You are on page 1of 25

1.

0 DEFINISI

Etika biasanya telah didefinasikan sebagai prinsip kelakuan individu-individu


yang boleh diterima dari segi akhlak. Mendefinasikan etika individu sama ada
perbuatan tersebut betul atau salah dan ianya tidak serupa untuk setiap
individu.

Etika terlalu banyak diberikan oleh pelbagai pihak dari semasa ke semasa.
Istilah etika berasal dari perkataan Greek 'ethos', yang bermaksud khusus
kepada 'character', ataupun perwatakan dan keperibadian. Ianya terbahagi
kepada dua iaitu:
i) Normatic iaitu panduan dan peraturan yang berkaitan
dengan tingkah laku yang baik dan jahat.

ii) Mataethic yang terbahagi kepada dua iaitu analitik yang


berfungsi menganalisis semua peraturan yang berkaitan
tingkah laku baik dan jahat dan critical yang berfungsi
untuk mengkritik terhadap apa-apa yang telah dianalisis.

Gluck (1986 : 176) telah mendefinasikan etika sebagai, " kajian filosofikal
terhadap moraliti". Shea (1988 : 17) pula mendefinasikan etika sebagai
"prinsip-prinsip bertingkahlaku yang mengawal individu atau profesyen" dan
sebagai "satu standard tingkahlaku ".

Manakala istilah etika dikalangan teknokrat merujuk kepada kajian-kajian


mengenai isu-isu 'standard moral' yang melibatkan para teknokrat yang boleh
membantu meningkatkan integriti profesyen mereka.

Etika kerja dapat disimpulkan sebagai panduan tingkahlaku yang diikuti


oleh manusia yang mempunyai kaitan rapat dengan kehidupan, khususnya
dikalangan yang meminggirkan agama di dalam kehidupan mereka. Tidak
mengira negara, bangsa dan agama telah menekankan norma moral yang
berlandaskan ketinggian akhlak mereka yang mengamalkannya.

Dalam masyarakat moden sekarang ini norma keagamaan semakin


ditinggalkan dan masyarakat lebih menuju kepada kemajuan material untuk
_____________________________________________________________________
1
eiyna@linuxmail.org OUMM3202 PROFESIONAL ETHICS
ROSLINA BT MOHAMAD@AWANG (720923-11-5136)
mencapai kesenangan hidup. Sumber-sumber moral kini datang dari set etika
yang dihasilkan oleh ketentuan akal manusia dan pengkajian terhadap
kehidupan manusia.

Etika bermaksud satu piawai yang rasmi atau peraturan mengenai


perangai yang betul dan bersopan atau beradab dalam masyarakat atau
dikalangan ahli sesuatu pekerjaan.

(The formal standards or Rule of correct and polite behavior in society or


among members of a profession)

Oleh itu orang yang beretika mestilah mempunyai ciri-ciri berikut;

i. Mengikut peraturan yang betul di tempat kerja atau di dalam


mana-mana organisasi.
ii. Mempamirkan perlakuan yang beradab dan tidak menyalahi
normal setempat.
iii. Berakhlak mulia bagi memenuhi piawai sesebuah organisasi

1.1 ETIKA DARI PERSPEKTIF ISLAM

Maksud firman Allah dalam Surah Al-Maidah ayat 1


“Wahai orang yang beriman, penuhi serta sempurnakanlah janji-janji (yang
dimeterai).

Perjanjian (‘akad) mengikut ulamak-ulamak fafsir traditional meliputi seluruh


hubungan manusia dengan ;
i. Tuhan
ii. Dengan dirinya sendiri
iii. Dengan alam ini

Menurut Raghib (salah seorang ulamak tafsir) perjanjian dalam ayat ini
merujuk kepada tiga jenis perjanjian ;
_____________________________________________________________________
2
eiyna@linuxmail.org OUMM3202 PROFESIONAL ETHICS
ROSLINA BT MOHAMAD@AWANG (720923-11-5136)
i. D iantara manusia dan Tuhan (seperti tanggung-
jawab manusia dengan Allah)
ii. Di antara manusia dan dirinya
iii. Di antara seseorang individu dan orang lain
Di zaman yang serba moden dan canggih ini, sesetengah anggota
masyarakat tidak lagi mementingkan norma keagamaan tetapi lebih
cenderung menuju kepada kemajuan material untuk mencapai kesenangan
hidup. Ini menyebabkan sumber-sumber moral kini datang dari set etika yang
dihasilkan oleh ketentuan akal manusia dan pengkajian terhadap kehidupan
manusia.

Selain itu, menurut Dewan Bahasa dan Pustaka, 1995, etika membawa
maksud satu sistem dasar akhlak, adapt atau tingkah laku atau kesusilaan.
Tanggungjawab dan akibat tingkah laku seseorang atau profesion terhadap
masyarakat..

Etika profesional digunakan untuk menilai prinsip moral untuk sesuatu


kumpulan yang direka atau dibuat untuk mengawal prestasi mereka di dalam
menjalankan sesuatu tugas atau penggunaan sumber yang mereka ada.
Manusia mendalami aturan dan nilai milik budaya profesional sama seperti
mereka membuatnya untuk golongan mereka. Golongan ini berpegang teguh
pada aturan profesional dan nilai semasa membuat keputusan di atas
bagaimana berkelakuan ataupun bertindak mengikut etika yang ditentukan.

Hubungan etika kerja profeesional dengan kehidupan manusia


digunakan untuk mengawal tingkahlaku ahli professional dalam bentuk
menyuruh melakukannya dan meninggalkan perkara yang mendatangkan
kesalahan samaada di sisi undang-undang negara mahupun statusnya
sebagai profesional. Oleh itu, etika kerja professional merupakan satu
landasan kepada masyarakat yang membolehkan teknokrat mengawal
tingkahlakunya sendiri serta membolehkan masyarakat sosial mengawasi dan
menilai setiap tindak tanduk mereka dari semasa ke semasa.

