You are on page 1of 150

BAB SEMBILAN

(Tingkatan 4)
PERKEMBANGAN DI EROPAH

DISEDAIKAN OLEH: NABILAH BINTI JAUHARI


Perubahan
Masyarakat dan
Budaya Eropah

Penjelajahan dan
Penerokaan
PERKEMBANGAN
DI EROPAH
Revolusi Pertanian
dan Revolusi
Perindustrian

Imperialisme Barat di
Asia
PERUBAHAN MASYARAKAT DAN BUDAYA EROPAH

PERUBAHAN MASYARAKAT
DAN BUDAYA EROPAH

Zaman Peralihan
Zaman Renaissance
Zaman Pertengahan (Zaman Kemuncak
(1350-1600 M.)
Pertengahan)

Awal
Kemuncak Akhir
Zaman Gelap Zaman Reformation
(1050-1300 M.) (1300-1450 M.)
(476-1050 M.)
ZAMAN GELAP
Zaman Gelap
 Zaman kemunduran Eropah setelah kejatuhan Rom Barat (476 M)
 Juga merupakan permulaan bagi suatu zaman, iaitu Zaman Pertengahan
 Berlangsung lebih kurang 1 000 tahun (abad ke-5 M hingga abad ke-15 M)
 Zaman Pertengahan terbahagi kepada 3 bahagian, iaitu peringkat awal, peringkat kemuncak
dan peringkat akhir yang berlangsung selama 150 tahun

Peringkat Awal Peringkat Peringkat Akhir


Kemuncak
(476-1050 M) (1050-1300 M) (1300-1600 M)

 Mengalami kemunduran dalam bidang ilmu pengetahuan, perdagangan dan kehidupan


perpaduan (politik, ekonomi dan sosial)
Ciri-ciri Zaman Gelap

a) Politik (Pusat pemerintahan yang lemah)


 Tidak terdapat pentadbiran pusat yang berkesan yang dapat mengawal tingkah laku rakyat
dan pembesar
 Keruntuhan Empayar Rom membawa kepada kemusnahan kuasa pusat mentadbir wilaya-
wilayah
 Keadaan huru-hara menyebabkan kemunculan golongan baron (tuan tanah) yang berkuasa
di wilayah yang diduduki

 Golongan petani terpaksa mencari perlindungan daripada tuan tanah untuk menjaga
keselamatan mereka sebagai balasan, petani terpaksa membayar cukai kepada tuan tanah.

 Terdapat petani terpaksa menyerahkan tanah mereka dan menjadi hamba kepada tuan tanah
kerana tidak berkemampuan

 Tuan tanah mendapat perlindungan daripada golongan raja dan sebagai tukaran, golongan
tuan tanah dikehendaki memberikan khidmat atau membayar cukai kepada raja
 Jalinan ikatan yang menghubungan rakyat dengan tuan tanah dan seterusnya raja inilah
menjadi asas pembentukan sistem feudal di Eropah
o Kewujudan sistem feudal ini menunjukkan golongan raja dan bangsawan berkuasa
mutlak ke atas rakyat

o Kuasa raja juga telah didapati berkurangan. Kuasa itu telah diagihkan kepada
golongan tuan tanah yang mempunyai keistimewaan dan kekebalan

o Hanya raja-raja yang berkuasa besar seperti Carolingians yang pertama (Carolingians
I) boleh menyatukan mereka

Memberi
perlindungan • Golongan
• Raja / • Golongan Rakyat /
Pemerintah Tuan Tanah Petani kecil
(Boron)
Memberi Bekerja dengan
perlindungan Boron
b) Ekonomi (Kegiatan ekonomi yang terhad)
 Kegiatan perdagangan tidak meluas
o Faktor-faktor:
i. Perdagangan perairan Utara dan Barat diganggu oleh serangan orang gasar
(Viking dan Magyar)
 Viking – suku kaum dari Norway, Sweden dan Denmark
 Magyar – suku kaum yang terbesar di Hungary dan merupakan
campuran antara suku kaum Urgila dengan Turki
ii. Tidak dapat berdagang ke Timur Laut kerana kawasan Mediterranean telah
dikuasai olehorang Islam dan mereka tidak mampu menyaingi penguasaan
itu
iii. Terpaksa menumpukan kegiatan ekonomi kepada sektor pertanian
iv. Perniagaan barangan pertanian dikendalikan menerusi sistem tukaran barang
kerana mata wang yang terdapat dalam pasaran pada masa itu amat terhad
c) Sosial (Sifat Gereja yang mengongkong & kelembapan perkembangan ilmu)
 Gereja Katolik merupakan institusi yang amat berkuasa dan memiliki hartanah yang
banyak

 Intitusi ini lebih mementingkan kegiatan amalan agama dan pembelajaran ilmu
kerakhiratan dan kurang memberi tumpuan kepada aspek duniawi dalam kalangan
rakyat

 Gereja sering dianggap mengongkong kehidupan masyarakat Eropah

 Penguasaan terhadap ilmu pengetahuan merosot


o Dunia Eropah mencedok banyak ilmu daripada dunia Islam demi meningkatkan
pencapaian masyarakat
 Masyarakat feudal
o Terdiri daripada 2 golongan, iaitu golongan pemerintah dan golongan diperintah
o Golongan pemerintah terdiri daripada raja / bangsawan
o Golongan diperintah terdiri daripada rakyat biasa (petani / hamba)
o Kaum bangsawan yang diberikan tanah kekuasaan raja dan berkhidmat kepada raja
dikenali sebagai “Vassal” dan dibawahnya terdapat kaum bangsawan kedua dan
ketiga
o Lama kelamaan, golongan bangsawan bertambah kuat dan tidak dapat dikawal oleh
raja. Sesetengah bangsawan, merebut kuasa dengan raja dan ada sesetengah
menunjukkan taat setia kepada raja
o Wujud hubungan dua hala antara golongan pemerintah dengan golongan diperintah
KRONOLOGI SISTEM FEUDAL
TAHUN PERISTIWA
< 400s Kejatuhan Kerajaan Rom telah membawa kepada kejatuhan sistem perundangan di
Eropah Barat.
700s Sistem feudal mula bergerak dalam kalangan orang Perancis berdasarkan
penyusunan semula tanah dan pertahanan. Ancaman orang Islam di Sepanyol telah
mengakibatkan sistem ini semakin merebak.
Golongan Vassal dipaksa menyediakan askar kepada tuannya.
1066s Kaum Norman membawa sistem feudal ke England dan memperkembangkannnya.
1100s Sudah menjadi kebiasaan pada masa itu, dimana anak lelaki pertama akan mewarisi
semua harta kepunyaan bapa mereka.
1200s Sistem feudal menjadi rumit dengan hubungan antara Vassal dengan Lord dan
hubungan Lord dengan Raja.
1215 Raja John telah menandatangani perjanjian Magna Carta yang mengehadkan kuasa
raja di England.
1265 Simon de Monford seorang baron telah memanggil rakyat biasa dan ahli gereja yang
akhirnya menempa sejarah sebagai persidangan Parlimen pertama di England.
1300s Kuasa bangsawan (Knight) semakin berkurangan.
PERSAMAAN SISTEM FEUDAL DI EROPAH DENGAN
DI ZAMAN KESULTANAN MELAYU MELAKA

ASPEK PERSAMAAN
Raja penaung Sistem Golongan raja merupakan golongan penaung utama dalam
secara mutlak sesebuah negara dengan memiliki tanah di negeri masing-
masing.
Ikatan hubungan Pembesar memberikan khidmat kepada pihak raja manakala
Raja - Pembesar - golongan pembesar mendapatkan naungan daripada pihak
Rakyat istana dan dianugerahkan tanah.
Pembesar kutip cukai Pembesar memaksa rakyat memberikan khidmat kepada
mereka dengan mengerjakan tanah. Hasil cukai dikutip untuk
diserahkan kepada raja.
Kerahan kerja Pembesar melayu akan mengerahkan rakyat untuk menjadi
askar dan membina istana.
Wujud perhambaan Rakyat jadi hamba kerana gagal bayar hutang / cukai.
HIERARKI MASYARAKAT FEUDAL
ZAMAN KEMUNCAK PERTENGAHAN

Zaman Kemuncak Pertengahan


 Merupakan Zaman Peralihan dari Zaman Gelap ke Zaman Renaissance
 Perubahan dari segi politik, ekonomi dan sosial
 Politik
o Rakyat mula terlibat dalam kegiatan atau urusan politik menerusi institusi seperti
parlimen yang diwujudkan bagi memenuhi tuntutan rakyat
o Memberikan hak politik kepada rakyat dan menjalinkan hubungan rakyat dengan
pemerintah

 Ekonomi
o Pertambahan penduduk membawa kepada peningkatan aktiviti pertanian dan
kemunculan perdagangan
o Lalu, membawa kepada kemunculan bandar-bandar seperti Venice, Milan dan
Florence
 Sosial
o Gereja memainkan peranan sebagai institusi yang universal serta menjadi ejen
penyatuan
o Perkembangan bandar membawa kepada lahir kelas pertengahan yang terdiri
daripada artisan, pedangan, dan ahli perbankan
o Status sosial seseorang tidak lagi berdasarkan pemilikan tanah, tetapi berasaskan
kekayaan
ZAMAN RENAISSANCE

