You are on page 1of 4

Kesultanan Melayu Melaka.

Jika kita menyebut sahaja Kesultanan Melayu Melaka pasti


tergambar di fikiran berkenaan dengan Hikayat Hang Tuah yang sinonim dengan kekuatan dan
kesetiaan. Pada tahun 1536, telah wujudnya teks Sulalatus Salatin atau Sejarah Melayu yang
dipercayai teks terawal dan pertama yang mempunyai catatan „sejarah‟ berkenaan dengan
Kesultanan Melayu Melaka yang diceritakan dalam bentuk berhikayat.1 Kesultanan Melayu
Melaka merupakan salah satu periode yang sangat penting dalam sejarah Malaysia kerana telah
memberikan banyak sumbangan kepada pemantapan bangsa serta memberi pengaruh dan kesan
terhadap negara kita kini.

Pada awal abad ke-14, Melaka hanyalah merupakan sebuah perkampungan kecil
nelayan.2 Penduduknya hanya terdiri daripada Orang Laut dan Orang Selat menjalankan aktiviti
menangkap ikan dan berdagang secara kecil-kecilan sebagai cara untuk menyara hidup mereka.
Bermula daripada perkampungan kecil nelayan, Melaka telah berubah dan menjadi sebuah
empayar yang besar, kuat dan berpengaruh. Kedudukan Melaka yang terletak di laluan
perdagangan iaitu di Selat Melaka yang merupakan kawasan lalulintas di antara Timur dan Barat
telah mendorong ia berkembang pesat menjadi sebuah pusat perdagangan Melayu di timur. 3 Oleh
kerana kedudukan Melaka adalah strategik dan berada di persisir pantai, mereka amat sensitif
dengan keadaan laut dan juga semua perubahan kegiatan laut yang dihadapinya.

Pengasas Kesultanan Melayu Melaka ialah Parameswara pada sekitar tahun 1400.
Parameswara telah berhijrah ke Tanah Melayu untuk membuka penempatan baru setalah
meninggalkan kerajaan Majapahit. Semasa berburu di muara Sungai Bertam, sedang
Parameswara berehat di sebuah pokok, beliau telah menyaksikan seekor pelanduk menendang
salah seekor daripada anjing-anjing buruannya. Parameswara tertarik dengan kegagahan
pelanduk itu lalu beliau memutuskan membina sebuah penempatan di kawasan tersebut dan
Parameswara telah menamakan penempatan tersebut „Melaka‟sempena nama pokok yang

1
Muhammad Yusoff Hashim, 1989. Kesultanan Melayu Melaka, Dewan Bahasa Dan Pustaka Kementerian Pendidikan Malaysia
Kuala Lumpur, hlm xxiii-xxiv.
2
Tan Ding Eng. 1975. Sejarah Malaysia dan Singapura. Kuala Lumpur. Siri Sejarah Fajar Bakti. Hal. 1
3
Muhammad Yusoff Hashim. 1992. The Malay Sultanate of Malacca. A study of various aspect of Malacca in 15th and 16th
centuries in Malaysian history. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, pages 180.
menjadi tempat teduhnya itu. 4 Maka, wujudlah sebuah kerajaan di Tanah Melayu yang dikenali
sebagai Melaka dan telah mencipta sejarahnya yang terunggul dari zaman ke zaman.

Jika ada kerajaan haruslah ada pemerintahnya. Maka, penerintahan ini telah bermula dari
Parameswara sendiri (1400-1414) dan kemudian diperturunkan kepada anaknya Megat Iskandar
Syah (1414-1424) kemudian kepada Muhamad Syah (1424 -1445) dan seterusnya. Pemerintahan
kesultanan Melayu Melaka ini dapat di bahagikan kepada empat fasa iaitu pada fasa pembukaan
sekitar 1400-1424 yang diperintah oleh Parameswara dan anaknya Mahkota Iskandar Syah
sendiri. Pada fasa kedua pula ialah fasa pengukuhan iaitu pada tahun 1424-1446 dibawah
pemerintahan Sultan Muhammad Syah seterusnya pengganti baginda manakala pada fasa ketiga
ialah fasa dimana kegemilangan dicapai pada 1446-1488 dibawah pemerintahan Sultan Mansur
Syah dan fasa kejatuhan iaitu pada 1488-1511 dibawah kepimpinan Sultan Mahmud Syah. 5
Setiap sultan yang memerintah Melaka mempunyai sumbangan mereka yang tersendiri dalam
kemajuan dan pembangunan Kerajaan Melaka.

Kejayaan terulung Kerajaan Melaka adalah dalam sektor perdagangan dan perkapalan
sehinggakan menjadi sejarah penting di dunia dan banyak catatan yang tertulis berkenaan dengan
Melaka. Terdapat banyak faktor yang mendorong kerajaan Melaka dalam mencapai kejayaan
dapam perdagangan antaranya adalah kedudukan yang strategik, sistem pentadbiranya, faktor
pemimpin dan banyak lagi. Menurut pendapat Fernand Braudel tentang Kesultanan Melaka
sebagai super-world-economy, ia mempunyai tiga syarat iaitu sempadan berubah secara
perlahan, di tengah sebuah bandar raya kapitalis yang gagah dan sentiasa wujud hiraki zon dalam
ekonomi-dunia.6 Syarat yang pertama adalah berkenaan dengan bermulanya fenomena yang
serupa dimana terdapatnya atau wujudnya zon yang wajib diterokai untuk aktiviti ekonomi.
Menurut pendapat Fernand Braudel, zon atau sempadan yang harus terokai haruslah yang
berkeadaan istimewa, dimana ia sukar untuk diteroka atau ditembusi pada mulanya seperti
kerang yang tebal. Sempadan yang diterokai juga haruslah member pulangan yang setimpal
untuk aktiviti perdagangan dan pelaburan. Oleh itu, ini juga merupakan salah satu faktor dari

