You are on page 1of 28

Pengenalan

Dalam usaha ingin mengetahui sebab musabab kejadian sesuatu fenomena, kajian asas
perlu dilakukan agar faktor –faktor yang mempengaruhi sesuatu kejadian dan fenomena dapat
dihuraikan dengan tepat. Dalam kajian geografi fizikal yang lebih dekat dengan persekitaran
fizikal bumi, kajian mengenai kejadian seperti tanah runtuh, pembentukan mendapan dan banyak
lagi fenomena sering menjadi perhatian terutamanya yang berkaitan dengan kehidupan
organisma diatas bumi seperti manusia, haiwan, tumbuh-tumbuhan dan juga benda yang tidak
hidup. Kedua-dua benda ini saling bergantung antara satu sama dan lain. Persekitaran yang
merangkumi manusia, haiwan, tumbuh-tumbuhan dan termasuklah bentuk fizikal dikenali
sebagai Biogeografi. Biasanya kedudukan biogeografi di atas sistem bumi diletak dalam sistem
biosfera dimana hidupan dan bentuk fizikal yang berada dalam sistem ini saling mempengaruhi
antara satu sama yang lain kerana biasanya faktor fizikal boleh menentukan ciri-ciri sesuatu
hidupan di kawasan tersebut. Biosfera biasanya dikaitkan dengan proses sesuatu fenomena yang
berkaitan dengan hidupan dan benda tidak hidup yang terdapat di muka bumi. Sifat
kebergantungan antara hidupan dan bentuk fizikal biasanya menjadi tumpuan kajian oleh ahli-
ahli geografi yang mengkhusus dalam bidang biogeografi. Sama ada kajian mengenai evolusi
sesuatu hidupan ataupun pengaruh hidupan terhadap hidupan yang lain dan fizikal
persekitarannya. Bagi mengetahui lebih lanjut megenai biogeografi, kita haruslah mengetahui
terlebih dahulu apakah yang dimaksudkan dengan istilah biogeografi dan perkara-perkara yang
berkaitan kerana biogeografi ini merupakan pekara-perkara yang wujud di persekitaran kita yang
mungkin kita sedar ataupun tidak.
1.0 DEFINISI BIOGEOGRAFI

Biogeografi secara umumnya didefinisikan sebagai kajian tentang hidupan di bumi. Manakala
secara tradisional, dikenali sebagai pembelajaran lepas dan masa kini tentang taburan geografi
tumbuhan, haiwan dan organisma lain. Manakala dalam dunia moden hari ini, biogeografi
dimasukkan sebagai satu pembelajaran tentang kepelbagaian corak geografi dalam alam
semulajadi yang bermula dari gen, kepada masyarakat, seterusnya membentuk ekosistem.

Seterusnya, istilah biogeografi juga sering digunakan oleh dua pendapat utama pengkaji,
pertama oleh ahli biologi yang mana berminat dalam menjelaskan tentang pembahagian
berbagai-bagai unit taksonomi tumbuhan dan haiwan. Manakala, pendapat kedua pula terdiri
daripada ahli geografi yang mana mempunyai minat dalam taburan dan hubungan dalam
organisma hidup. Namun, bagi pengkaji geografi, tumpuan yang lebih diberikan terhadap kajian
geografi tumbuhan daripada geografi haiwan. Ini disebabkan, kajian tentang taburan
kebanyakkan spesies haiwan lebih sukar akibat dari perbezaan saiz serta tabiat hidup sebahagian
haiwanyang bersaiz besar yang suka menghindarkan diri.

Istilah penggunaan “biogeografi” diperkenalkan oleh ahli biologi iaitu MacArthur dan E.
O. Wilson pada tahun 1960-an, yang merupakan satu bidang ilmu yang mengandungi evolusi
biologi iaitu perbincangan tentang biologi, ekologi, genetik, geografi dan paleontologi, yang
digunakan untuk mengetahui pembahagian spesies dan kepelbagaiannya (Brian Daughtry, 2010)
Kemudian, biogeografi dikembangkan dan mula dipopularkan oleh ahli pengetahuan alam yang
awal seperti Carl von Linne, Alexander von Humbolt, Edward Forbes, Joseph Hooker, Louis
Agassiz, Alfred Wallace dan Charles Darwin, yang pada asalnya mengklasifikasikan perbezaan
aspek tumbuhan.

Biogeografi didefinisikan sebagai percubaan sains untuk menerangkan dan


mengintepretasikan tentang pembahagian geografi organisma, yang selama ini tertahan daripada
perbezaan diantara dua disiplin iaitu berkaitan biogeografi ekologi dan sejarah. Biogeografi
sejarah adalah percubaan untuk menjelaskan pembahagian organisma sebagai lanjutan daripada
evolusi dan proses geologi pada masa lalu. Manakala biogeografi ekologi pula, menumpukan
kajian pada faktor fizikal dan biologikal yang boleh menjelaskan tentang “apa itu hidup, dimana
dan kenapa”. Interpretasi biogeografi adalah khusus mengikut lapangan pembelajaran. Menurut
ahli biologi molekul, mendefinisikan biogeografi sebagai pembelajaran tentang garis keturunan
gen, manakala ahli ekologi menganggap biogeografi adalah kajian tentang ekosistem dan
banjaran geografikal. Tambahan lagi, biogeografi juga dikenali sebagai pembelajaran berkaitan
biosfera, yang mengandungi tentang alam sekitar fizikal, tanah, haiwan dan tumbuhan (Malte, C.
Ebach & Raymond, S. Tangney, 2007:1).

Seterusnya, pengertian biogeografi juga turut dinyatakan oleh beberapa sarjana,


antaranya J.Tivy, yang menunjukkan istilah biogeografi sebagai gabungan sains biologi dan
geografi. Dalam pengkajian geografi, kajian biogeografi termasuk pembahagian corak haiwan
dan tumbuhan yang ada di biosfera dalam konteks ruang dan waktu dan percubaan untuk
menganalisis tentang punca dan proses yang mana bertanggungjawab dalam kepelbagaian ruang
dan waktu.(:4) Manakala menurut Margaret Anderson, beliau mendefinisikan biogeografi
sebagai pati dalam hubungan biologi diantara haiwan dengan keseluruhan persekitaran yang
bernyawa dan tidak bernyawa. Beliau juga turut mengatakan bahawa, kajian biogeografi pada
masa dahulu terdiri daripada haiwan dan tumbuhan sebagai kajian utama dan pada masa kini,
perkara ini dibahagikan kepada dua cabang iaitu geografi tumbuhan dan haiwan. Tetapi dalam
kajian ahli geografi, geografi tumbuhan lebih dititik beratkan berbanding geografi haiwan (Joy
Jivy, Terj. Rosiyah Abdul Latif & Chan Ngai Weng, 1992:2). Ismail (1989) pula mendefinisikan
biogeografi sebagai kajian hidupan daripada segi geografi dan dari segi biologi kerana mengkaji
taburan hidupan, implikasinya dan sebab keadaan ini wujud.

Definisi tentang biogeografi juga turut dinyatakan oleh M. G. Lemee iaitu Profesor
Ekologi di Orsay, di dalam bukunya yang bertajuk Precis de Biogeoraphie. Menurut beliau,
biogeografi merupakan satu sains geografi kerana biogeografi mempunyai kecenderungan untuk
membentuk hubungan dengan alam tumbuhan dan haiwan serta fenomena geografi. Antaranya,
cuaca, geomorfologi, tanah, aktiviti manusia yang bertujuan untuk mendapat suatu pandangan
sintetik tentang aspek-aspek permukaan bumi (Joy Jivy, Terj. Rosiyah Abdul Latif & Chan Ngai
Weng, 1992: 2). Seterusnya, menurut Brown dan Gibson (1983), mereka menyatakan bahawa
biogeografi merupakan ilmu bagi memahami tumbuh-tumbuhan dulu dan kini, pengkaji merujun
kepada perubahan pola taburan tumbuhan mengikut perubahan masa.
Tujuan kajian berkaitan biogeografi adalah untuk membantu kita dalam memahami dan
menghargai tentang persekitaran hidup yang kita lalui setiap hari. Tujuan kajian biogeografi
adalah untuk menjelaskan perbezaan geografi antara tumbuh-tumbuhan dan hidupan liar. Selain
bertujuan untuk mengetahui dimanakah habitat spesies dan memberi maklumat tentang kenapa
spesies tersebut tingga di habitat sedemikian. Dalam mendalami pembelajaran tentang
biogeografi, seseorang akan mengetahui serta memahami kombinasi dalam geografi, alam sekitar
dan faktor sejarah telah membawa kepada kepelbagaian kehidupan tumbuhan dan binatang.

Secara rumusannya, biogeografi meliputi bidang geografi haiwan dan tumbuhan, alam
tanih dan beberapa aspek peranan manusia di dalam biosfera.

