You are on page 1of 6

Pemuliharaan Hutan

Selain daripada menstabilkan alam sekitar, hutan asli merupakan suaka hidupan
liar dan menjadi satu gedung sumber genetik yang belum diterokai (untapped
genetic resource) dan akan diguna untuk meningkatkan pengeluaran seperti
pokok, rotan, buah-buahan dan binatang ternakan. Hutan ini juga penting bagi
penduduk desa sebagai sumber mendapatkan makanan.

Sehubungan dengan ini, Semenanjung Malaysia telah mewujudkan rangkaian

kawasan perlindungan untuk pemeliharaan kepelbagaian hayat dengan
penubuhan Taman-taman negara, suaka han rezab hidupan liar, suaka burung
dan taman marin sejak tahun 1930an lagi. Taman Negara yang terbesar di
Semenanjung malaysia meliputi kawasan seluas 434,351 ha dan telah
diwartakan pada awal tahun 1939 yang kebanyakannya berada dalam hutan
dara. Seluas 0.74 juta ha di Semenanjung Malaysia telah dilindungi mengikut
undang- undang sebagai kawasan pemeliharaan di mana 0.55 juta ha berada di
luar HSK dan 0.19 juta ha berada di dalam HSK.

Dalam usaha-usaha untuk melindungi dan mengekalkan jenis-jenis hutan dalam

keadaan semulajadi, Jabatan Perhutanan telah mengambil langkah menubuhkan
Hutan Simpanan dara (VJR) sebagai rezab semulajadi dan Arboretum. Hutan
Simpanan Dara ini berperanan sebagai contoh untuk membuat perbandingan
ekologi dan biologi dengan kawasan hutan yang telah dibalak atau kesan
rawatan silvikultur. Ianya juga merupakan hutan asli semulajadi untuk kajian.
Semenjak tahun 1950, sebanyak 72 buah VJR telah ditubuhkan di seluruh
Semenanjung Malaysia yang meliputi keluasn 21,284 ha. kawasan- kawasan
VJR ini merupakan contoh dari berbagai jenis hutan dara yang terdapat di
negara ini termasuklah Hutan Paya Laut, Hutan Pantai, Hutan Rawa (Heath
forest), Hutan Paya Gambut, Huatn Pamah Dipterokarpa, Hutan Bukit
Dipterokarpa, Hutan Bukit Tinggi Dipterokarpa dan Hutan Pergunungan.
Sehubungan itu, perhatian adalah ditumpukan kepada aspek perlindungan
terhadap spesies-spesies yang luar biasa dan yang menghadapi kepupusan.
Beberapa spesies hidupan liar yang menghadapi kepupusan telah dikenalpasti
dan sedang dilindungi di bawah undang-undang seperti harimau, badak sumbu,
kongkang dan beberapa jenis rama-rama. Akta Taman Negara 1980 (Pindaan
1985) dan Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972 (Pindaan 1976 & 1988),
memastikan pemeliharaan Taman Negara dan suaka Burung-burung dan
hidupan liar yang menghadapi bahaya kepupusan. Kawasan hutan perlindungan
yang terletak di kawasan HSK seluas 1.90 juta ha telah dijadikan kawasan
perlindungan kepelbagaian hayat di Semenanjung Malaysia yang sekarang
berjumlah 2.45 juta ha atau 18.6% daripada keluasan tanah negara ini.

Perlindungan alam sekitar

Pemeliharaan hutan dan perlindungan alam sekitar adalah penting bagi
Semenanjung Malaysia. Pengurusan hutan secara berkekalan, termasuk
penubuhan HSK adalah untuk memastikan keluasan hutan asli yang mencukupi
bagi mengekalkan kualiti dan kestabilan alam sekitar. Undang-undang hutan bagi
negeri dan persekutuan, ada memperuntukkan peraturan bagi mewartakan
kawasan hutan sebagai HSK. Pewartaan pertama mengikut undang-undang
negeri bermula sejak awal tahun 1900an. Sejak berkuatkuasanya Enakmen
Hutan 1934, kebanyakan hutan-hutan berhasil telah diwartakan sebagai HSK.

Perlindungan kawasan berhutan sebagai tadahan air adalah penting. Ini adalah
untuk meminimumkan kesan kerosakan ekoran dari pengusahasilan hutan. Maka
dengan itu segala bentuk penerokaan kawasan hutan dan pembangunan
infrastruktur yang lain, baik dalam HSK ataupun tanah kerajaan, perlu diawasi
dan dikawal dengan sepenuhnya mengikut rancangan pengurusan dan
pengusahasilan yang telah ditetapkan bagi menjamin pengeluaran balak yang
mencukupi di samping memelihara kualiti alam sekitar dan kestabilan ekologi.

