P. 1
TEKNOLOGI BAHAN 1 (NOTA RINGKAS)

TEKNOLOGI BAHAN 1 (NOTA RINGKAS)

4.87

|Views: 46,993|Likes:
Published by mzairun

More info:

Published by: mzairun on Jul 29, 2008
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

10/26/2015

pdf

text

original

Sections

KEJURUTERAAN
MEKANIKAL

POLIMAS

*NOTA RINGKAS

DISEDIAKAN OLEH

ZAIRUNIZAM BIN UMAR,

POLIMAS, 06000, JITRA, KEDAH

MZAIRUN@YAHOO.COM

TEKNOLOGI BAHAN (ASAS)

JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL

POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MU’ADZAM SHAH (POLIMAS)
BANDAR DARUL AMAN,
06000 JITRA, KEDAH.

MODUL

: TEKNOLOGI BAHAN

KOD MODUL

: J3022

JAM KREDIT

: 2.5

KURSUS

: DIPLOMA/SIJIL KEJURUTERAAN MEKANIKAL

PENSYARAH

: MOHD ZAIRUNIZAM BIN UMAR

BILIK

: UNIT PEPERIKSAAN 1

TELEFON

: 04 – 9146170/ 049146100 ext 6410/0125996667

OBJEKTIF AM

Di akhir modul ini, pelajar-pelajar akan dapat:-

• Memahami asas pembentukan struktur atom
• Memahami bagaimana proses pemejalan logam dan aloi berlaku
• Memahami jenis logam ferus dan proses pengeluarannya.
• Memahami dan mengetahui proses kerja logam, tuangan dan rawatan haba.
• Memahami dan mengtahui ujian mekanik dan sifat-sifat mekanik bahan.
• Mengetahui jenis-jenis kakisan dan proses pencegahan kakisan
• Memahami dan menyenaraikan jenis-jenis logam bukan ferus.
• Memahami dan mengetahui jenis-jenis plastik, kebaikan dan keburukannya serta proses
pembuatannya.

KEPERLUAN KURSUS :

1. Pembacaan modul dan lain-lain bahan bacaan berkaitan.
2. Melibatkan diri dengan latihan dan aktiviti semasa kuliah.
3. Mengambil ujian dan peperiksaan yang ditetapkan.

PENILAIAN :

1. Ujian

2 x 20%

=

40%

2. Tugasan

4 x 5%

=

20%

3. Kuiz

4 x 5%

=

20%

4. Amali

2 x 10%

=

20%

JUMLAH PENILAIAN BERTERUSAN (P.B) = 100%(60%)
5. PENILAIAN AKHIR (P.A)

=100% (40%)

KEHADIRAN

1. Pelajar mesti hadir tidak kurang dari 80% masa pertemuan yang ditetapkan dalam jadual
perkuliahan.
2. Pelajar yang tidak memenuhi syarat kehadiran tersebut di atas tidak akan dibenarkan
menduduki peperiksaan akhir ( PB=0 & PA=0 ).

i

UNIT 1 :

STRUKTUR BAHAN (5 JAM)

1.1

Struktur Bahan

1.2

Atom

1.3

Unsur ( Elemen )

1.4

Campuran

1.5

Sebatian

1.6

Jadual Pekalaan Unsur

1.7

Ciri-ciri Jadual Perkalaan Unsur

1.8

Kegunaan Jadual Perkalaan Unsur

1.9

Konfigurasi Elektron

1.10 Hablur
1.11 Jenis-jenis ikatan Atom

UNIT 2

SISTEM ALOI PERDUAAN (5 JAM )

2.1

Pemejalan Logam dan Aloi

2.2

Pertumbuhan Bijian

2.3

Logam Tulin

2.4

Aloi ( Pancalogam )

2.5

Larutan Pepejal

2.6

Jenis-Jenis Larutan Pepejal

2.7

Pemejalan Bahan

2.8

Pembentukan Teras Dalam Pemejalan Logam

2.9

Rajah Keseimbangan Fasa Bagi Sistem Aloi
Perduaan

SOALAN 1

UNIT 3

PENGELUARAN BESI DAN KELULI (2 JAM)

