You are on page 1of 8

SEMBAHYANG DHUHA

Murahkan rezeki, menolak kepapaan

Antara ibadat sunat yang dianjurkan dan menjadi amalan Rasullullah


Sallallahu ‘Alaihi Wasallam sendiri ialah sembahyang sunat Dhuha. Banyak
hadis-hadis yang mengalakkannya dan menyatakan keutamaannya, Antaranya
dalam riwayat Abu Hurairah katanya:-

Maksudnya :"Kekasihku Rasullullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam telah


berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya
aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak
meninggalkan dua rakaat sembahyang Dhuha kerana ia adalah sunat
awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan"

( Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim )

Dalam riwayat yang lain Rasullullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam pernah


bersabda yang maksudnya : " Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap
ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-
tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah
( sebagai ganti ) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat
sembahyang Dhuha ."

( Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim )

Adapun kelebihan sembahyang Dhuha itu sepertimana di dalam kitab "An-


Nurain" sabda Rasullullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam yang maksudnya : "Dua
rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan."

Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda
yang maksudnya :
"Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah
baginya aku segala dosanya walaupun seperti buih dilautan."

(Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)

Dan daripada Anas bin Malik Radhiallahu 'anhu berkata :

"Aku mendengar Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam berkata : "Barangsiapa


yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah
baginya sebuah mahligai daripada emas"

(Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi)

Waktu sembahyang Dhuha ialah dari naik matahari sampai sepenggalah dan
berakhir di waktu matahari tergelincir tetapi disunatkan dita'khirkan sehingga
matahari naik tinggi dan panas terik.

Cara menunaikannya pula adalah sama seperti sembahyang-sembahyang sunat


yang lain iaitu dua rakaat satu salam. Boleh juga dikerjakan empat rakaat, enam
rakaat dan lapan rakaat. Menurut sebahagian ulama jumlah rakaatnya tidak
terbatas dan tidak ada dalil yang membatasi jumlah rakaat secara tertentu,
sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh 'Aisyah bermaksud :"Adalah
Nabi Sallallahu 'alaihi wasallam bersembahyang Dhuha empat rakaat dan
menambahnya seberapa yang dikehendakinya."

(Hadis riwayat Ahmad, Muslim dan Ibnu Majah)

Dalam sebuah hadis yang lain Nabi Sallallahu 'alaihi wasallam bersabda
bermaksud :

" Barangsiapa yang menunaikan sembahyang sunat Dhuha sebanyak dua


rakaat tidak ditulis dia daripada orang-orang yang tidak lalai daripada
mengingati Allah dan barangsiapa yang menunaikan nya sebanyak empat
rakaat ditulis akan dia daripada orang-orang yang suka beribadat dan
barangsiapa yang menunaikannya sebanyak enam rakaat dicukupkan baginya
pada hari tersebut, barangsiapa menunaikanyan sebanyak lapan rakaat Allah
menulis baginya daripada orang-orang yang selalu berbuat taat, barang siapa
yang menunaikannya sebanyak dua belas rakaat Allah akan membina baginya
mahligai didalam syurga dan tidak ada satu hari dan malam melainkan Allah
mempunyai pemberian dan sedekah kepada hamba-hambaNya dan Allah tidak
mengurniakan kepada seseorang daripada hamba-hambaNya yang lebih baik
daripada petunjuk supaya sentiasa mengingatiNya,"

( Riwayat At-Thabarani )
Manakala surah yang sunat dibaca selepas membaca Faatihah pada rakaat
pertama ialah surah as-Syams dan rakaat kedua selepas membaca al-Faatihah
disunatkan membaca surah adh-Dhuha.

Adapun niat sembahyang Dhuha ialah :

Ertinya : " Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha dua rakaat kerana Allah Taala
"

Doa’ sembahyang Dhuha ialah:


Maksudnya : " Ya Allah, bahawasanya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu,
kecantikan itu ialah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan
itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu
perlindungan Mu. Ya Allah jika rezekiku masih diatas langit, turunkanlah
dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika ia
(dari yang) haram maka sucikanlah, jika masih jauh dekatkanlah, berkat
waktu Dhuha, Keagungan, Keindahan, Kekuatan dan Kekuasaan Mu,
limpahkanlah kepada hamba-hamba Mu yang saleh ."
JENIS JENIS SEMBAHYANG SUNAT:

Sunat Isyraq:
Sesudah terbitnya matahari kira kira pukul 7 pagi, disunatkan
mengerjakan sembahyang 2 rakaat yang dinamakan sunat Isyraq.

