Professional Documents
Culture Documents
ISTILAH
TASWWUR ISLAM
MATA PELAJARAN
TASAWWUR ISLAM
TING 4 & 5
Kamus istilah ini disusun untuk kegunaan pelajar yang mengambil
matapelajaran Tasawwur Islam Tingkatan empat dan lima. Ianya
disusun sesuai dengan apa yang diguna pakai dalam buku teks
Tasawwur Islam tingkatan 4 dan 5
Kontrak jual beli untuk
membeli sesuatu barangan
dengan bayaran harga
Disediakan oleh : secara tertangguh termasuk
Safaee b. Zakaria keuntungannya sekali.
SMK Jelawat, Pelanggan dibolehkan
membayar secara ansuran
Bachok,
mengikut tempoh yang telah
Kelantan
dipersetujui secara bersama.
Alam nyata yang boleh
ditanggapi oleh pancaindera
manusia dan boleh
digunakan pada bila-bila
Cetakan 2008 0 masa mengikut keupayaan
akal manusia. seperti
haiwan,tumbuh-
tumbuhan,bahan galian dan
Bil Istilah Maksud
1. Adil Meletakkan sesuatu kena pada tempatnya
Agama, kepercayaan atau ajaran yang diciptakan oleh manusia
2. Agama Budaya sendiri, hasil daripada pemikiran mereka tanpa bimbingan wahyu.
Contohnya fahaman-fahaman seperti komunisma dan sebagainya.
Agama yang diturunkan oleh Allah s.w.t kepada manusia melalui
3. Agama Langit perantaraan Rasul dan Nabi. Contohnya Agama Islam, Kristian,
Yahudi dan Nasrani.
Ajaran atau amalan yang dibawa oleh orang Islam atau bukan
4. Ajaran Sesat Islam yang menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenarnya
yang berdasarkan al-Quran dan hadis contohnya ajaran Ayah Pin.
Orang lelaki atau perempuan yang sah dikahwinkan antara
5. Ajnabi
keduanya ( tiada perhubungan kekeluargaan )
6. Akal Keupayaan manusia berfikir.
Tingkah laku, etika, moral atau sifat yang tertanam dalam jiwa
7. Akhlak
seseorang.
Keyakinan atau kepercayaan tentang kewujudan Allah s.w.t yang
8. Akidah maha Esa, yang tiada bersekutu, mempunyai sifat-sifat
kesempurnaan, kesucian dan kebesaran
Segala mahkluk yang ada dilangit dan di bumi yang diciptakan
9. Alam
oleh Allah s.w.t untuk kegunaan dan kemudahan manusia.
Alam yang tidak dapat ditanggapi oleh pancaindera dan akal
manusia. Kewujudan alam ini dapat difahami melalui keimanan
10. Alam Ghaib
dan keyakinan yang teguh kepada Allah s.w.t Contohnya seperti
alam kubur, padang mashyar dan sebagainya
Alam kubur/alam Tempat sementara manusia menunggu hari kiamat selepas
11.
barzakh mereka mati
Alam nyata yang boleh ditanggapi oleh pancaindera manusia dan
Alam boleh digunakan pada bila-bila masa mengikut keupayaan akal
12.
Musyahadah manusia. seperti haiwan, tumbuh-tumbuhan, bahan galian dan
sebagainya.
Sarwajagat / global iaitu Islam ialah agama yang sesuai kepada
13. ‘Alamiyyah
semua manusia tanpa mengira tempat dan zaman.
Amar makruf
14. Menyuruh melakukan kebaikan dan mencegah kemungkaran
nahi mungkar
Fahaman yang menolak hadis sebagai sumber hukum dalam
15. Antihadis
Islam.
Bil Istilah Maksud
16. Ar-Rahim Sifat Allah s.w.t yang Maha Penyayang
17. Ar-Rahman Sifat Allah s.w.t yang Maha Pemurah
Allah memiliki nama-nama yang indah dan sifat-sifat yang mulia,
iaitu Allah s.w.t memiliki 99 nama yang indah bagi diri-Nya dan
18. Asma’ wa sifat
memiliki 41 sifat yang terdiri daripada 20 sifat yang wajib,20 sifat
mustahil dan satu sifat yang harus baginya.