3.1

Jenis-jenis Bijih Besi

3.2

Ciri-ciri Bijih Besi

3.3

Proses pengeluaran besi

3.4

Proses pengeluaran keluli

UNIT 4

KELULI KARBON BIASA (4 JAM )

4.1 Alotropi Besi
4.2 Gambarajah Keseimbangan Besi Karbon
4.3

Juzuk-juzuk Mikro Pada Keluli Karbon Biasa

4.4

Keluli Karbon Biasa

4.5

Kesan Unsur Lain Kepada Keluli Karbon Biasa

ii

4.6

Klasifikasi dan Kegunaan Keluli Karbon Biasa

4.7

Had-had Keluli Karbon

UNIT 5

KELULI ALOI DAN BESI TUANG (3 JAM)
5.1 Keluli Aloi
5.2 Pengkelasan Keluli Aloi
5.3 Besi Tuang
5.4 Faktor Yang Mempengaruhi Pembentukkan
Karbon Dalam Besi Tuang
5.5 Jenis-Jenis Besi Tuang
5.6

Kebaikan Besi Tuang

SOALAN 2

UNIT 6

KERJA LOGAM (2 JAM )

6.1 Kerja Sejuk
6.2 Kerja Panas

UNIT 7

PROSES TUANGAN (4 JAM)

7.1

Tuangan Pasir

7.2

Tuangan Lilin

7.3

Tuangan Acuan Tekanan

7.4

Perbandingan di Antara Kaedah-Kaedah Tuangan

UNIT 8

RAWATAN HABA PADA KELULI (3 JAM )

8.1 Penghabluran Semula
8.2 Proses Rawatan Haba
8.3 Proses Pegerasan Permukaan

SOALAN 3

UNIT 9

UJIAN BAHAN (2 JAM)

9.1 Sifat-Sifat Mekanik
9.2 Ujian Musnah
9.3

Ujian Tanpa Musnah

9.4

Ujian Penusukan Cecair

9.5

Ujian Serbuk Megnet

9.6

Ujian Ultra Sonik

9.7

Ujian Sinaran X

SOALAN 4

UNIT 10

KAKISAN (4 JAM )

10.1 Kakisan Pengoksidaan Terus
10.2 Kakisan Elektro Kimia
10.3 Bentuk Kakisan
10.4 Pencegahan Kakisan

UNIT 11

LOGAM BUKAN FERUS (3 JAM )

11.1 Aluminiun

iii

11.2 Kuprum
11.3 Timah
11.4 Zink
11.5 Plumbum
11.6 Bahan Galas

SOALAN 5

UNIT 12

PLASTIK (4 JAM)

12.1 Polimer
12.2 Istilah-Istilah
12.3 Struktur polimer
12.4 Jenis-Jenis Rantai Polimer
12.5 Proses Pempolimeran
12.6 Jenis-Jenis Plastik
12.7 Sifat Am Plastik
12.8 Kebaikan Plastik
12.9 Keburukan Plastik
12.10 Kaedah Pembentukan Plastik

SOALAN 6

iv

UNIT 1: STRUKTUR BAHAN

Sesuatu bahan berasal daripada struktur dalaman bahan tersebut. Struktur dalaman bahan melibatkan
atom-atom dan bagaimana atom-atom dihubungankan dengan atom-atom bersebelahan untuk
membentuk hablur, molekul dan struktur mikro.

Hablur terdiri daripada atom-atom yang tersusun dalam keadaan 3 dimensi mengikut corak berulang-
ulang atau sekata.

Molekul terdiri dua atau lebih atom-atom bergabung secara kimia, samada dari jenis atom yang sama
atau berlainan jenis.

Struktur mikro adalah struktur yang dipisahkan oleh sempadan ira (bijian). Struktur ini biasanya
memerlukan pembesaran untuk dilihat.

