1.

0 Pengenalan

Kepimpinan merupakan satu aspek yang penting di dalam pengurusan. Kebolehan memimpin merupakan satu petanda bahawa seseorang itu memiliki bakat untuk menjadi seorang pengurus yang berkesan. Tetapi kecekapan memimpin saja tidak memadai untuk mencatat kecemerlangan di dalam kepimpinan dan pengurusan. Sering diperkatakan bahawa pengurus yang berkesan ialah pemimpin yang baik, tetapi pemimpin yang baik tidak semestinya seorang pengurus yang baik. Untuk menjadi seorang pengurus yang baik, seseorang itu memerlukan kebolehan merancang, menyusun dan mengawal. Bersenjatakan kuasa yang ada padanya pemimpin mestilah bijak menggabungkan semua sumber yang ada di dalam organisasi ke arah matlamat yang telah ditetapkan. Di samping pandai menggunakan kuasa dan pengaruh, penerimaan juga merupakan inti kepada kepimpinan. Penerimaan ialah kerelaan orang bawahan untuk menerima dan memperakui pucuk pimpinan. Pada amnya manusia akan menerima sesuatu pucuk pimpinan jika di dalam penilaian mereka pemimpin yang terlibat itu berkemampuan untuk memenuhi kehendak dan keperluan hidup mereka. Dalam mengorganisasi sesebuah sekolah seseorang guru besar perlu menjadi pemangkin kepada perubahan, agen kepada satu bentuk kepimpinan yang baru dan dapat mengubah organisasi kepada bentuk yang lebih mantap dan cemerlang. Dalam pengurusan pengkongsian tugas, kerja dan kepimpinan adalah perlu bagi mendorong pengikut merealisasikan visi, misi dan objektif. Konsep ini akan menyediakan perubahan organisasi ke arah hala tuju yang lebih mantap dan berdaya saing.

2.0 Definisi dan Konsep Kepimpinan Distributif

“Kepimpinan” ialah perkataan terbitan daripada “pimpin”. Pimpin bererti bimbing, pandu atau tunjuk. Memimpin diberi erti sebagai memegang tangan dan membawa berjalan menuju ke sesuatu tempat. Kepimpinan membawa erti “keupayaan memimpin” dan “Kepemimpinan” pula “keupayaan sebagai pemimpin, daya seseorang pemimpin”. (Kamus Dewan 1994). Menurut Koontz, Harold and O’Donnel, 1976, kepimpinan secara amnya adalah semata-mata

1

Kepimpinan distributif ialah satu status yang menunjukkan seseorang individu. Richard Halberson & John B Daimond (2001 : P24) mendefinisikan distributif sebagai ”kemampuan untuk memberi kuasa kepada yang lain-lain” dengan tujuan menbawa perubahan yang besar dalam bentuk. Fulmer 1975. perseorangan dan ketua yang berani. 1978. Edwin 1978. sebilangan kecil daripada individu yang beraksi dalam pertunjukkan atau sebilangan besar ahli unit-unit berorganisasi.bermakna pengaruh.yang dipetik dari Jurnal Investigating School Leadership Practice : “A Distributed Perspective” oleh James P. Spillane. kepimpinan adalah satu proses pengaruh mempengaruhi di antara pemimpin dengan pengikut. 2 . dimana ia membenarkan pentaksiran yang berbeza tentang kepimpinan daripada tradisional. satu seni atau proses mempengaruhi orang supaya berusaha secara sukarela ke arah pencapaian matlamat bersama. Burn.(James Gribben.(Gordon. Setiap yang terlibat memegang watak-watak yang berbeza antara satu dengan yang lain. Asas yang membezakannya ialah pengaruh iaitu pemimpin mempengaruhi dan pengikut mematuhi atau akur. satu ageregat untuk membezakan individu. Proses kepimpinan selalunya melibatkan pertalian pengaruh yang bersifat dua arah dan tujuan utamanya untuk mencapai matlamat bersama. sifat dan fungsi kebanyakan fenomena. Kepimpinan dapat dijelaskan sebagai satu proses mempengaruhi ke atas kumpulan dalam situasi dan masa yang khusus yang dapat merangsang mereka untuk berusaha secara rela hati bagi mencapai matlamat bersama. Thomas 1955) Robert. 1988 dipetik dari jurnal yang sama menyatakan bahawa distributed membenarkan kita menimbangkan dimensi pengurusan kepimpinan dengan mengekalkan syarat yang perlu bagi membantu sesebuah organisasi mencapai matlamat semasa. Kepimpinan dapat dilihat sebagai proses interaksi di antara individu dengan kumpulan atau secara khususnya di antara individu dengan keseluruhan ahli yang menganggotai kumpulan. Menurut Hollander. 1972) Menurut Gronn (2002 : 427) dalam Journal Distributed leadership: A Case of An Australian Voluntary Nonprofit Organization oleh Loretta M Inglis & James C Sarros (P:2) mendefinisikan Distributif sebagai kepimpinan. Bennis & Nanus 1985 . pula berkata bahawa kepimpinan melibatkan kedua-dua keupayaan atau kekuatan untuk meyakinkan orang lain bekerja keras ke arah sesuatu matlamat dan kemahiran atau kebolehan untuk membantu mencapainya. Sementara Cuban.

