You are on page 1of 29

MASALAH PEMBUANGAN BAYI

Pada era moden yang serba mencabar ini, Malaysia dengan bangganya menuju ke satu tahap
yang lebih kompetitif bertunjangkan sains dan teknologi. Namun, di sebalik kemodenan ini,
mereka telah lupa dengan perkembangan sosial di negara ini. Saban hari, terdapat pelbagai
laporan tentang pembuangan bayi di merata-rata tempat seperti di dalam tandas, di tepi
longkang, dan sebagainya. Golongan yang tidak bertanggungjawab ini membuang bayi secara
membuta tuli sahaja tanpa ada sifat dan perasaan berperikemanusiaan.

Kurang Didikan dan Kefahaman Agama

Faktor utama berlakunya permasalahan ini ialah kurangnya didikan dan kefahaman agama.
Kekurangan didikan agama yang merupakan panduan dan pedoman hidup remaja telah
menyebabkan mereka hilang haluan dalam kehidupan dan seterusnya terlibat dalam gejala-gejala
negatif seperti pergaulan bebas dan sebagainya. Remaja yang melibatkan diri dalam gejala
pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan sudah semestinya menjalinkan hubungan di luar
tabii. Hal ini telah menyebabkan remaja perempuan mengandung sebelum ada ikatan yang sah.
Dalam situasi tersebut, remaja yang hilang pegangan agama tidak teragak-agak untuk membuang
dan meninggalkan anak mereka selepas dilahirkan. Lebih teruk lagi, ada segelintir remaja
membunuh dan membakar bayi yang mereka lahirkan semata-mata mahu menghilangkan bukti
hasil hubungan sulit mereka. Sikap negatif mereka ini telah menimbulkan seribu tanda tanya
kepada masyarakat tentang kewibawaan mereka dalam memacu Malaysia ke arah pemodenan
pada masa hadapan.

Pengaruh Rakan Sebaya

Selain itu, pengaruh rakan sebaya juga menyebabkan masalah kes pembuangan bayi dalam
kalangan remaja berlaku. Hal ini kerana, pada usia muda lagi, remaja amat mudah dipengaruhi
oleh rakan sebaya mereka. Hal ini menjadi bertambah teruk apabila mereka bergaul dengan
rakan sebaya yang negatif dan tidak bermoral. Rakan-rakan yang negatif ini tidak teragak-agak
mengajak remaja untuk melakukan perkara-perkara di luar batasan agama dan norma masyarakat
seperti pergi ke tempat hiburan, menghisap dadah, melepak, melakukan pergaulan bebas antara
lelaki dan perempuan, dan sebagainya. Remaja yang terjerumus dalam kancah-kancah negatif
tersebut, tanpa segan silu melakukan hubungan seks rambang dan akhirnya menemui jalan buntu
apabila mendapati bahawa dirinya mengandung. Dalam keadaan yang terdesak, mereka terpaksa
membuang bayi mereka demi mengelakkan maruah diri dan keluarga tercemar.

Sikap Masyarakat

Di samping itu, sikap masyarakat yang suka mengkritik dan menghukum turut menyebabkan
masalah pembuangan bayi ini berlaku. Apabila seseorang remaja perempuan melahirkan anak
luar nikah, sudah pastinya masyarakat setempat menghina dan memandang serong padanya.
Secara tidak langsung, remaja perempuan itu juga pastinya dianggap menjatuhkan maruah
keluarganya. Remaja perempuan berasa tertekan dengan bebanan yang ditanggung seorang diri
tanpa sokongan daripada pelbagai pihak. Demi menjaga imej sendiri dan juga keluarga, remaja
tersebut mengambil jalan mudah dengan membuang bayinya ekoran bimbang dipandang jijik
dan hina oleh masyarakat. Jalan mudah yang diambil mereka membuktikan bahawa mereka
memerlukan bimbingan dan sokongan daripada masyarakat untuk menyelesaikan masalah yang
mereka alami.

Sikap Ingin Tahu Remaja

Faktor yang terakhir adalah sikap remaja yang ingin mencari sesuatu yang baru atau sikap
ingin tahu. Sikap ingin tahu tentang sesuatu memang wujud dalam diri remaja. Biasanya, mereka
gemar mencuba sesuatu yang baru. Setiap perkara yang dilarang, itulah yang ingin diterokai oleh
mereka. Remaja berfikiran bahawa mereka menjadi lebih matang sekiranya mencuba benda yang
jarang dilakukan oleh orang lain, lebih-lebih lagi seks rambang. Mereka juga beranggapan
bahawa diwaktu usia remajalah mereka patut berseronok dan bergembira sehingga melakukan
perkara seperti seks bebas ini. Sikap remaja yang ingin mencuba sesuatu ini sebenarnya tidak
mengetahui baik dan buruknya serta akibat yang bakal diterima mereka. Sebagi remaja yang
matang, mereka mestilah berfikiran rasional dan bijak dalam menilai sesuatu perkara supaya
tidak menyesal dikemudian hari. Bak kata pepatah, “ sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian
tiada gunanya ”.

Kesan-kesan masalah pembuangan bayi dalam kalangan remaja di Malaysia.

Pembuangan bayi dalam kalangan remaja di Malaysia pada hari ini telah memberi kesan dan
impak yang begitu besar dalam masyarakat. Remaja merupakan aset utama dan penting negara
pada masa hadapan, memainkan peranan yng besar dalam pembangunan negara. Kesan jangka
panjang dan jangka pendek pasti berlaku seandainya remaja pada hari ini tidak tahu cara terbaik
untuk membentuk dan memuliakan akhlak mereka. Kesan-kesan pembuangan bayi boleh
diklasifikasikan kepada beberapa bahagian seperti kesan kepada bayi, ibu yang melahirkan,
keluarga remaja perempuan yang terlibat dalam pembuangan bayi, kesan kepada masyarakat dan
juga kesan kepada negara itu sendiri.

Kesan kepada Bayi

Bayi merupakan anugerah Tuhan yang paling berharga kepada pasangan suami isteri tetapi,
bayi juga menjadi bebanan kepada pasangan-pasangan kekasih yang telah terlanjur dan tidak
bersedia untuk memikul tanggungjawab di usia yang masih mentah, yakni usia remaja. Akibat
daripada hilangnya sifat kemanusiaan dalam diri, bayi-bayi telah menjadi mangsa dan kesannya,
semua bayi ini hidup tidak mengenali dan mendapat kasih sayang daripada ibu bapa kandung
mereka. Bayi-bayi ini juga terpaksa memikul gelaran anak luar nikah sepanjang hidup mereka
walaupun mereka menjadi mangsa keadaan dalam masalah ini. Tambahan lagi, bayi-bayi ini
masih kecil lagi dan tidak mengerti apa yang sedang berlaku kepada mereka. Apa yang lebih
teruk lagi, mereka dibuang tempat-tempat yang terpencil dan jauh daripada pandangan
masyarakat sehingga menyebabkan bayi-bayi yang tidak berdosa ini meninggal dunia.

Sebagai contoh, baru-baru ini di Melaka, seorang bayi lelaki dijumpai mati dalam keadaan
yang sungguh menyayat hati. Mengikut sumber dari pengarang utusan Malaysia, Rizanizam
Abdul Hamid (2010), mayat bayi itu ditanam berhampiran Sungai Melaka selepas dikatakan
meninggal dunia di Taman Melaka Baru, Batu Berendam. Apa yang lebih mengejutkan lagi, bayi
tersebut adalah anak kepada pasangan remaja yang baru berusia 15 dan 19 tahun. Siasatan polis
mendapati bayi lelaki yang cukup sifat itu masih hidup ketika dilahirkan selain terdapat beberapa
kesan lebam di bahagian kepala. Kejadian seperti ini cukup jelas membuktikan betapa kejamnya
insan yang bergelar remaja yang tidak tahu menghargai pemberian dari Tuhan.

Kesan kepada Ibu Bayi

Kesan yang kedua pula adalah kesan kepada ibu bayi berkenaan atau lebih tepat lagi pesalah.
Hal ini kerana, sewaktu pesalah melahirkan anak, mereka tidak berada dalam keadaan dan situasi
yang selesa dan mengizinkan. Tanpa persediaan yang rapi, pesalah ini pastinya mengalami
jangkitan kuman yang serius, kecederaan semasa melahirkan anak, dan juga kehilangan darah
yang banyak. Majoritinya, mereka melahirkan anak dengan menggunakan kudrat sendiri tanpa
pertolongan daripada pihak hospital dan pihak lain. Selain itu, pesalah juga sudah semestinya
mengalami pelbagai masalah dalam diri seperti kemurungan, hilang keyakinan diri, dan juga
masalah emosi. Hal ini akibat daripada perbuatan mereka sendiri yang sememangnya salah dari
segi undang-undang, agama, dan negara.

Kesan kepada Institusi Kekeluargaan

Di samping itu, akibat daripada pembuangan bayi juga, berlakunya keruntuhan institusi
kekeluargaan. Apabila institusi sesebuah keluarga itu runtuh, keharmoniaan dalam kekeluargaan
juga turut terkena tempiasnya. Hal ini disebabkan, ibu bapa berasa malu mempunyai anak yang
sebegitu rupa tingkah lakunya. Mereka menganggap anak seperti ini telah menconteng arang ke
muka mereka. Apa yang mereka bimbangkan adalah jiran sekeliling mereka yang pastinya
memandang serong dan negatif dengan keluarga mereka. Disebabkan masalah pembuangan bayi
juga, masalah penceraian berlaku. Ibu bapa remaja yang terlibat dengan perbuatan yang tidak
bermoral ini bergaduh dan menyalahkan sesama sendiri kerana tidak pandai mendidik dan
memelihara anak sehingga anak-anak yang lain terpaksa menanggung akibatnya. Sebagai ibu
bapa, janganlah terus menyalahkan anak-anak mereka tetapi membantu dengan memberi
sokongan dan panduan untuk meneruskan hidup.

Kesan kepada Masyarakat

Kesan yang seterusnya adalah kepada masyarakat. Kes pembuangan bayi yang berlaku telah
menjejaskan imej masyarakat sekeliling. Mereka pastinya berasa malu dan kecewa dengan apa
yang berlaku. Sudah semestinya remaja dipersalahkan dalam kes ini kerana biasanya, remaja
merupakan golongan terbesar melibatkan diri dalam kegiatan ini. “Kerana nila setitik, rosak susu
sebelanga”. Peribahasa ini bertepatan sekali dengan situasi yang berlaku ini. Masyarakat telah
menerima akibatnya hasil daripada kegiatan tidak bermoral ini dan secara tidak langsung telah
menimbulkan persepsi orang luar tentang kredibiliti masyarakat setempat dalam membendung
kes-kes seperti daripada berlaku.
Kesan kepada Negara

Tidak dapat dinafikan juga pembuangan bayi memberi kesan yang sangat besar kepada
negara. Secara eroninya, jatuh dan bangun sesebuah negara itu bergantung sepenuhnya kepada
akhlak remaja atau generasi pada waktu sekarang. Antara kesan yang pastinya berlaku ialah
kerancakan pembangunan terbantut serta ekonomi negara sukar untuk berkembang disebabkan
wujudnya gejala sosial ini. Tambahan lagi, perbelanjaan kerajaan turut meningkat untuk
menampung bayi yang diletakkan di rumah kebajikan masyarakat. Hal ini kerana, bayi yang
dijumpai biasanya ditempatkan di rumah kebajikan masyarakat sebagai penempatan sementara.
Pada masa yang sama, ibu bapa bayi tersebut dicari dan sekiranya tidak menjumpai, rumah
kebajikan masyarakat pastinya menjadi penempatan kekal mereka. Perkara seperti ini pastinya
membebankan pihak kerajaan dan pihak yang berkaitan dari segi kewangan.