Atom Merupakan satu zarah asas yang membentuk segala bahan sama ada dalam bentuk pepejal, gas
atau cecair. Saiz atom adalah sangat kecil, walaubagaimana pun ia mempunyai berat dan sifat-sifat
tersendiri. Atom terdiri daripada tiga zarah asas

Zarah

Cas

Proton

Positif

Neutron

Neutral

Elektron

Negatif

Cas, atom adalah neutral kerana proton mempunyai cas yang bertentangan dengan elektron. Nukleus
terdiri daripada proton dan neutron. Manakala elektron berputar mengelilinginya. Susunan elektron
didalam atom ditunjukkan pada Rajah 1.2

Nukleus yang mengandungi
proton dan neutron

Elektron

Petala / orbit /
Petala 2

Petala 3

Kedudukan electron, nukleus dan orbit bagi atom

Elemen/Unsur merupakan gabungan 2 atau lebih atom-atom sejenis. Ianya berada dalam keadaan tulen.
Contoh: logam yang kurang relatif seperti emas dan paltinium. Bukan logam seperti intan, grafit dan
sulfur.

1

Campuran merupakan gabungan antara 2 atau lebih atom-atom yang berlainan jenis tetapi tidak
bergabung secara kimia.

Sebatian merupakan gabungan antara 2 atau lebih atom-atom yang berlainan jenis bergabung secara
kimia.
Contoh : Besi + Sulfida dan dipanaskan, menghasilkan besi sulfida.
Sebatian semulajadi sangat stabil kerana zarah-zarah didalamnya dipegang dengan kuat.
Jadi ia tidak akan mudah terurai. Cth : Natrium Klorida hanya boleh diuraikan pada suhu 800°C. Ikatan
yang terjadi disebut ikatan kimia.

Hablur

Pepejal boleh dikelaskan kepada pepejal berhablur dan pepejal amorfus.
Pepejal berhablur terdiri daripada atom-atom yang tersusun dalam tiga dimensi mengikut corak
berulang-ulang atau sekata.
Hablur terdiri dari logam dan bukan logam. Hablur tunggal ialah pepejal dengan sel unit tersusun sekata
manakala hablur polihablur pula terdiri daripada banyak hablur tunggal.

Butiran hablur

tunggal

Sempadan ira/bijian

Struktur dan sempada sepadan

Dalam proses pemejalan atom, logam cair akan bertindakbalas antara satu sama lain dan
menyusun kedudukan masing-masing dalam bentuk yang seragam dan teratur. Penyusunan
secara teratur ini dinamakan proses pembuatan ruang kekisi.
Hablur dapat dilihat dengan menggunakan alat X – Ray defractometer manakala bijian dapat
dilihat dengan jelas menggunakan mikroskop kajilogam setelah dicanai (grinding), pengilapan
(polishing), punaran (etching).
Empat jenis struktur hablur yang kerap kali ditemui ialah

2

1.Kiub Mudah (Simple Cube)
8 atom pada bucu x 1/8 = 1 atom

Cth: Garam (Na Cl)

2. Kiub berpusat jasad (BCC)
8 atom pada bucu x 1/8 = 1 atom
1 atom pusat = 1 atom
Jumlah 2 atom

kromium, molibdenum, titanium dan tungsten.

3

Jenis-Jenis Ikatan

4. Heksagon padat (HCP)
12 atom pada bucu x 1/6 = 2 atom
2 atom pada muka x 1/2 = 1 atom
6 atom pada sisi x 1/2 = 3 atom
Jumlah 6 atom

berilium, magnesium dan zink.

3. Kiub berpusat muka (FCC)
8 atom pada bucu x 1/8= 1 atom
6 atom pada muka x ½ = 3 atom
Jumlah 4 atom

aluminium, kuprum, emas dan nikel.

1.Ikatan Ionik terjadi apabila satu atau lebih elektron dipindahkan (didermakan) daripada satu atom ke
satu atom yang alin. Atom yang kehilangan elektron menjadi ion +ve (kation) manakala atom yang
menerima elektron bercas –ve (anion).

Elektron berpindah
daripada natrium
kepada klorin

Ikatan Ionik bagi Natrium Klorida

2. Ikatan Kovalen Perkongsian antara elektron supaya elektron luarnya (elektron valensi) sentiasa terisi
penuh. Terhasil daripada tarikan diantara elektron yang dikongsi ini dengan nukleus positif bagi atom
yang masuk kedalam ikatan. Biasanya bahan (material) yang mempunyai ikatan ini adalah rapuh.

