You are on page 1of 90

Himpunan Bahasa

Nama:
Nik Hakiimah
Bt. Zuraidi Afandi
Kelas:
5 Utarid
Nama Guru:
Puan Jimah Bt. Yattin
Penghargaan
Saya ingin mengucapkan
ribuan terima kasih kepada
ibubapa, keluarga saya, guru
subjek Bahasa Melayu iaitu
Puan Jimah Binti Yattin
kerana telah memberi banyak
tunjuk ajar dan nasihat.
Sekian, terima kasih …….
Yang Benar,

(Nik Hakiimah)
1.

Isi Kandungan

Bil Tajuk m/s


1. Simpulan Bahasa 3
2. Bidalan 19
3. Perumpamaan 40
4. Kata-kata hikmah 59
2.

Simpulan Bahasa

1. Abu Nawas
= Orang yang pandai mencari helah.
Contoh ayat
= Dia memang pandai berhelah, macam Abu Nawas
lakunya.
2. Ada akal
= Mempunyai cara untuk melakukan sesuatu.
Contoh ayat
= Jangan bimbang, saya ada akal untuk menyelesaikan
tugasan itu.
3. Ada gaya
= Mempunyai bakat atau ketokohan.
Contoh ayat
= Budak itu memang ada gaya sebagai pemimpin.
3.
4. Ada hati
=Mempunyai keinginan untuk mendapatkan sesuatu.
Contoh ayat
= Walaupun suaranya sumbang, dia ada hati hendak jadi
penyanyi terkenal.
5. Ada jalan
=Ada cara atau ikhtiar untuk melakukan sesuatu.
Contoh ayat
= Saya fikir, masih ada jalan untuk mengubat penyakit
anaknya .
6. Adu domba
=Memperlagakan seseorang dengan orang lain
Contoh ayat
= Dia sengaja mengadu domba supaya Syidah bergaduh
dengan Mona.

4.
7. Air muka
=Rupa paras atau maruah seseorang.
Contoh ayat
= Berkelakuan tidak senonoh boleh menjatuhkan air muka
sendiri.
8. Ajak-ajak ayam
=Ajakan atau pelawaan yang tidak bersungguh- sungguh.
Contoh ayat
= Dia mempelawa saya makan sekadar ajak –ajak ayam
sahaja.
9. Akal kancil
=Orang yang licik tipu helahnya.
Contoh ayat
= Budak itu memang akal kancil kerana perompak itu
dapat diperdaya olehnya.

5.
10. Bahasa pasar
=Bahasa yang tidak gramatis atau tidak betul
tatabahasanya.
Contoh ayat
= Elakkan menggunakan bahasa pasar ketika menulis
karangan.
11. Bahasa basahan
= Percakapan harian.
Contoh ayat
= Biasanya, orang Melayu menggunakan bahasa basahan
di rumah.
12. Bahasa dalam
= Bahasa yang digunakan di istana.
Contoh ayat
= Kami menggunakan bahasa dalam apabila bertutur
dengan baginda sultan.

6.
13. Baik hati
= Orang yang suka menolong orang lain.
Contoh ayat
= Banyak orang suka berkawan dengan Siti kerana dia
baik hati.
14. Baik sangka
= Beranggapan baik atau muhibah.
Contoh ayat
= Perasaan baik sangka antara kaum penting demi
keamanan negara.
15. Bankai bernyawa
= Orang yang kurus tidak bermaya akibat penyakit yang
dideritai.
Contoh ayat
= Keadaan penagih tegar itu seumpama bangkai
bernyawa.

7.
16. Banyak lemak
= Orang yang mengada – ngada atau melampaui batasan.
Contoh ayat
= Budak itu banyak lemak sangat; kena marah sedikit
menangis bagai nak gila.
17. Bapa angkat
= Orang lain yang dianggap bapa sendiri.
Contoh ayat
= Sejak berada di daerah itu, Pak Abulah yang menjadi
bapa angkat saya.
18. Bapa mentua
= Bapa kepada suami atau isteri.
Contoh ayat
= Haji Tamin bapa isteri saya. Jadi, beliau ialah bapa
mentua saya.

8.
19. Batu loncatan
= Sesuatu yang diperalatkan untuk mencapai sesuatu
tujuan.
Contoh ayat
= Karim dijadikan batu loncatan untuk memenangi hati
kakaknya.
20. Bau –bau bacang
=Pertalian saudara yang jauh.
Contoh ayat
= Keluarga kamu ada bau –bau bacang dengan keluarga
kami.
21. Cahaya mata
=Anak
Contoh ayat
=Puan Wardina baru menimang cahaya mata setelah
sepuluh tahun berkahwin.

9.
22. Cukup bulan
=Genap bulan tertentu.
Contoh ayat
= Cukup bulan nanti dia akan bayar hutang tersebut.
23. Cakar ayam
=Tulisan yang buruk dan sukar dibaca.
Contoh ayat
= Saya sukar membaca surat itu kerana tulisannya cakar
ayam .
24. Dua sejoli
=Sepasang kekasih yang sangat rapat.
Contoh ayat
=Dua sejoli yang sedang berdua –duaan itu ditangkap
pihak pencegah maksiat.

10.
25. Ekor mata
=Melihat dengan hujung mata.
Contoh ayat
= Perempuan itu memerhatikan gerak –geri pemuda itu
dengan ekor matanya.
26. Embun jantan
= Embun yang turun pada waktu hampir pagi.
Contoh ayat
= Setelah embun jantan turun barulah pemuda itu pulang
ke rumah.
27. Hangat hati
= Berasa geram atau marah.
Contoh ayat
= Kanak – kanak itu berasa hangat hati apabila diejek oleh
budak – budak nakal.

11.
28. Harga diri
= Maruah atau kahormatan orang lain.
Contoh ayat
= Perlakuan yang tidak sopan boleh menjatuhkan harga
diri seseorang.
29. Hati emas
= Orang yang sangat baik hati.
Contoh ayat
= Orang yang memiliki hati emas pasti disenangi rakan.
30. Hati kecil
= Perasaan batin.
Contoh ayat
= Hati kecil saya merasakan dia masih hidup. Jadi, carilah
sampai dapat.