4
Wikipedia, Kesultanan Melayu Melaka. 7 september 2010.
Dari:http://ms.wikipedia.org/wiki/Kesultanan_Melayu_Melaka#Parameswara
5
Rahmat Saripan. 1983. Dokumentasi Seminar Sejarah Melaka. Melaka Marathon Engriving. Hal 19
6
Fernand Braudel. 1992. The Perspective of the World: Civilization and Capitalism 15Th-18th Century, University of California
Press, Berkeley, Los Angeles Vol. 3. Pages 26-36
segi geografi dimana kerajaan Melaka sensitif dengan perubahan kedudukan dan kegiatan laut
yang dihadapinya. Ini kerana, perubahan kegiatan laut atau sempadannya akan menentukan
perubahan dan perkembangan persejarahannya. Perubahan ini pernah dialami oleh kerajaan-
kerajaan lain seperti Langkasuka, Srivijaya, Perlak, Pasai dan lain-lain sebelum abad ke-15.7
Antara perubahan atau masalah yang dilalui oleh kerajaan-kerajaan ini adalah Kawasan
pinggiran sedikit kegiatan dan kosong, sangat sukar untuk diterokai dan berbagai rintangan lain.
Apabila Melaka telah berjaya mengatasi perubahan dan rintangan di sesebuah kawasan, mereka
akan mengalami kesukaran dalam menjaga laluan tersebut pula dan ini menjadi punca kepada
zaman kejatuhan Kerajaan Melaka.

Syarat yang kedua pula adalah berkenaan dengan terdapatnya sebuah bandar yang gagah
yang dikenali sebagai “super-cities”, bandar terhebat. Bandar ini adalah berperanan dalam hal-
hal pentadbiran yang mendorong kepada kejayaan sesebuah kerajaan, ekonomi dan juga
pelabuhan. Ini merupakan nadi kepada kegiatan ekonomi yang berlangsung di Kerajaan Melaka
dimana bandarnya merupakan pusat pengawalan aktiviti perdangangan yang berlaku di Melaka.
Antara aktiviti yang dikawal oleh bandar adalah penyebaran berita, perjalanan kewangan yang
berlaku, persuratan, pengubalan undang-undang dan banyak lagi. Di Melaka terdapatnya
Undang-Undang Melaka (44 fasal) dan juga Undang-Undang Laut (25 fasal) yang mengawal
perdagangan di pelabuhan mereka.8 Menurut Fernand Braudel bandaraya yang silih berganti
akan memainkan peranan dan akan memberikan kesan besar kepada semua yang terlibat
dengannya seperti apabila Melaka jatuh, Demak, Acheh, Bugis, India, Arab dan lain-lain turut
mengalami kesannya.

Syarat yang ketiga pula adalah wujudnya zon dalam ekonomi dunia. Pelbagai zon ini
mengadap ke arah satu pusat dan bersatu dalam membina satu jaringan perhubungan berterusan
ratusan tahun walaupun keadaan politik telah berubah serta hubungan perdagangan tetap
berterusan tanpa mereka menyedari apa yang telah berlaku. Ini juga dipanggil sebagai
superstructure ataupun struktur terhebat. Aktiviti perdangangan yang berlaku di Melaka tetap

7
Muhammad Yusoff Hashim, 1989. Kesultanan Melayu Melaka, Dewan Bahasa Dan Pustaka Kementerian Pendidikan Malaysia
Kuala Lumpur, hlm 236.
8
Muhammad Yusoff Hashim. 1992. The Malay Sultanate of Malacca. A study of various aspect of Malacca in 15th and 16th
centuries in Malaysian history. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, pages 195
berjalan seperti biasa walaupun pada ketika itu berlaku perubahan dalam pemimpinan Melaka. 9
Fernand Braudel turut menyataan berkenaan teori Zon von Thunen dimana kawasan bandar
menindas luar bandar dan ini akan mewujudkan ketidaksamaan. Di Melaka, menurut de Eredia,
Barbosa, urusniaga banyak dijalankan oleh pedagang pribumi yang terbahagi kepada dua iaitu
pedagang kecil-kecilan dan pedagang besar-besaran. Menurutnya lagi, pedagang pertama
tertumpu di tebing sungai Melaka manakala pedagang kedua adalah golongan pemerintah dan
pedagang sepenuh masa yang kaya-raya. 10 Walaupun ia kelihatan tidak adil, ekonomi dunia dan
perdagangan ini tetap berjalan seperti biasa.

Kesimpulanya, kesemua aspek diambil kira dalam perkembangan dan kejayaan di


Kesultanan Melayu Melaka bermula daripada kedudukannya yang strategik, pemimpin yang
menjadi teras sehinggalah kepada faktor-faktor pentadbiran. Setiap sejarah mempunyai
kekuatannya yang tersendiri begitu juga dengan Melaka yang turut menjadi sejarah terutama
dalam sejarah melayu serta perdagangan dunia.

9
Fernand Braudel. 1992. The Perspective of the World: Civilization and Capitalism 15Th-18th Century, University of California
Press, Berkeley, Los Angeles Vol. 3. Pages 529
10
Muhammad Yusoff Hashim, 1989. Kesultanan Melayu Melaka, Dewan Bahasa Dan Pustaka Kementerian Pendidikan
Malaysia Kuala Lumpur, hlm 269.

You might also like