Langkah-langkah mengatasi masalah pembuangan bayi dalam kalangan remaja di


Malaysia.

Perbuatan membuang bayi di merata-rata tempat adalah satu jenayah yang amat zalim dan
keji serta lebih hina tarafnya daripada haiwan. Malah haiwan lebih baik daripada itu kerana
mengasihani dan memelihara anak dan sanggup mati demi keselamatan dan nyawa anak-anak.
Inilah kesannya apabila rohani seseorang tidak diisi dengan ajaran agama. Langkah yang lebih
berkesan perlu diambil oleh semua pihak untuk membendung gejala sosial itu agar tidak ada lagi
anak-anak luar nikah yang dilahirkan terbiar dan tidak mendapat kasih sayang yang sewajarnya.

Peranan Ibu Bapa

Bagi mengatasi masalah ini dari terus berpanjangan, para ibu bapa seharusnya
memberi perhatian, kasih sayang dan bimbingan yang penuh kepada anak-anak mereka lebih-
lebih lagi pada peringkat remaja. Ini bertepatan dengan teori motivasi Maslow (1954) yang
menyatakan teori motivasi melalui hirarki keperluan. Manusia perlu memenuhi keperluan
peringkat asas atau keperluan hayat atau fisiologi terlebih dahulu sebelum timbul keperluan
peringkat berikutnya iaitu keperluan keselamatan. Seterusnya, keperluan kasih sayang dan diikuti
pada peringkat berikutnya, keperluan peringkat kendiri.
Peringkat yang terakhir adalah sempurna kendiri. Berdasarkan teori ini kasih sayang
diletakkan pada peringkat ketiga di mana memberi gambaran bahawa penghargaan dan kasih
sayang sangat penting kepada manusia lebih-lebih lagi diperingkat remaja. Ini termasuklah
keinginan kasih sayang dari ibu bapa atau rakan sebaya dalam kumpulannya. Sekiranya ibu bapa
kurang atau tidak memberi kasih sayang yang secukupnya maka anak-anak akan mencari kasih
sayang tersebut dari orang lain seperti rakan sebaya. Oleh itu, ibu bapa mestilah memainkan
peranan yang penting dalam membentuk sahsiah diri anak-anak mereka supaya tidak terjerumus
ke lembah maksiat seperti seks rambang, pergaulan bebas, dan sebagainya.

Peranan Sekolah

Selain itu, pihak sekolah juga memainkan peranan dalam mencorak sahsiah peribadi remaja
daripada terjebak dengan gejala ini. Menurut pandangan Karen Yong (2006), dalam
penulisannya yang bertajuk ‘ masalah sosial tiada penghujungnya ’, pihak pentadbiran sekolah
perlu mewujudkan Sekolah Bebas Gejala Sosial dengan mengadakan pendidikan secara
komprehensif melalui kurikulum dan ko-kurikulum di sekolah/IPT, intervensi, latihan guru dan
penglibatan ibubapa. Pendidikan ini adalah elemen penting dalam strategi pencegahan dan
sekolah merupakan institusi penting bagi melahirkan masyarakat Malaysia yang bebas dari
gejala sosial.

Kementerian Pelajaran telah diberi tanggungjawab bagi mengenalpasti, merancang dan


melaksanakan segala program dan aktiviti tindakan berhubung dengan pendidikan pencegahan
masalah sosial di peringkat sekolah, Institusi Latihan Guru dan IPT untuk mewujudkan
pemikiran generasi muda supaya menjauhi gejala sosial, menyediakan alternatif-alternatif
berfaedah yang dapat mencegah daripada terlibat dengan gejala sosial dan mewujudkan suasana
sekitar yang menjadikan masalah sosial itu dibenci dan jijik (Khoo Kay Kim dan Alias
Mohammed 1937). Bagi mencapai hasrat diatas, semua pihak perlu memberikan komitmen,
kerjasama, dan berusaha melaksanakan pelbagai pendekatan.

Pencegahan sebelum berlaku

Pencegahan merupakan strategi jangka panjang yang bertujuan mencegah seseorang daripada
terlibat dengan gejala yang tidak sihat seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, dan
sebagainya. Walaupun gejala ini bermula dengan masalah individu tetapi jika tidak dibendung
ianya akan memberi kesan yang mendalam kepada keseluruhan masyarakat sekitarnya. Masalah
pembuangan bayi boleh diklasifikasikan sebagai salah satu jenayah yang paling kritikal di
Malaysia. Sehubungan dengan itu, semua pihak mestilah bekerjasama dalam mewujudkan
kesedaran tentang kesan dan bahaya pembuangan bayi.

Di samping itu, mereka juga perlu merangsang penglibatan seluruh masyarakat setempat
dalam usaha memerangi masalah pembuangan bayi yang semakin meruncing ini. Setiap
individu, keluarga dan masyarakat di satu-satu kawasan perlu bekerjasama dan mempunyai
peranan dalam pencegahan gejala ini dan memastikan kawasan mereka bersih daripada gejala
sosial ini. Pemimpin-pemimpin masyarakat setempat juga perlu tampil ke hadapan bagi
membantu kerajaan dalam melaksanakan program-program seperti pencegahan pergaulan bebas
di kawasan mereka. Strategi jangka panjang ini juga untuk mewujudkan kesedaran kepada semua
lapisan masyarakat bahawa pergaulan bebas membawa mudarat kepada diri, keluarga dan
masyarakat.

Bantuan kepada ibu-ibu yang hamil luar nikah

Akhir sekali, anak-anak remaja yang hamil luar nikah mestilah dibantu bagi menjalani
pemulihan yang bukan sahaja menyediakan bantuan menjaga ketika mereka hamil tetapi yang
paling utama ialah membina kekuatan dalaman serta rohaniah. Hal ini penting bagi menjamin
kesihatan si ibu dan juga anak yang bakal dilahirkan. Sekiranya penjagaan rapi dibuat, gejala
pembuangan bayi mungkin dapat dikurangkan walaupun tidak sepenuhnya. Semua pihak digesa
agar turut serta dalam memberi bimbingan dan bantuan kepada kaum lelaki dalam usaha
mendidik golongan tersebut untuk tidak mengambil kesempatan terhadap wanita.

PENUTUP

Melihat kepada permasalahan dan gejala pembuangan bayi yang melanda remaja pada hari
ini sememangnya amat mencemaskan. Tindakan untuk mengawalnya sudah sampai ke tahap
yang dianggap terdesak. Pertaruhannya adalah masa depan negara dan generasi Malaysia.
Walaupun sudah banyak kajian yang dilakukan oleh pelbagai pihak mengenai sikap dan tingkah
laku remaja tetapi kajiannya lebih bersifat tujuan akademik dan tertumpu kepada punca masalah
dan biasanya bersifat umum sahaja. Di sebabkan terlalu banyak punca yang berlaku, tindakan
untuk membendung masalah tidak lagi berfokus. Meskipun ada cadangan mengenai cara untuk
mengatasi masalah ini, namun, semuanya berakhir di meja perbincangan, forum atau seminar
sahaja.

Memang ada program yang dirangka untuk remaja tetapi ianya tidak memberi kesan yang
sepenuhnya. Remaja adalah kumpulan masyarakat yang bakal mencorakkan masa depan negara.
Mereka adalah aset kekayaan semulajadi yang bakal memegang peranan penting dalam politik,
ekonomi dan kemasyarakatan di negara ini. Namun demikian, masalah akhlak di kalangan
remaja adalah salah satu daripada ancaman kepada sumber tenaga manusia yang merugikan
negara dalam jangka masa panjang. Justeru itu, setiap warga masyarakat tanpa mengira kaum
haruslah bersatu padu menggembleng tenaga mencegah dan membanteras supaya penyakit sosial
ini tidak menular dengan lebih serius. Bak kata pepatah, “ bulat air kerana pembetung, bulat
manusia kerana muafakat ”.

Pihak atasan seperti badan-badan kerajaan dan bukan kerajaan juga perlu lebih peka dan
menganjurkan pelbagai ceramah atau motivasi kepada remaja supaya mereka mendapat lebih
informasi tentang gejala ini dan sedar mengenai kesan dan bahaya daripada perbuatan tidak
bermoral itu. Dengan usaha-usaha yang dilakukan secara bersama dan menyeluruh ini, ia sedikit
sebanyak dapat mengurangkan masalah ini daripada terus menjadi satu penyakit berbahaya di
negara Malaysia ini. Tiada siapa patut menuding jari pada pihak yang lain, kerana setiap
daripada kita adalah merupakan ahli masyarakat.

MASALAH BENCANA ALAM

Bencana alam yang berlaku sejak kebelakangan ini banyak mendatangkan kemusnahan harta
benda dan meragut nyawa. Hakikatnya, tiada siapa pun yang ingin malapetaka dan bencana
menimpa tempat kediaman mereka. Namun bencana datang tanpa dijangka dan tidak mengenal
mangsa.

Peningkatan jumlah kejadian bencana alam di serata dunia pada ketika ini semakin
membimbangkan seluruh masyarakat dunia. Ia merupakan petanda bahawa kelestarian alam
sekitar di dunia kini semakin terjejas. Kelestarian alam sekitar boleh difahami sebagai keadaan di
mana alam sekitar secara berterusan terpelihara, terjaga, serta mampu mensejahterakan
kehidupan manusia pada masa kini dan akan datang. Ia bebas dari sebarang bentuk kerosakan
dan pencemaran alam yang boleh mendatangkan akibat buruk terhadap kualiti kehidupan
manusia dan segmen alam sekitar.
Bencana yang melanda dunia telah mengancam kelestarian kehidupan masyarakat dunia. Rantau
Asia dilihat mengalami kesan bencana yang amat tragis sejak kebelakangan ini. Statistik
menunjukkan semenjak tahun 1992 hingga tahun 2002 di Asia, kejadian bencana alam telah
menjejaskan kehidupan lebih dari 1.7 juta manusia dan telah meragut sebanyak 420,867 nyawa.
Ia juga turut menyebabkan kerugian harta benda sebanyak AS 369,362 juta.

Laporan yang dikeluarkan oleh Centre for Research on the Epidemiology of Disasters (CRED)
menyatakan pada tahun 2007 sebanyak 414 bencana alam telah dilaporkan berlaku di seluruh
dunia. Ia membabitkan kematian sebanyak 16,847 orang, dan turut memberi kesan terhadap 211
juta orang serta menyebabkan kerosakan bernilai 74.9 bilion AS.

Menurut majlis keselamatan negara bencana ditakrifkan sebagai suatu kejadian yang berlaku
secara mengejut, bersifat kompleks dan mengakibatkan kehilangan nyawa, kemusnahan harta
benda atau alam sekitar serta menjejaskan aktiviti masyarakat setempat. Pertambahan jumlah
bencana alam sejak kebelakangan ini menjadi tanda tanya kepada masyarakat dunia, tentang
apakah punca yang menyebabkan jumlah bencana alam semakin meningkat ?

Bencana alam yang berlaku sejak dahulu seperti gempa bumi, letupan gunung berapi, banjir
besar dan ribut taufan dilihat sebagai suatu fenomena alam semulajadi. Namun kini, ia banyak
dikaitkan dengan aktiviti manusia yang membawa kepada perubahan drastik terhadap sifat-sifat
semulajadi alam. Kelestarian alam sekitar yang didambakan musnah dalam sekelip mata apabila
bencana datang menimpa.

