You are on page 1of 11

2.

0 ) Penyataan Profesional

2.1) Sebelum Program Pengalaman Berasaskan Sekolah

Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan satu program bagi pelajar


Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Kementerian Pelajaran Malaysia. Program ini
member peluang kepada pelajar memahami sekolah sebagai sebuah institusi
pendidikan dan peranan guru di dalam bilik darjah melalui pemerhatian, penelitian
dokumen, refleksi dan interaksi dengan komuniti sekolah.

Tugasan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) ini dijalankan di sekolah rendah


yang telah dipilih oleh guru pelatih masing-masing. PBS ini dijalankan bertujuan untuk
mencari maklumat berdasarkan tugasan yang telah diberikan oleh pihak institut di
samping membiasakan guru pelatih dengan suasana di sekolah serta melengkapkan
bahan-bahan untuk tugasan kerja kursus yang berkaitan. Fokus utama tugasan
menerangkan segala tindakan yang perlu diambil, memberikan bimbingan untuk
melaksanakan aktiviti dan membantu dalam penyediaan penilaian dan laporan akhir.
Setelah meneliti tugasan yang diberikan, fokus utama yang dikenalpasti adalah ;

a) Tugasan yang diberikan oleh IPGM


Aktiviti refleksi, kolaborasi, pemerhatian dan laporan yang perlu dilaksanakan
dan disediakan selepas selepas PBS, selaras dengan huraian tugasan dalam
Garis Panduan Pengalaman Berasaskan Sekolah.

b) Tugasan Pengajian Profesional


Terbahagi kepada
- EDU3101 dan interaksi anda dengan komuniti sekolah semasa menjalani
PBS, rekodkan dapatan anda tentang amalan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan (FPK) diaplikasikan.

Tujuan tugasan yang diberikan adalah untuk :

a) Memahami budaya sekolah


b) Menyesuaikan diri di sekolah dan di bilik darjah.
c) Mendapat pendedahan awal pembelajaran murid.
d) Memahami pengurusan strategi pengajaran pembelajaran.
e) Membina kemahiran berinteraksi dengan murid, guru dan kakitangan sekolah.
f) Membina kemahiran inkuiri penemuan dan kemahiran berfikir secara kritis dan
analitikal.
g) Membina sikap positif terhadap profesion keguruan.
h) Membuat refleksi mengenai tugas dan tanggungjawab guru.
i) Mendokumentasikan pengalaman yang dilalui untuk perbincangan semasa sesi
refleksi.

Untuk itu, saya telah memilih sekolah lama saya di sebuah daerah di Tatau di
bahagian Bintulu, Sarawak iaitu Sekolah Kebangsaan Kuala Annau dengan nombor
pendaftaran YBB9206. Saya berminat untuk menjalankan PBS di sekolah ini kerana
saya pernah belajar di sekolah ini pada tahun 1994 hingga tahun 2000. Selain itu,
sekolah ini juga merupakan sekolah yang terdekat dengan rumah saya dan senang
untuk tujuan ulang alik. Sebelum memulakan PBS di sekolah tersebut, saya
mendapatkan maklumat sekolah terlebih dahulu seperti alamat lengkap dan nombor
telefon untuk rujukan pihak institut.

Setiap pelaksanaan tugasan memerlukan perancangan yang rapi agar tugasan dapat
disiapkan mengikut masa yang ditetapkan. Pada dasarnya, saya telah menyediakan
draf awal untuk setiap perkara yang akan dilakukan sebelum bermulanya PBS.
Misalnya menyediakan jadual untuk Ukuran Perkembangan Fizikal Kanak-kanak,
lakaran carta organisasi dan sebagainya.

Dalam pada itu, setiap perkara yang akan dilakukan sepanjang PBS disediakan
dengan laporan refleksi yang akan direkodkan selepas sahaja selesai melakukan
sesuatu perkara tersebut. Ini bertujuan untuk motivasi diri dan membaiki kelemahan
yang terdapat dalam diri ketika melakukan sesuatu perkara.
2.2 Laporan Pelaksanaan Aktiviti yang Difokus

Semasa menjalankan PBS selama seminggu, saya telah melaksanakan beberapa


aktiviti seperti yang telah dirancang dengan berpandukan senarai semak tugasan yang
telah disediakan. Saya telah belajar untuk berinteraksi dengan komuniti di sekolah
sepanjang PBS ini. Berikut adalah tindakan yang telah lakukan sepanjang tempoh PBS
di SK Kuala Annau.