_____________________________________________________________________
3
eiyna@linuxmail.org OUMM3202 PROFESIONAL ETHICS
ROSLINA BT MOHAMAD@AWANG (720923-11-5136)
Etika seharusnya dipelajari dan diamalkan dalam kehidupan seharian
kita dalam apa jua tindak tanduk. Keberkesanan prinsip etika terletak pada
individu itu sendiri. Tanpa disiplin diri dan kekuatan mental yang tinggi
seseorang itu tidak dapat mencapai tahap etika yang dikehendaki. Secara
kesimpulannya dapatlah kita simpulkan bahawa etika itu wujud dalam diri
seseorang itu dengan adanya disiplin dan kekuatan diri individu itu sendiri.

_____________________________________________________________________
4
eiyna@linuxmail.org OUMM3202 PROFESIONAL ETHICS
ROSLINA BT MOHAMAD@AWANG (720923-11-5136)
2.0 PENDIDIKAN BERETIKA

Pendidikan adalah ilmu yang dipelajari serta proses perubahan


pengubahan sikap dan tatalaku serta tatasusila seseorang atau kelompok
individu dalam usaha mendewasakan manusia melalui proses pengajaran
dan pembelajaran beterusan dari peringkat rendah sehingga ke peringkat
pengajian tinggi.

Pendidikan merupakan antara faktor penting dan utama dalam


pembetukan etika mengatasi faktor-faktor yang lain. Ianya terbahagi kepada
dua iaitu pendidikan formal dan tidak formal. Kedua-dua jenis pendidikan ini
memainkan peranan yang penting kearah pembentukan etika yang mulia.
Jika pendidikan itu baik maka baiklah etika individu dan masyarakat, begitulah
sebaliknya.

Mengikut Kamus Dewan (1989), pemimpin bermaksud  orang yang


memimpin.  Kepimpinan berlaku apabila seseorang itu berkebolehan
mendorong, memujuk dan mempengaruhi orang lain untuk berusaha ke arah
pencapaian sesuatu objektif tertentu.  Kepimpinan boleh didefinisikan sebagai
seni atau proses mempengaruhi kegiatan manusia yang berkaitan dengan
tugas mereka supaya mereka rela bergiat dan berusaha ke arah pencapaian
matlamat sesebuah organisasi. 

Dalam kepimpinan, pengaruh dan kecekapan pemimpin dapat


membawa ke arah kecemerlangan sesebuah organisasi.  Oleh itu organisasi
seperti sekolah,  pengaruh kepimpinan dan kecekapan pengetua amat
penting dalam menentukan kejayaan sekolah di bawah pimpinannya. 
Peranan pengetua dalam menangani pelbagai masalah yang melibatkan
sama ada kakitangan di bawah pimpinannya, komuniti di sekitar sekolah
ataupun urusan di peringkat atas mempengaruhi pembentukan etika
murid,guru serta prestasi sekolah tersebut. Pembentukan etika yang
sempurna mengikut landas-landas yang telah digariskan dari pihak
kementerian memainkan peranan penting dalam pembentukan ahklak dan

_____________________________________________________________________
5
eiyna@linuxmail.org OUMM3202 PROFESIONAL ETHICS
ROSLINA BT MOHAMAD@AWANG (720923-11-5136)
moral bagi masyarakat sesebuah organisasi yang ditubuhkan samada,dari
pihak sekolah,jabatan mahupun pusat-pusat pengajian tinggi negara.

Pendidikan yang beretika ini juga sangat penting bagi setiap anggota
masyarakat supaya amalan yang tidak beretika atau tidak baik dapat
dielakkan seperti gejala rasuah yang tanpa kita sedari ianya telah terpupuk
sejak sekolah rendah lagi.Di sini akan diterangkan juga bagaimana
pendidikan dan pembelajaran yang beretika telah dipelajari di sekolah rendah
lagi.

a) Peringkat sekolah rendah

Pendidikan berasal dari kata dasar didik (mendidik), iaitu : memelihara dan
memberi latihan mengenai akhlak dan kecerdasan pikiran.Sedangkan
pendidikan mempunyai pengertian : proses pengubahan sikap dan tata laku
seseorang atau kelompok orang dalam usaha mendewasakan manusia
melalui upaya pengajaran dan latihan, proses perbuatan, cara mendidik.
pendidikan sebagai usaha untuk memajukan budi pekerti, pikiran serta
jasmani anak, agar dapat kesempurnaan diri dengan berterapkan moral dan
aakhlak yang tinggi selepas menamatkan pelajaran di peringkat sekolah
rendah.seterusnya akan meneruskan pendidikan Menengah dan kemudian ke
Pendidikan Tinggi.

Di Peringkat sekolah rendah meeka diterapka dengan nilai-nilai murni yang


perlu diikuti sebagai pelajar sebagaimana yang telah di gariskan oleh pihak
Kementerian Pelajaran Malaysia bagi membentuk sahsiah dan peribadi yang
mulia mengikut prinsip-prinsip yang ditetapkan.

Bermula di peringkat sekolah rendah murid-murid diterapkan dengan


nilai-nilai murni bagi setiap matapelajaran yang dipelajari.Setiap
matapelajaran menpunyai garis panduan yang mana pelajar mestilah
menpunyai persornaliti dan berakhlak mulia setelah mempelajari setiap mata
pelajaran yang di ajar.Mereka telah diterapkan dengan nilai-nilai murni
dengan dididik dengan sifat tanggungjawab,menjalankan tugas sebagai

_____________________________________________________________________
6
eiyna@linuxmail.org OUMM3202 PROFESIONAL ETHICS
ROSLINA BT MOHAMAD@AWANG (720923-11-5136)
pelajar berdisiplin,penuh minat pada pelajaran dan memberi komitmen tang
tinggi kepada tugas yang diamanhkan.Contohnya pelajar yang
dipertanggungjawabkan menjadi pengawas sekolah menstilah menpunyai
perwatakan dan menjadi role model kepada pelajar lain supaya menjadi
ikutan dan semangat yang boleh diikuti.Disamping itu juga mereka mesti
bersikap positif dan bertanggungjawab terhadap tugas yang di beri.

Di samping itu juga murid telah diterapkan dengan etika yang baik
semenjak di peringkat pra sekolah dan pelbagai mata pelajaran untuk
dipelajari yang mana telah terdapat nilai-nilai dan etika dalam setiap
kurikulum sekolah itu.
Setiap matapelajaran yang diajar di sekolah memang diterapkan nilai-
nilai murni yang sememangnya dan menjadi ikutan setiap pelajar.Contohnya
bagi matapelajaran Bahasa Melayu,Agama Islam,Bahasa Inggeris
semauanya telah diterapkan dengan nilai-nilai yang beretika untuk menbentuk
masyarakat yang berakhlak mulia.