Ada yang mengaitkan bencana alam seperti taufan dan banjir besar dengan isu perubahan iklim
yang sedang berlaku. Perubahan iklim telah mencetuskan impak yang pelbagai kepada
kehidupan manusia. Punca utama kepada berlakunya perubahan iklim adalah disebabkan oleh
aktiviti manusia yang menggunakan sumber alam secara rakus tanpa kawalan. Pelepasan gas
karbon dioksida oleh 600 juta kenderaan di seluruh dunia dan penerokaan hutan secara
berleluasa menyumbang kepada berlakunya penipisan lapisan ozon, pemanasan global dan
seterusnya mendorong kepada kejadian pelbagai bencana alam akibat berlakunya perubahan
iklim.

Impak perubahan iklim seperti peningkatan suhu harian dan kesejukan melampau berlaku
dikebanyakan tempat di dunia. Fenomena taufan dan banjir besar berlaku secara tidak dijangka.
Walaupun terdapat sistem maklumat geografi dan telekomunikasi yang serba canggih di dunia, ia
belum dapat meramal dengan tepat tentang kejadian sesuatu bencana yang bakal berlaku.

Bencana gempa bumi yang berlaku disesetengah kawasan pula amat sukar diramal tentang bila
dan dimana ia akan berlaku. Kawasan yang tidak pernah mengalami gempa turut menerima
kesan gegaran yang menimbulkan kebimbangan kepada masyarakat. Bagi mereka yang telah
ditimpa bencana pula kos untuk membangunkan semula kawasan yang dilanda bencana amat
tinggi.

Antara perkara penting yang perlu dibangunkan selepas sesuatu bencana berlaku ialah
pembinaan semula kawasan penempatan penduduk, pembinaan infrastruktur sistem sanitasi dan
bekalan air, serta  pembangunan kemudahan untuk pendidikan anak – anak. Mereka yang
ditimpa bencana memerlukan tempat untuk berteduh, keperluan untuk sanitasi dan sekolah untuk
anak – anak mereka belajar.

Masalah ketiadaan bekalan makanan dan minuman bersih menjadi isu utama. Hal ini mendorong
kepada masalah kebuluran. Di samping itu juga mereka yang ditimpa musibah bencana turut
mengalami rantaian kesan yang begitu kompleks dan sukar untuk diselesaikan dalam masa yang
singkat. Ini termasuklah dengan terdedahnya mangsa kepada masalah kesihatan seperti penyakit
malaria dan penyakit bawaan air. Taufan nargis yang telah melanda Myanmar pada tahun 2008
menunjukan ramai mangsa menghadapi masalah kebuluran dan masalah kesihatan seperti wabak
taun selepas bencana berlaku.

Bencana gempa bumi yang melanda daerah Padang Indonesia baru – baru ini, jelas menunjukan
betapa kesan rantaian selepas berlakunya sesuatu bencana amat kompleks untuk diselesaikan.
Bantuan amat diperlukan bagi menyelamatkan mereka dari kebuluran dan terus hidup dalam
keadaan yang tidak menentu. Apakah nasib masa depan anak – anak kecil yang kehilangan ibu
dan ayah setelah bencana datang menimpa? Melihat keadaan mereka yang serba kekurangan,
sudah tentu meruntun jiwa kita sebagai masyarakat yang prihatin untuk membantu meringankan
bebanan mereka. Tanpa mengira sebarang isu kita harus tampil membantu dengan penuh
keikhlasan dan sukarela.

Bencana alam yang kian meningkat menuntut penduduk dunia untuk melakukan adaptasi dan
bersedia dengan sebarang persediaan yang mencukupi. Dalam konteks Malaysia , kawasan –
kawasan yang berisiko bencana perlu dikenalpasti. Persediaan menghadapi bencana amat penting
kepada masyarakat Malaysia . Pemasangan sistem amaran keselamatan di bangunan – bangunan
pencakar langit di bandar – bandar di Malaysia perlu di ambil kira bagi mengelak sebarang
kejadian tidak diingini berlaku.

Ini bukan bermakna rakyat perlu hidup dalam keadaan serba ketakutan, tetapi ia bertujuan untuk
meningkatkan keyakinan masyarakat tentang tahap persediaan negara dalam menghadapi
sebarang bencana. Kesiapsiagaan untuk menghadapi bencana alam luarbiasa perlu disediakan
dengan konkrit. Kita seharusnya mengambil pengajaran yang berlaku terhadap isu – isu bencana
dinegara – negara jiran kita.

Sesungguhnya bencana yang berlaku telah banyak menjejaskan kelestarian alam sekitar. Kita
harus menginsafi bahawa bencana yang berlaku pada masa ini banyak disebabkan oleh angkara
manusia yang jahil dan rakus memunggah khazanah alam dan melakukan pencemaran serta
kerosakan secara besar-besaran. Bencana alam akan terus meningkat seandainya kita terus leka
dan alpa untuk mengejar pembangunan tanpa memikirkan impaknya terhadap kelestarian alam
sekitar. Berdamailah dengan alam agar kelestarian alam terus terjalin!

Nyatakan punca-punca menangani masalah ini.

Bencana alam merujuk kejadian alam yang mampu memusnahkan negara dan penduduknya.
Negara kita memang sering dilanda banjir, ribut, kemarau dan kebakaran hutan kerana pelbagai
faktor yang mendorong keadaan ini mudah berlaku terutama ketiak bumi dikatakan sedang
mengalami perubahan cuaca yang drastik dalam tempoh yang terdekat ini. Sesungguhnya, ada
banyak faktor yang mendorong keadaan ini dan ada banyak langkah yang boleh diambil untuk
membendungnya daripada terus berlaku.

Kejadian bencana alam sering dikaitkan dengan kemusnahan alam sekitar terutama kemusnahan
hutan belantara negara. Keadaan ini wujud kerana hutan dianggap menjadi pelindung atau
penahan berlakunya kejadian banjir dan kemarau kerana keupayaannya untuk menakung air dan
menyalirkan air dengan baik. Kemusnahan hutan menyebabkan muka bumi menjadi kosong dan
mendorong mudahnya berlaku semua bencana alam ini. Oleh itu, kemusnahan hutan perlulah
dipantau dengan lebih teliti oleh pihak kerajaan.

Malahan, keghairahan negara untuk membangun dengan pesat turut mendorong berlakunya
bencana alam ini. Pembukaan kawasan bandar baru, industri dan kawasan perumahan telah
menyebabkan sistem ekologi yang asal tidak mampu untuk menghalang sebarang kejadian
bencana alam daripada tidak berlaku. Manusia menganggap kemodenan mampu menghalang
bencana alam berlaku lantas terus menerus menjalankan projek pembangunan tanpa mempunyai
rasa takut atau bimbang berlakunya bencana alam di kawasan projek mereka. Justeru,
pembangunan yang pesat memang penting tetapi perlulah dikawal atau dilakukan dengan
berhati-hati supaya tidak menjejaskan sistem ekologi secara drastik.

Tambahan pula, sikap kita dalam menguruskan sumber asli terutama penyelenggaran sungai dan
pembalakan hutan yang tidak praktikal. Naluri manusia yang sering mengutamakan keuntungan
kewangan daripada berfikir secara rasional perkara yang bakal berlaku pada masa depan telah
mengundang padah. Semua sumber alam negara akan terus dieksploitasi kerana manusia
memang menganggap diri mereka lebih baik dan bijak daripada alam. Jadi, bencana alam akan
terus berlaku kerana kegagalan manusia untuk menguruskan sumber alamnya dengan baik.

Kesimpulannya, bencana alam akan terus berlaku di negara kita. Sikap masyarakat yang sambil
lewa kerana menganggap alam bukan tanggung jawab mereka telah menyebabkan masalah ini
menjadi semakin rumit untuk diselesaikan.

TENAGA ALTERNATIF/ HIJAU


Baru-baru ini Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan bahawa Malaysia akan
menggunakan tenaga nuklear sebagai penjana tenaga elektrik negara. Dengan itu, Kementerian
Tenaga, Teknologi Hijau dan Air telah diminta mengenal pasti lokasi pembinaan loji nuklear
negara pertama. Loji ini dijangka mula beroperasi pada tahun 2021. Tenaga nuklear dipilih
kerana ia dianggap "effisien dan efektif" apatah lagi dalam keadaan dunia masa kini yang
menunjukkan bahawa penggunaan petroleum dan arang batu untuk menjana elektrik negara
sebagai tidak lagi sesuai kerana kenaikan harga kedua-dua sumber tersebut dan juga tekanan
terhadap alam sekitar akibat penggunaan bahan api fosil tersebut.

Malah, di peringkat serantau juga, penggunaan tenaga nuklear semakin menjadi pilihan.
Misalnya, negara Thailand, Vietnam dan Indonesia juga sudah mulai menuju ke arah penghasilan
tenaga elektrik berasaskan tenaga nuklear. Thailand dijangkakan mula menggunakan tenaga
nuklear menjelang tahun 2012, Vietnam pada tahun 2018 dan Indonesia pada tahun 2016.
Berdasarkan perkembangan ini maka jelas bahawa penggunaan tenaga nuklear dalam
penghasilan tenaga elektrik semakin mendapat perhatian.

Selanjutnya, bagi menjayakan rancangan penggunaan tenaga nuklear ini, Perdana Menteri
Malaysia telah menjemput masyarakat awam untuk sama-sama menyumbangkan pandangan
terhadap rancangan ini. Oleh itu sewajarnyalah masyarakat awam menyuarakan pandangan
mereka terhadap rancangan penggunaan tenaga nuklear ini. Namun, sebelum memberikan
pandangan, seeloknyalah mereka melengkapkan diri dengan pengetahuan tentang baik-buruk
penggunaan tenaga nuklear.

Dari segi kebaikan, terdapat beberapa kelebihan penggunaan tenaga nuklear untuk menghasilkan
elektrik. Antaranya, tenaga nuklear dikatakan dapat menjana tenaga dalam jumlah yang banyak
dan pada satu jangka masa yang panjang berbanding penjanaan tenaga elektrik menggunakan
bahan api fosil seperti petroleum dan arang batu. Ini kerana penggunaan bahan uranium (bahan
utama logi tenaga nuklear) akan menghasilkan lebih banyak tenaga untuk jangkasama yang
panjang. Dikatakan, satu tan uranium boleh menghasilkan lebih banyak tenaga berbanding
penggunaan beberapa million tan arang batu atau beberapa million barrel minyak. Keadaan ini
pastinya merupakan satu berita baik kerana bahan api fosil semakin berkurangan.

Tenaga nuklear juga dikatakan sangat mesra alam. Penghasilan tenaga elektrik dengan
menggunakan tenaga nuklear tidak akan mencemarkan udara. Ini kerana logi tenaga nuklear
tidak akan membebaskan gas-gas rumah hijau seperti karbon, methane, ozon dan CFC semasa
beroperasi dan dengan itu tidak mencemarkan udara. Dalam hal ini, ia akan membantu
mengurangkan kesan rumah hijau. Selain itu, pembinaan logi nuklear juga tidak memerlukan
kawasan yang besar dan dalam jangka masa panjang, tenaga nuklear akan menghasilkan tenaga
elektrik yang lebih murah kerana kos operasinya yang rendah. Ini pastinya satu berita baik
kepada pengguna.