Melalui kepimpinan ini. kepimpinan distributif ialah gabungan antara peranan dan tabiat yang boleh dipisahkan. diputarkan dan digunakan secara berturutan dan berperingkat. Barry (1991 : 34) dalam Journal Distributed Leadership: A Case of An Australian Voluntary Nonprofit Organization oleh Loretta M Inglis & James C Sarros pula menyatakan. Ia memerlukan koordinasi yng intensif dengan implementasi yang sesuai dan membantu dalam memberikan sokongan kepada guru dan ibubapa. lebih tepat lagi. Shared Leadership Involve Small Group. sifat personal diri dalam membentuk nilai percaya mempercayai. Ini bermaksud dalam satu masa tertentu pemimpim yang berkebolehan boleh wujud dalam satu kumpulan dengan ”angkuh” sebagai pelengkap kepada peranan kepimpinan. pemimpin akan menggunakan nilai. tanggungjawab dan bidang daripada pemimpin kepada orang di bawah. dihormati dan ketulenan. takbur tetapi lebih bersikap autokratik. kuasa. pengagihan kerja dan penurunan kuasa (empowerment). taktik. kepimpinan merupakan hubungan kolabratif di mana ia menjadi panduan kepada asas tindakan kolektif dalam berkongsi nilai manusia yang berkerja bersama bagi mendapatkan kesan perubahan yang positif. Kepimpinan distributif ini boleh dijalankan di semua organisasi seperti sektor pendidikan. skil. Jackie Burniskie dan Tom Barlow Menggariskan tiga model dalam Kepimpinan Distributif Shared Leadership Through Co-Pricipalship. ibu bapa dan pelajar. dikongsi.House dan Aditja (1997 : 457) dalam Journal Distributed Leadership: A Case of An Australian Voluntary Nonprofit Organization oleh Loretta M Inglis & James C Sarros (P:3) mendefinisikan kepimpinan distributif sebagai proses kepimpinan yang tidak boleh dipandang ringan dalam mengenali tabiat seseorang. Kepimpinan Distributif boleh didefinisikan kepada pengagihan tugas.dimana pembantu berfungsi seperti pemimpin di atas termasuk bekerja sama dengan guru lain. tegas terutama dalam menangani masalah dan isu-isu subordinat yang ”besar kepala”. ” Angkuh” bukan bermaksud sombong. Kepimpinan distributif ini dapat mengurangkan jurang antara pemimpin dan subordinat. pengalaman. Model ini menolong pemimpin mengenali karektor dan cara untuk berubah.Perkongsian kepimpinan dalam kumpulan kecil melibatkan ibubapa dan guru yang terlibat dalam tugas khas seperti mewujudkan pelan peningkatan sekolah 3 .