12.
31. Hati tikus
= Orang yang penakut
Contoh ayat
= Saya berani tau, bukan hati tikus seperti kamu.
32. Hentam keromo
= Melakukan sesuatu tanpa berfikir panjang.
Contoh ayat
= Dia gagal kerana hentam keromo sahaja ketika
menjawab soalan peperiksaan.
33. Hidung belang
= Lelaki yang suka mengacau perempuan.
Contoh ayat
= Pemuda hidung belang itu kena belasah kerana
menggangu anak gadis orang.

13.
34. Hidung tiggi
= Orang yang sombong
Contoh ayat
= Orang yang hidung tinggi memang dibenci masyarakat.
35. Hilang akal
= Tidak tahu apa – apa yang dibuat.
Contoh ayat
= Pemandu motosikal itu hilang akal seketika akibat
terlanggar seorang budak.
36. Hisap darah
= Mengambil keuntungan yang berlebihan.
Contoh ayat
= Peniaga itu suka hisap darah denga menaikkan harga
barangan sesuka hati.

14.
37. Hitam putih
= Sesuatu yang dibuat secara bertulis
Contoh ayat
= Perjanjian kita ini perlu ada hitam putih ; jangan janji
mulut sahaja.
38. Intan terpilih
=Orang yang sangat istimewa.
Contoh ayat
=Memang tidak salah lagi, Afiqlah intan terpilih di
sekolah kami.
39. Jinak lalat
=Pergaulan yang tidak begitu mesra.
Contoh ayat
= Persahabatan kami hanya jinak lalat kerana dia agak
ranggi orangnya.

15.
40. Kering darah
= Sangat terkejut
Contoh ayat
= Kering darah saya akibat sergahan orang gila itu.
41. Lurus bendul
= Orang yang mempercayai apa –apa sahaja percakapan
orang lain.
Contoh ayat
=Usahlah menggiat budak itu kerana dia lurus bendul.
42. Murah hati
=Orang yang dermawan.
Contoh ayat
= Bapanya bermurah hati mendermakan
RM10 ribu untuk pembinaan surau itu.

16.
43. Peluk tubuh
=Orang yang malas berusaha.
Contoh ayat
= Orang lain sibuk berkerja tetapi pemuda itu masih
berpeluk tubuh.
44. Raja sehari
=Orang yang menjadi pengantin
Contoh ayat
=Pak cik saya akan menjadi raja sehari pada minggu
hadapan.
45. Tutup mulut
=Berdiam diri
Contoh ayat
=Cikgu menyuruh kami tutup mulut ketika beliau
mengajar.

17.
46. Ulat bulu
=Lelaki yang gemar menggangu gadis.
Contoh ayat
= Cuba tengok ulat bulu tu, suka sangat menggangu
budak –budak perempuan.
47. Untung sabut
=Nasib yang selalu baik.
Contoh ayat
=Mereka hidup mewah kerana perniagaan mereka sering
untung sabut.
48. Wang muka
=Wang pendahuluan untuk membeli sesuatu
Contoh ayat
=Wang muka untuk membeli barangan itu hanya RM 100.
49. Wang saku
=Wang untuk berbelanja.
Contoh ayat
= Wang saku yang diberikan ibunya cukup untuk
seminggu sahaja.
50. Yatim piatu
=Kanak-kanak yang kematian ibu bapa
Contoh ayat
=Anak yatim piatu itu dihantar ke rumah kebajikan.

18.
Bidalan
1. Ada air adalah ikan
= Rezeki terdapat dimana –mana sahaja.
Contoh ayat
= Apa yang hendak dirisaukan tentang rezeki ; ada air
adalah ikan.
2. Ada rotan ada duri
= Dalam kesenagan ada kesusahan.
Contoh ayat
= Kehidupan ini memang ada susah senangnya ; ada rotan
ada duri.
3. Ada udang di sebalik batu
= Menolong seseorang dengan niat tertentu.
Contoh ayat
= Pak Mail tahu bahawa pemuda yang sering
menolongnya itu ada udang di sebalik batu terhadap anak
gadisnya.
19.
4. Air yang tenang jangan disangka tiada buaya
= Orang yang pendiam jangan disangka bodoh atau
penakut.
Contoh ayat
= Walaupun dia pendiam, jangan cuba membulinya
kerana air yang tenang jangan disangka tiada buaya.
5. Alah bisa tegal biasa
= Perkerjaan yang susah akan menjadi senang jika selalu
dikerjakan
Contoh ayat
= Jangan risau akan tugas yang diberikan kepada kamu tu.
Kata orang, alah bisa tegal biasa.

20.
6. Alah membeli menang memakai
= Walaupun sesuatu barangan itu mahal tetapi kualitinya
baik dan tahan lama.
Contoh ayat
= Biarlah harga pakaian ini mahal asalkan alah membeli
menang memakai.
7. Alang – alang mandi biarlah basah.
= Jika melakukan sesuatu pekerjaan, buatlah sehingga
selesai.
Contoh ayat
= Alahai, kerja kamu dah separuh siap pun! Jadi, alang –
alang mandi biarlah basah.
8. Bagaimana acuan begitulah kuihnya.
= Perwatakan seseorang bergantung kepada cara
seseorang itu dididik.

21.
9. Bawa resmi padi, makin berisi makin tunduk.
= Kita hendaklah merendah diri walaupun mempunyai
pelbagai kelebihan.
Contoh ayat
= Walaupun mempunyai pelbagai kelebihan dan
berkedudukan tiggi, dia tetap membawa resmi padi,
makin berisi makin tunduk.
10. Belakang parang kalau diasah lagikan tajam.
= Jika rajin berusaha, orang yang bodoh pun akan pandai.
Contoh ayat
= Ah, belakang parang kalau diasah lagikan tajam! Jadi,
berusahalah secara berterusan. Kamu pasti akan berjaya.

22.
11. Belum duduk sudah berlunjur
= Berasa terlalu gembira seolah – olah kejayaan telah
diperoleh.
Contoh ayat
= Kamu ni, belum duduk sudah berlunjur. Keputusan
belum diumumkan. Mengapa gembira sangat?
12. Bertanam tebu di bibir mulut
= Kata –kata manis yang digunakan untuk memujuk atau
memuji.
Contoh ayat
= Kata-katanya untuk mengajak saya menyertai
kumpulannya sekadar bertanam tebu di bibir mulut.