Di sebalik kelebihan tenaga nuklear ini, terdapat juga beberapa keburukan penggunaan tenaga
nuklear. Antara keburukan tersebut ialah, tenaga nuklear boleh memberi kesan tidak baik kepada
kesihatan manusia. Ini kerana, tenaga nuklear menghasilkan radiasi. Radiasi ini sangat berbahaya
kepada tubuh badan manusia kerana radiasi itu boleh merosakkan sel badan. Selain itu, bahan
radioaktif yang terhasil daripada aktiviti penjanaan tenaga elektrik menggunakan tenaga nuklear
juga amat berbahaya dan kos menguruskannya juga amat tinggi. Bahan radioaktif ini, jika
dilepaskan ke alam sekitar, akan bertahan untuk satu jangka masa yang lama sebelum ia
mencecah tahap selamat kepada manusia. Tenaga nuklear bergantung kepada bahan uranium.
Uranium dikategorikan sebagai bahan api tidak boleh diganti (non renewable energy) sama
seperti petroleum dan arang batu. Walaupun buat masa ini, sumber uranium masih banyak tetapi
ia juga akan berkurangan jika terus digunakan. Oleh itu, ia juga akan habis pada satu masa nanti.

Kekurangan lain yang juga sering dikaitkan dengan penggunaan tenaga nuklear ialah risiko
kemalangan di loji tenaga nuklear. Jika kemalangan ini berlaku, masalahnya sangat besar dan
kesannya akan mengambil masa yang panjang untuk hilang. Sebagai contoh, kemalangan reaktor
nuklear di Chernobyl pada April 1986. Dikatakan bahawa, tragedi letupan reaktor nuklear ini
merupakan yang terburuk dalam sejarah dunia. Letupan ini telah membebaskan 300 kali lebih
bahan radioaktif berbanding peristiwa pengeboman Bandar Hiroshima.

Radioaktif itu tersebar luas hingga ke bahagian Barat Kesatuan Soviet, Timur dan Barat Eropah,
daerah-daerah Scandinavia, British Isles dan Timur Amerika Utara. Di samping itu, kontaminasi
teruk berlaku di kawasan-kawasan Ukraine, Belarus, dan Rusia hingga memaksa lebih daripada
336,000 orang penduduk dipindahkan dari rumah-rumah mereka. Satu laporan yang disediakan
oleh International Atomic Energy Agency (IAEA) and World Health Organization (WHO),
menunjukkan bahawa berlaku 56 kematian serta-merta. Manakala, dianggarkan dalam 6.6 juta
orang yang telah terdedah kepada radiasi letupan itu, 9000 daripadanya dijangkakan akan mati
akibat pelbagai jenis penyakit kanser.

Akhir sekali, isu keselamatan. Logi nuklear berpotensi untuk disalahgunakan bagi tujuan
keganasan. Sama ada keganasan berbentuk manipulasi bahan itu untuk tujuan tidak baik ataupun
kemungkinan logi diserang atau diambil alih oleh pengganas. Dalam keadaan ini, kawalan
keselamatan yang sangat ketat amat diperlukan.

Berdasarkan penjelasan ini, nyata bahawa terdapat banyak cabaran yang perlu diambil kira jika
tenaga nuklear ingin digunakan. Walaupun penggunaan tenaga nuklear punya beberapa faedah,
namun timbangan baik-buruknya harus dilakukan sebaik, seadil dan secara sangat terperinci agar
implementasi rancangan ini tidak membawa mudarat sama ada kepada manusia mahupun alam
secara keseluruhan.

Dalam pandangan hidup Islam, terdapat satu prinsip penting yang menyatakan bahawa "ditegah
untuk membuat sesuatu usaha melainkan setelah mengenal syarat-syaratnya". Bagi menjelaskan
lagi perkara ini Dr. Mohd Sani Badron dalam kertas kerja beliau yang bertajuk "Kewajipan
Menguasai Sains: Fardu ‘Ayn-kah atau Fardu Kifayah?" menyebut bahawa "[satu] contoh yang
pernah dikemukakan oleh al-Khawarizmi dalam Mubid al-Humum wa Mufid al-‘Ulum, ialah
dicegah menjalankan perniagaan melainkan sesudah mempelajari kaifiat dan syarat-syarat
mu'amalat bagi seseorang peniaga". Tambah beliau lagi "[hal] ini dilaksanakan Saidina Umar
dalam sistem pendidikannya sehingga tiadalah berniaga di pasar kaum Muslim melainkan
mereka yang memahami perniagaan berlandaskan Islam hingga tidak lagi keliru mengenai
sebarang perkara yang boleh menerbitkan penindasan terhadap golongan pembeli seperti riba."

Dengan itu, secara mudahnya, dapat kita sebutkan bahawa, berdasarkan prinsip yang disebutkan
di atas, setiap daripada kita adalah dilarang melakukan sesuatu melainkan kita telah benar-benar
memiliki ilmu berkaitan dengan perkara yang ingin dilakukan itu. Sebagai contoh, jika kita ingin
menjadi tukang jahit, maka sebelum menjadi tukang jahit, segala ilmu berkaitan dengannya
wajiblah diperoleh terlebih dahulu sebelum memulakan kerjaya ini. Ketetapan ini sememangnya
amatlah wajar bagi mengelakkan si tukang jahit merosakkan tempahan baju yang dihantar
pelanggan. Samalah halnya dalam isu tenaga nuklear ini. Sebelum implementasi program ini
hendak dilaksanakan maka segala bentuk maklumat tentang baik-buruknya untuk negara dan
masyarakat Malaysia wajiblah dikaji sedalam-dalamnya.

Selain daripada prinsip yang disebutkan ini, di dalam al-Quran kita telah diingatkan bahawa,
"...janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam kebinasaan, dan baikilah
perbuatan kamu kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berusaha
memperbaiki amalannya" (Surah al-Baqarah, 2:195). Dengan paparan ayat ini maka dapat kita
simpulkan, dalam kes si tukang jahit sebentar tadi, bahawa jika tidak tahu ilmu jahitan, maka
janganlah berani menceburkan diri dalam bidang itu. Ini kerana, kedegilan untuk menceburi
bidang itu akan menyebabkan si tukang jahit ditimpa malang kerana mungkin dimarahi
pelanggan kerana gagal menyiapkan tempahan atau merosakkan tempahan yang dihantar.
Bukankah ini hanya membinasakan diri si tukang jahit tersebut? Dalam isu tenaga nuklear ini
pula, jika kemudaratan program ini jelas maka seeloknyalah ia ditangguh atau dicari alternatif
yang lain.

Berkaitan dengan alternatif, sememangnya terdapat alternatif atau pilihan lain dalam
menghasilkan tenaga elektrik. Sebagai contoh, tenaga yang dinamakan sebagai tenaga gantian.
Amnya, tenaga gantian ini membawa maksud sumber tenaga yang tidak berasaskan pembakaran
bahan fosil atau pemecahan atom. Sekurang-kurangnya terdapat lima bentuk tenaga gantian
dalam dunia. Tenaga tersebut adalah tenaga suria, angin, geotermal, ombak dan hidroelektrik.
Tenaga gantian ini juga dikenali sebagai tenaga hijau iaitu melibatkan manipulasi alam untuk
menjana tenaga elektrik.

Bagi menggantikan tenaga nuklear, sebaik mungkin dijalankan kajian untuk melihat
kebolehgunaan tenaga gantian ini sebagai tenaga penjana elektrik negara. Jika ini berjaya
dilakukan maka barulah boleh diakui "Malaysia sebagai pelopor revolusi bumi hijau." Jika
usaha, tenaga dan wang ringgit boleh digunakan untuk mengkaji kebolehgunaan tenaga nuklear
maka usaha, tenaga dan wang ringgit yang sama juga seharusnya ditumpahkan untuk
menghasilkan tenaga hijau. Ini kerana, sebagaimana petroleum dan arang batu boleh mencapai
tahap sukar didapati (scarce) maka begitu jugalah uranium pada satu masa nanti. Oleh itu,
hendak atau tidak, akan tiba masanya manusia terpaksa bergantung kepata tenaga gantian. Jadi,
kenapa tunggu nanti? Usaha ke arah itu seharusnya dilaksanakan sekarang!

Kenaikan harga minyak baru-baru ini menyebabkan sektor lain turut terkesan daripadanya.
Berikutan itu, ramai mencadangkan supaya kerajaan mencari sumber tenaga alternatif untuk
mengurangkan kebergantungan terhadap petrol, gas dan diesel dengan sumber bahan bakar
lain yang lebih murah serta mempunyai bekalan bahan mentah yang banyak. Wartawan
Berita Minggu, Ziauddin Sharuddin dan Rohaniza Idris mendapatkan pandangan Menteri
Tenaga, Air dan Komunikasi, Datuk Shaziman Mansor dan Dekan Fakulti Kejuruteraan
Kimia dan Sumber Asli, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Profesor Dr Ariffin Samsuri
mengenai sumber tenaga alternatif.

Bagaimanakah Datuk melihat krisis kenaikan harga minyak sekarang terhadap usaha
memajukan sumber tenaga alternatif?

Kita lihat dari segi sistem pembekalan tenaga negara tidak ada sumber kesamarataan sumber
bahan bakar. Pertama, Malaysia mempunyai pelbagai fosil fuel seperti gas, diesel, petrol dan
arang batu, yang kini diberikan subsidi oleh kerajaan gas dan diesel.

 
Kedua, kita ada tenaga diperbaharui atau tenaga alternatif (RE) yang tiada subsidi, cuma
kerajaan hanya memberikan insentif cukai tertentu.

Fosil fuel diusahakan secara besar-besaran, menyumbangkan 200 hingga 300 megawatt,
manakala RE hanya boleh menghasilkan 5 hingga 10 megawatt. Akibat ketidakseimbangan ini,
kebanyakan pengusaha memandang ringan dan memberi keutamaan kepada bahan bakar
berasaskan fosil fuel.

Dengan pengurangan subsidi, kita cuba hidup mengikut realiti iaitu harga gas untuk menjana
elektrik bukan RM6.40 per mmBtu seperti diberikan kerajaan kepada industri tenaga sejak 1997
tetapi harga sebenarnya adalah RM41 mmBTU dan kos pengeluaran gas dalam lingkungan
RM15 hingga RM17 mmBTu (bergantung kepada sedalam mana gas itu dijumpai), sekarang
masa sesuai untuk melihat kepada RE. Saya percaya kesedaran terhadap sumber RE kini lebih
besar. Kini, pengguna mulai nampak apabila ada persaingan harga antara fosil fuel dengan RE
yang mana fosil fuel lebih mahal berbanding dengan harga RE.

Saya juga percaya keputusan kerajaan menaikkan harga gas bagi penjanaan elektrik kepada
RM14.31 mmBtu berkuat kuasa 1 Julai ini sudah pasti akan mendorong usaha memajukan
sumber tenaga alternatif seperti RE.

Apakah sumber tenaga alternatif yang boleh dimajukan di negara ini?

Kita mempunyai kawasan yang boleh menjanakan tenaga menggunakan air menerusi sumber
tenaga hidro.

Kita ada sumber tenaga hidro yang besar di Bakun, kita juga akan bina lagi penjana hidroelektrik
ini di Semenanjung.

Kerajaan juga menggalakkan penubuhan pusat tenaga RE yang memberi tenaga 10 megawatt dan
ke atas. Selain itu, kerajaan menggalakkan biomas � sumber bahan bakar sisa kelapa sawit.
Cuma selama ini, ramai yang menyertai industri RE beranggapan harga yang ditawarkan kepada
mereka tidak menarik.

Sebelum ini, harga jualan (tarif) elektrik untuk biomas dan hidro adalah 17 sen/kWh tetapi kini,
kerajaan menaikkan harga biomas kepada 21 sen/kWh mulai Ogos 2007. Namun, harga jualan
tarif elektrik untuk hidro masih kekal pada 17 sen/kWh. Kerajaan juga kini memberikan insentif
cukai lain yang menarik, bagi menjadikan RE industri yang dapat berjalan dengan baik.

