You are on page 1of 13

PENGENALAN

1. Kedudukan Madinah adalah di utara Makkah.


2. Madinah merupakan kota penting bagi pedagang Arab kemunculan Islam.
3. Pedagang-pedagang luar mengunjunginya kerana kedudukannya yang strategik di tengah-tengah .perjalanan antara
Syam dan Makkah.
4. Penduduk Madinah terdiri daripada orang Yahudi & Arab
 Bani Quraizah
Orang Yahudi  Bani Qunaiqa’
 Bani Nadhir
 Suku Aus
Golongan Arab
 Suku Khazraj

5. Pergeseran yang berlaku antara suku-suku Arab dan penguasaan oleh orang Yahudi menyebabkan suasana
kehidupan di Madinah kurang aman.
6. Terbuka lembaran baru dalam sejarah Madinah apabila orang Aus dan Khazraj telah bertemu dengan Nabi
Muhammad s.a.w. di Aqabah pada tahun 621 M.
PERJANJIAN AQABAH PERTAMA DAN KEDUA
1. Peristiwa hijrah berkait rapat dengan Perjanjian Aqabah I (620 M.) dan Perjanjian Aqabah II (621 M.).
2. Perjanjian ini termeterai antara Nabi Muhammad s.a.w. dengan penduduk Madinah yang terdiri daripada kaum Aus
dan Khazraj.
3. Perjanjian ini berlaku dalam dua peringkat, iaitu Perjanjian Aqabah Pertama dan Kedua.
Perkara Perjanjian Aqabah I Perjanjian Aqabah II
Tempat Aqabah Aqabah
Kandungan I. Penduduk Yathrib berjanji tidak I. Kaum Aus dan Khazraj memeluk Islam dan
akan menyekutukan Allah s.w.t., mengukuhkan taat setia mereka kepada
mereka hendaklah beriman Nabi Muhammad s.a.w.
kepada Allah dan Rasul. II. Mereka menjemput Nabi Muhammad
II. Berjanji akan melakukan segala s.a.w. dan umat Islam di Makkah berhijrah
kebaikan yang disuruh oleh Islam ke Madinah.
dan tidak akan melakukan amalan III. Mereka akan menyediakan tempat tinggal
jahiliah seperti mencuri, meminum dan menjamin keselamatan Nabi
arak, dan mem-bunuh bayi Muhammad s.a.w. dan orang Islam
perempuan. Makkah.
III. Mereka akan membantu IV. Mereka akan mempertahankan Islam
perjuangan Nabi Muhammad s.a.w

Kesan
1. Nabi Muhammad s.a.w. dan umat Islam Makkah berhijrah ke Madinah.
2. Islam tersebar ke Madinah.
3. Madinah menjadi tapak penyebaran agama Islam yang baru.

1
HIJRAH
Maksud Hijrah
1. Dalam bahasa Arab, hijrah bermakna berpindah, iaitu perpindahan yang berlaku dari satu tempat ke satu tempat yang
lain.
2. Dalam konteks tamadun Islam, hijrah bermaksud:
a. Perpindahan orang Islam dari kota Makkah ke Madinah untuk memperkukuh agama Islam.
b. Satu strategi baru untuk menyebarkan Islam.
c. Perjuangan untuk menegakkan kebenaran dan meninggalkan keburukan, atau kejahatan.
d. Semangat ingin berubah, iaitu perubahan dari segi sikap, berfikir, dan tingkah laku
Pandangan Orientalis Barat
1. Orientalis Barat mentafsirkan hijrah sebagai suatu pelarian.
2. Pandangan orientalis Barat ini disangkal oleh umat Islam kerana :
a. Penghijrahan umat Islam dari kota Makkah ke Madinah adalah jemputan orang Madinah sendiri seperti yang
terkandung dalam Perjanjian Kedua.
b. Orang Madinah menyambut ketibaan orang Islam Makkah dengan rela dan meriah setibanya mereka di
Madinah.
c. Orang Islam Makkah disediakan tempat tinggal yang sewajarnya dan mereka dijamin oleh penduduk Madinah.
d. Nabi Muhammad s.a.w. dilantik sebagai pemimpin Madinah dan baginda diterima oleh semua penduduk
Madinah, termasuk golongan bukan Islam.
Penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w
1. Nabi Muhammad s.a.w. berjaya melepaskan diri daripada kepungan pemuda Quraisy terhadap rumah baginda.
2. Ali bin Abu Talib menawarkan diri untuk tidur di tempat tidur Nabi Muhammad s.a.w. agar baginda dapat melepaskan
diri
3. Baginda bertemu dengan Abu Bakar al-Siddiq setelah keluar dari rumah.
4. Mereka bersembunyi di Gua Thur sebelum meneruskan perjalanan ke Madinah.
5. Semasa bersembunyi di Gua Thur, beberapa orang telah membantu baginda, iaitu :
a) Abdullah bin Abu Bakar - mengintip kegiatan orang Quraisy yang sedang kehilangan baginda.
b) Asma' binti Abu Bakar - menghantar makanan kepada Nabi Muhammad
c) Amir bin Fuhairah – seorang penggembala kambing yang membekalkan susu kepada Nabi Muhammad
s.a.w..
6. Selepas bersembunyi di Gua Thur, Nabi Muhammad s.a.w. dan Abu Bakar meneruskan perjalanan ke Madinah
dipandu oleh Abdullah bin Arqat

