You are on page 1of 26

Zailani Binti Zakaria

No. Matriks: 720831115286002


HBPS4103: Kreativiti dan Pembelajaran Kanak-kanak

ISI KANDUNGAN

muka surat
i. Isi Kandungan 1
ii. Sekapur Sirih 2
iii. Soalan Tugasan HBPS3103: Perkembangan Kognitif dan 3
Pembelajaran Kanak-kanak

1.0 Pendahuluan 9

2.0 Latar Belakang Jean Piaget 10

3.0 Teori Perkembangan Kognitif Jean Piaget 12

4.0 Implikasi dan Prinsip Teori Perkembangan Kognitif Jean Piaget 15


dalam Pengajaran dan Pembelajaran

5.0 Prinsip Pembelajaran Matematik Berasaskan 17


Teori Perkembangan Kognitif Jean Piaget

6.0 Rancangan Slot Pengajaran Harian Prasekolah 18

7.0 Kaedah Penilaian dalam Pengajaran dan Pembelajaran 22

8.0 Kaedah Penilaian: Senarai Semak 23

9.0 Kesimpulan 25

Rujukan 26
Lampiran 28

1
Zailani Binti Zakaria
No. Matriks: 720831115286002
HBPS4103: Kreativiti dan Pembelajaran Kanak-kanak

SEKAPUR SIRIH

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang….

Alhamdulillah, kami bersyukur kehadrat Ilahi yang mengabulkan hasrat kami untuk
menyempurnakan tugasan yang telah diamanahkan. Kami juga bersyukur kerana diberikan
kekuatan, ilham, ketekunan dan istiqamah dalam usaha kami menyiapkan tugasan ini.

Pada kesempatan ini, kami ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih yang tidak
terhingga kepada Puan Sharifah Hanim Binti Syed Akhbar selaku Tutor bagi kursus
HBPS4103 Kreativiti dan Pembelajaran Kanak-kanak di atas bimbingan dan panduan yang
telah diberikan. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan yang telah memberi kerjasama dan
bantuan dalam usaha menyiapkan tugasan ini.

Segala pertolongan dan kerjasama yang diberikan, akan dikenang sepanjang masa.
Seterusnya, kepada keluarga saya yang telah banyak memberi sokongan dan dorongan
sepanjang pengajian di Universiti Terbuka Malaysia ini. Moga-moga segala bimbingan,
sumbangan, dan sokongan yang telah kalian diberikan dinilai sebagai ibadah di sisi Allah
SWT.

Sekian.

2
Zailani Binti Zakaria
No. Matriks: 720831115286002
HBPS4103: Kreativiti dan Pembelajaran Kanak-kanak

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

HBPS 4103: PERKEMBANGAN KREATIVITI DAN PEMBELAJARAN


KANAK-KANAK
SEMESTER MEI 2010
TUGASAN KURSUS (30%)

ARAHAN

1. Tugasan anda akan dinilai berdasarkan kepada keupayaan anda menghuraikan


persoalan yang diberikan dengan disokong oleh hujah-hujah dan bahan-bahan
bukti yang tepat dan relevan.

2. Tugasan anda hendaklah ditaip dengan menggunakan font “Times New


Roman” saiz 12 dilangkau baris 1.5 pada kertas bersaiz A4.

3. Serahkan tugasan anda kepada tutor sebelum / pada Tutorial ke 4.

4. Tugasan ini terhad kepada 8-10 muka surat sahaja untuk setiap bahagian.

5. Tugasan ini menyumbang sebanyak 30% kepada gred akhir kursus.

6. Plagiarisme dalam apa jua bentuk adalah dilarang sama sekali. Bahan tugasan
yang diplagiat tidak akan diterima dan tiada markah akan diberikan untuk
bahan tersebut.

SOALAN TUGASAN

1. Menurut teori kematangan, perkembangan pendengaran kanak-kanak berkembang


dengan pesat dari peringkat pralahir sehingga tahun pertama bayi.

3
Zailani Binti Zakaria
No. Matriks: 720831115286002
HBPS4103: Kreativiti dan Pembelajaran Kanak-kanak

Huraikan bagaimana kemahiran muzikal dikuasai oleh kanak-kanak dari


peringkat pralahir sehingga peringkat bayi. Bincangkan jenis rangsangan yang
sesuai untuk diberi pada kanak-kanak pada usia tersebut

Pilih tiga orang bayi berusia 3 bulan, 6 bulan dan 1 tahun untuk dijadikan kajian
kes. Bentukkan satu siri rancangan pengajaran muzik yang kreatif bagi mereka
berdasarkan kesesuaian tahap perkembangan.

Anda diminta untuk mengendalikan rancangan pengajaran yang telah anda bentuk
untuk setiap bayi tersebut dengan melibatkan bantuan ibu bapa mereka untuk
menjalankan kajian anda. Catatkan sejarah bayi dengan mengambil kira
pendedahan mereka terhadap bunyi dan muzik semasa dalam kandungan.
Jalankan pemerhatian dan laporkan kemajuan pembelajaran muzik ketiga-tiga
kanak-kanak tersebut selama 10 hari.

Bagi setiap kes yang dikaji, berikan latar belakangnya, ceritakan kemajuan kanak-
kanak tersebut dari segi tindak balas tersebut terhadap muzik, pemahaman
intonasi, kemajuan dalam pemahaman melodi dan perkembangan kemahiran
pergerakan rentak. Ringkaskan hasil kajian anda dalam bentuk jadual berikut.

