You are on page 1of 12

ZAMAN RENAISSANCE

Zaman Zaman
Kemuncak Renaissance
Pertengahan

Istilah Renaissance berasal daripada perkataan Itali,


iaitu renisciment yang bermaksud ”kelahiran
semula” dan merujuk kepada penghargaan semula
ilmu yang telah dihasilkan oleh cendekiawan dan
pejuang seni dalam tamadun Yunani dan Rom. Asas
Zaman Renaissance menonjolkan keupayaan
manusia berfikir untuk menyelesaikan
permasalahannya (HUMANISME).

Francesco Petrarch ~ Bapa Humanisme

Tokoh-tokoh humansime yang lain:


1. Niccolo Machiavelli (1469-1527)
Dalam bukunya The Prince (Penguasa), Machiavelli
menyarankan seseorang raja atau pemerintah harus
mempunyai kuasa mutlak. Raja/pemerintah harus
ditakuti bukan disayangi oleh rakyatnya. Rakyat harus
memberi kesetiaan sepenuhnya kepada raja atau
pemerintah kemudian barulah kepada Gereja Katolik.
Falsafah Machiavelli yang penuh kontroversi ini telah
mengukuhkan nasionalisme dan membuka jalan ke arah
pembentukan negara bangsa di Eropah.

2. Giovanni Bocaccio
Kesungguhan manusia mencari penyelesaian kepada
permasalahan hidup dan meneroka bidang dan kawasan
baru menunjukkan bahawa manusia Renaissance didorong
oleh semangat inkuiri (semangat ingin tahu yang kuat).

Renaissance bermula di Itali pada abad ke-14 dan


kemudiannya berkembang ke Eropah Barat sehingga kira-
kira abad ke-17.

Di Itali, telah muncul bandar-bandar terkenal seperti


Venice, Genoa, Florence, Rom, dan Milan yang menjadi
pusat perdagangan antarabangsa.

Kedudukan Itali adalah strategik kerana dikelilingi oleh


Laut Mediterranean lalu menjadikan Itali sebagai
persimpangan utama dan pusat perdagangan antarabangsa.
Bandar pelabuhannya yang paling terkenal ialah Venice
dan Genoa. Di sinilah pertembungan budaya, bahasa, dan
agama berlaku yang terus menjadikan Itali pusat
perkembangan idea baru.
Para pedagang kaya telah mengindahkan bandar dan
menjadikannya tumpuan para cendekiawan dan seniman.
Golongan pedagang kaya ini menjadi Patron (penaung
kepada para pelukis, ahli muzik, saintis, dan penulis).

Patron~ Sumbangan penaung ini kepada


warisan sejarah bandar-bandar di Eropah dapat
kita lihat pada hari ini. Sekiranya wujud
penaung seperti ini di Malaysia, kita akan dapat
memulihara warisan negara.
Antara patron yang terkenal ialah keluarga
Medici di Florence. Golongan patron ini telah
berusaha menarik seniman dan cendekiawan
yang terbaik dalam pelbagai bidang ke bandar
masing-masing.

Lantas berlakulah persaingan antara bandar-bandar Itali


untuk mendapatkan tokoh cendekiawan Renaissance. Bagi
tujuan menyiapkan tugasan masing-masing, para seniman
dan cendekiawan sering berkunjung dari bandar ke bandar
lalu menyebarkan idea Renaissance ke merata tempat di
Itali.

Selain golongan kaya, Paus di Rom juga turut menjadi


penaung kepada para seniman dan cendekiawan.
Golongan penguasa gereja di Rom telah mula
mencemburui pencapaian bandar seperti Florence serta
kuasa yang dipegang oleh keluarga Medici. Mereka ingin
Rom cantik seperti Florence. Namun, pihak berkuasa
gereja menghadapi masalah dalam hal ini. Mereka tidak
bersedia menaungi ahli sains dan matematik kerana
khuatir kumpulan saintis tersebut akan mencabar
pemikiran yang dibawa oleh Gereja Katolik. Para saintis
menekankan kaedah pemerhatian atau empirikal serta
penggunaan akal dan logik dalam menerangkan sesuatu
fenomena alam. Pihak gereja menekankan penjelasan
tradisional. Lantas konflik atau perselisihan pendapat
berlaku seperti dalam kes Galileo Galilei.