Selain itu, mata pelajaran Moral juga turut mempunyai sukatan-sukatan


tertentu yang membentuk pelajar ke arah bersifat baik hati, berhemah tinggi,
menghormati dan sebagainya iaitu menjurus kepada etika atau amalan yang
baik yang patut diikuti bermula dari sekolah rendah. Guru pendidikan moral
harus sedar bahawa kanak-kanak yang dating ke sekolah telah
mempelajarinpendidikan moral di rumah daripada keluarga dan
masyarakat.Ini bermakna kanak-kanak telah menpunyai sikap,kepercayaan
dan tabiat tentang moral yang dipelajari mereka daripada pelbagai sumber
sebelum mereka ke sekolah.Latar belakang ini mewujudkan pelbagai
persoalan moral dari segi pengetahuan amalan dan prinsip hidup kanak-
kanak yang masih boleh dilentur.Maka,disinilah peranan guru untuk
menjadikan individu itu seorang yang bermoral dan berakhlak mulia.

Bagi mengelakkan amalan rasuah yang sememangnya satu amalan


yang tidak beretika, ketika di sekolah rendah lagi pelajar telah dididik dan
dibentuk bagi mengikut peraturan. Antaranya seperti berikut:

_____________________________________________________________________
7
eiyna@linuxmail.org OUMM3202 PROFESIONAL ETHICS
ROSLINA BT MOHAMAD@AWANG (720923-11-5136)
 Berpakaian seragam yang kemas mengikut lelaki dan perempuan
 Datang dan pulang mengikut masa yang telah ditetapkan
 Tidak boleh melanggar disiplin sekolah
 Dilarang bergaduh
 Dilarang melawan guru
 Di larang melakukan perbuatan vandelisme

Peraturan yang telah ditetapkan mengikut garis panduan ini,


diharapkan dapat menjadi pemangkin nilai dan etika yang baik sebelum
melangkah ke sekolah menengah.

b) Peringkat sekolah menengah

Di peringkat sekolah menengah, pihak Kementerian Pelajaran di


bawah Pusat Perkembangan Kurikulum telah telah menyediakan sukatan
mata pelajaran yang bersesuaian dengan pelajar sekolah menengah selaras
dengan meningkatnya usia mereka.

Di bawah rancangan KBSR dan KBSM,nilai-nilai murni bukan sahaja


bagi matapelajaran moral,tetapi semua matapelajaran lain.KBSR dan KBSM
digubal berdasarkan kepada prinsip-prinsip kesepaduan unsur-unsur ini yang
menbolehkan potensi individu berkembang secara menyeluruh dan
seimbang. Antaranya ialah mata pelajaran Bahasa Melayu seperti juga di
sekolah rendah yang mana matlamatnya adalah sama ke arah pembentukan
insan yang beretika. Sukatan mata pelajaran di dalam mata pelajaran ini turut
menekankan etka-etika yang baik untuk dilaksanakan setia kepada kerajaan
dan pemerintah bersesuaian dengan negara kita yang melarang keras gejala
rasuah. Di samping itu pelajar juga diajar menjadi seorang yang tabah, jujur
dan dedikasi.

Sehubungan dengan itu,tugas menyemai dan memupuk nilai-nilai


murni dalam jiwa pelajar kita adalah tanggungjawab semua guru di
sekolah.Dengan menjalankan tugas penuh dedikasi sebagai seorang

_____________________________________________________________________
8
eiyna@linuxmail.org OUMM3202 PROFESIONAL ETHICS
ROSLINA BT MOHAMAD@AWANG (720923-11-5136)
pendidik,adalah diharapkan bahawa matlamat pendidikan kebangsaan dapat
di capai,iaitu menghasilkan pelajar-pelajar yang bertanggungjawab dan
menpunyai akhlak yang bermoral tinggi dan serta mulia.
Pelbagai peraturan yang telah disarankan dan telah diserapkan
rentetan dari sekolah rendah iaitu :

 Berpakaian seragam sekolah dengan kemas


 Mematuhi disiplin sekolah
 Dilarang merosakkan harta benda sekolah
 Dilarang merokok
 Dilarang bergaduh
 Dilarang melawan guru

Para pelajar juga turut ditekankan dengan kegiatan ko kurikulum termasuk


lah Persatuan dan Unit Beruniform. Kegiatan sihat ini sebenarnya dapat
menghalang pelajar-pelajar terjebak kepada gejala yang tidak sihat. Selain itu
juga murid-murid di bawah mengikuti lawatan-lawatan ke rumah-rumah
kebajikan serta rumah orang tua supaya di dalam jiwa mereka tertanam sifat-
siraf mulia dan berakhlak tinggi apabila memasuki alam remaja dan meniti
arus perubahan apabila menjejaki kaki ke menara gading.Di antara nilai nilai
murni yang diterapkan dalam jiwa mereka iaitu :

 Murah hati
 Bertimbang rasa
 Sedia memaafkan
 Faham memahami
 Prihatin keperluan orang lain
 Bertanggungjawab
 Berkerjasama
 Berterima kasih
 Menunaikan kewajipan
 Mengurus masa dengan baik

_____________________________________________________________________
9
eiyna@linuxmail.org OUMM3202 PROFESIONAL ETHICS
ROSLINA BT MOHAMAD@AWANG (720923-11-5136)
(c) Peringkat Institusi Pengajian Tinggi (Universiti)

Ketika di peringkat universiti pula, para pelajar turut ditekankan dengan


pendidikan beretika. Para pensyarah yang mengajar akan menyelitkan unsur-
unsur etika yang baik dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka. Ini
adalah kerana pelajar pusat pengajian tinggi ini telah mengetahui perkara
yang elok dan tidak elok dilakukan. Tatakelakuan umum yang digalakkan
adalah :

 Berusaha untuk melengkapkan diri dengan dan berusaha bersungguh-


sungguh untuk menjadi seorang yang profesinal dalam bidangnya.
 Menjaga imej dan ketrampilan dengan menzahirkan cara berpakain
yang menuhi Etika Pakaian Uneversiti dan tingkahlaku yang baik.
 Menpunyai akaunbiliti yang tinggi dalam melaksanakan tugas dan
tanggungjawab
 Menjaga peraturan dan tidak melakukan perkara–perkara yang keji
seperti mencela,berbohong dan sebagainya.