• • Kepimpinan ini tidak beerti melanggar kebiasaan dalam kepimpinan dan pengurusan.Pengetua atau guru besar sebagai Pengarah Urusan (CEO). Pemimpin boleh melihat dari sudut yang lebih baik. Kepimpinan ini adalah mengenai kerjasama dan percaya. mengawal dan berani mengambil risiko.Organize School Like A Company. Dalam suasana kepimpinan ini kesalahan/kesilapan akan menghasilkan penemuan baru kepada pendekatan terbaharu. Dalam situasi kepimpinan ini. namun sesiapa yang mempunyai kepakaran. ancaman dan perubahan. menguji.mempercayai dan bukan satu persaingan/pertandingan antara individu atau unit. bukan semua orang sebagai pembuat keputusan. ketua panitia akan bertindak dan berperanan dalam fungsi yang spesifik. 4 . dan juga berbentuk pengagihan bidang dengan subordinat dimana seterusnya pemimpin juga menerapkan amalan empowerment (penurunan kuasa) • Kepimpinan ini mencari jalan dengan menggunakan idea. kemahiran tertentu sebagai contoh guru panitia matematik boleh membantu rakan dalam menganlisa data murid berkaitan subjek tersebut. Namun demikian boleh juga diwujudkan model tersendiri di mana setiap orang menerima kepimpinan sekolah. Ia bukan mewujudkan satu proses dari bentuk konsep kepada bentuk realiti. tetapi setiap yang pakar dan mempunyai kemahiran boleh menyumbang kepada proses membuat keputusan. manakala guru penolong kanan. Kepimpinan ini memberi kuasa subordinat bekerja lebih effisen. Antara konsep Kepimpinan yang dikenalpasti ialah: • Kepimpinan berbentuk perkongsian kepimpinan. bermakna dan lebih efektif. Berkongsi dalam satu misi dalam mencapai matlamat yang sama. “tapping the expertise” dan penglibatan semua orang dalam perancangan dan perlaksanaan dalam sesebuah organisasi • • • • • Kepimpinan boleh memahami masalah.

Pemimpin memainkan peranan yang amat penting dalam menganjurkan pembaharuan dalam organisasi.• Kepimpinan distributif bermaksud semua warga organisasi mesti bersifat mengambil bahagian (bertanggungjawab) dalam sesuatu organisasi. Maka dengan kepimpinan yang sesuai seperti distributif amat sesuai diaplikasikan di sesebuah sekolah. 3. struktur. undertake in respone to dynamic internal and external factors” Quinn menjelaskan perubahan organisasi melibatkan segala bentuk modifikasi yang bermakna dan telah dilakukan oleh pemimpin terhadap sebahagian atau keseluruhan jentera organisasi. Tujuan utama distributif ialah supaya kuasa yang ada tidak tertumpu atau dimonopoli satu kumpulan kecil sahaja. kemampuan untuk memenuhi keperluan pelanggan dalaman dan pelanggan luara mempunyai imej yang jelas tertangn. Distributif Leadership Model (DLM) telah dibangunkan selama 4 tahun di MIT 5 . groups and organisations.1 Perubahan mengikut Cook. Persoalannya ialah sama ada idea pengagihan kuasa ini dapat dilaksanakan secara menyeluruh atau sekadar luaran sahaja.0 Dapatan Kajian Pengagihan kepimpinan atau distributif mula dibicarakan oleh seorang ahli Psikologi Australia . CA Gibb cuba mengaplikasikan pengagihan kuasa ini di dalam sesebuah organisasi supaya bila seseorang pemimpin bertukar nanti akan ada pelapis di kalangan pemimpin sedia ada. Pemimpin perlu mempunyai imej yang jelas tentang organisasi bersabit apa. CA Gibb ( 1954 ) dalam bukunya ’Psikologi Sosial – Satu Kebimbingan Hubungan Utama’. Kepimpinan berbentuk distributif (perkongsian) ini selalunya mendorong pengikut merealisasikan visi dan misi yang dibentuk dan memotivasikan pengikut mencapai objektif organisasi. Hunsker dan Coffey (1997) mendefinisikan perubahan sebagaimana berikut: “The coping process of moving from the present state to desired state that individual. Pengurusan perubahan merupakan satu proses pembaharuan yang dilakukan secara berterusan oleh organisasi dari segi hala tuju. arah yang ingin ditujui dan bagaimana tujuan ni akan dicapai. 2.