Bayi (3 bulan) Kanak-kanak Kanak-kanak


(6 bulan) (1 tahun)
Jantina
Umur
Watak
Sejarah
pendedahan
terhadap
bunyi dan
muzik ketika
dalam
kandungan
Tindak balas
tersebut
terhadap
muzik
Pemahaman
intonasi
kemajuan
dalam
pemahaman
melodi
Kemajuan
dalam
kemahiran
pergerakan
rentak

(20 markah)

4
Zailani Binti Zakaria
No. Matriks: 720831115286002
HBPS4103: Kreativiti dan Pembelajaran Kanak-kanak

2. Bincangkan perhubungan di antara proses pembelajaran dan tahap perkembangan


kreativiti kanak-kanak.

Pilih empat orang kanak-kanak yang berusia 4 dan 6 tahun. Bawa salah satu
daripada kanak-kanak tersebut (pada setiap umur) untuk bersiar-siar di taman
sebelum menjalankan aktiviti.

Beri kertas kosong pada setiap kanak-kanak. Minta mereka melukis apa-apa
sahaja dan kemudian ceritakan apa yang telah dilukis.

Huraikan hasil kerja dari segi kandungan lukisan dan cerita, tahap kreativiti dan
elemen asas dalam seni visual kanak-kanak mengikut tahap perkembangan artistik
kanak-kanak masing-masing, dengan menggunakan jadual berikut:

Tahap Kanak-kanak Kanak-kanak


perkembangan 4 tahun 6 tahun
artistik Dibawa berjalan- Tidak dibawa Dibawa Tidak dibawa
jalan di taman berjalan-jalan di berjalan-jalan berjalan-jalan di
taman di taman taman
Kandungan
lukisan dan
cerita
Tahap kreativiti
(keaslian, jalan
cerita,
kompleksiti)
Perkembangan
artistik
- garisan
- rupa
- bentuk
- jalinan
- ruang
- warna

(10 markah)

[Total: 30 Markah]

PANDUAN PELAJAR

5
Zailani Binti Zakaria
No. Matriks: 720831115286002
HBPS4103: Kreativiti dan Pembelajaran Kanak-kanak

1. Rujukan kepada modul, sumber-sumber bercetak lain dan sumber dalam


Internet yang boleh dipercayai (contohnya sumber yang disediakan oleh orang
atau organisasi yang mempunyai reputasi yang baik) diperlukan untuk
memahami konsep sebelum pelajar dapat memberi contoh yang tepat dan sesuai.
Sila jangan gunakan Wikipedia sebagai sumber rujukan.

PANDUAN TUTOR

1. Tutor adalah diminta agar dapat membimbing para pelajar semasa penyediaan
tugasan amnya, memberi satu dua tapak web sebagai rujukan pelajar.

2. Tutor adalah diminta memeriksa dan menanda tugasan pelajar dan seterusnya
memberi markah dan memasukkan markah ke dalam OMES selewat-lewatnya
pada tarikh yang telah ditetapkan oleh OUM.

1.0 Pendahuluan

Kanak-kanak dilahirkan dengan mempunyai sifat yang dinamik dan


berkembang mengikut fitrah semulajadi proses tumbesaran mereka. Penglibatan

6
Zailani Binti Zakaria
No. Matriks: 720831115286002
HBPS4103: Kreativiti dan Pembelajaran Kanak-kanak

kanak-kanak dalam aktiviti yang melibatkan seni seperti seni visual dan seni muzik
berupaya memberikan rangsangan dan pembangunan kepada mereka dari pelbagai
aspek. Pembangunan tahap kreativiti kakank-kanak dapat dipertingkatkan selain
mewujudkan rasa sensitiviti kanak-kanak terhadap alam sekelilingnya.

Setiap kanak-kanak yang normal mempunyai lima deria iaitu deria rasa, deria
bau, deria dengar, deria lihat dan deria sentuh. Penggunaan deria yang baik akan dapat
melahirkan kanak-kanak yang mampu membuat pemerhatian secara aktif, dan ianya
menggalakkan interaksi yang kritis dan kreatif dengan alam, alat dan bahan. Kanak-
kanak perlu diberi peluang untuk melahirkan perasaan dan mengembangkan daya
kreativiti mereka melalui lukisan, kraf tangan, muzik, nyanyian, pergerakan kreatif,
puisi dan drama. Penglibatan aktif dan proses aktiviti yang berkesan berupaya
menggalakkan perkembangan kognitif, afektif dan psikomotor kanak-kanak, di
samping memupuk kreativiti, dan nilai estetika.

  Selain itu, kreativiti kanak-kanak boleh dikembangkan dengan menggalakkan


mereka menulis cerita, bermain muzik, melukis dan sebagainya. Melalui aktiviti seni
seperti inilah, daya estetika dan kreativiti kanak-kanak dapat dipertingkatkan. Justeru,
salah satu cara asas untuk memenuhi perasaan ingin tahu dan kehendak kanak-kanak
adalah melalui seni yang mampu membangunkan potensi mereka untuk menjadi insan
yang kreatif dan imaginatif. Pengalaman dalam melakukan aktiviti seni secara
berkesan membolehkan kanak-kanak meluahkan keinginan dan keperluan mereka.
Lazimnya, mereka dapat membina pengalaman baru hasil daripada beberapa
penerokaan dalam kehidupan seharian dan akan berasa seronok apabila dapat
mencipta sesuatu yang baru dengan cara tersendiri dalam pelbagai bentuk. Cara yang
unik ini mencerminkan kreativiti kanak-kanak.

2.0 Kreativiti

Lowenfeld (1975) percaya bahawa setiap kanak-kanak dilahirkan kreatif.


Penyataan ini disokong dengan sifat semula jadi kanak-kanak yang gemar meneroka,
dan penuh dengan perasaan ingin tahu. Oleh itu, menjadi tanggungjawab guru

7
Zailani Binti Zakaria
No. Matriks: 720831115286002
HBPS4103: Kreativiti dan Pembelajaran Kanak-kanak

prasekolah untuk memupuk daya kreativiti di kalangan kanak-kanak. Terdapat


pelbagai tahap pemikiran kreatif dan tidak hanya tertumpu pada satu-satu jenis tahap
kreativiti sahaja. Justeru itu, adalah penting bagi guru-guru untuk mengetahui tahap
dan corak pemikiran kreatif murid spay pengajaran yang dirancang menjurus ke arah
itu.

