You are on page 1of 17

Penghargaan

Saya bersyukur terhadap Ilahi kerana dengan izinNya, saya dapat menjalankan kerja

kursus saya dengan baik dan sempurna. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih

kepada Puan Alizizah Hj Sipil, Pengetua SMK Pasir Putih kerana memberi kebenaran dan

sokongan untuk menjalankan kajian ini. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Puan

Kartini Beddu, guru mata pelajaran Sejarah kerana telah memberi tunjuk ajar dan panduan.

Tidak lupa juga ucapan terima kasih saya tujukan kepada kedua-dua ibu bapa saya, Rahman

Saleng dan Jamaliah Pajapoyi yang memberi dorongan dari segi kewangan selama saya

menjalankan kursus ini. Akhir sekali, ucapan terima kasih juga kepada rakan-rakan sekelas.

Terutamanya, Aisyah Kaharuddin, Nurul Asikin Selamat, Nur Azni Laini, Astuti Arifuddin dan

Hartati Surya M. Hadi kerana kerjasama mereka dalam mengumpulkan maklumat.


Objektif kajian

 Mencari dan mengumpul fakta sejarah daripadasumber yang sahih

 Mengelas, menganalisis, mentafsir dan merumus fakta sejarah secara rasional

 Mengkaji dan memahami asal usul perayaan tradisi kaum di Malaysia

 Menerima dan menghormati kepelbagaian tradisi kaum di Malaysia

 Mengamalkan nilai-nilai murni dan semangat patriotism daripada pengkajian terhadap

perayaan tradisi kaum di Malaysia.


Kaedah kajian

 Melayari internet

 Untuk mencari maklumat tentang perayaan tradisi kaum di Malaysia

Laman web: http:/ms.wikipedia.org/wiki/hari_Raya_Aidil_Fitri

 Rujukan

 Merujuk buku ilmiah mengkaji tentang tradisi kaum di Malaysia di

perpustakaan.

 Bandar dan perpustakaan sekolah adalah tempat kami mengkaji buku ilmiah

tersebut.

 Pemerhatian

 Saya menggunakan kaedah ini untuk mengenal pasti perayaan tradisi kaum di

Malaysia. Selain itu, saya sendiri mengamalkan perayaan ini.

 Temuramah

 Saya juga menggunakan kaedah ini untuk mendapatkan lebih informasi

tentang perayaan tradisi kaum di Malaysia.


TEMU RAMAH

Saya telah menemuramah Puan Jamaliah binti Pajapoyi pada 6 mei yang lalu untuk

mengetahui dengan lebih lanjut tentang Perayaan Hari Raya Aidilfitri.Berikut merupakan temu

ramah kami:

Syafiqah : Assalamualaikum,Puan.Boleh saya menemuramah puan mengenai perayaan

tradisi kaum di Malaysia?

Pn.Jamaliah :Waalaikumussalam.Boleh,silakanlah.

Syafiqah :Apakah yang Puan faham mengenai perayaan Hari Raya Aidilfitri terutama

dari segi berpakaian?

Pn.Jamaliah :Dari segi berpakaian,kebanyakannya para pelanggan wanita yang menempah

baju kurung asli.Bagi pelanggan lelaki,kebanyakan mereka menempah baju

melayu,cekak musang dan teluk belanga.

Syafiqah :Jadi Puan,adakah fesyen baju untuk di jahit itu mengikut musim?

Pn.Jamaliah :Ya,seperti pada tahun ini,ramai yang menempah baju kurung moden

bergetah.Bagi mereka itu merupakan trend zaman sekarang.


Syafiqah :Selain itu,apa lagi yang boleh puan lakukan selain menjahit baju raya?

Pn.Jamaliah :Owh,saya juga boleh menjahit manik dan menyulam.Di samping itu,saya juga

mengambil tempahan menjahit langsir untuk persiapan Hari Raya.

Syafiqah :jadi puan ini boleh dikatakan seorang yang serba boleh,bukan begitu?

Pn.Jamaliah :Ehm,bolehlah dikatakan begitu,terima kasih atas pujian itu.

Syafiqah :Ehm,apa-apa pun saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Puan kerana

sudi meluangkan masa untuk di temuramah.

Pn.Jamaliah :Sama-sama Syafiqah.