Zaman Renaissance
 Istilah Renaissance berasal daripada perkataan Itali, iaitu renisciment yang
bermaksud “kelahiran semula” dan istilah ini merujuk kepada penghargaan semula
ilmu yang telah dihasilkan oleh cendekiawan dan pejuang seni dalam tamadun
Yunani dan Rom
 Perkataan Renaissance juga merujuk kepada kebangkitan semula pembelajaran
sastera Romawi dan Yunani di Eropah
 Lambang yang agung pada zaman ini ialah perjalanan Columbus mengelilingi
dunia untuk membuktikan bumi ini berbetuk bulat dan bukan berbentuk rata
 juga merupakan zaman penghidupan semula kehidupan lampau, iaitu Yunani dan
Rom dalam pelbagai bidang sains dan sastera, tetapi juga adalah kejayaan manusia
sezaman
 Asas Zaman Renaissance ialah penonjolan terhadap keupayaan manusia berfikir
untuk menyelesaikan permasalahannya, aliran pemikiran ini dikenali sebagai
humanisme
 Bapa humanisme ialah Francesco Petrarch
Perkembangan Zaman Renaissance

a) Masyarakat Eropah pada zaman ini didorong oleh semangat inkuiri atau semangat ingin tahu
yang kuat, lalu bersungguh-sungguh dalam menyelesaikan permasalahan hidup dan bekerja
keras dalam meneroka bidang baru

b) Bermula di Itali (abad ke-14) dan kemudiannya berkembang ke Eropah Barat sehingga kira-
kira abad ke-17
Faktor-faktor yang membantu tercetusnya Renaissance di Itali
Kedudukan Itali yang strategik di Laut Mediterranean menjadikannya lokasi persimpangan
perdagangan antarabangsa yang utama
Keadaan ini membawa kepada kemunculan bandar-bandar terkenal yang juga merupakan pusat
perdagangan antarabangsa (Venice, Genoa, Florence, Rom dan Milan)
Venice dan Genoa merupakan bandar pelabuhan yang paling terkenal dan di sinilah berlakunya
pertembungan budaya, bahasa dan agama, lalu membolehkan Itali menjadi pusat
perkembangan idea baru
Golongan pedagang yang kaya juga muncul di Itali dan mereka berusaha mengindahkan bandar-
bandar di Itali dan menjadikannya tumpuan para seniman dan cendekiawan

 Mereka menjadi patron atau penaung kepada para pelukis, ahli muzik, saintis dan penulis
 Golongan patron yang terkenal seperti keluarga Medici di Florence berusaha menarik seniman
dan cendekiawan yang terbaik dalam pelbagai bidang ke bandar masing-masing
 Wujud persaingan antara bandar-bandar Itali untuk mendapatkan tokoh cendekiawan
Renaissance
Peta Itali
(Zaman Renaissance)
d) Para seniman dan cendekiawan sering berkunjung dari bandar ke bandar bagi menyiapkan
tugasan atau kerja masing-masing, lalu membantu menyebarkan idea Renaissance ke merata
tempat di Itali

e) Paus dan golongan kaya menjadi penaung kepada para seniman dan cendekiawan

f) Golongan penguasa Gereja di Rom mencemburui pencapaian bandar seperti Florence, serta
kuasa yang dipegang oleh keluarga Medici

g) Lalu, berhasrat untuk menjadikan Rom cantik dan menarik seperti Florence, namun
menghadapi masalah dalam hal ini

h) Mereka tidak bersedia menaungi ahli sains dan ahli matematik kerana khuatir kumpulan
saintis tersebut akan mencabar pemikiran yang dibawa oleh Gereja Katolik

i) Para saintis menekan kaedah pemerhatian atau empirikal serta penggunaan akal dan logik
dalam menerangkan sesuatu fenomena alam

j) Sebaliknya, pihak Gereja menekankan penjelasan tradisional


k) Lantas konflik atau percanggahan pendapat berlaku seperti dalam kes Galileo Galilei
 Perselisihan Galileo Galilei (1564 – 1642)
o Galileo memanjangkan idea yang dibawa oleh
Nicholas Copernicus (1473 – 1543) bahawa
matahari merupakan pusat alam
o Gereja menyatakan bumi ialah pusat alam
o Pertentangan ini menyebabkan beliau dijatuhi
hukuman tahanan dalam rumah (1633)

l) Pihak Gereja telah memberikan tumpuan kepada


kegiatan seni lukis dan seni ukir sahaja kerana
Galileo Galilei
mencurigai para saintis

m) Paus Julius II telah mengupah pelukis dan pengukir


terkenal pada masa itu (Leonardo da Vinci, Rapheal,
dan Michelangelo) untuk mencantikkan dan menghiasi
gereja dan katedral di Rom dengan ukiran dan lukisan

Paus Julius II
n) Katedral St. Peter yang terkenal itu dibina pada
masa ini (Katedral ialah gereja besar di bawah
bidang kuasa seorang bishop)

o) Atas usaha golongan Paus ini, pusat seni


Renaissance telah berpindah dari Florence ke
Rom
Katedral St. Peter
p) Pada Zaman Pertengahan, sumbangan
individu dari golongan pelukis dan pengukir
tidak menonjol kerana mereka bekerja secara
berkumpulan

q) Namun, bakat masing-masing dapat dilihat dengan jelas apabila mereka mula bekerja
bersendirian dan kemahiran mereka mula dihargai dari segi nilai kesenian

r) Pelukis seperti Leonardo da Vinci, Rapheal dan Michelangelo ingin dikenali sebagai tokoh
tersendiri, iaitu secara individu
s) Semangat ini dikenali sebagai individualisme

t) Pada Zaman Renaissance, individu digalakkan supaya membina kemahiran mereka dalam
semua aspek intelektual

u) Selain Itali, tokoh Renaissance juga muncul di negara Eropah yang lain
 Di England, muncul tokoh pemikir seperti Thomas More (1478 –1535), Francis Bacon
(1561–1626), dan William Shakespeare (1564 –1616)
Kesan Zaman Renaissance
a) Politik

• Muncul monarki baru, di mana kekuatan dan kekuasaan monarki baru ini diasaskan
kepada kewujudan kerajaan pusat dan kesatuan kebangsaan

• Kekuasaan monarki ini diperkukuhkan lagi dengan amalan pembayaran cukai secara
langsung kepada kerajaan pusat

• Kuasa gereja dan kuasa golongan bangsawan secara automatiknya bertambah kurang
apabila kuasa Raja bertambah kukuh

• Monarki baru ini terdapat di Portugal, Castile dan Aragon (Sepanyol), England,
Perancis dan Belanda
b) Ekonomi

• Kegiatan ekonomi sara diri kian pupus

• Sistem perdagangan tempatan dan antarabangsa semakin berkembang dan meluas, lalu
menimbulkan kegiatan penjelajahan dan penerokaan yang berkembang seiring dengan
kemajuan dalam bidang matematik, geografi, kartografi (teknik melukis peta) dan
astronomi

• Semangat Renaissance yang menekankan ciri-ciri inkuiri, keobjektifan dan eksperimen


jelas telah bertanggungjawab merintis jalan kepada pembangunan dan perkembangan
pelbagai ilmu sains seperti biologi, fizik, kimia dan perubatan
c) Sosial

• Manusia pada Zaman Renaissance lebih bersedia melahirkan emosi mereka

• Penzahiran emosi atau perasaan telah dicerminkan dalam muzik, lukisan dan ukiran
yang dihasilkan

• Unsur begini berjaya memupuk dan melahirkan budaya yang menyuburkan keyakinan
diri dari segi psikologinya

• Perubahan sikap masyarakat terhadap pendidikan yang menekankan pemikiran logik,


saintifik, falsafah, dan metafizik

• Pendidikan baru ini menekankan tanggungjawab seseorang dalam masyarakat

• Zaman Renaissance telah melahirkan “manusia Renaissance” yang mempergunakan


sepenuhnya keupayaan minda mereka dalam pelbagai bidang ilmu pengetahuan bagi
memajukan kehidupan manusia
Tokoh-tokoh Zaman Renaissance

o Kesusasteraan Renaissance
i. Francesco Petrarch (1304 – 1374)

Beliau amat meminati ilmu sehingga


tertubuhnya perpustakaan. Perpustakaan ini
mengandungi koleksi agung karya tamadun
Rom dan Yunani yang telah diterjemah oleh
cendekiawan Islam dan paderi-paderi Katolik.
Setelah beliau membaca karya-karya
tersebut, beliau mendapati bahasa berlaku
percanggahan. Dengan itu, penyelesaian
yang terbaik ialah memerhati perkara yang
telah dan akan ditulis. Kaedah ini telah
mewujudkan sistem pemerhatian dalam Francesco Petrarch
penilaian atau penulisan.
ii. Dante Aligheri (1265 – 1321)

Beliau menjadi seorang pemuisi yang terkenal, dan


juga seorang saintis dan seorang yang terpelajar. Hasil
beliau yang terbaik ialah "Divine Comedy" yang
mengisahkan perjalanan melalui syurga dan neraka.

Dante Aligheri

iii. Giovanni Boccaccio (1313 – 1375)

Beliau adalah seorang daripada penulis Itali yang


Giovanni Boccaccio
terawal dipengaruhi oleh karya klasik Yunani. Buku
o Ahli Fikir
i. Niccolo Machiavelli (1456 – 1527)

Beliau telah mengarang sebuah buku yang terkenal


sehingga hari ini iaitu "The Prince". Di dalam bukunya,
beliau menyarankan bahawa pemerintah mempunyai
kuasa mutlak dan rakyat harus takut kepada pemerintah
dan harus memberikan sepenuh kesetiaaannya kepada
raja, barulah kepada Gereja Katolik.

Niccolo Machiavelli
o Ahli Seni
i. Leonardo da Vinci

Beliau merupakan seorang manusia contoh


pada Zaman Renaissance ini. Beliau telah
dilahirkan pada tahun 1452. Beliau seorang
yang versatil, iaitu seorang yang menguasai
kesemua bidang ilmu seperti seni bina, seni
lukis, seni ukir, kejuruteraan, botani, falsafah,
geografi serta perang dan ketenteraan.
Antara sumbangan beliau yang terkenal ialah
potret Monalisa dan anatomi manusia.

Leonardo da Vinci
 Hasil Kerja Leonardo da Vinci

The Great Lady

Monalisa
ii. Raphael (1483 – 1520)

Nama sebenar beliau ialah Sanzio Raphael. Beliau adalah


salah seorang pelukis yang berbakat besar pada zaman
Rennaissance. Antara karyanya yang terbaik ialah lukisan
"Madonna" yang terletak di dalam Sistine Chapel di Rom.
Beliau telah banyak menghasilkan karya-karya yang menarik.