Tatakelakuan yang dilarang adalah :

 Menerima dan memberi rasuah serta bersubahat dengan mana-mana


pihak yang melakukannya.
 Mengumpat dan menghina orang lain.
 Membiarkan diri dipengaruhi oleh aktiviti-aktiviti yang tidak sihat seperti
bermain loteri,ekor dan sebarang bentuk perjudian.
 Mengadu domba atau melaga-lagakan antara satu sama lain bagi
tujuan kepentingan diri atau mana-mana pihak.

_____________________________________________________________________
10
eiyna@linuxmail.org OUMM3202 PROFESIONAL ETHICS
ROSLINA BT MOHAMAD@AWANG (720923-11-5136)
Berhubung dengan pendidikan beretika ini kita dapat nyatakan ianya
sangat berguna kepada setiap anggota masyarakat daripada sekolah rendah
hinggalah ke peringkat pengajian tinggi. Ini adalah kerana pendidikan beretika
ini perlu diwujudkan sebagai persediaan kepada seseorang individu sebelum
memasuki alam pekerjaan seterusnya mengelakkan aktiviti yang tidak sihat
seperti gejala rasuah ketika bekerja kelak.

_____________________________________________________________________
11
eiyna@linuxmail.org OUMM3202 PROFESIONAL ETHICS
ROSLINA BT MOHAMAD@AWANG (720923-11-5136)
3.0 KEPENTINGAN PENDIDIKAN ETIKA DALAM PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN

Etika ditakrifkan sebagai  tanggungjawab dan akibat tingkah laku


seseorang atau profesion terhadap masyarakat (Intan, 1991).  Manakala Etika
Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia pula adalah panduan tingkah laku
yang menjadi pegangan setiap warga Kementerian Pelajaran Malaysia
berlandaskan nilai-nilai akhlak mulia.  Etika Kerja Kementerian Pelajaran
Malaysia mempunyai objektif untuk menanamkan sikap positif dan
menghapuskan sikap negatif dalam melaksanakan tugas-tugas yang
diamanahkan bagi mempertingkatkan kualiti kerja, meningkatkan disiplin diri
bagi menghasilkan perkhidmatan yang cemerlang kepada pelanggan dan
organisasi dan memberikan sumbangan positif yang berterusan kepada
negara (KPM, 1999).

Dalam konteks organisasi sekolah,  kerjasama di antara pengetua,


guru-guru,  murid-murid, ibu bapa dan juga stakeholder adalah amat
mustahak.  Umum memberikan penekanan kepada kecemerlangan akademik
sebagai kayu pengukur  kecemerlangan sekolah.  Mengikut Sergiovanni
(2001), terdapat aspek-aspek lain yang diberi penekanan selain akademik
iaitu keprihatinan guru-guru terhadap pelajar, keselamatan di sekolah, dan
kerjasama ibu bapa dan sekolah.  Bagi pelajar pula sekolah berkesan dan
cemerlang adalah sekolah yang memberi peluang yang sama, mempunyai
persekitaran yang cantik,  bersih dan harmonis serta mempunyai guru-guru
yang membantu mereka meningkatkan prestasi pembelajaran dan kreativiti.

  Pihak sekolah pula menekankan perkembangan pelajar yang


seimbang, komunikasi yang baik di kalangan staf, perkembangan staf yang
berterusan dan persekitaran kerja yang baik (Garbutt, 1996).  Jelaslah
bahawa sekolah mempunyai pelbagai tuntutan daripada masyarakat. 
Justeru, sekolah haruslah berperanan sebagai sebuah organisasi yang
dinamik dan mengamalkan strategi pengurusan yang bersesuaian dengan
tuntutan semasa.  Sebagai seorang guru, etika kerja merupakan nilai-nilai
yang penting dalam sesebuah organisasi. Ini adalah kerana etika yang
_____________________________________________________________________
12
eiyna@linuxmail.org OUMM3202 PROFESIONAL ETHICS
ROSLINA BT MOHAMAD@AWANG (720923-11-5136)
sempurna dapat mengekal, memelihara kepercayaan yang diberi dalam
menjalankan tugas serta memupuk tanggungjawab bersama seterusnya
mengeratkan hubungan antara guru dan pelajar. Sebagai seorang guru, etika
kerja merupakan nilai-nilai yang penting dalam sesebuah organisasi. Ini
adalah kerana etika yang sempurna dapat mengekal, memelihara
kepercayaan yang diberi dalam menjalankan tugas serta memupuk
tanggungjawab bersama seterusnya mengeratkan hubungan antara guru dan
pelajar.

Melalui pendidikan yang beretika ianya akan memupuk budaya ilmu


tersebut di kalangan pelajar dan masyarakat. Bagi mengukuhkan lagi
penghayatan budaya ilmu di kalangan guru, kaedah pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan perlu dilaksanakan. Ianya bertujuan untuk
meningkatkan lagi kemahiran belajar di kalangan murid.

Peranan guru bukan setakat mengajar sahaja malah guru juga perlu
memainkan peranan sebagai pengurus dan juga pemimpin yang berkesan.
Justeru itu pendidikan yang beretika dalam pengajaran dan pembelajaran
sangat penting untuk melahirkan pelajar serta masyarakat yang berakhlak
mulia dan mempunyai nilai-nilai yang baik.

Etika Pendidikan beretika penting dalam pengajaran dan pembelajaran


kerana ianya mempunyai faedah yang besar kepada masyarakat selain
melanjutkan kesinambungan mengawal kepentingan etika kepada setiap
individu. Etika merupakan tanggungjawab tingkah laku seseorang melalui
professionnya terhadap masyarakat. Justeru itu kita tidak dapat menafikan
kepentingannya dalam institusi pendidikan atau sesebuah organisasi.

