You are on page 1of 2

ASERTIF DIRI

• Asertif ialah keupayaan seseorang individu menyatakan apa yang ada


dalam fikirannya sama ada positif atau negatif. Individu yang bersikap
asertif akan menyatakan sesuatu perkara melalui dua cara iaitu lisan dan
bukan lisan.

• Manakala mesej yang dinyatakan adalah secara berterus terang dan ianya
mudah difahami oleh penerima mesej tersebut, penerima mesej tersebut
akan merasa selesa dan dihormati. Mereka yang tergolong dalam golongan
asertif amat menghormati hak orang lain. Contohnya menghormati idea,
perasaan dan keperluan orang lain.

• Walaupun begitu mereka juga merasakan bahawa mereka berhak untuk


meluahkan hak dan perasaan mereka kepada individu lain.

• Asertif adalah merupakan sikap yang seimbang diantara sikap pasif dan
sikap agresif. Mereka yang tergolong dalam golongan asertif ini selalunya
berkeyakinan tinggi dengan diri sendiri.

• Biasanya dalam menyelesaikan masalah, mereka yang bersifat asertif


selalunya mengambil sikap memberi dan menerima seperti:
a. “Saya percaya ... bagaimana fikiran anda?”
b. “Saya lebih suka ...”
c. “Apa yang boleh kita buat untuk menyelesaikan masalah ini?”

TINGKAH LAKU ASERTIF


• Tingkah laku individu yang tergolong dalam golongan asertif adalah
terbahagi kepada dua iaitu lisan dan tidak lisan.
• Apabila individu yang bersikap asertif bercakap mereka akan bercakap
dengan nada suara yang tetap dan sama, lancar dan teratur.
• Percakapan individu yang bersikap asertif biasanya mudah difahami oleh
individu yang berada disekelilingnya. Manakala tingkah tidak lisan
individu asertif pula adalah dipamerkan melalui tingkah laku dan
pergerakan.
• Contoh tingkah laku tidak lisan asertif ialah individu asertif biasanya
dapat mengawal tingkah laku mereka daripada menjadi agresif dan
keadaan badan asertif adalah releks.
• Berikut adalah perbezaan di antara tingkah laku agresif, asertif dan pasif :

TINGKAH HAK OK MENANG


LAKU KALAH

Agresif Utama hak sendiri Saya ok Saya menang


ketepi hak orang Anda tak ok Anda kalah
lain.

Asertif Utama hak sendiri Saya ok Saya menang


Hormati hak Anda ok Anda menang
orang
Pasif Ketepi hak sendiri Saya tak ok Saya kalah
Utama hak orang Saya ok Anda menang

You might also like