Raphael

iii. Michelangelo (1475 – 1564)

Michelangelo juga seorang pelukis Florence yang


hebat serta bagus dalam semua bidang. Beliau
adalah seorang pengukir, arkitek, pemuisi dan Michelangelo
seorang jurutera. Karya pertama beliau ialah "The Last
iv. Ghiberti (1378 – 1455)

Lorenzo Ghiberti (nama sebenar Lorenzo di Bartolo),


ialah seorang pelukis Itali pada awal Zaman
Renaissance. Beliau terkenal dengan hasil ukiran dan
kerja besi.

Ghiberti

o Ahli Muzik
i. Johann Sebastian Bach (1685 – 1750)

Johann Sebastian Bach adalah seorang pengubah


dan pemain organ Jerman yang profesornal. Karya
keagamaan dan sekularnya untuk alat-alat muzik koir,
orkestra dan solo menggabungkan elemen-elemen
muzik era barok dan membawa muzik era tersebut ke
peringkat kematangan muktamad.
Johann Sebastian Bach
o Lain-lain
i. Thomas More (1478 – 1535)

Beliau merupakan seorang ahli sasterawan yang terkenal


di Utara Eropah. Karya terbaik beliau ialah "Utopia" yang
telah dipasarkan pada tahun 1516. Utopia mengisahkan
kehidupan yang ideal, kerajaan yang sepatutnya dan
karya ini ditujukan khusus pada Zaman Pertengahan.
Oleh itu, Sir Thomas More telah dihukum bunuh pada
tahun 1535 oleh Raja Henry VIII apabila beliau enggan
meninggalkan Gereja Roman Khatolik.

Thomas More
ii. Desiderius Erasmus (1469 – 1536)

Beliau merupakan seorang yang terpelajar daripada


Rottenham yang banyak menulis buku tentang
penyelewengan yang telah berlaku di gereja. Karya
terbaik beliau ialah "In Praise of Folly". Di dalam buku
ini, Erasmus telah mentertawakan kepercayaan karut
dan mengendahkan banyak paderi. Beliau juga
merupakan seorang daripada penggubal Wasiat
Baru New Testament" di Greek.

iii. Geoffrey Chaucer (1340 – 1400)

Caucer adalah seorang pemuisi Inggeris yang popular sebelum


William Shakespeare. Antara hasil karyanya yang terbaik ialah
"The Canterbury Tales". Di dalam karya ini, beliau telah
mengadunkan idea daripada Boccaccio dan Petrarch. Karya ini
menceritakan kehidupan di England pada zamannya.

Geoffrey Chaucer
iv. Francis Bacon (1561 – 1626)

Beliau merupakan ahli falsafah dan


negarawan England yang terkenal yang
melopori kajian tentang pemikiran saintifik
moden. Karyanya bertajuk "The Advancement
of Learning" yang telah dihasilkan pada tahun
1605, menerangkan cara-cara kajian baru
dalam bidang sains isitu cara konduktif.
Konduktif yang dimaksudkan ialah membuat
percubaan sains, membuat kesimpulan
umum terhadap ujian dan akhirnya menguji Francis Bacon
sendiri percubaan umum berkali-kali untuk
membuktikan kebenarannya. Karyanya yang lain
ialah Novum Organum pada tahun 1620.
v. Nicholas Copernicus (1473 – 1543)

Nicolas Copernicus ialah seorang astronomi


Renaissance dan manusia pertama mencipta formula
heliocentric cosmology, di mana menafikan bahawa
bumi ialah pusat alam.

Nicholas Copernicus

vi. Galileo Galilei (1564 – 1642)

Galileo Galilei ialah ahli fizik Itali, ahli matematik,


ahli astronomi, dan ahli falsafah, serta memainkan
peranan besar dalam Revolusi Saintifik. Galileo Galilei
Galileo telah digelar “Bapa Pemerhatian
Kronologi Zaman Renaissance

TAHUN PERISTIWA
Artis Italy, Giotto di Bondone melukiskan 'Frescoes' (lukisan dinding) yang
1306 seakan hidup berbanding dengan lukisan pada tahun pertengahan.
1308 Dante Alighieri memulakan penulisan buku 'The Divine Comedy'dalam bahasa
Italy dan bukannya bahasa Latin.
Geoffrey Chaucer memulakan karya 'The Canterbury Tales' yang ditulis dalam
1387 bahasa Inggeris. Universiti Florence menerima seorang professor pertama
daripada Greek.
1453 Constantinople telah ditawan oleh pihak Turki dan mengakibabkan ramai
cendekiawan berhijrah ke Itali.
Johannes Guttenberg memulakan pencetak yang mudah alih. Pada tahun 1476,
1454 William Caxton mula mencetak di London.
Lorenzo de Medici menjadikan Florence sebagai pusat kesenian dan
1478 pembelajaran. Sementara itu, Sandro Botticelli siap melukis lukisan yang diberi
nama Primavera (musim bunga).
1503 Pembinaan semula bangunan St. Peter di Rom bermula. Leornado da Vinci mula
melukis lukisan 'MonaLisa'.
TAHUN PERISTIWA
1508 Michelangelo melukis di siling Sistine Chapel di Vatican City di Rom.
Niccolo Machiavelli, penulis politik Itali menulis karya agungnya, 'The Prince'
1513 yang menyatakan teori tentang kerajaan.
1516 Sir Thomas More menyiarkan karya 'Utopia'.
1532 Hans Holbein, artish Flemish, bekerja di England.
1543 Nicolas Copernicus menyatakan ideanya terhadap sistem solar.
1590 William Shakespeare menulis teater di England.
ZAMAN REFORMATION

Gerakan Reformation
 Merupakan suatu gerakan yang berlaku di Eropah Barat (abad ke-16)
 Reformation berasal daripada perkataan reform yang bermaksud “melaksanakan
perubahan atau pembaharuan terhadap sesuatu untuk menghasilkan sesuatu yang
lebih baik untuk membentuk sesuatu yang baru
 Mempunyai kaitan dengan agama Kristain
Perkembangan Gerakan Reformation
1) Faktor-faktor mendorong Gerakan Reformation

Kritikan
terhadap
Gereja
Katolik
Wujud
Kepincan-
Mazhab gan Gereja
Protestan

Luther FAKTOR Gaya hidup


mencabar - penguasa
Gereja
Gereja
FAKTOR

Penentangan
Penyeleweng
terhadap
an Gereja
Indulgences
Wujud mesin
cetak
a. Kritikan terhadap Gereja Katolik
o Bermula dengan penentangan penganut agama Kristian terhadap Gereja Katolik
sejak abad ke-10 M lagi, tetapi tidak menimbulkan pengaruh yang mendalam
terhadap Gereja Katolik
o Kritikan bertambah kencang apabila pihak Gereja telah meningkatkan usaha
pembangunan keduniaan untuk menjadikan Rom sebagai pusat kekuasaan yang
terkuat di bahagian tengah Itali

b. Kepincangan Gereja
o Usaha ini membawa kepada kekayaan, tetapi pihak Gereja telah menyelitkan unsur
rasuah, penyelewengan dan kepincangan berlaku

c. Gaya hidup penguasa Gereja


o Penguasa Gereja lebih cenderung mengamalkan gaya hidup para pemerintah dan
bangsawan dan langsung tidak mencerminkan keagamaan
o Ramai rakyat mula mempersoalkan kedudukan dan amalan Gereja Katolik yang
bertentangan dengan ajaran kitab Bible
d. Penyelewengan Gereja
o Pihak Gereja turut melakukan banyak penyelewengan terutamanya dalam
penjualansijil Indulgences (surat pengampunan bagi penganut Kristian yang telah
menlakukan dosa)
o Kegiatan penjualan sijil ini merebak ke seluruh Eropah

e. Wujud mesin cetak


o Reformation bermula di Jerman kerana gerakan
Renaissance di Jerman bersifatkeagamaan walhal
gerakan di Itali bersifat keduniaan
o Kejayaan gerakan ini dibantu oleh mesin cetak
yang dicipta oleh Johann Gutenberg
o Dengan mesinini, penjualan kitab Bible dapat
dihasilkan dengan cepat dan berharga murah
Johann Gutenberg

f. Penentangan terhadap Indulgences


o Martin Luther, profesor ilmu teologi di sebuah
universiti berhampiran Wittenburg, Jerman, mula
menentang amalan Indulgence (1517)
Gambar menunjukkan sebuah kilang percetakan pada tahun 1500. Sehelai salinan tulisan tangan yang akan
dicetak akan dilekat di dinding. Para pekerja lain menyusun kepingan huruf berdasarklan tulisan tangan tadi
untuk dijadikan blok tulisan tersebut dengan dakwat, kemudian, dijadikan muka surat. Seorang pekerja lain
mengecap huruf tersebut pada sehelai kertas. Seorang pekerja, kemudiannya, mengeringkan kertas yang telah
dicap tadi.
g. Luther mencabar Gereja
o Beliau pecaya bahawa manusia seharusnya bergantung kepada kekuatan rohani
o Beliau telah mengemukakan 95 hujah menentang amalan Indulgences
o Pendirian Luther ini telah mencabar kedudukan Gereja dan Institusi Paderi

h. Wujud Mazhab Protestan


o Pendirian dan ajaran Luther ini dikenali sebagai mazhab Protestan (berasal daripada
perkataan protesting, iaitu “membantah”)
o Tindakan Luther menandakan bermulanya Zaman Reformation (berterusan sehingga
pertengahan abad ke-16)
o Mazhab baru ini (juga dikenali sebagai Lutheran) telah berkembang ke Sweden,
Denmark, Norway dan England
2. Di Switzerland, gerakan ini dipimpin oleh Huldreich
Zwingli (1484 – 1531)

