You are on page 1of 6

PROGRAM PENINGKATAN PRESTASI BAHASA MELAYU: SATU PENGALAMAN DI SMKSTA

1. PENGENALAN
1.1 Sebelum kita melangkah lebih jauh ada baiknya kita melihat terlebih dahulu apakah
matlamat dan objektif kurikulum bahasa Malaysia. Matlamat mata pelajaran Bahasa
Malaysia adalah untuk melengkapkan murid dengan keterampilan berbahasa dan
berkomunikasi untuk memenuhi keperluan diri dalam bidang pendidikan, pekerjaan,
dan urusan harian. Jelaslah kepada kita bahawa matlamat pengajaran mata pelajaran
bahasa Malaysia itu adalah semata-mata untuk menjadikan pelajar kita dapat
berkomuknikasi dengan baik dalam urusan sehariannya. Oleh itu, sebagai guru kita
perlu mengetahui perkara ini supaya nanti pelajar ini akan dapat diajar apa yang
sepatutnya sesuai untuk kehidupan mereka.

1.2 Selain daripada itu kita juga hendaklah mengetahui apa pula objektif pengajaran mata
pelajaran ini. Objektif pengajaran dan pembelajaran bahasa Malaysia pula ialah supaya
murid dapat melibatkan diri dalam interaksi sosial melalui perbualan dan perbincangan
atau penulisan untuk menjalin dan mengeratkan hubungan, menyelesaikan masalah dan
berurus untuk mendapatkan barangan dan perkhidmatan. Objektif yang kedua pula
ialah memperoleh dan memproses maklumat daripada pelbagai sumber yang didengar,
dibaca dan ditonton untuk memperoleh ilmu dan maklumat. Objektif yang ketiganya
pula ialah menggunakan maklumat yang diperoleh untuk tujuan menyelesaikan masalah
dan membuat keputusan serta menyebarkan maklumat dalam bentuk lisan, tulisan dan
multimedia. Objektif keempat pula ialah mendengar, melihat, membaca dan
memberikan respons kepada pelbagai bahan sastera dan bukan sastera. Objektif kelima
melahirkan idea dan pendapat dalam bentuk lisan, penulisan dan multimedia secara
kreatif dan berkesan. Dan objektif keenam ialah menghayati dan mengamalkan nilai
murni, sikap positif, semangat patriotik dan perasaan cinta akan negara.

1.3 Objektif pengajaran bahasa Malysia boleh diringkaskan sebagai melbatkan murid dalam
interaksi sosial, memperoleh dan memproses maklumat, menggunakan maklumat
tersebut, memberi respon kepada bahan sastera, melahirkan idea secara kreatif dan
menghayati nilai murni.

2. LATAR BELAKANG
2.1 SMKSTA merupakan sebuah sekolah di luar Bandar. 25 km dari bandar Kuala Kangsar
dan 20 km dari Bandar Beruas, dalam daerah Manjung. Pelajarnya adalah terdiri
daripada anak penoreh getah atau bekerja kampung dan sebahagiannya bekerja makan
gaji sama ada pihak swasta (ladang, kilang dan lain-lain) dan kerajaan (kerani, guru,
PAR/PRA dan sebagainya). Secara kasar para pelajar ini adalah dari kalangan
berpendapatan rendah. Kebanyakan pelajar daripada golongan ini kurang berminat
terhadap pelajaran. Dalam erti kata lain, kesedaran terhadap pentingnya pendidikan
adalah kurang. Hal ini mungkin disebabkan oleh kurangnya motivasi daripada ibu bapa
ekoran daripada tahap pendidikan ibu bapa sendiri juga rendah. Mana-mana ibu bapa
yang ada kesedaran itulah yang memotivasikan anak-anaknya. Kebanyakan pelajar yang
berjaya cemerlang muncul seorang dua dari kalangan ibu bapa yang mempunyai
kesedaran ini. Kebanyakannya daripada kalangan mereka yang makan gaji dengan
kerajaan.

2.2 Selain daripada itu SMKSTA juga menerima beberapa orang pelajar Asli dari SK Bekor.
Bilangan mereka kira-kira 7 peratus sahaja. Kebanyakan pelajar Asli ini lemah dalam
pelajaran tetapi tidak menimbulkan masalah disiplin. Jika adapun masalah ponteng.
Sejak akhir-akhir ini mereka juga sudah ada kesedaran terhadap pendidikan dan mula
berusaha ke arah itu.