2.1 Definisi Kreativiti

Terdapat pelbagai takrifan kreativiti. Pandangan dan pengertian yang berbeza


ini adalah mengikut kajian yang dijalankan oleh tokoh-tokoh akademik dalam bidang
dan disiplin tertentu. Kreativiti berasal daripada perkataan Latin iaitu “creare” yang
membawa maksud “membuat”. Manakala daripada perkataan Greek pula “creare”
bermaksud “memenuhi’. Kamus Dewan, (2002) mentakrifkan kreativiti sebagai satu
kemampuan (kebolehan) mencipta daya kreatif, kekreatifan manakala kreatif pula
sebagai mempunyai kebolehan mencipta, menghasilkan dan mengembangkan sesuatu
idea baru dan asli.

Kesimpulannya kreativiti adalah kebolehan dan kemampuan seseorang


menghasilkan sesuatu yang kreatif, baru dan asli. Ada juga pendapat yang
mentakrifkan kreatif dan kreativiti sebagai penghasilan sesuatu yang tidak ada
sebelumnya. Kreativiti juga bermaksud kemampuan berfikir di luar kotak. Secara
ringkasnya kreativiti melibatkan daya berfikir, dan kemahiran berfikir. Kreativiti
boleh dibentuk dan dilatih. Ramai pengkaji mengklafikasikan kemahiran berfikir
secara kreatif sebagai kemahiran menggunakan otak kanan. Individu yang mempunyai
kebolehan kreatif biasanya mempunyai kualiti sejati yang jarang ditemui (Md Nasir
Iberahim & Iberahim Hassan, 2003).

Ahli psikologi yang paling banyak memberi sumbangan terhadap kreativiti


ialah Ellis Paul Torrance. Ellis Paul Torrance (1989), mendefinisikan kreativiti
sebagai suatu proses menjadi sensitif kepada masalah, kekurangan dari segi
pengetahuan, elemen, harmoni dan sebagainya; mengidentifikasikan masalah, mencari
penyelesaian, membuat andaian atau mencipta hipotesis tentang kekurangan, menguji
lagi dan akhirnya membuat generalisasi terhadap dapatan kajian.

8
Zailani Binti Zakaria
No. Matriks: 720831115286002
HBPS4103: Kreativiti dan Pembelajaran Kanak-kanak

Torrance juga adalah orang pertama yang mencipta kaedah untuk menguji
kreativiti yang dikenali sebagai Torrance Tests Of Creative Thinking. Kaedah yang
dicipta pada tahun 1976 ini meliputi empat aspek iaitu:

2.1.1 Kefasihan (fluency)

Kefasihan merujuk kepada kebolehan menghasilkan idea-idea yang berbeza


dan untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Contoh aplikasi ialah
menyenaraikan beberapa kegunaan sebuah botol air mineral.

2.1.2 Keanjalan (flexibility)

Penghasilan idea yang berpunca daripada kebolehan melihat sesuatu dari


perspektif yang berlainan serta penggunaan pelbagai kaedah dan pendekatan.
Aplikasinya ialah membayangkan diri menjadi unta untuk sehari.

2.1.3 Keaslian (originality)

Keaslian bermakna penghasilan idea yang unik atau luar biasa. Keaslian juga
merupakan kebolehan menyusun semula maklumat tentang sesuatu topik
dengan cara baru dan berlainan. Aplikasinya ialah memikirkan cara
menunggang basikal yang berlainan daripada kebiasaan.

2.1.4 Huraian (Elaboration)

Huraian merupakan kaedah memperbaiki idea dengan menambah kan butir-


butir lanjut supaya lebih jelas dan mudah difahami. Aplikasinya seperti
menceritakan dengan lebih terperinci hari pertama ke sekolah. Gunakan
sebanyak mana butiran yang boleh dalam membuat huraian.

Selain Torrance, Pfeiffer (dalam Goetz, 1981:297) mendefinisikan kreativiti


sebagai kebolehan mencipta produk kreatif yang baru, asli dan unik yang
menunjukkan tahap kejayaan yang tinggi dalam bidang yang berkaitan.

June King McFee pula mentakrifkan kreativiti itu sebagai keupayaan


seseorang mencipta sesuatu yang baru dan pada masa yang sama mampu untuk
mengolah idea. Beliau menjelaskan bahawa kreativiti seseorang boleh dilihat melali
keupayaan menyumbangkan idea dan berupaya pula untuk mengubah idea tersebut

9
Zailani Binti Zakaria
No. Matriks: 720831115286002
HBPS4103: Kreativiti dan Pembelajaran Kanak-kanak

kepada idea yang baru lalu melahirkan satu idea lain yang lebih bermakna. McFee
melihat bahawa idea boleh dimanipulasi menjadi sesuatu yang baru dan mampu
diolah.

Selain itu, Carl Rogers dalam teori terapinya telah menggariskan lima faktor
yang menjadi asas kepada individu yang sihat, yang dapat berfungsi dengan
sepenuhnya dalam kehidupan. Kelima-lima faktor tersebut ialah keterbukaan kepada
pengalaman, cuba menikmati kehidupan yang dialaminya, menghargai diri sendiri,
mengamalkan kebebasan dan akhirnya menjadi individu kreatif. Beliau mempunyai
takrifan yang unik tentang kreativiti percaya bahawa individu yang bebas dan
mempunyai rasa tanggungjawab akan cuba menyumbang kepada insan serta makhluk
lain di persekitarannya.