Bil. Tarikh Tindakan


1. 23 Mac 2009 - Melapor diri melalui Penolong Kanan HEM. (Guru Besar &
Penolong Kanan 1 berurusan di luar sekolah)
- PK HEM mengenalkan saya kepada guru-guru dan staf
sekolah.
- Mendapatkan Maklumat Umum Sekolah daripada PK HEM
- Mencari bahan-bahan rujukan di Bahagian Porfolio Sekolah
- Meninjau keadaan P&P di prasekolah dan mendapatkan
maklumat mengenai pelaksanaan kurikulum prasekolah SK
Kuala Annau.

2. 24 Mac 2009 - Menghadiri perhimpunan sekolah


- Mengambil gambar aktiviti gotong-royong PIBG yang sedang
dijalankan
- Membantu menyediakan makanan kepada ibu bapa yang hadir
- Mengumpul maklumat sekolah
 Sejarah
 Carta organisasi
 Kemudahan
- Mendapatkan bahan RPH daripada beberapa orang guru
- Menemuramah PK1
- Memerhatikan proses P&P yang dijalankan di kelas Tahun 4,
Tahun 5 dan Tahun 6.
- Mengambil ukuran fizikal beberapa orang pelajar.
- Mengambil gambar persekitaran sekolah
3. 25 Mac 2009 - Mendapatkan maklumat mengenai pelaksanaan GERKO
- Mengemaskini laporan
- Memerhatikan proses P&P yang dijalankan di kelas Tahun 1,
Tahun 2 dan Tahun 3.
- “teach-in” di kelas Tahun 4 dan Tahun 5
- Mengikuti perasmian Program Kem Bina Insan (KBI)
- Membantu menguruskan pelajar KBI dan mengambil gambar
aktiviti
- Mendapatkan maklumat pengurusan sekolah daripada
Pembantu Tadbir

4. 26 Mac 2009 - Mendapatkan beberapa orang pelajar prasekolah untuk


aplikasi Teori Perkembangan Piaget
- Menemuramah Pembantu Pengurusan Murid
- Meninjau keadaan di dapur sekolah
- Mengambil gambar kemudahan yang disediakan di sekolah
- Membantu aktiviti dalam Kem Bina Insan
- Menyertai penutupan Kem Bina Insan yang dirasmikan oleh
Pegawai Pelajaran Daerah Kecil Tatau

5. 27 Mac 2009 - Menyemak bahan-bahan yang telah diperolehi


- Mendapatkan tandatangan PK1 untuk pengesahan kehadiran
sepanjang PBS
- Mengembalikan bahan-bahan yang dipinjam daripada sekolah
- Mendapatkan borang Penilaian Perkembangan Pelajar
daripada PK1.
- Mengucapkan terima kasih kepada pihak sekolah atas
kerjasama yang diberikan.
Catatan : Guru Besar SK Kuala Annau, En………………..sedang melanjutkan pelajaran
bagi Program Pensiswazahan Guru Besar di UiTM kampus Kota Samarahan, Sarawak
sepanjang tempoh PBS ini.

2.3 ) Penilaian dan Laporan

Selepas menjalani PBS di sekolah, saya mula melaksanakan tugasan yang


diberikan iaitu Kontrak Tugasan atau Penyataan Profesional. Tugasan ini memerlukan
gabungan dapatan yang terperinci untuk menyiapkan laporan PBS yang telah
dilaksanakan berdasarkan senarai semak yang telah disediakan.

Setiap aktiviti yang telah saya lakukan di sekolah sepanjang PBS telah direkodkan,
dianalisis dan disediakan refleksi untuk setiap satunya. Agak sukar bagi saya untuk
menggabungkan hasil dapatan saya kerana bahan yang diperolehi begitu banyak dan
berlaku sedikit kekeliruan. Walaubagaimanapun, masalah tersebut selesai setelah saya
berbincang dengan rakan-rakan dan bertanya kepada pensyarah yang berkaitan.