Untuk mencapai kecemerlangan, sesebuah sekolah itu perlulah


mencapai tahap optimum dalam aspek pengurusan kurikulum, pengurusan
kokurikulum, pengurusan am sekolah, pengurusan kewangan dan penguruan
prasarana dan penyelenggaraan sekolah. Sebagai pemimpin
sekolah,,pengetua seharusnya dapat  melaksanakan pelbagai usaha dalam
menerapkan lima Prinsip Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia untuk
_____________________________________________________________________
13
eiyna@linuxmail.org OUMM3202 PROFESIONAL ETHICS
ROSLINA BT MOHAMAD@AWANG (720923-11-5136)
kecemerlangan sekolah.  Prinsip tersebut ialah  Niat Yang Betul, Perlakuan
Yang Baik, Penggerak Ke Arah Kebaikan, Memperkotakan Apa Yang Dikata
serta Berdisiplin Dan Beradab.

         i)            Niat Yang Betul


 
              Niat yang betul dalam Prinsip Etika Kerja Kementerian Pelajaran
Malaysia bermaksud melaksanakan pekerjaan dengan niat yang betul
sebagaimana yang dituntut oleh ajaran agama (KPM, 1999).  Orang yang
tidak mempunyai niat yang betul semasa bekerja tidak akan bekerja dengan
baik.  Dengan mengamalkan nilai-nilai murni dalam perkhidmatan seperti
amanah, benar, bijaksana, sentiasa bersyukur, dedikasi , ikhlas, tidak riak
atau menunjuk-nunjuk, bekerja bukan kerana terpaksa  dan penyayang akan
mendorong guru-guru dan staf sokongan melaksanakan tugas pada landasan
yang betul.  Keimanan kepada Tuhan akan mendorong mereka melakukan
pekerjaan yang terbaik agar diredai dan dirahmati oleh Allah.  Pendapatan
hasil kerja dengan niat yang betul akan mendapat kerahmatan kerana ia
halal.

Berkonsepkan niat yang betul guru sebagai orang yang


bertanggungjawab mendidikan pelajar untuk menjadi seorang individu yang
kamil di samping menerapkan nilai-nilai murni yang beretika pada diri pelajar-
pelajarnya bagi mengelakkan mereka daripada melakukan berpara-perkara
tidak bermoral dan tidak beretika selepas keluar dari alam persekolahan.
Penerapan nilai-nilai Islam yang diterapkan ini juga dapat diterima dan
bersesuaian dengan kepercayaan dan anutan agama dalam kalangan guru-
guru bukan Islam.  Natijahnya didapati dalam kalangan guru-guru jelas 98
peratus dapat menepati aspirasi dan Prinsip Etika Kerja Kementerian
Pelajaran Malaysia.  Contohnya bilangan guru dan staf yang datang lewat
amat berkurangan kecuali atas sebab-sebab kecemasan.

_____________________________________________________________________
14
eiyna@linuxmail.org OUMM3202 PROFESIONAL ETHICS
ROSLINA BT MOHAMAD@AWANG (720923-11-5136)
ii)            Perlakuan Yang Baik
 
             Perlakuan yang baik merujuk kepada  melakukan tugas dengan
sempurna ke arah mencapai hasil yang berkualiti di dalam proses pengajaran
dan pembelajaran. Sebagai seorang guru perlakuan yang baik amat perlu
diamalkan pada setiap masa.  Guru dan murid sentiasa ditegaskan agar
sentiasa bertutur dengan baik, menunjukkan penampilan diri yang kemas,
bersih dan bersopan sepanjang masa agar mencerminkan keperibadian yang
tinggi sebagai seorang pendidik dan tingkahlaku seorang pelajar yang
beretika. Di sekolah prinsip perlakuan yang baik dengan melaksanakan
‘Kempen Budi Bahasa Budaya Kita’ setiap tahun pada bulan Mac. Budaya
berterima kasih ini  bukan sahaja diamalkan di dalam kelas semasa proses
pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan, tetapi juga dalam apa juga
perkara yang dilaksanakan.  Dalam perhimpunan mingguan pada setiap hari
Isnin, budaya berterima kasih dapat ditonjolkan melalui ucapan terima kasih
pengetua atas sumbangan guru dan murid-murid dalam setiap aktiviti sama
ada di peringkat sekolah, daerah atau negeri serta peringkat yang lebih tinggi
lagi tanpa mengira aktiviti atau pertandingan itu mencapai kejayaan utama
ataupun tidak. 

              Selain itu,  perlakuan yang baik diperkuatkan lagi dengan amalan
budaya hormat-menghormati seperti ucapan salam dan selamat sejahtera
kepada kakitangan dan murid-murid.  Budaya bersalam-salaman antara
pentadbir dan kakitangan sejenis  ketika berjumpa di mana-mana dalam
kawasan atau luar kawasan sekolah menguatkan lagi hubungan silaturrahim.
             
 
3.1  Pendidikan beretika ini juga penting kepada pelajar dan anggota
masyarakat kerana perkara-perkara berikut:

3.1.1 Inspirasi dan panduan


Pendidikan yang beretika penting bagi mengelaskan kepelbagaian
tingkah laku yang diamalkan di sekolah atau pun organisasi. Ini
_____________________________________________________________________
15
eiyna@linuxmail.org OUMM3202 PROFESIONAL ETHICS
ROSLINA BT MOHAMAD@AWANG (720923-11-5136)
adalah kerana etika yang baik merupakan landasan kerja yang
lebih sempurna dan teratur. Melalui panduan dan amalan pula
ianya boleh memandu dan mengingatkan anggota masyarakat
tingkah laku yang sepatutnya dalam sesuatu keadaan.

3.1.2 Pencegahan dan disiplin


Sewaktu di sekolah atau di pusat pengajian tinggi terdapat pelbagai
penyelewengan oleh ahli-ahli seperti tabungan duit kelas dan
sebagainya. Perkara sebegini dapat dielakkan dengan akhlak yang
mulia serta mematuhi arahan disiplin yang diberikan. Ini bermakna
pencegahan kelakuan yang buruk dan disiplin yang baik membawa
seseorang ke arah nilai hidup yang lebih baik walau disogok
dengan rasuah.