SEBAB HIJRAH
1. Perintah Allah menerusi Wahyu

2
a. Menerusi wahyu ini, Allah telah memerintahkan Nabi Muhammad s.a.w. supaya dengan segera kerana niat dan
pakatan orang Quraisy untuk membunuh baginda
b. Perintah ini berasaskan ayat al-Quran, iaitu Surah al-Anfal.
c. Perintah ini mencepatkan penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w. ke Madinah

2. Penentangan orang Quraisy


a. Orang Quraisy menentang Islam secara berterusan.
b. Umat Islam Makkah dihina dan diseksa oleh mereka.
c. Mereka berpakat untuk membunuh Nabi Muhammad s.a.w..
d. Nabi Muhammad s.a.w. mengarahkan umat Islam berhijrah untuk mengelakkan kekejaman orang Quraisy
terhadap mereka.
3. Jemputan masyarakat Arab Madinah
a. Jemputan itu dibuat berasaskan Perjanjian Aqabah Kedua.
b. Suku Aus dan Khazraj sering bertelingkah sesama sendiri.
c. Ekonomi suku Aus dan Khazraj dikuasai oleh orang Yahudi.
d. Mereka memerlukan Nabi Muhammad s.a.w. menjadi pemimpin dan mendamaikan mereka
TUJUAN HIJRAH
1. Hijrah dilakukan untuk meneruskan penyebaran agama Islam.
2. Hijrah merupakan strategi yang digunakan oleh Nabi Muhammad s.a.w untuk mengembangkan agama Islam.
3. Tempat yang baru dan suasana yang aman dapat memudahkan kegiatan dakwah islamiah
4. Hijrah membolehkan wujudnya sebuah masyarakat Islam yang bersatu padu dan sempurna

KEPENTINGAN HIJRAH
1. Peristiwa hijrah membawa kesan yang amat penting kepada peningkatan tamadun masyarakat Arab dan tamadun
Islam
2. Kepentingan hijrah dapat dilihat dalam beberapa aspek berikut:

Perkara Keterangan
 Kegiatan dakwah Islamiah dapat dijalankan secara aman tanpa gangguan.
Dakwah
 Suku Aus dan Khazraj yang sering bersengketa dapat berdamai melalui semangat
Damai
persaudaraan sesama Islam.
 Hubungan persaudaraan antara orang Islam Makkah dengan orang Islam Madinah

Persaudaraan terjalin.
 Mereka yang sebelumnya mempunyai perbezaan dari segi kedudukan ekonomi dan
sosial telah dapat disatukan.
 Orang Islam Madinah (orang Ansar) membantu orang Islam Makkah (Muhajirin)
sehinggakan mereka yang berhijrah itu tidak berasa terasing, atau rendah diri berada
dalam masyarakat baru di Madinah.
Bersatu padu  Penduduk Madinah yang terdiri daripada pelbagai suku, agama, dan budaya dapat