Selain dari Akta Kualiti Alam Sekitar 1974, yang dipinda bagi memasukkan Impak
Alam Sekitar (EIA) yang berkuatkuasa pada 1987 mensyaratkan juga semua
aktiviti melibatkan kawasan berhutan memerlukan kepada EIA seperti berikut:

(i)Skim pembangunan tanah yang melibatkan kawasan seluas 500 ha atau lebih
kawasan tanah berhutan kepada kegunaan tanah yang lain;

(ii)Sistem perparitan kawasan berpaya, Kawasan hidupan liar atau hutan dara
yang meliputi kawasan seluas 100 ha atau lebih;

(iii)Projek akuakultur darat yang melibatkan pembersihan Hutan Paya Laut

seluas 50 ha atau lebih;

(iv)Penukaran tanah hutan bukit kepada kegunaan lain-lain yang meliputi

kawasan seluas 50 ha atau lebih;

(v)Pembalakan atau penukaran tanah hutan kepada kegunaan lain-lain dalam

kawasan tadahan air atau empangan air untuk bekalan air tempatan,pengairan
atau penjanaan kuasa elektrik atau kawasan yang berhampiran dengan taman-
taman negeri dan negara dan taman marin negara;

(vi)Pembalakan meliputi kawasan seluas 500 ha atau lebih;

(vii)Penukaran tanah Hutan Paya Laut kepada industri, perumahan atau

pertanian yang meliputi kawasan seluas 50 ha atau lebih;

(viii)Pembersihan Hutan Bakau di pulau-pulau yang berhampiran dengan taman

marin negara;dan
(ix)Lain-lain aktiviti yang mempengaruhi hutan, seperti penambakkan tanah
pantai, tebus guna-tanah dan projek penjanaan kuasa elektrik.

Jabatan Perhutanan bersama-sama dengan institusi dan Jabatan-Jabatan lain

telah melancarkan kajian yang komprehensif untuk mengendali dan mengkaji
kekesanan pengusahasilan hutan terhadap pengeluaran sumber air di hutan
bukit dan hasil endapan (sediment yeild) di hilir sungai.Kawasan- kawasan kajian
ini terletak di kawasan lembah Hutan Simpan Sg. Tekam bagi Hutan Pamah
yang ditubuhkan pada 1973 dan Lembangan Kajian Jengka/Bukit Berembun bagi
Hutan Bukit yang ditubuhkan pada tahun 1978. Keputusan awal dari kajian ini
menunjukkan bidang parameter hidrologi seperti sumber air, kualiti air dan hasil
endapan akan pulih kepada keadaan asal dalam tempoh tiga ke empat tahun
selepas pembalakan .

Dibawah Akta Perhutanan negara 1984, hutan perlindungan dalam Hsk

dikelaskan sebagai hutan perlindungan tanah, hutan kawalan banjir dan hutan
tadahan air. Dua program kajian pengurusan tadahan air telah dimulakan bagi
membekalkan data hidrologi bagi pelbagai kegunaan tanah. Ini adalah Program
Negara bagi Experimental and Representative basins dan Hidrologi hutan dan
Program Pemeliharaan dalam konsep dan pendekatan meluas dan pelbagai
disiplin (multi-disiplinary). Malaysia juga terlibat secara aktif dalam pelaksanaan
Program Hidrologi Antarabangsa dan beberapa seminar dan bengkel bagi
peserta-peserta dari rantau Asia-Pasifik telah diadakan. Di samping ini, Jabatan
Perhutanan telah menjadi agensi yang menyelaraskan Projek Pengurusan Legeh
Asean-US di negara FIlipina yang telah ditamatkan pada tahun 1989 setelah aktif
selama enam (6) tahun. Matlamat utama projek ini ialah meningkatkan
kerjasama di kalangan negara-negara ASEAN dalam pemeliharaan tadahan air
dan aktiviti pengurusan dengan objektif untuk meningkatkan gunatenaga,
kepakaran dan kemahiran. Lebih kurang 200 pegawai dari Malaysia telah
mendapat faedah daripada projek ini melalui penglibatan dalam beberapa
kursus, latihan, seminar, simposium dan bengkel yang telah dikelolakan di
bawah projek ini. Selain daripada itu Malaysia juga menerima bantuan berjumlah
RM 208,000 dalam bentuk alat-alat penyelidikan bagi mengendalikan kajian
hidrologi. Selain daripada menstabilkan alam sekitar, hutan asli merupakan
suaka hidupan liar dan menjadi satu gedung sumber genetik yang belum
diterokai (untapped genetic resource) dan akan diguna untuk meningkatkan
pengeluaran seperti pokok, rotan, buah-buahan dan binatang ternakan. Hutan ini
juga penting bagi penduduk desa sebagai sumber mendapatkan makanan.

hidrologi.

You might also like