23.
13. Bertemu buku dengan ruas
= Bertemu dengan cabaran sebenar.
Contoh ayat
= Pertandingan kali ini barulah bertemu buku dengan ruas
kerana kedua – dua pasukan itu memang terkenal
hebatnya.
14. Bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi
= Percintaan atau perselisihan tidak mungkin berlaku
daripada satu pihak sahaja.
Contoh ayat
= Saya tidak percaya pergaduhan ini kerana dia seorang
bertepuk sebelah tangan takkan bunyi.
15. Besar periuk besarlah keraknya
= Semakin besar pendapatan, semakin besarlah
perbelanjaannya.
Contoh ayat
= Betul, gaji saya besar tapi besar periuk besarlah
keraknya.
24.
16. Biar genting jangan putus
= Biar rugi sedikit, jangan rugi banyak.
Contoh ayat
= Untung rugi dalam perniagaan ni biasalah tetapi biar
genting jangan putus.
17. Biar lambat asalkan selamat
= Melakukan sesuatu kerja dengan berhati – hati supaya
sempurna
Contoh ayat
= Saya mahukan hasil yang terbaik. Oleh itu kalau nak
siapkan kerja itu, biar lambat asalkan selamat.
18. Biar titik jangan tumpah
= Biar rosak sedikit asalkan tidak rosak kesemuanya.
Contoh ayat
= Rosak sedikit itu tidak mengapa, bak kata orang, biar
titik jangan tumpah, sudahlah.
25.
19. Buang yang keruh ambil yang jernih
= Melupakan persengketaan untuk kembali mesra seperti
sebelumnya.
Contoh ayat
= Tidak ada gunanya kita bergaduh. Jadi, eloklah buang
yang keruh, ambil yang jernih.
20. Bumi mana yang tidak ditimpa hujan
=Setiap orang tentu pernah melakukan kesalahan.
Contoh ayat
= Tidak mengapalah Man, bumi mana yang tidak ditimpa
hujan. Yang penting sekali jangan ulangi kesilapan itu.

26.
21. Cubit paha kanan paha kiri terasa juga
= Jika dilakukan keburukan terhadap seseorang ahli
keluarga , adik-beradik yang lain turut terasa.
Contoh ayat
= Kamu maki hamun adik saya, saya ni siapa? Ingat, cubit
paha kanan, paha kiri terasa juga tau.
22. Dengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan.
= Mengharapkan sesuatu yang lebih besar, barangan yang
sedia ada dilepaskan begitu sahaja.
Contoh ayat
= Jangan terlalu seronok dengan projek besar yang belum
tentu dapat tu; nanti dengar guruh di langit, air di
tempayan dicurahkan.

27.

23. Diberi betis hendakkan paha.


= Meminta lebih lagi daripada yang diberikan.
Contoh ayat
= Tidak cukup lagikah duit yang saya beri tadi? Hai,
diberi betis hendakkan paha pula!
24. Genggam bara api biar sampai jadi orang.
= Kesungguhan sangat penting bagi menyelesaikan
sesuatu pekerjaan.
Contoh ayat
= Jangan mudah mengalah untuk menyudahkan kerja ini.
Kalau sudah menggenggam bara api biar sampai jadi
orang.
28.

25. Indah khabar dari rupa.


= Gambaran yang keterlaluan berbanding keadaan yang
sebenarnya.
Contoh ayat
= Saya ingatkan memang betul. Rupa-rupanya , cerita
tentang kehebatan pesilat kecil itu indah khabar dari rupa.

26. Jika tidak dipecahkan ruyung manakan dapat


sagunya.
= Sukar mencapai sesuatu hajat jika tidak berusaha
bersungguh-sungguh.
Contoh ayat
= Kesungguhan memang penting untuk berjaya. Kata
orang tua-tua, jika tidak dipecahkan ruyung manakan
dapat sagunya.
29.
27. Lempar batu sembunyi tangan.
= Orang yang sengaja menyembunyikan kesalahan yang
dilakukannya.
Contoh ayat
= Lempar batu sembunyi tangan itu amalan yang keji.
Oleh itu, mengaku sahajalah jika buat kesalahan.
28. Malas berdayung perahu hanyut.
= Orang yang mendapat kesusahan kerana malas
berusaha.
Contoh ayat
= Malas berdayung perahu hanyut; begitulah akibatnya
jika kamu tidak mahu berusaha.
30.
29. Marahkan pijat kelambu dibakar
= Orang yang mengalami kerugian akibat kesilapan
kecil.
Contoh ayat
= Lukisan kamu ini sedikit sahaja kotornya, mengapa
dikoyakkan semuanya; lain kali janganlah marahkan pijat
kelambu dibakar.
30. Patah tumbuh hilang berganti
= Kehilangan seseorang akan digantikan oleh orang
lain.
Contoh ayat
= Kita memang berasa sedih akan kepergian tokoh ini
tetapi percayalah, patah tumbuh hilang berganti.
31. Ada asap adalah api
= Persahabatan yang tidak dapat dipisahkan .
Contoh ayat
= Persahabatan antara mereka memang rapat; ada asap
adalah api.
31.
32. Ada gula ada semut
= Di mana ada rezeki di situlah orang berkumpul.
Contoh ayat
= Kawasan itu menjadi tumpuan orang mencari rezeki
kerana ada gula ada semut.
33. Air dicencang tidak akan putus
= Pergaduhan antara adik – beradik lambat – laun berbaik
– baik semula.
Contoh ayat
= Memang eloklah kalau Pak Long dan Pak Ngah
bertegur sapa semula kera air dicincang tidak akan
diputus.
34. Sediakan payung sebelum hujan
= Beringat –ingat sebelum mendapat kesusahan.
Contoh ayat
= Ingatlah murid –murid, tahun ini kamu akan
menghadapi peperiksaan .Jadi, sediakan payung sebelum
hujan. 32.
35. Sudah jatuh ditimpa tangga
= Ditimpa malang yang bertalu –talu.
Contoh ayat
= Minggu lepas rumahnya terbakar. Kini,dia ditimpa
kemalangan pula . Kasihan, sudahjatuh jaditimpa tangga.
36. Sudah terang lagi bersuluh
= Bertanyakan sesuatu yang sudah diketahui supaya lebih
jelas.
Contoh ayat
= Dia bertanya bukan kerana tidak faham tetapi sudah
terang lagi bersuluh.
37. Sudah terhantuk baru terngadah
= Orang yang baru tersedar setelah ditimpa bencana.
Contoh ayat
= Mengapa kamu tidak berusaha supaya tidak kecewa
.Nak tunggu sudah terhentuk baru terngadah.
33.
38. Tanam padi lalang yang tumbuh
= Usaha yang belum berhasil .
Contoh ayat
= Leman bukan tidak berusaha tetapi begitulah nasibnya ;
tanam padi lalang yang tumbuh.
39. Tepuk dada tanya selera
= Sebelum melakukan sesuatu perkerjaan, fikirkan masak
– masak.
Contoh ayat
=Keputusan di tangan kamu .Jadi, tepuk dada tanya selera
supaya tidak menyesal.
40. Tiada rotan akar pun berguna
= Jika tiada orang yang berkebolehan , orang yang kurang
kebolehan pun berguna juga.
Contoh ayat
= Tok Bilal sahajalah menggantikan Tok Imam
membacakan doa. Kata orang, kalau tiada rotan akar pun
berguna juga.
34.
41. Tinggal tulang dengan kulit
= Perihal orang yang sangat kurus akibat sakit .
Contoh ayat
= Sejak sebulan terlantar di hospital, badannya tinggal
tulang dengan kulit sahaja.
42. Berjagung – jagung dahulu sementara menanti padi
masak.
=Membuat kerja lain sementara menunggu kerja tetap.
Contoh ayat
=Ali membantu ayahnya berniaga di pasar malam
sementara menunggu tawaran perkerjaan daripada
syarikat itu kerana baginya berjagung – jagung dahulu
sementara menanti padi masak.