Ilmu falak, iaitu ilmu tentang bintang-bintang yang melibatkan
19. Astronomi kajian tentang kedudukan, pergerakan dan perkiraan serta
tafsiran yang berkaitan dengan bintang.
Perkataan atau perbuatan yang dilakukan ke atas orang yang
menerima bantuan dan pertolongan daripada seseorang.
Perbuatan itu dilakukan oleh pemberi bantuan tersebut dengan
20. Aza
mengungkit-ungkit pertolongan yang telah diberikannya, sehingga
menimbulkan perasaan sakit hati orang yang mendapat
pertolongan tersebut.
21. Azali Ilmu Allah s.w.t yang hakiki, qadim ,kekal dan mutlak.
Badan pemerintahan – badan yang bertanggungjawab mengurus
22. Badan Eksekutif
dan mentadbir negara
Badan perundangan – sebuah badan yang berkuasa membuat,
23. Badan Legislatif
mengubal, meminda atau memansuhkan undang-undang
Kontrak jual beli untuk membeli sesuatu barangan dengan
Bai ‘ bithaman bayaran harga secara tertangguh termasuk keuntungannya
24.
ajil sekali. Pelanggan dibolehkan membayar secara ansuran
mengikut tempoh yang telah dipersetujui secara bersama.
25. Baitulmal Perbendaharaan negara Islam
Alam tempat roh orang mati berada sementara menunggu
26. Barzakh
dibangkitkan semula pada hari akhirat nanti ( alam kubur)
Orang yang tinggal di sesuatu tempat buat sementara waktu
27. Bermukim
sahaja
Mereka-reka perkara baru dalam agama (beribadat) yang tidak
28. Bidaah pernah diamalkan pada zaman Rasulullah dan para sahabat
baginda.
Membelanjakan harta secara berlebih-lebihan daripada keperluan
29. Boros sebenar atau membelanjakan harta kepada perkara yang tidak
perlu atau membelanjakan harta kearah maksiat.
Keseluruhan cara hidup yang merangkumi cara bertindak,
30. Budaya berkelakuan dan cara berfikir serta segala hasil kegiatan atau
kerohanian masyarakat
Budaya Bukan Budaya yang bertentangan dengan Islam dan adat orang melayu
31.
Islam yang lemah lembut contohnya budaya bersekedudukan tanpa
Bil Istilah Maksud
nikah, budaya lepak, hippies dan sebagainya
Cara hidup masyarakat Islam yang berteraskan ketakwaan kepada
32. Budaya Islam
Allah
33. Darurat Keadaan yang memaksa
Orang yang cukup kuat ingatan untuk mengingati sesuatu yang
34. Dhabit
didengarinya
Sejenis binatang yang hidup di daratan dan menyerupai binatang
35. Dhob
biawak pasir.
Harta benda atau bayaran tertentu yang wajib diberikan kepada
36. Diat waris orang yang dibunuh sebagai ganti hukuman qisas yang tidak
dapat dilaksanakan.
37. Din Agama yang mengatur cara hidup yang lengkap dan sempurna.
38. Drastik Keterlaluan, terlalu keras (berkenaan sesuatu tindakan)
Sistem yang melibatkan interaksi antara sesuatu komuniti
39. Ekosistem (haiwan, tumbuhan) dengan alam persekitaran yang tidak
bernyawa.
Nilai akhlak atau tingkah laku yang menjadi pegangan seseorang
40. Etika
atau sesuatu kumpulan semasa menjalankan tugas
Orang yang tidak dapat memenuhi walaupun separuh daripada
41. Fakir
keperluan dan perbelanjaan hidup sehariannya
Peraturan dan hukuman yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t
Falsafah
42. terhadap kesalahan yang melibatkan pencerobohan terhadap
Jenayah
nyawa, anggota tubuh badan serta harta benda manusia.