Sunat Dhuha:
Waktu sunat Dhuha ialah sesudah terbitnya matahari sehingga
sebelum gelincirnya matahari. Dilakukan selepas melakukan sunat
Isyraq. Banyaknya sekurang kurangnya 2 rakaat. Boleh juga dilakukan
4 rakaat atau 6 rakaat atau 8 rakaat dengan setiap 2 rakaat satu
salam.

Sunat Tahajjud :
Sunat Tahajjud ini dikerjakan pada malam hari setelah terbangun dari
tidur ditengan malam. Adapun bangun diwaktu malam yang dilakukan
oleh Rasulullah saw, caranya tidaklah tetap dalam tertib yang sama.
Adakalanya Baginda bangun separuh malam , adakalanya sepertiga
malam dan ada juga seperenam malam. Perkara ini dipandukan
kepada ayat al_Quran iaitu: "Sesungguhnya Tuhan mu mengetahui
bahawa engkau bangun (mengerjakan sembahyang) kurang dari
duapertiga malam, ada pula separuh dan sepertiganya.

Sunat Taubat:
Dilakukan jika seseorang telah membuat sesuatu yang bertentangan
dengan perintah Allah, yakni membuat dosa maka mereka menyesal
akan perbuatan yang dilakukan dan berazam tidak mengulanginya
lagi, lantas mahu meminta ampun dari Allah swt.
Caranya serupa dengan sunat yang lain dan sesudah memberi salam
hendaklah memperbanyakkan istighfar dan memohon keampunan
kepada Allah swt, dan ucapkanlah berulang kali, "astaghfirullahal
'azim, alladzii laa ilaaha illaa huwal haiyul qaiyum wa atuubu ilaih"
(aku memohon keampunan kepada Allah yang Maha Agung yang tiada
Tuhan yang lain melainkan Dia, yang hidup dan berdiriNya, dan aku
bertaubat kepadaNya).

Sunat Istikharah:
Dilakukan jika seseorang yang hendak melakukan sesuatu perkara
yang baik tetapi sukar untuk memilih yang terbaik..
Sebaik baiknya pada rakaat pertama selepas membaca Fatihah dibaca
surah al-Kafiruun (Qulya aiyuhal-Kafiruun) dan pada rakaat kedua
selepas Fatihah baca surah al-Ikhlas (Qul Huallahu Ahad).

Sunat Hajat:
Jika seseorang berhajat akan sesuatu atau menghadapi kesulitan
dalam sesuatu hal dan ingin meminta pertolongan Allah swt. Dilakukan
pada waktu malam selepas tersedar dari tidur dan selepas
mengerjakan sunat Tahajjud. Boleh dilakukan dua rakaat dan
bolehjuga dilakukan sehingga 12 rakaat (setiap 2 rakaat dengan satu
salam).

Sunat Witir:
Sesudah melakukan fardhu Isya dan setelah melakukan sunat
selepasnya, lakukanlah pula sunat Witir tiap tiap malam. Sekurang
kurangnya satu rakaat, sebaik baiknya 3 rakaat dengan dua salam dan
seafdhal afdhalnya 11 rakaat. Tiap 2 rakaat satu salam dan satu
rakaat terakhir, satu salam (6 salam jumlahnya). Melakukan
sembahyang Witir sesudah sembahyang Tahajjud dibahagian akhir
malam adalah lebih utama.

Sunat Tasbih:
Sembahyang subat Tasbih adalah sembahyang yang diajarkan
Rasulullah saw kepada Saidina Abbas ibnu Abdil Mutthalib.
Dianjurkan sembahyang sunat Tasbih ini kalau boleh tiap tiap malam.
Kalau tak boleh atau keberatan, lakukanlah sekali seminggu. Jika
masih keberatan, lakukanlah sekali sebulan dan kalau tak boleh juga,
lakukan sekali setahun. Jika sekali setahun pun tak boleh juga, setidak
tidaknya lakukanlah sekali seumur hidup.
Caranya:
Kalau dilakukan pada siang hari, hendaklah dikerjakan 4 rakaat
dengan satu salam.
Kalau dikerjakan pada malam hari, hendaklah 4 rakaat itu dijadikan
dengan 2 salam.
Dinamakan sembahyang Tasbih kerana padanya dibacakan tasbih
sehingga dalam 4 rakaat itu berjumlah 300 tasbih.
Pada tiap tiap rakaat hendaklah dilakukan dengan cara seperti berikut:

