif. Tekanan bukan sahaja boleh melemahkan
(menghabiskan) tenaga seseorang malah ia tidak elok untuk kesihatan.

Bagaimana untuk membina idea yang kreatif

Setiap manusia mempunyai cara berfikir yang tersendiri. Terdapat


beberapa teknik untuk membaiki kreativiti. Antara teknik tersebut
adalah:

• Brainstroming
• Analogi Paksaan (Forced Analogy)
• Do it
• Peta Minda (Mind Mapping)
• Kumpulan Nominal (Nominal Group)

a)Brainstorming

Brainstorming adalah teknik yang berkuasa (berpengaruh) dan selalu


digunakan untuk menghasilkan idea. Semasa sessi brainstorming, setiap
ahli kumpulan akan mencadangkan idea dan idea tersebut kemudiannya
akan dibincang bersama. Kumpulan brainstorming selalunya diantara
empat hingga tujuh orang. William, 2000 menjelaskan terdapat empat
peraturan apabila melakukan brainstorming:

i) lagi banyak idea, lagi baik


ii) semua idea perlu diterima, walaupun idea tersebut nampak macam
gila atau tidak betul
iii)gunakan idea ahli group yang lain untuk memperolehi lebih banyak
idea
iv) Idea berbentuk kritikan atau penilaiain (evaluation) tidak dibenarkan

b)Analogi Paksaan (Forced Analogy)

Analogi paksaan teknik yang berguna dan amat berkesan untuk menjana
idea. Sesebuah idea akan dibandingkan dengan masalah yang mempunyai
sedikit atau tiada kaitan langsung untuk mendapat pandangan (insight)
baru. Terdapat beberapa cara untuk ‘memaksa’ hampir keseluruhan
hubungan dan mendapat jalan penyelesaian yang baru, seperti anda dan
sebatang pen, musik dan komputer, produk dan pasaran.

Perhubungan secara paksaan boleh membantu membina pandangan baru


dan juga mencari jalan alternatif yang lain. Untuk membina suatu
hubungan, ia memerlukan pilihan terdapat sesuatu objek atau kad
bergambar yang akan membantu menjana idea. Pilih objek atau kad
tersebut secara rawak dan apa jenis hubungan yang boleh dipaksa.

c) DO IT

Langkah pertama untuk teknik DO IT, kita perlu menganalisa masalah


tersebut dengan memastikan soalan yang betul telah diajukan.
Mempelajari dan memahami masalah adalah saat yang kritikal untuk
membolehkan kita mengenali punca sebenar masalah tersebut. Sekiranya
masalah tersebut nampaknya terlalu besar, pecahkan masalah tersebut
kepada bahagian-bahagian yang kecil dan lakukan ringkasan masalah
tersebut secara singkat jika boleh.

DO IT singkatan untuk:

D - Define problem (kenal pasti masalah)


O - Open mind and apply creative technique (Fikiran terbuka &
laksanakan teknik kreatif)
I - Identify best solution (kenal pasti penyelesaian terbaik)
T - Transform (lakukan)

Langkah kedua, selepas berjaya kenal pasti masalah tersebut, keluarkan


(dijana) idea sebanyak yang mungkin untuk memperolehi jalan
penyelesaian terhadap masalah tersebut. Setiap idea yang dikeluarkan
(dijana) adalah amat penting tanpa mengira sama ada idea tersebut baik
atau buruk.

Langkah ketiga, kita perlu melakukan kajian dan analisa secara terperinci
sebelum memilih cara yang terbaik untuk menyelesaian masalah
tersebut. Semua penyelesaian yang ada haruslah diperolehi dari langkah
kedua tadi.

Langkah keempat, selepas jalan penyelesaian terbaik dipilih, kini tiba


masanya untuk perlaksanaan. Dalam langkah keempat ini, ia melibatkan
pembinaan produk yang bersesuaian (reliable) dari idea yang dihasilkan,
pasaran dan strategi perniagaan. Ia selalunya melibatkan masa, kos dan
tenaga.

d)Peta Minda (Mind Mapping)

Teknik ini membolehkan seseorang menggunakan gambar atau perkataan


(word phases) untuk mengurus (organise) dan membangunkan pendapat
secara ‘non linear’. Ia membantu kita ‘melihat’ sesuatu masalah dan
jalan penyelesaiannya.

Kebanyakkan manusia menggunakan mind mapping semasa:

• Brainstorming
• Mengambil nota (taking notes)
• Menyegarkan ingatan mereka (refreshing their memory)

Peta minda (Mind mapping) juga boleh digunakan untuk menjana produk
baru, menyelesaikan masalah, plan strategi atau membangunkan sesuatu
proses. Kunci utama adalah untuk menjana idea dan menyelesaikan
masalah tidak semestinya difikirkan secara logikal. Sekiranya suatu idea
dijana dari idea lain, jangan cuba menganalisanya dahulu. Tuliskan
sahaja idea tersebut di dalam mind map. Sama seperti brainstorming,
semakin berserabut hubungan tersebut semakin baik. Dengan cara ini,
jalan penyelesaian yang benar-benar inovatif akan dapat dihasilkan.

e)Kumpulan Nominal (Nominal Group)

Kumpulan nominal digunakan untuk menjana idea dan mencari jalan


penyelesaian dengan cara bersemuka (face-to-face) di dalam sesebuah
kumpulan; setiap ahli kumpulan akan mencatatkan idea mereka sebanyak
yang mungkin di dalam helaian kertas. Selepas itu, setiap ahli kumpulan
akan menyatakan idea mereka dan seterusnya idea tersebut akan
dibincangkan untuk memperolehi penjelasan (clarification) dan
penilaian. Akhirnya setiap ahli kumpulan akan mengundi secara senyap
idea mana yang terbaik.

Ciri-ciri individu yang kreatif

Terdapat lapan ciri individu yang kreatif:

1. Individu kreatif adalah seorang yang merendah diri (humble) dan


bangga diri (proud) dalam waktu yang sama.

2. Kebanyakkan individu yang kreatif perasaan yang amat kuat


(passionate) mengenai kerja mereka, walaupun begitu mereka juga
merupakan seorang yang sangat objektif mengenainya.

3. Individu kreatif adalah berani untuk mencuba idea yang baru.

4. Individu kreatif bersifat terbuka apabila menerima kritikan.

5. Individu kreatif mempunyai kombinasi seorang yang suka bermain


(playfulness) dan seorang yang disiplin atau seorang yang
bertanggungjawab dan tidak bertanggungjawab.

6. Individu kreatif sering kali mempunyai kawalan diri yang baik.

7. Individu kreatif adalah individu yang mempunyai matlamat (goal-


directed), tidak tergesa-gesa dan membuat pertimbangan di dalam
membuat sebarang keputusan

8. Individu kreatif sanggup mengambil risiko yang telah dikenal pasti.

Apa itu Inovasi?

