P. 1
laporan - kaedah persampelan

laporan - kaedah persampelan

|Views: 12,434|Likes:
Published by Alex Sent

More info:

Categories:Types, School Work
Published by: Alex Sent on Nov 13, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

03/16/2015

pdf

text

original

Apa itu persampelan?

Menurut Mohd Sheffie Abu Bakar (1991) persampelan merupakan satu proses di mana sebilangan kecil daripada keseluruhan populasi dipilih dan dikaji untuk membolehkan kita membuat generalisasi mengenai populasi itu. Syed Arabi Idid (1992): Persampelan merupakan satu usaha yang dijalankan oleh pengkaji untuk memperoleh maklumat daripada sampel yang dapat mewakili keseluruhan populasi. Menurut Gordon F. Fielding (1974) dalam bukunya Geography as Social Science, beliau menyatakan bahawa; The unbiased selection of the test population is called sampling. Ringkasnya, persampelan melibatkan penyelidikan terhadap sampel kajian ba gi mewakili keseluruhan populasi kajian. Kaedah ini biasa digunakan oleh penyelidik tidak kira sains tulen atau sains sosial dalam penyelidikan mereka. Contoh1: Jika kita ingin mengetahui atau menilai pemahaman pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) terhadap konsep 1Malaysia. Keseluruhan pelajar universiti merupakan populasi. Sebahagian daripada pelajar yang dipilih dalam kajian merupakan sampel. Misalnya pelajar dalam kelas tertentu. Hasil tinjauan tadi akan mewakili pemahaman keseluruhan populasi pelajar UMS terhadap konsep 1Malaysia.

Kenapa persampelan penting dalam kajian?
1. Kos perbelanjaan yang lebih rendah. 2. Masa penggumpulan dan penganalisisan data yang banyak lebih singkat. 3. Membolehkan penyelidik mendapatkan maklumat yang lebih terperinci daripada sebahagian kecil populasi. 4. Penyelidik dapat membuat liputan kajian yang lebih luas dalam masa yang singkat.

Kaedah-kaedah persampelan.
Pensampelan kebarangkalian.
Pensampelan kebarangkalian ialah satu teknik pensampelan di mana setiap ahli dalam populasinya mempunyai peluang untuk dipilih sebagai responden dalam kajian. Persampelan ini memerlukan sekumpulan responden diambil berdasarkan ciri -ciri tertentu bagi mengambarkan secara keseluruhan populasi yang hendak dikaji. Prinsip utama nya ialah untuk menjelaskan keseluruhan populasi. Individu yang diambil sebagai sampel haruslah mempunyai kesemua variasi yang wujud dalam populasi tersebut. Oleh itu,pensampelan kebarangkalian akan digunakan oleh penyelidik apabila memerlukan penjelasan statistik yang tepat untuk populasi yang besar. Sebagai contoh, untuk meneliti peratusan populasi yang menganggur. Lazimnya penyelidikan tinjauan yang berskala besar akan mengunakan kaedah pensampelan kebarangkalian.

Jenis-jenis pensampelan kebarangkalian.
Terdapat empat jenis pensampelan kebarangkalian iaitu: a) Pensampelan rawak mudah b) Pensampelan sistematik c) Pensampelan berstrata atau berlapis ; dan d) Pensampelan kelompok

Pensampelan rawak mudah (simple random sampling) .
Pensampelan rawak mudah ialah pensampelan di mana setiap elemen dalam populasi itu mempunyai peluang yang sama untuk dipilih sebagai sampel. De Vaus (1985) telah menyenaraikan lima tahap yang perlu seseorang lakukan dalam pensampelan rawak mudah iaitu : a) Mendapatkan satu rangka pensampelan yang lengkap. b) Memberikan tiap-tiap ahli satu nombor khas. c) Menentukan saiz pensampelan. d) Memilih ahli-ahli mengikut saiz sampel yang telah ditentukan berdasarkan jadual nombor rawak ; dan e) Memilih ahli daripada angka rawak tersebut.