(a) Molekul Cl2. Sepasang
elektron yang berkongsi

(b) Molekul oksigen O2. Dua
pasang elektron yang

Cl

Cl

O

O

3. Ikatan Logam (Metalik) atomnya tersusun sangat rapat antara satu sama lain. Setiap atom
membekalkan satu /lebih elektron yang bergerak keseluruh hablur logam berkenaan seperti yang
ditunjukkan pada rajah.
Tarikan antara ion logam positif dan elektron yang bebas akan menghasilkan daya ikatan yang kuat.

Ikatan logam (ion positif dalam gas elektron)

4

4

UNIT2: SISTEM ALOI PENDUAAN

Pertumbuhan bijian/hablur

1. Pertumbuhan nukleus - Bucu-bucu nukleus yang bebas memilih jalan masing-
masing ketempat lebih sejuk menyebabkan
pertumbuhan nukelus dan pekembangan bucu sumakin
bertambah
2. Dendrite tumbuhan - Lengan jejari akan terbentuk ianya sendiri membentuk
lengan-lengan secondry masing-masing 90 darjah
diantara satu sama lain. Ia berlaku berterusan hingga
satu suktur dendrite wujud.
3. Pertumbuhan dendrite dan lengan bertemu membentuk sempadan bijian.
4. Pemejalan tamat dengan terbentuknya bijian

Logam tulin -

Mempunyai elemen-elemen yang sama sifat-sifat yang lemah
Mudah ditempa

- mudah ubah bentuk
Mulur - boleh ditarik jadikaan wayar

Aloi

-

2 atau lebih kompenen bahan ( logam dan bukan logam )

Besi + C

Keluli

Pembentukan
nukleus

Dendrit
tumbuh

Pemejalan tamat dengan
terbentuknya bijian

Pertumbuhan dendrit &
lengan bertemu
membentuk sempadan
bijian

5

Larutan pepejal - Atom atau molekul-molekul bahan telah menduduki keduukan yang
biasa dalam kekisi hablur dan membentuk sesuatu fasa tunggal.
- Apabila pemejalan berlaku , atom-atom aloi akan tersusun dengan
teratur. ( ruang kekisi ).

Jenis-Jenis Larutan Pepejal

a.Larutan Pepejal Gantian

1.Secara rawak 2.Secara teratur

Zarah ambil tempat atom

Susunan teratur

Utama secara rawak, tidak
teratur

b. Secara celahan

Atom zarah yang kecil mengisi ruang-ruang
Diantara atom dalam kekisi. Mengelakkan kegelincaran
jenis ini lebih kuat

Sebatian Intermetalik / Antara Logam

Tindak balas Kimia terjadi diantara dua logam.Sebatian ini biasanya menghablur dalam stuktur
yang berlainan dari logam-logam asalnya.Struktur yang agak kompleks,tetapi kandungan yang
tetap.sifat yang rapuh. Cementite (karbida besi).

Atom Zarah

Atom Utama

6

Pemejalan Bahan

Logam dipanaskan dengan sekata mula melebur,seluruh logam akan melebur (titik melebur)

Penyejukkan

Tenaga kinetik bagi atom-atom/molekul bagi cecair tersebut berkurangan dan kelikatan logam semakin
bertambah
Dalam keadaan cecair atom-atom berada dalam keadaan rawak
Bila beku,atom tersusus dengan teratur ikut geometri tertentu.
Semua bahan pepejal terbentuk dalam keadaan amorphous (tak berhablur) atau crystalline ( hablur)

Pembentukan Turas Dalam Pemejalan
Logam

Susunan rangka dendrite

Rajah Keseimbangan Fasa Bagi Sistem
Aloi Perduaan

Menerangkan kandungan bahan dan struktur fasa.
Semua bahagian homogen (komponen) bahan yang boleh diasingkan secara fizikal dan
mempunyai kandungan kimia serta struktur yang teratur.

Fasa

Merujuk kepada suatu bentuk struktur atau kawasan yang mempunyai sifat berlainan jenis
akibat dari perubahan atau memiliki sifat semulajadi yang berbeza.
Ia dipisahkan oleh garis-garis lengkung pendinginan atau sempadan fasa

Rajah Keseimbangan Fasa

Peta sesuatu system dan ia menunjukkan fasa yang sepatutnya wujud di bawah keadaan
keseimbangan untuk sebarang gabungan rencaman dan suhu tertentu.
Memahami sistem logam dan aloi.