Setelah usahawan menjalani proses kreatif dan memperolehi jalan


penyelesaian terbaik, langkah mereka kemudian akan melakukan aplikasi
dan seterusnya melakukan inovasi. Kreativiti adalah syarat awal kepada
inovasi. Hari ini, inovasi dipercayai merupakan kunci kepada kejayaan
banyak organisasi. Syarikat yang berjaya bersaing dan menang adalah
syarikat yang membangunkan produk baru atau sistem baru untuk
mengeluarkan produk senantiasa membaharuinya.

Menurut Kinicki dan Williams (2003), inovasi adalah kaedah mencari jalan
untuk menghasilkan produk baru, produk & perkhidmatan yang lebih
baik. Ini bermakna, setiap organisasi sama ada berasaskan keuntungan
atau tidak, tidak akan membenarkan syarikat mereka berpuas hati
dengan apa yang ada (complacent), terutama sekali apabila pesaing akan
menghasilkan idea yang kreatif.

(Chell, 2001) Inovasi juga berfikir (deemed) untuk menghasilkan sesuatu


yang baru di pasaran yang akan merubah persamaan antara permintaan
dan pengeluaran (supply-demand equation).

Usahawan mencipta permintaan baru di dalam pasaran dengan menukar


kombinasi faktor pengeluaran untuk mencipta sesuatu yang baru. Oleh
itu, inovasi adalah kunci usahawan untuk bertahan (survival) di dalam
keadaan persaingan perniagaan yang sengit. ‘Inovasi atau mati’
sepatutnya menjadi prinsip harian kepada setiap usahawan.

Jenis Inovasi

Setiap orang di dalam perniagaan mestilah inovatif untuk membolehkan


perniagaan tersebut berubah dengan pantas sejajar dengan kehendak
dan keperluan pengguna. Kuratko dan Hodgetts, 2004 menyatakan
terdapat empat asas kepada inovasi:

1. Penciptaan (Invention) – mencipta produk, perkhidmatan atau proses


yang baru. Ia mestilah yang asli atau tidak pernah dicuba. Contoh:
Penciptaan telegraph oleh Samuel Morse

2. Perluasan (Extension) – Penambahan atau tambahan kepada produk,


perkhidmatan atau proses yang sedia ada. Contoh: Samsung yang
terkenal dengan produk elektrik dan elektronik telah memperluaskan
perniagaan mereka kepada automobil.

3. Duplikasi (Duplication) – Proses membuat pendua (replication)


terhadap produk, perkhidmatan atau proses sedia ada. Proses ini bukan
sekadar meniru bulat-bulat tetapi menambah fungsian tambahan kepada
produk, perkhidmatan atau proses sedia ada. Contoh: Fungsi telefon
bimbit membolehkan kita berhubung dengan rakan tanpa mengira waktu
dan lokais. Tetapi kini, telefon bimbit telah mempunyai fungsian
tambahan seperti pemain mp3, MMS dan WAP.

4. Perpaduan (Synthesis) – Proses untuk mengabungkan bahagian-


bahagian lain untuk menjadi sesuatu produk atau aplikasi yang baru
dengan mengambil kira beberapa idea atau barang yang telah sedia ada.
Contoh: Gabungan diantara komputer dan rangkaian menghasilkan
Internet.

Sumber kepada Inovatif

Usahawan memerlukan idea yang kuat sebelum beliau berupaya (inspire)


memberikan inspirasi kepada produk, perkhidmatan dan proses baru.
Terdapat empat punca sumber usahawan untuk inovasi. (Drucker, 1985;
Kuratko dan Hodgetts, 2004)

a) Secara tidak sengaja (Unexpected Events)

Usahawan selalunya memperolehi idea secara tidak disangka. Peristiwa


yang tidak disangka memberi peluang yang baik sekali untuk usahawan
menggunakan kepakaran mereka untuk melaksanakan aplikasi tersebut.
Kejayaan atau kegagalan yang tidak disangka boleh menjadi sumber
utama kepada inovatif apabila sesuatu tersebut tidak menarik perhatian
atau tidak dirancang.

b) Konsep pengetahuan yang baru (New-Knowledge Concept)

Pasaran masa kini, kita boleh memperolehi produk atau perkhidmatan


baru dengan mudah. Malah kebanyakkan produk atau perkhidmatan
adalah inovasi berdasarkan pengetahuan yang memerlukan masa yang
lama untuk melakukan penyelidikan dan dibangunkan oleh segolongan
pakar. Pengetahuan baru boleh diperolehi melalui pembacaan,
menghadiri seminar atau persidangan atau perbincangan diantara para
profesional.

c) Perubahan Demografis (Changes of Demographics)

Perubahan demografis terhadap umur, peringkat pendidikan, pendapatan


dan jenis pekerjaan telah menjadi sumber utama kepada inovatif kepada
usahawan. Penukaran terhadap ciri-ciri demografis telah mencipta
peluang yang besar untuk usahawan menjelajahi (explore). Sebagai
contoh: taraf hidup dan peningkatan pendapatan, permintaan terhadap
barangan mewah dan produk kesihatan telah juga meningkat.

d) Keperluan Proses (Process Needs)

Keperluan proses perlu wujud di dalam proses perniagaan, industri atau


perkhidmatan. Ia akan menjadikan proses yang sedia ada menjadi
sempurna, mengantikan mana yang lemah, mereka bentuk semula proses
sedia ada dan sebagainya. Semua ini menyediakan peluang untuk
usahawan untuk menghasilkan produk, perkhidmatan atau proses yang
sesuai dengan kehendak dan keperluan pengguna. Contoh: di dalam
proses untuk menjadi masyarakat yang sihat, manusia akan mula
melakukan lebih kerap senaman. Dengan ini, usahawan boleh
menyediakan pusat penjagaan kesihatan untuk mereka yang berminat.

Halangan kepada Inovasi

Walaupun usahawan mempunyai banyak idea yang inovatif, namun


terdapat juga kekurangan yang menjadi penghalang kepada inovasi.
Halangan kepada inovasi sering kali berlaku di dalam organisasi,
terutama dari kakitangan itu sendiri. Di bawah senaraikan halangan
kepada inovasi:

a) Organisasi tidak mengalakkan inovatif

Sesetengah organisasi berpuas hati dengan apa yang ada dan tidak mahu
sebarang perubahan. Bagi organisasi seperti ini, perubahan boleh
mengancam budaya dan prosedur organisasi tersebut . Dan kemungkinan
perubahan akan mengancam kedudukan mereka. Untuk mengelakkan
perkara ini dari berlaku, pihak pengurusan akan menolak atau mengelak
untuk memberi perhargaan kepada inovatif di dalam organisasi. Selain
dari itu, batasan diantara jabatan yang berlainan turut juga menghalang
berlakunya komunikasi untuk inovatif idea dikalangan kakitangan.

b) Tidak cukup sumber

Sesetengah organisasi hendakkan perubahan dan inovatif tetapi


menghadapi kekurangan sumber seperti sumber manusia, kewangan dan
kelengkapan yang menjadi satu benda yang penting untuk menjayakan
inovatif.

c) Tingkah laku tradisi pihak pengurusan (Traditional Management


Behaviour)

Pihak pengurusan mahu mengawal kakitangan daripada menjadi kreatif.