3) Selepas beliau meninggal dunia, John Calvin


(1509- 1564), pelajar undang-undang di
Switzerland, telah memimpin gerakan ini

4) Ajaran John Calvin


 Beliau berpendapat bahawa sesorang Kristian Huldreich Zwingli
hendaklah mengenal TuhanNya
 Untuk mengetahui TuhanNya, mereka hendaklah
merujuk kepada kitab Bible sebagai rujukan
 Manusia juga dikehendaki mengamalkan cara hidup berdisiplin dan menolak sebarang
kegiatan yang memberikan keseronokan semata-mata
 Tidak mengharamkan riba tetapi biarlah berpatutan
 Ajarannya telah mendapat sambutan yang hanyat daripada rakyat ketika itu
5) Tetapi, di dalam perkembangan ajaran Protestan, masih ada penganut yang masih
mahu mempertahankan Gereja Katolik

6) Satu Counter Reformation (bermaksud "menahan atau bertindak menentang


sesuatu yang baru“) telah dibuka
Kesan Gerakan reformation
1) Agama
 Negara-negara Eropah telah berpecah mengikut mazhab masing-masing
 Berlaku beberapa perbalahan antara mereka, contohnya perang keagamaan di Perancis
(1562 – 1598) dan perang 30 tahun (1618 – 1648) yang telah melibatkan Sepanyol,
Jerman, Bohemia, Denmark dan Sweden
 Perbalahan agama telah mengakibatkan kemusnahan dan peperangan
 Menimbulkan kesedaran kebangsaan kerana telah dikaitkan dengan agama Kristian
 Fahaman Luther telah menjadi agama Kristian bagi negara Jerman dan Scandavia
manakala ajaran Calvin telah menjadi agama kebangsaan negara Belanda dan Scotland
dan fahaman Anglican pula telah menjadi agama orang Inggeris
 Agama Kristian Katolik telah menjadi agama rasmi bagi negara Sepanyol, Portugal,
Poland, Perancis dan Ireland

2) Jangka panjang
 Timbul sikap toleransi antara penganut pelbagai mazhab agama Kristian, iaitu bersama-
sama mempergiatkan pendidikan sambil menyebarkan ajaran mereka
3) Kuasa golongan Gereja
 Kuasa Gereja telah dicabar secara terbuka
 Kuasa Gereja terhadap kerajaan / monarki juga telah berkurang kerana monarki ingin
membebaskan dirinya daripada penguasaan Paus di Rom (semasa pemerintahan Raja
Henry VIII, raja menjadi ketua kerohanian Gereja Protestan Anglican)
 Kuasa Raja pula telah meningkat (merampas kembali
tanah-tanah dan segala kekayaan yang dipunyai oleh
Pope)

Henry VIII.
Beliau memutuskan hubungan England dengan
Gereja Roman Katolik di Rom kerana ingin
berkahwin dengan Anne Boyleyn.
Tokoh-Tokoh Zaman Reformation

1. St. Ignatius Loyola (1491-1556)

Paderi ini merupakan bekas askar yang banyak


menghabiskan masanya membaca tentang kehidupan orang
agama semasa menjalani rawatan semasa perang. Belia
seorang yang sederhana dalam hidupnya dan amalan ini
telah menjadi ikutan oleh paderi-paderi muda yang lain.
Mereka ini dikenali sebagai 'Jesuit' yang menjadi
pemimpin dalam kerja kebajikan dan pendidikan.

St. Ignatius Loyola


(Tokoh Counter Reformation)
2. Martin Luther (1484 – 1546)

Martin Luther ialah seorang paderi Jerman yang


mempelopori gerakan Reformation di Eropah. Beliau
menetang kuat segala penyelewengan yang
diamalkan oleh Gereja Roman Katholik. Pada tahun
1517, beliau telah mengemukakan 95 hujah
menentang amalan indulgence. Martin Luther juga
menetang ajaran yang kolot, perbuatan rasuah dan
penyelewengan dalam agama. Beliau menggesa umat
kristian supaya kembali kepada ajaran Kritian yang
murni. Beliau juga telah mengkritik penyalahgunaan
kuasa oleh Paus Rom. Menurutnya, hanya kitab suci
sahaja yang wajib dirujuk oleh penganut Kristian dan
tidak memerlukan sebarang pengantaraan dengan
Martin Luther Tuhan.
3. John Calvin (1509 – 1564)

Beliau telah memperkenalkan gerakan Reformation


di Switzerland. Beliau telah menggunakan
pendekatan yang rasional dan kejayaannya
menyesuaikan etika Kristian dengan arus
perkembangan masyarakat ketika itu. Menurutnya,
Tuhan hanya dapat diketahui dengan merujuk kitab
Bible dan dikenali dengan pemerhatian terhadap
alam semesta. Beliau juga telah melihat kejayaan
sebagai satu budi akhlak yang mulia. Penganut
Kristian pula hendaklah mempunyai sifat jimat, rajin
dan waras. Beliau juga tidak mengharamkan riba
John Calvin
tetapi biarlah berpatutan.
PENJELAJAHAN DAN
PENEROKAAN

Sebab-Sebab Penjelajahan

PENJELAJAHAN DAN Penemuan Jalan Laut dan


PENEROKAAN Dunia Baru
Kesan-Kesan Penjelajahan
Terhadap Masyarakat
Setempat
PENJELAJAHAN DAN PENEROKAAN

 Penjelajahan bermaksud perihal menjajah, mengelilingi atau berjalan-jalan ke


merata-rata tempat atau daerah dengan tujuan untuk menyelidik
 Penerokaan pula bermaksud perihal perbuatan, usaha meneroka atau menerokai
 Merupakan kegiatan para pelaut Eropah mencari jalan baru di lautan luas bagi
membolehkan mereka menuju ke Timur
 Mereka telah aktif menjelajahan beberapa buah kawasan di luar Eropah (abad ke-
16)
 Kejayaan sains dan teknologi pada Zaman Renaissance membantu kegiatan
penerokaan dan pejelajahan Eropah
PENJELAJAHAN DAN PENEROKAAN

 Sebelum orang Eropah berjaya sampai ke Timur, barangan Timur hanya diperoleh
dari Istanbul
 Namun, penguasaan Istanbul oleh Turki (1453) menyebabkan orang Eropah
menghadapi masalah untuk mendapatkan barangan melalui laluan ini
 Lalu, berikhtiar mencari laluan alternatif ke Timur
 Ini mendorong mereka untuk meneroka Lautan Atlantik, yang menjadi laluan
alternatif ke Timur
Penemuan Jalan Laut dan Dunia Baru
A. Sebab-Sebab Penjelajahan

Desakan
Ekonomi
Semangat
Galakan
Kebangaan
Pemerintah
Bangsa

Persaingan
Monarki SEBAB-SEBAB antara
Baru PENJELAJAHAN Sepanyol dan
Portugal

Memiliki
Faktor
Pelaut
Keagamaan
Perdagangan Unggul
Rempah
Ratus dan
Sutera
› Desakan ekonomi
 Orang Eropah ingin mendapatkan barangan (emas, sutera dan rempah ratus) dari Timur

› Galakan pemerintah
 Raja Sepanyol (Ratu Isabella dan Ferdinand), dan Raja Portugal (Putera Henry, terkenal
sebagai Henry Pelaut) merupakan pemerintah yang bertanggungjawab memberikan
galakan kepada usaha ini

› Persaingan antara Sepanyol dan Portugal


 Sepanyol menumpukan penerokaannya ke Amerika Latin dan menjelajah ke Timur
 Pelaut Portugal lebih awal sampai ke Timur daripada pelaut Sepanyol
 Namun, kuasa Portugal juga mempunyai kepentingan di Amerika Latin
 Kedua-dua kuasa ini bersaing untuk memdapatkan tanah jajahan
 Akhirnya, pihak Paus (Rom) menggesa mereka menetapkan kawasan pengaruh masing-
masing
 Perjanjian Tordesillas (1494) ditandatangani
 Dengan ini kawasan ke Timur
 Dari Kepulauan Tanjung Verde dan Hindia Barat (Lautan Atlantik)  kawasan
Portugal
 Kawasan Barat Kepulauan Tanjung Verde  kawasan Sepanyol

Pembahagian kawasan melalui Perjanjian Tordesillas (1494)


Perjanjian Tordesillas yang ditandatangani
oleh Sepanyol dan Portugal pada tahun
1494.
Peta laluan utama pelaut Eropah ke Kepulauan Rempah
Peta Jalan
Perdagangan
pada akhir kurun
ke-15 dan
Pelayaran
Bersejarah Orang
Portugis
› Memiliki pelaut unggul
 Christopher Columbus, merupakan orang Eropah pertama sampai ke Amerika
 Ferdinand Magellan yang berlayar ke Timur, namun terbunuh di salah sebuah pulau
di Filipina dalam perjalanan menuju ke Kepulauan Maluku

Peta pelayaran
Christopher
Columbus dan
Magellan
mengelilingi
dunia
Jumpaan
Christopher
Columbus
Peta Zaman Penjelajahan tahun 1450 - 1600
› Perdagangan rempah ratus dan sutera
 Mendatangkan keuntungan yang besar kepada para pedagang Eropah dan Raja
mereka
 Mendorong kuasa Sepanyol dan Portugal untuk menjelajah keTimur

› Faktor keagamaan
 Sepanyol dan Portugal merupakan dua buah negara Katolik yang mempunyai
pengaruh Gereja yang kuat
 Pihak penguasa gereja menekankan usaha untuk menyebarkan ajaran Kristian ke
seberang laut
 Sepanyol yang pernah dikuasai oleh orang Islam dulu, begitu bersemangat untuk
menyebarkan agama Kristian itu
› Monarki baru
 Monarki baru di England, Perancis, dan Belanda menggalakkan penjelajahan dan
penerokaan keseberang laut

› Semangat kebangaan bangsa


 Mendorong orang Eropah untuk menjelajah dunia di luar eropah
 Oleh itu, penjelajahan orang Eropah dapat dirumuskan dengan kata-kata gold, glory
and gospel
 Gold  Kekayaan
 Glory  Kejayaan
 Gospel  Menyebarkan agama Kristian
B. Kesan-Kesan Penjelajahan Terhadap Masyarakat Setempat