RUJUKAN
Buku Ilmiah

Ahmad Kamal Ariffin,Lina binti Zakariah,Norani binti abdul Rahim.Maggie Low Poh

Lean,halaman 93-96.Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tingkatan 4.

Majalah

Remaja,1 oktober 2008,halaman 149-152.

Orang Sumber

(i) En.Baharuddin Bin Usman,33 Tahun,No.21 Jalan Sin San Kampung Pasir Putih

Tawau.

(ii) Pn.Halimah,45 Tahun,No 23 ,Jalan Sin San Kampung Pasir Putih Tawau.

Internet

Hari Raya Aidilfitri_wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas,

http/ms.wikipedia.org/wiki/hari raya aidilfitri.

RUMUSAN
Saya bersyukur dan berbangga kerana menjadi rakyat Malaysia yang hidup saling hormat-

menghormati antara satu sama lain tanps mengira bangsa atau agama.

Kajian ini banyak member iktabar kepada saya,bangsa dan agama.Semangat Satu Malaysia

yang di uar-uarkan melalui televisyen dapat dibuktikan melalui semangat kecintaan yang

ditunjukkan oleh masyarakat.Walau terdapat pelbagai kaum di negara kita perpaduan kaum

masih dapat dikekalkan kerana sikap rakyat Malaysia yang sentiasa menghargai dan

mengamalkan tradisi dan budaya bangsa.

Oleh itu,kita mestilah berbangga sebagai rakyat Malaysia dan menjaga serta

mempertahankan maruah bangsa dan Negara.

HASIL KAJIAN
1. PERAYAAN TRADISI

Hari Raya Aidilfitri berasal daripada perkataan bahasa arab: yang

bermaksud Perayaan Fitrah. Hari Raya Aidilfitri juga dikenali sebagai Hari Raya Puasa,

Hari Raya Fitrah dan Hari Lebaran. Hari Raya Aidilfitri merupakan perayaan yang

dirayakan oleh umat islam diseluruh dunia tidak kira bangsa sama ada Melayu, India-

Muslim dan lain-lain bangsa di seluruh dunia yang beragama islam bagi menandakan

berakhirnya bulan Ranadhan yang mana umat Islam telah menjalani ibadah puasa dengan

tekun. Perayaan ini disanbut pada 1 Syawal tahun Hijrah selama sebulan. Ia merupakan

antara dua perayaan terbesar umat Islam selain Hari Raya Korban.

AIDILFITRI DALAM KELENDAR MASIHI


Tarikh Hari Raya Aidilfitri adalah sentiasa tetap dan sama mengikut kalendar

Hijrah. Namun begitu tarikhnya sentiasa berubah mengikit kalendar Masihi kerana

kalendar Hijrah adalah mengikut peredaran Bumi mengelilingi Matahari. Oleh itu, tarikh

Hari Raya adalah berbeza daripada tahun ke tahun, dengan beza lebih kurang antara

sepuluh hingga 15 hari.

Hari Raya pada tahun-tahun yang akan datang diramalkan akan jatuh pada

tarikh-tarikh berikut. Tarikh-tarikh tersebut adalah tertakhluk kepada perubahan.

 2008: 1 Oktober

 2009: 21 Septenber

 2010: 10 September

 2011: 31 Ogos

 2012: 19 Ogos

 2013: 8 Ogos

 2014: 29 Julai

 2015: 19 Julai

Hari Raya bermula pada malam sebelum tarikh-tarikh tersebut, bermula terbanamnya matahari.
2. LATAR BELAKANG

Hari Raya Aidilfiri juga dinamakan Hari Raya Fitrah, id, Idul Fitri, Lebaran

(Indonesia), Shemadi Eid (Bangladesh) dan Ramazan Bayrami (Turki). Hari Raya

Aidilfitri diraikan oleh umat Islam seluruh dunia, juga bukan muslim di Negara islam.

Antara upacara khusus yang dijalankan ialah Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri.

Upacara ini diketuai oleh seorang imam yang bertauliah dan dilangsungkan di masjid

pada pagi syawal. Melalui upacara ini, umat islam dapat bermaaf-maafan selepas selesai

menunaikan solat sunat Hari Raya Aidilfitri. Jesteru, dapat mengeratkan tali persaudaraan

dalam kalangan umat islam disamping meraikan kejayaan beribadah kepada Allah s.w.t.