Ini berlaku apabila pengurusan dikawal oleh kakitangan yang telah lama
bertugas dan mereka ini masih mengekalkan cara mereka berfikir dan
menolak sebarang perubahan.

Selain dari halangan berpunca dari organisasi, terdapat juga halangan


datang dari sikap individu itu sendiri seperti:

1. Takut untuk mencuba (fear to trying)


2. Takut untuk melakukan kesilapan
3. Motivasi yang salah (improper motivation)
4. Takut kepada perubahan
5. Takut kepada kegagalan (fear to fail)
6. Tidak percaya pada diri sendiri – individu tersebut merasa diri mereka
terlalu tua atau tidak pandai untuk melakukan tugas tersebut. Akibatnya
beliau tidak mencuba untuk mencari jalan inovasi untuk mengatasi
masalah tersebut.

Pentingnya Kretiviti dan Inovatif untuk Usahawan

a) Untuk memastikan organisasi berjaya mengharungi halangan (to


ensure an organisation’s survival)

Kreativiti dan inovatif adalah sangat penting untuk membolehkan


sesebuah organisasi bertahan dalam jangka masa yang panjang. Masa
hadapan sesuatu perniagaan bergantung kepada keupayaan mereka untuk
menghasilkan produk atau perkhidmatan yang baru. Sesebuah organisasi
tidak lagi boleh menunggu permintaan daripada pengguna, organisasi
haruslah boleh mengeluarkan sesuatu yang unik untuk para
pelanggannya.

b) Untuk meneroka pasaran baru

Dengan adanya produk dan perkhidmatan baru, usahawan boleh


mengambil kesempatan meneroka pasaran baru. Seorang usahawan yang
kreatif dan inovatif akan senantiasa berfikir untuk menguasai pasaran
baru dengan mengenalkan produk dan perkhidmatan baru. Contoh:
apabila Philips memperkenalkan pemain DVD yang pertama di pasaran
pada tahun 1995, ia berjaya menguasai keseluruhan pasaran seluruh
dunia.

c) Untuk mengguna sumber asli

Terdapat banyak sumber asli didunia ini. Usahawan seharusnya


mengunakan sumber ini tanpa melakukan sebarang kerosakkan kepada
alam sekitar. Malah kreativiti dan inovatif adalah pencipta sumber.
Usahawan adalah seorang yang bertanggungjawab untuk mencipta ‘nilai’
terhadap sumber asli tersebut untuk kegunaan manusia sejagat.

Strategi untuk mengalakkan Kreativi dan Inovatif

i) Kenal pasti kebolehan sendiri – adalah penting untuk mengetahui yang


kita mampu untuk menyelesaikan masalah tersebut secara kreatif dan
inovatif. Tetapi berhati-hati dengan kebolehan sendiri agar ia tidak
menjadi penghalang kepada mencari jalan penyelesaian.

ii) Tukar persepsi (pandangan) anda – Cuba melihat sesuatu masalah atau
peluang dari berbagai sudut. Menguji masalah dan peluang tersebut
dengan memecahkannya menjadi pecahan-pecahan kecil, cari masalah
sebenar atau jalan penyelesaian yang terbaik.

iii) Tukar budaya orgnisasi – Organisasi mesti mengalakkan kakitangan


mereka menjadi kreatif dan inovatif. Berikan ganjaran kepada kakitangan
yang melebihi di dalam mencipta sesuatu yang unik.

iv) Sanggup menghadapi kegagalan (Dare to fail) – Setiap kegagalan atau


kesilapan haruslah dijadikan pendorong untuk maju di dalam mencari
jalan penyelesaian yang terbaik.

Ujian Kefahaman Sendiri 1:

1. Apa itu kreativiti? Berikan definasi kretiviti?

Kreativiti melibatkan perkembangan yang tiada tolok bandingnya dan


jawapan kepada masalah dan peluang yang diperolehi.

Kreativiti amat mustahak untuk bertindakbalas kepada masalah yang


kompleks di dalam persekitaran perniagaan di mana ianya selalunya
penuh dengan permasalahan yang tidak tetap.

2. Secara ringkas terangkan proses kreatif.

a) Pengumpulan Pengetahuan

Perlu bersedia mengumpul semua informasi dan melaku penyelidikan


yang berkaitan. Ini melibatkan akitiviti membaca, perbincangan dengan
rakan yang bekerja dalam bidang yang sama, menghadiri seminar
profesional atau bengkel dan sebagainya

b) Inkubasi

Pembangkitan idea yang kreatif amatlah dialu-alukan tanpa mengira dari


mana sumber datang. Perkara seperti ini boleh berlaku semasa tidur,
berehat, membaca bahan yang tidak berkaitan dengan masalah tersebut,
bermain badmintan atau sedang meditasi

c) Idea

Jalan penyelesaian atau jawapan untuk masalah sedia ada telah dijumpai
akhirnya. Dikenali sebagai ‘faktor eureka’. Kadang-kadang seseorang
boleh memperolehi idea untuk menyelesaikan sesuatu masalah secara
tidak sengaja.

d) Penilaian dan Pelaksanaan

Menukar idea tersebut menjadi realiti. Ini merupakan satu fasa yang
sukar kerana ia memerlukan keberanian, disiplin, keyakinan yang tinggi
dan ketekunan.

3. Bagaimanakah cara untuk memperolehi maklumat yang relevan


untuk pengumpulan pengetahuan.

• Mengumpul semua informasi dan melaku penyelidikan yang berkaitan.


Ini melibatkan akitiviti membaca, perbincangan dengan rakan yang
bekerja dalam bidang yang sama, menghadiri seminar profesional atau
bengkel dan sebagainya.

4. Terangkan langkah-langkah pernilaian untuk proses kreatif.

• Menukar idea tersebut menjadi realiti.


• Ini merupakan satu fasa yang sukar kerana ia memerlukan keberanian,
disiplin, keyakinan yang tinggi dan ketekunan.
• Kebolehan menentukan idea yang boleh dilaksana dan dipratikkan akan
menentukan kejayaan usahawan di dalam sesuatu perniagaan.
• Apabila sesuatu idea mula timbul(muncul) dari fasa ketiga dalam idea
kasar, usahawan perlu mengubah idea tersebut dan menukarnya kepada
bentuk idea yang terakhir.
• Usahawan tersebut boleh memilih idea yang terbaik untuk memulakan
aktiviti perniagaan yang menguntungkan.