Politik

KESAN-
KESAN
PENJELAJAH
AN

Sosial Ekonomi
› Politik
 Banyak penguasa tempatan terpaksa membuat perjanjian dengan wakil kuasa Eropah
 Perjanjian ini mengiktiraf kekuasaan kuasa Eropah
 Wakil-wakil kuasa Eropah terdiri daripada syarikat berpiagam yang diwujudkan di
Belanda, Great Britain, Perancis, dan Denmark
 Antara syarikat berpiagam yang berjaya:
i. Syarikat Hindia Timur Belanda (VOC)
ii. Syarikat Hindia Barat Belanda (WIC)
iii. Syarikat Hindia Timur Inggeris (EIC)
 Syarikat berpiagam ini berdagang dari Eropah hingga ke Carribean, Latin Amerika,
Afrika, India, Asia Tenggara, Asia Timur
 Namun, peranan syarikat berpiagam yang ditubuhkan di Perancis dan Denmark tidak
begitu terserlah seperti peranan VOC dan EIC
› Ekonomi
 Daerah di luar Eropah menjadi pembekal kepada keprluan masyarakat Eropah
 Pusat emporium dunia (Goa dan Melaka) dikuasai oleh Portugal
 Barangan yang dibawa dari Timur telah memperkayaan ekonomi dan gaya hidup
masyarakat Eropah
 Jalan pelayaran perdagangan di Lautan Hindi dan Asia Tenggara dahulunya dikuasai
oleh pedagang Islam Arab, kini dikuasai oleh Portugal
 Laluan yang dikuasai itu meliputi jalan perdagangan di Asia Tenggara dan Lautan
Hindi, serta Laut China Selatan (China dan Jepun)
 Pangkalan penjajah  bandar pelabuhan utama (sepanjang laluan kapal dari Timur ke
Barat) dan bangsa Eropah menguasainya
i. Goa  Portugis
ii. Madras  Inggeris
iii. Calcutta  Inggeris
iv. Pulau Pinang  Inggeris
v. Singapura  Inggeris
vi. Melaka  Portugis / Inggeris
vii. Batavia  Inggeris
viii. Macao  Portugis
› Sosial
 Masyarakat tempatan terpengaruh dengan gaya hidup Eropah
 Kebanyakan daerah, masyarakat peribumi juga menerima agama Kristian yang
dibawa oleh mubaligh Kristian
 Penjelajahan Sepanyol banyak mengubah keadaan serta kehidupan Asia dan Dunia
Baru (Amerika Tengah dan Selatan)
a) Tamadun Aztec berjaya ditundukkan melalui peperangan dan penaklukan Mexico
b) Tamadun Inca telah dihapuskan apabila Peru ditakluk
c) Masyarakat baru diwujudkan di wilayah itu apabila berlaku penghijrahan beramai-
ramai orang Sepanyol ke Amerika Latin
d) Kawasan Amerika Latin dianggap sebagai tempat untuk mendapatkan emas dan
perak
e) Bagi pihak Gereja, Dunia Baru dianggap sebagai tempat untuk menyebarkan agama
Kristian
f) Ramai penduduk peribumi berjaya dijadikan penganut agama Kristian
g) Para pemodal Sepanyol telah mengeksploitasi buruh peribumi untuk bekerja di
lombong dan ladang mereka
h) Proses penjelajahan dan penaklukan Sepanyol ini dikenali sebagai conquista dan
para penakluknya sebagai conquistadores
 Brazil telah dijajah dan dipengaruhi oleh kuasa Portugal
 Di Timur (Asia), tidak wujud petempatan orang Sepanyol atau orang Portugal secara
besar-besaran, tetapi, Filipina dipengaruhi oleh kuasa Sepanyol
 Melaka dan Goa pula diduduki oleh kuasa Portugal
Tokoh-Tokoh Penjelajahan
 Marco Polo (1254 – 1324)

Beliau berasal dari Venice, Itali. Marco Polo, bapanya (Nicolo)


dan bapa saudaranya (Maffeo) berlayar ke Istana Kublai Khan,
Khanbalik (Beijing) pada 1271 M.. Selepas 17 tahun, beliau
pulang ke Venice, Itali pada 1925 M.. Di Italy, beliau pernah
ditawan oleh orang Genoa dan sempat menulis tentang
perjalanannya di China melalui buku "The Travel of Marco Polo"
(Pengembaran Marco Polo). Namun kebanyakan orang Itali tidak
mempercayai Marco Polo dan menggelarnya “Marco II Milione”
yang bermaksud “orang seribu pembohongan” kerana tidak
mempercayai tentang wang kertas, percetakan, ubat bedil, abestos Marco Polo
dan pembakaran arang.
 Christopher Columbus

Columbus telah dilahirkan di Genoa, Italy (1451M).


Beliau merupakan orang yang pertama membawa berita
tentang daratan yang digelar Amerika. Penemuan ini
merupakan hasil pembaca buku yang telah ditulis oleh
Marco Polo. Columbus beserta 90 pelayar kapal telah
menaiki tiga buah kapal yang dibiayai oleh Raja Sepanyol
iaitu Santa Maria, Nina dan Pinta (1492).

Beliau telah melalui "Angin Dagang" yang


Christopher Columbus mempercepatkan laluannya. Kepulauan Hispaniola, kapal
Santa Maria telah karam lalu dengan 2 buah kapal itu
beliau telah kembali ke Sepanyol. Di Sepanyol, beliau
telah dianugerahkan Laksamana Lautan Laut dan Wizurai
Hindia oleh Raja Sepanyol, Raja Ferdinand.
 Vasco da Gama (1460 – 1524)

Beliau dilahirkan di Sines, Portugal. Beliau mengembara dengan


disertai oleh empat buah kapal kecil bersama 170 buah kapal
(1497). Dari Teluk Mossel, dalam perjalannya ke India, da Gama
belayar menyusuri pantai Afrika sambil berhenti dibeberapa
tempat seperti Mombassa dan Malindi. Semasa merentasi Lautan
Hindi, beliau telah sampai ke Calicut, India (1498 M).

Dua tahun kemudian, beliau telah kembali ke Portugal dan


membawa pula rempah-ratus dari India. Beliau kembali ke India
dengan 19 buah kapal dan membawa balik rempah-ratus (1502).
Kemudiannya, beliau bersara dari pelayaran namun kembali ke
India sebagai Wizurai (1524). Beliau telah meninggal dunia pada Vasco da Gama
24 Disember 1524 akibat demam panas.
 Ferdinand Magellan (1480 – 1521)

Ferdianand Magellan telah dilahirkan di Sabrosa, utara Portugal.


Beliau mempunyai pengalaman yang luas sebagai seorang pelayar
kerana pernah menjadi kelasi kapal di Kepulauan Maluku,
Indonesia. Beliau telah bertolak dengan lima buah anak kapal iaitu
Trinidad, San Antonio, Conception, Victoria dan Santiago(1519).

Akibat persengketaan di Mactan, Filipina, Magellan telah dibunuh


oleh penduduk tempatan di Zebu, Filipina (April 1521). Tanpa
membuang masa, Sebastian del Cano dengan anak kapalnya,
Victoria telah kembali ke Sepanyol dengan hanya 18 orang anak
kapal bersamanya.
Ferninand Magellan
 Henry the Navigator

Beliau bertanggungjawab mengelolakan dan menaja


penemuan jalan laut tetapi beliau sendiri tidak terlibat
dalam pelayaran tersebut.

Vasco da Gama

Henry the Navigator


REVOLUSI PERTANIAN DAN REVOLUSI
PERINDUSTRIAN
REVOLUSI PERTANIAN DAN
REVOLUSI PERINDUSTRIAN

Perkembangan Perkembangan
Revolusi Revolusi
Pertanian Perindustrian
REVOLUSI PERTANIAN

 Maksud  Perubahan besar yang berlaku dalam sektor pertanian untuk


meningkatkan hasil pengeluaran

 Revolusi Pertanian bermula pada akhir abad ke-17 dan awal abad ke-18

 Kegiatan pertanian dan pengeluaran diusahakan secara besar-besaran


Perkembangan Revolusi Pertanian
A. Faktor-Faktor Revolusi Pertanian
FAKTOR-
FAKTOR
REVOLUSI
PERTANIAN

Pertanian Pemilika
Komersial n Tanah

Kaedah dan
Ciptaan Baru
a. Pemilikan Tanah

 Sebelum Revolusi Pertanian, terdapat dua sistem pemilikan tanah, iaitu sistem
pemilikan tanah persendirian dan sistem pemilikan awam

Sistem Pemilikan Tanah Persendirian

Dipunyai oleh golongan kaya


 Tuan tanah mahu memanfaatkan tanah awam (dahulunya diusahakan oleh rakyat jelata) bagi
tujuan pengeluaran pertanian secara besar-besaran
 negara Britain mengalami pertambahan penduduk (memerlukan hasil pertanian yang
lebih banyak)
 harga gandum meningkat (abad ke-18)

TAHUN JUMLAH
1700 5.5 juta
1750 6.5 juta
1801 9 juta
1831 14 juta
Anggaran penduduk England dan Wales pada abd ke-18 dan abad ke-19

 Tuan tanah berusaha memagari tanah awam dengan mendapatkan kebenaran daripada
Parlimen bagi menguatkuasakan proses pemagaran tersebut

 Hampir 500,000 ekar tanah dipagari melalui Akta Pemagaran Tanah (tahun 1761-1792)
Implikasi Akta Pemagaran Tanah

Golongan Kaya Petani Kecil


b. Kaedah dan Ciptaan Baru dalam Pertanian

 Kaedah dan ciptaan peralatan membolehkan penanaman dilakukan secara lebih


efisien dan produk dihasilkan dengan lebih lumayan

 Kaedah Baru (Penanaman secara bergilir)