3.1.3 Memelihara maruah


Pelajar dan anggota masyarakat yang mengamalkan nilai-nilai etika
yang baik dapat memberi gambaran kepada semua pihak tentang
imej positif yang ditampilkan baik, di sekolah, di universiti atau di
tempat kerja. Ini juga bermakna mereka jujur pada diri serta
masyarakat sekeliling.

3.1.4 Memelihara keharmonian


Tingkahlaku yang baik harus diamalkan sepenuhnya supaya
kepentingan semua pihak terpelihara. Dengan adanya keharmonian
antara setiap orang maka, gejala rasuah misalnya dapat dielakkan.

3.1.5 Sokongan menyeluruh


Untuk menjadi seorang yang beretika mulia, maka kita hendaklah
mendapat sokongan yang menyeluruh dari orang-orang yang
terdekat. Dengan ini kita akan mendapat ketenangan dan
kesenangan hidup seterusnya menjadi pendorong untuk lebih
berusaha ke arah hidup yang lebih selesa tanpa gejala rasuah yang
boleh merosakkan diri dan orang-orang yang disayangi.

_____________________________________________________________________
16
eiyna@linuxmail.org OUMM3202 PROFESIONAL ETHICS
ROSLINA BT MOHAMAD@AWANG (720923-11-5136)
3.1.6 Dapat Mengawal tingkah laku
Melalui pendidikan beretika seseorang itu dapat mengawal tingkah
laku mereka. Tingkah laku yang baik akan dipandang mulia. Ini
menyebabkan mereka disayangi dan disukai oleh orang sekeliling.
Dengan ini mereka akan menjalani kehidupan dengan lebih baik
dan mengawal diri daripada berbuat kejahatan seperti amalan
rasuah.

3.1.7 Amanah dan jujur


Pendidikan yang beretika juga penting kepada pelajar adan
anggota masyarakat yang lain. Ini adalah kerana melalui
pembelajaran yang berkesan nilai yang baik dapat diserapkan
seperti amanah dan jujur dalam melakukan sesuatu perkara.
Sekiranya ramai rakyat Malaysia yang mengamalkan etika yang
baik seperti ini maka negara kita akan aman dan damai serta jauh
daripada gejala rasuah.

Kesimpulannya, walaupun seorang profesional itu terikat dengan undang-


undang dan kod etika profesional, masih ramai di antara mereka yang
melakukan amalan yang tidak sihat ini. Persekitaran juga turut mempengaruhi
tindakan seseorang itu untuk melakukan perkara-perkara yang tidak beretika.

Perbuatan-perbuatan yang tidak beretika adalah ibarat penyakit barah


yang sekiranya tidak dirawat akan memudaratkan seluruh anggota badan
sehingga menyusahkan orang. Selain perlaksanaan undang-undang,
kesedaran individu itu adalah sangat penting kerana ianya dianggap sebagai
perisai utama diri dari melakukan perkara-perkara yang tidak beretika. Namun
begitu, apa pun penyelewengan yang mereka lakukan adalah salah dan
bertentangan dengan agama, kod etika profesional dan undang-undang serta
norma-norma masyarakat amnya.

_____________________________________________________________________
17
eiyna@linuxmail.org OUMM3202 PROFESIONAL ETHICS
ROSLINA BT MOHAMAD@AWANG (720923-11-5136)
4.0 Ciri – ciri yang perlu ada bagi bangsa yang beretika sebelum
memasuki alam pekerjaan:

4.1 Bersikap inisiatif

Sebelum memasuki alam pekerjaan, seseorang itu perlu


mempunyai sikap yang berinisiatif tinggi untuk melakukan
sesuatu perkara atau pekerjaan. Ini adalah kerana individu yang
sentiasa ada inisiatif diri yang baik akan berusaha melakukan
sesuatu dengan sebaiknya apatah lagi setelah mendapat
pekerjaan tersebut. Etika baik ini dapat menolongnya menjadi
individu sentiasa dihargai dan di pandang tinggi kerana
kesungguhan yang ditunjukkan.Contohnya dalam bidang
perniagaan pekerja akan berusaha untuk mengembangkan
perniagaan syarikat dalam bidang-bidang baru seperti
Pengeluaran atau perkhidmatan yang baru.

4.2 Cemerlang
Ciri seterusnya ialah berusaha menjadi seorang yang
cemerlang. Sekiranya seseorang itu telah cemerlang dirinya
sebelum bekerja maka tidak mustahil mereka akan lebih
cemerlang setelah bekerja. Prestasi kecemerlangan yang
ditunjukkan menjadi lebih beretika dengan pengurusan diri yang
baik. Untuk mencapai tahap kecemerlangan, seorang pekerja itu
mesti ada disiplin diri. Mereka yang mempunyai displin diri boleh
bekerja dengan baik dalam semua keadaan.

4.3 Disiplin diri


Untuk menjadi bangsa yang beretika sebelum memasuki
alam pekerjaan, disiplin diri amat penting. Ini adalah moral yang
baik kerana insan bermoral menjadi sanjungan masyarakat.
Dengan ini gejala tidak sihat seperti rasuah dapat dihindarkan.

_____________________________________________________________________
18
eiyna@linuxmail.org OUMM3202 PROFESIONAL ETHICS
ROSLINA BT MOHAMAD@AWANG (720923-11-5136)
4.4 Niat

Sebelum memasuki alam pekerjaan kita hendaklah


mempunyai niat yang betul. Niat sebegini adalah amalan yang
baik. Untuk berjaya dalam sesuatu bidang yang dilakukan,
seseorang itu harus mempunyai komitmen terhadap kerjaya
yang akan diceburi. Ini kerana dengan mempunyai niat yang
ikhlas dan jujur dalam melaksanakan sesuatu perkara maka
akhlaknya akan dipandang tinggi. Amalan dan nilai etika yang
baik ini akan menjadikan seseorang itu bekerja dengan jujur
apabila memasuki bidang pekerjaan seterusnya menolak
amalan rasuah

4.5 Bertanggungjawab Terhadap Masyarakat

Etika kerja profesional turut menekankan tanggungjawab


terhadap masyarakat. Tidak wajar mementingkan keuntungan
semata-mata tanpa memikirkan akibat pekerjaan tersebut
kepada masyarakat dan alam sekitar. Sebagai contoh,
sesebuah syarikat pemaju perumahan tidak wajar
menggondolkan suatu kawasan hutan dengan sesuka hati demi
apa yang dikatakan sebagai pembangunan. Perbuatan tersebut
bukan sahaja menjejaskan alam sekitar, malah juga sumber
pendapatan penduduk setempat. Tanggungjawab terhadap
masyarakat amat penting kerana ia mencerminkan etika
sebenar dan keprihatinan mereka kepada masyarakat.