5. Senaraikan dan terangkan halangan untuk kreativiti?

a) Kepercayaan Peribadi (Personal Beliefs)


Kepercayaan yang kita tidak kreatif.
b) Takut kepada Kritikan (Fear of Criticism)
Sesetengah orang takut menerima kritikan. Mereka takut orang akan
mengatakan idea mereka gila, bodoh dan tidak praktikal.

c) Pengurusan yang berlebihan (Over-Management)


Tugasan yang bertimbun, jadual yang padat dan permintaan segera akan
menyebabkan kurangnya daya kreativiti.

d) Tekanan (Stress)
Tekanan berlaku apabila manusia merasakan mereka menghadapi
permintaan yang terlalu tinggi, keadaan mendesak atau peluang yang
diterima dan mereka merasa tidak pasti sama ada dapat melakukan tugas
tersebut dengan efektif.

6. Bagaimana anda mengeluarkan idea kreatif?

• Brainstroming
• Analogi Paksaan (Forced Analogy)
• Do it
• Peta Minda (Mind Mapping)
• Kumpulan Nominal (Nominal Group)

7. Terangkan singkatan DO IT.

DO IT singkatan untuk:

D - Define problem (kenal pasti masalah)


O - Open mind and apply creative technique (Fikiran terbuka dan
laksanakan teknik kreatif)
I - Identify best solution (kenal pasti penyelesaian terbaik)
T - Transform (lakukan)

8. Bagaimana caranya MIND mapping boleh menjana idea?

• Teknik ini membolehkan seseorang menggunakan gambar atau


perkataan (word phases) untuk mengurus (organise) dan membangunkan
pendapat secara ‘non linear’. Ia membantu kita ‘melihat’ sesuatu
masalah dan jalan penyelesaiannya.

• Digunakan untuk menjana produk baru, menyelesaikan masalah, plan


strategi atau membangunkan sesuatu proses.
• Menjana idea dan menyelesaikan masalah tidak semestinya difikirkan
secara logikal. Sekiranya suatu idea dijana dari idea lain, jangan cuba
menganalisanya dahulu. Tuliskan sahaja idea tersebut di dalam mind
map. Sama seperti brainstorming, semakin berserabut hubungan tersebut
semakin baik. Dengan cara ini, jalan penyelesaian yang benar-benar
inovatif akan dapat dihasilkan.

9. Apa itu kumpulan nominal?

• Kumpulan nominal digunakan untuk menjana idea dan mencari jalan


penyelesaian dengan cara bersemuka (face-to-face) di dalam sesebuah
kumpulan; setiap ahli kumpulan akan mencatatkan idea mereka sebanyak
yang mungkin di dalam helaian kertas.
• Setiap ahli kumpulan akan menyatakan idea dan seterusnya idea
tersebut akan dibincangkan untuk memperolehi penjelasan (clarification)
dan penilaian.
• Ahli kumpulan akan mengundi secara senyap idea mana yang terbaik.

Ujian Kefahaman Sendiri 2:

1. Senaraikan lapan ciri seorang individu yang kreatif

a. Seorang yang merendah diri (humble) dan bangga diri (proud) dalam
waktu yang sama.

b. Perasaan yang amat kuat (passionate) mengenai kerja mereka,


walaupun begitu mereka juga merupakan seorang yang sangat objektif
mengenainya.

c. Berani untuk mencuba idea yang baru.

d. Bersifat terbuka apabila menerima kritikan.

e. Kombinasi seorang yang suka bermain (playfulness) dan seorang yang


disiplin atau seorang yang bertanggungjawab dan tidak
bertanggungjawab.

f. Mempunyai kawalan diri yang baik.

g. Mempunyai matlamat (goal-directed), tidak tergesa-gesa dan membuat


pertimbangan di dalam membuat sebarang keputusan
h. Anggup mengambil risiko yang telah dikenal pasti.

2. Apa itu inovasi?

• Setelah usahawan menjalani proses kreatif dan memperolehi jalan


penyelesaian terbaik, langkah mereka kemudian akan melakukan aplikasi
dan seterusnya melakukan inovasi. Kreativiti adalah syarat awal kepada
inovasi. Hari ini, inovasi dipercayai merupakan kunci kepada kejayaan
banyak organisasi.

• Inovasi adalah kaedah mencari jalan untuk menghasilkan produk baru,


produk & perkhidmatan yang lebih baik.

3. Terangkan secara ringkas empat jenis inovasi

• Penciptaan (Invention) – mencipta produk, perkhidmatan atau proses


yang baru. Ia mestilah yang asli atau tidak pernah dicuba.

• Perluasan (Extension) – Penambahan atau tambahan kepada produk,


perkhidmatan atau proses yang sedia ada.

• Duplikasi (Duplication) – Proses membuat pendua (replication) terhadap


produk, perkhidmatan atau proses sedia ada. Proses ini bukan sekadar
meniru bulat-bulat tetapi menambah fungsian tambahan kepada produk,
perkhidmatan atau proses sedia ada.

• Perpaduan (Synthesis) – Proses untuk mengabungkan bahagian-bahagian


lain untuk menjadi sesuatu produk atau aplikasi yang baru dengan
mengambil kira beberapa idea atau barang yang telah sedia ada.

4. Berikan beberapa contoh untuk setiap inovasi

• Penciptaan (Invention) – Penciptaan telegraph oleh Samuel Morse

• Perluasan (Extension) – Samsung yang terkenal dengan produk elektrik


dan elektronik telah memperluaskan perniagaan mereka kepada
automobil.

• Duplikasi (Duplication) – Fungsi telefon bimbit membolehkan kita


berhubung dengan rakan tanpa mengira waktu dan lokais. Tetapi kini,
telefon bimbit telah mempunyai fungsian tambahan seperti pemain mp3,
MMS dan WAP.

• Perpaduan (Synthesis) – Gabungan diantara komputer dan rangkaian


menghasilkan Internet.

5. Bagaimanakah usahawan memperolehi idea untuk produk baru,


perkhidmatan dan proses?

i) Kenal pasti kebolehan sendiri – ukur baju sendiri

ii) Tukar persepsi (pandangan) anda – Cuba melihat sesuatu masalah atau
peluang dari berbagai sudut.

iii)Tukar budaya orgnisasi – Mengalakkan kakitangan mereka menjadi


kreatif dan inovatif. Berikan ganjaran kepada kakitangan yang melebihi
di dalam mencipta sesuatu yang unik.

iv) Sanggup menghadapi kegagalan (Dare to fail) – Setiap kegagalan atau


kesilapan haruslah dijadikan pendorong untuk maju di dalam mencari
jalan penyelesaian yang terbaik.