 Sesuatu bidang tanah digunakan secara berterusan sepanjang tahun dengan
menanam jenis tanaman yang berbeza mengikut musim
 Semua tumbuhan dapat tumbuh dengan subur (setiap tanaman memerlukan
nutrien tanah yang berbeza)
 Tanaman baru diperkenalkan (turnip dan ubi kentang)
 Selalunya petani akan menanam gandum pada kali yang pertama, turnips pada
musim yang kedua, barli pada musim yang ketiga dan "clover" pada musim ke
empat
Sistem Penggiliran Tanaman

Lord Townshend (1674-1738), tuan tanah


Thomas William Coke (1752-1842)
ladang yang luas
KAEDAH PENANAMAN

MUSIM PERTAMA MUSIM KEDUA

Tanaman Tanah Tanah Tanaman

A Rang Rang A

MUSIM PERTAMA

Tanaman Tanah

A Rang

Sistem Fallow
KAEDAH PENANAMAN
MUSIM PERTAMA MUSIM KEDUA
A B A B
Tanaman Berakar Bijirin Bijirin Tanaman Berakar
(Ubi kentang, Turnip) (Barli) (Gandum) (Ubi kentang, Turnip)

C D C D
Bijirin Rumput Rumput Bijirin
(Gandum) (Makanan Binatang) (Makanan Binatang) (Barli)

MUSIM KETIGA MUSIM KEEMPAT


A B A B
Rumput Bijirin Bijirin Rumput
(Makanan Binatang) (Gandum) (Barli) (Makanan Binatang)

C D C D
Bijirin Tanaman Berakar Tanaman Berakar Bijirin
(Barli) (Ubi kentang, Turnip) (Ubi kentang, Turnip) (Gandum)

Sistem Penggiliran Pertanian


 Ciptaan Baru (Alat Jethro Tull)
 Dicipta oleh Jethro Tull
 Digunakan untuk menggali dan menugal
 Membolehkan banyak lubang digali secara serentak
 Kerja menugal dan penanaman biji benih boleh dilakukan dengan lebih pantas

Mesin menyemai benih beroda empat. Tenaga manusia dan binatang masih
digunakan.
ALAT JETHRO TULL
c. Pertanian Komersial

 Baja asli
 Diperkenalkan secara meluas dan menyebabkan tanaman lebih subur dan hasil pertanian
akan bertambah lagi
 Dicipta oleh Justus Von Liebig (tahun 1840) dan uji kaji ahli British bernama Humpry
Davy (tahun 1802)

 Pengenalan sistem saliran yang berkesan mengangkut air daripada tasik yang dijanakan oleh
kincir angin yang telah dicipta (tahun 1745)

 Penyelidikan
 Dilakukan secara giat oleh para penyelidik seperti Anthur Young
 Beberapa pusat penyelidikan pertanian ditubuhkan seperti Royal Agriculture Society of
England (1838), Rothamstead Experimental Station (1842) dan Royal College of
Agriculture (1846)

 Hasil pertanian menjadi lebih berkualiti dan berkuantiti

 Lebihan hasil pertanian ini dieksport untuk pasaran sama ada pasaran tempatan mahupun
pasaran antarabangsa
B. Kesan-Kesan Revolusi Pertanian

KESAN-
KESAN
REVOLUSI
PERTANIAN
Tokoh-Tokoh Revolusi Pertanian
 Jethro Tull (1674-1740)

Beliau merupakan orang yang bertanggungjawab


mencetuskan teknik kaedah pertanian moden melalui
bukunya, "The New Horse-Houghing Husbandary" dan "An
Essay on the Principles of Tillage and Vegetation" yang
telah diterbitkan pada tahun 1731. Bukunya ini
mengisahkan banyak idea yang merangsang penggunaan
kaedah baru dalam pertanian. Beliau juga telah mencipta
sebuah alat menggali tanah dan alat menabur benih secara
sistematik. Selain itu, beliau juga telah menekankan
bagaimana sesebuah ladang itu perlu dikekalkan
kebersihannya serta menyediakan sistem pengairan yang
baik.

Jethro Tull
 Viscount (Turnip) Townshend (1674-1738)

Vicount Townshed telah memperbaiki kaedah penggunaan


tanah secara lebih intensif. Beliau telah mengemukakan
sistem penggiliran tanah yang dipanggil sistem Norflolk.
Beliau juga telah memperkenalkan tumbuhan "Turnip"yang
digunakan untuk penyuburan tanah. Selain untuk
mengekalkan kesuburan tanah, Turnip juga boleh dimakan
oleh binatang pada musim sejuk. Berikutan kejayaan inilah
beliau dikenali sebagai Viscount (Turnip) Townshend.

Viscount Townshend
 Robert Blakewell (1725-1795)

Robert Blakewell telah mengemukakan cara penternakan


serta menjadikan saiznya lebih besar. Tumpuan utama
beliau ialah penternakan biri-biri. Namun penternakan
kuda dan lembu juga tidak dilupakannya. Baginya, saiz
yang besar dapat menghasilkan daging yang banyak.
Hasilnya, bekalan daging dan susu telah dapat
dipertingkatkan.

Robert Blakewell

 Arthur Young (1724-1820)

Beliau telah memberikan sumbangan yang besar dalam bidang


penyelidikan melalui hasil penyelidikan dan penulisannya. Antara
bukunya yang terkenal ialah "The Annals of Agriculture".

Arthur Young
 Coke of Holkham (1752-1847) 

Beliau telah memperkenalkan cara menebus guna tanah


secara heavy-manuring. Selain itu, beliau juga telah
memperkenalkan sistem pemajakan jangka panjang kepada
kepada para pemajak untuk menggalakkan mereka membuat
pelaburan yang lebih besar

Coke of Holkham
KRONOLOGI REVOLUSI PERTANIAN
TAHUN PERISTIWA
1701 Pencipta terkenal British, Jethro Tull telah mencipta mesin penyemai anak benih.

1715 Belanda telah membuka 147,500 ekar tanah untuk pertanian.

1730 Pengenalan sistem pembahagian tanah mengikut musim telah menyebabkan


penggunaan tanah secara meluas.

1759-1801 Akta Pagar telah mengakibatkan hampir 300,000 ekar tanah awam ditutup.

1796 Sekolah untuk peladang telah dibuka di Ketzthely, Hungry. Di sini, pelajar mempelajari
pelajaran daripada pengalaman orang yang lebih dewasa dan mahir dalam pertanian.

1800 Berat lembu sederhana di Britain telah menjangkau 2 kali ganda daripada berat asal
,hasil daripada penyelidikan yang dilakukan.

1840 Petani Jerman, Justus von Liebig telah menerbitkan buku pertama mengenai
penggunaan bahan kimia untuk pertanian.
REVOLUSI PERINDUSTRIAN

 Maksud
› Perubahan pesat dalam kaedah pengeluaran barangan selain daripada
pertanian
› Proses perubahan sebuah ekonomi yang mudah kepada satu ekonomi yang
kompleks

 Pada pertengahan kedua abad ke-18, revolusi Perindustrian (1760- 1850) bermula
di England

Ciri-Ciri Revolusi Perindustrian

Banyak kilang Hasil pengeluaran


ditubuhkan di Britain kilang meningkat
Faktor-Faktor Mencetuskan Revolusi Perindustrian di Britian

FAKTOR-FAKTOR REVOLUSI PERINDUSTRIAN

Sumbangan daripada Semangat dan kegiatan Rekaan dalam bidang


Revolusi Pertanian keusahawan Sains dan Teknologi
A. Sumbangan daripada Revolusi Pertanian
o Menyediakan modal daripada hasil tanaman
• Para pedagang yang menjadi kaya hasil daripada Revolusi Pertanian melaburkan
lebihan modal mereka dalam bidang perindustrian
o Menyediakan bahan mentah untuk menampung permintaan dan keperluan para pekerja
kilang
o Tenaga buruh untuk kilang daripada petani kecil yang berhijrah ke bandar

B. Semangat dan kegiatan keusahawan


o Kesanggupan para pedagang untuk menanggung risiko dengan melaburkan modal
mereka dalam bidang baru
o Semangat keusahawanan dalam diri peladang kaya untuk melabur dalam sektor
perindustrian
C. Rekaan dalam bidang Sains dan Teknologi
o Mesin-mesin untuk membantu dalam hasil pengeluaran kilang
• Mesin direkaciptakan
• Enjin berkuasa wap dicipta oleh Thomas Newcomen (1712) dan dibaiki oleh James
Watt
o Kemajuan perhubungan dan pengangkutan
• Lokomotif
• Kapal Wap
Kawasan perindustrian di Britian pada tahun 1850
Perubahan dalam Bidang Perindustrian

PERUBAHAN
DALAM BIDANG
PERINDUSTRIA
N

Penggunaan Peralihan daripada


Industri Desa
Teknologi kepada perkilangan

Pengkhususa
n
Pengeluaran
A. Peralihan daripada Industri Desa kepada perkilangan

o Sebelum Revolusi Perindustrian, produk dihasilkan secara kecil-kecilan dengan


menggunakan tenaga manusia
o Kaedah dan ciptaan baru atau mesin dicipta
o Membolehkan pengeluaran produk dihasilkan secara besar-besaran melebihi paras
keperluan pengusaha
o Lebihan produk diperdagangkan atau dikomesialkan
o Revolusi Perindustrian  perubahan dalam teknik pengeluaran, skala pengeluaran
yang bertambah besar dan aktiviti mengkomersialkan barangan yang dihasilkan
B. Pengkhususan Pengeluaran

o Pembelian mesin memerlukan pelaburan modal yang tinggi


o Penggunaan mesin mendorong pemodal untuk mengkhusus dalam satu bidang sahaja
o Hal ini mendatangkan manfaat kerana majikan dan pekerja menjadi lebih mahir dalam
bidang yang dipilih
o Kemahiran yang tinggi membawa kepada peningkatan kuantiti dan kualiti barang
o Peningkatan kuantiti membolehkan produk tersebut dipasarkan secara meluas
C. Penggunaan Teknologi

o Sebelum teknologi baru diperkenalkan, aktiviti pengeluaran dikendalikan


menggunakan tenaga manusia, binatang atau air
o Penggunaan mesin berkuasa wap membolehkan barangan dikeluarkan dengan kuantiti
yang lebih banyak dengan kos pengeluaran yang rendah
o Oleh itu, barangan yang dihasilkan itu dapat dipasarkan dengan mudah dan juga
dikomersialkan ke peringkat antarabangsa
o Para pedagang memperoleh keuntungan yang lumayan dan mampu menampung kos
pengeluaran dan mempertingkatkan aktiviti pengeluaran dan perdagangan
o Untuk mempertingkatkan pengeluaran, pelbagai mesin telah direka dan dihasilkan
melalui kajian dan kretiviti para ahli teknologi dan saintis
o Penghasilan tenaga wap dipermudahkan dengan proses pembakaran arang batu
o Enjin berkuasa wap Newcomen

