You are on page 1of 8

ECO4303

IMPAK PENGGUNAAN SUMBER TENAGA ( MINYAK(PETROLEUM) DAN ARANG


BATU ) KEPADA PERTUMBUHAN EKONOMI DI MALAYSIA (KDNK).

ABSTRAK

Tujuan kajian ini adalah untuk melihat hubungan antara impak penggunaan sumber
tenaga (arang batu dan minyak) dan pertumbuhan ekonomi di Malaysia dengan
penggunaan perisian E-views. Ujian ini untuk melihat kewujudan hubungan jangka panjang
antara penggunaan sumber tenaga dan KDNK di Malaysia. Disamping itu, kajian ini juga
ingin melihat hubungan penggunaan setiap jenis tenaga dengan pertumbuhan ekonomi.
Adakah wujud hubungan yang jelas antara kedua - dua pembolehubah atau sebaliknya.
Hasil kajian ini menunjukkan wujudnya hubungan bagi kedua - dua pembolehubah tersebut.

PENGENALAN

Tenaga elektrik sangat penting untuk mengerakkan industri negara. Tenaga elektrik
yang murah akan menjadikan kos pengeluaran barang-barang kilang dan produk pertanian
di negara kita menjadi rendah. Antara sumber elektrik yang digunakan oleh negara kita
sebagai bahan bakar untuk menjana tenaga elektrik ialah minyak dan arang batu. Tetapi
sumber tersebut menyumbang kepada pencemaran udara dan pemanasan global.

Seiring dengan pertumbuhan ekonomi negara yang semakin pesat, penggunaan


sumber tenaga yang merangkumi penggunaan elektrik yang berasaskan sumber iaitu
minyak dan arang batu turut meningkat bagi menjana pertumbuhan ekonomi. Bekalan
tenaga ini adalah untuk memenuhi permintaan tenaga bagi tujuan penjanaan elektrik.
Penjanaan elektrik mengikut sumber iaitu dari minyak dan arang batu akan mempengaruhi
KDNK negara. Apabila berlaku peningkatan dalam penjanaan elektrik daripada sumber
minyak ataupun arang batu, ia akan meningkatkan KDNK. Manakala penjanaan elektrik
dipengaruhi oleh perubahan harga minyak dan arang batu .

.Kerajaan telah menaikkan harga minyak petrol di negara ini sebanyak 78 sen seliter
kepada RM 2.70 seliter. Ini merupakan kenaikan 40 peratus daripada harga RM 1.92 seliter
sekarang. Manakala harga diesel turut dinaikkan sebanyak RM1 kepada RM2.58 seliter
daripada RM1.58. Langkah kenaikan harga minyak mentah itu, akan menyebabkan
peningkatan kos dalam penjanaan elektrik dan seterusnya akan meningkatkan KDNK
negara. Tariff elektrik turut dinaikkan bertujuan meningkatkan kecekapan pasaran dan
menggalakkan rakyat Malaysia untuk menjimatkan sumber tenaga tetapi kadarnya berbeza
mengikut kegunaan dan sektor.

Selain itu, kerajaan akan mempertimbang mengurangkan kadar tariff elektrik


sekiranya harga arang batu di pasaran turun di bawah paras AS$75 satu tan selama tiga
bulan berturut-turut. Oleh itu , penjanaan elektrik juga dapat ditingkatkan.

1
ECO4303

LATAR BELAKANG TAJUK

Kami ingin mengkaji apakah wujud hubungan yang jelas antara kedua - dua
pembolehubah secara sehala atau hubungan berbilang. Kami menggunakan pendekatan
kaedah Ekonometrik melalui penggunaan perisian E-views. Di mana kami ingin melihat
kewujudan hubungan dalam jangka panjang antara KDNK negara dan penjanaan elektrik
mengikut sumber iaitu minyak dan arang batu.

Berdasarkan ujian yang telah dijalankan kami mendapati bahawa terdapat hubungan
yang positif antara kedua – dua pembolehubah tersebut. Sekiranya penggunaan sumber
elektrik iaitu minyak dan arang batu untuk penjanaan elektrik meningkat maka secara tidak
langsung menyebabkan peningkatan ke atas KDNK negara.

PERANAN DAN SUMBANGAN TENAGA ELEKTRIK

Tenaga elektrik merupakan satu bentuk tenaga yang terhasil daripada proses penggunaan
sumber alam sekitar seperti pembakaran arang batu dan penggunaan gas asli. Tenaga
elektrik telah memainkan peranan yang penting dan telah memberi sumbangan yang besar
dalam kehidupan seharian manusia.