6. Apakah halangan untuk inovasi?

a) Organisasi tidak mengalakkan inovatif


b) Tidak cukup sumber
c) Tingkah laku tradisi pihak pengurusan
d) Takut untuk mencuba (fear to trying)
e) Takut untuk melakukan kesilapan
f) Motivasi yang salah (improper motivation)
g) Takut kepada perubahan
h) Takut kepada kegagalan (fear to fail)
i) Tidak percaya pada diri sendiri

7. Mengapakah kreatif amat penting untuk usahawan.

a) Untuk memastikan organisasi berjaya mengharungi halangan


b) Untuk meneroka pasaran baru
c) Untuk mengguna sumber asli
Topic 4
Pengenalan

Perniagaan mengenai persekitaran pelaburan selalunya membincangkan


mengenai pasaran, pengurusan ekonomi dan sebagainya.

Komponen Persekitaran Pelaburan (The components of ventures’


environment)

Usahawan bukan sahaja perlu mengkaji suasana persekitaran semasa


memulakan perniagaan mereka tetapi mereka perlu juga mengkajinya
semasa pelaburan/perniagaan mereka sedang berkembang. Persekitaran
adalah situasi dimana operasi pelaburan perniagaan berlaku. Persekitaran
pelaburan boleh dibahagikan kepada dua bahagian:

1)Pandangan Makro – pandangan persekitaran luaran

2)Pandangan Mikro – pandangan persekitaran luaran dan dalaman

a) Persekitaran Luaran (External Environment)

Persekitaran luaran boleh mempengaruhi keputusan perniagaan yang


akan dibuat untuk jangka masa panjang dan merupakan unsur yang tidak
boleh dikawal.

Persekitaran Makro terdiri daripada unsur berikut:


• Politik dan Undang-undang yang dibuat (Legislation)
• Ekonomi
• Kebudayaan Sosial
• Teknologi

Kuratko dan Hodgetts (2004) membincangkan Persekitaran Mikro


terhadap pelaburan perniagaan adalah sebahagian daripada Persekitaran
Luaran Pelaburan, tetapi ia secara langsung boleh mempengaruhi
keputusan dan aktiviti usahawan. Ini juga dikenali sebagai Persekitaran
Industri atau Persekitaran Tugas.

Persekitaran Mikro mengandungi unsur-unsur berikut:


• Pengguna
• Pesaing (Competitors)
• Pembekal
• Institusi Kewangan
• Organisasi bukan Kerajaan
• Agensi Kerajaan

Persekitaran dalaman atau persekitaran industri juga dikenali sebagai


Persekitaran Bersifat Persaingan di dalam Model Porter 5 Forces yang
mana termasuk ancaman terhadap kemasukkan pesaing baru, produk
tiruan (pengganti) dan kuasa tawar menawar pembekal dan pembeli.
Institusi kewangan boleh dianggap sebagai Persekitaran Umum manakala
Organisasi bukan Kerajaan dan Agensi Kerajaan boleh dikategorikan di
bawah politik dan undang-undang yang dibuat.

b) Persekitaran Dalaman (Internal Environment)

Persekitaran Dalaman juga turut mempengaruhi keputusan yang akan


dibuat oleh usahawan. Walau bagaimanapun, usahawan boleh mengawal
unsur ini. Persekitaran Dalaman organisasi terdiri daripada unsur berikut:

• Struktur Organisasi
• Budaya
• Sumber

Pengaruh Persekitaran Makro

Sebelum ini telah dinyatakan persekitaran makro melibatkan unsur


seperti politik dan undang-undang yang dibuat, ekonomi makro, teknologi
dan kebudayaan sosial. Dalam bahagian ini, kita akan menerangkan
kesemua unsur tadi dan pengaruhnya terhadap usahawan.

Politik dan undang-undang yang dibuat


Politik dan undang-undang yang dibuat adalah sebahagian dari
persekitaran makro yang yang mana setiap kumpulan yang berlainan akan
bersaing untuk memperolehi perhatian dan sumber. Ini adalah keadaan
mana usahawan menggunakan kekuatan politik yang mereka ada.

Selalunya usahawan terpaksa menerima unsur politik dan undang-undang


yang dibuat untuk pelaburan (tugas) baru yang akan dibuat. Mereka perlu
patuh dan menerima polisi, undang-undang yang dibuat dan peraturan
dimana perniagaan tersebut dijalankan.

Politik & a) Halangan Perdagangan Isu global Undang-undang yang


dibuat & tarif
b) Risiko politik
c) Perjanjian Perdagangan

d) Cukai Isu nasional 


e) Peraturan

Isu Global

a)Halangan Perdagangan dan Tarif

Halangan perdagangan dan tarif dikenakan terhadap barangan dan


perkhidmatan yang didagangkan dalam pasaran antarabangsa. Ini akan
menghalang sumber aliran bebas dari negara lain selaku perlindungan
kepada industri tempatan. Contoh: Sekatan Perdagangan telah dikenakan
pada industri automobil di Malaysia.

b)Risiko Politik

Ini merujuk kepada kemungkinan untuk berlakunya ketidak stabilan,


rasuah dan keganasan di dalam negara atau kawasan dimana perniagaan
itu dilakukan. Di kawasan yang risiko politik yang tinggi, adalah sukar dan
mahal untuk usahawan membeli, melindungi dan mengatur sumber.
Risiko lain termasuk politik dan keganasan fizikal, pemerasan dan korupsi
akan melibatkan rasuah atau pembayaran yang tidak beretika akan
berlaku. Ini akan menambah kepada kos untuk pelaburan baru.

c)Perjanjian Perdagangan

Terdapat aliran untuk meningkatkan perjanjian perdagangan diantara


negara. AFTA sebagai contoh. Usahawan Malaysia haruslah
mempertimbangkan mengenai AFTA apabila membuat keputusan untuk
berdagang di pasaran antarabangsa. Matlamat AFTA adalah untuk
meningkatkan produtiviti ekonomi di dalam pasaran serantau.

Isu Nasional

d) Cukai

Ini merupakan faktor kepolitikan utama yang harus dihadapi oleh


usahawan pada peringkat nasional. Kesan cukai atas operasi perniagaan
adalah seperti berikut:

• Mengurangkan tunai yang sedia ada untuk pelabur perniagaan untuk


melabur.
• Sesetengah cukai menguntungkan pada perniagaan tertentu sahaja dan
merupakan keadaan yang merugikan kepada perniagaa lain.

e) Peraturan

Sebagai contoh peraturan adalah peraturan mengenai penggunaan dadah.


Walau bagaimanapun, adakalanya perniagaan menerima kesan negatif
terhadap peraturan tersebut. Ini melibatkan tambahan kos kepada
perniagaan untuk kertas kerja, ujian, pemantauan dan pelaksanaan.