2.3 Pencapaian bagi tahun-tahun sebelumnya adalah seperti berikut:

CALON LULUS GAGAL LULUS A-D


BIL TAHUN
HADIR A % B % C % D % E % JUM %
2004
1 134 38 28.4 40 29.9 26 19.4 13 9.7 17 12.7 117 87.3
2 2005 157 12 7.6 70 44.6 47 29.9 22 14.0 6 3.8 151 96.2

2006 134 38 28.4 40 29.9 26 19.4 13 9.7 17 12.7 117 87.3


3
150 42 28.0 49 32.7 28 18.7 27 18.0 4 2.7 146 97.3
4 2007

2.4 Satu keajaiban telah berlaku dalam keputusan PMR tahun 2008 apabila beberapa
kejutan telah berlaku. Antaranya ialah pencapaian bahasa Malaysia meningkat dari 90
peratus ke 100 peratus. Keputusan tersebut adalah seperti berikut:

CALON LULUS GAGAL LULUS A-D


BIL
HADIR A % B % C % D % E % JUM %

1 163 38 23.3 79 48.5 26 16.0 20 12.3 0 0.0 163 100.0

2.5 Maka menjadi tandatanyalah kepada kita semua sama ada keputusan ini tidak sengaja
atau memang ada satu-satu usaha bagi kemenjadian peningkatan ini.

3. FAKTOR MURID
3.1 Kesediaan murid dari aspek sosio-budaya
Ada beberapa factor yang menyebabkan pelajar ini ada kesedaran terhadap
kepentingan pelajaran. Antaranya ialah perkembangan semasa yang berlaku dalam
Negara kita maupun di luar Negara dimana beberapa kemajuan telah dicapai
terutamanya dalam bidang perindusterian, ICT dan penerokaan angkasa lepas. Semua
maklumat ini telah tersebar ke merata ceruk kampung sama ada melalui media massa
ataupun migrasi. Tambahan pula beberapa kemajuan yang dicipta melalui bidang
komunikasi telah menyebabkan maklumat atau berita ini mudah tersebar ke merata
tempat.
Selain itu, beberapa orang bekas pelajarnya yang telah Berjaya telah membuktikan
bahawa pelajar yang belajar di SMKSTA masih boleh mencipta kecemerlangan.
Sekurang-kurangnya kejayaan bekas pelajar ini tadi telah memotivasikan dirinya untuk
cemerlang seperti mereka. Malah hal ini memang sering diwar-warkan oleh guru-guru
terutamanya kaunselor.

3.2 Kesediaan murid dari aspek sosio-ekonomi


Pada tahun 2008 merupakan tahun kemuncak dalam bidang pendapatan apabila harga
getah dan kelapa sawit meningkat. Hal ini sangat memberi kesan kepada pencapaian
pelajar. Ibu bapa tidak merungut apabila pihak sekolah meminta apa-apa bayaran
terhadap sesuatu perkara. Hal ini sudah tentu memberi kelegaan kepada pelajar itu
sendiri kerana mereka dapat belajar dalam suasana yang serba mencukupi. Kita
terpaksa menerima hakikat bahawa pendidikan tidak datang begitu saja tanpa kita
mengeluarkan satu senpun. Dalam erti kata lain kita membeli pelajaran.

4. FAKTOR GURU
4.1 Latar belakang pendidikan
Guru BM yang mengajar di sekolah ini semuanya guru tetap dan mempunyai kelulusan
sekurang-kurangnya ijazah. Faktor guru juga menymbang kepada pencapaian pelajaran.
Guru yang tidak tetap atau sering bertukar mengakibatkan minat pelajar pelajar juga
terganggu.

4.2 Latar belakang keluarga


Satu perkara lagi yang agak unik ialah kebanyakan guru yang mengajar di sini ialah orang
tempatan. Secara tidak langsung juga guru-guru ini ada hubungan kekeluarga atau jiran
atau dikalanagan mereka yang biasa dikenali asal-usulnya. Keadaan ini memudahkan
guru-guru ini bertindak kerana persekitaran pelajar amat difahami oleh guru.