Pengorbanan
Toleransi
Madinah
Takwim
Masjid
bersatu padu.
 Perpaduan ini dapat melahirkan kehidupan yang harmoni.
 Masyarakat Madinah dapat menjalankan kegiatan ekonomi, agama dan sebagainya
untuk menikmati kemakmuran dan kesejahteraan hidup.
 Masjid al-Nabawi telah dibina di Madinah dan berfungsi sebagai:
 Tempat untuk beribadat.
 Tempat belajar.
 Tempat untuk bertemu dan membincangkan masalah yang dihadapi
oleh orang Islam.
 Aktiviti harian seperti berjual beli dijalankan oleh orang Islam di kawasan persekitaran
masjid.
 Wujudnya kiraan tahun hijrah dalam takwim Islam.
 Takwim Islam yang berasaskan tahun Hijrah mula digunakan oleh Khalifah Umar al-
Khattab.
 Sambutan 'maal hijrah' diadakan di negara kita pada setiap tahun untuk memperingati
perjuangan umat Islam.
 Nama Yathrib ditukar kepada Madinah al-Munawwarah atau kota bercahaya. Nabi
Muhammad s.a.w. menukarkan nama tersebut sebagai satu usaha baginda untuk
menjadikan Madinah sebagai pusat tamadun Islam.
 Hijrah memperlihatkan sikap toleransi kaum dan tolong-menolong yang boleh
melahirkan masyarakat cemerlang.
 Bantuan dalam pelbagai aspek diberikan oleh orang Islam Madinah kepada orang
Islam Makkah.
 Hijrah memperlihatkan sokongan dan pengorbanan sahabat-sahabat Nabi Muhammad
s.a.w.
 Abu Dakar al-Siddiq sanggup bergadai nyawa dan harta untuk melindung Nabi
Muhammad s.a.w. semasa hijrah.
 Ali bin Abu Talib sanggup tidur di tempat tidur baginda apabila rumah baginda
dikepung oleh orang Quraisy untuk mengelirukan mereka.
 Abdul Rahman bin Auf sanggup menyumbangkan hartanya untuk membantu
masyarakat Islam yang kurang berupaya.
 Wanita juga memainkan peranan penting untuk menggerakkan kemajuan negara.
 Asma' binti Abu Bakar telah berjaya membantu perjuangan Nabi
Wanita
Muhammad s.a.w.. Dengan berani beliau telah menghantar makanan
dan menyampaikan berita tentang gerakan orang Quraisy kepada Nabi
Muhammad s.a.w. yang berlindung di Gua Thur.
 Hijrah dapat mencerminkan sifat-sifat Nabi Muhammad s.a.w
 Kebesaran jiwa dan ketabahan hati – baginda sanggup meninggalkan

Sifat-sifat Nabi kemewahan hidup untuk memperjuangkan Islam

4
 Tidak mudah putus asa apabila menempuh kegagalan.
 Bijaksana mengatur strategi perjuangan. Baginda bersembunyi di Gua
Thur sebelum meneruskan perjalanan ke Madinah. Baginda memilih
jalan ke selatan menuju ke Tihamah berhampiran Laut Merah untuk ke
Madinah kerana jalan menerusi utara Makkah kurang selamat.

PIAGAM MADINAH
1. Kerajaan Islam di Madinah yang diasaskan oleh Rasulullah s.a.w. adalah berdasarkan hukum Islam dari segi politik,
sosial, dan ekonomi.
2. Piagam Madinah telah dibentuk oleh Rasulullah s.a.w. dengan panduan wahyu Allah

Piagam Madinah

Tujuan Perjanjian

Untuk melahirkan sebuah pemerintahan dan Piagam Madinah merujuk kepada kanun,
masyarakat Islam yang stabil, adil, dan maju piagam, atau perjanjian bertulis

Disebut Perkara

Disebut jugaShahifah Madinah Berhubung peraturan dan tanggungjawab


pemerintah dan orang yang diperintah.

Perlembagaan Persetujuan

Merupakan perlembagaan yang pertama digubal Piagam ini dirangka berasaskan persetujuan:
di dunia.
Orang Islam, iaitu Muhajirin dan Ansar.
Menjadi asas dan panduan pemerintahan
kerajaan Islam di Madinah Orang bukan Islam, iaitu orang Yahudi dan
sekutu mereka yang tinggal di Madinah

Kandungan Piagam Madinah

5
 Mempunyai 47 fasal dan terbahagi kepada dua :
Bahagian 1 Bahagian 2
 Mempunyai 23 fasal  Mempunyai 24 fasal
 Menyentuh tentang hubungan dan tanggungjawab di  Menyentuh tentang kaum Yahudi dan tanggungjawab
kalangan umat Islam mereka terhadap kerajaan Islam Madinah

 Kandungannya merangkumi aspek sosial, politik, agama, ekonomi dan ketenteraan.