1) Sehabis doa Iftitah, Fatihah dan sesudah


membaca surah, baca Tasbih 15 kali, kemudian
ruku'
2) Selepas tasbih-ruku' bacalah Tasbih sebanyak
10 kali kemudian baru I'tidal
3) Sesudah tahmid-I'tidal, baca Tasbihnya 10 kali
kemudian sujud
4) iwaktu sujud, sehabis tasbih sujud, ucapkan
pula Tasbihnya 10 kali lalu duduk antara 2
sujud
5) Sehabis doa pada duduk itu, baca pula
Tasbihnya 10 kali, kemudian sujud kedua
6) Pada sujud kedua, sesudah tasbih-sujud, baca
10 kali Tasbih, kemudian sebelum hendak
berdiri tegak ke rakaat kedua, kita hendaknya
"duduk istirahat" lalu bacakan Tasbih 10 kali
kemudian berdiri tegak untuk rakaat kedua.
engan demikian rakaat pertama ini bilangan
Tasbihnya sebanyak 75 kali.
emikian juga dilakukan pada rakaat kedua dan
ketika duduk tahiyat, sebelum membaca tahiyat,
kita baca Tasbih 10 kali.
Sesudah tahiyat, beri salam dan kemudian
ulangi pada rakaat ketiga dan keempat seperti
rakaat pertama dan kedua tadi. Jika terlupa
membaca Tasbihnya di satu satu tempat, boleh
digantikan ditempat berikutnya agar bilangan
Tasbihnya berjumlah 300.

Sunat Tahiyatul Masjid:


Tiap kali masuk kemasjid sebelum kita duduk, disunatkan bagi kita
mengerjakan sunat Tahiyatul Masjid sebanyak 2 rakaat sesuai dengan
sabda Rasulullah saw, "Apabila kamu masuk ke masjid maka janganlah
kamu duduk terus sebelum kamu mengerjakan sembahyang 2 rakaat."

Sunat wudhu':
Dua rakaat sunat wudhu, yakni yang dilakukan selepas mengambil
wudhu adalah sangat sangat dituntut kerana mengambil wudhu' itu
satu amalan untuk mendekatkan diri kepada Allah swt, dan tujuan
mengambil wudhu itu adalah kerana hendak sembahyang.

Sunat Rawatib:
Sebelum dan sesudah solat solat fardhu yang lima itu, ada pula
sembahyang yang disunatkan mengamalkannya. Sunat ini dinamakan
sunat Rawatib. Sunat Rawatib ini terbahagi kepada 2 bahagian iaitu:
1) Sunat Muakkad yakni sunat yang dikuatkan untuk
diamalkan.
a) 2 rakaat sebelum Subuh
b) 2 rakaat sebelum fardhu Dzohor dan dua
rakaat sesudahnya
c) 2 rakaat sesudah Maghrib
d) 2 rakaat sesudah Isya

2) Sunat Ghair Muakkad, iaitu terdiri dari:


a) 2 rakaat (selain Muakkad) sebelum Dzohor
dan dua rakaat sesudahnya (menjadikannya 4
rakaat sebelum dan empat rakaat sesudah
dengan 2 salam yakni 2 yang Muakkad dan
ditambah lagi dua, Ghair Muakkad)
b) 4 rakaat sebelum fardhu Asar dengan 2
salam dan tiada selepasnya
c) 2 rakaat sebelum Isya dan dua rakaat
selepasnya selain Muakkad (seperti Dzohor)

Selain dari yang tersebut diatas sunat lain yang amat dituntut adalah
Sunat Tarawih dan sunat 'Idain (1 Syawal dan 10 Dzhulhijjah).
Sunat sunat yang lain termasuk:
Sunat Nisfu Sya'ban (malan ke 15 Sya'ban)
Sunat Musafir (sebelum bermusafir)
Sunat Nikah (selepas akad nikah)
Sunat Hari 'Asyura (10 Muharram. Disunatkan juga berpuasa sesuai
dengan hadith Rasulullah saw, "Bahawa hari ini adalah hari 'Asyura,
dan tidaklah sampai diwajibkan mempuasakannya dan aku sedang
berpuasa. Maka siapa siapa yang ingin puasa, puasalah dan siapa
siapa yang tidak sanggup, berbukalah)." Kemudian ditanyakan sahabat
akan Rasulullah saw, bagaimana ganjaran berpuasa pada hari 'Asyura
itu. Jawab Baginda saw, "Menghapuskan dosa dosa kamu yang lalu.

Sunat 'Asyura dilakukan sebanyak 4 rakaat dengan 2 salam. Selepas


membaca Fatihah baca surah al-Ikhlas sebanyak 11 kali pada tiap tiap
rakaat.

You might also like