Kerana itu, usahawan haruslah menilai persekitaran politik sepenuhnya


untuk kenal pasti ancaman atau peluang yang ada. Secara amnya,
kesetabilan politik sesuatu negara dimana operasi perniagaan dilakukan
akan memberikan peluang kepada usahawan untuk memulakan
perniagaan atau mengembangkan perniagaan mereka.

Ekonomi

Persekitaran ekonomi memainkan peranan penting di atas kejayaan atau


kegagalan sesuatu pelaburan. Persekitaran ekonomi makro melingkari
kesemua produk dan penghasilan perkhidmatan, pengedaran, penjualan
dan pengunaan. Usahawan perlu menganalisa persekitaran ini pada paras
global, nasional dan tempatan dimana operasi perniagaan mereka
dijalankan.

Setiap perniagaan saling berhubung kait antara satu sama lain di dalam
tiga tahap tadi pada persekitaran ekonomi makro. Walau bagaimanapun,
usahawan harus mengenal pasti paras mana yang memberikan lebih
banyak kesan kepadanya. Usahawan haruslah meninjau, memantau,
meramalkan dan mentaksirkan keadaan makro ekonomi yang akan
memberi kesan kepada pelaburan baru. Mereka haruslah berupaya untuk
melihat perubahan terhadap ekonomi dan berupaya untuk menetukan
pembolehubah yang berkaitan untuk dianalisa.

Di bawah disenaraikan soalan-soalan yang harus ditimbulkan oleh


usahawan mengenai persekitaran ekonomi untuk pelaburan baru demi
melihat secara keseluruhan iklim perniagaan.

• Apakah keadaan ekonomi semasa?


• Apakah suasana pasaran buruh?
• Adakah kadar faedah berbahaya atau stabil?
• Apakah nilai pertukaran mata wang?
• Berapa banyak firma yang ada di dalam industri yang sama?
• Adakah firma tersebut dalam berbagai saiz dan ciri, atau semua firma
tadi serupa?
• Apakah pemusatan geographical firma di dalam industri tersebut?
• Adakah firma hanya memenuhi kehendak pasaran domestik?
• Adakah terdapat peluang untuk pergi ke pasaran antarabangsa?
• Apakah pertandingan semula jadi untuk perniagaan?
Kebudayaan dan Sosial

Persekitaran kebudayaan sosial terdiri daripada dua aspek:

Demografis
Aliran budaya dalam masyarakat

a) Perubahan demografis

Berlaku atas sebab perubahan bilangan penduduk, kumpulan etnis dan


struktur bilangan penduduk menurut umur, jantina, lokasi geographical
dan bilangan penduduk distribusi pendapatan. Kesemua unsur ini menjadi
faktor sumbangan kepada kehendak pengguna, kuasa membeli dan
kapasiti industri.

Walau bagaimanapun perubahan aliran demografis adalah diluar kawalan


usahawan. Usahawan perlu menilaikan perubahan demografis demi untuk
kenal pasti peluang perniagaan yang ada. Contoh: Penambahan jumlah
kanak-kanak di dalam masyarakat akan menghasilkan peluang perniagaan
seperti pelajaran, makanan dan pakaian kanak-kanak.

b) Aliran Sosial

Berhubungkan dengan sopan dan tingkah laku dimana manusia itu tinggal.
Cara hidup mengambarkan cita rasa dan kecenderungan manusia.
Usahawan perlu menilai dan memantau pertukaran cara hidup demi
untuk mengenal pasti peluang perniagaan. Pembolehubah yang
memerlukan perhatian adalah:

i) Pembentukan rumah tangga


ii) Ragam pekerjaan dan kadar tenaga buruh
iii)Tahap pendidikan
iv) Corak pembelanjaan
v) Corak waktu lapang (leisure)
Usahawan boleh menggunakan informasi data yang ada dari sumber
umum dan sendiri untuk menilai dan memantau perubahan ini. Usahawan
juga mesti meramalkan dan menilai segala perubahan yang berlaku untuk
memperolehi keuntungan.

Teknologi

Cabang pengetahuan yang berkenaan dengan industri seni, sains gunaan,


kejuruteraan, proses, hasil penemuan atau kaedah boleh ditakrifkan
sebagai teknologi. Analisis teknologi memerlukan penilaian dan
pemantauan dari mula produk tersebut dibangunkan dan dikomersilkan.
Perubahan teknologi berada dalam dua keadaan iaitu Penemuan Tulin
(pure invention) dan Proses Inovatif.

a) Penemuan Tulin

Penemuan tulin merujuk kepada penciptaan sesuatu yang baru berbeza


dari teknologi sedia ada atau produk. Untuk ini, penciptaan selalunya
mempunyai nilai ekonomi dan tidak mempunyai saingan pada peringkat
awal dan selalunya dimonopoli oleh individu yang mempunyai hak
undang-undang terhadap penemuan tersebut.

Walaupun begitu, terdapat kelemahan kerana tiada pasaran untuk


penemuan tersebut pada peringkat awal pasaran. Penemuan baru
mencipta pasaran dan peluang untuk perniagaan. Contoh: penemuan
semikonduktor mencipta peluang perniagaan di dalam bidang komputer.

b) Proses Inovatif

Proses inovatif merujuk kepada perubahan kecil terhadap rekabentuk,


produk formulasi dan pengeluaran, bahan dan pengedaran. Menilai dan
memantau perubahan teknologi bukannya perkara yang mudah kerana
bukan mudah memperolehi maklumat.
Malah saintis yang terlibat didalam kajian awal tidak mengetahui nilai
komersil yang dicapainya. Walau bagaimanapun, ia merupakan satu
kelebihan dan peluang untuk usahawan sekiranya ia mengetahui
informasi tersebut.

Persekitaran Mikro

Persekitaran mikro untuk pelaburan baru adalah juga merujuk kepada


persekitaran industri. Persekitaran ini mempengaruhi aktiviti
keusahawanan dan sukar untuk usahawan mempengaruhi elemen ini di
dalam industri.

Usahawan memerlukan perancangan dan melaksanakan strategi tertentu


untuk mendapat kelebihan bersaing di dalam industri. Pengaruh terbesar
industri adalah penguna, pesaing, pembekal, institusi kewangan, agensi
kerajaan dan organisasi bukan kerajaan.

a) Pengguna

Pengguna merupakan kumpulan sasaran utama di dalam perniagaan.