Unsur ataupun elemen bagi pensampelan rawak mudah boleh diperolehi daripada beberapa cara, contohnya seperti cabutan loteri atau daripada jadual nombor rawak. Jadual nombor rawak ini boleh didapati daripada komputer, buku-buku statistik atau penyelidikan dan sebagainya. Dalam kaedah cabutan loteri pula, setiap nama yang terdapat di dalam populasi dimasukan ke dalam satu bekas. Sebagai contoh ialah memilih nama penuntut dari semua penuntut yang berdaftar di Universiti Malaysia Sabah (UMS). Andaikan UMS mempunyai 15000 orang penuntut. Setiap nama penuntut UMS akan ditulis dalam kertas dan diletakan dalam sebuah balang ataupun bekas. Jika jumlah populasi tersebut adalah 15000 orang maka kebarangkalian cabutan bagi tiap-tiap satu elemen ataupun ahli ialah 1/15000. Dengan itu, setiap nama penuntut yang terpilih itu tidak sedikit pun menjejaskan peluang penuntut lain yang belum di pilih namanya dari balang tersebut. Penyelidik akan mencabut kertas dalam baling tersebut secara rawak.

Pensampelan sistematik (systematic sampling) .
Elemen dari sampel tidak dipilih secara rawak mudah, tetapi mengunakan strategi tertentu. Sebagai contoh, setiap penuntut yang kelima dipilih dari daftar nama penuntut (kerangka pensampelan) sebagai sampel kajian. Namun , ada sarjana yang menganggap kaedah ini tidak termasuk dalam pensampelan kebarangkalian, kerana ia mengetepikan semua orang yang berada antara setiap elemen yang dipilih (Black & Champion, 1976). Peluang yang sama tidak diberikan kepada elemen-elemen untuk dipilih dalam sampel. Beberapa perkara mungkin mengancam kerawakan pensampelan melalui kaedah ini. Sebagai contoh ialah komposisi bangsa di Malaysia merupakan satu masalah. Misalnya, pengkaji mendapatkan satu senarai nama dan memberikan angka dari 1 hingga 100. Katakanla penkaji ingin memilih 20 nama sahaja dari 100 orang secara sistematik, iaitu dengan melangkau 10 nama. Di Malaysia, kerana masyrakat majmuknya, satu kawasan mungkin terdapat bangsa melayu yang melebihi bangsa lain. Kemu ngkinan dalam hal ini kita akan mendapat lebih ramai bangsa melayu dan ini tidak seimbang seperti yang diperlukan menurut sistem rawak.

Pensampelan berstrata/berlapis (stratified sampling).
Kadangkala dalam satu populasi itu terdapat beberapa kategori. Dalam satu sampel yang mewakili sebuah populasi mempunyai beberapa kategori yang berbeza. Dalam sampel tersebut haruslah merangkumi ahli-ahli yang terpilih daripada semua jenis kategori dalam populasi tersebut. Dalam hal ini, penyelidik akan membahagikan kerangka pensampelan ataupun populasi tersebut kepada beberapa kumpulan atau strata. Tiap-tiap kumpulan itu dikenali sebagai strata ataupun lapisan. Daripada tiap-tiap lapisan ataupun strata itu, pengkaji akan memilih seperti yang dilakukanya untuk memilih sampel dalam rawak mudah. Melalui cara ini, perwakilan yang lebih besar dapat ditentukan. Sebagai contoh, dalam satu populasi sekolah menengah kebangsaan kota marudu terdapat 70 peratus perempuan dan 30 peratus lelaki. Penkaji akan mengasingkan populasi ini kepada dua lapisan ataupun strata. Satu lapisan hanya terdapat lelaki dan satu lapisan lagi ialah lapisan perempuan. Daripada dua lapisan ini, pengkaji akan memilih secara rawak unsur dan jum lah unsur yang diperlukan mengikut prinsip pensampelan rawak mudah.

Pensampelan berkelompok (cluster sampling) .
Kadangkalanya seorang pengkaji perlu membuat kajian yang meliputi kawasan yang luas. Dengan sumber tenaga dan kewangan yang terdapat padanya, pengkaji akan