• Direka oleh John Newcomen (1702)


• Pam digunakan untuk mengatasi masalah rembesan dan takungan air
• Telah memanfaatkan tenaga wap hasil pembakaran arang
• Meningkatkan penghasilan arang batu, yang merupakan sumber utama untuk
mengendalikan enjin berkuasa wap
• Memberi faedah kepada pelbagai bidang perusahaan lain (bidang pembuatan,
perusahaan besi dan keluli serta pengangkutan)

o Pengunaan kuasa wap membantu dalam perkembangan sistem pengangkutan


o Sistem pengangkutan yang penting dan berkesan ialah kereta api dan kapal laut
o Jentera atau enjin yang mengendalikan kereta api dan kapal laut menggunakan tenaga
wap yang dihasilkan daripada pembakaran arang batu
ENJIN BERKUASA WAP NEWCOMEN

Enjin berkuasa wap rekaan Newcomen pada tahun 1712. Enjin ini berfungsi mengepam dan
mengeringkan air di dalam lombong arang batu. Dengan itu, lombong boleh dikorek lebih dalam
dan lebih banyak arang batu boleh dikeluarkan.
ENJIN BERKUASA WAP (JAMES WATT)

Rekaan James Watt telah memperbaik lagi enjin rekaan John Newcomen.
Rekaan Mesin dalam Industri Tekstil

1733
Flying Shuttle, rekaan John Kay (1704 – 1764) mempercepat kerja menenun

kain. Rekaan ini menyebabkan bekalan benang untuk kerja tenunan perlu
dipertingkatkan. Oleh itu, mesin pemintalan direka.

1765
Spinning Jenny, rekaan James Hargreaves (1720 – 1778) ialah mesin pemintal

benang. Mesin ini masih memerlukan penggunaan tangan untuk


menjalankannya tetapi dapat memintal lapan jurai benang sekali jalan.

1765
Water Frame, oleh Sir Richard Arkwright (1732 – 1792) ialah alat pemintal

benang. Mesin ini digerakkan dengan menggunakan kuasa wap. Oleh itu,
pekerja dapat memintal benang dengan lebih banyak.

1790 Spinning Mule, rekaan Samuel Crompton (1753 –


1827.
i. Flying Shuttle – John Kay

Flying Shuttle

ii. Spinning Jenny – James Hargreaves

Spinning Jenny
iii. Water Frame – Sir Richard Arkwright

Water Frame
iv. Spinning Mule – Samuel Crompton

Spinning Mule
Kesan Revolusi Perindustrian

KESAN
REVOLUSI
PERINDUSTRI
AN

Kemunculan Sebagai
Golongan Buruh Punca
dan Majikan
Ekonomi

Kemajuan Peningkatan
Bidang Perdagangan
Pengangkutan Antarabangsa
1. Sebagai Punca Ekonomi

 Kegiatan pembuatan dan pengilangan mula menggantikan kegiatan menggantikan


kegiatan pertanian sebagai bidang utama ekonomi negara
 Ramai bekerja sebagai pekerja buruh atau buruh industri
 Kedudukan tuan-tuan tanah sebagai tokoh utama dalam masyarakat diganti oleh para
pengusaha dan pemilik kilang

2. Peningkatan Perdagangan Antarabangsa

 Lebihan produk diperdagangankan pada peringkat antarabangsa dan keuntungan dapat


dimaksimumkan
 Bahan mentah yang banyak dapat diperoleh melalui kegiatan eksport dan import
 Bagi menampung keperluan perdagangan import-eksport, sistem pengangkutan dalam
negara dan antarabangsa dipertingkatkan dan diperkembangkan
 Britain juga mengeksport modal ke seberang laut untuk kegiatan ekonomi
 Sumbangan sektor pertanian berkurangan
3. Kemajuan Bidang Pengangkutan

 Pengangkutan domestiki di Britain bergantung pada kereta kuda dan baj


 Bagi memudahkan perjalanan darat, sistem pembikinan jalan raya dibaiki dari semasa
ke semasa
 Kilang-kilang terdapat berhampiran dengan sungai sistem perairan atau terusan dengan
penggunaan baj
 Perubahan berlaku dengan rekaan dan penggunaan kereta api
 Gerabak dapat dipacu dengan lebih cepat dengan adanya enjin berkuasa wap dan lebih
banyak gerabak dapat ditarik (mengangkut barangan dan pekerja kilang)
 Rel kereta api yang diperbuat daripada kayu diganti dengan besi, kemudiannya dengan
keluli
 Pengangkutan laut – kapal laut yang dikemudikan oleh jentera berkuasa wap
Kegunaan Kuasa Enjin Wap dan Perkembangan Pengangkutan Kereta Api

Awal tahun 1800-an: Tahun 1820-an: Enjin


Enjin berkuasa wap berkuasa wap mula
digunakan untuk digunakan untuk memacu
memacu bot di air kenderaan di darat

Tahun 1829: Lokomotif rekaan


George Stephenson, Rocket,
bergerak selaju 16 batu sejam di
atas rel yang baru dibina di antara
Liverpool dan Manchester dengan
menggunakan enjin berkuasa wap.

Tahun 1840-an: Era Tahun 1879: Kereta api


pembinaan kereta api dan pertama beroperasi di
rel bermula di Eropah dan Tanah Melayu di antara
Amerika Syarikat Port Weld dan Taiping
Sebuah wagon arang batu sedang menurun bukit. Ketika ini, tenaga manusia dan binatang masih
digunakan.
Gambar enjin kereta api pertama, Tha Rocket, rekaan George Stephenson tahun 1829.
Kemajuan dalam bidang infrastruktur menjelang akhir kurun ke-18. Pada masa ini, jambatan mula
diperbuat daripada besi.
Revolusi Perindustrian telah mempertingkatkan cara pengangkutan di laut. Kapal yang
menggunakan enjin berkuasa wap telah direka bagi menggantikan kapal layar
4. Kemunculan Golongan Buruh dan Majikan

 Golongan rakyat yang bekerja sendiri berkurang apabila muncul sistem ekonomi skala
besar atau komersial
 Muncul golongan rakyat yang bekerja sebagai buruh ladang untuk tuan tanah dan buruh
kilang untuk mengendalikan mesin-mesin
 Sistem perkilangan diperkenalkan kerana penggunaan mesin memerlukan pembinaan
kilang
 Peringkat awal, kilang tekstil ialah kilang yang paling banyak
 Pada peringkat awal, buruh tidak mendapat layanan atau pembelaan yang sewajarnya,
dan tidak dapat menyesuaikan diri dengan perubahan sosial dan ekonomi
 Kemahiran mereka tidak diperlukan dengan adanya mesin
 Contoh, adanya mesin membuat stoking, renda dan bahan pakaian, kemahiran para
penenun dan tukang jahit tradisional tidak lagi diperlukan
 Rentetan dengan ini, para pekerja memprotes dan memusnahkan mesin-mesin pemidang
yang digunakan dalam pembuatan stoking dan renda
 Kegiatan memprotes yang berlaku pada awal abd ke-19 dikenali, Pergerakan Luddite
 Pergerakan Luddite
• Gerakan pekerja di Britain (1810) yang membantah penggunaan kaedah pengeluaran
baru di kilang
• Ingin mengekalkan kaedah tradisional
• Akta Antipenggabungan (Anti-Combination Act), melarang pekerja daripada bergabung
untuk mendapatkan gaji atau layanan yang lebih baik daropada majikan mereka
• Larangan ini menyulitkan para pekerja, hukuman berat akan dikenakan ke atas mereka
yang melanggarnya
• Kanak-kanak bawah umur 10 tahun dikerah untuk bekerja di kilang tekstil dan di
lombong arang batu
• Masa bekerja melebihi 10 jam sehari
• Majikan yang terpengaruh dengan falsafah dan sistem ekonomi bebas berkeras agar
camput tangan kerajaan dihindarkan daripada kegiatan ekonomi
• Bagi mereka paras gaji serta amalan perburuhan harus ditentukan oleh faktor permintaan
dan penawaran
• Walau bagaimanapun, tahun 1824, Akta Antipenggabungan dimansuhkan dan
penubuhan Kesatuan Sekerja diizinkan
• Pelbagai akta diluluskan oleh parlimen untuk kesejahteraan pekerja terbela
Gambar menunujukkan sekeluarga yang menjadi hamba abdi yang bekerja di ladang kapas di
Georgia, Amerika Syarikat. Kanak-kanak juga bekerja.
Semasa Revolusi Perindustrian, buruh wanita terpaksa bekerja untuk tempoh masa yang panjang
dalam keadaan kotor dan berbahaya. Mereka diberi gaji jauh lebih kurang daripada pekerja
lelaki.
Akta Parlimen Akta Lombong Akta Sepuluh Jam


1833, Akta Kilang digubal

Kanak-kanak bawah umur
9 tahun dilarang bekerja ●
Diperkenalkan pada tahun

Diperkenalkan pada tahun
dan dimestikan bersekolah 1847
1842

Bagi kanak-kanak yang ●
Menetapkan agar pekerja

Melarang penglibatan
layak bekerja, had masa wanita dalam perusahaan
kanak-kanak perempuan
bekerja ditetapka tidak tekstil tidak bekerja lebih
dan wanita dalam
melebihi 9 jam sehari daripada sepuluh jam
perusahaan arang batu

Keselamatan pekerja di sehari
kilang dipastikan oleh
majikan
Tokoh-Tokoh Revolusi
Perindustrian
James Harvesgreaves

Pencipta mesin pemintal benang


yang pertama pada tahun 1764.
Alatnya dikenali sebagai
Spinning Jenny.

