You are on page 1of 3

JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM

NEGERI SEMBILAN

BAHAGIAN PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG SYARIAH

Pengenalan

Bahagian ini diwujudkan mulai 1hb Januari 1988 melalui Waran Perjawatan Bil.2/1988. Pada
masa ini tiada pejabat yang khusus untuk mentadbir Bahagian Pentadbiran Undang-Undang
Syariah. Ketika itu,di ibu pejabat tidak ada pegawai ditempatkan di Unit Pembangunan
Keluarga. Unit Khidmat Nasihat pula terdapat seorang Pegawai Kebajikan Wanita dengan
dibantu oleh 7 orang Penolong Pegawai Kebajikan yang terdapat di setiap daerah. Tidak ada
kerani ditempatkan di Bahagian ini sehinggalah 2hb Oktober, 1989 apabila seorang Siswazah
Khidmat Sambilan ditempatkan di sini.

Mulai 1hb Jun 1988, Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam mula dikuatkuasakan.
Walaupun demikian, urusan nikah, cerai dan rujuk belum lagi diserahkan sepenuhnya oleh
bahagian Mahkamah ke Bahagian Pentadbiran Undang-Undang Syariah serta ketiadaan
kakitangan sokongan untuk membantu Ketua Bahagian.

Pada Jun 1992, setelah berlaku pengasingan Mahkamah Syariah dan Jabatan Hal Ehwal
Agama Islam N.S., Ketua Hakim ketika itu telah menyerahkan urusan perkahwinan dan yang
bersangkutan dengannya kepada Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pentadbiran
Undang-Undang Syariah yang baru secara berperingkat kerana masalah kekurangan pegawai
dan kakitangan di Bahagian ini.

Pada tahun 1995 merupakan era baru bagi Bahagian ini kerana mulai tahun tersebut, Bahagian
Pentadbiran Undang-Undang Syariah telah mempunyai ruang pentadbiran yang khusus yang
menempatkan Ketua Penolong Pengarah Bahagian ini serta pegawainya di dalam satu pejabat.
Perpindahan Bahagian Dakwah ke bangunan Pusat Dakwah Islamiah Paroi mulai Januari 1995
telah meninggalkan satu ruang kosong dan kekosongan itu telah diisi oleh bahagian lain.

Mulai tahun 1999 telah berlaku penyusunan semula perjawatan di Bahagian Pentadbiran
Undang-Undang Syariah serta pertambahan 2 orang pegawai S3.2 unit baru yang diwujudkan
iaitu Unit Pembangunan Sosial dan Unit Pembangunan Keluarga di samping Unit Khidmat
Nasihat. Mulai 1hb Januari 1999, Unit Khidmat Nasihat telah ditukarkan namanya kepada ke
Unit Rundingcara selaras dengan waran perjawatan.

Unit Pembangunan Keluarga bertindak menguruskan hal ehwal pernikahan, cerai dan rujuk.
Manakala Unit Rundingcara bertindak mengendalikan masalah yang bersangkutan dengan
krisis rumah tangga. Unit Pembangunan Sosial merupakan unit baru yang dikhususkan untuk
merancang dan melaksanakan segala aktiviti berkaitan dengan Bahagian ini samaada seminar,
bengkel ataupun kursus-kursus di peringkat negeri dan daerah.

Objektif

Melahirkan institusi keluarga yang kukuh, hidup harmoni dan mematuhi peraturan nikah, cerai
dan rujuk yang di tetapkan oleh syarak dan pentadbiran negeri.

Strategi

Mengemaskini sistem pendaftaran rekod dan pentadbiran urusan nikah, cerai dan rujuk
di Negeri Sembilan.
Memberi kesedaran kepada individu tentang tugas dan tanggungjawab mereka dalam
institusi keluarga melalui kursus pra perkahwinan dan sesi rundingcara.

Piagam Pelanggan

1.Melaksanakan pengurusan permohonan perkahwinan dalam tempoh 1-3 hari.


2.Memastikan pengeluaran sijil Nikah, Kad Perakuan Nikah, Perakuan Cerai Dan Surat
Perakuan Persedudukan Semula (Rujuk) dalam tempoh satu bulan.
3.Memberi layanan mesra dan cekap di dalam suasana persaudaraan Islam kepada
pelanggan.
4.Bersedia menerima dan mengadakan sesi rundingcara berkaitan masalah rumahtangga.