Komposisi

Peratus kandungan bahan-bahan yang tertentu sengaja atau tidak segaja di masukkan kedalam
sesuatu bahan
Kehadiran peratus komposisi bahan ini boleh menyebabkan perubahan dalam fasa, sifat dan
bentuk struktur miko bahan

Cecair (Liquidus)

Garisan lintang yang memisahkan antar fasa cecair bahan dengan fasa separa cecair
bahan.Semasa proses pemejalan berlaku, zarah bahan yang berada pada suhu lebur akan mula
memejal apabila suhu diturunkan.Titik permulaan proses pemejalan berlaku apabila melepasi
lintang liquidus.

Rajah Fasa Cu-Ni

1455

7

Rajah di atas menunjukkan suatu aloi yang mengandungi X % nikel akan memejal seperti berikut
:

i.

Pada suhu t1, kerencaman cecair 1 akan berada dalam keadaan keseimbangan
dengan larutan pepejal kerencaman yang sepadan kepada titik p pada garisan
solidus (garisan pepejalan). Oleh itu hablur larutan pepejal pertama membentuk
terdiri dari kerencaman p.

ii.

Apabila suhu turun maka kerencaman larutan pepejal berkecenderung untuk
berubah dengan cara resapan mengikut garisan pepejalan kepada titik q.

iii.

Pada suhu t2, cecair yang kerencaman m berada dalam keadaan keseimbangan
dengan larutan pepejal kerencaman.

iv.

Proses pemejalan aloi ini akan selesai pada suhu t3 apabila titisan terakhir cecair
kerencaman n, memejal, membaiki kerencaman hablur larutan pepejal kepada r.

1083

t2

t1

t3

p

q

r

m

n

Larutan

Suhu (

o C)

100% Cu

X% Ni

100

% Ni

t1 – suhu pemejalan bermula

t3 – suhu pemejalan berakhir

-cecair yang kerencaman m berada dalam
keadaan keseimbangan dengan larutan pepejal
kerencaman.

7

UNIT 4: KELULI KARBON

Kealotropan Besi Tulin

Kealotropan-Kemampuan sesuatu bahan untuk mempunyai lebih dari satu struktur hablur (penyusunan
atom-atom membentuk struktur hablur yang baru)

•penjelmaan alotrop – proses penyusunan atom-atom membentuk hablur baru.
•besi tulin adalah bahan logam yang bersifat kealotropan
pada suhu bilik besi berbentuk BBC( α-Fe)dan bertukar kepada FCC(γ-Fe)bila suhu melebihi
910⁰C dan akan berubah menjadi BBC(δ-Fe)apabila suhu melebihi 1400⁰C dan besi tulin akan
lebur pada suhu 1540⁰C

Ringkasannya:
α-Fe(BBC)↔γ-Fe(FCC)↔δ-Fe(BBC)↔LEBUR

Rajah Keseimbangan Besi Karbon

• Menunjukkan fasa-fasa yang wujud dalam keseimbangan bila aloi-aloi besi-karbon disejukkan
dengan perlahan pada suhu dan komposisi karbom yang tentu.
• Banyak sifat-sifat besi tuang dan keluli karbon serta mikrostrukturnya dapat
dijelaskan.Kandungan karbon biasa ialah<2.0% sementara bagi besi tuang adalah 2.0%-6.67%.

Hubungan fasa yang wujud dijelaskan oleh komposisi karbon dan suhu fasa tersebut:
Garisan LIKUIDUS ~ garisan ABED
Garisan SOLIDUS ~ garisan AFPGEH
Kawasan fasa yang berada diantara dua garis an di atas adalah kawasan dua fasa

• Fasa pepejal yang terdapat di dalam rajah keseimbangan.
FERIT (α)/Besi alfa ~merupakan larutan pepejal celahan karbon di dalam struktur BBC
besi.Daripada rajah,keseimbangan cuma sedikit karbon yang boleh larut dalam ferit dimana
takat kelarutan maksimanya ialah 0.02% pada suhu 723⁰C.Kebolehlarutan karbpn menurun
kepada 0.005% pada suhu 0⁰

AUSTENIT(γ)/ Besi gama -merupakan larutan pepejal karbon di dalam besi. Mempunyai
struktur hablur FCC dan kebolehan karbon yang lebih tinggi dari ferit.Kebolehlarutan karbon di
dalam austenite yang maksima adalah 2.0% pada suhu 1140⁰C dan menurun kepada 0.8% pada
suhu 723⁰C

SIMENTIT(Fe₃C)-merupakan satu sebatian antara logam (intermetallic).Tidak mempunyai had
kelarutan dan komposisinya adalah 6.67%C dan 93.3%Fe.Bersifat keras dan rapuh .