“ Peter Senge Dalam sesebuah organisasi terutama sekolah perlu membuat perubahan bagi memastikan organisasinya terus bersaing dalam era globalisasi ini. mereka mendapati ia merupakan alat yang amat berkesan dan boleh diintegrasikan dalam kepimpinan. Kepimpinan (DLM) menyediakan satu rangka kerja dalam pengajaran kepimpinan dan kepimpinan di lapangan sebenar. Tom Malone dan Wanda Orlikowski dengan Pensyarah Kanan Peter Saget. L L L L Leadership Pratice F TIME F Leadership F Pratice Followers Rajah 1: Amalan Kepimpinan dari Perspektif Distributif 6 . Philedelphia oleh Profesor Deborah Ancona. the way that leadership is thaught must change.Sense making – boleh memahami keadaan di mana kita bekerja Relating.Leadership Centre .mencipta sesuatu yang menambat perhatian masa hadapan Inventing – mereka cara baru bekerjasama untuk mencapai visi. too. As leadership moves away from a “command and control” model to a more “culculative and coordinate” model.membina hubungan erat antara dan semasa dalam organisasi Visioning. “The Distributed Leadership Model (DLM) provides the framework for teaching leadership and for leadership practice in general. Terdapat 4 komponen utama DLM yang dikaji di MIT iaitu: .

” Mengikut Johnathan A. dan menggurangkan birokrasi dalam pengurusan sekolah. Mengikut Profesor John Diamond dari Havard Graduate School of Education menyatakan: “Distributed leadership is a powerfull way to understand leadership activity in school in more complex and interconnected ways” 7 . Distributed practices can help principles free some time to focus on instructional leadership”. Guru besar sering kekurangan masa untuk membuat perubahan. Mengikut Johnathan A. tenaga. Lead More menyatakan: “An important benefit of distributive leadership is that it will free up time for principles to become true instructional leaders. Pemimpin sekolah akan mempunyai banyak masa dalam mengendalikan kurikulum dan peningkatan akademik. Supovitz dalam Jurnal Manage Less. Pendidik. Supovitz lagi: “ Instructional leadership is the mantra of school reform today. Kemampuan seseorang pemimpin itu terbatas oleh keupayaan. penyelidik dan pembuat polisi bersetuju bahawa pengurus/pemimpin sekolah pada hari ini tidak boleh memimpin bersendirian menjadi hero atau superman dan superwoman dalam membentuk watak dan persekitaran sekolah yang cemerlang.Berdasarkan kepada beberapa perkara di atas Kepimpinan Distributif merupakan satu anjakan paradigma di sesebuah sekolah. Ia menjadikan sesebuah organisasi persekolahan menjadi lebih effisen. Seseorang pemimpin sekolah dalam sudut kepimpinan distributif. pemimpin tidak perlu banyak mengurus tetapi lebih banyak memimpin. masa. menyelesaikan masalah dalam kurikulum serta boleh menganalisa pencapaian pelajar bersama-sama dengan subordinat serta membuat pelan tindakan bagi meningkatkan prestasi akademik. komuniti. membuat pemantauan terhadap proses pengajaran dan pembelajaran. Dalam dimensi kepimpinan distributif. kemahiran dan dari segi kecekapan. akan dapat menjalankan tugas sebagai pemimpin instruksional peranan dalam dari perspektif sebagai pemimpin pengajaran.