Rogers juga menjelaskan bahawa kreativiti merupakan suatu proses yang


wujud apabila seseorang itu bertindak ke atas sesuatu. Tindakan tersebut memberikan
keunikan dan menampakkan kelebihan individu tersebut termasuk penggunaan bahan
dan alat serta kemampuan mengendalikan kejadian dan peristiwa yang menyebabkan
tindakan ke atas perkara tersebut.

Victor Lowenfeld menjelaskan bahawa kreativiti seseorang murid itu boleh


diukur melalui empat komponen utama iaitu kelancaran,( secara spontan serta pantas )

fleksibel, (mampu menyesuaikan diri dengan pelbagai keadaan dan situasi), keaslian
(mencari idea baru dan asli kepekaan) dan kepekaan (Penggunaan deria pancaindera
seperti melihat, merasa, mendengar, menghidu dan sentuhan digunakan secara
sepenuhnya sebagai proses pengamatan dan merekod.)

3.0 Muzik

10
Zailani Binti Zakaria
No. Matriks: 720831115286002
HBPS4103: Kreativiti dan Pembelajaran Kanak-kanak

Apabila disebut tentang muzik, kita akan membayangkan lagu-lagu


nyanyian, mainan alat-alat muzik seperti gitar, dram, piano dan sebagainya atau
nyanyian lagu-lagu dari radio, televisyen, kaset, cakera padat dan lain-lain. Muzik
mempunyai hubungan yang rapat dengan kehidupan kita. Melalui muzik, seseorang
itu akan dapat melahirkan dan menyatakan kegembiraan, keriangan, kesedihan,
kemarahan, kedamaian, kemenangan, kekalahan, kekuatan dan lain-lain fenomena
kehidupan. Muzik juga boleh menggambarkan emosi seseorang, malahan ia mampu
menggantikan pernyataan melalui pertuturan atau tingkah laku.

Menurut Modul HBPS4103 Kreativiti dan pembelajaran Kanak-kanak OUM,


Muzik adalah satu cabang seni. Muzik adalah satu aspek yang sangat penting dan
berkesan dalam perkembangan emosi, sosial, fizikal dan kognitif kanak-kanak.
Pengalaman awal muzik dalam kalangan kanak-kanak adalah satu peringkat yang
sangat penting yang boleh membantu kanak-kanak dari segi pembinaan, penukaran
dan pengembangan konsep. Pada tahap ini kanak-kanak mengalami perkembangan
dalam persepsi multisensori, pengawalan motor, kemahiran penyelesaian masalah,
mencipta dan kemahiran menyoal. Muzik sering menjadi elemen yang memberi
keseronokan dan alat untuk meluahkan perasaan bagi kanak-kanak.

( Suseela Balakrishnan, Norliah Kasim, Amali Ibrahim & Kamisah Buang, 2008 )

4.0 Muzik dan Pengertiannya

satu cabang seni dan juga sains yang menggabungkan bunyi-bunyi vokal dan
atau instrumental termasuk bunyi-bunyi semula jadi dari persekitaran atau rekaan
dengan satu cara yang dianggap memuaskan mengikut estetika, corak pemikiran, dan
emosi manusia yang juga boleh mencerminkan sesuatu budaya tertentu.

Menurut Campbell 1995, Muzik adalah suatu kesenian yang tertumpu pada
aspek pendengaran atau aural. Oleh yang demikian, muzik boleh diperkenalkan
kepada bayi dan kanak-kanak pra sekolah dalam bentuk elemen bunyi.

11
Zailani Binti Zakaria
No. Matriks: 720831115286002
HBPS4103: Kreativiti dan Pembelajaran Kanak-kanak

Muzik adalah satu getaran tenaga bunyi di mana getaran tenaga bunyi bergetar
pada tahap-tahap berbeza. Tenaga yang serupa juga wujud dalam tubuh dan minda
kita. Sekiranya getaran tenaga bunyi boleh bergetar seiringan dengan tenaga dalam
badan kita, muzik boleh dianggap sebagai ubat yang memulihkan.

Epik India juga telah membuktikan bahawa muzik adalah punca orang paling
berkuasa yang seringkali bergema seiringan dengan alunan alam semula jadi. Nota
muzik yang berbeza juga dikatakan mampu untuk mencipta perubahan dalam keadaan
alam semula jadi. Kehidupan botani juga memberikan reaksi kepada muzik. Apalagi
jika ia dikaitkan dengan manusia yang boleh bertindak balas dengan muzik pada
tahap-tahap tertentu.

5.0 Muzik dan Kanak-kanak

Muzik bukan sahaja digemari oleh golongan remaja dan dewasa, malahan bayi
dan kanak-kanak juga amat senang dan tenang dengan muzik apabila muzik yang
digemari dipasang semasa mereka hendak tidur atau dalam kereta ketika dalam
perjalanan untuk menuju ke sesuatu destinasi. Anak-anak selalunya akan memberikan
reaksi yang berbeza terhadap pelbagai jenis bunyi muzik. Faktor ini bergantung
kepada tahap umur, keadaan dan emosi mereka pada waktu itu. Justeru, penggunaan
muzik tidak hanya dihadkan kepada satu jenis muzik sahaja, sebaliknya biar mereka
mendengar pelbagai bentuk muzik yang ada.

Muzik sentiasa menjadi sebahagian penting dalam sistem pembelajaran


kanak-kanak. Misalnya, seorang ibu akan mendendangkan irama lagu semasa
mendodoikan anaknya untuk tidur, menyanyikan nada irama kanak-kanak apabila
menyampaikan cerita fiksyen atau sejarah, serta aktiviti nyanyian bersama yang
dipelajari kanak-kanak semasa di rumah atau di prasekolah. Semua rangsangan ini
memberikan perkembangan yang sihat kepada bayi dan kanak-kanak.