FERIT (δ) / Besi delta -merupakan larutan pepejal karbon di dalam δ besi.Mempunyai struktur
BBC seperti ferit tetapi mempunyai perimeter kesisi yang lebih besar.Kebolehlarutan maksima
karbon di dalam δ ferit ialah 0.09% pada suhu 1465⁰C

8

9

RAJAH KESEIMBANGAN FASA BESI KARBON (Fe-C)

10

Kesan unsur-unsur lain (selain karbon) terhadap keluli karbon biasa
(1.0%Mn,0.3%Si,0.05%S,0.05%P)

Mangan (Mn)

• Satu unsur yang penting.
• Semua keluli ada menbebaskan keluli daripada rongga-rongga gas/udara.
• Unsur ini boleh bergabung dengan sulfur-MnS boleh melemahkan keluli.
• Mn3C (larutan mangan +austernit) karbida stabil meningkatkan kekuatan tegangan dan
rintangan hentaman (keliatan).
• Mn dihadkan kepada 0.5%Mn sahaja.

Silikon (Si)

• Unsur bendasing berguna pada had 0.05-0.3%Si sahaja.
• Keluli berum dihadkan kepada 0.05% Si.
• Meninggikan kebolehaliran keluli semasa proses tuangan.

Sulfur (S)

• Kehadiran sulfur dalam bentuk MnS atau FeS,sulfur < 0.01%S.
• FeS > takat leburendah-keluli jadi lemah,bila dikerja panas.
>bahan yang rapuh pada suhu bilik,tak sesuai untuk dikerja sejuk.
• Biasanya Mn ditambah banyak untuk elak FeS terbentuk.
• Kandungan sulfur tidak melebihi 0.05%S.Untuk keluli alat (0.03%S)
• Untuk keluli pemotongan bebas (0.3%S,1.5%Mn dan 0.03%P).
• Kehadiran MnS pada keluli meningkatkan sifat kebolehmesinannya.

Fosforus (P)

• Fe3P (fosfid besi) rapuh dan larut dalam keluli.
• Kesan kekerasan,akan berkurangan dengan 0.05%P.
• Jika lebih,besi menjadi rapuh

11

10

11

12

13

14

15

UNIT 6 : KERJA LOGAM

Proses yang dilakukan ke atas logam sebelum ianya boleh dikeluarkan untuk kegunaan/ pasaran.

KERJA SEJUK

- Proses pengubahan plastik yang dijalankan pada suhu di bawah takat penghabluran

semula
- Proses dijalankan pada suhu bilik.
- Semasa proses (kepingan / jongkong) struktur hablur diubah dan terherot serta
memanjang kea rah kerja dilakukan.
- Logam jadi keras dan kekuatan berubah menjadi tegasan dalaman akan bertambah dan
kemuluran berkurangan.
- Sifat-sifat logam – kekuatan rintangan elektrik bertambah.
- Logam lebih rapuh dan keras dan akan pecah / retak jika terus diproses.
- Contoh :- Proses – mengelek,menarik,menekan dan biasanya pada logam yang sudah
dikerja sejuk.
- Proses pengakhiran (Finishing).

.

Fungsi :-

- Membolehkan dimensi yang tepat didapati pada hasil kerjanya.
- Mendapatkan kemasan permukaan yang bersih / licin.
- Mendapatkan pelbagai darjah kekerasan dengan mengenakan pelbagai kerja sejuk.

1. Proses Menarik.

- Penghasilan dawai,rod dan tiub.
- Hanya logam mempunyai kemuluran tinggi sahaja (disepuhlindap).
- Ditarik melalui satu acuan yang bergaris pusat tirus.
- Geseran, kesan licin dan tekanan yang kuat berlaku dibahagian persentuhan antara
acuan dengan bahan dan memanaskan bahagian ini.
- Penyejukan diberikan.
- Bahan acuan mestilah cukup keras / kuat menentang kehausan / lelasan yang dibawa
oleh kesan-kesan tersebut.