Perselisihan Galileo Galilei (1564-1642)

Galileo telah memanjangkan idea yang dibawa


oleh Nicholas Copernicus (1473-1543) bahawa
matahari merupakan pusat alam sedangkan
gereja menyatakan bahawa bumi ialah pusat
alam. Penentangan ini telah menyebabkan beliau
dijatuhkan hukuman tahanan dalam rumah pada
Perselisihan Galileo Galilei (1564-1642)
tahun 1633.
Oleh sebab pihak gereja mencurigai pihak saintis, maka
mereka telah memberikan tumpuan kepada kegiatan seni
lukis dan seni ukir sahaja. Contohnya, Paus Julius II telah
mengupah pelukis dan pengukir terkenal pada masa itu
seperti Leonardo da Vinci, Raphael, dan Michelangelo
untuk mencantikkan dan menghiasi gereja dan
katedral di Rom dengan ukiran dan lukisan. Pada masa
inilah Katedral St. Peter yang terkenal itu dibina.

Katedral- gereja
besar di bawah
bidang kuasa seorang
bishop.

Dengan usaha golongan Paus ini, pusat seni Renaissance


telah berpindah dari Florence ke Rom.

Pada Zaman Pertengahan, sumbangan individu daripada


golongan pelukis dan pengukir tidak terserlah kerana
mereka bekerja secara berkumpulan. Keadaan ini berubah
apabila mereka bekerja secara individu. Bakat masing-
masing mula menyerlah dan kemahiran mereka dihargai
dihargai dari segi nilai kesenian. Suasana sosial ini
mempengaruhi pelukis seperti Raphael, Leonardo da Vinci,
dan Michelangelo kerana ingin dikenali secara individu,
iaitu sebagai tokoh yang tersendiri. Semangat dan amalan
sebegini dikenali sebagai individualisme.

Perubahan Kepada Konsep


Pendidikan

Zaman Pertengahan memberi tekanan kepada


pengkhususan terhadap kemahiran dan ilmu tertentu.

Zaman Renaissance menekankan pembinaan kemahiran


dalam semua aspek intelektual serta fizikal adalah
digalakkan dalam kalangan individu.

Leonardo da Vinci dan Michelangelo = pelukis,


pengukir yang terkenal dan mahir dalam bidang yang
lain.

Tokoh Renaissance juga muncul di England, misalnya


tokoh pemikir seperti Thomas More, Sir Francis Bacon,
dan William Shakespeare.
Thomas
More
(1478-
1535)

Francis
Bacon
(1561-
1626)

Wiliam
Shakespeare
(1564-1616)
Kesan Zaman Renaissance

Semangat inkuiri telah meninggalkan kesan dalam bidang


seni lukis, seni ukir, persuratan, politik, ekonomi, dan
sosial.

Segi Politik

Kemunculan
Monarki
Baru

Kekuatan dan kekuasaan monarki baru ini diasakan kepada


kewujudan kerajaan pusat dan kesatuan
kebangsaan.Kekuasaan monarki ini telah diperkukuh lagi
dengan amalan pembayaran cukai secara langsung kepada
kerajaan pusat. Apabila kuasa raja bertambah kukuh, maka
dengan sendirinya kuasa gereja dan kuasa golongan
bangsawan bertambah kurang. Monarki baru ini terdapat di
Portugal, Castile dan Aragon (Sepanyol), England,
Perancis, dan Belanda.

Zaman ini juga memperlihatkan kegiatan ekonomi sara diri


kian pupus. Sebaliknya, sistem perdagangan tempatan dan
antarabangsa semakin berkembang dan meluas. Inilah yang
kemudiannya menimbulkan kegiatan penjelajahan dan
penerokaan yang berkembang seiring dengan kemajuan
dalam bidang matematik, geografi, kartografi (teknik
melukis peta) dan astronomi. Semangat Renaissance yang
menekankan ciri-ciri inkuiri, keobjektifan, dan eksperimen
jelas merintis jalan kepada pembangunan dan
perkembangan pelbagai ilmu sains seperti biologi, fizik,
kimia,dan perubatan.

Kesan
Sosial
Kesan Sosial

Perubahan dalam
pemikiran dan gaya
hidup

Manusia pada Zaman Renaissance lebih bersedia


melahirkan emosi mereka melalui muzik, lukisan, dan
ukiran yang dihasilkan. Dari segi psikologinya, unsur
begini berjaya memupuk dan melahirkan budaya yang
menyuburkan keyakinan diri.

Selain itu, perubahan sikap masyarkat terhadap


pendidikan yang menekankan pemikiran logik,
saintifik, falsafah dan metafizik juga berlaku.
Pendidikan baru ini juga menekankan tanggungjawab
sosial seseorang dalam masyarakat. Oleh itu, Zaman
Renaissance telah melahirkan ”Manusia Renaissance” yang
mempergunakan sepenuhnya keupayaan minda mereka
dalam pelbagai bidang ilmu pengetahuan bagi memajukan
kehidupan manusia.

Salah satu pengajaran yang dapat kita raih daripada


zaman ini ialah kita harus mempunyai sifat inkuiri dan
berani untuk meneroka perkara dan bidang baru untuk
mencapai kejayaan dalam semua jurusan.

You might also like