12
Zailani Binti Zakaria
No. Matriks: 720831115286002
HBPS4103: Kreativiti dan Pembelajaran Kanak-kanak

Baru-baru ini, ibu bapa di Malaysia telah dibanci tentang dua soalan
berhubung muzik dalam perkembangan awal anak mereka melalui Tinjauan Pendapat
Ibu Bapa Bijak yang dikendalikan oleh Mead Johnson Nutritional. Salah satu soalan
yang dikemukakan mengehendaki ibu bapa memberikan pendapat mereka sama ada
muzik membantu anak mereka belajar dengan lebih baik. 91 peratus ibu bapa yang
dibanci bersetuju dengan persoalan tersebut dan memberikan kesimpulan bahawa
lebih ramai ibu bapa kini yang terdedah kepada sumber-sumber yang membantu
dalam perkembangan awal anak-anak mereka termasuk muzik.

Satu lagi soalan yang dikemukakan adalah pilihan ibu bapa terhadap muzik
klasikal atau muzik pop untuk anak mereka. Ia memberikan tindak balas bercampur
kerana 57 peratus memilih muzik klasik manakala 43 peratus memilih muzik pop.

Walaupun majoriti ibu bapa menjawab ya, terdapat golongan ibu bapa yang
berpendapat bahawa muzik pop juga bersesuaian. Ini mungkin boleh dikaitkan dengan
bagaimana cara ibu bapa pada masa ini menggunakan muzik sebagai alat
pembelajaran.

13
Zailani Binti Zakaria
No. Matriks: 720831115286002
HBPS4103: Kreativiti dan Pembelajaran Kanak-kanak

6.0 Kemahiran Muzikal Kanak-kanak Dari Pralahir hingga Peringkat


Bayi.

Bagi melahirkan anak bijak, seseorang ibu bermula dari peringkat kehamilan,
perlu memulakan langkah pertama merangsang minda bayi. Di awal trimester
kehamilan, otak bayi sudah mula berkembang dan kemudiannya berterusan
sehinggalah dia berusia dua tahun. Dalam pada itu, terdapat pelbagai teknik yang
boleh dilakukan untuk merangsang bayi dalam kandungan. Antaranya ialah
rangsangan bunyi (alunan muzik atau suara ibu), pergerakan, tekanan, getaran dan
komunikasi antara ibu dan kandungan. Melalui teknik-teknik ini, bayi akan bertindak
balas dengannya. Ini secara tidak langsung dapat menggalakkan perkembangan
fizikal, mental dan penglihatannya agar anak menjadi seorang yang bijak.

Telah banyak bukti menunjukkan bahawa bayi yang masih berada dalam
rahim boleh memberi tindak balas terhadap muzik yang mereka dengar. Menurut satu
kajian, sekumpulan bayi yang ibunya mendengar muzik setiap hari sehingga pada saat
kelahiran lebih mudah dipujuk dengan mendengarkan irama bertema selepas beberapa
minggu dilahirkan. Perkara ini amat berbeza dengan bayi yang tidak mendengar
muzik di mana mereka kurang menunjukkan tidak balas.

Muzik adalah salah satu elemen yang boleh digunakan untuk merangsang
kepintaran bayi. Ini adalah kerana bayi memang gemar dengan alunan bunyi. Malah
bunyi-bunyi seperti denyutan jantung dan pernafasan ibu juga turut memberi
ketenangan kepada bayi yang masih di dalam kandungan ibunya. Contohnya, bayi
akan bertindak balas dengan melakukan tendangan ataupun membuat pergerakan
apabila muzik klasik dimainkan. Sehubungan itu, sewaktu trimester ketiga, bayi sudah
boleh memberi tindak balas sekiranya anda meletakkan alat rangsangan yang banyak
terdapat di pasaran di perut sambil berbaring. Pada waktu ini, bayi akan bertindak
balas apabila mendengar nyanyian atau bunyi muzik.

Sebaik-baiknya rangsangan perlu diberikan seawal kehamilan berusia tiga


bulan untuk mendapat anak yang bijak. Waktu ini dipercayai amat sesuai untuk bayi
menerima rangsangan pertamanya. Setelah bayi di dalam kandungan berusia lima
bulan, deria pendengarannya telah berkembang. Ketika ini, muzik klasik boleh
digunakan agar dapat memberi rangsangan kepada bayi. Selain itu, muzik klasik

14
Zailani Binti Zakaria
No. Matriks: 720831115286002
HBPS4103: Kreativiti dan Pembelajaran Kanak-kanak

terbukti berkesan sebagai satu alat yang baik sebagai rangsangan untuk
mengembangkan  kepintaran bayi.

Penyelidik di Barat menyatakan bahawa kebanyakan muzik klasik dihasilkan


daripada nada-nada yang harmoni. Nada tersebut memberi rangsangan kepada bayi
dalam bentuk gelombang alfa. Gelombang berkenaan akan menimbulkan mood
tenang, relaks dan tenteram kepada bayi yang ternyata dapat membantu
perkembangan dirinya. Selain daripada itu, muzik klasik turut terbukti berkesan untuk
meningkatkan perkembangan otak, penglihatan, kemahiran bahasa dan motornya.

Oleh kerana itulah, Muzik-muzik yang keras dilarang sama sekali digunakan
untuk merangsang bayi. Hal ini dikhuatiri akan menimbulkan kebingungan dan
akhirnya menjejaskan kepintarannya. Untuk itu, adalah digalakkan untuk
memperdengarkan bayi dengan muzik klasik pada waktu yang khusus. Alunan muzik
klasik yang harmoni dan lembut tentu sahaja akan membuat bayi berasa tenang dan
gembira. Oleh itu, bayi yang memperoleh rangsangan muzik dapat mengembangkan
kemahiran penglihatan dan motornya pada tahap yang berbeza sepanjang tempoh
berada di dalam kandungan ibunya.