Maka pemimpin boleh membina dan mencari peluang bagi mewujudkan peluang untuk organisasinya berubah. seseorang pengetua aatau guru besar dipandang seperti kenyataan berikut: “Principles is expected simultaneously to be a servant-leader. Ia akan dapat memberikan fokus kepada kepimpinan pengajaran. Disamping itu pemimpin sekolah juga memberikan kuasa dan pengagihan dalam membuat keputusan kepada subordinat sementara beliau berusaha untuk memberi arahan. a communit-v activist.Seterusnya fikirkan bahawa aktiviti bagi mendaratkan kapal terbang bukan kerja sembarangan boleh dilaksanakan dan juruterbang sebagai pemimpin tidak dapat mendaratkannya tanpa pemabantunya. Melalui kepimpinan distributif. anak kapal di dalam kokpit.” (Blackman and Fenwick 2000) Berdasarkan kepada pernyataan di atas dapat dinyatakan seseorang pemimpin sekolah begitu terdesak dalam memimpin dan menguruskan sekolah. orang yang cuba mendaratkan kapal terbang . jurutera dan pengawal trafik. Berdasarkan kepada Pengarah Bahagian Pengetuaan di Harvard University.Melalui ini perbandingan boleh dibuat tentang kokpit sebuah kapalterbang. and a crisis negotiator-.holder begitu tinggi terhadap keupayaan seseorang guru besar dan pengetua. ibu bapa. dengan adanya pengagihan kepimpinan kepada semua pihak yang berkaitan dapat meringankan bebanan yang digalas oleh guru besar. panel di dalamnya. yang mempunyai penumpang. Seterusnya persekitaran yang boleh diwujudkan oleh kepimpinan distributif adalah seperti berikut dimana guru besar boleh berfungsi sebagai penunjuk jalan “shepherds” berbanding pegawal atau penjaga “guardians” kepada perubahan. an organitional and social archited. while raising student’s standardizes – test performance. komuniti dan stake. Maka pembahagian tugas dan tanggungjawab di sini adalah perlu dalam keseragaman dan kesepaduan supaya tugas yang dijalankan mampu dilaksanakan dengan berkesan. Kepimpinan distributif boleh dijadikan sebagai satu strategi organisasi sekolah yang amat berkesan. 8 . Ekspetasi guru-guru. a moral agent. a child advocate and a social worker. an educator. muridmurid.

Membentuk atau mewujudkan budaya baru bagi menggantikan budaya yang sedia ada melalui atau memperkukuhkan budaya yang didapati produktif. pengurus boleh berubah dari tahap yang kaku atau “vaccum” kepada perubahan mengamalkan pengkongsian kepimpinan.0 Aplikasi Kepimpinan Distributif Di Sekolah Kejayaan sesebuah sekolah adalah bergantung kepada kecekapan dan keberkesanan pemimpin dalam memimpin dan mengurus. Penyelesaian punca-punca masalah yang menyebabkan kemerosotan akademik sekolah. pemimpin boleh berubah dari tahap yang kaku atau “vaccum” kepada perubahan yang mengamalkan pengkongsian kepimpinan. penuh kepercayaan dan ada 9 . Pemimpin perlu bijak menggunakan personalitinya dalam mempengaruhi pemimpin bawahan dan subordinat bagi memimpin sekolah. Menggerakkan segala tenaga di sekolah dan di luar sekolah ke arah pencapaian matlamat-matlamat sekolah melalui kepemimpinan pengetua. iaitu pelajaran dan pencapaian akademik para pelajar dapat dicapai. kemahiran dan kesesuaian tugas seseorang subordinat. Lataran itu. Melalui kepimpinan distributif. dalam merealisasikan perubahan dan hala tuju sesebuah sekolah seseorang pemimpin perlu menoleh kepada bentuk Kepemimpinan Distributif. pemimpin memberi kepercayaan kepada subordinat menjalankan tugas dengan lebih bermotivasi. Mengikut Ainon Mohd dalam bukunya. Maka. Bagaimana Hendak Mendorong Semangat Kerja menggariskan beberapa ciri pemimpin yang berkesan seperti berikut: • • • • • • • • • Menetapkan hala tuju Berpengetahuan dalam bidang teknikal Menjaga standard prestasi tinggi organisasi Mendukung dan menyokong Fleksibiliti Memastikan pencapaian matlamat sekolah.4. pengagihan tugas (distribute) dan seterusnya penurunan kuasa kepada pemimpin bawahan dan subordinat Pengagihan dan pengkongsian boleh diaplikasikan mengikut kepakaran. pengagihan tugas kepada subordinat.