Kewajipan/perintah Allah yang dikenakan ke atas setiap orang
Islam yang cukup syarat-syaratnya. Jika dilaksankan akan
43. Fardhu Ain
mendapat pahala manakala jika ditinggalkan akan berdosa.
Seperti menuntut ilmu
Kewajipan / perintah Allah yang dikenakan ke atas setiap orang
Islam yang cukup syarat-syaratnya. Jika sudah terdapat
sebahagian daripada umat Islam dalam sesuatu kawasan telah
44. Fardhu Kifayah melaksankan perintah tersebut, maka semua orang terlepas
daripada dosa, tetapi jika tiada sesiapa pun yang
melaksanakannya maka semua orang akan berdosa. Seperti
menguruskan jenazah
Pembatalan ikatan perkahwinan atau perceraian yang berlaku
melalui keputusan yang ditetapkan oleh pihak kadi / mahkamah,
45. Fasakh
disebabkan syarat-syarat yang tidak dipenuhi oleh pasangan
terbabit.
Bil Istilah Maksud
Sebarang keputusan yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa yang
telah diwartakan berhubung dengan suatu hukum syarak bagi
46. Fatwa
menyelesaikan masalah semasa. Contohnya hukum harus
menderma darah
Suatu ilmu yang membicarakan hukum atau perundangan Islam
Fikah (ilmu tentang perbuatan mukalaf, seperti hukum wajib, haram, harus,
47.
Fiqah) sah atau tidaknya sesuatu perbuatan. Orang yang mengetahui
hukum itu disebut fakih.
Kefahaman tentang hukum amali yang diijtihadkan oleh para
Fikah
48. mujtahid yang diambil daripada dalil-dalil syarak. ( al-Quran atau
(perundangan)
hadis)
Berjuang untuk mempertahankan kesucian Islam samada melalui
49. Fisabilillah
harta, pemikiran, tenaga dan sebagainya dijalan Allah
Sifat semulajadi yang dijadikan oleh Allah s.w.t kepada manusia.
50. Fitrah
Seperti sukakan harta, barang perhiasan dan sebagainya.
Naluri semulajadi manusia yang mengakui adanya Allah s.w.t
51. Fitrah beragama
sebagai pencipta alam ini.
Sesuatu yang diterima daripada Rasulullah s.a.w sama ada
52. Hadis / sunnah
berupa perkataan, perbuatan dan pengakuan baginda.
Hadis yang tidak memenuhi syarat-syarat hadis Sahih dan hadis
53. Hadis Dhaif
Hasan.
Hadis yang mempunyai periwayat yang bersambung terus
54. Hadis Sahih
dengan Rasulullah.
Sesuatu harta yang dikurniakan oleh Allah s.w.t kepada
55. Hak Milik hambaNya untuk dimiliki dan dimanfaatkan seperti, rumah, tanah,
wang ringgit dan sebagainya.
Larangan Allah s.w.t yang mesti ditinggalkan, jika ditinggalkan
56. Haram
mendapat pahala dan jika dilakukan berdosa.
Hari kehancuran dan kemusnahan alam ini selepas malaikat Izrail
57. Hari kiamat
meniup sangkakala yang pertama.
Anugerah Allah s.w.t kepada manusia, boleh diperolehi dan dimiliki
58. Harta
oleh manusia melalui usaha dan ikhtiar mereka sendiri.
Perkara yang diberikan kebebasan kepada seseorang untuk
59. Harus melakukan atau meninggalkannya, tanpa dikenakan sebarang
pembalasan.
Iri hati atau rasa benci dengan nikmat dan kebaikan yang
diperoleh oleh orang lain dan berusaha agar nikmat tersebut
60. Hasad dengki
hilang daripada orang itu atau berpindah kepadanya dengan cara
yang salah.
Kiraan amalan baik dan buruk manusia ketika mereka berada di
Hisab /
61. dunia yang akan berlaku di Padang Masyhar, untuk menentukan
timbangan amal
ke arah mana mereka akan di tempatkan, sama ada ke syurga
Bil Istilah Maksud
atau ke neraka.