Malaysia mempunyai kelebihan lain kerana ada cahaya matahari sepanjang tahun yang boleh
digunakan untuk pembangunan dan penyelidikan (R&D) tenaga solar atau 'photovoltic'.

Biodiesel atau biofuel pula kini dibangunkan di bawah Kementerian Perusahaan Perladangan dan
Komoditi � kita kena lihat dari aspek ekonominya, harga kelapa sawit dan sebagainya. Saya
difahamkan, Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) sedang menjalankan kajian
meningkatkan lagi penggunaan biodiesel atau biofuel untuk kenderaan.
Bagaimana pula dengan penggunaan sumber tenaga alternatif di negara ini untuk
penggunaan secara besar-besaran (seperti perbekalan elektrik) dan skel pengguna seperti
hidrogen, hibrid atau solar untuk kenderaan.?

Setakat ini, jumlah keseluruhan penggunaan RE di dalam negara kira-kira 700 megawatt tetapi
hanya 12 megawatt yang disambungkan kepada grid atau talian elektrik iaitu di TSH Bioenergy
di Sabah (10 megawatt) dan Janalandfill, Selangor (2 megawatt) dan selebihnya digunakan
kebanyakan di kilang penapisan kelapa sawit dan kilang memproses kayu getah. Ini bermakna
lebihan yang ada digunakan untuk kegunaan persendirian.

Apakah kelebihan dan kelemahan sumber tenaga alternatif seperti dari segi kos, bekalan,
alam sekitar dan keselamatan? Bagaimana kerajaan menimbangkan perkara ini?

Dari segi kelebihannya, sudah pastinya RE kurang melepaskan karbon dioksida dan ini
bertepatan dengan usaha kerajaan mematuhi Protokol Kyoto yang sudah ditandatangani
Malaysia. RE juga lebih bersih dan sesuai untuk alam sekitar. Kelemahannya dan kebimbangan
penggunaan biomas pula mengenai harga dan bahan mentahnya. Mungkin hari ini kawasan
ladang boleh memberikan sisa pepejal kelapa sawit kepada pengusaha industri tenaga biomas
dengan harga yang murah atau mungkin percuma, tetapi kita kena ingat bahan sisa kelapa sawit
ini juga sesuai untuk dibuat baja. Jadi, ada kebimbangan jika ramai yang terbabit mengusahakan
biomas, sumber bahan mentahnya tidak mencukupi. Namun, syarikat besar perladangan
disarankan terbabit dengan pembangunan RE kerana mereka mempunyai bahan mentah mereka
sendiri.

Kerajaan membenarkan pembangunan sumber tenaga RE untuk dikomersialkan. Kenaikan harga


biomas daripada 17 sen/kWh kepada 21 sen/kWh menyebabkan bertambahnya permintaan
sumber tenaga itu, malah menjelang akhir tahun ini, 30.5 megawatt tenaga dari projek RE di
Sabah dijangka boleh digunakan.

Kita kena ingat, Malaysia bukannya negara besar untuk penanaman kelapa sawit. Untuk satu
pusat sumber tenaga biomas, kita memerlukan berjuta-juta tan sisa kelapa sawit dan ini sukar
dilakukan. Itu sebab saya mahu syarikat perladangan besar terbabit dengan projek biomas ini.

Kementerian juga kini memudahkan syarat dalam perjanjian pembelian tenaga (PPA) antara
syarikat yang mengusahakan RE dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) bagi membolehkan tenaga
RE dialirkan di talian elektrik milik TNB. Lagipun, biomas dan RE lain lebih selamat digunakan.

Apakah Malaysia tidak mempunyai kepakaran untuk memajukan sumber tenaga


alternatif?

Dari segi kepakaran untuk buat tenaga biomas, negara mempunyai kepakaran tetapi perlu
diperbaiki. Malaysia berasakan perlu mempunyai kepakaran ini kerana kita adalah negara
terbesar pengeluar kelapa sawit, jadi adalah malang jika kita tidak membangunkan industri
biomas ini. MPOB juga kini sedang menjalankan kajian berkaitan biodiesel dan biofuel.
Adakah kerajaan akan mengkaji semula atau memberi perhatian serius terhadap
pembangunan sumber tenaga alternatif?

Kalau hendak tukar terus penggunaan diesel atau petrol seluruhnya kepada biomas adalah sukar
dan sumbernya masih tidak mencukupi. Kementerian mempunyai dasar fuel mix (penggunaan
pelbagai sumber bahan bakar), bukannya kebergantungan kepada satu bahan bakar saja.

Kita masih menggunakan gas, arang batu dan hidro serta RE. Apa yang kita buat ini supaya ada
percampuran sumber bahan bakar dan tidak bergantung kepada satu bahan bakar. Ini juga
sebagai langkah keselamatan kepada sumber bahan bakar negara selain memastikan tenaga yang
bersih (tenaga hijau) banyak digunakan di negara ini.

Harapan Datuk mengenai penggunaan dan pembangunan tenaga alternatif bagi


mengurangkan pergantungan terhadap minyak?

Kerajaan mengharapkan penggunaan tenaga sedia ada atau fosil fuel digunakan sebaiknya kerana
sumbernya semakin berkurangan dan terhad, gas, petrol dan diesel ini adalah harta negara yang
terhad. Sewajarnya langkah proaktif membangunkan sumber tenaga RE diambil. Kementerian
kini akan memohon kepada kerajaan cukai yang diberikan pengeluar tenaga persendirian (IPP),
sebahagiannya digunakan untuk membangunkan RE seperti biomas dan tenaga solar. Potensi RE
di negara ini sangat besar dan kita tidak boleh ketinggalan membangunkannya.

Masalah sosial dapat dikategorikan menjadi 4 (empat) jenis faktor, yakni


antara lain :
1. Faktor Ekonomi : Kemiskinan, pengangguran, dll.
2. Faktor Budaya : Perceraian, kenakalan remaja, dll.
3. Faktor Biologis : Penyakit menular, keracunan makanan,
dsb.
4. Faktor Psikologis : penyakit syaraf, aliran sesat, dsb.
TANAMAN ORGANIK
TANAMAN ORGANIK

DEFINISI
Pertanian organik adalah satu pertanian mesra alam yang tidak menggunakan baja kimia,
racun perosak dan bahan penggalak tumbuhan. System ini bergantung kepada penggunaan
bahan organik dalam bentuk kompos, baja hijau atau sungkupan untuk mengekal dan
menambahkan kesuburan tanah. Di samping itu pertanian organik mengamalkan kawalan
biologi bagi perosak dan rumpai.
KEBAIKAN TANAMAN ORGANIK
1. MENINGKATKAN DAN MENGEKALKAN KESUBURAN TANAH
Kesuburan tanah bukan sahaja akan kekal melalui pertanian organik malahan ia akan
meningkatkan lagi kesuburan tanah. Hal ini kerana pertanian organik dilakukan melalui
pelbagai cara contohnya tanaman giliran. Cara ini adalah tanam yang lebuh daripada satu
tanaman di kawasan yang sama tetapi pada masa yang berlainan. Tanaman pertama boleh
mempengaruhi kesuburan tanaman kedua. Oleh itu, tanah akan kekal subur malahan semakin
subur melalui tanaman organik.

2. MENGELUARKAN MAKANAN YANG SELAMAT


Kebaikan tanaman organik juga untuk mengeluarkan makanan yang sihat. Tanaman organik
semestinya akan menghasilkan makanan organik yang bebas daripada racun perosak dan baja
kimia. Hal ini kerana tanaman organik diuruskan contohnya melalui kawalan biologi iaitu
menggunakan haiwan untuk mengawal serangga perosak daripada menyerang tanaman.
Justeru tanaman organik menghasilkan makanan yang selamat.

3. MENGITAR SEMULA SISA PERTANIAN, SISA DAPUR, SISA LAMAN DAN NAJIS
HAIWAN TERNAKAN SECARA BIOLOGIKAL
Tanaman organik akan membantu mengitar semula pertanian, sisa dapur, sisa laman, dan najis
haiwan ternakan secara biological yang melibatkan proses organisma. Contohnya dengan
menggunakan barang sisa dapur untuk mengawal serangga perosak akan menjadikan sisa
tersebut tidak dibuang begitu sahaja. Pengitaran semula ini akan menjadikan tanaman organik
berkualiti dan kita tidak perlu membazirnya dengan membuang begitu sahaja.

4. MENGAWAL RUMPAI DAN PEROSAK


Di samping itu, mengawal perosak dan melalui kaedah biologi, fizikal, kultura dan kegunaan
pokok penangkis perosak juga akan memberikan kesan baik kepada alam sekitar terutamanya
dengan wujudnya pertanian organik. Pokok penangkis perosak seperti serai wang tidak akan
memberi kesan yang tidak baik kepada alam sekitar malahan memberi manfaat iaitu boleh
digunakan untuk memasak. Hakikatnya, tanaman organik membantu mengawal rumpai dan
perosak melalui kaedah biologi.

LANGKAH MENARIK MINAT MASYARAKAT TERHADAP TANAMAN ORGANIK


1. MEMBERIKAN ILMU PENGTAHUAN TERHADAP MASYARAKAT
Memberikan ilmu pengetahuan kepada masyarakat adalah satu langkah untuk menambahkan
minat masyarakat. Hal ini kerana kebanyakan masyarakat jahil tentang risiko penggunaan
racun perosak kepada tanaman mahupun alam sekitar. Dengan memberi tunjuk ajar kepada
mereka, mereka akan mengurangkan aktiviti penggunaan racun perosak dan akhirnya akan
mengusahakan pertanian organik. Jelasnya menyampaikan ilmu pengetahuan tentang kebaikan
tanaman organik akan menambah minat masyarakat.

2. MEMBERIKAN PERUNTUKKAN PERBELANJAAN KEPADA PEMINAT TANAMAN INI


Begitu juga dengan memberikan peruntukkan perbelanjaan kepada masyarakat yang meminati
tanaman jenis ini. Kebanyakan mereka yang minat terhadap tanaman ini kekurangan modal
untuk mengusahakannya disebabkan kos yang terlalu tinggi. Dengan bantuan yang diberikan
oleh pihak berwajib akan membolehkan tanaman ini diusahakan oleh pelbagai lapisan
masyarakat.

3. MENGGALAKKAN PASARAN SECARA MELUAS TERHADAP TANAMAN INI


Seterusnya adalah menggalakkan pasaran secara meluas terhadap tanaman ini. Sebelum ini
tanaman ini sinonim dengan orang yang berada sahaja disebabkan harga makanannya yang
terlalu mahal. Namun jika ia tidak dipasarkan kepada masyarakat sekeliling tanaman ini tidak
akan dibeli dan seterusnya tanaman ini tidak akan diusahakan lagi disebabkan tiada
keuntungan yang diperoleh. Justeru tanaman ini harus diperkenalkan kepada masyarakat
sekeliling supaya mereka membantu ekonomi pengusaha untuk terus melaksanakan tanaman
organik.

4. MENANAM TANAMAN YANG MENJADI MAKANAN SEHARIAN MANUSIA


Untuk itu juga adalah menanam tanaman yang menjadi makanan seharian manusia.
Contohnya seperti sayur-sayuran dan buah-buahan. Masyarakat akan sentiasa membeli
makanan ini untuk dijadikan lauk masakan walaupun ia terlalu mahal. Disebabkan ingin
berjimat masyarakat akan menanam tanaman jenis ini sendiri akhirnya. Oleh itu, dengan
menanam makanan yang menjadi tumbuhan seharian akan menambah minat masyarakat
terhadap tanaman ini.

Manfaat makanan organik

 Bekerja membersihkan darah.