4.3 Pengalaman
2 orang guru yang mengajar tingkatan 3 pada tahun 2008 adalah guru opsyen BM
(opsyen tunggal). Seorang daripadanaya sudah mengajar lebih daripada 5 tahun dan
seorang lagi walaupun asalnya guru SAR tetapi sudah mengajar lebih daripada 5 tahun
juga.

5. FAKTOR SEKOLAH
5.1 Kedudukan sekolah
Sekolah ini dibuka pada tahun 1967. Satu-satunya sekolah menengah yang terletak di
pekan Manong maupun mukim Senggang keseluruhannya. Sudah tentu sekolah ini
menjadi kebanggaan penduduk sekitar. Kebanyakan ibu bapa atau datuk pelajar juga
bersekolah di sini. Secara keseluruhan orang Manong sayangkan sekolah ini. Sebab itu
apabila sekolah mencadangkan apa-apa projek yang melibatkan kewangan ibu bapa
tiada bantahan. Mereka tahu sekolah yang pernah berjasa kepada mereka akan terus
memberi sumbangan kepada anak-anak mereka pula.

5.2 Kemudahan
Terdapat 7 blok bangunan, 2 daripadanya mempunyai 3 tingkat dan selebihnya 2
tingkat. Ada 3 makmal sains dan 3 makmal sains tulen. 3 bay bilik untuk PSS termasuk
bilik tayang dan bilik pengurusan serta 2 bilik bahasa (BI / BM). Terdapat juga 3 makmal
kumputer dan sebuah bilik akses.
Secara keseluruhan bilangan kelas mencukupi untuk 700 orang pelajar. Kemudahan
yang disediakan juga sesuai dan boleh guna, Cuma kemudahan internet di makmal
computer sering mendapat gangguan. Pembelajaran maya sukar dilaksanakan.

5.3 Personel
Guru mencukupi mengikut opsyennya, kecuali bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris dan
Sejarah yang mana terpaksa ditampung oleh guru GSTT. Bagi mata pelajaran Bahasa
Melayu tiada masalah dari segi peruntukan guru, Cuma ada 2 orang guru bukan opsyen.
Dari semasa ke semasa pendedahan dan kursus akan disajikan kepada mereka.
Mulai 2008, sekolah ini menerima seorang Pengetua baru dengan gred DG 54. Banyak
idea dikemukakan oleh beliau termasuk program peningkatan bahasa Malaysia ini.

6. PROGRAM JANGKA PENDEK


6.1 Pengajaran dan pembelajaran
6.1.1 KOMSAS
Masalah yang dihadapi guru-guru BM ialah bagaimana hendak menghabiskan bahan
KOMSAS ini supaya pelajar dapat menjawab soalan berkaitan dengan lebih baik.
Tambahan pula bagi menengah rendah terlalu banyak genre sastera yang perlu
diselesaikan (Tingkatan 1 hingga tingkatan 3). Masalah yang lebih besar ialah pelajar
tidak membaca bahan tersebut di rumah sebagai persediaan sebelum masuk ke
kelas. Ada 2 pendekatan yang telah dibuat bagi mengatasi masalah ini iaitu:
6.1.1.1 sentiasa mengingatkan pelajar supaya membaca bahan sastera sebelum masuk
ke kelas. Jika pelajar tidak membaca, guru hanya membincangkan sinopsis
sahaja. Aspek sastera yang lain akan dibincanagkan bagi mana yang sempat
sahaja untuk bahan tersebut. Untuk bahan yang lain, selepas bincangkan
sinopsis, bincang pula aspek sastera yang belum disentuh semasa P&P bahan
sebelumnya.
6.1.1.2 Membaca bahan sastera tersebut dalam kelas. Kaedah ini memakan masa dan
kemungkinan terpaksa buat kelas tambahan kerana banyak masa dihabiskan
untuk membaca bahan. Mungkin inilah satu-satunya cara yang baik daripada
langsung tak buat apa-apa.
6.1.1.3 Ada satu lagi cadangan bagi mengatasi masalah ini iaitu menyuruh pelajar
membeli buku kerja. Di dalamnya terdapat nota ringkas dan beberapa soalan
latihan. Gunakannya dalam P&P.