 Juga menggariskan beberapa prinsip umum tentang masyarakat atau ummah dan negara islam yang berbilang kaum
dan agama.
 Piagam ini lengkap, menyeluruh dan mengambil kira kepentingan semua pihak.

Aspek Dalam Piagam Madinah


PERKARA KETERANGAN
Politik  Pemimpin Madinah ialah Nabi Muhammad s.a.w.
 Baginda berperanan sebagai hakim yang Menyelesaikan masalah yang timbul antara orang
Islam dengan bukan Islam.
Agama  Kebebasan diberi kepada masyarakat Madinah untuk mengamalkan agama masing-masing.
 Kebebasan juga diberi kepada penduduk Madinah untuk mengamalkan adat istiadat mereka
selagi tidak bertentangan dengan Islam.
Ekonomi  Demi untuk memajukan ekonomi negara, kerjasama masyarakat Madinah diperlukan.
 Menghapuskan unsur riba dan penipuan dalam perniagaan.
Sosial  Seluruh penduduk Madinah dianggap sebagai satu ummah dan mempunyai tanggungjawab
yang sama terhadap negara. Masyarakat Madinah mestilah hidup dengan aman damai dan
harmoni
Perundangan  Menggunakan undang-undang Islam secara menyeluruh.
 Peraturan kekeluargaan di dalam sesuatu kabilah boleh diamalkan selagi tidak bertentangan
dengan Islam
Kedudukan Yahudi  Selagi orang-orang Yahudi mematuhi Perlembagaan Madinah, keselamatan mereka
terjamin
Pertahanan  Semua anggota masyarakat dikehendaki mempertahankan Madinat daripada ancaman luar.

 Isi Piagam Madinah adalah berdasarkan wahyu dan menjadi dasar undang-undang negara Islam Madinah
 Masyarakat Madinah yang berbilang kaum dan agama di Madinah dianggap sebagai satu ummah di
mempunyai tanggungjawab yang sama terhadap negara,
 Pemimpin ummah bagi negara Madinah ialah Nabi Muhammad s.a.w..
 Semua anggota Piagam Madinah mempunyai hak dan kebebasan beragama.

6
 Wujud hubungan yang erat antara kaum yang berlainan agama.
 Orang mukmin yang terdiri daripada orang Muhajirin dan Ansar dianggap bersaudara:
a) Mereka mesti ada sifat tolong-menolong. .
b) Tidak boleh berbunuhan sesama mukrnin.
c) Sama-sama memikul tanggungjawab untuk memperkukuh ekonomi negara
d) Membanteras kezaliman
e) Mesti menegakkan keadilan sosial.
 Piagam ini juga memberi jaminan keselamatan terhadap orang bukan Islam yang menganggotain]!
dan mematuhi peraturan piagam.

Kepentingan Piagam Madinah


Aspek Keterangan
Model  Piagam Madinah menjadi model dan panduan bagi kerajaan yang menjalankan pemerintahan
berasaskan Islam
Diterima  Piagam ini dapat diterima pakai oleh semua lapisan masyarakat.
 Dapat membuktikan bahawa unsur-unsur Islam dapat diamalkan dalam sesebuah negara yang
terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama
Lengkap  Penggubalan piagam ini membuktikan kejayaan Nabi Muhammad s.a.w. mengatur sebuah
pemerintahan yang lengkap dengan peraturan dunia dan akhirat
Ekonomi  Amalan riba dilarang, penipuan, rasuah, dan penindasan tidak dibenarkan.
 Keadilan dan ketelusan diutamakan dalam perniagaan.
 Amalan sedekah dan sifat bertimbang rasa digalakkan.
 Ekonomi kerajaan Islam Madinah meningkat.
 Orang Ansar membantu orang Muhajirin secara ikhlas dan sukarela
Ummah  Masyarakat baru yang berasaskan ummah dapat dibentuk.
 Masyarakat dapat hidup bersatu padu dan aman.
 Semangat ummah Islamiah iaitu semangat persaudaraan sesama Islam dipupuk di kalangan
Islam.
Taraf  Semua rakyat mempunyai kedudukan dan taraf yang sama.
 Kesetiaan sosial dipraktikkan
Hak  Persamaan hak dan persaudaraan Islam diutamakan
Undang-undang  Undang-undang yang lengkap dan sempurna dibentuk.
 Syariah Islam yang diperkenalkan adalah adil dan sesuai untuk diikuti oleh semua masyarakat
dalam sesebuah negara.