Reka bentuk lama

Reka bentuk baru


Sir Richard Arkwright

Mencipta alat pemintal benang yang dikenali sebagai


Water Frame.
Samuel Crompton

Mencipta alat pemintal benang yang dikenali sebagai


sebagai Spinning Mule.
Edmund Cartwright

Mencipta mesin tenun yang pertama yang


menggunakan kuasa air.
John Macadam

Memperkenalkan pembinaan jalan raya daripada batu


dan tar.
James Brindley

Membina terusan yang pertama yang dinamakan


Terusan Worsley yang digunakan untuk membawa
arang ke bandar perusahaan Manchester.
Richard Trevithick

Beliau telah mencipta lokomotif untuk menarik


gerabak pada tahun 1801. gerabak ini kemudiannya
dimajukan lagi menjadi kepala kereta api oleh
George Stephenson pada tahun 1825.
Bessemer

Menemui kaedah mengurangkan masa yang


diperlukan untuk menghasilkan keluli daripada besi
belum tempa.
KRONOLOGI REVOLUSI PERINDUSTRIAN

TAHUN PERISTIWA
1698 Thomas Saveri telah membangunkan enjim stim untuk mengeluarkan air dari
lombong.
1709 Abraham Darby menjumpai besi dan arang batu.
1712 Thomas Newcomen memperbaiki enjin Savery.
1733 John Kay mencipta Flting Shuttle, sejenis alat menganyam.
1742 Kilang pertama di Birmingham dan Northhampton telah dibuka.
1759 Terusan air telah dibina untuk membawa arang batu terus ke tengah Manchester.
1764 James Hargreaves telah mencipta alat menganyam Spinning Jenny.
1769 James Watt telah mencipta enjin stim yang lebih cangih. Richard Arkwright pula
telah mencipta alat memintal benang menggunakan kuasa air. Josiah Wedgwood
telah membina tempat pembuatan barang-barang tembikar di Staffordshire.
1779 Samuel Crompton telah mencipta alat menenun. Jambatan besi yang pertama juga
telah dibina pada tahun ini.
KRONOLOGI REVOLUSI PERINDUSTRIAN

1799 Enjin stim telah digunakan secara meluas dalam mesin membuat kertas, tepung dan
kain.
1808 Richard Trevithick telah mempertontonkan lokomotif stimnya di London.
1811 Pemberontakan Luddite telah bermula; menentang penggunaan mesin-mesin baru.
1815 Humphrey Davy telah mencipta lampu keselamatan yang memberitahu pelombong
tentang kebocoran gas.
1825 Jalan keretapi dari Stockton ke Dalington telah dibuka kepada orang ramai.
1842 Akta yang melarang wanita dan kanak-kanak bekerja dilombong telah diisytiharkan.
IMPERIALISME BARAT DI ASIA

IMPERIALISME BARAT DI ASIA

Faktor-Faktor yang Mendorong Kesan-Kesan Imperialisme


Kedatangan Kuasa Barat ke Asia Terhadap Asia Tenggara
IMPERIALISME BARAT DI ASIA
 Maksud
o penguasaan dan penaklukan oleh sesebuah negara atau kuasa yang kuat ke atas
sesebuah negara lain yang lemah dan meletakkan pemerintahan dan
masyarakat tersebut secara paksa di bawah pemerintahan asing

Sebelum Revolusi Perindustrian Selepas Revolusi Perindustrian


Ekonomi negara yang dijajah tidak Kuasa-kuasa Barat lebih berminat
dirombak atau disusun semula bagi untuk mengubah struktur ekonomi
memenuhi kehendak ekonomi negara dan pentadbiran negara yang dijajah
penjajah
Kuasa-kuasa Barat hanya Struktur ekonomi dirombak bagi
mementingkan hasil bumi yang membolehkan mereka mendapat
terdapat di negara itu seperti emas, bahan-bahan mentah secara
perak, teh, rempah dan lain-lain berterusan dalam kuantiti yang
banyak untuk keperluan
perindustrian
 Penjajahan pada Zaman Revolusi Perindustrian (bermula tahun 1870) diistilahkan
sebagai Imperialisme Baru
 Corak imperialisme merupakan corak paksaan ke atas masyarakat Asia Tenggara
dengan menggunakan tipu muslihat perdagangan dengan memberikan lingkungan
pengaruh
 Penguasaan kuasa Barat k atas negara di Asia:

Kuasa Barat Negara


British Tanah Melayu, Sarawak,
Burma, Borneo (U)
Sepanyol Filipina
Belanda Indonesia
Perancis Vietnam, Kemboja dan Laos
Amerika Syarikat Filipina
Faktor-Faktor yang Mendorong Kedatangan Kuasa Barat ke Asia

FAKTOR-
FAKTOR
Tanggun Bahan
gjawab Mentah

Luaskan
Lumba Pasaran

Revolusi
Sebar
Perindustri
Pengaruh an

Kenaik Sistem
Pengangkutan

an Tarif dan Perhubungan


Moden
a) Bahan Mentah
 Kuasa Barat pada masa itu berminat untuk mendapatkan bahan mentah dalam kuantiti
yang banyak serta berterusan daripada tanah jajahan seperti rempah ratus,emas dan
perak.

b) Luaskan Pasaran
 Untuk mendapatkan pasaran bagi hasil pengeluaran industri negara mereka.

c) Revolusi Perindustrian
 Kesan daripada Revolusi Industri yang merebak ke Eropah menyebabkan
Britain,Jerman,Belanda,Perancis dan Itali menjadi kuasa imperialis untuk cari untung,
bahan mentah, pasaran.

d) Sistem Pengangkutan dan Perhubungan Moden


 Revolusi Pengangkutan mewujudkan sistem jalan kereta api dan penciptaan kapal
berkuasa wap menyebabkan kuasa Barat berlumba-lumba untuk mendapatkan tanah
jajahan.
e) Kenaikan Tarif
 Britain terpaksa mencari pasaran di Asai kerana Amerika Syarikat mengenakan tarif
untuk melindungi industri mereka.

f) Sebar Pengaruh
 Pihak Barat yang juga berhasrat untuk menyebarkan pengaruh tamadun dan agama
kristian ke seberang laut.

g) Lumba
 Semangat perlumbaan dikalangan negara Barat dalam kegiatan penaklukan kerana
menganggap pemilikan tanah jajahan sebagai satu status kuasa yang kuat.
 Kuasa Barat menganggap pemilikan tanah jajahan sebagai satu status atau simbol yang
menandakan bahawa mereka sudah menjadi sebuah kuasa yang kuat
h) Tanggungjawab
 Orang-orang Eropah menganggap usaha mengembangkan tamadun mereka sebagai satu
tanggungjawab yang disebut oleh:
 Inggeris “the white man’s burden”
 Perancis  “ mission civilisatrice”
 Jerman  tugas menyebarkan budaya
 Amerika  “the blessing of the Anglo-Saxon protection”
Kesan-Kesan Imperialisme Terhadap Asia Tenggara

KESAN-
Perpaduan KESAN
Menerima
ditanggung
Peribumi
Penasihat

Pecah dan Perundang


Perintah an Ditukar

Demografi Persaingan
dan
Masyarakat
antara
Majmuk Kuasa Barat

Ekonomi
Buruh
Tempatan
Imgran Terhapus
Pendidikan Wujud
Diperkenal Ekonomi
kan Komersial
A. Menerima Penasihat
o Para pemerintah tempatan terpaksa menerima para penasihat dan pentadbir dari Barat.

B. Perundangan Ditukar
o Sistem politik perundangan peribumi telah ditukar agar menyamai sistem Barat.

C. Persaingan antara Kuasa Barat


o Persaingan kuasa-kuasa Barat mendapatkan tanah jajahan menyebabkan kuasa British
telah campur tangan di Tanah Melayu,Burma,India,Belanda di Indonesia,Perancis
menjajah Indo China dan Amerika menduduki Filipina.
C. Persaingan antara Kuasa Barat
o Persaingan kuasa-kuasa Barat mendapatkan tanah jajahan menyebabkan kuasa British
telah campur tangan di Tanah Melayu,Burma,India,Belanda di Indonesia,Perancis
menjajah Indo China dan Amerika menduduki Filipina.

D. Ekonomi Tempatan Terhapus


o Kegiatan ekonomi peribumi distruktur semula.

E. Wujud Ekonomi Komersial


o Kegiatan penanaman getah dan perlombongan bijih telah dikomersialkan untuk
memenuhi keperluan industri di Britain.
F. Pendidikan Diperkenalkan
o Sistem pendidikan yang diperkenalkan terhad di kawasan bandar untuk memberi
pendidikan asas dan melatih golongan pentadbir rendah bagi memenuhi keperluan
pentadbiran penjajah.

G. Buruh Imgran
o Kuasa Barat bertindak untuk mengimport buruh dari negara lain untuk menjadi tenaga
kerja bagi keperluan kegiatan ekonomi komersial mereka.
H. Demografi dan Masyarakat Majmuk
o Perubahan demografi dan komposisi etnik berlaku di negara yang telah dijajah oleh
kuasa Barat membentuk masyarakat majmuk.

I. Pecah dan Perintah


o Menjalankan dasar pecah dan perintah mengelakkan hubungan antara kaum semasa
pemerintahan mereka.

J. Perpaduan ditanggung Peribumi


o Tugas untuk meransang dan menjalin hubungan baik di kalangan pelbagai kaum
terpaksa dipikul oleh pemerintah peribumi selepas merdeka.
TAMAT

nabilahbabyjesse@gmail.com Nov/2010

You might also like