TINGKATAN 4
BAB ISU-ISU PENTING
BAB ISU-ISU PENTING
1- Maksud
2- Proses kejadian manusia
INSAN 3- Bukti manusia sebaik-baik kejadian
4- Tanggungjawab – Allah – manusia- alam
1- Maksud alam
2- Jenis alam – contoh – hikmah kerahsiaan-
cara mengetahui
3- Peringkat alam
4- Maksud : memelihara alam – memulihara
ALAM
alam
5- Sumbangan alam
6- Cara memelihara alam – memulihara alam
7- Pencemaran : Faktor – kesan – cara atasi
1- Maksud wahyu
2- Ciri-ciri wahyu
3- Peringkat penurunan wahyu
4- Cara penurunan wahyu
5- Peranan wahyu
6- Cara wahyu membimbing akal
WAHYU 7- Cara wahyu membina tamadun
8- Isi Kandungan al Quran
9- Keistimewaan al Quran
10- Maksud al Hadis
11- Jenis hadis
12- Peranan hadis
13- Fahaman anti hadis : Maksud – Kesan
1- Maksud Islam
ISLAM 2- Ciri keunggulan Islam
1- Maksud
2- Prinsip
RABBANIYYAH
3- Cara mencapai sifat Rabbaniyyah
1- Maksud
SYUMULIYYAH
2- Prinsip
BAB ISU-ISU PENTING
3- Bukti dalam Kehidupan
a) Ilmu : Fardhu Ain – Fardhu Kifayah
b) Sosial
c) Perundangan
1- Maksud
2- Prinsip – Hak asasi manusia
3- Bukti dalam Kehidupan
ALAMIYYAH a) Perundangan
b) Sosial
c) Ibadat
1- Maksud
WAQI’IYYAH 2- Prinsip – Wasatiyyah
3- Bukti dalam Kehidupan
1- Maksud
2- Prinsip
MURUNAH
3- Kelebihan sifat Murunah
1- Maksud
THABAT 2- Perkara yang Thabat
1- Maksud
2- Nilai luhur
3- Tawakal – maksud- kepentingan
4- Tanggungjawab – kesan
SISTEM Allah
SOSIAL
Alam Manusia
TINGKATAN 5
BAB ISU-ISU PENTING
1-EKONOMI ISLAM
1- Maksud harta
2- Jenis harta
3- Konsep Harta – MUNAH BZ
ISLAM DAN 4- Harta Amanah : Sebab harta amanah Allah
HARTA 5- Harta Ujian Allah : Bentuk Ujian harta
6- Syarat harta sebagai ibadat
7- Harta halal dan haram: cara dan kelebihan
8- Cara pengurusan harta
1- Maksud hak milik
2- Perturan pemilikan harta
3- Kepentingan pemilikan harta
4- Golongan yang dilarang : Gol – Cara
ISLAM DAN pengurusan harta
HAK MILIK 5- Larangan dalam pemilikan Harta : MMES
RR
6- MMESRR : maksud- faktor berlaku- cara
atasi
1- Maksud muamalah
2- Ciri-ciri muamalah – TRAMT
FALSAFAH
3- Kebaikan / kelebihan / kepentingan
MUAMALAH
4- Syarat sah muamalah
ISLAM
5- Muamalah yang tidak sah
6- Perbezaan Muamalah Islam dan
BAB ISU-ISU PENTING
konvensional
7- Taawun : Konsep/ maksud – bukti taawun
dalam muamalah
8- Jenis- jenis muamalah : WD-MD-MS/ B-
MR/R-I-T , Hikmah
9- Cara menggalakkan muamalah Islam
Isu- isu :
a) Perpaduan Ummah Cara mengatasi
b) Kecemerlangan pendidikan Akidah
ISU DAN CARA c) Kekuatan Ekonomi Ibadah
Akhlak
PENYELESAIAN d) Keadilan sosial
e) Jati Diri Isu semasa
f) Jaminan Keselamatan
1- Maksud isu
2- Cara mewujudkan / mencapai