7
Sistematik  Piagam ini berjaya menyusun kehidupan masyarakat yang teratur dan sistematik.
 Setiap bangsa terikat kepada undang-undang yang digariskan.
 Semua bangsa ada hak dalam negara Madinah.
 Mereka mematuhi peraturan dan cara hidup yang menjadi panduan masyarakat.
Tanggungjawab  Semua rakyat bertanggungjawab untuk mempertahankan keselamatan negara Madinah
daripada serangan musuh dari luar
Cara  Cara Nabi Muhammad s.a.w. membentuk kerajaan berbeza daripada yang lain, iaitu:
a) Baginda menyusun perlembagaan negara terlebih dahulu sebelum
mengasaskan kerajaan,
b) Masyarakat Madinah diikat dahulu dengan perjanjian yang lengkap sebelum
bernaung di bawah sebuah pemerintahan.
Tinggi  Meletakkan Allah s.w.t. sebagai kuasa tertinggi

PENYEBARAN ISLAM
1. Orang Arab Quraisy berasa iri hati dengan pembentukan kerajaan Islam di Madinah pada tahun 622M.
2. Mereka berusaha mendapatkan sokongan daripada orang Yahudi dan penduduk Arab yang tinggal di sekitar Tanah
Arab untuk menumpaskan kerajaan Islam Madinah.

Strategi Penyebaran Islam


 Menghantar perutusan ke Rom, Rom Timur, Parsi, Mesir, Habsyah, dan wilayah di sekitar
Tanah Arab.
 Tidak menggunakan paksaan.
 Menggunakan cara diplomasi dan menunjukkan nilai-nilai yang baik.
 Menyeru pemerintah-pemerintah di wilayah-wilayah tersebut memeluk Islam menerusi warkah yang
dihantar kepada mereka.
 Mewujudkan rasa persefahaman dengan wilayah-wilayah tersebut
Reaksi terhadap Warkah Nabi Muhammad s.a.w
 Warkah yang dihantar kepada Raja Qibti Mesir, al-Muqauqis disarnbut baik. Walau bagaimanapun al-
Muqauqis tidak menerima dakwah Islamiah yang disampaikan oleh Nabi Muhammad s.a.w.
 Setelah menerima warkah Nabi Muhammad s.a.w., Maharaja Rom Timur iaitu Hercules telah
membincangkan isi kandungan warkah itu dengan pembesar-pembesarnya.
 Raja Parsi pula tidak dapat menerima warkah Nabi Muhammad s.a.w.. Warkah tersebut telah dikoyak
olehnya.

3. Nabi Muhammad s.a.w. yang menyedari tindak tanduk orang Arab Quraisy telah menghadapi ancaman mereka dengan
berhati-hati.
4. Nabi Muhammad s.a.w. telah mengatur strategi untuk menyebarkan agama Islam.
5. Orang Arab Quraisy sering melakukan keganasan dengan menyerang kafilah perdagangan Islam. Ini menyebabkan
Nabi Muhammad s.a.w. berusaha untuk membetulkan keadaan tersebut.
6. Mengikut ajaran Islam, peperangan hanya dilakukan dengan keizinan Allah iaitu setelah wahyu diturunkan oleh Allah.