 Membuang racun yang menumpuk dalam sel.
 Membantu regenerasi sel-sel baru.
 Menjaga keseimbangan kadar asam basa tanpa obat-obatan, vitamin atau pun suplemen
tambahan.

Kelebihan makanan organik

 Memiliki kandungan gizi yang lebih baik. Makanan organik rata-rata mempunyai
kandungan vitamin C, mineral, serta phytonutrients (bahan dalam tanaman yang dapat
melawan kanker) yang lebih tinggi ketimbang bahan pangan konvensional.
 Makanan organik lebih tahan lama hingga tidak mudah basi.
 Menghemat proses produksi dan mengurangi tingkat kerusakan lingkungan.

Bahaya makanan nonorganik

a. Efek unsur dan pestisida yang terkandung dalam makanan:

 Menyebabkan gangguan kesadaran (cognitive dysfunction) seperti sulit mengeja,


membaca, menulis, membedakan warna, termasuk berbicara.
 Memperbesar risiko terhadap gangguan fisik otak.
 Salah satu penyebab kanker payudara.
 Berpotensi menyebabkan masalah pada produksi sperma.

b. Ancaman pestisida bagi manusiaan.

 Mengancam generasi penerus. Anak-anak berpotensi terkena lebih banyak pestisida


daripada orang dewasa.
 Pencemaran tanah dan air tanah.
 Boros energi, banyak energi yang dibutuhkan untuk memproduksi pupuk kimia daripada
untuk mengolah dan memanen tanaman.

Kelebihan dari makanan organik telah terbukti dapat menghindarkan akibat buruk dari makanan
”modern” masa kini yang cenderung mengandung pestisida dan bahan kimia yang tidak aman
bagi tubuh. Selain itu, makan organik mempunyai rasa yang lebih lezat. Apa yang tidak/jarang
diketahui oleh umum dari makanan organik adalah kemampuannya dalam membantu
mengurangi berat badan pada kasus kegemukan (obesitas).

Ada penelitian membuktikan makanan organik merupakan jalan dalam program menurunkan
berat badan karena kegemukan (obesitas). Pada saat makanan yang mengandung bahan kimia
berbahaya masuk dalam sistem tubuh, maka tubuh harus membuangnya agar tidak meracuni
tubuh. Pekerjaan berat ini dilakukan oleh hati (liver), yaitu organ utama yang juga berperan
dalam penurunan berat badan. Hati (liver) adalah pembangkit tenaga dan juga pembakar lemak
terbesar dalam tubuh. Namun harus dipastikan bahwa untuk dapat bekerja secara efisien,
makanan yang dikonsumsi haruslah tepat, yaitu jumlah serat yang cukup dan bebas dari bahan-
bahan kimia yang berbahaya serta alkohol. Serat membantu kerja system pencernaan. Serat habis
tidak dicerna, tetapi berfungsi membawa banyak racun / toksin dan kotoran dari tubuh dan
membuangnya setiap hari melalui air besar. Serat sangat membantu memastikan kotoran keluar
dengan cepat, seperti “pipa pembuangan” yang lancar. Pengaruh serat yang lain adalah
membantu hati (liver) bekerja secara efisien dalam membuang toksin / racun dan memperkecil
terajadinya timbunan lemak.

Jika tubuh terlalu banyak terisi oleh bahan-bahan kimia berbahaya/beracun akhirnya tubuh tidak
mampu lagi membuangnya. Ini dapat mengarah pada terjadinya timbunan lemak, tetapi yang
paling mengkhawatirkan adalah kondisi adanya lemak pada liver (fatty liver). Hati yang
mengandung racun adalah sebab utama mengapa banyak upaya orang dalam menurunkan berat
badan menjadi kandas. Anda harus memastikan bahwa organ penting berfungsi pada puncak
efisiensi untuk meningkatkan upaya penurunan berat badan dan ini berarti perlu makan makanan
yang berkualitas baik dan bebas dari bahan kimia. Ini yang membuat makanan organik menjadi
pilihan terbaik.

Perlu diingat, produsen makanan modern dewasa ini dengan sengaja menambahkan bahan kimia
buatan pada makanan olahan untuk meningkatkan masa simpan dan pestisida dan hormone
buatan pada produk pertanian untuk meningkatkan hasil panen.
Tentunya Anda tidak ingin terlalu banyak makananan yang demikian banyak mengandung bahan
kimia beracun yang jelas akan berpengaruh pada fungsi dan kerja system hati dan pencernaan
yang membuat Anda semakin menimbun racun dan lemak. Makanan organik dapat membantu
mengurangi jumlah bahan kimia beracun yang masuk ke dalam system tubuh kita, yang pada
gilirannya dapat mengurangi beban system pencernaan dan produksi lemak.

PENEROKAAN ANGKASA LEPAS

Konsep penerokaan angkasa lepas yang cuba dimajukan oleh Malaysia bukanlah
sepertimana yang digambarkan dalam fiksyen sains filem dan televisyen yang pernah
kita tonton.  Konsep penerokaan angkasa lepas Malaysia lebih menjurus kepada usaha
memperkembangkan bidang-bidang tertentu dalam industri aeroangkasa, di samping
cuba membuka ruang yang lebih luas kepada bidang penyelidikan alam cakerawala. 
Dengan kata lain, sebagai peserta baru dalam bidang ini, Malaysia sedang mencari
masa depannya ke arah menjadi pemain utama dalam industri angkasa dan juga
penerokaan ruang angkasa.
          Apabila Malaysia melancarkan satelit komunikasi pertamanya, MEASAT-1 
pada bulan Januari 1996 dan satelit MEASAT-2 kira-kira 10 bulan kemudiannya, ia
telah membuka ruang serta akan merancakkan lagi bidang kajian sains angkasa di
negara ini.  Pada masa yang sama ia turut membenihkan bibit-bibit kesedaran di
kalangan orang ramai tentang industri  aeroangkasa.
         Perkembangan bidang kajian sains angkasa di negara ini bermula semenjak
tahun 1990-an lagi dengan pembinaan kompleks Planetarium Negara dan penubuhan
Bahagian Kajian Sains Angkasa (BAKSA) di Jabatan Perdana Menteri.  Menjelang
Julai 1995, BAKSA telah diletakkan di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan
Alam Sekitar untuk memantapkan lagi peranannya membantu kemajuan sains dan
teknologi di Malaysia.
          Malaysia telah berjaya melancarkan satelit mikro pertamanya, TiungSAT-I,
pada bulan September 2000.  Satelit berkenaan hasil daripada Program Latihan dan
Pemindahan Teknologi di Pusat Angkasa Surrey yang melibatkan Surrey Satellite
Technology Ltd. (SSTL) dan Astronautics Technology Sdn. Bhd. (ATSB) dari
Malaysia.  Kehadiran satelit mikro itu di orbit bumi memberi ruang bagi Malaysia
meneroka angkasa secara lebih giat lagi. 
          Kewujudan Pelan Induk Pembangunan Industri Aeroangkasa Malaysia (1997)
membuktikan kesungguhan Malaysia dalam bidang kajian angkasa lepas.  Dengan
adanya pelan terancang ini industri aeroangkasa akan dapat dimajukan secara lebih
efisyen dan menjadi pemangkin pembangunan negara.  Komitmen kerajaan dalam
membangunkan industri aeroangkasa kian jelas dengan penubuhan Agensi Angkasa
Negara (AAN) pada bulan Julai 2002.  Agensi ini berperanan besar dalam
menghadapi era globalisasi yang menekankan kepentingan dasar langit terbuka. 
Antara lain, menurut Ketua Pengarah AAN, Prof Datuk Dr. Mazlan Othman,
Malaysia perlu mempunyai satelitnya sendiri yang mengorbit khatulistiwa agar
masalah-masalah berkaitan dengan geografi dan pertahanan negara dapat ditangani
secara berkesan.  Penubuhan AAN adalah suatu usaha menggembleng idea tenaga
pakar tempatan untuk menjayakan penerokaan angkasa lepas.  Di samping
menggalakkan kerjasama antarabangsa, agensi ini juga dapat menyelaraskan aktiviti
penerokaan angkasa lepasnya seiring dengan peraturan Pertubuhan Bangsa-bangsa
Bersatu (PBB).
          Banyak keperluan negara dapat dipenuhi melalui usaha penerokaan angkasa
lepas yang terancang.  Kejayaan bidang penerokaan angkasa lepas akan memberi imej
baik terhadap kemajuan bidang sains dan teknologi negara ini, selaras dengan cabaran
Wawasan 2020 yang ingin mewujudkan masyarakat saintifik, progresif, inovatif dan
berpandangan jauh.  Kejayaan Malaysia dalam bidang teknologi angkasa lepas akan
memacu kemajuan negara dan seterusnya meletakkan nama Malaysia sebaris dengan
negara-negara maju dalam bidang penyelidikan angkasa lepas.
          Pelancaran satelit ke orbit boleh memantapkan sistem komunikasi negara
sepertimana yang dicapai oleh satelit MEASAT 1 dan MEASAT 2.  Melalui
penggunaan satelit-satelit berkenaan, komunikasi menerusi telefon mudah alih
menjadi lebih efisyen.  Menurut Prof. Madya Dr. Mustafa bin Subari dari BAKSA,
penggabungan antara satelit navigasi dengan telefon mudah alih bukan sahaja
memudahkan komunikasi tetapi juga memungkinkan kedudukan individu berkenaan
dikesan melalui teknologi Global Positioning System (GPS).  Keberkesanan
penggunaan satelit untuk berkomunikasi dan mengesan kedudukan jelas dapat dilihat
ketika Datuk Azhar Mansur yang belayar solo mengelilingi dunia menggunakan
telefon mudah alih iridium untuk menghubungi pusat pemantaunya di Langkawi.
          Selain daripada itu, kemajuan penerokaan angkasa lepas juga berfaedah kepada
beberapa bidang tertentu.  Antara bidang yang dapat memanfaatkan kemajuan
berkenaan ialah perdagangan dan pengangkutan.  Satelit navigasi menerusi teknologi
GPS misalnya, kini digunakan secara efektif di Lembah Kelang dan Lapangan
Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk memantau pergerakan teksi-teksi
yang memberi perkhidmatan kepada para pelanggan KLIA.  Dengan bantuan
Intelligent Vehicles System (IVS), kenderaan pintar berkenaan boleh dikesan dan
dihubungi dengan mudah.  Sistem ini juga telah digunakan ke atas kenderaan-
kenderaan sewa untuk memantau pergerakkannya.
          Kemudahan satelit juga turut membantu kemajuan bidang perikanan di negara
ini.  Sistem pengesanan jarak jauh (remote sensing) dengan kemudahan GPS amat
berguna bagi nelayan-nelayan laut dalam untuk mengesan kedudukan ikan-ikan di
laut.  Selain daripada itu, teknologi ini berguna ketika negara dilanda masalah jerebu
kerana ia juga boleh membantu mengelakkan pelanggaran dengan kapal-kapal lain
yang sedang melalui perairan negara.
          Antara bidang lain yang turut menerima faedah daripada teknologi angkasa
lepas ialah bidang geografi.  Kajian dan ramalan cuaca dapat dibuat secara lebih
efektif dan tepat melalui kemudahan satelit pengesanan jarak jauh.  Sebarang bentuk
bencana alam seperti ribut taufan, gempa bumi dan hujan lebat dapat dikesan lebih
awal.  Dengan itu, langkah segera untuk mengelakkan sebarang tragedi dapat
diambil.  Kerja-kerja pemetaan kawasan juga dapat dilakukan dengan mudah. 
Penyediaan peta dan penentuan topografi sesuatu kawasan akan dapat dibuat secara
lebih baik dengan bantuan satelit.
          Dalam bidang pertahanan, kemudahan satelit navigasi akan membantu kerja-
kerja memantau keselamatan negara dengan lebih berkesan.  Oleh kerana perairan
negara kita merangkumi kawasan yang luas serta mengandungi banyak pulau maka
pemantauan menerusi sistem satelit adalah suatu kaedah yang paling baik.  Perairan
Sabah dan kawasan pedalaman Sarawak misalnya, merupakan kawasan-kawasan yang
sukar dipantau melalui penggunaan tenaga manusia.  Oleh yang demikian, sistem
pemantauan melalui satelit secara berterusan akan membantu mengesan pencerobohan
dan juga kegiatan jenayah penyeludupan di kawasan berkenaan.
          Selain daripada itu penerokaan angkasa lepas turut memberi faedah yang besar
kepada kemajuan industri aeroangkasa di negara ini.  Antara bidang industri
aeroangkasa yang mendapat faedah besar daripada kemajuan penyelidikan angkasa
ialah teknologi pembuatan pesawat.  Bidang ini telah mencambahkan hasilnya di
negara ini apabila Malaysia berjaya mengeluarkan pesawat peninjau tanpa pemandu
pertamanya pada tahun 2001.  Pesawat yang dikenali sebagai Eagle Airborne
Reconnaissance Vehicle (ARV) dibina melalui projek usahasama  dengan British
Aerospace System (BAE).  Selain daripada membantu kemajuan sistem pertahanan
negara kita sendiri, pesawat ini juga akan dieksport ke luar negara.
          Bidang penerokaan angkasa lepas yang kian berkembang di negara ini juga
banyak memberi faedah kepada institusi-institusi pendidikan tinggi (IPT) tempatan. 
Kebanyakan IPT tempatan kini mempunyai bahagian kajian sains angkasa mereka
sendiri untuk membuat penyelidikan dalam bidang kepakaran masing-masing serta
melahirkan lebih ramai pakar sains angkasa negara ini.  Langkah ini sudah tentu akan
membantu kemajuan negara dalam bidang penerokaan angkasa lepas masa hadapan.
          Bidang penerokaan angkasa lepas di Malaysia terus menggalas harapan yang
lebih tinggi pada masa hadapan.  Antara harapan yang ingin direalisasikan ialah
menerbangkan angkasawan sendiri ke angkasa lepas sana.  Kita juga ingin menjadi
pemain utama dalam penerokaan angkasa sepertimana Amerika Syarikat, Rusia dan
China.  Jika dilihat kepada usaha-usaha yang sedang kita gerakkan pada masa ini, kita
bukan lagi sedang mencari masa depan dalam bidang penerokaan angkasa lepas.  Kita
sebenarnya sedang membina masa depan untuk ditempatkan di ruang cakerawala sana
pada alaf akan datang.
TECHNOLOGY ANGKASA LEPAS

