You are on page 1of 16

PENGGUNAAN GAMBAR (KP: SEJARAH)

1.0 Pendahuluan.

Dia-lah Allah, yang menjadikan segala yang ada di bumi untuk


kamu dan dia berkehendak menuju langit, lalu dijadikan-Nya tujuh
langit. Dan dia maha mengetahui segala sesuatu.

(Surah Al-Baqarah, ayat:29)

Terjemahan dari petikan Surah Al-Baqarah di atas membuktikan Allah S.W.T telah

mencipta sesuatu penuh dengan berbagai muslihat semata-mata bagi manusia

menerokainya, menggunakannya dan mempraktikkannya sebaik mungkin pada jalan

yang benar dan lurus lebih-lebih lagi dalam dunia pendidikan moden ketika ini. Segala

yang dicipta-Nya mempunyai berbagai hikmah kelebihan untuk digunakan bagi

memudahkan pengajaran guru dan pemahaman pelajar (Zelzy Shahar Al-Johary, 2007).

Dalam erti kata lain, segala yang tercipta oleh-Nya boleh digunakan sebagai alat bantu

mengajar (ABM).

Alat bantu mengajar adalah faktor terpenting dalam menentukan kejayaan

program pembelajaran, meransang keinginan pelajar-pelajar untuk mengetahui sesuatu

dan untuk menjadikan proses pembelajaran lebih baik dan menarik. Terdapat banyak

jenis alat bantu mengajar yang boleh digunakan di dalam proses pengajaran dan

pembelajaran antaranya ialah penggunaan gambar.

1
DISEDIAKAN OLEH: HAJI ABDUL HAKIM JAYA & HAZMAN HAMIDUN
PENGGUNAAN GAMBAR (KP: SEJARAH)

2.0 Penggunaan Gambar.

Penggunaan gambar merupakan salah satu alat (bahan) penting dalam proses

pengajaran dan pembelajaran terutama sekali dalam mata pelajaran sejarah. Di dalam

buku teks sejarah, jelas bahawa banyak gambar hiasan yang bukan sahaja sebagai

ilustrasi malah sebagai bukti sejarah terhadap sesuatu peristiwa. Kepentingan gambar

sebagai alat bantu mengajar bersesuaian dengan pepatah Cina, ‘sekeping gambar lebih

bermakna daripada seribu perkataan’.

Gambar dapat menerangkan hal, peristiwa atau perkembangan dengan lebih

mudah berbanding dengan penjelasan yang panjang lebar. Penggunaan gambar

sebagai alat bantu mengajar juga dapat memberikan gambaran yang konkrit dan

menarik selain daripada menjadikan mata pelajaran sejarah lebih bersifat kreatif dan

kurang membosankan

3.0 Tujuan Penggunaan Gambar.

Seperti alat bantu mengajar yang lain, penggunaan gambar sebagai alat bantu

mengajar juga mempunyai tujuannya yang tersendiri. Antara tujuannya ialah ;

a) Menarik minat pelajar.

Guru perlu menarik minat pelajar terlebih dahulu untuk menggalakkan

rangsangan proses pembelajaran di kalangan para pelajar secara optimum dan

berkesan. Dengan adanya penggunaan gambar yang bersesuaian dan

bertepatan dengan topik pelajaran, maka ia akan mendatangkan manfaat serta

faedah kepada kedua-dua belah pihak iaitu guru dan juga para pelajar.

2
DISEDIAKAN OLEH: HAJI ABDUL HAKIM JAYA & HAZMAN HAMIDUN
PENGGUNAAN GAMBAR (KP: SEJARAH)

b) Mengenal pasti fakta seperti tokoh, benda, objek, peristiwa atau kejadian.

Melalui penggunaan gambar yang tepat dan relevan dengan peristiwa sejarah

yang berlaku pada sesuatu peristiwa atau zaman tertentu, sesuatu peristiwa

yang bertautan dengan tokoh atau kejadian penting yang berlaku pada zaman

tersebut dapat digambarkan secara konkrit serta disalurkan ke dalam ingatan

para pelajar secara nyata. Ini kerana penggunaan gambar tersebut dapat

meyakinkan diri pelajar untuk mempercayai bahawa peristiwa, tokoh, benda atau

objek itu benar-benar nyata wujud dan bukannya khayalan atau rekaan semata-

mata.

c) Memudahkan kefahaman pelajar.

