You are on page 1of 11

TEKS PENGACARA MAJLIS

MAJLIS KECEMERLANGAN ILMU DAN AKHLAK


PERINGKAT SEKOLAH KEBANGSAAN PUNANG
LAWAS, SARAWAK.
09 MEI 2010

Dari rumah pergi ke pekan,


Terus pula ke SK Punang Lawas,
Harap semua berikan perhatian,
Mohon saya mulakan Majlis.

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.

Assalamu`alaikum Wa RahmatulLahi wa Barakatuh.

ALHAMDULILLAAHI RABBIL ‘AALAMIIN. WASSALAATU WASSALAMU ‘ALAA


ASYRAFIL ANBIYAI WALMURSALIN. ALLAAHUMMA SHALLI ‘ALAA
SAYYIDINAA MUHAMMADIN WA ’ALAA AALIHI WA SHAHBIHI AJMA’IIN.

Yang Berbahagia
Ayahanda Penghulu, En. Reduan Bin Tahir
Penghulu Kampung Punang

Yang Berusaha
Tuan Haji Darhan Bin Drahman
Penyelia KAFA Lawas

Yang Berusaha
En. Othman Bin Adol
Guru Besar SK Punang

Yang Dihormati
En. Awangku Kifni Bin Pengiran Matnor
Yang Dipertua PIBG SK Punang

Yang Dimuliakan
Barisan Panel Hakim

Peserta-Peserta, Guru-Guru
para ibu dan bapa dan penjaga
hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian.
Selamat datang ke :
Majlis Kecemerlangan Ilmu Dan Akhlak
Peringkat Sekolah Kebangsaan Punang

Ahlan wa sahlan wa marhaban bikum

Sirih berlipat sirih pinang,


Sirih dari Pulau Mutiara,
Pemanis kata selamat datang,
Awal bismilah pembuka kata.

Alhamdulillah, pada pertama kalinya marilah kita sama-sama


memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kehadrat ilahi kerana dengan
limpah dan izin Nya jua, maka dapatlah kita semua bersama-sama
berhimpuan dipagi yang penuh ceria ini bagi mengikuti aktiviti-aktiviti
Majlis Kecemerlangan Ilmu dan Akhlak peringkat Sekolah Kebangsaan
Punang bagi tahun 2010.

Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian,

Al-Quran diturun sebagai penyuluh,


Membaca dikurnia pahala dan juga rahmat,
Angkat doa jari sepuluh,
Doa minta biar selamat.

Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada hari yang penuh bermakna
ini, marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa
yang akan dibacakan oleh Ustaz Wan Ahmad Nizam Bin Wan Mohammad.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Amin Amin Ya Rabbal `Alamin.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada


Ustaz Wan Ahmad Nizam Bin Wan Mohammad atas bacaan doa itu tadi.
Untuk pengetahuan hadirin dan hadirat sekalian,

matlamat dan objektif Majlis kecemerlangan Ilmu Dan Akhlak ini diadakan
untuk mencukil bakat murid dan menunjukkan potensi dan kesungguhan
mereka dalam menguasai ilmu asas Fardu Ain serta meningkatkan lagi
Syiar Islam. Adalah diharapkan agar majlis ini dapat memberi manfaat
sebanyak mungkin dari segi ilmu, pengalaman dan pengetahuan bagi
melahirkan insan yang memiliki aqidah yang kuat dan jati diri yang
cemerlang.

Indah mekar si bunga kiambang,


Mekar mewangi di taman larangan,
Majlis kecemerlangan Ilmu Dan Akhlak harapannya gemilang,
Melahirkan potensi menguasai Ilmu asas Fardu Ain.

Untuk pengetahuan semua juga, kategori yang dipertandingkan di dalam


Majlis kecemerlangan Ilmu Dan Akhlak ini ialah Pertandingan Bercerita,
Pertandingan Hafazan, Pertandingan Laungan Azan, Pertandingan
Membaca Qunut, Pertandingan Membaca Al Fatihah, Pertandingan Nasyid
dan Pertandingan Busana Muslim dan Muslimah.

Kini, tibalah masa yang ditunggu-tunggu, untuk sama-sama kita


menyaksikan para peserta menunjukkan bakat dan potensi masing-
masing dalam pertandingan yang akan dilaksanakan pagi ini.
Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian,

Kategori pertama dimulakan dengan Pertandingan Bercerita

Untuk tidak melengah-lengahkan masa, majlis ingin menjemput dan


mempersilakan peserta kita yang pertama iaitu adik ........................
dari tahun ....................... untuk menyampaikan ceritanya. / cerita yang
bertajuk ........................... Majlis mempersilakan.

seterusnya, majlis dengan sukacitanya mempersilakan peserta kita yang


kedua iaitu adik ........................ dari tahun ....................... untuk
menyampaikan ceritanya. / cerita yang bertajuk ...........................
Majlis mempersilakan.

seterusnya, majlis menjemput/mempersilakan peserta kita yang ketiga


iaitu adik ...................... dari tahun .................. untuk menyampaikan
ceritanya. / cerita yang bertajuk ........................... Majlis
mempersilakan.
Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian,

Bunga melur bunga kenanga,


Cantik disusun penyeri anjung,
Al-Quran bagaikan intan permata,
Al-Quran dijunjung umat disanjung.