2.0 SEBAB PERBEZAAN BIOGEOGRAFI

Biogeografi merupakan kajian tentang hidupan dibumi iaitu taburan tumbuh-tumbuhan dan
haiwan dan organisma lain. Dalam pengkajian tentang biogeografi, ia akan menjelaskan tentang
kepelbagaian taburan tumbuh-tumbuhan daan haiwan dibeberapa kawasan. Hal ini disebabkan
oleh beberapa faktor yang membawa kepada perbezaan biogeografi di setiap kawasan.

Menurut Odum (1971), antara faktor yang mempengaruhi perbezaan biogeografi


mengikut kawasan ialah terbahagi kepada dua iaitu faktor abiotik atau benda tidak hidup dan
faktor biotik iaitu benda hidup. Faktor abiotik terbahagi kepada tiga iaitu atmosfera yang terdiri
daripada iklim, suhu, cahaya matahari, dan hujan, keadaan tanah serta bentuk muka bumi.
Manakala faktor biotik ialah aktiviti manusia.

Biotik Atmosfera – Iklim,


Suhu, Hujan dan
Faktor perbezaan Cahaya

Abiotik Tanah

Bentuk Muka
Bumi (BMB)
Faktor Biotik

1.0 Pengkacukan.

Manusia telah mencetuskan satu fasa perubahan organik yang baru yang terus meningkat dan terus
semakin bertambah hebat. Semasa kadar perubahan organik ini, kadar evolusi tumbuhan dan
penghijrahan telah melebihi kadar evolusi dan penghijrahan untuk jangka masa yang sama pada zaman
dahulu. Manusia telah mengubah keseimbangan spesis tumbuhan dan haiwan. Manusia juga telah
meningkatkan bilangan julat sesetengah spesies tertentu yang menyebabkan spesis lain termusnah
sebahagian atau seluruhnya. Manusia telah menjadi agen penyebaran dan taburan semula spesis utama di
seluruh dunia. Secara sengaja atau tidak sengaja manusia telah mengubah arah dan mempercepatkan
kadar evolusi tumbuhan dan haiwan.

Manusia secara sengaja menghasilkan spesis tumbuhan yang baru melalui pemilihan dan
pembiakan varians dan dengan cara menghasilkan atau mengacuk silang dua jenis tumbuhan yang
berbeza. Di samping itu, manusia juga melahirkan keadaan persekitaran yang cenderung dan
memudahkan berlakunya evolusi spesis yang baru. Dalam habitat yang agak stabil, evolusi memang
merupakan suatu proses yang perlahan. Individu varians atau mutan yang berkembang di kalangan spesis
yang berlainan hanya akan menghasilkan ras atau strain yang baru dalam keadaan yang sesuai untuk
kemandirian spesis tersebut. Oleh itu, spesis tersebut dapat mengekalkan cirinya yang bebas daripada
persenyewaan silang yang berterusan dengan ahli lain dalam spesis yang sama. Dengan yang demikian,
spesis itu boleh mengekalkan cirinya yang bebas daripada persenyawaan silang yang berterusan dengan
ahli lain dalam spesis yang sama. Penghasilan spesis baru secara pengkacukan agak jarang berlaku dalam
keadaan ini. Ini disebabkan sesetengah spesis tidak boleh saling membiakbaka sementara yang lain pula,
boleh membiakbaka tetapi kacukan asalnya tidak akan mendatangkan hasil. Sebaliknya, dua spesis yang
dikacukan semasa ditanam tidak semestinya menghasilkan kacuk apabila spesis tersebut wujud hampir
dengan spesis liar ataupun jika kacuk terjadi, kacuk tersebut tidak akan kekal.

Terdapat banyak tumbuhan lain yang lahir daripada varians yang tumbuh di habitat yang
terganggu dan memberikan peluang bagi spesis tumbuhan tersebut bertapak. Spesis ini mempunyai
hubungan dengan manusia kerana evolusi ini disebabkan oleh tindakan manusia dan akhirnya mencapai
jumlah yang banyak dan juga evolusinya. Spesis ini bergantung kepada manusia untuk terus wujud.
Spesis ini adalah pengikut khemah iaitu jenis tumbuhan yang biasanya dikenali sebagai rumpai. Rumpai
ini kadangkala ditakrifkan sebagai tumbuhan yang tumbuh di tempat yang tidak dikehendaki atau bukan
di tempat yang sesuai. Hal ini mungkin kerana rumpai ini tumbuh dengan cepat daripada yang sepatutnya.
Penghasilan bijih benih yang sangat banyak bersama dengan julat toleransi yang luas tehadap
keadaan persekitaran yang berubah-ubah telah membantu dan mempercepat penyebaran dan taburan yang
meluas oleh manusia sendiri. Diantara spesis tumbuhan yang telah tersebar ke seluruh dunia seperti di
kawasan tropika dan suhu sederhana ialah rumpai yang berbahaya kepada tanaman seperti dandelion
(Taraxacum officinale), ‘sherpherd’s purs’ (capsella bursa-pastoris), plaintain ( plantago spp) dan
‘chickweed’ (stellaria spp). Hubungan yang sangat awal dengan manusia dibuktikan oleh dengan adanya
debunga yang diperoleh daripada spesis seperti rib-wort, plaintain (plantago lanceolata) dan fat-hen
(chenopodium spp) dalam endapan gambut zaman neolitik di utara Eropah. Di kebanyakan kawasan
rumpai kekal sebagai bukti sebagai manusia pernah wujud di kawasan tersebut. Orang Indian di Amerika
menamai rumpai plaintain sebagai ‘tapak kaki Orang Putih’ . Dirian nettle ( Urtica dioica) yang tebal
sering mempunyai habitat lain di kawasan dimana ia tumbuh iaitu tanah yang kaya dengan fosforus.
Pokok resam (Pteridum aquilinum) akan tumbuh dengan subur bertahun-tahun di tanah yang dibajai
dengan najis manusia. Oleh itu, kita mendapati tindakan manusia akan menyebabkan berlakunya evolusi
terhadap tumbuh-tumbuhan.

Asal usul dan perkembangan dua tanaman bijirin yang utama iaitu gandum dan jagung telah
dijadikan kajian genetik dan arkeologi yang paling intensif. Bukti arkeologi yang terawal tentang
pertanian diperoleh dari tapak-tapak pertanian di Asia Kecil, iaitudi jaluran gunung yang membentuk
bahagian sisi utara-barat kawasan ‘ Lingkungan Bulan Sabit yang Subur ‘ di Iraq dan Syria. Dalam kajian
moden terhadap genetik tumbuhan telah mengesahkan bukti arkeologi bahawa pusat awal penanaman
gandum adalah terletak di Asia Kecil. Selanjutnya kajian genetik ini banyak menerangkan bagaimana
spesisi yang berbagai-bagai itu dikumpulkan kedalam tiga kumpulan yang berbeza oleh angka
kromosom. Jenis eikhorn , dengan angka kromosom yang terendah dianggap primitif. Kumpulan kedua
yang dihasilkan oleh pengkacukan diantara eikhorn dan rumput liar yang rapat kaitannya dengan eikhorn.
Kumpulan yang ketiga dan yang paling terevolusi, mewakili pengkacukan yang kemudiannya. Kumpulan
ini mengandungi gandum roti yang moden. Pengkacukan ini bukanlah pengkacukan yang sengaja dikawal
melainkan sebagai hasil perhubungan di antara tanaman dan rumpai, dan kemandirian kacuk yang terhasil
secara tidak sedar dipermudah oleh manusia pada peringkat yang sangat awal.

2.0 Pertanian.

Dalam proses evolusi jagung misalnya, walaupun kepelbagaian jenis jagung yang terbesar kini ditemui
dikawasan Andes di bahagian barat laut Amerika Selatan , namun pusat asal-usul jagung yang dipelihara
(ditanam) sebenarnya mungkin terletak lebih jauh ke Utara Amerika Tengah.
Asia tenggara dan barat laut Amerika Selatan sebagai kawasan asal bagi haiwan peliharaan dan
tumbuhan. Kedua-dua kawasan ini sesuai dari sudut iklim berupa kawasan gunung yang tinggi dengan
habitat fizikal yang sangat berbeza-beza serta mempunyai kepelbagaian haiwan dan tumbuhan yang
sangat banyak. Kedua-dua kawasan ini membolehkan masyarakat penangkap ikan menetap dan kedua-
duanya terletak secara strategik di kawasan persimpangan perhubungan manusia. Akhirnya kedua-duanya
merupakan kawasan penanaman dan pembiakan tumbuhan. Kedua-duanya juga dicirikan oleh kewujudan
tanaman makanan ruji yang penting seperti ubi kayu dan ubi keledek di Amerika Selatan dan keladi serta
pisang di Asia Tenggara) yang bergantung kepada pembiakan vegetatif dan mungkin pada mulanya
merupakan tanaman yang ditanam di kedua-dua kawasan ini.