Bahan acuan keras dan kuat
Tungsten Carbide insert (die insert)

16

Geseran / kesan ricih tekanan.
-panas.

-
- harus diperhatikan telah dikerja sejuk dengan lengkap dan sejuk dengan cepat elak
herot/putus.

2. Proses Menggelek

- Produk- kepingan jalur/skrip.
- Dengan 4 penggelek
- Penggelek kecil untik nipiskan logam.
- Penggelek besar menyokong/resapgeteran ketebaan yang tetap.
- Bahan pelincir diberikan sebelum dan selepas proses, untuk elak berlakunya
pertumbuhan bijian.

Kebaikan dan keburukan Proses Kerja Sejuk

Kebaikan

Keburukan

Kemasan permukaan yang baik.

Kos yang tinggi berbanding dengan proses
kerja panas.

Ketepatan ukuran yang tinggi.

Bahan menjadi rapuh kurang mulur
disebabkan pengerasan kerja.

Meninggikan cirri-ciri kemasan logam supaya
kemasan yang baik dan membaiki kekutan dan
tengangan.

KERJA PANAS

1. Pembentukan logam yang dilakukan sedikit diatas suhu penghabluran semula.
2. Berlaku canggan plastic pada struktur bijian.
Penghabluran semula akan memulihkan kekisi asas.
3. Jika suhu rendah lebih banyak daya diperlukan untuk mengherotkan logam.
4. Jika suhu lebih tinggi kerja mudah dilakukan tanpa risiko logam meretak.
5. Jika panas lampau akan berlaku pengoksidaan dan melemahkan bahan.

Jenis-jenis Kerja Panas.

- Menggelek panas.
- Tempaan panas
- Penyemperitan panas

1. Proses Menggelek panas.

17

- Proses – menipis/meratakan jongkong.
- Digelek satu peringkat atau beberapa peringkat sehingga ketebalan yang dikehendaki.
- Contoh :- Rangka pembinaan, bar bulat – guna penggelek bentuk khas.

2. Tempaan Panas.

- Kepingan/jonkong dihantam dengan tukul/punch, sama ada guna gravity atau
pneumatic.
- Bahan kerja (logam) diletak diantara dua awan.
- Acuan diikat pada tukul (atas) dan anvil (bawah).
- Apabila daya diberikan kedua-dua bahan awan ini akan bercantum menjadi satu awan
(awan tertutup).
- Bahan – ikut isipadu atau dilebihkan – bahan slesh mengalir keluar.
- Struktur atau bijian akan berubah orentasi.
- Contoh :- Spanar,rod penyambung, bolt.

3. Penyemperitan (Extrution).

- Penolakan satu billet panas melalui satu awan dengan menggunakan kuasa hidraulik.
- Jongkong (ingot) ditekan sehingga menyalir dibawah tekanan tinggi, melalui saluran

orifis/die.

- Kelebihannya adalah hasil dapat dipelbagaikan. Bentuk yang rumit dengan ketepatan
dimensi yang baik.
- Bahan kerja adalah terhad dimana bahan yang takat lebur rendah, berkecairan baik,
tembaga, aloi loyang dan aluminium serta alloinya.

Kebaikan dan Keburukan Kerja Panas.

Kebaikan

Keburukan

Memecahkan struktur hablur yang besar/kasar
yang terdapat didalam jongkong.

Dimensi akhir agak sukar diperolehi – logam
panas mengecut.

Jika suhu kemasan yang betul, pengahalusan
bijian akan didapati..

Permukaan akhir tidak kemas. Berlaku
pengoksidaan di permukaan pada suhu yabg
tinggi.

Jika dibawah tekanan tinggi dikenakan,
rongga-rongga (blow hole) akan terhapus.

Untuk membaiki bendanya haruslah melalui
kerja sejuk semula.

Kekuatan,kemuluran,keliatan benda kerja lebih
baik bebanding dengan proses kerja sejuk.