Antara peranan dan sumbangannya adalah:

 Membekalkan tenaga cahaya dan menerangi keadaan sekeliling yang gelap.


Berbanding pada masa dahulu yang hanya menggunakan lilin sebagai sumber
cahaya. Tetapi, sekarang disebabkan adanya kemajuan teknologi yang canggih telah
dapat menjana tenaga elektrik yang kemudian dapat disalurkan kepada pengguna.

 Memudahkan aktiviti seharian dijalankan. Contohnya penggunaan periuk nasi


elektrik,mesin basuh dan juga peti ais. Penggunaan mesin basuh dapat
mempercepatkan proses mencuci dan pengeringan baju dan penggunaan peti ais
dapat menyimpan makanan yang memerlukan suhu yang sejuk seperti daging agar
dapat tahan lebih lama.

 Meningkatkan produktiviti negara melalui penggunaan mesin yang terhasil daripada


kemajuan teknologi. Contohnya mesin memproses beras daripada padi.
Pengeluaran hasil dapat dikeluarkan dengan lebih banyak berbanding pengunaan
alat tradisional.

 Sumber penghasilan tenaga elektrik telah dapat di eksport ke luar negara iaitu gas
asli. Contohnya, penghantaran yang dihantar ke Tokyo Electric Power Company
dalam kontrak 20 tahun yang telah berakhir pada 31 Mac 2003.

 Tenaga elektrik turut menyumbang kepada keluaran dalam negara kasar(KDNK)

 Menggalakkan proses perkembangan atau pertumbuhan sektor perindustrian.

2
ECO4303

SOROTAN KAJIAN / KAJIAN LEPAS

Antara kajian yang dianggap terawal dalam melihat hubungan antara penggunaan
sumber tenaga dan keluaran negara adalah kajian yang telah dilakukan oleh Ronald D.
Sands. Beliau berkhidmat di Joint Global Change Research Institute 8400 Baltimore
Avenue, Suite 201, College Park, Maryland 20740, USA dan Katja Schumacher. Beliau
berkhidmat di German Institute for Economic Research (DIW) Koenigen-Luise-Strasse 5,
14195 Berlin, Germany. Kajiannya adalah melihat hubungan antara penggunaan sumber
tenaga dan keluaran dalam negara kasar (KDNK) bagi negara German dan hasil kajiannya
menunjukkan wujud hubungan yang berbentuk sehala daripada KDNK kepada penggunaan
sumber tenaga.

Pada tahun 1999, Jerman memperkenalkan sebuah cukai ekologi pada bahan bakar
fosil dan elektrik. Pengambilan ini adalah untuk menyokong dua tujuan iaitu untuk
membantu mencapai sasaran persekitaran dan untuk mengurangkan kadar pengangguran.

Dalam kajian itu juga, ia mengatakan minyak dan arang batu adalah sumber tenaga
yang tidak boleh diperbaharui. Walaupun mempunyai simpanan arang batu, ia tidak
digunakan dengan aktif dan hanya dilombong dalam peratusan yang kecil sahaja. Bekalan
tenaga yang mencukupi adalah penting untuk pertumbuhan ekonomi tetapi penggunaan itu
juga member beberapa kesan yang tidak diingini terhadap alam sekitar dan iklim. Oleh itu,
mereka menggunakan tenaga secara mapan untuk menarik perhatian di seluruh dunia.

Dari kajian ini menjelaskan pembangunan keseimbangan umum (CGE) di German


dapat dihitung melalui 2 sasaran utama. Sasaran yang pertama ialah kaedah untuk
mengatasi perbezaan diantara fungsi pengeluaran dan model kos kejuruteraan elektrik
khusus untuk menghasikan teknologi penjanaan elektrik yang berkuasa. Pada sektor
kejuruteraan elektik, German juga menggunakan aplikasi kejuruteraan menggunakan logit
logaritma dalam pelaburan saham untuk menentukan keseimbangan saham dalam pasaran.
Pelbagai cara untuk menghasikan penjanaan elektrik termasuklah IGCC, berbahan bakar,
angin, dan penangkap karbon. Kajian untuk masa depan akan menggunakan analisis
andaian kos penggunaan dan perubahan masa. Sasaran yang kedua ialah pembinaan
model untuk mencari alternative yang berkaitan dengan penggunaan karbon di German.
Kajian telah dilakukan untuk pelbagai siri percubaan melalui target yang dipersetujui untuk
mendapatkan karbon bagi menghasilkan gas untuk digunakan dalam sektor ekonomi seperti
pengeluaran tenaga elektrik dan tenaga intensif bagi industri walaupun penggunaan dalam
German tidak begitu penting.