Bayi berusia 3 bulan: kesedaran muzik menjadi lebih aktif

( Sumber gambar: http://shw.jualmurah.fotopages.com/14284194/3-Bulan.html)

15
Zailani Binti Zakaria
No. Matriks: 720831115286002
HBPS4103: Kreativiti dan Pembelajaran Kanak-kanak

Kesedaran muzik bermula apabila bayi dilahirkan ke dunia. Bayi akan


bertindak balas ke atas muzik dan melakukan pergerakan apabila muzik
diperdengarkan. Bayi mungkin menunjukkan kesedaran awal dengan melakukan
tindak balas yang berbeza terhadap muzik. Ketika bayi tidur, muzik sebagai pengulit
dan bayi menjadi aktif ketika muzik dimainkan. Apabila berusia antara 4 hingga 8
bulan, kesedaran muzik menjadi lebih aktif iaitu bayi mula mengamati semua bunyi
yang didengari di persekitarannya. Dia mula menunjukkan lebih aktif terhadap
kesedaran muzik dengan melakukan pergerakan kepala atau wajah ke arah sumber
muzik.

Apabila usia mula menginjak ke 10 bulan, bayi mula menunjukkan


kecenderungan terhadap ekspresi muzik iaitu bayi mula menunjukkan jenis muzik
yang paling disukai. Mungkin juga pada usia ini bayi lebih suka bunyi yang muncul
daripada alat-alatan seperti loceng serta jelas menunjukkan yang dia tidak suka
terhadap muzik tertentu malahan dia akan menggoyangkan pinggul dan bertepuk
tangan apabila mendengar muzik yang disukainya.

Menurut satu kajian, sekumpulan bayi yang ibunya mendengar muzik setiap
hari sehingga pada saat kelahiran lebih mudah dipujuk dengan mendengarkan irama
bertema selepas beberapa minggu dilahirkan. Perkara ini amat berbeza dengan bayi
yang tidak mendengar muzik di mana mereka kurang menunjukkan tidak balas.

Bayi selalunya gemar berbaring dan anda boleh menggerakkan anggota badan
mereka sambil menyanyi, malah penggunaan instrumen muzik seperti loceng
digalakkan untuk merangsang pendengaran dan penglihatan mereka. Sehinggalah
mereka memasuki zaman kanak-kanak, muzik dan alatan muzik sangat disukai oleh
mereka dan mereka begitu gembira jika dapat mengikut beberapa perkataan yang
dinyanyikan oleh anda serta boleh menggunakan alat muzik yang terdapat di sekitar
mereka.

16
Zailani Binti Zakaria
No. Matriks: 720831115286002
HBPS4103: Kreativiti dan Pembelajaran Kanak-kanak

Jenis muzik yang sesuai dan digemari oleh bayi dapat ditentukan dengan
memastikan muzik tersebut mesti dipasang ketika bayi dalam keadaan sedar dan jaga.
Ini kerana pada waktu ini ibu bapa dapat melihat reaksi mereka apabila muzik itu
dipasangkan sama ada mereka suka atau tidak terhadap muzik tersebut. Bayi
selalunya gemar berbaring dan anda boleh menggerakkan anggota badan mereka
sambil menyanyi, malah penggunaan instrumen muzik seperti loceng digalakkan
untuk merangsang pendengaran dan penglihatan mereka.

Apa jua jenis rangsangan yang digunakan, seseorang itu perlu mengetahui
teknik rangsangan yang betul agar dapat menyediakan persekitaran yang selamat,
penuh kasih sayang dan menyeronokkan. Ketiga-tiga aspek ini amat penting untuk
menggalakkan bayi membesar dengan sihat dan dapat belajar banyak perkara sewaktu
masih di dalam kandungan.

Kesimpulannya, anak-anak yang didedahkan dengan muzik seawal mereka


dalam kandungan lagi lebih senang untuk ditenangkan dan mereka juga lebih aktif
daripada kanak-kanak lain. Malahan penggunaan muzik dan irama dalam kehidupan
mampu memberikan kedamaian dan keharmonian dalam sesebuah keluarga serta
muzik juga berupaya mengurangkan tekanan dalam kehidupan sehari-harian. Lebih
daripada itu kita dapat mengelakkan anak-anak terlibat dengan aktiviti yang tidak
sihat dan tidak berfaedah.

7.0 Kajian Kes

Kajian kes kali ini adalah berkaitan dengan pengajaran muzik kreatif terhadap
tiga orang kanak-kanak yang berusia 3 bulan, 6 bulan dan 1 tahun. Satu rancangan
pengajaran muzik dibentuk bagi menjalankan pemerhatian ke atas bayi-bayi ini.

Biodata Bayi 1

17
Zailani Binti Zakaria
No. Matriks: 720831115286002
HBPS4103: Kreativiti dan Pembelajaran Kanak-kanak

Nama : Mohd Nadim Azim Bin Khairuddin


Tarikh Lahir : 15 April 2010
Umur : 3 bulan
Nama Ibu : Maizun Binti Abdullah
Pekerjaan Ibu : Pembantu Masyarakat Kemas
Nama Bapa : Khairuddin Bin Hj Ahmed
Pekerjaan Bapa : Juruteknik Telekom
Anak ke : 4 dari 4 orang adik beradik
Alamat : 135, Jalan Gunung Angsi 4,
Taman Kelab Tuanku,
Mambau, 70300 Seremban,
Negeri Sembilan.

Biodata Bayi 2

18
Zailani Binti Zakaria
No. Matriks: 720831115286002
HBPS4103: Kreativiti dan Pembelajaran Kanak-kanak

Nama : Nur Ainina Batrisyia Binti Mohd Yussoff


Tarikh Lahir : 4 Januari 2010
Umur : 7 bulan
Nama Ibu : Rozana Binti Abdul Rahman
Pekerjaan Ibu : Guru
Nama Bapa : Ahmed Nizam Bin Mohd Nor
Pekerjaan Bapa : Pegawai Bank
Anak ke : 4 dari 4 orang adik beradik
Alamat : 833, Jalan S2 G14,
Garden Avenue, Seremban 2,
70300 Seremban,
Negeri Sembilan.