Apabila manusia mula berpindah dari kawasan penanaman asal ke kawasan baru, tumbuhan dan
teknik penanaman yang baru juga akan dibawa. Disebabkan permindahan yang berlaku, manusia akan
menggunakan kaedah pembiakan vegetatif yang diketahui keatas tumbuhan lain. Pertukaran kawasan yan
berlainan iklim akan menyebabkan manusia memilih spesis yang lebih sesuai untuk keadaan yang baru.

Menurut sauer, pusat utama bagi asal penanaman bijih benih mungkin terletak dikawasan
Guatelama-Mexico. Bukti arkeologi nampaknya menunjukkan bahawasa disinilah jagung mula-mula
ditanam. Dari pusat ini, jagung, kacang dan labu berkembang dan tersebar di seluruh kawasan pertanian
di Amerika Utara dan arah selatan Andes. Di utara China iaitu kawasan iklim subtropika yang beriklim
sederhana, sekoi dan kacang mula ditanam. Seterusnya bijirin, gandum dan barli tumbuh di kawasan
barat laut India hingga ke timur Mediterranean. Kawasan ini dicirikan sebagai kawasan yang tidak subur
dan mengalami perubahan hujan pada musim panas dan sejuk. Tumbuhan seperti bijirin, barli dan
gandum kemudian digantikan dengan tanaman bijirin yang penting di kawasan yang lebih sejuk dan
basah di utara dan barat laut Eropah. Tanah tinggi Abyssinia membentuk sebuah kawasan penempatan di
Afrika dimana kawasan asal bijirin betari dan banyak penemuan berbagai-bagai jenis gandum primitif
dan terutamanya barli.

3.0 Mencipta dan membiakbakaan.

Manusia dengan tidak sengaja menghasilkan spesis dan varieti yang baru dan secara sengaja dan tidak
sengaja telah menggalakkan kemandirian spesis dan varieti baru itu. Proses ini berlaku dengan cekap dan
cepat dan telah wujud semenjak kira-kira 7000-8000 tahun dahulu. Pembiakan yang baru terhasil
daripada tumbuhan hiasan dan tanaman foder bagi haiwan ternakan terutamanya rumput dan legum yang
merupakan makanan ternakan bagi kuda dan lembu. Kini tumbuhan ini merupakan tanaman peliharaan
yang ditanam dengan banyak. Tumbuhan seperti pokok yang menghasilkan getah (H evea) di
Amerika Selatan dan kuinin (Chinchona) telah lama diketahui penting dari sudut komersial semenjak
akhir abad kesembilan belas.

Tujuan utama pembiakbakaan moden adalah untuk menghasilkan varieti tumbuhan yang
memebrikan pengeluaran yang maksimum dari segi ekonomi dan paling cekap dari segi kualiti dan
kuantiti, dalam keadaan tumbuhan itu ditanam. Manusia lebih berkebolehan daripada leluhurnya bukan
sahaj untuk memilih tumbuhan yang paling sesuai dengan keperluannya tetapi juga untuk memilih
tumbuhan yang paling sesuai untuk menghasilkan keperluannya dalam keadaan persekitaran dan
pertanian tertentu. Manusia telah berusaha untuk menghasilkan ras pertanian bagi tanaman yang
ditanamnya. Jenis pertanian ini bukan sahaja sesuai dengan keadaan persekitaran semulajadi tetapi juga
terhadap tanah yang telah terubahsuai akibat saliran atau pembajaan dan terhadap kaedah penanaman
mekanikal. Tumbuhan makanan ini merupakan ras ekologi yang tersesuai terhadap habitat pertanian yang
tertentu.

Di Amerika Syarikat, jentera telah digunakan dengan jayanya untuk menuai kapas dan
penggunaan jentera ini bergantung kepada pembiakan berbagai-bagai yang boleh masak pada masa yang
sama dan tinggi tertentu yang seragam. Biji-biji benih yang tahan kemarau yang dibawa masuk ke Texas
dan Oaklahoma dari Afrika perlu dibiakbaka untuk menghasilkan bentuk tumbuhan yang rendah kerana
varieti Afrika ini mempunyai ketinggian dua meter setengah hingga empat meter. Ketinggian ini tidak
sesuai dituai menggunakan jentera. Pengeluaran mesin tanaman semakin bertambah penting dalam
pembiakbakaan tumbuhan pada masa kini.

4.0 Agen penyebaran dan taburan tumbuhan serta haiwan.

Kemajuan perhubungan antara dua benua telah mengatasi halangan yang dahulunya mengehadkan julat
penyebaran kebanyakka spesis. Salah satu hasil kemajuan perhubungan yang paling nyata ialah
pertambahan julat bagi tumbuhan tanaman yang dahulunya adalah terhad di sebuah benua atau hemisfera
sahaja. Ubi kentang, jagung dan tembakau Ireland misalnya dibawa masuk ke Eropah. Getah dan pokok
chincona dibawa masuk ke asia tenggara dari benua Amerika kerana keadaan tanah dan suhu yang sesuai
dengan tanaman tersebut iaitu kawasan khatulistiwa. Gandum, oat, barli, rat, flaks, betari, padi, tebu dan
pisang adalah tanaman penting yang dibawa oleh manusia ke dunia baru dan dunia lama. Penyebaran
tumbuhan ini adalah sama dengan penyebaran haiwan ternakan. Sebelum orang Eropah menemui dan
menduduki Amerika Utara dan Amerika Selatan, hanya beberapa tumbuhan dan haiwan sahaja tumbuh di
situ, sementara di Australia dan New Zealand pula tiada langsung mamalia asli di kawasan itu selain
kelawar. Manusia telah meluaskan julat taburan dan bilangan sesetengah tumbuhan dan haiwan tetapi
telah banyak mengurangkan beberapa banyak tumbuhan dan haiwan lain semasa proses tersebut.

Contoh-contoh tumbuhan yang mengalami penyebaran yang disebakan oleh manusia seperti
kaktus pear. Kaktus ini sengaja masuk daripada Amerika Selatan ke Australia sebagau tanaman fode.
Tumbuhan ini akan mengurangkan kesuburan padang ragut semula jadi. Di England, bunga
Rhododendron yang berwarna ungu dibawa masuk dari kawasan mediterranean pada pertengahan abad
kelapan belas telah merebak dan tumbuh di tanah berpasir dan berasid. Walau bagaimanapun, tumbuhan
ini memberikan banyak maslah di hutan kayu di kawasan perladangan Forestry Commission yang baru
bertapak. Spesis ini menghalang pertumbuhan anak pokok dan memerlukan belanja besar untuk
memusnahkanya. Rehderondendron mudah merebak dan banyak di kawasan yang mempunyai suhu
sederhana seperti kawasan tropika contoh negara seperti china, myanmar,dan vietnam. (jurnal 1) Bagi
penyebaran haiwan pula, tupai kelabu dan rusa kecil merupakan dua haiwan yang dibawa masuk dari
Amerika Utara dan membiak berganda di England. Kemasukan haiwan ke kawasan lain memberi kesan
buruk contohnya kumbang Colorado dan juga kulat yang menyebabkan tanaman seperti ubi kentang
dirosakan.

1.0 Faktor Iklim.

Iklim merupakan salah satu faktor yang mempengharui biogeografi. Hujan dan suhu
merupakan unsur paling penting dalam mempengaruhi taburan dan jenis tumbuh-tumbuhan
kerana pengaruh hujan dapat menyeimbangkan bekalan air untuk pertumbuhan pokok, proses
fotosintesis dan osmosis. Pengaruh hujan dalam menentukkan corak taburan tumbuh-tumbuhan
bergantung juga kepada jumlah hujan yang diterima di kawasan itu dan jangka masa hujan
tersebut , samada secara bermusim atau sepanjang tahun. Sebagai contoh, Kawasan hutan hujan
tropika dan hutan monsun tropika mempunyai perbezaan tumbuhan dan haiwan yang disebabkan
perbezaan iklim yang dialami dikedua-dua kawasan ini.

1.1 Zon Khatulistiwa atau Hutan HujanTtropika.


Kawasan utama yang mengalami iklim tropika ini adalah lembangan Amazon di Brazil,
Lembangan zaire di Afrika Tengah, Amerika Tengah, Indonesia, Malaysia dan Semenanjung
Thailand. Ciri iklim di kawasan tropika ini adalah panas dan lembap sepanjang tahun dengan
min suhu adalah 27°C. Menerima cahaya matahari yang banyak sepanjang tahun iaitu 1850-2600
jam dalam tempaoh setahun. Dari aspek penerimaan luantiti hujan, kawasan ini turut menerima
jumlah hujan yang mencukupi iaitu 2600 mm dalam masa setahun. Julat suhu tahunan di
kawasan khatulistiwa ini adalah kecil iaitu kurang daripada 2°C.