3
ECO4303

ANALISIS DATA

1. PENGGUNAAN PERSAMAAN OLS

Dependent Variable: KDNK


Method: Least Squares
Date: 10/21/10 Time: 00:22
Sample: 1 25
Included observations: 25

Variable Coefficient Std. Error t-Statistic Prob.  

C -56.47150 10.65672 -5.299142 0.0000


OIL 19.55058 1.889544 10.34672 0.0000
COAL 1.079942 8.643837 0.124938 0.9017

R-squared 0.969484     Mean dependent var 146.7520


Adjusted R-squared 0.966710     S.D. dependent var 101.9863
S.E. of regression 18.60807     Akaike info criterion 8.797234
Sum squared resid 7617.722     Schwarz criterion 8.943499
Log likelihood -106.9654     Hannan-Quinn criter. 8.837802
F-statistic 349.4646     Durbin-Watson stat 0.985943
Prob(F-statistic) 0.000000

KDNK = -56.4715036589 + 19.5505849371*OIL + 1.07994221663*COAL

Petunjuk: KDNK : Keluaran Dalam Negara Kasar

COAL : Arang Batu (ribu tan metrik)

OIL : Petroleum (ribu tan metrik)

Huraian:

 Pertambahan setiap unit arang batu (ribu tan metrik) akan menyebabkan Keluaran
Dalam Negara Kasar (KDNK) meningkat sebanyak 1.07
 Pertambahan setiap unit minyak (ribu tan metrik) akan menyebabkan Keluaran
Negara Kasar (KDNK) meningkat sebanyak 19.55

4
ECO4303

2. UNIT ROOT TEST

ADF Test (Ƭ) PP Test (Z Ƭ)

Variables Levels 1st Diff. 2nd Diff. Levels 1st Diff. 2ndDiff.

-3.73 -3.75 -3.78 -3.73 -3.75 -3.76


KDNK -2.99 -2.99 -3.01 -2.99 -2.99 -3.00
-2.63 -2.63 -2.64 -2.63 -2.63 -2.64
-3.73 -3.76 -3.88 -3.73 -3.75 -3.76
OIL -2.99 -3.00 -3.05 -2.99 -2.99 -3.00
-2.63 -2.64 -2.66 -2.63 -2.63 -2.64
-3.73 -3.75 -3.76 -3.75 -3.75 -3.76
COAL -2.99 -2.99 -3.00 -2.99 -2.99 -3.00
-2.63 -2.63 -2.64 -2.63 -2.63 -2.64

Huraian:

 Data adalah pegun pada kedua-dua peringkat level tetapi tak pegun pada pada
tahap 1 dan tahap 2.

3. JOHANSEN COINTEGRATION TEST

Null Maximum Trace Critical Value Critical Value


Hypotheses Eigenvalue Statistics (5%) (1%)

r=0 0.582 27.468 29.797 35.458


r≤1 0.272 7.374 15.494 19.937
r≤2 0.002 0.057 3.841 6.634
Null Maximum Maximum Critical Value Critical Value
Hypotheses Eigenvalue Eigen (5%) (1%)
Statistics

r=0 0.582 20.094 21.131 25.861


r≤1 0.272 7.316 14.264 18.520
r≤2 0.002 0.057 3.841 6.634

Huraian:

 Tidak wujud hubungan dalam jangka masa panjang bagi setiap pemboleh ubah pada
tahap 5% dan 1%

5
ECO4303

4. GRANGER CAUSALITY TEST

Pairwise Granger Causality Tests


Date: 10/20/10 Time: 12:00
Sample: 1 25
Lags: 2

 Null Hypothesis: Obs F-StatisticProb. 

 OIL does not Granger Cause KDNK  23  1.55875 0.2375


 KDNK does not Granger Cause OIL  1.51026 0.2475

 COAL does not Granger Cause KDNK  23  3.22764 0.0634


 KDNK does not Granger Cause COAL  0.23691 0.7915

 COAL does not Granger Cause OIL  23  3.38187 0.0566


 OIL does not Granger Cause COAL  0.69845 0.5103

Huraian:

 Data menunjukkan tidak wujud hubungan jangka panjang pada setiap pemboleh
ubah pada tahap 5% dan 1%
 Data KDNK mempunyai hubungan dengan arang batu, dan arang batu juga
mempunyai hubungan dengan minyak kerana nilai kedua-dua ini kurang daripada
nilai 0.09.