Berikut ini adalah tindakan yang saya lakukan selepas sahaja tamat Program
Pengalaman Berasaskan Sekolah sebelum tarikh penghantaran.

Bil Tarikh Tindakan


1. 28 Mac 2009 Mengumpul semua dapatan untuk diasingkan mengikut
keperluan tugasan.
Menaip teks temuramah yang diperolehi

2. 29 Mac 2009 Memilih gambar-gambar yang diperlukan sebagai rujukan


Mengisi jadual data yang telah disediakan

3. 30 Mac 2009 Menaip draf dan mengumpulkan rekod-rekod kolaborasi


Berbincang bersama rakan-rakan untuk tindakan selanjutnya

4. 31 Mac 2009 Menyalin semula refleksi supaya lebih kemas


Menyusun data dapatan ke dalam bentuk jadual
5. 01 April 2009 Menyusun dan mengemaskini maklumat
Menaip tugasan
Mencetak bahan-bahan yang diambil secara ‘soft-copy’
Menyediakan penyataan untuk gambar

6. 02-06 April 2009 Menaip draf lengkap untuk tugasan


Menyediakan muka depan tugasan
Menggunting penyataan gambar

7. 07 April 2009 Menyemak kembali kekuranga pada tugasan


Membetulkan kesilapan yang telah dikenalpasti
Menyediakan folio
Mencetak tugasan yang telah disiapkan

8. 08 April 2009 Meneliti hasil tugasan

9. 09 April 2009 Menghantar tugasan

3.0 ) Instrumen Pengumpulan Data Berhubung Tugasan


3.1 ) Pemerhatian

Melalui pemerhatian yang telah saya lakukan semasa berada di SK Kuala Annau,
saya telah mengambil gambar-gambar yang berkaitan sebagai instrumen pelengkap
tugasan.

Rujuk Lampiran Bahagian 1.

3.2) Senarai Semak

Saya mendapatkan bahan-bahan dan melengkapkan data yang diperlukan


berdasarkan kepada senarai semak yang telah disediakan. Melalui senarai semak
tersebut, saya dapat mencari instrumen yang diperlukan dengan lebih terperinci dan
teratur.

Rujuk Senarai Semak di muka surat sebelah.

3.3) Temu Bual

Bagi mendapatkan pandangan serta maklumat yang berkaitan, saya turut


menemubual beberapa orang kakitangan sekolah dan juga pelajar . Temu bual tersebut
telah saya catatkan dalam bentuk nota ringkas dan bertulis tangan semasa sesi temu
bual tersebut.

4.0 ) Kolaborasi
Untuk tujuan kolaborasi, saya telah mencatatkan rekod kolaborasi bersama beberapa
orang kakitangan sekolah dan juga pelajar ke dalam boring kolaborasi yang disediakan
beserta tandatangan pengesahan. Saya berpendapat bahawa, kolaborasi adalah
penting untuk mendapatkan maklumat yang kita perlukan di samping meningkatkan
kemahiran berkomunikasi dengan orang lain dan juga meningkatkan keyakinan diri
ketika berinteraksi.

Rujuk Lampiran Kolaborasi di muka surat sebelah.

5.0 ) Ilmu / Pengetahuan Baru


5.1 ) Pemerhatian

Melalui pemerhatian yang telah dijalankan, saya mendapat pengalaman tentang


suasana dan juga budaya di sekolah terbabit. Saya dapat perhatikan bahawa setiap
sekolah ditekankan dengan pelaksanaan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP)
dan mendorong pihak sekolah menjalankan tugas dengan lebih komited.

Dalam pada itu, saya juga dapat membandingkan bahawa pengurusan yang lebih
sempurna membawa kepada kecemerlangan yang lebih besar berbanding pengurusan
yang lemah atau pasif. Ini dapat dilihat berdasarkan kepada pengurusan sekolah yang
terdahulu yang mana proses perkembangan dalam beberapa aspek agak lambat
berbanding pengurusan yang ada sekarang.