Perihal penggunaan gambar yang memebri kefahaman kepada para pelajar ini

bertautan dengan konsep gambaran secara real yang nyata kukuh itu

berkemampuan untuk memeberi status kefahaman yang baik dalam minda para

pelajar.

d) Membantu pelajar mengimbas kembali pengalaman lama dan mempelajari

pengalaman baru.

Penggunaan gambar dalam pengajaran mata pelajaran sejarah berpotensi untuk

mengimbas kembali pengalaman lama dan mempelajari penagalam baru. Ini

merujuk kepada beberapa unsur gambar yang bercorak sejarah seperti zaman

sebelum merdeka, barang-barang antik, duit syiling lama dan yang berkaitan

berkemampuan untuk menjana daya fikir dalam minda serta hati nurani para

pelajar. Daya fikir yang dimaksudkan merujuk kepada pelbagai hala maksud

3
DISEDIAKAN OLEH: HAJI ABDUL HAKIM JAYA & HAZMAN HAMIDUN
PENGGUNAAN GAMBAR (KP: SEJARAH)

serta objektif yang dihajati dan kesemuanya tertakluk kepada kreativiti guru

untuk menyesuaikan perihal yang berkaitan untuk membuat suatu

kesinambungan di antara pengalaman lama dengan pengalaman baru.

Contohnya jika seorang guru bercadang untuk mencapai objektif untuk

membuka minda para pelajar untuk membuat perbandingan di antara kehidupan

masyarakat Brunei sebelum dan selepas merdeka.

e) Menimbulkan persoalan kepada pelajar.

Perihal yang merujuk kepada pelaksanaan guru sejarah untuk menimbulkan

persoalan kepada para pelajar ini amat penting untuk melahirkan pemikiran yang

kritis di kalangan para pelajar. Contohnya guru sejarah memprojeksikan

beberapa gambar perperangan yang berlaku dalam sejarah sesebuah negara.

Kemudian guru akan menimbulkan beberapa persoalan yang boleh didapati

melalui gambar-gambar tersebut untuk mengambil mengutip beberapa unsur

pengajaran serta iktibar yang perlu diambil.

f) Membangkitkan rasa ingin tahu dan berusaha membuat penyelidikan.

Prosedur bagi pelaksanaan untuk membangkitkan rasa ingin tahu dan berusaha

membuat penyelidikan di kalangan diri pelajar juga perlu diambil kira untuk

meningkatkan daya pembelajaran yang berkesan bagi mata pelajaran sejarah.

Para guru sejarah perlu bijak mengatur segala strategi dan teknik-teknik yang

tertentu untuk mewujudkan rasa ingin tahu di kalangan diri pelajar seterusnya

menggalakkan para pelajar berusaha untuk membuat penyelidikan. Contohnya

guru sejarah menunjukkan gambar lokasi Kampong Kota Batu lalu menceritakan

4
DISEDIAKAN OLEH: HAJI ABDUL HAKIM JAYA & HAZMAN HAMIDUN
PENGGUNAAN GAMBAR (KP: SEJARAH)

kepada para pelajar bahawa di sana terdapat sebuah makam yang cantik serta

dihiasi dengan perhiasan-perhiasan tertentu. Ini sudah tentu berupaya untuk

menzahirkan perasaan ingin tahu di kalangan pelajar untuk ingin mengetahui

dan menyiasat perihal yang sebenar. Ini memungkinkan para pelajar akan

meminta ibu bapa atau ahli keluarga mereka untuk melawat tempat yang

diceritakan oleh guru.

g) Membantu memperbaiki skil memerhati.

Proses pembelajaran dalam konteks SPN 21, pengajaran dan pembelajaran yang

bersifat spoon feeding adalah tidak digalakkan. Oleh itu para guru perlu

menyemai skil memerhati (inspection skill) terhadap diri pelajar untuk membantu

keberkesanan pembelajaran secara efektif. Skil sedemikian amat diperlukan

untuk mengasah minda pelajar supaya sentiasa teliti dan berdisiplin ketika

melakukan latihan yang diberikan oleh guru. Contohnya guru memberi dua

keping gambar mata wang dahulu dan juga sekarang kemudian pelajar diminta

untuk membuat perbandingan serta analisis yang bersesuaian dengan

pengalaman para pelajar.