Mereka mengunakan barangan dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh
industri. Pengguna boleh menjadi individu di dalam masyarakat seperti:
surirumah, pekerja, pelajar atau sekumpulan manusia. Pengguna adalah
‘raja’ di dalam sistem pasaran. Sesetengah produk digunakan oleh
pengguna industri seperti pengedar, agen, pemborong dan peruncit.
Kumpulan manusia seperti ini mempengaruhi keputusan usahawan.

b) Pesaing

Usahawan yang ingin melakukan perniagaan baru mestilah menganalisis


pesaing mereka di dalam industri. Pesaing adalah mereka yang berniaga
untuk memenuhi kehendak pengguna yang sama atau mempunyai peluang
untuk berkhidmat kepada pengguna tersebut. Mereka boleh mengenal
pasti pengguna (untuk perniagaan sedia ada) atau bakal pengguna (untuk
perniagaan baru) dengan bertanya di mana mereka membeli produk atau
perkhidmatan. Usahawan boleh mengenali mereka dengan melalui
direktori perniagaan.

Analisis grid boleh digunakan sebagai alat untuk menganalisis dan


menentukan tahap persaing di dalam industri. Usahawan juga boleh
mengenal pastik kekuatan dan kelemahan pesaing mereka dengan alat ini
dan membantu mereka memulakan pelaburan baru.

c) Pembekal

Pembekal adalah kumpulan kedua yang mempengaruhi aktiviti


keusahawanan. Mereka boleh menaikkan harga barangan atau
perkhidmatan yang mereka jual. Mereka juga boleh mengurangkan kualiti
produk dan perkhidmatan yang ada di pasaran.

d) Insitusi Kewangan

Insitusi kewangan merupakan punca luaran untuk membaiyai perniagaan


baru atau mengembangkan perniagaan yang sedia ada. Pinjaman dari
institusi kewangan bukan sahaja sukar diperolehi untuk perniagaan baru
kerana tidak mempunyai rekod semula ini tetapi terpaksa membayar
kadar faedah yang mana akan membebankan perniagaan baru. Oleh
demikian, institusi kewangan mempunyai pengaruh secara langsung
terhadap usahawan.

e) Agensi Kerajaan

Kerajaan mempengaruhi aktiviti keusahawanan melalui pelaksanaan


polisi. Contoh: Dasar Ekonomi Baru, Polisi Penswastaan dan Dasar
Pertanian. Sesetengah polisi memberi kesan secara langsung kepada
aktiviti keusahawanan. Polisi dan peraturan yang kerajaan laksanakan
mempunyai objektif dan tujuan tertentu. Kerajaan juga menyediakan
sokongan kepada usahawan.

f) Organisasi Bukan Kerajaan


Persatuan Pengguna, Organisasi Politik, Kumpulan Agama, Persatuan
Perniagaan, Kumpulan Pencinta Alam Sekitar dan sebagainya merupakan
organisasi bukan kerajaan yang mempengaruhi usahawan.

Kumpulan ini mempengaruhi usahawan melalui kempen terhadap produk


atau perkhidmatan dan dengan penyebaran maklumat mengenai sesuatu
produk. Dengan ini boleh mempengaruhi pengguna dan memberikan
tekanan kepada kerajaan untuk mengambil tindakan terhadap sesuatu
isu.

Organisasi Persekitaran Dalaman

Organisasi Persekitaran Dalaman terdiri daripada sumber, struktur dan


budaya. Kesemua unsur ini mempengaruhi usahawan di dalam membuat
keputusan dan aktiviti yang dilakukan. Usahawan perlu menilai kekuatan
dan kelemahan perniagaan mereka sebelum membuat sebarang
keputusan atau formulasi sebarang strategi.

a) Sumber

Antara sumber dalaman di dalam organisasi adalah usahawan itu sendiri,


kewangan, sumber manusia, harta yang nyata dan harta tidak nyata,
teknologi dan reputasi. Ciri-ciri peribadi keusahawanan, kemahiran,
tenaga, idea, pengetahuan dan pengalaman adalah sebahagian daripada
sumber usahawan. Kesemua sumber ini akan proses bersama di dalam
perniagaan untuk menghasilkan barangan dan perkhidmatan.

b) Struktur

Struktur organisasi mestilah sesuai dengan pelaburan baru untuk


membolehkan ia menyesuaikan diri dengan perubahan persekitaran.

c) Budaya

Budaya dan nilai positif haruslah dimasukkan ke dalam organisasi


perniagaan untuk kebaikan kesemua sumber manusia.

Pengenalan Kepada Peluang Perniagaan

Peluang boleh wujud di atas kertas atau sebagai idea. Peluang boleh
menukar situasi yang buruk atau rugi menjadi situasi yang baik atau
menguntungkan. Menurut Myzuka (2000), peluang boleh didefinasikan
sebagai:

“Suatu konsep perniagaan yang jika ditukar menjadi produk atau


perkhidmatan yang nyata oleh pengusaha perniagaan, ia akan
menghasilkan keuntungan kewangan.”

Peluang selalunya dikaitkan dengan pengalaman, hobi dan persekitaran


sosial usahawan.

Peluang juga boleh dijelaskan sebagai aliran luaran yang positif atau
perubahan yang menyediakan kemungkinan yang unik (tersendiri) dan
jelas untuk memberikan nilai pada inovatif dan penciptaan. Peluang juga
boleh didefinasikan sebagai keupayaan untuk mencipta yang baru yang
melibatkan pengetahuan, teknologi, ekonomi, politik, sosial dan keadaan
(suasana) demografis.

Kebanyakkan peluang yang baik dalam perniagaan tidak selalunya muncul


(timbul) tetapi keputusannya adalah berpunca dari sikap usahawan yang
berwaspada di dalam mengenal pasti peluang yang bakal mereka
perolehi. Kebanyakkan usahawan tidak mempunyai cara formal untuk
mengenal pasti peluang perniagaan yang ada. Walau bagaimanapun,
pengguna, rakan sejawat perniagaan, rakan di dalam sistem pengedaran
dan orang teknikal adalah sumber yang terbaik untuk mendapatkan idea
pelaburan yang baru.

Pengenalan kepada Peluang: Fasa Proses Perspektif terhadap


Keusahawanan
Pengenalan kepada peluang adalah satu fasa utama di dalam Proses
Perspektif terhadap keusahawanan. Proses keusahawanan bermula
apabila seorang atau lebih manusia mengenal pasti peluang yang ada.
Peluang ini sendiri dihasilkan oleh faktor ekonomi, teknologi dan sosial.
Penumpuan kepada faktor ini, memberikan peluang kepada pelabur baru
yang berminat.

Menurut Mukesh Chatter di dalam Baron & Shane (2004), perubahan


ekonomi, teknologi dan keadaan sosial akan mencipta peluang; tetapi
tiada apa akan berlaku pada peluang ini sehingga adanya orang yang
mempunyai motivasi dan bertenaga untuk mengenali peluang tersebut.

Usahawan sepatutnya boleh mengenali, mengejar dan merebut peluang


perniagaan yang ada. Usahawan yang berjaya adalah mereka yang
berjaya merebut dan mengejar peluang tersebut. Sesetengah usahawan
merampas peluang melalui eksplorasi dan sesetengah usahawan
mendapat peluang dari keadaan yang untung.