mendapati sukar untuk ia menjalankan tugas meliputi semua kawasan. Untuk mengatasi masalah ini, pengkaji akan mengunakan pensampelan kelompok. Dalam pensampelan kelompok, pengkaji akan membahagikan kawasan tempat kajian dijalankan. Pengkaji perlu mengenal pasti tiap-tiap satu bahagian. Pengkaji mungkin boleh memberikan nombor bagi tiap-tiap satu bahagian dan memilih beberapa bahagian sebagai sampel sahaja. Selepas ditentukan bahagian-bahagian secara rawak, langkah seterusnya ialah pengkaji akan memilih elemen daripada tiap-tiap bahagian secara rawak pula. Pemilihan elemen ini dapat dilakukan apabila pengkaji memperolehi senarai elemen yang terlibat. Berikut adalah prosedur untuk melaksanakan pensampelan kelompok: a) Mengenal pasti kerangka pensampelan. b) Menentukan saiz sampel. c) Kenal pasti dan senaraikan kelompok yang menepati kajian. d) Anggarkan purata bilangan subjek yang terdapat daam setiap kelompok dalam populasi tersebut. e) Gunakan jadual nombor rawak untuk memilih bilangan kelompok yang bersesuaian. f) Pengkaji boleh memilih elemen secara rawak dari kelompok tersebut ataupun mengunakan keseluruhan kelompok. Sebagai contoh, diandaikan bahawa kajian yang akan dijalankan adalah melibatkan populasi yang besar, iaitu yang melibatkan sebanyak 50 000 keluarga. Pengkaji ingin mendapatkan 200 buah keluarga sahaja. Oleh itu, salah satu cara ialah mendapatkan satu senarai yang yang mengandungi nama keseluruhan 50 000 ahli keluarga itu. Seterusnya, pengkaji perlu membahagikan-bahagikan kawasan bandar tersebut kepada 500 kawasan. Ini dilakukan dengan membuat garis di atas peta sahaja. Selepas itu, penkaji akan memilih 4 kawasan daripada 500 kawasan yang secara rawak. Diandaikan setiap kawasan

mempunyai seramai 500 orang keluarga. Satu rangka pensampelan yang lengkap dapat diperolehi. Pengkaji secara rawak boleh membuat keputusan memilih 2000 orang responden, iaitu dengan memilih 500 orang dari setiap empat kawasan tersebut, menjadikan jumlah keseluruhanya 2000 (500 x 4 kawasan).

Pensampelan bukan kebarangkalian.
Dalam kajian sains sosial, terdapat keadaan yang tidak membenarkan seseorang penyelidik mengunakan kaedah pensampelan kebarangkalian seperti kajian mengenai kawasan setinggan. Pensampelan kebarangkalian tidak dapat digunakan dalam kajian mengenai setinggan kerana tidak wujud senarai nama yang lengkap untuk penduduk setinggan. Dalam situasi yang sedemikian penyelidik akan mengunakan pensampelan bukan kebarangkalian.Namun, pensampelan bukan kebarangkalian pula tidak memberi peluang kepada semua elemen dalam populasi itu untuk terpilih. Pensampelan bukan kebarangkalian lebih tertumpu kepada pemilihan bercorak mudah dan bertujuan. Oleh itu, kelemahan pensampelan ini ialah sampel yang diperolehi tidak dijamin dapat mewakili populasi yang dikaji. Terdapat empat jenis pensampelan bukan kebarangkalian iaitu: a) Pensampelan mudah. b) Pensampelan bertujuan atau penilaian. c) Pensampelan rantaian (snowball); dan d) Pensampelan kuota.

Pensampelan mudah.
Pensampelan ini adalah asas dalam pensampelan bukan kebarangkalian.

Pensampelan ini agak mudah dilakukan kerana hanya menumpukan kepada subjek yang sedia ada seperti menjalankan temubual dan soal selidik di mana-mana lokasi. Kelemahan pensampelan ini ialah tidak dapat memastikan kewakilan sesebuah populasi yang dikaji. Contohnya, penyelidik menjalankan kajian soal selidik mengenai pandangan pelajar terhadap konsep 1 malaysia. Borang soal selidik diedarkan di dua buah kelas iaitu kelas jam 9 hingga 10 pagi dan juga kelas 7 hingga 9 malam. Keputusanya adalah berbeza antara dua kelas tersebut kerana kelas sebelah pagi terdiri daripada pelajar sepenuh masa dan kelas sebelah malam terdiri daripada pelajar separuh masa yang telah berkerja. Oleh itu, peyelidik perlu berhati-hati agar responden yang dipilih adalah mewakili populasi yang dikaji.