8
Prinsip-prinsip yang Mesti Dipatuhi oleh Umat Islam dalam Peperangan
Peperangan hanya boleh dilakukan dengan Peperangan hanya boleh dilakukan untuk
keizinan Allah. mempertahankan maruah agama, bangsa, dan negara

Allah membenarkan orang Islam berperang Sekiranya musuh Islam ingin berdamai, maka orang
apabila mereka diserang musuh. Islam harus memilih perdamaian.
Orang Islam dibenarkan berperang demi menjaga Orang yang lemah seperti orang sakit, orang wanita,
keamanan agar tempat ibadat mereka terjaga. kanak-kanak, dan orang yang menyerah diri tidak
boleh dibunuh.
Peperangan adalah untuk menentang Binatang ternakan tidak boleh dibunuh dantani tidak
kezaliman dan mempertahankan diri. boleh dimusnahkan.
Tempat ibadat tidak boleh dirobohkan.

7. Antara tahun 622M. sehingga pembukaan semula kota Makkah pada 630M./8H beberapa siri peperangan antara
orang Islam Madinah dengan orang Quraisy Makkah telah berlaku: Antara peperangan tersebut ialah

Bil. Perang Tahun


1 Perang Badar 624M./2H.
2 Perang Uhud 625M./3H.
3 Perang Khandak 627M./5H.
4 Perang Tabuk 630M./8H.

PERJANJIAN HUDAIBIYAH
1. Orang Islam telah mencapai kejayaan cemerlang apabila termeterainya Perjanjian Hudaibiyah

PERJANJIAN HUDAIBIYAH
PERKARA KETERANGAN
Tahun  628M./6 Hijrah
Tempat  Hudaibiyah
Pihak Terlibat  Orang Islam Madinah.
 Kaum musyrikin Quraisy Makkah
Peristiwa  Pada tahun 628M., orang Islam mengambil keputusan untuk menziarahi Makkah.
 Kota Makkah amat penting kepada orang Islam Madinah kerana:
a) Merupakan tempat letaknya Kaabah yang menjadi pusat ibadat bagi
orang Islam
b) Merupakan tempat asal orang Muhajirin.
c) Merupakan tempat turunnya wahyu pertama.
d) Nabi Muhammad s.a.w. ingin mengerjakan umrah di sana
 Rombongan seramai 1400 orang yang diketuai oleh Nabi Muhammad s.a.w. telah
bertolak menuju ke Makkah pada tahun 6H./628M. untuk menunaikan umrah
9
 Pemergian mereka tanpa membawa sebarang senjata kecuali pedang untuk
mempertahankan diri jika diserang.
 Mereka semua berpakaian ihram.
 Apabila tiba di Hudaibiyah, mereka telah disekat oleh orang Arab Quraisy Makkah
 Orang Arab Quraisy Makkah bertindak sedemikian kerana:
a) Mereka berasa tercabar dengan kedatangan orang Islam Madinah.
b) Mereka bimbang dengan kekuatan orang Islam Madinah.
 Di Hudaibiyah, orang Islam menghantar Uthman bin Affan untuk menerangkan
tujuan sebenar kedatangan mereka kepada orang Arab Quraisy Makkah.
 Akan tetapi, orang Arab Quraisy Makkah tidak menghiraukan hasrat orang
Islam itu.
 Uthman bin Affan telah ditangkap dan tersebar berita bahawa Uthman Bin
Affan telah dibunuh.
 Orang Islam telah bersiap sedia menghadapi orang musyrikin Makkah.
 Apabila orang Quraisy mendapat tahu bahawa angkatan Islam bersumpah
setia (Baiah al-Ridwan) untuk membela kematian Uthman bin Affan, mereka
menghantar Suhail bin Amru untuk berunding.
 Setelah berunding, Nabi Muhammad s.a.w. bersedia mengadakan perjanjian
dengan orang Quraisy Makkah.
 Dengan itu, termeterailah Perjanjian Hudaibiyah antara Nabi Muhammad s.a.w
(mewakili pihak Islam) dengan Suhail bin Amru (mewakili pihak Quraisy)

Syarat-syarat Perjanjian  Kedua-dua pihak bersetuju untuk mengadakan gencatan senjata selama 10
Hudaibiyah tahun.
 Kabilah Arab yang lain bebas memilih sama ada hendak memihak kepada orang
Islam Madinah, atau orang Quraisy Makkah.
 Orang Quraisy Makkah yang memihak ke Madinah tanpa kebenaran penjaganya
perlu dipulangkan semula.
 Orang Islam Madinah yang memihak ke Makkah tanpa kebenaran penjaganya
tidak perlu dipulangkan.
 Umat Islam dibenarkan mengerjakan umrah pada tahun berikutnya, iaitu pada
tahun 7 Hijrah.