Guru besar mempunyai banyak masa merancang strategi akademik. Pemimpin sekolah boleh menumpukan kepada “core business” iaitu bidang akademik yang menjadi tunjang kepada pencapaian sesebuah sekolah. mengelola. Dalam mengaplikasi kepimpinan distributif. Seseorang pemimpin pula dapat bertindak sebagai pemimpin Instruksional. Ainon Mohd 10 . Mereka merumuskan bahawa seseorang pemimpin boleh memaparkan tingkah laku berpusatkan kepada tugas dan hubungan pada masa yang sama. Subordinat berani meluahkan idea dan pencetus idea kepada organisasi sekolah. Ia boleh mengagihkan tugas kepada pengikut supaya pemimpin boleh bertindak sebagai Pemimpin Instruksional. mengambil berat kebajikan pengikut. mengenal pasti hala tuju. Di masa yang sama seseorang pemimpin perlu berpusatkan tugas. melaksana dan memantau dalam sesuatu tugasan yang diberi. “Pemimpin memberi kepercayaan dan menyerahkan tanggungjawab dan tugas kepada subordinat.kebebasan dalam kreativiti serta berinovasi. Penyelidikan kepimpinan di Universiti Michigan mengkaji tingkah laku pemimpin yang berpusatkan pekerja dan berpusatkan pengeluaran. ia lebih kepada kepimpinan bersama “share leadership”. Kepimpinan distributif kelihatan dan bersifat demokratik dilaksanakan. serta menaruh kepercayaan. Pemimpin perlu membuat pemantauan dan bersama merancang dan melaksanakan tanggungjawab berpusatkan kepada hubungan atau tugas. Ini kerana subordinat boleh. Mereka yang dipimpin dikehendaki membuat keputusan berkenaan tugas-tugas yang mereka jalankan”. merancang. Ia bukan bermaksud pemimpin menyerahkan tanggungjawab keseluruhan kepada subordinat. Ini kerana Kepimpinan Distributif amat selari dengan kepimpinan Instruksional. Ia juga bukan bermaksud subordinat diberi tugas sewenangwenangnya. memantau pengajaran dan pembelajaran serta mengadakan perbincangan dengan staff mengenai cara meningkatkan keupayaan kurikulum.(Likert 1961) Mengikut Teori Pemimpin Mengikut Keadaan (Teori Situasi) pemimpin boleh menggunakan Gaya Penugasan. Melalui kepimpinan ini pemimpin perlu mengekalkan hubungan baik dengan pengikut. Ia bermaksud pemimpin dan staf berkongsi tugas dan tanggungjawab dalam mencapai matlamat.