35.
43. Biar buruk kain dipakai, asal pandai menjaga hati.
= Biar miskin atau hodoh seseorang itu asal baik hati
budinya.
Contoh ayat
= Pak Misab menerima sahaja menantunya yang hodoh
itu kerana baginya biar buruk kain dipakai, asal pandai
menjaga hati.
44. Biar mati anak, jangan mati adat
= Anak yang melanggar adat, pasti di hokum.
Contoh ayat
= Mak Besah memukul anaknya yang berkelakuan tidak
senonoh itu kerana baginya biar mati anak, jangan mati
adat.

36.

45. Biar putih tulang, jangan putih mata.


= Biar mati daripada mengalah.
Contoh ayat
= Prajurit tanah air sanggup berjuang bermati – matian
untuk mempertahankan negara kerana biar putih tulang,
jangan putih mata.
46. Biar pecah di perut, jangan pecah di mulut.
= Rahsia hendaklah disimpan dengan baik.
Contoh ayat
= Rahsia temannyan itu masih disimpan dengan baik
hingga ke hari ini kerana baginya biar pecah di perut,
jangan pecah di mulut.

37.
47. Biar tersalah kain, jangan tersalah cakap.
= Mestilah berhati-hati ketika bercakap.
Contoh ayat
= Kata-kata Rafiah selalu menyinggung perasaan kawan-
kawannya. Oleh sebab itu biar tersalah kain , jangan
tersalah cakap.
48. Biar titik, jangan tumpah
= Biar rugi sedikit jangan rugi banyak.
Contoh ayat
= Mangsa kebakaran itu cuba menyelamatkan barang-
barangnya kerana baginya biar titik, jangan tumpah.

38.
49. Cermat semasa banyak, jimat semasa sedikit
= Beringat-ingat ketika menggunakan wang.
Contoh ayat
= Walaupun Encik Safie kurang berkemampuan tetapi
dengan kepada prinsip cermat semasa banyak, jimat
semasa sedikit dia mampu menyekolahkan kesemua
anaknya.
50. Hempas tulang, berisi perut
= Orang yang rajin bekerja senang mendapat rezeki.
Contoh ayat
= Encik Yusuf sangat rajin bekerja sehingga
perniagaannya bertambah maju kerana baginya hempas
tulang, berisi perut.

39.

Perumpamaan.
1. Abu di atas tunggul
= Kedudukan yang tidak tetap.
Contoh ayat
= Pendatang itu umpama abu di atas tunggul; bila –bila
sahaja boleh dihantar pulang ke negaranya.
2. Anak ayam kehilangan ibu
= Bercerai – cerai kerana kehilangan ketua.
Contoh ayat
= Sejak ketiadaanpengurusnya, pekerja syarikat itu bagai
anak ayam kehilangan ibu.
3. Anjing dengan kucing
=Orang yang selalu bertengkar.
Contoh ayat
= Kamu berdua ini seperti anjing dengan kucing; asalkan
berjumpa pasti bertengkar.
40.
4. Api dalam sekam
= Perbuatan jahat yang tersembunyi.
Contoh ayat
= Penjahat itu seperti api dalam sekam kerana berjaya
mengaburi mata masyarakat tentang kegiatannya.
5. Aur dengan tebing
= Orang yang hidup bermuafakat
Contoh ayat
= Mereka sentiasa bekerjasama bagai aur dengan tebing.
6. Aur ditarik songsang
= Sukar menyelesaikan tugas yang tidak dibuat dengan
betul.
Contoh ayat
= Kerja itu umpama aur ditarik songsang; tidak tahu di
mana hujung pangkalnya.

41.
7. Ayam disambar helang
= Orang yang hilang dengan tiba-tiba.
Contoh ayat
= Tiba-tiba sahaja pendatang asing itu menghilang seperti
ayam disembar helang.
8. Belanda minta tanah
= Prihal orang yang tamak.
Contoh ayat
= Janganlah menjadi seperti belanda minta tanah; masih
tidak cukup dengan rezeki yang ada.
9. Bertih digoreng
= Percakapan yang petah atau bunyi yang berpanjangan.
Contoh ayat
= Lancarnya budak itu bersyarah; seperti bertih digoreng.

42.
10. Bulan dipagar bintang
= Gadis yang sangat cantik dikelingi gadis –gadis cantik.
Contoh ayat
= Kehadiran primadona dikelilingi para penarinya
bagaikan bulan dipagar bintang.
11. Bumi dengan langit
= Perbezaan yang amat ketara.
Contoh ayat
= Mereka adik-beradik kembar tetapi perangai mereka
umpama bumi dengan langit.
12. Cacing kepanasan
= Keadaan orang yang amat gelisah.
Contoh ayat
= Murid itu seperti cacing kepanasan apabila cikgu
disiplin ingin berjumpa dengannya.

43.
13. Cicak makan kapur
= Beroleh malu kerana kesilapan sendiri.
Contoh ayat
= Gadis itu seperti cicak makan kapur kerana terjatuh
ketika menerima hadiah.
14. Cincin dengan permata
= Pasangan suami isteri yang sama cantik dan sama
padan.
Contoh ayat
= Pasangan Yusri dan Maimunah memang cantik seperti
cincin dengan permata.
15. Duduk dalam duri
= Orang yang sangat gelisah.
Contoh ayat
= Pelumba haram itu seperti duduk dalam duri apabila
berjaya diberkas polis.

44.
16. Duri dalam daging
= Perkara yang tidak menyenangkan hati seseorang.
Contoh ayat
= Kehadiran murid yang sombong itu bagai duri dalam
daging bagi pasukan mereka.
17. Embun di hujung rumput
= Sesuatu yang tidak kekal lama.
Contoh ayat
=Persahabatan mereka bagai embun di hujung rumput
kerana tiada persefahaman.
18. Enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing –
masing.
= Orang yang hanya mementingkan diri sendiri.
Contoh ayat
= Penduduk di bandar seperti enau dalam belukar,
melepaskan pucuk masing – masing.
45.
19. Gergaji mata dua
= Orang yang mendapat faedah daripada dua pihak yang
bermusuhan.
Contoh ayat
= Budak itu seperti gergaji mata dua hanya kerana hendak
memenangi hati kedua – dua pihak yang bergaduh itu.
20. Gunting dalam lipatan
= Orang yang membinasakan sahabat atau bangsa sendiri.
Contoh ayat
= Perbuatannya membantu pengganas itu tidak ubah
seperti gunting dalam lipatan.
21. Gunting makan di hujung
= Mencapai sesuatu dengan diam – diam.
Contoh ayat
= Kini baru mereka tahu bahawa rakannya itu laksana
gunting makan di hujung, tiba – tiba sahaja muncul
sebagai juara.
46.

22. Halilintar membelah bumi


= Bunyi yang sangat kuat.
Contoh ayat
= Bunyi jet pejuang itu seperti halilintar membelah bumi.
23. Harimau menunjukkan belangnya
= Menunjukkan sifat sebenar setelah lama mendiamkan
diri.
Contoh ayat
= Setelah sekian lama dicabar, kini Wak Mustar tampil
membuka langkah persilatan bagai harimau
menunujukkan belangnya.

47.
24. Harimau menyembunyikan kukunya
= Orang yang menyembunyikan kelebihan dirinya
Contoh ayat
= Walaupun dia pendekar, dia bersikap seperti harimau
menyembunyikan kukunya.

25. Hujan jatuh ke pasir


= Nasihat yang tidak member bekas atau kesan
Contoh ayat
= Nasihat yang diberikan kepadanya umpama hujan jatuh
ke pasir, sedikit pun tidak member kesan.

48.
26. Ikan dalam belat
= Keadaan yang sesak di sesuatu tempat
Contoh ayat
= Kehadiran bintang pujaan menyebabkan penonton
membanjiri dewan itu umpama ikan dalam belat.
27. Ikan kena tuba
= Perihal ramainya orang yang sakit atau mati di sesuatu
tempat
Contoh ayat
= Serangan ombak Tsunami mengakibatkan penduduk di
situ laksana ikan kena tuba.
49.
28. Ikan pulang ke lubuk
= Orang yang merantau akhirnya pulang ke tempat
asalnya
Contoh ayat
= Kepulangan Pak Lah dari perantauan diibaratkan seperti
ikan pulang ke lubuk.
29. Isi dengan kuku
= Persahabatan yang samgat rapat
Contoh ayat
= Sejak dahulu lagi mereka berkawan baik seperti isi
dengan kuku.
50.
30. Kacang lupakan kulit
= Melupakan jasa orang yang pernah menolongnya
Contoh ayat
= Sejak bergaji besar dan hidup di kota, anaknya umpama
kacang lupakan kulit; langsung sudah melupai orang
tuanya.
31. Kaca terhampas ke batu
= Berasa terlalu dukacita.
Contoh ayat
= Keadaan Mak Mah laksana kaca terhempas ke batu
apabila mendapat tahu anaknya mencuri barangan
jirannya.
32. Katak di bawah tempurung
= Orang yang tidak berilmu/cetek pengetahuannya.
Contoh ayat
= Cuba-cabalah melawat ke negeri orang agar tidak akan
menjadi seperti katak di bawah tempurung.
51.
33. Katak kena simbah air
= Terkebil – kebil kerana tidak dapat menjawab soalan.
Contoh ayat
= Dia terpinga-pinga seperti katak kena simbah air setelah
pelbagai soalan diajukan kepadanya.
34. Kera mendapat bunga.
= Tidak tahu menghargai atau menggunakan barangan
yang diberikan.
Contah ayat
= Sekejap sahaja computer yang diberikan kepada
anaknya rosak kerana budak itu seperti kera mendapat
bunga.
35. Kerbau dicucuk hidung
= Orang yang menurut apa-apa sahaja kemahuan orang
lain.
Contoh ayat
= Orang itu ibarat kerbau dicucuk hidung; menurut sahaja
arahan isterinya. 52.
36. Melepaskan batuk di tangga
= Membuat sesuatu dengan tidak bersungguh-sungguh.
Contoh ayat
= Bagaimana hendak mendapatkan hasil yang baik kalau
kerja yang dibuat itu bagai melepaskan batuk di tangga.
36. Melukut di tepi gantang
= Orang yang tidak dianggap penting dalam sesuatu
kumpulan.
Contoh ayat
= Kehadiran ke kampung itu umpama melukut di tepi
gantang; tidak seseorang pun yang ambil peduli.
53.
37. Menatang minyak yang penuh
= Memelihara anak dengan penuh kasih sayang.
Contoh ayat
= Hanya dia anaknya. Jadi, anak itu dipelihara seperti
menatang minyak yang penuh.
38. Mentimun dengan durian
= Orang bawahan pasti kalah jika berlawan dengan orang
yang berpangkat besar.
Contoh ayat
= Jika melawan majikan kamu samalah seperti mentimun
dengan durian; kelak kamu juga yang binasa.