Rajah 1.0
Tumbuhan yang boleh hidup dikawasan beriklim khatulistiwa ini adalah pokok-pokok
besar dan berakar banir, lurus, berkayu keras seperti Balau, Belian dan Cengal. Bukan itu sahaja,
pokok kayu lembut juga boleh tumbuh dikawasan ini seperti kayu Kapur Berus. Hutan hujan
tropika memiliki empat lapisan tumbuhan utama. Lapisan yang paling atas mencecah ketinggian
hingga 40 m dengan daun yang tidak bercantum. Pokok yang paling tinggi ini dapat membesar
tanpa halangan. Kebiasaanya terdapat epifit seperti pokok langsuyar besar dengan diemeter daum
encecah 1.5 m. Lapisan kedua iaitu lapisan sebelum pokok yang paling tinggi adalah lapisan
kanopi dengan ketinggian mencecah ketinggian antara 25-30 M. Kanopi yang terbentuk akan
bercantum dan membentuk payung. Terdapat parasit di atas ranting pokok seperti Dedalu dan
Pakma. Lapisan sebelum kanopi adalah lapisan anak-anak pokok besar yang masih rendah yang
dengan ketinggian antara 10-15 M. Pada masa yang sama, terdapat juga pokok-pokok lain seperti
Palma dan Liana. Lapisan paling bawah dalam hutan hujan tropika adalah lapisan tumbuhan
lantai seperti tumbuhan-tumbuhan herba dan anak-anak pokok besar yang masih rendah. Di atas
akar pokok besar terdapat saprofit yang terdiri daripada kulat dan cendawan. Tumbuhan lantai
dilihat lebih jarang kerana kekuarnagan intensiti cahaya matahari.
Jika diperhatikan pula haiwan yang mendiami kawasan hutan hujan tropika ini terbahagi
kepada tiga lapisan iaitu lapisan atas yang kebanyakkannya haiwan bersayap seperti burung,
helang, dan kupu-kupu. Lapisan tengah pula terdiri haiwan yang boleh memanjat seperti monyet,
tupai, ular, harimau bintang dan semut. Lapisan paling bawah terdiri daripada Seladang, Tapir,
harimau, musang dan banyak lagi.

1.2 Iklim Monsun Tropika.

Iklim monsun Tropika merupakan satu lagi iklim yang ada dimuka bumi ini. Kawasan
utama yng mengalami iklim ini adalah India, Myanmar, Thailand, Brazil dan Venezuela di
Amerika Selatan, Utara Australia dan sesetengah kawasan di Afrika seperti Angola dan Zambia.
Iklim monsun tropika akan menerima hujan bermusim pada masa musim panas. Jumlah hujan
ynag diterima dalam masa setahun kurang daripada 2000 mm. Musim kering yang nyata dan
panjang dengan min suhu 22°C. Julat suhu tahunan yang diterima adalah 5-8°C.

Tumbuhan yang dapat diperhatikan dalam kawasan ini boleh dibahagikan tiga kawasan
utama. Lapisan paling atas adalah pokok yang mempunyai ketinggian mencecah 30 m. Lapisan
tengah adalah pokok-pokok yang menpunyai ketinggian mencecah 10-25 m. Terdapat pula
pokok yang memanjat dan parasit. Lapisan paling bawah merupakan pokok-pokok yang
memiliki ketinggian tidak mencecah 7 m. Lapisan paling bawah memiliki tumbuhan yang agak
padat dan kaya dengan pokok Palma seperti Ibus, Pisang Hutan, Limau Hutan dan Buluh.
Kepadatan tumbuhan dilapisan paling bawah dalam kawasan hutan monsun tropika jauh berbeza
dengan kawasan hutan hujan tropika yang mempunyai pokok-poko yang jarang di lapisan pokok
paling bawah.

Manakala, hidupan yang mendiami jenis kawasan ini terdiri daripada haiwan kecil dab
besar seperti Cerpelai, Anjing Liar, Rusa, Landak,Musang, Ular, Monyet, gajah, harimau, badak
sumbu, buaya dan terdapat pelbagai jenis burung.

Suhu

Suhu merupakan salah satu faktor yang mempengaruhi taburan jenis-jenis tumbuhan dan haiwan.
Suhu memainkan peranan yang penting dalam pertumbuhan tumbuhan ini kerana tumbuhan
tidak boleh hidup dalam keadaan suhu yang terlalu panas dan terlalu sejuk. Keadaan ini dapat
menjelaskan kenapa kawasan gurun yang panas dan kawasan kutub yang sejuk terhad
pertumbuhan pokoknya dan menjadikan pokok-pokok yang tumbuh adalah jarang dan tidak
padat.

Keadaan suhu yang berbeza akan menghasilkan suhu yang berbeza. Terdapat empat
kumpulan tumbuh-tumbuhan di kawasan suhu yang berbeza. Antara kumpulan suhu ini adalah
pertama kumpulan megatarma, kumpulan megatarma merupakan tumbuhan yang tumbuh di
kawasan yang mempunyai min suhu bulanan tidak kurang dari 18 darjah celcius. Contohnya
ialah hutan hujan tropika yang juga dikenali sebagai hutan khatulistiwa dan juga hutan monsun
tropika. Kedua pula kumpulan mesosterma iaitu kumpulan tumbuhan yang memerlukan min
suhu bulanan antara 6.1 hingga 18 darjah celcius dan tidak melebihi 22 darjah celcius dan contoh
kawasan hutan yang meliputi kumpulan ini ialah hutan Mediterranean. Seterusnya ialah
kumpulan mikroterma yang merupakan kumpulan tumbuhan yang memerlukan suhu antara 10
darjah celcius hingga 22 darjah celcius dan contoh hutan bagi kumpulan mikroterma ialah hutan
daun luruh sederhana. Kumpulan yang terakhir ialah kumpulan bekistoterma, kumpulan ini
merupakan kumpulan yang memerlukan suhu kurang dari 10 darjah celcius dan contoh hutannya
ialah tumbuhan tundra.

Keadaan suhu atmosfera yang mempunyai kesan terhadap kelembapan relatif dan dengan
itu ke atas daya penyejatan udara mempengaruhi keberkesanan dan kerpasan dan juga kadar
transpirasi. Selain menjadi faktor tidak langsung pada pertumbuhan tumbuhan, suhu juga
memberi kesan langsung hampir setiap fungsi tumbuhan. Suhu menyediakan keadaan kerja bagi
kesemua organisma dan mengawal kadar aktiviti biologi dan proses organisma tersebut. Hukum
Van’ t Hoffs mengatakan bahawa kecepatan tindak balas kimia meningkat dua kali ganda
bersamaan setiap peningkatan suhu sebanyak 10 darjah celcius, benar mengikut hadnya dan
hingga ke suatu takat optimum yang tertentu, iaitu sehingga takat fungsi metabolisme tumbuhan
dan haiwan.

Bagi setiap spesis tumbuhan terdapat suhu minimum, optimum dan maksimum yang
perlu bagi pelbagai aktiviti metabolismenya dan suhu ini dikenali sebagai suhu kardinal.
Tumbuhan yang berasal dari kawasan panas adalah seperti tembikai, betari dan kurma,
Tumbuhan ini memerlukan suhu cardinal minimum diantara 15 darjah celcius hingga 18 darjah
celcius untuk pertumbuhannya. Bijirin di kawasan temperat pula memerlukan suhu diantara -2
darjah celcius hingga 5 darjah celcius, sementara sesetengah conifer malar hijau pula mempunyai
suhu ambang minimum bagi fotosentesis serendah -3 darjah celcius.

Keadaan suhu atmosfera mempunyai kesan yang ketara ke atas tumbuh-tumbuhan


terutamanya apabila kita cuba membuat perbandingan di antara tumbuh-tumbuhan di bulatan
artik dengan tumbuh-tumbuhan di kawasan khatulistiwa misalnya. Keadaan suhu yang berbeza
dari satu kawasan ke satu kawasan walaupun kadang-kadang perbezaan suhu itu adalah terlalu
kecil untuk menimbulkan perbezaan antara tumbuh-tumbuhan. Ditambah pula tidak banyak
kawasan di dunia yang mempunyai suhu kurang dari 0 darjah celcius sepanjang tahun dan begitu
juga tidak banyak tempat yang suhunya terlalu panas untuk pertumbuhan tumbuh-tumbuhan.
Kebiasaanya hampir semua aktiviti biologi akan berhenti sekiranya suhu turun sehingga lebih
rendah daripada 0 darjah celcius dan juga sekiranya suhu meningkat sehingga 50 darjah celcius.
Sekiranya suhu terlalu rendah maka air mungkin akan membeku dan sekiranya suhu terlalu
panas maka protein-protein mustahak akan musnah.(Ismail Ahmad: 1989, 31).

Suhu bahagian tumbuh-tumbuhan lazimnya menyamai suhu persekitaran yang terdekat.