PERBINCANGAN

Setelah dianalisis data, jelas menunjukkan bahawa pertumbuhan KDNK negara


adalah seiring dengan penggunaan minyak dan arang batu. Buktinya, melalui ujian ’t-test’
pada aras keertian 5 % , nilai t- statistik bagi penggunaan ialah sebanyak 10.34. Dengan ini
kita menolak null hipotesis, dimana wujud hubungan minyak dan arang batu adalah ketara
(significant) terhadap KDNK negara dalam tempoh 25 tahun iaitu dari tahun 1985 hingga
2009.

Kesan hubungan antara penggunaan sumber tenaga dan pertumbuhan KDNK ini
adalah begitu jelas. Penggunaan sumber tenaga ini penting dalam menjana pengeluaran
atau aktiviti sektor ekonomi yang akhirnya akan membawa kepada peningkatan dalam
pertumbuhan ekonomi (KDNK).

Kedua-dua sumber tenaga utama tersebut haruslah dipastikan mencukupi dan


seiring dengan tingkat permintaan dari sektor industri atau sektor ekonomi yang lain. Ini
perlu bagi memastikan bekalan guna tenaga dan sumber tenaga adalah terjamin dan
berterusan agar perkembangan sektor ekonomi tidak terganggu kesan daripada kekurangan
penawaran guna tenaga dan sumber tenaga yang akhirnya akan mengekang pertumbuhan
ekonomi yang berterusan.

6
ECO4303

RUMUSAN

Berdasarkan kepada analisis kajian di atas, secara keseluruhannya pertumbuhan


KDNK Malaysia dipengaruhi oleh penggunaan dari sumber tenaga (minyak dan arang batu).
Setiap tingkat pertumbuhan KDNK Malaysia dalam analisis kajian ini berpunca daripada
penggunaan sumber tenaga tersebut, iaitu sama ada secara langsung atau tidak dengan
pertumbuhan penggunaan sumber tenaga membawa kepada pertumbuhan KDNK.

PENUTUP

Kesimpulannya, menurut kajian yang dijalankan di negara Malaysia, telah


menunjukkan wujudnya hubungan diantara pertumbuhan ekonomi (KDNK) dengan
pengunaan arang batu dan minyak (petroleum) dalam penghasilan sumber tenaga.

Penjanaan tenaga elektrik melalui penggunaan arang batu dan minyak petroleum
adalah jelas menunjukkan hubungan yang penting dalam pertumbuhan KDNK negara.
Disamping mempunyai kebaikan dalam proses penjanaan elektrik, tetapi terdapat kesan
buruk di sebaliknya. Antara kesannya ialah, janakuasa elektrik melalui penggunaan arang
batu merupakan pencemar terbesar dalam menghasilkan pencemaran toksik merkuri, udara
yang berbahaya dan beracun. Oleh itu, kebergantungan terhadap penggunaan pembakaran
tenaga arang batu harus dikurangkan dengan menggantikan stesen-stesen janakuasa
elektrik arang batu dengan tenaga alternatif yang lain seperti tenaga angin, solar, dan
menjadikan penggunaan tenaga kita lebih efisien lagi.

Kecekapan tenaga merupakan matlamat jangka panjang kerajaan khususnya dalam


menangani pengurusan permintaan sampingan. Pengurusan permintaan sampingan
merupakan program yang sistematik dan strategik untuk mempengaruhi tempoh dan kuantiti
permintaan tenaga bagi pengguna. Matlamat adalah untuk menggalakkan sistem tenaga
elektrik yang efisien dan selamat tanpa membebankan pengguna dengan kos yang tinggi.
Penggunaan tenaga elektrik yang cekap dapat menjimatkan penggunaan tenaga elektrik
dan seterusnya dapat mengurangkan kos pembayaran.

7
ECO4303

RUJUKAN

• TENAGA PENGGERAK KEMAJUAN, sempena ulang tahun ke-50 TNB, Sumangala


Pillai.

• Jabatan Statistik Dan Perangkaan Ekonomi Negara.

• Jurnal Advanced electric generating technologies in a CGE model of Germany dari


Ronald D. Sands, Joint Global Change Research Institute, 8400 Baltimore Avenue,
Suite 201, College Park, Maryland 20740, USA, (Ronald.Sands@pnl.gov; Fax: +1-
301-314-6719) dan Katja Schumacher dari German Institute for Economic Research
(DIW), Koenigen-Luise-Strasse 5, 14195 Berlin, Germany.

You might also like