5
DISEDIAKAN OLEH: HAJI ABDUL HAKIM JAYA & HAZMAN HAMIDUN
PENGGUNAAN GAMBAR (KP: SEJARAH)

4.0 Jenis Gambar

Terdapat beberapa jenis gambar yang boleh digunakan bagi tujuan pengajaran dan

pembelajaran Sejarah seperti gambar foto, gambar lakaran dan lukisan (Abd. Rahim

Abd. Rashid, 1997). Manakala Zelzey Shahar Al-Johary berpendapat gambar itu dapat

diklasifikasikan kepada 9 jenis gambar iaitu gambar foto, bersiri, lakaran dan lukisan,

kepingan wang kertas dan syiling, peta dan glob sejarah, kartun, kad aktiviti sejarah,

poskad, poster, setem dan sampul surat pertama.

Contoh Gambar Foto:

Gambar Sultan Omar Ali Saiffuddien.

6
DISEDIAKAN OLEH: HAJI ABDUL HAKIM JAYA & HAZMAN HAMIDUN
PENGGUNAAN GAMBAR (KP: SEJARAH)

Gambar pegawai tentera Askar Melayu Brunei pada tahun 1960an di Port Dickson.

Contoh Lakaran Dan Lukisan:

Lukisan suasana Perang Kastila.

7
DISEDIAKAN OLEH: HAJI ABDUL HAKIM JAYA & HAZMAN HAMIDUN
PENGGUNAAN GAMBAR (KP: SEJARAH)

Lakaran Awang Semaun.

5.0 Kriteria-Kriteria Penggunaan Gambar Bagi Pengajaran Sejarah.

a) Kesesuaian gambar yang digunakan bagi sesuatu topik pelajaran itu adalah

penting.

Perihal ini merujuk kepada kesesuaian di antara gambar yang digunakan dengan

sesuatu topik pelajaran yang hendak disampaikan tersebut mestilah mempunyai

kohesi dan koherannya. Gambar yang relevan serta sesuai akan menggalakan

lagi proses pembelajaran di kalangan para pelajar. Guru perlu peka dengan

penggunaan gambar yang sesuai untuk meraih objektif pengajaran dan

pembelajaran yang dihajati atau ingin dicapai.

8
DISEDIAKAN OLEH: HAJI ABDUL HAKIM JAYA & HAZMAN HAMIDUN
PENGGUNAAN GAMBAR (KP: SEJARAH)

b) Gambar yang digunakan perlu bersatu dengan isi mata pelajaran sejarah.

Gambar yang digunakan perlu bersatu dengan isi mata pelajaran sejarah untuk

mewujudkan fenomena pembelajaran yang berkesan di kalangan diri pelajar.

Gabungan di antara gambar-gambar dengan isi mata pelajaran perlu diambil kira

oleh para guru sejarah untuk mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran

yang diperuntukkan.

c) Gambar itu juga perlu adanya keseimbangan dari aspek warna dan saiz. Ia

merujuk kepada saiz gambar yang besar besar dan warna yang jelas dan terang.

Perihal ini merujuk kepada keseimbangan dari aspek warna dan saiz gambar

yang dipamerkan kepada pelajar itu perlu dititikberatkan. Warna gambar yang

dipamerkan kepada para pelajar perlu terang dan jelas dan saiz amat berpatutan

iaitu tidak terlalu kecil.

d) Gambar yang dipilih itu perlu dinilai dengan sebaik yang mungkin supaya tidak

menyentuh isu-isu sensitif sehingga menimbulkan konflik.

Perkara ini merujuk kepada penggunaan gambar yang tidak berunsur negatif

atau tidak menyentuh isu-isu yang sensitif sehingga menimbulkan konflik di

kalangan pelajar, guru-guru mahupun masyarakat sekeliling.

9
DISEDIAKAN OLEH: HAJI ABDUL HAKIM JAYA & HAZMAN HAMIDUN
PENGGUNAAN GAMBAR (KP: SEJARAH)

6.0 Aktiviti Projek Yang Melibatkan Penggunaan Gambar.

Aktiviti projek penggunaan gambar dalam pengajaran sejarah boleh dibahagikan

kepada tiga bahagian iaitu:

a) Aktiviti projek secara individu.

Aktiviti projek secara individu merujuk kepada pelaksanaan satu projek yang

boleh dibuat dan sesuai dengan kebolehan yang ada pada pelajar berkenaan.

b) Aktiviti projek kumpulan.

Aktiviti projek kumpulan pula merujuk kepada pelaksanaan satu projek yang

dibuat oleh sekumpulan pelajar yang terdiri beberapa orang ahli.

c) Aktiviti projek yang melibatkan pelajar serta keluarga.