Dari segi disiplin pula, secara keseluruhannya, saya amat berpuas hati dengan
disiplin yang tinggi dalam kalangan pelajar di SK Kuala Annau yang telah dibudayakan
sejak beberapa tahun yang lalu. Pelajar-pelajar di sekolah tersebut menunjukkan
kerjasama dan sikap yang hormat yang tinggi kerana perkara ini amat ditekankan oleh
pihak sekolah. Sebagai contoh, pelajar bukan sahaja mengucap selamat kepada guru
ketika berlintas tetapi juga turut bersalam dan mencium tangan guru. Ini merupakan
satu budaya yang perlu diteruskan untuk terus membentuk modal insane yang
gemilang.

Meskipun dikategorikan sebagai Sekolah Kurang Murid dan juga sekolah pedalaman
yang kurang sempurna kemudahnnya, namun saya mendapati bahawa sekolah ini
sentiasa ingin maju dan cuba meningkatkan prestasinya dalam segenap aspek. Hal ini
telah mendorong kepada pelbagai pelaksanaan aktiviti yang melibatkan peningkatan
kepada reputasi sekolah dan seterusnya mendapat penghargaan daripada Jabatan
Pelajaran Daerah. Hal ini menjadi satu dorongan kepada saya untuk menempuh alam
perguruan kelak jika saya ditempatkan di sebuah sekolah yang sedemikian.

5.2) Pengalaman di Bilik Darjah


Saya berpeluang ‘teach-in’ semasa menjalankan PBS di SK Kuala Annau kerana
ketiadaan beberapa orang guru yang berurusan di luar sekolah. Dengan memanfaatkan
kesempatan yang ada, saya mengampil peluang untuk mendalami suasana di dalam
kelas dengan berinteraksi dengan pelajar-pelajar. saya telah membimbing beberapa
orang pelajar yang sedang membuat tugasan yang ditinggalkan oleh guru mereka.

Di samping itu, saya berasa seronok kerana begitu tertarik dengan suasana bilik
darjah yang begitu menarik dan unik. Saya dapat merasakan bahawa, suasana bilik
yang kondusif dan sudut pembelajaran yang sempurna menjadikan pelajar lebih
bersemangat untuk belajar dan menumpukan sepenuh minat kepada P&P.

Tidak kurang juga terdapat pelajar yang sedikit nakal terutamanya pelajar Tahun 1
yang suka membuat bising. Ini menjadi satu tanggungjawab kepada guru untuk
membuat teguran kepada pelajar. Saya juga sempat bertindak sedemikian dengan
menegur mereka yang bising dan seterusnya menjalankan aktiviti yang menarik minat
mereka.

Seterusnya, saya turut menjalankan pemantauan di kelas-kelas yang sedang


menjalankan P&P dan dibimbing oleh guru. Dari situ, saya dapat mengetahui kaedah
pengajaran yang digunakan oleh guru untuk memudahkan pelajar memahami proses
pembelajaran mereka. Rata-ratanya, guru-guru lebih suka menggunakan kaedah
pengajaran moden iaitu penggunaan ICT kerana itu lebih menarik minat pelajar.

6.0 ) Refleksi
Refleksi dalam PBS membolehkan pelajar pelajar dibimbing untuk menaakul,
memilih strategi pelaksanaan tugasan dan seterusnya membuat penilaian kendiri.
Amalan refleksi ini membolehkan pelajar menghayati dan meningkatkan
profesionalisme keguruan secara efektif.

Melalui refleksi, saya dapat mengesan keberkesanan pelaksanaan setiap tugasan


yang dilaksanakan. Selain itu, saya juga dapat menjadikan refleksi sebagai asas untuk
menambahbaik dan meningkatkan kualiti setiap tugasan secara berterusan. Di samping
itu, saya akan mampu memperkembangkan keupayaan celik akal bagi melahirkan
kreativiti dan inovasi dalam setiap tugas yang dijalankan. Secara langsung juga, refleksi
dapat meningkatkan kualiti insan guru yang mempunyai ilmu professional keguruan
yang tinggi.

Rujuk Amalan Refleksi di muka surat sebelah.

You might also like