54.
39. Merak mengigal di tengah hutan
= Menunjukkan kepandaian di hadapan orang yang
bodoh.
Contoh ayat
= Dia tidak ubah seperti merak mengigal di tengah hutan
kerana sering menunjukkan kebolehannya di hadapan
kanak – kanak.
40. Murai tercabut ekor
= Orang yang suka membuat bising.
Contoh ayat
= Kelas kamu ini betul-betul seperti murai tercabut ekor;
bising tidak tentu pasal.
41. Pahat dengan penukul
= Orang yang hanya bekerja jika diarahkan.
Contoh ayat
= Tentu penatlah saya kalau kamu bekerja seperti pahat
dengan penukul.

55.
42. Bagai Pinang dibelah dua
= Pasangan yang sama cantik dan sama padan.
Contoh ayat
= Kedua-dua mempelai itu sungguh sepadan; bagai
pinang dibelah dua.
43. Pungguk rindukan bulan
= Mengharapkan sesuatu yang tidak mungkin diperoleh.
Contoh ayat
= Penantinya untuk melihat semula semakin pudar, bagai
pungguk rindukan bulan.
44. Rumput di tepi jalan
= Perihal kehidupan yang amat susah.
Contoh ayat
= Sejak dilanda kemarau, kehidupan petani umpama
rumput di tepi jalan.

56.
45. Rusa masuk kampung
= Tercengang-cengang kerana kehairanan.
Contoh ayat
= Peserta rombongan itu seperti rusa masuk kampung
apabila menaikimenara KLCC.
46. Sampah hanyut
= Orang hina yang tidak dipedulikan oleh orang lain.
Contoh ayat
= Kehidupan penagih itu umpama sampah hanyut; tiada
siapa yang ambil peduli.
47. Tebu di mulut gajah
= Mendapat sesuatu yang digemari pasti tidak akan
dilepaskan.
Contoh ayat
= Hajatnya bagaikan tebu di mulut gajah kerana tanpa
disangka telah mendapat harta pusaka yang begitu banyak
peninggalan ayahnya.
57.
48. Tikus jatuh ke beras
= Orang yang sengaja mendiamkan diri setelah mendapat
kemewahan.
Contoh ayat
= Mereka bertindak seperti tikus jatuh ke beras setelah
mendapat harta pusaka yang begitu banyak peninggalan
ayahnya.
49. Ular kena palu
= Barisan yang benkang-bengkok.
Contoh ayat
= Barisan kerusi di dewan ini seperti ular kena palu. Jadi,
tolong betulkan, ya?
50. Wau putus tali
= Putus harapan dan berserah pada nasib.
Contoh ayat
= Kini Karim bagaikan wau terputus tali. Tidak tahu apa
yang harus dilakukan untuk memujuk ibunya.
58.

Kata-kata Hikmat.
1. Bahasa jiwa bangsa
= Bahasa ialah semangat sesuatu bangsa: bahasa ialah ciri
pengenalan atau identiti bangsa.
Contoh ayat
= “Janganlah kita lupa bahasa kita walaupun kita fasih
bahasa asing kerana bahasa jiwa bangsa hanya dengan itu
kita akan dihormati oleh bangsa lain,” kata guru itu
kepada para pelajar.
2. Bahasa menunjukkan bangsa
= Daripada pertuturan seseorang itu dapat diketahui asal
keturunanya.
Contoh ayat
= Walaupun berada di rantau orang, Salmiah selalu
bertutur dalam bahasa Melayu apabila bertemu rakan-
rakan dari Negara Malaysia kerana dia yakin bahasa
menunjukkan bangsa.
59.
3. Bertenang itu pencuri masa
= Kerja bertangguh sentiasa merugikan diri sendiri.
Contoh ayat
= Ibu selalu berpesan kepada kakak agar jangan tangguh
– tangguh apabila melakukan sesuatu pekerjaan kerana
bertenang itu pencuri masa.
4. Bersatu teguh, bercerai roboh
= Persefahaman dalam satu kumpulan mendatangkan
kejayaan manakala perbalahan pula mendatangkan
perpecahan sesame sendiri.
Contoh ayat
= Kerajaan sentiasa mengingatkan rakyat agar sentiasa
bersefahaman dan bersatu padu kerana bersatu teguh,
bercerai roboh.

60.
5. Bersekutu bertambah maju
= Perpaduan dan persefahaman dalam kalangan rakyat
yang berbilang bangsa dapat mejamin keamanan negara
dan keharmonian hidup.
Contoh ayat
= Rakyat negara ini sering diperingatkan bahawa
bersekutu bertambah maju kerana hanya perpaduan yang
menjamin keutuhan negara berbilang bangsa.
6. Antara dua kesenangan itu ada satu kesusahan
= tiada perkara dalam dunia ini yang boleh
menyenangkan hati selalu.
Contoh ayat
= Ibu menasihati kakak, “Tiada perkara dalam hidup ini
yang dilalui dengan kebahagiaan semata-mata kerana
kerana kata bijak pandai antara dua kesenangan itu ada
satu kesusahan”.
61.

7. Hidup ini adalah satu perlumbaan


= Kehidupan kita ini sentiasa penuh dengan pelbagai
cabaran.
Contoh ayat
= Abang akan terus berusaha untuk menebus
kegagalannya dalam peperiksaan kerana dia yakin bahawa
hidup ini adalah satu perlumbaan.
8. Hilang bahasa lenyaplah bangsa
= Jika sesuatu bahasa itu pupus, maka pupuslah bangsa
itu.
Contoh ayat
= Dalam mengejar kemajuan era globalisasi jangan
sekali-kali kita lupakan bahasa ibunda kita kerana
menurut cerdik pandai hilang bahasa lenyaplah bangsa.

62.
9. Ilmu itu pelita hidup
= Ilmu merupakan cahaya yang menyinari kehidupan
seseorang.
Contoh ayat
= Sebanyak mana harta tidak akan menjamin kebahagiaan
hidup seseorang tanpa ilmu kerana ilmu itu pelita hidup.
10. Jangan dipuji hari ini sebelum tiba malam
= Jangan cepat berpuas hati jika sesuatu kerja belum
selesai.
Contoh ayat
= Sikap suka berbangga pada hasil kerja yang belum siap
adalah sifat negatif kerana kata orang jangan dipuji hari
ini sebelum tiba malam.

