You are on page 1of 7

Pertandingan Pidato Patriotisme 2010

IPG Kampus Raja Melewar

KERTAS CADANGAN
PERTANDINGAN PIDATO PATRIOTISME

1.0 PENGENALAN

31 Ogos 2010, telah genap XX tahun Malaysia mengecapi nikmat


kemerdekaan. Bermula dengan pelbagai kepayahan dan kesukaran, Malaysia terus
mengorak langkah menuju kemajuan tanpa memandang kebelakang.

Pelbagai kemajuan telah di capai oleh Malaysia di dalam pelbagai bidang antaranya
ekonomi, politik, pentadbiran, jaringan pengangkutan, teknologi maklumat dan
komunikasi serta lain-lain lagi.

XX tahun setelah mencapai kemerdekaan, generasi muda kebelakangan ini kurang


menghayati nilai sebuah kemerdekaan akibat lalai dek keselesaan yang di nikmati.
Mereka mula lupa siapakah pejuang yang telah bermati-matian berusaha untuk
mendapatkan kemerdekaan, lupa pada darah nenek moyang yang tumpah akibat
mempertahankan negara serta lupa pada kepayahan pemimpin-pemimpin terdahulu
menyatupadukan ke semua kaum dalam usaha memperoleh kemerdekaan.

Oleh yang demikian, pelbagai usaha perlu dilakukan untuk menyedarkan generasi
muda supaya lebih menghargai dan mengenang kemerdekaan Malaysia lebih dari
sekadar melaungkan kalimah Merdeka pada detik 12 malam 31 Ogos saban tahun.

2.0 OBJEKTIF

Beberapa objektif telah dikenal pasti bersesuaian dengan pelaksanaan program


Pertandingan Pidato Patriotisme 2010 ini yang antaranya ialah;

i. Memupuk semangat cintakan negara di kalangan warga IPG Raja Melewar


secara amnya dan para pelajar khususnya.
ii. Mengukuhkan kemahiran pidato khalayak di kalangan warga IPG Raja
Melewar.
iii. Sebagai satu wadah untuk warga IPG Raja Melewar meluahkan rasa cinta
mereka kepada negara dan kesyukuran kepada kemerdekaan yang
diperolehi.
iv. Memupuk semangat kerjasama antara warga kampus.

[SULIT]
Pertandingan Pidato Patriotisme 2010
IPG Kampus Raja Melewar

3.0 RASIONAL PROGRAM

Program Pertandingan Pidato Patriotisme ini bertujuan untuk memupuk semangat


cintakan negara di kalangan warga IPG Raja Melewar.

Kerapuhan pengetahuan golongan remaja terhadap negara Malaysia pada masa ini
adalah amat mendukacitakan. Sehubugan dengan itu, di harap agar program
Pertandingan Pidato Kenegaraan ini akan dapat meningkatkan lagi pengetahuan
semasa warga IPG Raja Melewar mengenai negara Malaysia.

4.0 TEMA

“Negara Malaysia, Bangsa Berjaya”

5.0 ANJURAN

Unit KPLI Pengajian Bahasa Inggeris

6.0 KUMPULAN SASARAN

Pelajar-pelajar Unit KPLI Pengajian Bahasa Inggeris

7.0 TARIKH DAN MASA PROGRAM

Butiran program adalah seperti berikut;

Tarikh : 30 September 2010

Masa : 10.30 pagi – 12.30 pagi

8.0 LOKASI PROGRAM

Pertandingan Pidato Patriotisme 2010 akan di akan bertempat di Balai Ilmu, IPG
Raja Melewar.

9.0 PERINCIAN PROGRAM

Di dalam Pertandingan Pidato Patriotisme ini beberapa aktiviti yang berlansung


adalah;

[SULIT]
Pertandingan Pidato Patriotisme 2010
IPG Kampus Raja Melewar

PERTANDINGAN PIDATO

Peserta akan menyampaikan pidato yang bertemakan patriotisme di dalam


pertandingan ini. Tajuk akan di berikan oleh penganjur seminggu sebelum
pertandingan berlangsung. Antara tajuk-tajuk yang di cadangkan adalah;

1. 1Malaysia : Satu Hasrat, Satu Matlamat


2. Rumah Terbuka : Wadah Asimilasi Kaum Di Malaysia
3. Laman Web Sosial : Wadah Mengukuhkan Integrasi Antara Kaum
4. Pejuang Negara Terbilang : Lekang Dek Panas, Lapuk Dek Hujan

Persembahan Sajak

Sebagai selingan Pertandingan Pidato Patriotisme ini, ia akan di selang selikan


dengan persembahan sajak dari beberapa pelajar Unit KPLI Pengajian Bahasa
Inggeris.