Kategori berikutnya, kita teruskan majlis kita dengan


Pertandingan Hafazan

Untuk tidak melengah-lengahkan masa, majlis ingin menjemput dan


mempersilakan peserta kita yang pertama iaitu adik ........................
dari tahun ....................... Majlis mempersilakan.

seterusnya, majlis dengan sukacitanya mempersilakan peserta kita yang


kedua iaitu adik ................................... dari tahun .......................
Majlis mempersilakan.

seterusnya, majlis menjemput/mempersilakan peserta kita yang ketiga


iaitu adik ................................... dari tahun .......................
Majlis mempersilakan.
Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian,

Anak ayam turun dua,


Satu mati tinggal satu,
Minta ampun segala dosa,
Hendak menyebut Tuhan yang satu.

Kategori berikutnya, kita teruskan majlis kita dengan


Pertandingan Laungan Azan

Untuk tidak melengah-lengahkan masa, majlis ingin menjemput dan


mempersilakan peserta kita yang pertama iaitu adik ........................
dari tahun ....................... Majlis mempersilakan.

seterusnya, majlis dengan sukacitanya mempersilakan peserta kita yang


kedua iaitu adik ................................... dari tahun .......................
Majlis mempersilakan.

seterusnya, majlis menjemput/mempersilakan peserta kita yang ketiga


iaitu adik ................................... dari tahun .......................
Majlis mempersilakan.
Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian,

Angin bertiup bercampur embun,


Ombak memukul dengan taufan,
Apa guna harta bertimbun,
Sudah mati selesai kapan.

Kategori berikutnya, kita teruskan majlis kita dengan


Pertandingan Membaca Qunut

Untuk tidak melengah-lengahkan masa, majlis ingin menjemput dan


mempersilakan peserta kita yang pertama iaitu adik ........................
dari tahun ....................... Majlis mempersilakan.

seterusnya, majlis dengan sukacitanya mempersilakan peserta kita yang


kedua iaitu adik ................................... dari tahun .......................
Majlis mempersilakan.

seterusnya, majlis menjemput/mempersilakan peserta kita yang ketiga


iaitu adik ................................... dari tahun .......................
Majlis mempersilakan.
Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian,

Anak labi makan mengecap,


Beri makan kelopak jantung,
Pada nabi saya mengucap,
Pada Tuhan saya bergantung.

Kategori berikutnya, kita teruskan majlis kita dengan


Pertandingan Membaca Al Fatihah

Untuk tidak melengah-lengahkan masa, majlis ingin menjemput dan


mempersilakan peserta kita yang pertama iaitu adik ........................
dari tahun ....................... Majlis mempersilakan.

seterusnya, majlis dengan sukacitanya mempersilakan peserta kita yang


kedua iaitu adik ................................... dari tahun .......................
Majlis mempersilakan.

seterusnya, majlis menjemput/mempersilakan peserta kita yang ketiga


iaitu adik ................................... dari tahun .......................
Majlis mempersilakan.
Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian,

Bintang tujuh sinar berseri,


Bulan purnama datang menerpa,
Ajaran guru hendak dicari,
Mana yang dapat janganlah lupa.

Kategori berikutnya, kita teruskan majlis kita dengan


Pertandingan Nasyid

Untuk tidak melengah-lengahkan masa, majlis ingin menjemput dan


mempersilakan kumpulan yang pertama iaitu dari tahun .......................
Majlis mempersilakan.

seterusnya, majlis dengan sukacitanya mempersilakan kumpulan yang


kedua iaitu dari tahun ..............................
Majlis mempersilakan.

seterusnya, majlis menjemput kumpulan yang ketiga iaitu dari


tahun ...........................
Majlis mempersilakan.
PENUTUP

Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian,

Likulli bidayatun palaha nihayatun. Setiap permulaan itu ada


pengakhirannya. Maka Majlis Kecemerlangan Ilmu dan Akhlak peringkat
Sekolah Kebangsaan Punang pada pagi ini telah pun berada di
penghujungnya.

Majlis sekali lagi merakamkan jutaan terima kasih dan penghargaan


kepada semua panel hakim yang telah turut serta bagi menyumbangkan
tenaga untuk sama-sama menjayakan Majlis Kecemerlangan Ilmu dan
Akhlak peringkat Sekolah Kebangsaan Punang ini. Allah Taala sahaja lah
yang berhak memberi balasannya. dan tidak lupa juga kepada hadirin dan
hadirat sekalian, yang sanggup meluangkan masa bagi sama-sama
menjayakan seterusnya memeriahkan lagi majlis yang di adakan.

Juga di rakamkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada semua


yang terlibat, samaada secara langsung atau tidak langsung dalam
menjayakan majlis ini.

Dikesempatan ini, saya ingin memohon ribuan kemaafan andai ada salah
dan silap sepanjang mengacarakan Majlis ini.

Pergi ke dusun memetik kelapa,


Kelapa muda si kelapa barli,
Jari disusun maaf dipinta,
Panjang usia bersua kembali.

Sekian sahaja, salam hormat, wa bilLahit Taufiq walHidayah wassalamu


`alaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh.
Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian,

Indah sungguh pagi ini,


Bersama kita menyerikan lagi.

Kategori berikutnya, kita teruskan majlis kita dengan


Pertandingan Busana Muslim dan Muslimah

sebentar tadi kita baru sahaja mendengar bacaan dr adik .....

adik ...telah memperdengarkan bacaan surah....

untuk meneruskan majlis kita.

seterusnya majlis mempersilakan.....

kita baru sahaja menyaksikan persembahan nasyid yang cukup harmoni


dari kumpulan.......

You might also like