Aktiviti projek yang melibatkan pelajar serta keluarga ialah satu tugasan projek

yang diberikan oleh guru sejarah dengan memberi arahan bertulis kepada

pelajar serta ahli keluarga pelajar tersebut. Tujuannya adalah untuk

membolehkan ahli keluarga turut serta memahami topik pelajaran sejarah yang

dipelajari oleh anak-anak mereka di sekolah.

Kesemua aktiviti projek tersebut mestilah mempunyai keterkaitan yang sangat

erat dengan penggunaan gambar yang berunsur sejarah. Tugasan yang diberikan oleh

guru kebiasaannya ialah dengan menyuruh pelajar mencari gambar-gambar yang

bertautan dengan topik pelajaran sejarah kemudian diminta untuk membuat analisis

atau membuat sebuah esei yang bersangkut-paut dengan topik pelajaran yang telah

ditetapkan oleh guru.

10
DISEDIAKAN OLEH: HAJI ABDUL HAKIM JAYA & HAZMAN HAMIDUN
PENGGUNAAN GAMBAR (KP: SEJARAH)

7.0 Pembahagian Fasa (Peringkat) Penggunaan Gambar Bagi Satu Sesi


Pengajaran Matapelajaran Sejarah.

Penggunaan gambar bagi satu sesi pengajaran mata pelajaran sejarah boleh ditinjau

melalui tiga (3) aspek yang penting. Ia bertujuan untuk menimbulkan minat para

pelajar untuk mengikuti mata pelajaran sejarah. Selain ini, pembahagian fasa

(peringkat) itu juga akan mewujudkan keberkesanan pembelajaran sejarah di

kalangan pelajar.

Langkah Persediaan Penggunaan Gambar

Bagi Satu Sesi Pengajaran Dan Pembelajaran Sejarah.

Fasa (Peringkat) Cadangan Penggunaan Gambar

Fasa 1
(Permulaan) Induksi Set

Fasa 2
(Pertengahan) Variasi Aktiviti

Fasa 3
(Akhir/Pertengahan) Latihan

Rajah 1.

Rajah 1 di atas merupakan strategi untuk mengadaptasi teknik penggunaan gambar

bagi satu sesi pengajaran sejarah yang boleh digunakan oleh guru. Penggunaan fasa

11
DISEDIAKAN OLEH: HAJI ABDUL HAKIM JAYA & HAZMAN HAMIDUN
PENGGUNAAN GAMBAR (KP: SEJARAH)

pertama (fasa 1) yang berfungsi sebagai induksi set berpotensi untuk menarik

perhatian para pelajar untuk mengikuti topik pelajaran sejarah yang selanjutnya.

Induksi set juga berkeupayaan untuk meningkatkan daya ingatan para pelajar kerana

set induksi tersebut kebiasaannya terdapat kata kekunci untuk para pelajar memahami

isi pelajaran yang dianjurkan (disampaikan) oleh guru.

Fasa kedua (fasa 2) pula merujuk kepada penggunaan gambar yang diselangi

dengan aktiviti. Penggunaan gambar bagi sesuatu aktiviti ini memainkan peranan untuk

mewujudkan interaksi semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Proses

interaksi ini boleh diperhatikan kepada tiga aspek yang penting iaitu:

a) Interaksi guru dan pelajar.

Interaksi guru dengan pelajar ialah hubungan yang berbentuk dua hala iaitu guru

dengan para pelajar. Antara aktiviti yang relevan dengan penggunaan gambar ini ialah

guru menunjukkan sekeping atau beberapa keping gambar untuk sesi soal jawab atau

mengadakan aktiviti analisis terhadap gambar yang telah ditunjukkan.

b) Interaksi dalam lingkungan pelajar sahaja.

12
DISEDIAKAN OLEH: HAJI ABDUL HAKIM JAYA & HAZMAN HAMIDUN
PENGGUNAAN GAMBAR (KP: SEJARAH)

Interaksi dalam lingkungan pelajar pula merujuk kepada aktiviti soal jawab atau analisis

dalam bentuk kelompok yang lebih mesra dikenali sebagai aktiviti berkumpulan. Setiap

kumpulan yang terdiri daripada beberapa orang ahli akan berinteraksi untuk

menganalisis (mengkaji) gambar yang diberikan oleh guru. Para pelajar adalah

digalakkan untuk berbincang mengenai isi pelajaran sejarah yang berkaitan dengan

gambar yang telah diagihkan oleh guru.

c) Interaksi perseorangan dengan objek (gambar).