63.

11. Jangan pandang orang berkata, pandanglah


perbuatannya
= Sentiasa berhati-hati dan menilai dengan saksama.
Contoh ayat
= “Karim, kamu jangan mudah membuat tanggapan
tentang penceramah itu kerana kata hikmat berbunyi
jangan pandang orang berkata, pandanglah
perbuatannya,” nasihat Syed Razlan kepada Karim.
12. Jikalau ada jalan masuk tentu ada jalan keluar
= Setiap masalah tentu ada cara penyelesaiannya.
Contoh ayat
= “Kamu jangan kusut sangat memikirkan masalah itu
kerana jikalau ada jalan masuk tentu ada jalan keluar,”
kata Razin kepada Sendayan.
64.

13. Kata itu kota


= Setiap janji hendaklah ditunaikan.
Contoh ayat
= Orang tidak mudah percaya kepada kita kalau tidak
menepati janji kerana kata itu kota.
14. Kebijaksanaan datang daripada pengalaman dan
pengalaman itu datang daripada kejahilan kita.
= Setiap perkara baru dalam hidup kita adalah sesuatu
yang baru kita pelajari.
Contoh ayat
= “Usia kamu masih muda untuk menafsir maksud
kehidupan kerana kebijaksanaan datang daripada
pengalaman dan pengalaman itu datang daripada
kejahilan kita,” nasihat Pak Tua kepada Samad.
65.

15. Kesihatan itu adalah mahkota orang sihat


= Untuk sentiasa sihat, kita perlu menjaga kesihatan.
Contoh ayat
= Amalan gaya hidup sihat amat penting dalam penjagaan
kesihatan kerana kesihatan itu adalah mahkota orang
sihat.
16. Lidah manusia lebih tajam daripada mata pedang
= Kata-kata yang bernas lebih berkesan daripada
kekerasan.
Contoh ayat
= Dalam pergaulan jagalah tutur kata kerana lidah
manusia lebih tajam daripada mata pedang.

66.
17. Masa itu emas
= Masa itu sangat berharga
Contoh ayat
= Janganlah kita mengabaikan masa dengan perbuatan
yang sia-sia kerana masa itu emas.
18. Membaca jambatan ilmu
= Tabiat membaca dapat membantu kita mendapat atau
menambah ilmu pengetahuan.
Contoh ayat
= Penguasaan ilmu lahir daripada sikap suka membaca
malahan membaca itu akan menambah ilmu pengetahuan
lagipun disebut orang membaca jambatan ilmu.

67.
19. Muafakat itu berkat
= Sikap bekerjasama atau seia sekata banyak membawa
faedah kepada semua pihak.
Contoh ayat
= Majlis itu berjaya dilaksanakan secara gilang-gemilang
kerana semua ahli memberi kerjasama yang baik
betullah dikatakan orang muafakat itu berkat.
20. Orang yang bijaksana malu apabila perkataannya
melebihi kesanggupannya
= Sebelum berjanji kita perlulah melihat kemampuan
diri terlebih dahulu.
Contoh ayat
= “Kamu janganlah mudah bersetuju dengan pekerjaan
yang kamu tidak mampu lakukan kerana orang yang
bijaksana malu apabila perkataannya melebihi
kesanggupannya,” kata ayah kepada Alang.

68.
21. Pandu cermat jiwa selamat
= Memandu dengan berhati-hati supaya nyawa tidak
terancam.
Contoh ayat
= Pengguna jalan raya diingatkan berhati-hati semasa
memandu pada musim perayaan kerana pandu cermat
jiwa selamat.
22. Padang perahu di laut, padang fikiran di hati
= Fikiran kita terletak pada kemuliaan hati.
Contoh ayat
= Kita mesti sentiasa melakukan sesuatu tanpa menyakiti
hati orang lain kerana padang perahu di laut, padang
fikiran di hati.

69.

23. Persahabatan kunci kejayaan


= Bermuafakat dalam bersahabat menjanjikan kejayaan
sesuatu kerja.
Contoh ayat
= Tinggal di asrama mesti pandai mencari kawan kerana
persahabatan kunci kejayaan.
24. Pokok kebenaran sentiasa menghasilkan buah yang
pahit
= Sesuatu yang benar itu adalah sesuatu yang tidak
menyenangkan bagi orang yang bersalah.
Contoh ayat
= Sememangnya sukar untuk menyatakan kebenaran
kerana pokok kebenaran sentiasa menghasilkan buah yang
pahit tetapi berkata benarlah kunci kebahagiaan.

70.

25. Sabar itu separuh daripada iman


= Bersikap sabar sentiasa menyelamatkan diri daripada
sifat tergopoh-gapah.
Contoh ayat
= Kita hendaklah bersabar dalam mendidik dan
membesarkan anak-anak kerana sabar itu separuh
daripada iman.
26. Tangan yang menghayun buaian itu dapat
memerintah dunia
= Wanita turut memainkan peranan dalam pembangunan
Negara.
Contoh ayat
= Janganlah kita memandang rendah kepada kaum
wanita kerana ada kata bijaksana berbunyi tangan yang
menghayun buaian itu dapat memerintah dunia.

71.
27. Berkata benarlah walaupun kebenaran itu
menyakitkan
= Berterus teranglah walaupun kebenaran itu
mendatangkan mudarat kepada diri sendiri ataupun
kepada orang lain.
Contoh ayat
= Murid itu mengaku bahawa dialah memecahkan tingkap
itu. Dia bersedia dihukum kerana baginya berkata
benarlah walaupun kebenaran itu menyakitkan.
28. Bertangguh itu pencuri masa
= melakukan kerja dengan bertangguh akan merugikan
diri sendiri.
Contoh ayat
= Nurlia menyiapkan kerja yang disuruh oleh ibunya
dengan segera supaya dia dapat menyiapkan kerja sekolah
pula. Dia tidak suka menangguhkan kerja kerana
bertangguh itu pencuri masa.

72.
29. Keadilan tidak mengenal kawan.
= Dalam mengadili sesuatu perkara, kita mesti bersikap
adil.Yang bersalah tetap bersalah walaupun dia rakan
karib kita.
Contoh ayat
=“Walaupun kamu sahabatku, namun aku terpaksa
melaporkan kesalahan kamu kepada guru disiplin;
keadilan tidak mengenal kawan,” kata Alimin.