18

UNIT 7: PROSES TUANGAN

Tuangan

Proses tuangan adalah satu proses pengeluaran di mana bahan yang diperlukan, dipanaskan
sehingga lebur dan kemudiannya dituangkan ke dalam acuan dan dibiarkan memejal melalui
penyejukan tersendiri sebelum dikeluarkan untuk dibersihkan atau di mesin semula
menggunakan acuan daripada pasir.

Kaedah-kaedah tuangan :

a) Tuangan pasir ( sand casting )
b) Tuangan lilin hilang ( lost wax/investment )
c) Tuangan acuan tekanan (pressure die-casting )
d) Tuangan gravity ( acuan kekal ) dan kelompang

1. Tuangan Pasir ( sand casting)

a) Satu acuan dihasilkan dengan memadatkan pasir-pasir pengacuan (campuran pasir
silika dengan satu kadar tanah liat yang berfungsi sebagai pelekat), mengelilingi satu
bentuk corak komponen yang biasanya diperbuat dari kayu.

b) Acuan ini terbahagi kepada dua bahagian atau lebih. Bahagian atas acuan dinamakan
“COPE” dan bahagian bawah pula dipanggil “DRAG”

c) Disebabkan kekonduksian haba yang rendah pada pasir pengacuan, kadar pemejalan
dalam tuangan pasir amat kecil. Ini menyebabkan terjadinya struktur bijian yang kasar
pada hasil tuangan.

d) Tuangan pasir dianggap sesuai bagi menghasilkan tuangan berbagai bentuk bagi
hampir semua logam pada sebarang saiz dengan kos acuan yang murah.

PROSES PENGACUANAN TUANGAN PASIR

Bagi menghasilkan acuan ini pula, jenis corak yang digunakan adalah corak belah dan
menggunakan satu teras pasir lembab.

19

TUANGAN LILIN HILANG

Langkah-langkah Penghasilan Produk Tuangan Lilin Hilang.

• Corak tuangan lilin dihasilkan dengan menggunakan lilin. Corak lilin dicelup ke dalam pekatan
bahan penyalut tahan panas untuk menghasilkan permukaan yang licin pada bahagian dalam
dinding acuan .

Gambarajah 7.16 : Satu corak tuangan lilin

• Corak lilin yang disaluti bahan tahan panas diletakkan ke dalam bekas acuan logam. Bahan
peleburan dituangkan ke dalam bekas acuan. Kemudian dibiarkan mengeras di keseluruhan
bekas acuan bagi membentuk acuan. Bahan peleburan yang digunakan terdiri daripada bahan
pengeras dan pasir silika.

Gambarajah 7.16 : Kedudukan corak bagi tuangan lilin

• Acuan lilin kemudian dipanaskan di dalam relau pada julat suhu 100°C sehingga 200ºC. Corak
lilin akan lebur dan mengalir keluar untuk menghasilkan rongga acuan.

• Acuan akan dikeluarkan daripada relau dan diterbalikkan. Logam lebur akan dituang ke dalam
rongga acuan. Bila logam lebur telah memejal, produk tuangan bolehlah dikeluarkan.

Gambarajah 7.17 : Lilin lebur dan mengalir keluar

Acuan bagi produk tuangan pasir.

20

Kebaikan proses ini ialah pencapaian ketepatan dimensi yang lebih tinggi (0.05mm), kemasan
permukaan yang lebih baik dan kos memprosesnya adalah murah.

TUANGAN ACUAN TEKANAN

• Langkah-langkah Penghasilan Produk Tuangan Acuan Tekanan.

• Logam lebur dimasukkan ke dalam kebuk.

• Teras dikeluarkan dan die pengeluar digerakkan ke belakang.

• Pin penolak akan menolak produk tuangan keluar dari die.

21

Kebaikan proses ini ialah :

i.

Acuan ini adalah acuan kekal dan boleh digunakan berulangkali.

ii.

Ia adalah lebih ekonomik dan sesuai dalam pengeluaran komponen-komponen kecil secara
besar-besaran.

iii.

Rupabentuk yang rumit dan keratan yang nipis boleh diperolehi.

iv.

Kecacatan keliangan dapat diperkecilkan disebabkan tiada kedapatan sebarang gelembung
udara yang terperangkap kerana telah dimampat keluar oleh tekanan.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->