Selain itu, pada pagi Hari Raya Aidilfitri selalunya sebelum dan sejurus

sesudah menunaikan solat sunat Hari Raya Aidilfitri, umat islam yang telah kehilangan

saudara mara akan mengunjungi pusara mereka dan menghadiahkan surah Al-Fatihah

atau bacaan surah Ya’asin. Kemudian mereka akan berkunjung ke rumah sanak saudara

dan rakan-rakan.

3. PERSIAPAN SAMBUTAN PERAYAAN

SEBELUM
Di Malaysia, Hari Raya Aidilfitri disambut dengan meriah. Berminggu-

minggu sebelum perayaan tersebut menjelma, suasana persiapan menjelang Aidilfitri

telah merasai. Pusat-pusat membeli-belah akan mengadakan jualan murah dan dihiasi

dengan perhiasan secara besar-besaran. Lagu-lagu Raya juga akan diputarkan di radio

dan di televisyen. Rancangan-rancangan yang berkisarkan Aidilfitri akan ditayangkan.

Bank, sekolah dan premis-premis perniagaaan akan ditutup selama beberapa hari

sehingga seminggu sempena Aidilfitri.

SEMASA

Pada pagi Hari Raya Aidilfitri, umat islam akan memakai pakaian tradisi

bagi kaum Melayu. Baju Melayu merupakan pakaian tradisi bagi kaum lelaki. Pakaian ini

dilengkapi songkok dan lilitan songket di bahagian pinggang pakaian yang menjadi

kebiasaan kaum wanita pula ialah Baju Kurung. Setiap tahun pelbagai fesyen

diperkenalkan bagi mempelbagaikan rekaan baju-baju tradisi ini.

Di jalan raya utama da lebuh raya di seluruh Negara, kesesakan akan

berlaku akibat kebanjiran warga bandar yang pulang ke kampung halaman untuk

menyambut Aidilfitri bersama-sama anak saudara dan kaum keluarga. Fenomena ini juga

dikenali sebagai “balik kampung”.


Pada pagi Hari Raya Aidilfitri, umat islam akan bersembahyang sunat

Aidilfitri di masjid dan surau. Amalan ini dilakukan oleh umat islam di seluruh dunia

pada pagi 1 syawal setiap tahu hijrah. Sembahyang sunat ini dilakukan terutamanya

sebagai tanda kesyukuran dan kemenangan mengharungi pelbagai dugaan sepanjang

tempoh sebulan berpuasa pada bulan ramadhan.

Selepas mengejarkan sembahyang, umat islam dapat bermaaf-maafan

disamping berkenal-kenalan sesama saudara seagama. Seterusnya, umat islam dapat

mengunjungi pusara saudara mara mereka yang telah meninggal dunia dan

menghadiahkan surah Al-Fatihah atau Surah Yaasin. Kemudian, mereka akan berkunjung

ke rumah sanak saudara dan rakan taulan.

SELEPAS

Walaupun Hari Raya Aidilfitri sudah berakhir, kemeriahan perayaan

tersebut masih dapat dirasai. Semangat dan ketekunan pelajar juga semakin meningkat

dan tumpuan yang diberikan oleh pelajar juga bertambah elok.


PAKAIAN

Baju Melayu adalah pakaian tradisi kaum melayu yang dipakai oleh kaum lelaki di

Malaysia pada Hari Raya. Pakaian ini dilengkapi dengan songkok dan lilitan songket di bahagian

pinggang. Pakaian yang menjadi kebiasaan kaum wanita pula ialah baju kurung dan baju kebaya.

Setiap tahun pelbagai fesyen diperkenalkan bagi mempelbagaikan rekaan baju-baju tradisi ini.

Pada tahun 2005, pemakaian batik, songket, dan baju kebaya nyonya semakin meningkat hasil

promosi dan komersialisasi oleh Allahyarhamah Datin Seri Endon Mahmood, isteri kepada bekas

perdana menteri Malaysia ke-5, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

AMALAN LAZIM
Antara amalan lazim yang dilakukan pada Hari Raya Aidilfitri iala amalan berziarah.