Usahawan yang mengejar peluang seharusnya menambahkan nilai produk


atau perkhidmatan mereka untuk menarik pelanggan, pengedar dan
penjual. Peter Drucker, adalah seorang penulis pengurusan yang terkenal
telah mengenal pasti tujuh potensi sumber untuk memperolehi peluang
dari konteks luaran seperti yang ditunjukkan jadual di bawah:
E-Commerce (perdagangan) adalah suatu peluang baru

Evolusi elektronik perdagangan telah mencipta banyak peluang baru dan


perniagaan baru. Walau bagaimanapun, membina dan memasarkan
perniagaan melalui e-commerce boleh memakan kos yang tinggi. E-
commerce memberi peluang usahawan untuk menukar idea kepada
pasaran baru yang mengasyikkan. Usahawan boleh menggunakan katalog
di laman web untuk mempromosi dan menjual produk mereka secara
‘online’. Teknologi yang menggunakan e-commerce menawarkan
informasi yang memberi bantuan kepada pengguna membuat keputusan.

Informasi di dalam e-commerce boleh dicapai 24 jam sehari, dengan data


yang dikemaskini setiap setengah jam (bergantung kepada syarikat
tersebut le). Ia membolehkan syarikat membawa pelanggan untuk
mengalami pengalaman web dari mula sehingga akhir. Ia juga boleh
menawarkan perkhidmatan secara peribadi yang sesuai mengikut
kehendak individu tersebut dan membolehkan interaktif antara pengguna
dan syarikat itu sendiri. Perkara yang paling penting adalah e-commerce
boleh mengurangkan kos transaksi.
Penilaian Terhadap Peluang Perniagaan

Sama ada peluang tersebut dikenal pasti dari pandangan pengguna,


teman sejawat perniagaan, melalui rakan atau orang teknikal. Setiap
peluang mestilah ditapis dan dinilai dengan berhati-hati. Penilaian
merupakan elemen yang paling kritikal bagi proses keusahawanan. Jadual
pada muka surat 41 (modul OUM), menunjukkan proses penilaian yang
mana melihat ciptaan dan lamanya kesempatan itu ada, ia adalah nyata
dan mengetahui nilai sebenar, dan ia membezakan kelebihan di dalam
persekitaran yang penuh dengan persaingan.

Kesempatan (peluang) mestilah sesuai dengan kepandaian individu dan


matlamat usahawan tersebut. Plan taksiran kesempatan (peluang)
mestilah pendek, fokus terhadap peluang tersebut dan bukan pada
keseluruhan pelaburan (venture). Plan tersebut mestilah mempunyai asas
untuk membuat keputusan sama ada untuk bertindak terhadap peluang
yang ada atau tidak. Plan perniagaan yang baik mesti dibangunkan untuk
mengeksploitasi peluang yang ada. Sumber untuk peluang tersebut
mestilah juga ditentukan. Akhirnya, usahawan mestilah menggunakan
sumber tersebut untuk melaksanakan plan perniagaan tersebut.

Aspek terhadap Proses


Keusahawanan

Magnitude(besarnya) Terhadap Peluang

Magnitud terhadap peluang bergantung kepada faktor di bawah:

Nilai yang usahawan itu mahu cipta.


Saiz peluang yang akan menarik perhatian pelabur
Faktor ekonomi yang memerlukan kecekapan menggunakan aset.
Keperluan perniagaan untuk menarik rakan sepasukan untuk menjayakan
perniagaan.

Walau bagaimanapun, usahawan berasaskan perkembangan tidak hanya


mempertimbangkan magnitud peluang yang ada tetapi mesti juga
menimbangkan harapan kadar pertumbuhan akan datang. Kadar
pertumbuhan yang terlalu pantas untuk jangka masa yang lama akan
memberikan kesan yang negatif kerana ia memerlukan peruntukkan
kewangan yang banyak dan berterusan. Manakala sekiranya kadar
pertumbuhan yang terlalu rendah akan menyebabkan usahawan gagal
menimbulkan keinginan untuk mencipta dan tidak berjaya menarik
pelabur.

Peluang yang baik datang dalam tiga situasi:

Peluang yang asli mesti menjadi petunjuk kepada peluang lain

Peluang yang baik boleh memaksa organisasi untuk mengembangkan


kemahiran yang boleh mempengaruhi untuk pencarian lebih banyak idea
baru

Pelaksanaan terhadap peluang mestilah dilakukan secara berkumpulan


atau pengkongsian

Usahawan juga harus menimbangkan persekitaran persaingan seperti


syarikat baru perlu hidup di dalam industri yang luar dan perlu mencari
jalan untuk bersaing dan membuat duit.

Sumber kepada Peluang: Sumber (asal mula) terhadap Pelaburan Baru

Seperti yang telah diterangkan sebelum ini, peluang (kesempatan) adalah


situasi dimana perubahan teknologi, (terutama) ekonomi, politik, sosial
atau keadaan demographics akan menghasilkan sesuatu yang baru. Jadual
di bawah menunjukkan lima contoh peluang yang berbeza apabila
berlaku perubahan teknologi.

Peluang (kesempatan) dan Firma Baru

Syarikat yang telah lama bertapak akan melakukan kerja yang lebih baik
di dalam mengeksploitasikan peluang yang jika dibandingkan dengan
syarikat yang baru. Apabila syarikat telah berniaga beberapa ketika, ia
telah mempunyai beberapa kelebihan berbanding dengan syarikat baru
seperti yang ditunjukkan pada jadual di bawah.
Ujian Kefahaman Sendiri 1

1. Kenapa ushawan perlu menilai persekitaran pelaburan mereka?


2. Senaraikan komponen keusahawanan persekitaran pelaburan?
3. Nyatakan persekitaran makro untuk pelaburan baru?
4. Nyatakan persekitaran mikro dan persekitaran dalaman untuk syarikat
baru?
5. Bagaimana anda mengenal pasti peluang perniagaan?
6. Terangkan proses fasa perspektif terhadap keusahawanan?
7. Bagaimana anda menilai peluang perniagaan?

Ujian Kefahaman Sendiri 2

1. Kenapa usahawan perlu mengetahu mengenai politik dan undang-


undang yang dibuat berdasarkan dimana operasi syarikat akan dijalankan.
2. Beri contoh dari isu global yabg pengusaha perlu tahu.
3. Apakah persoalan yang penting mengenai persekitaran ekonomi untuk
pelaburan baru?
4. Apakah rupabentuk perubahan teknologi?
5. Kenapa usahawan perlu menilai persekitaran dalaman?
6. Senaraikan sumber peluang perniagaan?
7. Bagaimana e-commerce boleh membantu usahawan?
8. Apakah faktor-faktor peluang?

Topik 5

You might also like