10.0 JAWATANKUASA PELAKSANA PROGRAM

Rujuk Lampiran A

11.0 TENTATIF PROGRAM

Rujuk Lampiran B

12.0 BELANJAWAN

Rujuk Lampiran C

KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, penganjuran Pidato Patriotisme ini diharap akan dapat


mengukuhkan lagi semangat cintakan negara di kalangan warga IPG Raja Melewar.
Selain daripada itu, di harapkan juga pengajuran program ini dapat meningkatkan
penguasaan dan kemampuan komunikasi khalayak secara total.

PENUTUP

Penganjuran Pidato Kemerdekaan ini diharap dapat mewujudkan impak positif


terhadap pelajar dan semua warga IPG Raja Melewar seterusnya meningkatkan
keprihatinan dan makna sebuah kemerdekaan. Kerjasama semua pihak sangat

[SULIT]
Pertandingan Pidato Patriotisme 2010
IPG Kampus Raja Melewar

dialu-alukan agar aktiviti-aktiviti yang telah dirancang dapat dilaksanakan dengan


lancar dan mencapai objektif yang telah dinyatakan. Diharapkan juga program ini
akan dapat dijalankan dengan sifat silaturahim yang erat dan kerjasama yang padu
dari semua pihak.

Di sediakan oleh,

__________________________ ___________________________
(MOHAMAD AZRUL BAHARUN) (SALKIAH BT MAZLAN)
Unit KPLI Bahasa Inggeris Unit KPLI Bahasa Inggeris

[SULIT]
Pertandingan Pidato Patriotisme 2010
IPG Kampus Raja Melewar

Lampiran A

JAWATANKUASA PELAKSANA
PERTANDINGAN PIDATO KENEGARAAN 2010

PENAUNG
Mohd Syarizal

PENYELARAS
Ong Qin Yong

PENGERUSI
Nanthini Nair

BENDAHARI
Low Li Xian

PENYELARAS MESYUARAT KHAS


Mohamad Azrul Baharun
Salkiah Mazlan

PROTOKOL
Sing Chin Hian
Vasuthi

TEKNIKAL
Mohammad Ali Akbar

PUBLISITI
Mohamad Izwan Tutur

MAKANAN
Gayathri

PERSIAPAN TEMPAT
Siti Farah Azuah

BUKU PROGRAM
Badrul Munir
Siti Maisarah

CENDERAMATA
Ramakrishnan A/L Kaniappan

PERSEMBAHAN
Prakash
Norhayati Abdul Rashid
Nalalagi
Vijaya
Mohd Akmal Tumian
Rezli Endi Ramli

[SULIT]
Pertandingan Pidato Patriotisme 2010
IPG Kampus Raja Melewar

Lampiran B

Tentatif Program

10.30 pagi : Ketibaan Warga IPG Raja Melewar


10.45 pagi : Ketibaan Dif Kehormat
: Ketibaan Perasmi
Pn. Hjh XXXXX Bte XXXXX
Pensyarah Jabatan Bahasa, Unit Bahasa Melayu
10.50 pagi : Ucapan Alu-aluan Pengacara Majlis
10.53 pagi : Ucapan Sdri. XXXXX bin XXXX
Pengerusi Pertandingan Pidato Kemerdekaan 2010
11.00 pagi : Pertandingan Pidato Kemerdekaan
12.00 tengah hari : Majlis Bersurai

[SULIT]
Pertandingan Pidato Patriotisme 2010
IPG Kampus Raja Melewar

Lampiran C

ANGGARAN BELANJAWAN
PROGRAM PIDATO PATRIOTISME 2010

HARGA SEUNIT DAN


No PERKARA JUMLAH (RM)
KUANTITI
URUSETIA
1 Tag Nama 27 unit x RM1.50 RM40.50
2 Catridge 1 unit x RM20 RM20.00
3 Kertas A4 1 rim x RM12 RM12.00
4 Maker Pen 2 batang x RM2 RM4.00
5 Pensil 10 batang x RM0.30 RM3.00
Keperluan Perasmian dan
6 RM10 RM10.00
Penutupan
Jumlah RM89.50
JAMUAN
1 Makanan 26 org x RM2 RM52.00
CENDERAHATI
1 Sijil 26 org x RM0.50 RM13.00
HADIAH
1 Hadiah 8 X RM2 RM16.00
JUMLAH BESAR RM170.50
5 % KONTIGENSI RM8.55
JUMLAH KESELURUHAN RM179.10

ANGGARAN PENDAPATAN

I. Kutipan Yuran Ahli RM 179.10

JUMLAH KESELURUHAN PENDAPATAN RM 179.10

[SULIT]

You might also like