Suhu akar contohnya boleh dikatakan hampir sama dengan suhu tanih walaupun adakalanya suhu
akar adalah lebih rendah daripada tanih. Suhu daun atau pucuk pokok pula mungkin berbeza dari
suhu atmosfera sebanyak beberapa darjah. Kebolehan tumbuhan-tumbuhan menghadapi suhu
yang terlalu rendah ini adalah berbeza mengikut spesies. Tumbuh-tumbuhan di kawasan tropika
lembap mungkin mati sekiranya suhu turun sehingga 0 darjah celcius atau lebih rendah.
Tumbuh-tumbuhan di kawasan iklim sederhana mempunyai cara yang khusus untuk
membolehkannya melengkapi kitar hidupnya dalam tempoh yang sesuai. Di kawasan yang
mengalami musim dingin yang terlalu sejuk, jimlah makanan yang simpanan di dalam tumbuh-
tumbuhan akan menentukan sama ada tumbuh-tumbuhan itu akan mati atau terus hidup.(Ismail
Ahmad: 1989, 31-32).

Bagi kawasan yang beriklim sederhana, suhu mungkin merupakan faktor yang penting
dalam percembahan biji gulma. Suhu sejuk selama musim sejuk dan awal musim bukan sahaja
menghalang metabolisme sehingga menghalang metabolisme sehingga mencegah percambahan
benih nondormant tetapi juga mengurangkan tidak aktifnya beberapa spesies. Sebaliknya suhu
panas selama musim meningkatkan metabolisme benioh dan memperlihatkan reaksi biokimia
yang diperlukan untuk percambahan biji nondomant dan dapat memudahkan dominasi benih
pada beberapa spesies. (Effect of temperature on the germination of common waterhemp
(Amaranthus tuberculatus), giant foxtail (Setaria faberi), and velvetleaf (Abutilon
theophrasti):page 67. )
Taburan spesies burung dapat dinilai melalui tingkat-tingkat langit yang mana
metabolism menyekat taburan spesies adalah dengan memetakan batas kitaran suhu udara
terhadap body mass. Sebagai hasil dari hubungan alometrik menjelaskan bahawa burung yang
bertubuh kecil akan mencapai langit-langit pada metabolisme pada suhu yang panas berbanding
burung yang berbadan besar dan peredaran mereka akan tersekat pada suhu yang panas. Sekatan
taburan spesies di sekitar mungkin berubah-ubah antara dua bentuk ekstrim. Dalam kedua-dua
kes ini, sekatan metabolisme pada taburan spesies dimanifestasikan dengan suhu yang lebih
rendah yang terikat dengan kejadian spesies yang menurun dengan meningkatkan body mass.
Jika jumlah spesies burung ini yang terhad dengan tingkat-tingkat langit ini akan cenderung
berkelompok di sekitar batas bawah sehingga set titik muncul untuk membentuk garisan.
(temperature and the northern distributions of wintering birds: page 22755).
 MacArthur berpendapat bahawa faktor-faktor iklim saja tidak mungkin untuk menyekat
pengedaran umumnya kerana begitu banyak spesies, khususnya tanaman, boleh berjaya tumbuh
baik di luar rentang normal mereka.( temperature and the northern distributions of wintering
birds: page 2274).

Cahaya.

Cahaya ialah bahagian spektrum tenaga bahangan yang ternampak. Ia terdiri daripada bahang
panjang gelombang berukuran di antara 390 hingga 760 milimikron dan merupakan kira-kira 48
peratus daripada jumlah tenaga yang sampai ke muka bumi. Cahaya adalah mustahak bagi semua
jenis hidupan dan tumbuh-tumbuhan. Cahaya diperlukan secara langsung untuk proses
fotosintesis. Sekiranya syarat-syarat lain sudah pun dipenuhi bagi proses fotosintesis, maka
banyaknya tenaga matahari yang boleh digunakan oleh tumbuh-tumbuhan hijau akan
menentukan had pertumbuhannya. Bahagian spektrum solar yang diserap oleh klorofil (dalam
tumbuh-tumbuhan hijau) ialah cahaya putih yang ternampak. Walau bagaimanapun warna hijau
dan kuning tidak banyak digunakan dalam proses fotosintesis. Bahang inframerah dan ultraungu
tidak terlibat dalam proses ini (Ismail Ahmad,1989: hlmn 26).

Cahaya berbeza daripada segi intensiti dan lamanya, tetapi ia juga memperlihatkan
perbezaan dari segi kualitinya (iaitu banyaknya warna merah, kuning, biru dan sebagainya).
Walau bagaimanapun perbezaan kualiti cahaya dari satu tempat ke satu tempat mungkin tidak
begitu besar dan tidak mungkin dapat menimbulkan kesan yang ketara terhadap tumbuh-
tumbuhan. Sebaliknya intensiti cahaya banyak memperlihatkan perbezaan dari segi ekologi
tumbuh-tumbuhan, faktor ini adalah penting. Keadaan fizikal atmosfera mempengaruhi
banyaknya cahaya yang akan sampai ke permukaan bumi. Gas-gas di dalam atmosfera seperti
nitrogen dan oksigen menyerap dan menyerakkan sebahagian kecil dari panjang gelombang
cahaya yang pendek apabila cahaya melalui lapisan gas yang menyelaputi bumi. Oleh sebab
penyerapan inilah panjang gelombang ultraungu yang lebih pendek daripada 290 milikron tidak
boleh sampai ke permukaan bumi. Semakin tinggi sesuatu tempat itu dari aras laut, maka
semakin nipis pula lapisan udara yang berada di atasnya dan dengan demikian lebih teranglah
cahaya yang diterimanya. Puncak gunung yang lebih tinggi terdedah kepada intensiti cahaya
yang tinggi berbanding dengan intensiti cahaya di aras laut. Sebagai contoh, intensiti cahaya di
gunung setinggi 1,000 meter ialah sebanyak kira-kira 129,000 L berbanding dengan intensiti
cahaya sebanyak kira-kira 107,000 L di aras laut. Kesan lain ialah kelembapan di atmosfera.
Lembapan yang ada di dalam atmosfera mempunyai kesan penyaringan yang kuat terhadap
intensiti cahaya berbanding dengan di kawasan yang kering (Ismail Ahmad,1989: hlmn 27).

Di tempat-tempat tertentu bentuk muka bumi mungkin menghasilkan perbezaan yang


nyata daripada segi intensiti cahaya. Di cerun-cerun yang bertentangan dengan kutub, sinaran
matahari yang datang terus dari matahari pada masa tengah hari dan dengan demikian tumbuh-
tumbuhan terpaksa bergantung kepada cahaya bauran. Untuk mendapatkan cahaya yang banyak,
tumbuh-tumbuhan mesti hidup di kawasan yang tidak dilindungi oleh ciri topografi yang tinggi
supaya sumber cahaya tidak terlindung (Ismail Ahmad,1989: hlmn 27).

Daripada jumlah cahaya yang jatuh ke atas daun hijau, dianggarkan sebanyak 20 peratus
dibalikkan, 20 peratus dibahangkan sebagai haba. 20 peratus digunakan dalam proses sejat-
peluhan dan kira-kira 10 peratus sahaja dipancarkan melalui daun. Ini bermakna sebahagian
besar daripada cahaya yang menembusi dedaun melalui ruang di antara daun sebagai cahaya
bauran. Cahaya bauran ialah cahaya yang diserakkan oleh molekul gas dan titisan air. Dalam
komuniti tumbuh-tumbuhan yang kompleks, kedudukan sesuatu pohon berhubungan dengan
jirannya boleh menentukan banyaknya cahaya yang diterimanya. Contohnya, di dalam hutan
tropika, tumbuh-tumbuhan matang daripada spesies tertinggi sahaja yang menerima cahaya
sepenuhnya. Pokok-pokok renek atau pokok yang rendah banyak menerima cahaya bauran, dan
sesetengahnya pula terus hidup di kawasan teduh (Ismail Ahmad,1989: hlmn 28).