4.6 Amanah Dalam Kerja

Sifat amanah adalah teras keharmonian dan kejayaan


sesebuah institusi masyarakat atau pekerjaan; sebuah syarikat
misalnya. Bayangkan jika seseorang pekerja atau pegawai tidak
mempunyai sifat amanah; segala urusan tidak akan berjalan
sempurna dan membawa kepada kehancuran institusi atau
syarikat tersebut.

_____________________________________________________________________
19
eiyna@linuxmail.org OUMM3202 PROFESIONAL ETHICS
ROSLINA BT MOHAMAD@AWANG (720923-11-5136)
Sifat amanah dalam kerja yang telah diamanahkan
tentunya akan menghasilkan nilai-nilai keperibadian seorang
pekerja yang baik. Peranan ketua-ketua bahagian atau majikan
amat penting dalam membanteras gejala tidak amanah dalam
kerja. Pekerja-pekerja seharusnya patuh kepada arahan yang
diberi dan melaksanakan tugas itu dengan baik. Sifat ini bukan
hanya melanda pekerja biasa sahaja, malah tidak kurang juga
majikan atau ketua sendiri yang mengamalkan sifat tidak
amanah ini.

4.7 Komited Terhadap Kerjaya.

Kunci kejayaan seseorang individu ialah komited


terhadap kerjaya yang diceburinya. Komited yang dimaksudkan
di sini ialah menumpukan perhatian dan bersungguh-sungguh
terhadap apa yang dilakukan. Sifat komited ini dapat
menyumbang ke arah terhasilnya mutu kerja atau khidmat yang
cemerlang. Kerja yang dilakukan mestilah sentiasa mencari
peluang-peluang untuk meraih kecemerlangan dalam kerja.
Pekerja akan sentiassa melihat da merebut peluang yang
tercipta atau dicipta sendiri. Kata-kata hikmat dalam perniagaan
yang sering dijadikan pegangan usahawan ternama iaitu,
"Peluang mesti dicari, ianya tidak diberi". Ini merupakan faktor
penting dalam mencapai kejayaan.

4.8 Akhlak
Akhlak merupakan teras pembentukan seseorang dalam
membina kerjaya diri. Begitu juga halnya dengan pembentukan
etika kerja professional. Justeru itu setiap insan yang ingin
memasuki bidang pekerjaan baik profesion guru atau pekerjaan
lain, haruslah mempunyai akhlak yang mulia yang akan
melambangkan ketinggian peribadi dan kualiti seseorang itu.
Sekiranya setiap anggota masyarakat mengamalkan amalan

_____________________________________________________________________
20
eiyna@linuxmail.org OUMM3202 PROFESIONAL ETHICS
ROSLINA BT MOHAMAD@AWANG (720923-11-5136)
yang baik maka negara kita akan sentiasa aman damai serta
tiadanya amalan politik wang.

4.9 Bersyukur
Bersyukur merupakan susulan daripada kejayaan yang
dikecapi setelah memperolehi sesuatu yang dihajati. Sebagai
makhluk Tuhan kita hendaklah sentiasa bersyukur dengan
rezeki yang kita dapat supaya hidup kita diberkatiNya. Sebelum
memasuki alam pekerjaan maka hendaklah ditanamkan dalam
diri sifat sentiasa akan bersyukur nikmat yang diperolehi. Etika
yang baik akan menolak sebarang bentuk imbuhan dalam
pekerjaan seperti amalan rasuah yang sememangnya akan
melumpuhkan ekonomi dan negara.

4.10 Pengurusan masa


Dalam menjalani pekerjaan, amat perlu dititikberatkan
soal pengurusan masa kerana salah satu faktor kejayaan dalam
pekerjaan adalah pengurusan masa yang berkesan.
Pengurusan masa yang cekap dapat membantu meringankan
beban tugas di samping memudahkan segala urusan kerja. Ini
adalah kerana masa yang berkualiti amat penting untuk
membina kerjaya yang baik serta mengelakkan amalan etika
yang tidak sihat.

_____________________________________________________________________
21
eiyna@linuxmail.org OUMM3202 PROFESIONAL ETHICS
ROSLINA BT MOHAMAD@AWANG (720923-11-5136)
5.0 HUBUNGAN PENDIDIKAN BERETIKA DENGAN AMALAN
RASUAH

Jenayah etika merupakan suatu isu hangat yang sering


diperkatakan.Antarannya iaitu perbuatan rasuah.Rasuah ditakrifkan sebagai
suatu pemberian yang dberikan kepada seseorang untuk melakukan sesuatu
yang salah dan menyalahi etika serta undang-undang.

Pelbagai persoalan yang timbul disebalik masalah sosiol yang semakin


berleluasa sehinggan kini bermula di peringkat rendah sehinggalah kealam
pekerjaan.Nilai-nilai etika yang semakin hilang yang mana suatu ketika
dahulu dipelihara dengan baik hilang di bawa arus kemodenan.

Pendidikan etika bertujuan untuk melahirkan individu yang seimbang


berdasarkan Falsafah Pendidikan Negara dari segi intelek,rohani,jasamani
dan emosi.Bertepatan dengan kehendak tugasan ni,hubungan pendidikan
etika dengan amalan rasuah,maka etika yang diterapkan dari alam
persekolahan akan dibawa kepada kehidupan yang kian mencabar bagi
mengelakkan gejala-gejala yang tidak sihat melanda diri individu
nanti.Sekiranya individu tersebut berakhlak mulia dan beretika mereka boleh
menghindarkan diri dari etika salahlaku pada masa akan datang.