Pensampelan bertujuan (purposive sampling) .
Memilih sampel dari satu populasi yang dikaji mengikut tujuan kajian dinamakan

pensampelan bertujuan. Biasanya, pensampelan ini adalah untuk kajian awalan atau penerokaan dan juga untuk menguji sesuatu teori. Dalam pensampelan bertujuan, penyelidik akan memilih responden mengikut pertimbanganya sendir i iaitu yang paling sesuai dengan tujuan kajianya. Lazimnya, individu yang terpilih sebagai responden dalam pensampelan bertujuan mempunyai segala maklumat, perspektif atau apa saja bahan yang berkaitan dengan tujuan kajian penyelidik. Sebagai contoh ialah kajian mengenai kegiatan pelacuran dalam kalangan remaja. Setelah menjalankan tinjauan, penyelidik mungkin Berjaya mendapat beberapa kelompok remaja yang pernah menjalankan kegiatan

pelacuran. Kelebihan pensampelan ini ialah penyelidik boleh mengunakan kemahiran dan pengetahuannya yang lalu dalam memilih subjek kajian dalam kajianya yang akan datang.

Pensampelan rantaian (chain referral) atau bola salji ( snowball sampling)
Pensampelan jenis ini sesuai digunakan apabila individu dalam populas i yang hendak dikaji sukar ditentukan seperti setinggan, pelacur dan sebagainya.Penkaji akan mengumpul data dari beberapa sampel dalam sesebuah populasi yang telah dikenal pasti dan meminta responden yang telah dikenal pasti itu untuk memberitahu maklumat yang diperlukan untuk mengesan ahli-ahli lain yang mempunyai maklumat berkenaan dengan kajian penyelidik. Sebagai contoh, penyelidik mengkaji mengenai punca-punca yang mempengaruhi remaja meminum minuman keras. Melalui tinjauan yang dilakukan, penyelidik Berjaya menemui seorang remaja yang meminum minuman keras dan mula menemubual remaja tersebut. Setelah itu, penyelidik meminta agar remaja tersebut memperkenalkan kepadanya rakanrakan remaja tersebut yang turut meminum minuman keras. Proses ini akan berterusan sehingga nama-nama remaja yang sama di rujuk berulang kali.

Pensampelan kuota
Pensampelan kuota ialah pensampelan berstrata ataupun berlapis, tetapi pemilihan dalam tiap-tiap strata atau lapis tidak ditentukan melalui prinsip kebarangkalian (Moser dan Kalton, 1972 : 127). Sebagai contoh , dalam satu populasi, penkaji membahagikan populasi tersebut kepada beberapa kategori. Misalnya kajian mengenai pendapat umum mengenai konsep 1 malaysia. Pada tahap pertama penkaji mungkin menentukan wilayah dan daerah yang darinya kita akan menemubual reponden. Kemudian memilih bandar dan desa secara rawak. Kemudian mendapatkan jumlah lelaki dan perempuan di kawasan tersebut. Selepas itu, penyelidik akan menentukan jumlah lelaki dan perempuan melayu, cina, dan india yang harus ditemubual. Katakanla penemubual diminta menemubual 8 orang perempuan melayu, 6 orang lelaki cina dalam lingkungan umur 18-30 tahun dan 4 orang wanita india, dan separuh daripada responden tersebut dikehendaki mempunyai pendapatan kurang daripada rm 1500. Setelah itu, Penemubual bebas memilih reponden mengikut kuota tersebut.

Adakah kajian sains sosial mesti mengunakan kaedah persampelan?
Menurut pandangan daripada penyelidik, kaedah persampelan merupakan satu kaedah penggumpulan maklumat yang selaluya digunakan dalam kajian sains tulen. Namun, kaedah ini boleh juga digunakan dala kajian sains sosial. Daripada tinjauan yang dijalankan, hampir semua penyelidik atau pemikir sains sosial telah mendapati bahawa menemu bual atau memilih sebahagian daripada keseluruhan populasi akan memberi kesimpulan yang sama terhadap populasi (Syed Arabi Idid, 1992). Sedar atau tidak, kajian sains sosial sebenarnya kerap kali mengunakan kaedah persampelan dalam kajiannya. Namun, dalam keadaan tertentu, kaedah persampelan boleh tidak diamalkan dalam sains sosial memandangkan ianya lebih dominan dalam pengkajian sains tulen.

Rujukan

1. Syed Arabi Idid. 1992. Kaedah Penyelidikan Komunikasi dan Sains Sosial. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka (DEB). 2. Mohd Sheffie Abu Bakar. 1991. Methodologi Kajian Edisi Kedua. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. 3. Gordon J. Fielding. 1974. Geografi as Social Science. New York: McGraw-Hill Book Company. 4. Ismail Yusoff. 2008. Pengenalan Sains Sosial. Sintok: Penerbit Universiti Utara Malaysia.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->