73.

30. Otak yang cerdas ada pada badan yang sihat.


= Dengan kesihatan yang baik, seseorang itu mampu
mengemukakan fikiran yang bernas.
Contoh ayat
= Jururawat itu menasihati ibu-ibu supaya memberikan
makanan yang berzat kepada anak-anak kerana otak yang
cerdas pada pada badan yang sihat.

74.

31. Yang lahir memperlihatkan yang batin.


= Perbuatan atau kelakuan menunjukkan sifat atau
perasaan yang tersembunyi.
Contoh ayat
= Encik Kamarul selalu memberikan bantuan kewangan
kepada golongan yang susah. Kami percaya bahawa dia
memiliki hati yang mulia kerana yang lahir itu
memperlihatkan yang batin.

75.

32. Membazir amalan syaitan.


= Membazir adalah satu perbuatan keji yang merugikan
diri sendiri.
Contoh ayat
= Jangan membelanjakan wang untuk membeli barang-
barang yang bukan
keperluan dan ada kepentingan kerana membazir amalan
syaitan.

76.

33. Bukit sama didaki, lurah sama dituruni.


= Bersama-sama membuat pekerjaan yang susah dan
senang.
Contoh ayat
= Jika kita berada dalam satu kumpulan, kita mesti
bekerjasama; bukit sama didaki, lurah sama dituruni.

77.

34. Rajin dan usaha tangga kejayaan.


= Sifat rajin dan bersungguh-sungguh akan menghasilkan
kejayaan.
Contoh ayat
= Walaupun gagal dalam matapelajaran Matematik, Velu
terus berusaha untuk lulus dalam matapelajaran
Matematik itu dalam peperiksaan akan datang kerana dia
berpegang kepada prinsip rajin dan usaha tangga
kejayaan.

77.

35. Adat juara kalah menang.


= Setiap usaha ada untung ruginya.
Contoh ayat
= Dalam setiap pertandingan pasti ada kalah dan menang
kerana adat juara kalah menang.

78.

36. Adat pasang berturun naik.


= Setiap sesuatu yang ada di dunia ini tidak tetap
keadaannya.
Contoh ayat
= Kita tidak seharusnya terlalu sombong dan bangga
dengan apa yang dimiliki kerana adat pasang berturun
naik.

79.

37. Hati hendak, semua jadi


= Jika ada kemahuan, semua perkara boleh jadi.
Contoh ayat
= Jika inginkan sesuatu berusahalah bersungguh-sungguh
untuk mendapatkannya kerana biasanya hati hendak,
semua jadi.

80.

38. Jauhari jua yang mengenal manikam.


= Orang yang bijaksana jua yang boleh membuat
penilaian dengan tepat.
Contoh ayat
= Orang yang mahir pasti dapat menyelesaikan perkara itu
kerana jauhari jua yang mengenal manikam.

81.

39. Sediakan payung sebelum hujan.


= Berjaga-jaga sebelum mendapat kesusahan.
Contoh ayat
= Eloklah kalau kita sediakan payung sebelum hujan bagi
mengelakkan daripada berlaku apa-apa yang tidak
diingini.

82.

40. Rosak badan kerana mulut.


= Mendapat kesusahan kerana bercakap melebihi batas.
Contoh ayat
= Jagalah tutur kata dalam pergaulan kita kerana rosak
badan kerana mulut.

83.

41. Tepuk dada tanya selera.


= Sesuatu pekerjaan yang akan kita lakukan hendaklah
mengikut kemampuan sendiri.
Contoh ayat
= Kita perlu mempertimbangkan sesuatu perkara betul-
betul dan tepuk dada dan tanya selera sebelum melakukan
sesuatu perkara.

84.

42. Ukur baju di badan sendiri.


= Apabila melakukan sesuatu hendaklah mengikut
kemampuan sendiri.
Contoh ayat
= Sekiranya kita ukur baju di badan sendiri sudah tentu
kita akan dapat menilai yang mana lebih sesuai mengikut
kemampuan kita sendiri.

85.

43. Alah bisa tegal biasa.


= Sesuatu pekerjaan yang susah akan menjadi mudah jika
selalu dilakukan.
Contoh ayat
= Sungguhpun kerja-kerja yang dilakukan oleh Pak Senik
kelihatan begitu payah dan berat tetapi baginya alah bisa
tegal biasa.

86.
44. Bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi.
= Sesuatu kejadian tidak mungkin berpunca daripada satu
pihak sahaja.
Contoh ayat
= Ibu menasihati Mahmud agar memberitahu Hayati akan
hasrat hatinya kerana bertepuk sebelah tangan tidak akan
berbunyi.

87.
45. Minum air terasa duri.
= Melakukan pekerjaan yang mudah pun terasa sukar.
Contoh ayat
= Akibat tidak pernah melakukan sesuatu pekerjaan,
pekerjaan yang senang terasa susah umpama minum air
terasa duri.
46. Orang berbudi, kita berbahasa.
= Jika orang berbuat baikdengan kita, kita juga haruslah
juga membalas kebaikannya.
Contoh ayat
= Setiap kali saya balik ke kampung, jiran saya akan
menjaga rumah saya, begitu juga ketika dia pergi bercuti,
saya akan menjaga rumahnya kerana orang berbudi, kita
berbahasa.

88.
47. Merokok membahayakan kesihatan
= Setiap perokok akan terdedah kepada penyakit yang
diakibatkan oleh perbuatan merokok.
Contoh ayat
= Pemuda itu tidak menghisap rokok kerana dia sedar
merokok membahayakan kesihatan.
48. Jimat cermat membawa berkat
= Sikap berjimat akan mendatangkan faedah.
Contoh ayat
= Hakimi menabung wang sakunya pada setiap hari
kerana baginya jimat cermat membawa berkat.
89.
49. Bersih, cekap dan amanah
= Merangkumi sifat – sifat mulia dari segi moral dan
fizikal.
Contoh ayat
= Setiap pemimpin dan rakyat haruslah menanam sikap
bersih, cekap dan amanah.
50. Rajin berkerja mudah belanja
= Jika rajin berkerja akan mendapat hasil yang banyak
untuk dibelanjakan.
Contoh ayat
= Kita selalu diingatkan supaya rajin berkerja kerana rajin
berkerja mudah belanja.
-TAMAT - 90.

You might also like