Ketika projek angkasawan dilancarkan dan sehinggalah negara kita berjaya menghantar seorang
anak Malaysia ke angkasa lepas, pelbagai isu diperdebat  tentang kepentingan negara
membangun seperti Malaysia melaburkan dana yang bernilai berbilion ringgit dalam industri
angkasa lepas sedangkan masih ramai lagi rakyat yang tidak berkemampuan yang memerlukan
bantuan. Walaupun mendapat sokongan  saintis dalam bidang angkasa lepas seperti Profesor
Datuk Dr. Mazlan Othman dan juga negarawan Malaysia, Tun Dr Mahathir, masih ramai
yang ragu-ragu dengan keterlibatan secara langsung negara ke dalam industri angkasa lepas.
Tetapi tidak ramai yang sedar bahawa bidang aeroangkasa atau lebih khusus teknologi angkasa
sebenarnya menyumbang peratusan yang tinggi dalam kajian dan pembangunan teknologi
canggih yang berjaya diaplikasikan untuk kegunaan awam.

Sejak kali pertama manusia berjaya dihantar ke angkasa lepas pada tahun 1961 oleh Soviet
Union (sudah berkubur) ketika itu, banyak misi telah dirancang untuk meletakkan manusia
tinggal di angkasa lepas lebih daripada 3 bulan dan berjaya disempurnakan. Proses untuk
menyempurnakan sesebuah misi tersebut telah menghasilkan kajian sampingan seperti keperluan
pemakanan dan nutrisi angkasawan, kesan persekitaran angkasa terhadap  fisiologi dan fizikal 
angkasawan, keperluan alatan yang ergonomik untuk membantu angkasawan bekerja di stesen
angkasa dan isu pencegahan dan keselamatan di dalam kapal angkasa. Beberapa contoh hasil
daripada kajian sampingan ini adalah seperti terhasilnya makanan bayi yang diperkaya dengan
nutrisi daripada mikro-alga yang sangat baik untuk perkembangan mental dan visual bayi yang
dikenali sebagai Formulaid. Ia dihasilkan daripada kajian National Aeronautics and Space
Administration (NASA) mengenai pembekalan nutrisi  yang senang dihasilkan, berkualiti tinggi
dan mencukupi untuk kru angkasa di samping keupayaan alga tersebut berfungsi sebagai agen
kitar semula.

DILEMA PERDAGANGAN MANUSIA

Oleh MOHD. NA'EIM AJIS


Pensyarah Kolej Undang -Undang,
Kerajaan dan Antarabangsa, UUM
Utusan Malaysia
01.10.2009
AKTIVITI perdagangan manusia merupakan antara jenayah tertua. Ia juga dianggap sebagai suatu industri
universal dan tidak tertakluk kepada satu-satu negara untuk beroperasi. Laporan Perdagangan Manusia (TIP) oleh
Jabatan Negara Amerika Syarikat menganggarkan, kegiatan perdagangan manusia di negara itu melibatkan
keuntungan antara AS$1 bilion hingga AS$3 bilion (RM3. 5 bilion hingga RM10.5 bilion) setahun. Dianggarkan
sekitar 600,000 hingga 800,000 orang menjadi mangsa sindiket perdagangan manusia dengan sekitar 14,500
hingga 17, 500 daripadanya diperdagangkan di AS setahun. Sementara itu, Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu Khusus Membanteras Dadah dan Jenayah (UNODC) menganggap perdagangan manusia sebagai industri
jenayah yang menjana keuntungan sekitar AS$5 bilion hingga AS$9 bilion (RM17.5 bilion hingga RM31.5
bilion) setahun.

Isu perdagangan manusia kini menjadi antara fenomena yang mengancam banyak negara. AS telah menggubal
undang-undang perdagangan manusia iaitu Akta Perlindungan Mangsa Penyeludupan dan Keganasan 2000.

Akta itu telah


memperluaskan konsep perdagangan manusia dan mengenakan hukuman berat ke atas mereka yang terlibat.
Malaysia juga telah meluluskan Akta Antipemerdagangan Orang 2007 (ATIP) bagi menangani isu tersebut.
Kewujudan akta ini telah memberikan kuasa kepada kerajaan untuk mendakwa dan mengenakan hukuman
dengan peruntukan penjara sehingga 20 tahun dan denda sehingga RM500,000. Sejajar dengan pengenalan akta
tersebut, kerajaan turut menubuhkan Majlis Antipemerdagangan Orang (MAO) yang berfungsi untuk
menyelaraskan dasar dan melaksanakan ATIP.

Walaupun Laporan Antipemerdagangan Orang 20 07 (TIP) oleh Jabatan Negara Amerika Syarikat meletakkan
Malaysia sebagai antara 16 negara berprestasi buruk dalam menangani isu ini, kewujudan ATIP dan MAO akan
membuktikan komitmen negara dalam usaha membanteras fenomena ini. Persidangan Serantau Mengenai
Penyeludupan, Perdagangan Manusia dan Jenayah Antara Negara di Bali pada Februari 2002 telah menunjukkan
komitmen bersepadu antara negara-negara Asia Pasifik. Persidangan itu sepakat untuk membentuk kerjasama
terutama dalam aspek perkongsian maklumat, kepakaran dan undang-undang yang seragam bagi memastikan
aktiviti tersebut dapat dibendung di peringkat akar umbi. Mereka juga menganggap penyeludupan dan
perdagangan manusia bukan sahaja melanggar hak sesebuah negara malah ia menimbulkan pelbagai masalah se
lain menjejaskan hubungan diplomatik antara negara.

Namun begitu, dalam memperkatakan mengenai isu ini, ramai yang masih keliru di antara konsep penyeludupan
dan perdagangan orang. Menurut UN Convention Transnational Organised Crime (2000), penyeludupan ialah
apabila seseorang memasuki sesebuah negara secara haram dengan melakukan pembayaran dalam bentuk wang
atau faedah lain kepada pihak-pihak tertentu. Sementara itu, Seksyen 2, Akta Anti Pemerdagangan Orang 2007
pula mendefinisikan perdagangan orang seba gai perekrutan, pengangkutan, pemindahan, pelindungan,
penyediaan atau penerimaan seseorang bagi maksud eksploitasi.

Bagi pengertian eksploitasi pula Seksyen 2 telah mendefinisikan ia sebagai segala bentuk
eksploitasi sama ada seks, kerja atau perkhidmat an paksa, perhambaan atau amalan
2

yang menyerupai perhambaan, pengabdian atau aktiviti yang menyalahi undang -undang atau pemindahan organ
manusia. Daripada definisi di atas, terdapat beberapa perbezaan ketara antara perdagangan dan penyeludupan
manusia. Hubungan antara penyeludup dan orang yang diseludup akan berakhir apabila seseorang itu dihantar ke
destinasi yang dikehendaki oleh mangsa dan unsur pengeksploitasian tidak perlu dibuktikan sebagai sabitan
kepada kesalahan tersebut. Apa yang pasti penyeludup an orang akan melibatkan rentas sempadan sesebuah
negara secara haram. Kesanggupan mangsa untuk membayar sejumlah wang menunjukkan bahawa migrasi
mereka adalah benar -benar terdesak dan mereka menjangka mendapat keuntungan berlipat kali ganda di negara
destinasi.

Pada 1993, seramai 300 imigran dari China telah diseludup ke New York dengan menggunakan kapal Golden
Venture. Setiap mereka membayar sebanyak AS$30,000 hingga AS$40,000 kepada ejen penyeludupan.
Kebanyakan mereka telah berjaya mengaut keuntungan sehingga mampu membina rumah besar dan mewah di
negara asal. Perdagangan orang pula tidak semestinya mereka yang terlibat perlu merentas sempadan sesebuah
negara tetapi ia juga boleh berlaku secara domestik. Contohnya dalam isu kerja paksa. Ia tidak semestinya
melibatkan pekerja asing sahaja tetapi boleh diambil kira nasib pekerja tempatan yang dieksploitasi oleh majikan.
Status kemasukan mangsa perdagangan orang boleh berlaku sama ada secara sah atau tidak. Tetapi bagi aktiviti
penyeludupan statusnya sudah tentu tidak sah. Apa yang penting dalam isu perdagangan orang ialah wujudnya
unsur -unsur eksploitasi dan paksaan terhadap mangsa.

Oleh itu, jika dilihat dalam kes Siti Hajar Sadli, pembantu rumah Indonesia yang dikatakan telah didera oleh
majikan bukan sahaja boleh menggunakan peruntukan dalam Kanun Acara Jenayah (KAJ) tetapi juga peruntukan
dalam Akta Antipemerdagangan Orang 2007 (ATIP). Kesalahan perdagangan orang tidak melibatkan unsur
-unsur sukarela antara mangsa dengan orang yang memperdagangkan. Ia juga tidak melibatkan sebarang bentuk
ganjaran atau caj perkhidmatan seperti aktiviti penyeludupan. Untuk tujuan pendakwaan dan sabitan, mangsa
perlu dibuktikan telah dipaksa dan dieksploitasi. Unsur - unsur paksaan dan pengeksploitasian boleh wujud sama
ad a sebelum, semasa atau selepas proses perdagangan orang itu berlaku. Dengan itu, adalah sukar pihak
berkuasa untuk bertindak pada peringkat awal kerana ia perlu menentukan mangsa telah dieksploitasi atau
sebaliknya.