Penyerapan dan pembalikan cahaya oleh air adalah banyak. Apabila matahari menyinari
permukaan air, sebahagian daripadanya dibalikkan oleh permukaan air dan sebahagiannya
diserap oleh lapisan-lapisan atas. Apabila cahaya menembusi air, maka intensitinya berkurangan
dengan cepatnya. Dalam air yang jernih sekalipun, kira-kira 50 peratus daripada cahaya yang
sampai kira-kira 18 m.(Ismail Ahmad,1989: hlmn 29)

Keperluan cahaya bagi sesuatu spesies tumbuhan tertentu, atau sebaliknya, sifat
toleransinya terhadap keadaan naung, boleh berubah-ubah selama kitar hidup tumbuhan itu. Pada
dasarnya pokok ialah tumbuhan heliofit; anak benihnya lazimnya perlu berkembang dalam
keamatan cahaya yang lebih rendah daripada keamatan cahaya yang diperlukan oleh tumbuhan
matang. Anak benih pokok bic, sprus, fir dan yew terutamanya dan sedikit sebanyak pokok oak,
ash dan elm sangat toleran terhadap keadaan naung dan sebenarnya mungkin boleh hidup dengan
lebih baik dalam keadaan begitu. Sebaliknya pula anak benih pokok willow, poplar, birch, dan
pain Scots adalah tumbuhan heliofit dan mungkin tidak boleh hidup kalau dinaungi oleh
tumbuhan yang lain, kerana bukan sahaja perkembangan pucuknya malah akarnya juga akan
terbantut. Oleh itu, tumbuhan ini menghadapi bahaya yang lebih besar disebabkan oleh kemarau
dan kekurangan mineral. Selain mempengaruhi kesemua proses pertumbuhan tumbuhan melalui
kesan langsungnya terhadap kadar fotosintesis, keamatan cahaya boleh juga mempengaruhi
percambahan dan pembiakan tumbuhan. Cahaya yang kurang atau tidak mencukupi akan
merenjatkan pembungaan pada kebanyakan spesies, sedangkan sesetengah biji benih perlu
didedahkan kepada cahaya sebelum bercambah.(Joy Tivy terj. Rosiyah Abd. Latif dan Chan
Ngai Weng, 1992: hlmn 35 ).

Bentuk muka bumi


Bentuk bumi mengalami perubahan baik secara evolusi (lambat) maupun revolusi (cepat).
Perubahan ini disebabkan adanya tenaga endogen dan eksogen. Terbentuknya pegunungan,
dataran rendah, dataran tinggi, atau lembah merupakan hasil aktiviti tenaga endogen. Begitu juga
proses pelapukan, erosi, dan sedimentasi sebagai tenaga eksogen berpengaruh terhadap
pembentukan muka bumi. Adanya keragaman bentuk muka bumi ini menyebabkan perbezaan
berbagai aspek, antara lain : iklim, kesuburan tanah, air dan unsur-unsur lain.

Perbezaan semua aspek tersebut telah mempengaruhi kehidupan sekitarnya. Pernahkah


anda berfikir, kenapa hampir di setiap daerah memiliki tumbuhan, haiwan, dan juga kehidupan
manusia yang berbeza? Mengapa pohon kurma hanya tumbuh subur di daerah Arab (padang
pasir)? Mengapa pohon teh dan kopi tumbuh subur di daerah pergunungan? Semua gejala itu
merupakan adaptasi atau penyesuaian mahluk hidup terhadap alam sekitar.

Muka bumi yang mempunyai hutan yang tebal mampu menahan terjadinya tanah longsor
dan banjir ketika hujan. Hutan juga dapat menyimpan air, sehingga di sekitarnya banyak
ditemukan mata air yang sangat bermanfaat bagi binatang. Secara umum daerah pegunungan
dapat dibahagikan menjadi dua iaitu daerah pegunungan rendah dan daerah pegunungan tinggi.
Daerah pegunungan rendah memiliki ketinggian berkisar 600 s.d. 1.500 meter, sedangkan daerah
pegunungan tinggi memiliki ketinggian sekitar 1.500 s.d. 2.500 meter di atas permukaan laut.
Adanya perbedaan ketinggian ini tentu saja berpengaruh terhadap iklim. Di daerah pegunungan
rendah pula memiliki alam yang berbukit-bukit. Tidak sedikit di antara bukit dipisahkan oleh
lembah, lereng atau sungai. Kondisi alam seperti ini kurang menguntungkan dalam bidang
transportasi.

Faktor bentuk muka bumi memberikan tumbuhan yang berbeza mengikut keadaan di
setiap kawasan. Jadual 1 menunjukan perbezaan tumbuh-tumbuhan semula jadi mengikut
beberapa kawasaan yang dipengaruhi oleh bentuk muka bumi.

Jadual 1. Perbezaan tumbuh-tumbuhan semula jadi di beberapa kawasan


Tumbuh- Contoh Ciri-Ciri Utama Tumbuh-Tumbuhan
Tumbuhan Kawasan Utama
Semula Jadi
Hutan Malaysia, - malar hijau - balau
Khatulistiwa Singapura, - tebal dan padat - meranti
Brunei, - berdaun lebar - kapur
Sumatera, - terdapat pelbagai jenis spesies - keruing
Kalimantan, - berakar banir - seraya
Semenanjung - tiga lapisan yang nyata - paku-pakis
Thai dan Jawa - pokok berkayu keras - rotan
Barat. - tumbuhan bawah jarang - pokok memanjat

 
Hutan Monsun Utara Thailand, - menggugurkan daun pada - kayu jati
Tropika Myanmar, Laos, musim kemarau - penaga
Kemboja, - hutannya jarang - inkanyin
Vietnam, Utara - tumbuhan bawah padat - buluh
Filipina, India - banyak pokok kayu keras - pyinkado
dan Bangladesh. - berdirian tulen

Tumbuhan Gurun Arab, - tahan kemarau - kaktus


gurun Gurun Thar dan - sangat jarang - semak-samun
Gurun Iran. - berakar panjang berduri
- daun kecil, berkilat dan berlilin - pokok kurma
- daun berbentuk jarum
- batang berlendai

Hutan Lubnan, Turki, - malar hijau - Oak


Mediteranean Syria dan Iraq - berdaun lebar - cedar
Utara - pokok sederhana tinggi dan - cypress
bantut - zaitun
- tidak padat
- berdaun kecil, berkulit tebal dan
berakar tunjang

Padang Mongolia, Siberia - rumput tinggi - rumput pendek


rumput hawa Selatan dan - tumbuh berkelompok - tulip
sederhana pedalaman China - rumput berubah warna - Iris
(steppe) mengikut musim

Hutan campur Taiwan, China - malar hijau - Oak


sederhana Tengah, Korea - berdaun lebar - magnolia
panas Selatan dan Jepun - banyak spesies - Mulberi
Selatan.

Hutan pokok Siberia - malar hijau - pain


tirus(Taiga) - tahan sejuk - fir
- berbentuk kon - larch
- daun bentuk tirus dan tajam - spurs
- berkulit rebal

Tumbuh- Utara Siberia - tahan sejuk - williow


tumbuhan - cepat tumbuh - birch
tundra - lumut dan kulampair tumbuh - lumut
diatas batuan
PENGARUH HUJAN TERHADAP TABURAN TUMBUH-TUMBUHAN

Hujan juga merupakan salah satu unsur penting yang mempengaruhi taburan dan jenis tumbuh-
tumbuhan. Hujan berperanan penting dalam membekalkan bekalan air kepada tumbuhan-
tumbuhan yang bertujuan untuk menyeimbangkan bekalan air pertumbuhan pokok, bagi
menjalankan proses-proses penting seperti fotosintesis, osmosis, dan tranpirasi. Kesimbangan air
pada tumbuhan bergantung kepada nisbah pengambilan air dari tanah dan kehilangan air ke
aftmosfera. Kesimbangan ini bergantung kepada persekitaran(habitat) dan bergantung kepada
fisiologi tumbuhan tertentu.

Air merupakan medium penting yang membolehkan nutrient mineral diserap dan
ditranslokasi melalui tumbuhan. Seterusnya, air juga bertujuan untuk melarutkan danmembawa
nutrient atau makanan yang diperlukan b,agi tumbuh-tumbuhan kedalam tanah. Selain itu air
juga berperanan dalam memeliharaan kesegahan daun, tanpa kesegahan daun, sesuatu tumbuhan
tidak berupaya menjalankan proses fotosintesis. Disamping itu, Air juga digunakan oleh tumbuh-
tumbuhan untuk mensintesiskan bahan kimia. Namun, 90 peratus air yang diserap oleh tumbuh-
tumbuhan akan hilang menerusi proses transpirasi dan semasa tumbuh-tumbuhan melalui proses
penyejatan melalui liang stoma (fungsi utama liang stoma adalah membenarkan oksigen dan
karbon dioksida melaluinya) dalam semua organ tumbuh-tumbuhan yang berwarna hijau. Oleh
itu, jumlah air yang diperlukan oleh tumbuh-tumbuhan dipengaruhi oleh setiap bahagian kering
yang terhasil sesuatu tumbuhan. Semakin besar saiz tumbuh-tumbuhan, semakin banyak air yang
diperlukan kerana keupayaannya melakukan proses transpirasi dan penyejatan yang besar.(buku
dr. tahir)

Disamping itu, Pengaruh hujan dalam menentukkan corak taburan tumbuh-tumbuhan di


sesebuah kawasaaan dapat diperhatikan menerusi jumlah hujan yang diterimanya dan jangka
masa hujan tersebut, samada musiman ataupun sepanjang tahun. Dalam menjelaskan pengaruh
hujan terhadap jenis dan taburan tumbuh-tumbuhan, aspek jumlah hujan dapat dibahagikan
kepada beberapa peringkat berikut ;

I. Kawasan yang menerima hujan lebat melebihi 2,000 mm setahun lazimnya


mempunyai hutan yang tebal, padat, banyak spesis, berpokok tinggi, seperti malar
hijau dan tumbuhan hutan paya.
II. Kawasan hujan 1,000 – 2,000 mm setahun, hutannya lebih jarang dan kurang padat,
termasuklah Hutan Monsun Tropika.
III. Kawasan hujan kurang sedikit dari 1,000 mm setahun boleh ditumbuhi oleh rumput
dan pokok-pokok Kecil dan jarang.
IV. Kawasan yang menerima hujan kurang daripada 250 mm setahun dan tidak menentu
pula di tumbuhi. Oleh tumbuhan gurun iaitu pokok yang tahan kemarau sperti pokok
berduri (kaktus) dan palma.
V. Kawasan yang berfros dan bersalji kebanyakkannya ditumbuhi oleh tumbuhan tundra.