Fungsi Dan Aktiviti

Aktiviti yang dijalankan oleh Bahagian ini merangkumi kerja-kerja berikut:

1.Perlantikan dan pembaharuan sijil kelulusan syarikat yang mengendalikan kursus pra
perkahwinan
2.Pemantau syarikat yang mengendalikan kursus pra perkahwinan
3.Permohonan dan pendaftaran perkahwinan
4.Perkhidmatan rundingcara
5.Pengeluaran surat perakuan cerai/pembatalan
6.Pengeluaran surat perakuan persedudukan semula (Rujuk)
7.Pendaftaran nikah luar negeri
8.Pengeluaran Kad Perakuan Nikah
9.Proses Perkahwinan
10.Menyelaraskan pengurusan dan pentadbiran pejabat-pejabat agama Islam di tujuh buah
daerah di seluruh Negeri Sembilan

Program, Kursus, Bengkel Dan Seminar

1.Bengkel Pengukuhan Institusi Keluarga


2.Seminar Pengukuhan Institusi Keluarga peringkat Daerah
3.Kursus Pemahaman Prosedur Perkahwinan Bagi Penolong Pendaftar
4.Seminar Poligami
5.Kursus Asas Kaunseling
6.Kursus Peningkatan Kaunseling
7.Bengkel Pemahaman Enakmen Keluarga Islam
8.Program Pengajian Kitab-Kitab Muktabar
9.Pusat Pembangunan Keluarga Islam sebanyak enam kawasan
10.Pusat Pembangunan Sosial yang akan ditubuhkan di dalam tahun 2001

Aktiviti-Aktiviti

Menyelia dan mengawasi perlaksanaan "Kursus Pra Perkahwinan" di Negeri


Sembilan yang dikendalikan oleh Syarikat-Syarikat Kursus Pra Perkahwinan yang
diluluskan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam N.S. iaitu:
Pusat Bimbingan Purnama Das, Seremban
Perkhidmatan Bimbingan Al-Ansari, Tampin
Pusat Bimbingan Hidayah, Jelebu
Mahabah Consultant, Seremban
WRA Training Bahau, Jempol
Perkhidmatan Bimbingan Al-Maghfirah, Tampin
Darul Dedikasi Sdn.Bhd., Senawang
Al-Huda Consultant Batu Kikir, Jempol
Pedoman Khusus, Tampin

Kadar peserta yang mengikuti Kursus Pra Perkahwinan setiap bulan di antara
400-500 orang.

Menerima, memproses dan meluluskan permohonan perkahwinan dalam negeri.


Menerima, memproses dan meluluskan permohonan perkahwinan dalam dan luar negeri
(Ibu Pejabat sahaja).
Menjalankan Majlis Akad Nikah terutama perempuan yang tiada wali atau melibatkan
pasangan dari negara luar.
Mengeluarkan Sijil Nikah, Sijil Cerai dan Sijil Rujuk
Mendaftar dan menyimpan semua rekod-rekod pernikahan, penceraian dan rujuk
Mengawal dan memantau perlaksanaan urusan perkahwinan yang dijalankan oleh
Penolong Pendaftar Kariah sesuai dengan peraturan-peraturan yang berkuatkuasa pada
masa kini.
Memberi Khidmat Nasihat kepada pasangan yang menghadapi masalah rumahtangga
Memberi bimbingan serta penjelasan kepada pasangan suami isteri berkaitan peranan
dan tanggungjawab mereka atau apa saja kemusykilan yang berkaitan rumahtangga.
Memberi bimbingan kepada iklan tentang cara-cara sesuatu tuntutan yang hendak
dikemukakan di Mahkamah.
Memberi bimbingan dan penjelasan yang berkaitan dengan hukum hakam atau
kemusykilan agama.
Mendaftar dan menyimpan rekod-rekod pasangan yang menerima perkhidmatan dan
memanjangkan kepada pihak berkenaan jika perlu.
Mengendalikan Kursus, Seminar, Forum, Bengkel dan latihan yang berkaitan dengan
kekeluargaan.
Mengadakan program bimbingan kepada ibu Hamil dan ibu Tunggal.
Mengadakan lawatan dan program kebajikan kepada ibu tunggal, keluarga miskin dan
pasangan bermasalah.
Memberi ceramah dan bimbingan kepada ibu bapa mengikut kelompok atau kawasan.
Mengadakan Kursus, Bimbingan dan Ceramah kepada belia dan pelajar-pelajar sekolah
berkaitan dengan kekeluargaan.

You might also like