Keinginan atau kemahuan seseorang yang tidak terbatas itu adalah


suatu naluri yang sentiasa ada pada kita sebagai insan
biasa.Contohya,inginkan kereta besar,rumah besar,pakaian mahal dan
sebagainya.Namun begitu jika dalam diri mereka telah tertanam etika yang
mulia semenjak perigkat sekolah sedikit sebanyak dapat mengelakkan
mereka dari terlibat dengan amalan rasuah yang sememangnya merupakan
jalan penyelesaian yang mudah untuk mendapatkan sesutu yang
diinginkan.Pendidkan beretiaka semenjak di alam persekolahan merupakan
penghalang bagi mereka terjerumus kepada kancah sosial yang tidak
bermoral.

_____________________________________________________________________
22
eiyna@linuxmail.org OUMM3202 PROFESIONAL ETHICS
ROSLINA BT MOHAMAD@AWANG (720923-11-5136)
Namun begiti amalan rasuah masih berlaku di peringkat rendah lagi
umpamanya murid-murid yang akan menduduki peperiksaan contohnya
UPSR telah ditawarkan sejumlah wang atau hadiah yang lumayan oleh pihak-
pihak tertentu samada guru,ibubapa ataupun daripada badan-badan tertentu
dalam masyrarakat.Amalan ni terbawa-bawa sehingga alam pekerjaan.Bagi
murid tersebut pemberian tersebut merupakan satu ganjaran yang besar
nilainya.Sedangkan disebalik pemberian tersebut mengandungi nilai-nilai
yang kurang baik dan tidak beretika yang patut diamalkan.

Jelas sekali,apabila menjejaki kaki ke alam pekerjaan,bayak lagi


berlakunya jenayah etika yang kian melanda masyarakat hari ni.Arus
kemodenan pada hari ni menuntut mereka melakukan aktivti tidah sihat
contohnya,penyalahgunaan teknologi yang kita kecapi masa kini.Ada pihak
yang menyalahgunakan kemajuan teknologi untuk amalan jenayah seperti
‘money launering’ serata dunia melalui kad kredit via komputer dan
sebagainya.

Pendidikan beretika yang telah diterapkan semenjak diperingkat


sekaolah rendah hingga keperingkat universiti menanamkan sikap
jujur,amanah,bertanggungjawab dan sebagainya,merupakan halangan bagi
mereka untuk melakukan jenayah etika yang seringkali kita dengar melalui
media massa dan media elektronik. Keperluan pendidikan beretika
merupakan penawar untuk menghindarkan gejala rasuah yang boleh menberi
kesan kepada negara,masyarakat,keluarga serta individu.

_____________________________________________________________________
23
eiyna@linuxmail.org OUMM3202 PROFESIONAL ETHICS
ROSLINA BT MOHAMAD@AWANG (720923-11-5136)
6.0 KESIMPULAN

Pendidikan beretika bertujuan untuk mengawal tingkahlaku para


professional supaya mereka dapat menggunakan segala pengetahuan,
kepakaran dan kemahiran yang ada untuk kebaikan semua pihak. Untuk
mencapai tujuan ini tidaklah dinafikan bahawa etika kerja professional
memainkan peranan yang amat penting untuk menjadikan masyarakat yang
beretika dan berjaya.

Namun demikian, mekanisme untuk mengawal tingkahlaku manusia


perlu melangkaui etika professional. Ini kerana terdapat banyak faktor yang
boleh mempengaruhi dan menentukan tingkahlaku seseorang individu dan
keputusan yang dibuatnya. Oleh itu, faktor-faktor lain seperti keperluan
kehidupan, nilai-nilai hidup, penguatkuasaan undang-undang, pendidikan
agama, budaya kerja dan lain-lain perlu diambil kira supaya mewujudkan satu
persekitaran kehidupan yang sentiasa mendorong seseorang individu
melakukan sesuatu yang hanya mendatangkan faedah dan kebaikan semua
pihak.

Melalui pendidikan yang beretika dan mempraktikkanya ke arah nilai


yang baik, maka ianya tentu sekali dapat mengawal tingkah laku seseorang.
Amalan rasuah yang berlaku perlu dibenteras daripada semakin berleluasa
kerana ianya adalah satu amalan yang patut dijauhi dan perlu
dihindari.Sungguhpun rasuah merupakanperbuatan yang bertentangan
dengan nilai etika,namun ia massih dilakukan oleh segelintir manusia yang
inginkan kemewahan secara cepat dan mudah.Dalam jenayah rasuah
ini,jalan penyelesaian yang paling berkesan ialah menpunyai pegangan
agama yang kukuh.

Akhir kata,gerak gempur pendidikan pendidikan iaitu menanam


semangat kerohanian dan daya ketahanan yang kuat dan tanggungjawab
sosiol mestilah diteruskan.Agar kita menbangun dalam keadaan yang
seimbang.

_____________________________________________________________________
24
eiyna@linuxmail.org OUMM3202 PROFESIONAL ETHICS
ROSLINA BT MOHAMAD@AWANG (720923-11-5136)
7.0 BIBLIOGRAFI

1. Esah Sulaiman (2006). Amalan Profesionalisme Perguruan.


Johor Darul Takzim. Universiti Teknologi Malaysia.

2. Mok Soon Sang (2007). Pengurusan Pengajaran


Pembelajaran.Puchong,Selangor. Multimedia-Es
Resources Sdn. Bhd.

3. Mustafa Haji Daud (1996).Etika Pengurusan. Kuala Lumpur.


Utusan Publication and Distributor Sdn. Bhd.

4. Prof. Dr. Mansor Fadzil (2008).Professional Ethics.Selangor


Darul Ehsan. OUM.

5. Sufean Hussin (1989). Pengajaran Nilai dalam Kurikulum.


Petaling Jaya. Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

6. Nilai dan Etika dalam Perkhidmatan Awam (1991). Kuala


Lumpur. Institut Tadbiran Awam Negara.

7. http://members.tripod.com/takingoff/etika.html

8. http://www.scribd.com/doc/2275429/presentation-etika

9. www.mrsmkm.edu.my/pdrmkulim/cr_guru_etika.

10. www.komputer.com.my/etika_profesional.htm

11. www.scribd.com/doc/3558161/Nilai-dan-etika-dalam- perkhidmatan

_____________________________________________________________________
25
eiyna@linuxmail.org OUMM3202 PROFESIONAL ETHICS
ROSLINA BT MOHAMAD@AWANG (720923-11-5136)

You might also like