Kepentingan perjanjian Hudaibiyah

1. Orang Islam berpeluang menunaikan haji pada tahun berikutnya, iaitu 629M..

2. Orang Islam berjaya memasuki Makkah dan dapat beribadat di Kaabah pada bila-bila masa.

3. Nabi Muhammad s.a.w. berupaya merangka program dakwah Islam ke seluruh Semenanjung Tanah Arab secara aman
dalam tempoh perdamaian perjanjian ini.

10
4. Walaupun isi perjanjian kelihatan menguntungkan orang Quraisy tetapi Nabi Muhammad s.a.w. yakin pihak orang
Islam memperoleh keuntungan dalam jangka masa panjang. Ini terbukti dengan pemelukan Islam oleh tokoh panglima
Arab Quraisy, iaitu Khalid al-Walid, Amru bin al-As, dan Uthman bin Talib

5. Islam dapat berkembang dengan pesat. Sesetengah sejarawan mengatakan bahawa selepas dua tahun perjanjian ini
ditandatangani, orang yang memeluk Islam berlipat ganda bilangannya.

6. Perjanjian ini membuktikan ketabahan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai pemimpin unggul dan dihargainya

7. Sebarang keputusan yang akan diambil dilihat secara menyeluruh, terperinci, dan berwawasan.

8. Pengiktirafan terhadap kerajaan Islam di Madinah.

9. Perjanjian ini hanya bertahan dua tahun sahaja antara pihak Islam dan Quraisy Makkah.

10. Orang Arab Quraisy sengaja melanggar syarat pertama perjanjian tersebut. Mereka memberi sokongan kepada Bani
Bakar yang berperang dengan Bani Khuza'ah.

11. Nabi Muhammad s.a.w. bertindak tegas dengan menghantar pasukan tentera ke Makkah.

12. Kesimpulannya, Perjanjian Hudaibiyah merupakan perintis ke arah pembukaan semula kota Makkah

Pembukaan Kota Makkah

1. Kota Makkah merupakan tempat Nabi Muhammad s.a.w. dilahirkan dan tempat lahirnya agama Islam.
2. Nabi Muhammad s.a.w. dan orang Islam telah berhijrah ke Madinah pada tahun 622M. setelah mendapat penentangan
daripada orang Arab Quraisy Makkah.
3. Pada tahun 630M. /8H., Nabi Muhammad s.a.w. telah berjaya menguasai semula kota Makkah.

Sebab-sebab Nabi Muhammad s.a.w. Membuka Semula Kota Makkah


1. Orang Quraisy melanggar Perjanjian Hudaibiyah, Mereka memberi sokongan kepada Bani Bakar yang berperang
dengan Bani Khuza'ah. Mengikut syarat Perjanjian Hudaibiyah, mereka harus mengadakan gencatan senjata selama
10 tahun.
2. Tindakan ini merupakan satu strategi jangka masa panjang untuk meneruskan penyebaran Islam.
3. Orang Quraisy tidak menghormati hak kebebasan yang dipersetujui bersama dalam Perjanjian Hudaibiyah
4. Beberapa orang Bani Khuza'ah yang berpihak kepada Islam telah dibunuh.

11
5. Nabi Muhammad s.a.w. berpendapat bahawa sekiranya Makkah dapat dikuasai, kerajaan Islam Madinah akan
bertambah mantap