Aspek taburan kehidupan tumbuh-tumbuhan semula jadi bukan sahaja bergantung kepada
jumlah hujan tetapi turut dipengaruhi dengan keadaan musim-musim tertentu. Misalnya,
kawasan yang beriklim savana dan mediterranean, hujan turun mengikut peredaran musim
menyebabkan penyesuaian tumbuh-tumbuhan semula jadi kepada iklim tersebut. Misalnya,
Butana Sudan, kadar hujan yang tidak menentu mempengaruhi kadar taburan tumbuh-tumbuhan
serta kelembapan tanah. Kadar purata suhu 17 o C sehingga 40o C sepanjang tahun, menyebabkan
Sudan menyebabkan kepelbagian tumbuh-tumbuhan yang kurang (Muna Elhag & Sue Walker :
2009 : 12-13).

Disamping itu, jumlah hujan juga dapat mempengaruhi kelembapan tanah-tanih


(kerpasan efektif) untuk tumbuh-tumbuhan. Kawasan- kawasan tanah yang lembab dan kering
ditumbuhi oleh jenis tumbuh-tumbuhan yang berbeza. Ini bergantung kepada penyesuaian
tumbuh-tumbuhan tersebut dengan kelembapan tanah di sesuatu kawasan. Lazimnya terdapat
beberapa jenis tumbuh-tumbuhan yang dipengaruhi oleh faktor hujan ini iaitu hidrofit, heliofit,
xerofit dan mesofit. Hidrofit merupakan tumbuh-tumbuhan yang hidup di kawasaan air manakala
heliofit pula tumbuh-tumbuhan yang boleh hidup di kawasan air pada musim-musim tertentu.
Tumbuh-tumbuhan yang hidup dalam keadaan kering dipanggil xerofit. Selain itu, tumbuhan
jenis mesofit merupakan tumbuh-tumbuhan yang tidak tahan terhadap keadaan yang mempunyai
kandungan air yang terlalu banyak dan terlalu sedikit. Sebagai contoh, tumbuhan-tumbuhan
xerofit yang lazimnya hidup di kawasaan gurun seperti digurun utama di Amerika Syarikat iaitu
Arizona, California, Nevada, New Mexico and Utah. Tumbuh-tumbuhan di kawasaan
mengekalkan kandungan air tisunya pada aras yang tetap atau aras yang agak tinggi dengan satu
atau lebih ciri fisiologi dan atonomi. Ciri-ciri fizikal dan anatomi tumbuh-tumbuhan gurun
adalah untuk mengurangkan kehilangan air yang berlebihan, memudahkan penyerapan dan
membolehkan air di simpan di dalam tisu tumbuh-tumbuhan. Diantara ciri Xeramorf yang
berupaya membantu mengurangkan kadar tranpirasi tumbuh-tumbuhan adalah: kutikel tebal
yang dilitupi lilin dan yang ada pada tumbuhan berdaun keras atau Sklerofil yang mengurangkan
tranpirasi kutikel, melindungi liang stoma dengan cara membenamkannya di bawah lekungkan di
bawah aras permukaan daun oleh daun berbulu yang menolong mengekalkan selapisan udara
yang lebih lembab berhampiran dengan permukaan daun atau dengan cara mengulung atau
melipat daun dan Pengurangan saiz dan isipadu daun (M. Peindo, et. al., : 1995 : 79-80).
Penggolongan tumbuhan kepada Xerofit, hidrofit dan mesofit ini adalah berdasarkan keadaan
persekitaran atau habitat tempat sesuatu tumbuhan itu tumbuhan. Tumbuhan tidak semestinya
dibezakan oleh bentuk yang sama dan tidak pula terdapat sebarang perbezaan yang nyata di
antara kumpulan tersebut. Sesetengah tumbuhan hampir bersifat xerofit, sementara sesetangah
tumbuhan yang lain pula hampirbersifat hidrofit daripada yang lain. Namun yang demikian
bentuk atau struktur tumbuhan lebih jelas mengambarkan keadaan air yang seimbang di tempat
tumbuhan itu hidup (M. Peindo, et. al., : 1995 : 79-80).

Disamping itu juga, kepelbagaian jenis flora dan fauna di suatu wilayah juga dipengaruhi
kadar hujan yang diterima di kawasan tersebut. Di kawasan yang mempunyai kadar hujan yang
rendah akan mempunyai kepalbagaian flora atau tumbuh-tumbuhan yang kurang berbanding di
kawasan yang mempunyai kadar hujan yang tinggi. Misalnya di daerah kawasaan gurun,
tumbuh-tumbuhan seperti kaktus dan beberapa tumbuhan lain jenis Xerofit, manakala di
kawasaan tropika yang mempunyai kadar hujan yang tinggi mempunyai kepelbagaian tumbuh-
tumbuhan, pokok yang tinggi dan daun yang hijau.

JENIS TUMBUH-TUMBUHAN SEMUAJADI DI KAWASAN ZON IKLIM DUNIA

Tumbuh- Contoh Kawasan Ciri-Ciri Utama Tumbuh-Tumbuhan


Tumbuhan Utama
Semula Jadi
Hutan Malaysia, Singapura,  malar hijau - balau
Khatulistiwa Brunei, Sumatera,  tebal dan padat - meranti
Kalimantan,  berdaun lebar - kapur
Semenanjung Thai  terdapat pelbagai jenis - keruing
dan Jawa Barat. spesies - seraya
 berakar banir - paku-pakis
 tiga lapisan yang nyata - rotan
 pokok berkayu keras - pokok memanjat
 tumbuhan bawah jarang

Hutan Utara Thailand,  menggugurkan daun - kayu jati


Monsun Myanmar, Laos, pada musim kemarau - penaga
Tropika Kemboja, Vietnam,  hutannya jarang - inkanyin
Utara Filipina, India  tumbuhan bawah padat - buluh
dan Bangladesh.  banyak pokok kayu - pyinkado
keras
 berdirian tulen

Tumbuhan Gurun Arab, Gurun  tahan kemarau - kaktus


Gurun Thar dan Gurun Iran.  sangat jarang - semak-samun berduri
 berakar panjang - pokok kurma
 daun kecil, berkilat dan
berlilin
 daun berbentuk jarum
 batang berlendair

Hutan Lubnan, Turki, Syria  malar hijau - Oak


Mediteranean dan Iraq Utara  berdaun lebar - cedar
 pokok sederhana tinggi - cypress
dan bantut - zaitun
 tidak padat
 berdaun kecil, berkulit
tebal dan berakar
tunjang

Padang Mongolia, Siberia  rumput tinggi - rumput pendek


Rumput Selatan dan  tumbuh berkelompok - tulip
Hawa pedalaman China  rumput berubah warna - Iris
Sederhana mengikut musim
(Steppe)

Hutan Taiwan, China  malar hijau - Oak


Campur Tengah, Korea  berdaun lebar - magnolia
Sederhana Selatan dan Jepun  banyak spesies - Mulberi
Panas Selatan.

Hutan Pokok Siberia  malar hijau - pain


Tirus(Taiga)  tahan sejuk - fir
 berbentuk kon - larch
 daun bentuk tirus dan - spurs
tajam
 berkulit rebal

Tumbuh- Utara Siberia  tahan sejuk - williow


Tumbuhan  cepat tumbuh - birch
Tundra  lumut dan kulampair - lumut
tumbuh diatas batuan
- pokok bantut di - kulampair
kawasan terlindung

Tanah mempengaruhi Biogeografi

Tanah atau tanih amat mempengaruhi didalam satu ekosistem biogeografi. Tanih ini boleh
didefinisikan sebagai lapisan nipis diatas permukaan bumi yang terdiri daripada bahan-bahan
organic dan kumin-kumin batuan kecil dan terbahagi kepada beberapa lapisan yang berlainan
jenis fizikal dan kimianya1. Setiap biogeografi ini amat berbeza bergantung daripada keadaan
tanih di sesuatu kawasan itu. Setiap kawasan misalnya di kawasan khatulistiwa, gurun, savanna
dan sebagainya mempunyai tanih yang berbeza. Oleh itu, biogeografi di setiap kawasan ini juga
adalah berlainan antara satu dengan yang lain.