Biodata Bayi 3

19
Zailani Binti Zakaria
No. Matriks: 720831115286002
HBPS4103: Kreativiti dan Pembelajaran Kanak-kanak

Nama : Aiman Hakimi Bin Abd.Rauff


Tarikh Lahir : 2 Jun 2009
Umur : 1 tahun
Nama Ibu : Suzila Binti Abd. Wahab
Pekerjaan Ibu : Guru
Nama Bapa : Zulkifli bin Zakaria
Pekerjaan Bapa : Guru
Anak ke : 2 dari 2 orang adik beradik
Alamat : No 6, Blok B,
Quaters Guru SK Dato’ Shah Bandar Abu Bakar,
Labu Hilir,
71900 Seremban,
Negeri Sembilan.

8.0 Rancangan Pengajaran Muzik

RANCANGAN PENGAJARAN MUZIK

Masa : 30 minit
Muzik yang dugunakan : Muzik Beethoven & Mozart

Langkah/Masa Isi Pelajaran Aktiviti P & P Catatan

Set Induksi Bunyi-bunyian 1. Memberi kanak-kanak alat Alat mainan


3 minit permainan bunyi-bunyian seperti loceng
loceng dan sebagainya untuk

20
Zailani Binti Zakaria
No. Matriks: 720831115286002
HBPS4103: Kreativiti dan Pembelajaran Kanak-kanak

menarik minat terhadap bunyi.


Langkah 1 Mendekati bayi 1. Cuba mendekati bayi kerana
5 minit biasanya bayi tidak mahu dekat
kepada orang yang tidak biasa
dengan mereka.
2. Cuba bermesra dengan bayi.
Langkah 2 Memperdengarkan 1.Membawa bayi tersebut dekat Pemain cakera
15 minit muzik dengan dengan pemain cakera padat
padat. ‘baby cot’
2.Bayi diletakkan di tempat yang
selesa seperti ‘ baby cot’.
3.Cakera padat tersebut dimainkan.
4. Memerhati dan mencatat
pergerakan bayi sepanjang muzik
diperdengarkan.
Langkah 3 Perbincangan dengan 1.Berbincang dengan ibu/bapa
5 minit ibu/bapa bayi tentang sejarah perkembangan
bayi mereka.
Penutup Membuat rumusan 1. Guru dan ibu/bapa membuat
2 minit rumusan tentang pergerakan bayi
mereka sepanjang muzik dimainkan.

Kanak-kanak Kanak-kanak
Bayi (3 bulan)
(6 bulan) (1 tahun)

Jantina Lelaki Perempuan Lelaki

Umur 3 bulan 6 bulan 1 tahun

Aktif Pendiam dan kurang aktif Aktif dan Periang

21
Zailani Binti Zakaria
No. Matriks: 720831115286002
HBPS4103: Kreativiti dan Pembelajaran Kanak-kanak

Watak

Sejarah Ibunya seorang yang Tidak pernah didedahkan Biasa mendengar muzik
pendedahan gemar menyanyi dan dengan muzik atau bunyi- sejak dalam kandungan lag
terhadap bunyi berkaraoke. Selain itu, ibu bunyian secara langsung di kerana bapanya seorang
dan muzik Mohd Nadim Azim mana ibunya seorang yang guru muzik. Bapanya
ketika dalam menjadi ahli kumpulan amat pendiam dan tidak sering bermain ‘keyboard’
kandungan marhaban di tempat suka mendengar radio atau dan gitar di rumah.
tinggalnya. Ibunya sentiasa lagu. Ibunya hanya akan
mengikuti program bercakap apabila ditanya, itu
marhaban di majlis kenduri pun sekadar menjawab
perkahwinan, majlis cukur dengan dua atau tiga patah
jambul, atau majlis-majlis perkataan.
kesyukuran.

Tindak balas Nadim Azim memberi Kurang menghiraukan bunyi Berminat dan peka
tersebut tindak balas yang positif muzik perlahan seolah-olah terhadap bunyi muzik yang
terhadap terhadap muzik yang tiada apa-apa yang berlaku diperdengarkan.
muzik diperdengarkan. di sekelilingnya. Ainina
mula menunjukkan sedikit
pergerakan apabila muzik
lebih pantas dimainkan.
Pemahaman Bayi ini akhirnya tertidur Ainina seolah-olah kurang Memahami intonasi muzik
intonasi apabila diperdengarkan memahami akan bunyi- iaitu dia akan bergerak
dengan muzik perlahan bunyian di sekelingnya secara aktif apabila muzik
ciptaan Beethovan. walaupun berusia lebih 7 pantas dimainkan dan
Tambahan pula waktu bulan seolah-olah tiada apa melakukan pergerakan
kajian dijalankan adalah yang berlaku padanya. perlahan bila muzik
waktu kebiasaan bagi perlahan dimainkan.
Nadim tidur.
kemajuan Nadim berkeupayaan Menunjukkan sedikit Kanak-kanak ini sudah
dalam melakukan pergerakan di perubahan apabila muzik pandai mengikut rentak
pemahaman mana semasa muzik pantas diperdengarkan. melodi yang dimainkan
melodi perlahan dimainkan, dia Pergerakannya agak pasif dengan menari dengan cara
dilihat hanya mendengar dan kurang sensitif pada menghenjutkan badannya

22
Zailani Binti Zakaria
No. Matriks: 720831115286002
HBPS4103: Kreativiti dan Pembelajaran Kanak-kanak

muzik sambil bergerak bunyi. mengikut melodi


secara pasif. Namun, pada
bahagian muzik pantas, dia
seronok bergerak sambi
ketawa.
Kemajuan Kemajuan positif Ainina hanya menunjukkan Pergerakan tubuh badan
dalam ditunjukkan mengikut sedikit kemajuan dalam Aiman akan berubah
kemahiran rentak muzik yang pergerakan tapi dia tidak mengikut muzik yang
pergerakan dimainkan. tahu atau tidak faham untuk dimainkan.
rentak mengikut rentak muzik yang
dimainkan.