6.1.2 Ringkasan
Pelajar dipaksa membuat latihan ringkasan. Latih pelajar supaya mereka benar-
benar mahir dan mendapat markah yang baik. Setiap minggu mesti diberi latihan
menulis ringkasan.

6.1.3 Tatabahasa
Tatabahasa juga merupakan satu perkara yang penting. Pelajar perlu mahir
sekurang-kurang mengetahui golongan perkataan dalam bahasa Melayu dan dapat
menulis ayat selapis dengan baik. Untuk mendapatkan kemahiran ini, perlu diberi
banyak latihan.

6.1.4 Karangan bergambar


Pelajar juga perlu diberi latihan yang banyak tentang cara-cara menulis karangan
bergambar. Sebenarnya pelajar pun suka menulis karangan jenis ini kerana ia
mendapat pedoman tentang apa yang hendak ditulis melalui gambar-gambar
tersebut.

6.2 Latih tubi


Latih tubi merupakan satu perkara yang tidak dapat dielakkan jika kita mahu pelajar kita
cemerlang. Guru-guru perlu memberi penekanan kepada perkara ini. Sebab itulah bagi
kelas-kelas yang akan menduduki peperiksaan awam perlu cepat menghabiskan sukatan
pelajaran supaya dapat membuat ulangkaji lebih awal. Sekurang-kurangnya pada bulan
Julai semua sukatan pelajaran sudah dibereskan.

6.3 Bahan tambahan


6.3.1 Buku karangan
Terdapat sebuah buku cara-cara menulis karangan yang diedarkan ke sekolah-
sekolah. Buku ini boleh diperbanyakkan dan digunakan oleh guru semasa mengajar
karangan. Kaedah yang ditunjukkan dalam buku tersebut sangat sesuai untuk
pelajar yang bermasalah dalam penulisan karangan.

LTS yang disediakan oleh JPN perlu dimanfaatkan sepenuhnya. Semua soalan-soalan
yang disediakan menjurus kepada peperiksaan sebenar. Oleh itu manfaatkanlah LTS
ini.

6.3.2 Soalan-soalan negeri lain


Pihak sekolah perlu mendapatkan beberapa set soalan percubaan dari negeri-negeri
lain, terutamanya dari Kelantan dan Terengganu. Terdapat banyak soalan yang
hamper sama keluar dalam peperiksaan sebenar.

6.4 Cerna minda


Satu lagi program jangka pendek yang telah dibuat ialah mewajibkan setiap pelajar
memiliki buku 555 bagi mencatat perkara baru yang diberi oleh guru setiap kali masuk
ke kelas. Guru akan memberikan maksud 2 perkataan baru setiap hari. Tujuannya ialah
untuk menambahkan bilangan kosa kata yang ada dalam fikiran murid-murid dan boleh
digunakan semasa menulis karangan.

7. PROGRAM JANGKA PANJANG


7.1 2BKK
(rujuk lampiran)
Program ini merupakan idea Pengetua. Sukar dilaksanakan kerana pelajar tidak hadir
dan guru-guru ada komitmen lain.

7.2 Kelas 2 M
(rujuk lampiran)
Pada asalnya guru-guru BM sendiri yang akan mengajar kelas tersebut secara bergilir-
gilir. Buat sementara waktu, pembantu pendidikan khas akan menjadi tenaga
pengajarnya setakat ini.

7.3 Program bersama MUNSYI


Sekali-sekala perlu juga memanggil tenaga luar untuk membantu. Sokongan PIBG
diperlukan terutama dari aspek kewangan.

8. PENUTUP
Harapan yang tinggi kami pertaruhkan kepada program yang telah dirancang selama ini agar
terus dapat meningkatkan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran bahasa Malaysia di
peringkat PMR maupun SPM. Semoga sokongan daripada semua pihak terutamanya Pengetua
dan guru-guru amat penting dalam menjayakan beberapa program yang telah dirancang. Tidak
kurang pentingnya juga ialah sokongan PPD dan JPN, terutamanya pendedahan dari aspek
pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Kami juga bersedia menerima pandangan
daripada pelbagai pihak demi anak bangsa tercinta.

You might also like