Maklumat mengenai tanih dapat menggambarkan hubungan antara tanih dengan


tumbuhan di satu-satu kawasan, kerana tumbuhan dan tanih boleh mempengaruhi antara satu
sama lain (Ismail 1989). Sifat atau profil ini boleh dikenal pasti melalui deria rasa dan uji kaji
saintifik. Ahli saintis tanih biasanya menggunakan empat elemen tanih iaitu tekstur, struktur,
warna dan kimia (termasuk keasidan) dalam melihat kebolehan tanih menyokong tumbuhan
(Bradshaw & Weaver 1993).

Pertama adalah dari struktur tanih. Struktur tanih adalah butiran tanih tersusun dan
berkumpul membentuk lapisan tanih atau membentuk butir tanih yang lebih besar saiznya (Zaini
1992). Jenis struktur boleh diterangkan dalam bentuk berlapis, berblok dan prisma. Kelas
struktur boleh dibahagikan berdasarkan sangat halus, halus, sederhana, kasar (tebal) dan sangat
kasar (sangat tebal). Struktur tanih menentukan keporosan tanih dan menentukan kelajuan air
yang melaluinya. Misalnya tanah bertekstur kasar, kadar pergerakan air lebih tinggi berbanding
tanah yang bertekstur halus.

1
Hlm 34
kandungan nutrien di dalam tanih juga, menentukan keupayaan tanih menampung
tumbuhan (Bradshaw & Weaver 1993). Nutrien tanih mempengaruhi pertumbuhan kerana ia
menentukan pengeluaran klorofil, mempercepatkan proses tumbesaran, warna hijau pada
tumbuhan dan penghasilan buah serta biji benih (Zaini 1992). Tambahan pula, kesuburan tanih
dipengaruhi oleh kapasiti nutrien yang mampu ditampung oleh tanah kepada tumbuhan .

Tanih di kawasan iklim tropika lembab

Kawasan ini diketegorikan sebagai kawasan yang banyak menerima hujan dan bahangan
matahari sepanjang tahun. Keadaan ini pastinya amat mempengaruhi keadaan tanih iklim tropika
lembab ini dan pastinya mempengaruhi Biogeografi di kawasan ini. iklim sebegini
mempengaruhi kadar pertumbuhan Biogeografi dari aspek tumbuhan adalah akar tumbuhan tidak
perlu menembusi jauh kedalam bagi mendapatkan air kerana kawasan ini sentiasa menerima
hujan berbanding kawasan yang kering dan akan mati sekiranya kekurangan air. Oleh
disebabkan iklim di kawasan ini berbeza, biogeografinya juga berbeza berbanding kawasan lain.

Tumbuhan pada biogeografi hutan tropika terdapat beratus-ratus spesies tumbuhan.


Pohon-pohon utama dapat mencapai ketinggian 20 – 40 m, dengan cabang-cabang berdaun lebat
sehingga membentuk suatu tudung atau kanopi.

Tumbuhan khas yang dijumpai adalah liana dan epifit. Liana adalah tumbuhan yang
menjalar di permukaan hutan, contoh: rotan. Epifit adalah tumbuhan yang menjalar pada batang-
batang pohon, misalnya: Anggrek, paku Sarang Burung.

Haiwan di kawasan ini berkanopi ini ialah pelbagai misalnya burung hantu, babi
hutan,kucing hutan, dan lain-lain.

Tanih di kawasan Savana


Savana merupakan satu kawasan tropika lazimnya mempunyai biogeografi yang pelbagai
berdasarkan kawasan itu sendiri. Savana juga dikenali sebagai padang rumput yang ditumbuhi
pokok besar atau pokok renek atau kedua-duanya sekali2. Di kawasan ini jumlah biojisim dalam
tanih sering melebihi jumlah biojisim di atas permukaan tanah. Boleh dikatakan bahan organik di
kawasan ini terdiri daripada bahagian bawah tanih. Di savanna juga wujud pelbagai jenis iklim,
penerimaan jumlah hujan juga sentiasa tidak menentu,dan kebakaran hutan juga sering berlaku.

Di savanna, faktor tanih merupakan yang terpenting dalam pembentukan biogeografinya.


Ini kerana pembentukan savana ini dikaitkan dengan kebakaran hutan secara semulajadi dan
buatan mengubah kandungan mineral tanah menyebabkan pembesaran tumbuhan adalah
berbeza-beza antara satu sama lain walaupun di satu kawasan yang sama.

Tundra

Tanih dikawasan tundra kebanyakannya adalah tidak matang kerana tanih belum
memperlihatkan perlapisan tertentu3. Suhu yang rendah menghalang pereputan dan bilangan
tanih yang sedikit tidak dapat menyelerakkan kumin-kumin organic. Musim panas pula hanya
mencairkan bahagian atas tanih dan bahagian yang bawah akan kekal membeku dan disebut
sebagai ibun abadi. Ibun abadi ini akan member kesan kepada haiwan dan tumbuhan. Bagi
tmbuhan ibun abadi akan menghalang pertumbesaran tumbuhan kerana akar sukar
menembusinya dan cuma mencengkam nipis di atas lapisannya. Bagi haiwan pula,haba yang
tersimpan di dalam Ibun Abadi amat penting bagi haiwan, terutamanya haiwan vertebrat tanih
dan mamalia kecil. Kebanyakan tumbuhan tundra terdiri daripada pokok herba dan pokok renek
dan tidak mempunyai pokok besar dan pelbagai jenis tumbuhan.

Disebabkan iklim yang sedemikian, biogeografi tumbuhannya adalah seperti lumut dan
lumut kerak, rumput-rumputan dan sedikit tumbuhan berbunga berukuran kecil. Haiwan pula
adalah , spesis yang berbulu tebal seperti rusa kutub dan bison.

2
107
3
120
Kawasan gurun

Kawasan yang kekurangan hujan dan penerimaan suhu yang tinggi untuk satu masa yang begitu
lama. Disebabkan hujan sedikit, keupayaan tanih dalam menyimpan air banyak mempengaruhi
tumbesaran tumbuhan. Kandungan organik di dalam tanih juga sedikit mengakibatkan tanih
tidak subur.

Disebabkan kawasan yang kering ini, tumbuhan mempunyai mekanisme dan bebeza dari
kawasan yang kain. Tumbuhan disini berbulu, bebatang tebal dan lembut untuk menyimpan air
dan berakar panjang.

Disebabkan oleh kawasan ini menerima air hujan yang sedikit, kadar resapan dan respirasi
tumbuhan berlaku dengan cepat. Selain dari itu, kelembapan udara yang begitu rendah dan suhu
yang panas menyebabkan tanah tandus kerana tidak mampu menyimpan air.

Dikawasan ini, disebabkan tanah yang begitu kering, tumbuhan yang tumbuh adalah tumbuhan
yang dapat beradaptasi dengan keadaan ini iaitu tumbuhan jenis serofit, kaktus dan sebagainya.
Bagi haiwan pula adalah haiwan yang mampu menyimpan air,haiwan kecil sperti semut, tikus,
dan ular. Kebiasaannya pada siang hari tinggal di dalam tanah kerana cuaca yang begitu terik.
Kesimpulan

Biogeografi sememangnya jelas menunujukan hubungan antara organisma hidup dengan alam
persekitaran serta saling berinteraksi antara satu sama yang lain. Interaksi inilah yang
mewujudkan pelbagai kejadian dan fenomena yang berlaku di sekeliling kita. Biogeografi tidak
mempunyai sifat yang sama antara satu kawasan dengan kawasan yang lain. Hal ini disebabkan
oleh dua agen utama yang mempengaruhi perbezaan tersebut iaitu Biotik dan Abiotik. Kedua-
dua perkara ini sangat penting dalam menentukan ciri-ciri hidupan di sesuatu kawasan. Dari segi
biotik, kegiatan manusia dan juga fungsi hidupan asal disesuatu kawasan menentukan perbezaan
yang wujud. Manakala dari segi abiotik pula, perbezaan wujud dapat dilihat disebabkan oleh
pengaruh benda tidak hidup seperti iklim, suhu, cahaya, bentuk muka bumi dan lain-lain faktor
yang menetukan sifat sesuatu hidupan diantara kawasan. Oleh itu, kewujudan kedua-dua biotik
dan abiotik sangat penting di sesuatu kawasan kerana kedua-dua benda inilah yang akan
menetukan ciri-ciri dan sifat sesuatu hidupan yang wujud di sesuatu kawasan dan dapat
menonjolkan perbezaan yang ketara antara satu kawasan dengan kawasan yang lain.

You might also like