9.0 Kanak-kanak dan Seni Lukis

Seni lukis merupakan sebahagian daripada elemen yang terdapat dalam Seni
Visual. Kanak-kanak dilahirkan dengan sifat dinamik serta berkembang mengikut
fitrah semula jadi proses tumbesaran mereka. Hasil kerja seni visual yang dihasilkan
berfungsi sebagai alat komunikasi dan merupakan refleksi pemkiran kanak-kanak.
Refleksi ini akan terus berkembang bersama kanak-kanak sehingga mereka
membesar. Melukis sebagai Cara Mencapai Kepuasan Diri. Melukis merupakan
aktiviti yang mampu memberikan kepuasan kepada kanak-kanak. Melalui lukisan,

23
Zailani Binti Zakaria
No. Matriks: 720831115286002
HBPS4103: Kreativiti dan Pembelajaran Kanak-kanak

kanak-kanak dapat meluahkan perasaan dan emosi selain dapat membina kekuatan
otot. Aktiviti sebegini juga dapat membantu menajamkan daya intuisi kanak-kanak.

Penghasilan karya terutama lukisan oleh kanak-kanak mempunyai interpretasi


yang berbeza dengan karya yang dihasilkan oleh orang dewasa. Bagi orang dewasa,
seni visual sering dikaitkan dengan kecantikan dan kesempurnaan, namun bagi kanak-
kanak hasil karya yang dihasilkan bersifat luahan dan ekspresif (Lowenfeld, 1975).
Kebanyakan penkaji seni kanak-kanak menganggap hasil karya seni sebagai satu
kaedah menarik untuk melihat cara berfikir dan menyelami perasaan selain melihat
dan menguji keupayaan perkembangan kognitif mereka. Karya seni kanak-kanak
adalah bersifat peribadi dan tersendiri.

Banyak kajian yang dijalankan bagi mengenalpasti tahap kebolehan kanak-


kanak. Aktiviti melukis dikatakan sebagai suatu bentuk aktiviti yang banyak
digunakan oleh saintis, pendidik dan ibu bapa bagi menyelami perasaan dan fikiran
kanak-kanak. Aktiviti melukis meurpakan aktiviti yang membantu kanak-kanak
mengenali objek selain membantu meningkatkan daya sensitiviti terhadap alam
sekeliling mereka. Proses melukis yang menjurus ke arah pengamatan terhadap objek
mampu melatih deria kanak-kanak supaya menjadi lebih peka an meningkatkan daya
persepsi mereka.

Selain itu, aktiviti melukis juga meningkatkan daya imaginatif kanak-kanak


selain berupaya mengimbangi emosi mereka. Ianya dijadikan sebagai satu proses
pembelajaran kepada kanak-kanak melalui aktiviti imitasi alam sekeliling lalu
dipermudahkan menjadi simbol yang abstrak dan seterusnya menjadikan ianya satu
bentuk hasil karya yang unik.

Lantaran itulah, adalah penting bagi seseorang guru prasekolah mendalami


pengetahuan asas mengenai lukisan yang dihasilkan oleh kanak-kanak sebelum
kanak-kanak didedahkan dengan pelbagai aktiviti. Melalui cara ini juga, dapat
membantu guru prasekolah merancang aktiviti yang sesuai dengan mengikut tahap
pencapaian kanak-kanak itu.

24
Zailani Binti Zakaria
No. Matriks: 720831115286002
HBPS4103: Kreativiti dan Pembelajaran Kanak-kanak

10.0 Tahap Perkembangan Kreativiti Kanak-kanak dan Kaitannya dengan


Proses Pembelajaran

Penglibatan kanak-kanak di dalam aktiviti seni visual berupaya memberikan


rangsangan dan pembangunan dari pelbagai aspek. Pembangunan tahap kreativiti
kanak-kanak dapat dipertingkatkan selain mewujudkan rasa sensitiviti kanak-kanak
terhadap sekelilingnya.

Soalan 2
Penghasilan karya terutama lukisan oleh kanak-kanak mempunyai interpretasi yang
berbeza dengan karya yang dihasilkan oleh orang dewasa. Bagi orang dewasa, seni
visual sering dikaitkan dengan kecantikan dan kesempurnaan, namun bagi kanak-
kanak hasil karya yang dihasilkan bersifat luahan dan ekspresif (Lowenfeld, 1975).

Penutup

Seni merupakan asas perkembangan kreativiti individu yang jika diajar dengan baik,
dapat merangsang kepekaan deria kerana semua deria merupakan ruang bagi
pembelajaran.

Rujuk sdp ms 29

RUJUKAN

http://www.creativechild.com/

25
Zailani Binti Zakaria
No. Matriks: 720831115286002
HBPS4103: Kreativiti dan Pembelajaran Kanak-kanak

http://roskang.blogspot.com/search/label/kreativiti
http://www.yadim.com.my/Keluarga/KeluargaFull.asp
http://id.shvoong.com/humanities/1640982-anak-cerdas-dan-kreatif-berkat/
http://www.scribd.com/doc/14066683/Terapi-Muzik-Dan-Seni-Suaian
http://mysoul-edukids.blogspot.com/2009/07/peranan-muzik-kepada-kanak-
kanak.html

26

You might also like