Bagaimanapun, tidak dinafikan aktiviti penyeludupan boleh menjadi proses awalan kepada aktiviti perdagangan
manusia. Ini kerana selalunya kesalahan penyeludupan orang mempunyai potensi untuk menjadi sebahagian
aktiviti perdagangan manusia. Justeru itu, apa yang perlu dilakukan oleh kerajaan d alam menangani isu ini ialah
komitmen jitu dan pelaksanaan strategik supaya ia tidak menjadi "tin kosong" dalam meningkatkan kecekapan
sistem penyampaian kerajaan. Pelaksanaan perlu dilengkapi dan disokong dengan aspek perundangan yang
tersusun, kakitangan yang komited dan kewangan yang mantap. Ini kerana tanpa elemen-elemen tersebut adalah
sukar untuk kerajaan mencapai sasaran yang telah ditetapkan dalam pelan induk mengenai antiperdagangan
orang. Apa yang pasti mangsa -mangsa perlu diberikan perlindungan sebaik mungkin tanpa mengira agama,
gender, bangsa dan negara asal.

Di samping itu, setiap negara juga perlu menandatangani memorandum perjanjian di bawah PBB supaya kos
pemulihan dan penguatkuasaan boleh ditanggung bersama jika salah seorang - mangsa atau penjenayah -
melibatkan rakyat mereka. Perjanjian itu akan membuatkan semua negara lebih serius untuk menangani isu ini.
Oleh itu, aktiviti ini boleh disekat sejak dari negara sumber lagi dan mengurangkan beban kepada negara
destinasi serta menggalakkan migrasi secara sah.

3
UNODC Tampil Manual Anti Pemerdagangan Manusia Baru
BERNAMA
29 Ogos 2009

DUBAI, 29 Ogos (Bernama) -- Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Khusus Membanteras Dadah dan
Jenayah (Unodc) melancarkan manual baru yang disasar untuk menangani sebarang kelemahan yang terdapat di
peringkat pengamal undang -undang jenayah, dalam usaha mencegah dan memerangi kegiatan pemerdagangan
manusia. Manual baru itu dilihat muncul pada masa yang kritikal, ketika ekonomi dunia yang tidak menentu kini
menyebabkan lebih ramai yang terdedah kepada kemungkinan menjadi mangsa jenayah pemerdagangan manusia
ini, kata Pengarah Pejabat Untuk Memantau dan Memerangi Pemerdagangan Manusia, Jabatan Negara Amerika,
Luis CdeBaca pada majlis pelancaran dokumen itu di Bangkok. "Manual Anti Pemerdagangan Manusia bagi
Pengamal Undang-undang Jenayah" itu menerangkan mengenai langkah -langkah yang boleh diambil di setiap
fasa dalam tindak balas perundangan terhadap jenayah pemerdagangan manusia, di samping menjadi panduan
praktikal serta bahan latihan buat pengamal undang-undang jenayah," kata Unodc.

Dengan merujuk kepada laporan pada bulan Februari 2009, badan Pertubuhan Bangsa - bangsa Bersatu (PBB) itu
berkata walaupun jumlah sabitan kes-kes jenayah pemerdagangan manusia semakin meningkat, namun ia tidak
dapat menandingi jumlah peningkatan jenayah itu secara keseluruhan. Badan itu berkata antara masalah yang
membataskan jumlah sabitan dalam kes-kes ini ialah kurangnya unudang -undang anti pemerdagangan manusia
di sesetengah negara, ketidakupayaan menterjemah aspek perundangan jenayah ini kepada tindakan -tindakan
tegas oleh pegawai penguatkuasa, tanggapan salah apabila menyamakan pemerdagangan manusia dengan migrasi
haram, serta keengganan mangsa untuk bekerjasama dengan piha k berkuasa akibat diugut. "Manual ini
menampilkan respons kepada cabaran -cabaran ini dalam usaha menjayakan sabitan terhadap pesalah jenayah
pemerdagangan manusia," kata Unodc. Antara lain ia menampilkan pengalaman sebenar lebih 45 hakim,
pendakwa, penyias at, ahli akademik dan wakil pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan dari seluruh dunia, yang
membentuk satu kumpulan pakar menghasilkan manual itu. CdeBaca dilantik sebagai Pengarah Pejabat Untuk
Memantau dan Memerangi Pemerdagangan Manusia, Jabatan Negara Amerika oleh Presiden Barack Obama
pada bulan Mei lepas

Seludup organ ibarat jual manusia


Oleh Haika Khazi dan Rashidi Karim
BERITA HARIAN
3 MAC 2010

KDN siasat, hukum penjenayah ikut Akta Antipemerdagangan Orang. Kementerian Dalam Negeri (KDN)
mengkategorikan kesalahan penyeludupan organ manusia mengikut Akta Antipemerdagangan Orang 2007
walaupun jenayah berkenaan sukar dikesan kerana memerlukan siasatan menyeluruh. Bagaimanapun, Timbalan
Ketua Setiausaha KDN, Datuk Abdul Rahim Mohd Radzi, berkata pihaknya tidak memandang ringan kes itu dan
tetap mengawasinya dengan meletakkan kesalahan mengikut akta baru kerana hukumannya lebih berat. Beliau
berkata demikian selepas melancarkan Kempen Antipemerdagangan Orang peringkat Kebangsaan di Taman
Kastam 3, di sini, semalam. Majlis anjuran bersama kerajaan Perlis, Universiti Malaysia Perlis (Unimap) dan
Majlis Kebangsaan Pertubuhan Wanita Malaysia (NCWO) itu dirasmikan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Md Isa
Sabu. Hadir sama Timbalan Yang Dipertua NCWO, Faridah Khalid.

Mengulas kegiatan pemerdagangan orang, beliau berkata, dalam tempoh dua tahun sehingga 7 Februari lalu,
pihak berkuasa menyelamatkan 231 orang daripada menjadi mangsa sindiket berkenaan. ³Daripada jumlah itu,
154 ialah wanita yang sebahagian besarnya dijadikan pelacur, selain 17 kanak-kanak dan 60 lelaki diselamatkan
dalam tempoh berkenaan,´ katanya.

Sementara itu, Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Mahmood Adam, berkata kegiatan penyeludupan organ
manusia tidak berlaku di negara ini. ³Buat masa ini KDN tidak menerima apa-apa laporan berhubung kes itu,
bagaimanapun pemantauan dilakukan dari semasa ke semasa berhubung dakwaan itu,´ katanya ketika meninjau
proses baik pulih mesin pengimbas pasport automatik di Lapangan Terbang Antara -bangsa Kuala Lumpur di
Sepang, semalam. Dalam perkembangan sama, Md Isa menafikan sempadan darat Perlis-Thailand, terutama di
Padang Besar menjadi laluan utama penyeludupan manusia ke negara ini.

Malaysia Sebagai Transit Pemerdagangan Manusia Masih Terkawal


BERITA HARIAN
20 Oktober 2009

KUALA LUMPUR, 20 Okt (Bernama) -- Kegiatan pemerdagangan dan penyeludupan manusia oleh sindiket
yang menjadikan Malaysia sebagai negara transit sebenarnya tidak serius dan masih terkawal. Timbalan Menteri
Dalam Negeri Jelaing Mersat berkata ini kerana setiap tindakan pihak berkuasa bagi menangani kegiatan itu
adalah yang terbaik dan berterusan sehingga masalah ini dapat diatasi sepenuhnya. Katanya, banyak faktor
penyebab jenayah tersebut berlaku dan pihak berkuasa sendiri berdepan dengan pelbagai cabaran namun kerajaan
percaya mereka berupaya menghadapinya dengan mengambil tindakan sewajarnya mengikut undang-undang.
"Masalah tersebut masih terkawal di negara ini bagaimanapun kita tidak pernah memejam mata malahan terus
melipat gandakan usaha dalam memerangi jenayah merentasi sempadan ini," katanya kepada pemberita selepas
perasmian Persidangan Perisikan Imigresen Lembagan Pasifik 2009 ke-15 di sini Selasa.

Sementara itu, Ketua Pengarah Imigresen Datuk Abdul Rahman Othman berkata tuduhan bahawa negara ini
tidak serius dalam menangani kegiatan itu adalah tidak berasas kerana segala tindakan diambil berpandukan
peruntukan kuasa dan undang -undang yang ada demi kebaikan negara. Beliau berkata dengan berkongsi
maklumat risikan antara negara, mengawasi mereka yang diburu di peringkat antarabangsa dan menjalankan
penguatkuasaan bersama, jenayah global terutamanya pemerdagangan manusia boleh ditangani. "PACRIM
adalah satu usaha serius bagi memastikan status Malaysia yang diturunkan kepada Tahap 3 daripada Tah ap 2
dalam Laporan Permerdagangan Orang 2009," katanya. Abdul Rahman berkata sebelum ini jabatan itu hanya
melakukan penguatkuasaan mengikut Akta Anti Pemerdagangan Orang 2007 tanpa disusuli usaha lain termasuk
seminar dan persidangan seperti hari ini. Laporan Pemerdagangan Orang 2009 dikeluarkan pada 16 Jun oleh
Jabatan Negara Amerika Syarikat, menyebut status Malaysia diturunkan kepada Tahap 3 daripada Tahap 2
kerana kegagalan negara mematuhi sepenuhnya standard bagi pembasmian pemerdagangan orang dan tid ak
melaksanakan usaha mencukupi untuk membendung gejala itu.

Antara 17 negara yang disenarai hitam bersama Malaysia ialah Zimbabwe, Sudan, Arab Saudi, Myanmar, Papua
New Guinea, Fiji dan Korea Utara. Abdul Rahman berkata persidangan ini merupakan wadah bagi membolehkan
perkongsian pintar strategi serta kaedah operasi dalam menangani isu tersebut. "Malaysia sebagai tuan rumah
kepada persidangan PACRIM kali ini adalah bukti kesungguhan negara dalam membanteras

penyeludupan dan pemerdagangan manusia," katanya. Persidangan ini bertujuan mengumpul, mentafsir dan
menganalisis maklumat berhubung kawalan sempadan dan isu penyeludupan manusia.

Persidangan kali ini dengan tema 'Memastikan Perisikan Imigresen Relevan' akan lebih menumpukan kepada
keperluan risikan da lam membanteras masalah dokumen palsu dan masalah penyeludupan dan pemerdagangan
manusia. PACRIM dianggotai 13 negara iaitu Amerika Syarikat, Australia, Kanada, Jepun, Hong Kong, Korea,
Macau, Mexico, New Zealand, Peru, China, Singapura dan Malaysia.

5
penyeludupan dan pemerdagangan manusia," katanya. Persidangan ini bertujuan mengumpul, mentafsir dan
menganalisis maklumat berhubung kawalan sempadan dan isu penyeludupan manusia.

Persidangan kali ini dengan tema 'Memastikan Perisikan Imigresen Relevan' akan lebih menumpukan kepada
keperluan risikan da lam membanteras masalah dokumen palsu dan masalah penyeludupan dan pemerdagangan
manusia. PACRIM dianggotai 13 negara iaitu Amerika Syarikat, Australia, Kanada, Jepun, Hong Kong, Korea,
Macau, Mexico, New Zealand, Peru, China, Singapura dan Malaysia.

You might also like