Interaksi perseorangan dengan objek (gambar) ini merujuk kepada aktiviti yang bersifat

individu (perseorangan). Guru memberikan sekeping gambar atau beberapa keping

gambar kepada pelajar dan pelajar tersebut diminta untuk menyiasat, menjelaskan,

menerangkan atau menceritakan perihal yang berkaitan dengan gambar tersebut.

Maksud interaksi perseorangan dengan gambar juga boleh difahami dengan pepatah

Cina yang berbunyi ‘sekeping gambar lebih bermakna daripada seribu perkataan’. Ini

kerana gambar dapat menerangkan sesuatu hal, peristiwa atau perkembangan dengan

lebih mudah berbanding dengan penjelasan yang panjang lebar. Gambar dapat

memberikan gambaran yang konkrit dan menarik.

Dalam fasa kedua (fasa 2) yang melibatkan aktiviti penggunaan gambar ini boleh

ditinjau melalui dua teknik iaitu guru sendiri yang menyediakan gambar atau pelajar

sendiri yang diminta untuk mencari gambar yang dikehendaki oleh guru sebagai

pelaksanaan aktiviti nanti.

13
DISEDIAKAN OLEH: HAJI ABDUL HAKIM JAYA & HAZMAN HAMIDUN
PENGGUNAAN GAMBAR (KP: SEJARAH)

Fasa ketiga (fasa 3) merujuk kepada latihan yang diberikan oleh guru kepada

para pelajar. Latihan itu boleh dibahagikan kepada dua iaitu latihan dalam kelas atau

latihan kerja rumah. Fungsi utama latihan ini diberikan kepada pelajar ialah sebagai

peneguhan untuk meningkatkan daya kefahaman dan ingatan para pelajar bagi topik

pelajaran sejarah yang dipelajari. Selain ini, latihan juga berfungsi sebagai penilaian

kepada guru sejarah untuk mengukur status perkembangan pembelajaran pelajar

terhadap mata pelajaran yang telah diikuti sebelumnya. (Sila rujuk lampiran A)

8.0 Penutup.

Secara keseluruhannya, penggunaan gambar memang mempunyai kelebihan yang

tersendiri untuk menaikkan taraf pembelajaran yang efektif di kalangan para pelajar.

Para guru adalah disarankan untuk memilih kriteria-kriteria gambar yang bersesuaian

dengan topik pelajaran sejarah yang hendak diajarkan. Namun, penggunaan gambar ini

mempunyai kelemahan jika guru sejarah tidak mahir mengaplikasi teknik ini secara

lebih praktikal dan terancang. Penggunaan gambar memang bersifat produktif untuk

meraih hasil pembelajaran sejarah yang lumayan.

14
DISEDIAKAN OLEH: HAJI ABDUL HAKIM JAYA & HAZMAN HAMIDUN
PENGGUNAAN GAMBAR (KP: SEJARAH)

LAMPIRAN A
Nama: ……………………………
Tahun: ……………………………
Tarikh: ……………………………

EKSPEDISI MAGELLAN

Sila gariskan jawapan yang tepat dan betul.

1. Siapakah nama pelayar ini?


a) Hakim Magellan
b) Ferdinand Magellan
c) Antonio Magellan

2. Apakah nama kapal yang digunakan oleh beliau dalam melakukan ekspedisi tersebut?
a) Kapal Magellan
b) Layar Magellan
c) Perahu Magellan

3. Bilakah rombongan beliau meninggalkan negeri Sepanyol?


a) T.M 1519
b) T.M 1591
c) T.M 1951

4. Bilakah rombongan beliau pulang ke negeri Sepanyol?


a) T.M 1522
b) T.M 1521
c) T.M 1512

15
DISEDIAKAN OLEH: HAJI ABDUL HAKIM JAYA & HAZMAN HAMIDUN
PENGGUNAAN GAMBAR (KP: SEJARAH)

5. Pulau-pulau Maluku sangat mahsyur dikalangan orang-orang Eropah kerana


eksport………………
a) minyaknya
b) berasnya
c) rempahnya
(10 Markah)

16
DISEDIAKAN OLEH: HAJI ABDUL HAKIM JAYA & HAZMAN HAMIDUN

You might also like