4. Kedatangan tentera Islam ke kota Makkah amat membimbangkan orang Arab Quraisy.
5. Pada masa itu, beberapa orang tokoh penting seperti bapa saudara Nabi Muhammad s.a.w., iaitu al-Abbas dan ketua
Arab Quraisy, Abu Sufian telah memeluk Islam sebelum tentera Islam menguasai Makkah.
6. Mereka memeluk Islam setelah menyedari kepalsuan perjuangan mereka selama ini dan bukan disebabkan takut
dengan kekuatan tentera Islam.
7. Nabi Muhammad s.a.w. merancang secara bijak untuk memasuki kota Makkah.
8. Baginda berpegang kepada prinsip aman tanpa kekerasan untuk menguasai kota Makkah.
9. Nabi Muhammad s.a.w. berjaya menguasai kota Makkah dengan mudah kerana:
a) Tentera Islam yang ramai, iaitu kira-kira 10 000 orang.
b) Strategi peperangan yang berkesan.
 Tentera Islam dibahagi kepada empat pasukan di bawah pimpinan empat orang panglima, iaitu Khalid
bin al-Walid, Abu Ubaidah al-Jarrah, Saad bin Ubadah, dan Zubair bin al-Awwam.
 Keempat-empat pasukan tentera bergerak serentak untuk masuk ke kota Makkah melalui empat
penjuru, iaitu dari arah utara, selatan, barat, dan barat daya Makkah.
 Strategi ini membawa kejayaan kerana orang Quraisy dapat dikepung dengan rapi.
c) Tentera Islam berjuang dengan penuh keyakinan dan semangat ketakwaan.
d) Kemaraan tentera Islam ke kota Makkah tidak menghadapi halangan yang besar, kecuali penentangan
segelintir orang Quraisy terhadap pasukan Khalid bin al-Walid.
e) Pengislaman Abu Suffian dan Abbas mendorong ramai orang Quraisy yang lain turut memeluk Islam. Keadaan
ini memudahkan tentera Islam menguasai Makkah.
f) Nabi Muhammad s.a.w. memberi jaminan keselamatan kepada mereka yang terkepung semasa pembukaan
kota Makkah.
10. Setelah menguasai kota Makkah, Nabi Muhammad s.a.w. telah bertawaf sebanyak tujuh kali
mengelilingi Kaabah. Baginda telah berpidato kepada umat Islam dengan membaca ayat al-Quran yang menegaskan
kepentingan perpaduan dalam masyarakat pelbagai bangsa dan agama.

11. Sebelum Nabi Muhammad s.a.w. wafat, dalam khutbah haji terakhir baginda, baginda telah meninggalkan pesanan
penting kepada umat Islam, iaitu baginda meninggalkan satu pusaka kepada umat Islam yang tidak akan menjadikan
mereka sesat selama-lamanya.
12. Nabi Muhammad s.a.w. wafat pada tahun 632M./ 10H.
13. Pusaka yang dimaksudkan ialah:
a) Kitab Allah, atau al-Quran.
b) Sunnah Rasulullah
14. Selepas kewafatan baginda, tugas penyebaran Islam dilakukan oleh sahabat-sahabat baginda yang terpilih.
15. Pemerintahan kerajaan Islam diketuai oleh Khulafa al-Rasyidin.

Kepentingan Pembukaan Semula Kota Makkah


12
1. Penganut agama Islam di kota Makkah semakin bertambah kerana Nabi Muhammad s.a.w. telah memaafkan penduduk
Makkah yang memusuhi Islam selama ini. Sifat pemaaf Nabi Muhammad s.a.w. telah menjadi kunci kejayaan
penyebaran Islam seterusnya.
2. Kota Makkah berperanan sebagai kota suci umat Islam dan menjadi tumpuan umat Islam dari seluruh dunia untuk
melakukan ibadat.
3. Masyarakat Islam mulai mendalami ilmu pengetahuan Islam
4. Kaabah terpelihara daripada unsur-unsur jahiliah
5. Penyembahan patung berhala yang diamalkan sejak turun-temurun telah dihapuskan dan diganti dengan amalan
Islam
6. Kerajaan Islam Madinah bertambah bawah pimpinan Nabi Muhammad s.a.w.
7. Agama Islam tersebar ke seluruh Semenanjung Tanah Arab secara bebas, tanpa paksaan daripada mana-mana
pihak

Rumusan

1. Pembentukan kerajaan Islam Madinah melambangkan Islam dapat diamalkan dalam kehidupan harian secara
menyeluruh. Tamadun Islam yang dibina oleh Nabi Muhammad s.a.w. di Madinah menjadi titik tolak kepada kejayaan
pemerintahan Islam seterusnya.
2. Perpaduan dan keharmonian hidup pebagail bangsa di Madinah perlu kita contohi. Nilai-nilai murni Nabi Muhammad
s.a.w menjadi pedoman kepada pemimpin negara| generasi muda, iaitu:
a) Berwawasan;
b) Berjiwa besar;
c) Pemaaf;
d) Tidak pernah menyerah kalah

13

You might also like