Amalan ini adalah bertepatan dengan suruhan agama islam itu sendiri. Pada Hari Raya Aidilfitri

(selalunya sebelum dan sejurus sesudah menunaikan solat suat Hari Raya Aidilfitri), umat islam

yang telah kehilangan saudara mara akan mengunjungi pusara mereka dan menghadiahkan surah

Al-Fatihah atau bacaan Surah Yaasin. Kemudian mereka akan berkunjung ke rumah sanak

saudara dan rakan taulan. Mereka akan bermaaf-maafan, dan hari untuk mengeratkan tali

persaudaraan di kalangan umat islam di samping meraikan kejayaan beribadah kepada Allah.

Amalan memberi wang kepada kanak-kanak juga amat popular pada Hari Raya. Duit

raya selalunya diberikan oleh orang dewasa kepada kanak-kanak melalui sampul duit yang

selalunya berwarna hijau dan kuning. Sampul duit raya diadaptasi daripada amalan orang cina

yang member sampul merah berisi wang ataupun “ang pau”. Pada Hari Raya, sampul selalunya

berwarna selain daripada warnan merah, iaitu hijau atau kuning. Terdapat pelbagai saiz sampul

yang dikeluarkan oleh bank-bank dan syarikat-syarikat perniagaan, antaranya saiz yang

bersesuaian dengan saiz wang kertas polimer RM 5, kadangkala amalan pemberian duit Raya

diganti dengan pemberian hadiah-hadiah.

Sudut agama pula, malam tujuh likur sering dikaitkan dengan Lailatulqadar iaitu detik

keemasan untuk individu Muslim merebut syurga apabila malaikat dan jibril akan turun ke bumi

untuk mengaminkan doa orang yang bersembahyang, bertasbih, bertahmid dan bertakbir kepada

Allah. Dengan itu timbullah tradisi memasang pelita sebagai symbol meraikan bulan mulia dan

memudahkan mereka berjalan ke surau atau ke masjid bagi menunaikan terawih kerana merebut

lailatulqadar, kerana suasana pada malam terlalu gelap dan mungkin membahayakan

keselamatan.
Rumah-rumah terbuka akan diadakan pada Hari Raya itu sendiri ataupun sepanjang bulan

syawal. Kemeriahan Hari Raya Aidilfitri selalunya akan berpanjangan sehingga sebulan, dan

kemeriahan itu akan hilang dengan sendirinya apabila semua orang pulang ke Bandar setelah cuti

tamat. Biasanya minggu pertama Hari Raya jalan akan dipenuhi dengan kereta dan menyebabkan

jalan sesak.

4. KESAN PERAYAAN
KELUARGA

 Kesan perayaan terhadap keluarga adalah kita dapat mengeratkan silaturrahim sesame

keluarga.Hubungan kasih sayang sesama keluarga akan bertambah erat.Anak-anak

bermaafan dengan ibu bapa,ahli keluarga dan adik-beradik.semasa hari raya,biasanya sanak

saudara yang berjauhan akan pulang untuk bersama-sama meraikan hari kemenangan

ini.kegembiraan dan kebahagiaanakan lahir dihati masing-masing.

PERPADUAN

 Perayaan dapat menghidupkan perpaduan di antara rakyat,ini kerana semua kaum dan bangsa
yang ada di Malaysia atau di mana juga mempunyai perayaan masing-masing.Di hari

perayaan tidak kira kaum atau bangsa,amalan kunjung-mengunjungi menjadi amalan

rutin.Perayan ini disambut bersama,kemeriahan di kongsi bersama.Justeru itu,perpaduan dan

keeratan hubungan antara kaum terjalin dalam suasana aman dan tenteram.

PELANCONGAN

 Institusi pelancongan juga menerima kesan hebat semasa perayaan berlangsung kerana ramai

pelancong asing yang turut hadir atau turut serta dalam perayaan ini kerana mereka datang

sendiri untuk menyaksikan perayaan yang ada di Malaysia ini.Secara tidak langsung

menyumbang kepada sumber pelaburan yang hebat kepada institusi pelancongan Negara.
KEAGAMAAN

 Kesan perayaan terhadap agama sebagai umat islam,kita perlu berbangga kerana dapat

menunaikan amanat dan perintah Allah yang esa.Islam meminta kita meraikan Hari

Kemenangan iaitu menyambut Hari Raya Aidilfitriselepas sebulan menjalani Ramadhan.

You might also like