GPK kurikulum membuat perancangan kurikum bersama ketua bidang. Guru besar sebagai pemantau juga menyumbang idea dalam merencanakan pembangunan di sekolah. Dalam dunia globalisasi yang memerlukan perubahan . perbelanjaan. Pengkongsian yang berbentuk permuafakatan ini boleh dilaksanakan oleh pemimpin sekolah dengan Persatuan Ibu bapa dan Guru. seseorang pengetua dan guru besar mempunyai banyak tugas termasuk kepada ibu bapa dan komuniti koloborasi dengan agensi yang menyokong sekolah. kelas tiusyen berbayar dan pelbagai program tambahan. Begitu juga dalam pengurusan Hal Ehwal Murid dan Ko Kurikulum. Penglibatan ibubapa boleh digerakkan. Manakala pihak pemimpin sekolah memikirkan tentang strategi utama dalam kurikulum. ketua panitia dan jawatan kuasa bagi peningkatan kurikulum dalam bilik darjah. Maka dari itu perlu adanya “participatory leadership”. Sebagai contoh Guru Kanan Hal Ehwal Murid dibenarkan menjalankan pentadbiran HEM dengan membuat perancangan tahunan dan. serta perancangan peringkat tertinggi seperti dalam jawatan kuasa exco sekolah. mengendalikan 11 . Seseorang pemimpin yang berketerampilan perlu menurunkan sedikit sebanyak tugas dan kuasa. kem cuti sekolah. Pemimpin pada masa ini tidak boleh memimpin secara koservertif yang memegang semua tampuk kuasa dan semua arahan datang dari satu pihak sahaja. Dalam mengaplikasikan kepimpinan ini di sekolah pemimpin perlu memberikan kebebasan kepada pemimpin di bawah dan subordinat membuat perubahan namun pemantauan atau monitoring itu amat perlu dalam mempastikan kepimpinan ini berfungsi sebagaimana sepatutnya. GPK kurikulum perlu memikirkan pelaksanaan. “de-centered leadership” bagi mewujudkan konsep kepimpinan yang berubah mengikut konsep kepimpinan berkesan. Sebagai contoh dalam memantapkan pencapaian akademik.Pemimpin boleh mengagih-agihkan tugas-tugas kurikulum kepada guru penolong kanan kurikulumn pentadbiran dari aspek pengkongsian tugas. membuat kertas kerja . ibubapa boleh diberi tanggungjawab menguruskan kelas tambahan dengan menggunakan tenaga dan kemahiran ibu bapa menjalankan kelas bimbingan. tuisyen atau motivasi Peringkat komuniti setempat seperti Lembaga Pengurusan Sekolah boleh digembleng dengan pengkongsian tanggungjawab seperti mencari dana untuk menampung perbelanjaan menjalankan program sekolah seperti motivasi. strategi pengukuhan atau sokongan kepada pengurusan kurikulum.

kepintaran stimulasi. Namun seseorang pemimpin perlu memantau. Namun begitu guru besar perlu diberitahu. perhatian individu terhadap pengikut. Pemimpin distributif merupakan pemimpin perubahan yang dapat mencorak visi kepada realiti. berunding. integrasi. menyelia dan tidak menyerahkan bulat-bulat yang diberikan kepada subordinat.mesyuarat dan menjalankan pogram. membentuk visi mereka. 12 . Demikianlah Kepimpinan Distributif boleh dilaksanakan. keyakinan diri dan pengetahuan yang luas di samping kebolehan dalam melaksanakan perkongsian kepimpinan dalam mengurus organisasinya ke arah perubahan yang positif. Mereka melakukan perkongsian dalam menjana perubahan melalui karisma. 5.0 Rumusan Pemimpin yang mengamalkan perkongsian kepimpinan (distributive leadership) adalah seorang yang dapat mempengaruhi orang lain untuk mencapai matlamat dan menentukan arah tujuan organisasi dan memotivasikan subordinat untuk menangani masalah seterusnya menggerakkan organisasi ke arah masa depan yang cerah. Kemudian Guru Kanan HEM berkongsi tugas dengan ahli dalam Jawatan Kuasa Perancangan HEM seperti menyerahkan tugas BOSS (Skim Pinjaman Buku Teks) dan guru berkaitan boleh memproses borang pinjaman dan murid-murid yang layak menerima buku teks mengikut kriteria yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran. membina kepercayaan dan keyakinan diri yang positif. Guru besar sebagai pemimpin teratas pula perlu mengawal dari segi peruntukan kewangan dan perbelanjaan. Pemimpin yang mengamalkan perkongsian kepimpinan ini adalah merupakan pemimpin karismatik yang mana ia juga merupakan komponen dalam kepimpinan transformasi. bermesyuarat dan memantau program . Ciri-ciri atau sifat-sifat pemimpin yang ingin berubah memainkan peranan penting ianya merangkumi motivasi kepimpinan.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful