You are on page 1of 19

1

1.0 PENGENALAN

Sudah menjadi sunnatullah, setiap yang ada di dunia ini perlu mengikut peraturan untuk mencapai
kesejahteraan. Justeru bintang di angkasa raya berputar siang malam, tanpa bergeseran antara satu
sama lain. Bintang-bintang ini berputar mengikut peraturan yang telah ditetapkan. Setiap bintang
bergerak mengikut orbitnya pada kelajuan yang tertentu. Fenomena ini sudah pun berlaku ribuan tahun
yang lalu, dan untuk jangka masa akan datang yang tidak diketahui, bintang-bintang itu akan terus
beroperasi mengikut peraturan ini. Kehidupan haiwan di darat dan di laut tertakluk kepada peraturan-
peraturan yang sudah ditentukan. Di angkasa kelihatan burung-burung berterbangan ke sana sini
mencari makanan. Harimau dan singa pula hidup di rimba dengan memakan binatang-binatang yang
lemah dan kecil daripada mereka. Monyet dan kera melompat dari pohon ke pohon manakala ulat dan
cacing hidup di dalam lubang dan tanah. Di laut pula, ikan menjadi makanan manusia. Ini sunnatullah
yang telah ditetapkan untuk ikan-ikan di laut. Manusia juga tidak terlepas daripada peraturan hidup
yang ditetapkan. Ada peraturan yang perlu diikuti apabila berhubungan sesama manusia sama ada
dengan keluarga, jiran, dan masyarakat. Malahan, perhubungan dengan binatang dan persekitaran pula,
terdapat cara-cara tertentu yang perlu diikuti. Melanggar peraturan boleh mengakibatkan kebinasaan.
2

Manusia tidak boleh bersendirian, sebaliknya manusia terpaksa hidup secara berkelompok dan sentiasa
memerlukan orang lain untuk melayan kehendaknya. Sejak dari dalam perut ibunya, sehinggalah
meninggal dunia, manusia tetap bergantung kepada manusia lain untuk keperluan makanan, pelajaran,
kesihatan dan keselamatan dirinya. Semasa dilahirkan, ia perlu lepada bidan atau jururawat untuk
mengeluarkannya dari perut ibunya. Setelah melihat dunia, manusia perlu bekerja dengan mensual
tenaganya lepada orang lain. Lantas berkahwin pula dengan manusia lain. Apabila meninggal dunia,
orang lain terpaksa pula menguruskan jenazahnya di dalam kubur. Secara keseluruhannya, manusia
sentiasa memerlukan orang lain untuk meneruskan kelangsungan hidupnya. Hidup di dalam kelompok,
memerlukan peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi oleh agama, bangsa, dan masyarakat supaya
tercapai keharmonian antara satu sama lain. Oleh kerana itulah, manusia perlu kepada peraturan yang
terdiri daripada etika, undang-undang dan moral untuk meneruskan kehidupan agar tercapai
keharmonian dalam masyarakat.
3

2.0 KONSEP DAN DEFINISI MORAL, ETIKA DAN UNDANG-UNDANG.

Konsep etika berasal dari perkataan Greek “ ethos” dan “ethikos”. Ethos bererti sifat, watak, kebiasaan,
tempat yang biasa, cara hidup atau budaya. Manakala ethikos pula tatasusila, adab, kelakuan atau
perbuatan yang baik. Menurut Thiroux (2001), etika merupakan teori yang berkaitan dengan tindakan,
hujah dan tujuan yang mengarah kepada makna sesuatu tindakan. Ia bukan bersangkutan dengan fakta
atau fizikal manusia tetapi merupakan suatu falsafah moral yang mengambil kira tindakan atau
tingkahlaku manusia. Tumpuan etika ialah terhadap tingkahlaku individu, bagaimana manusia
bertingkahlaku dalam sesuatu keadaan. Namun begitu Ismail Ibrahim (Nazirmuddin:2005)
menyatakan etika proses pemikiran tentang baik dan buruk berkaitan perilaku seseorang. Justeru
dalam erti kata yang mudah etika ialah sistem yang berdasarkan akhlak atau tingkahlaku manusia.
Manakala Moral membawa maksud keupayaan mengenali mana yang benar atau salah. Ia berkait rapat
dengan kesedaran. Moral sesebuah masyarakat merujuk kepada perlakuan masyarakat tersebut dalam
konteks mendukung nilai-nilai peradapan secara umum. Plato melihat undang-undang sebagai suatu
jentera untuk mengawal kehidupan sosial, suatu alat untuk mengecapi kebahagiaan serta satujalan
untuk menemui gambar-gambar tentang struktur masyarakat. Aristotle melihatnya sebagai rukun tata
tertib, satu kontrak dan rukun harmoni.
4

Cicero melihatnya sebagai perseimbangan yang harmonis diantara akal dan alam semulajadi, suatu
perbezaan antara keadilan dan ketidakadilan dan ia juga adalah satu perintah atau larangan. Manakala
Aquinas pula menganggap undang-undang sebagai ordinan akal mengenai perkara-perkara yang
diisytiharkan baik oleh ketua komuniti. Secara keseluruhannya, takrifan undang-undang ialah satu
peraturan yang dapat menjamin kesejahteraan dan keselamatan kehidupan sosial sesebuah masyarakat.
Maka tidak dapat dikesampingkan bahawa undang-undang itu ialah tatatertib yang dicipta untuk
mengawasi dan mengatur tingkahlaku masyarakat atau kumpulan. Pelbagai definisi undang-undang
yang diberikan oleh ahli falsafah termasuklah juga oleh : Austin: “Perintah yang dikeluarkan oleh satu
badan yang berkuasa untuk orang-orang biasa dan dikuatkuasakan melalui hukuman”. (Noor Aziah.
2005) Manakala undang-undang dalam politik dan perundangan, merupakan satu sistem peraturan atau
norma yang cuba diikuti oleh ahli-ahli masyarakat. Biasanya ini adalah peraturan sesuatu negara. Jika
peraturan-peraturan ini dilanggar, orang yang melanggar peraturan tersebut mungkin dihukum atau
didenda oleh mahkamah/polis. Peraturan ini biasanya dibuat oleh pemerintah negara tersebut supaya
rakyatnya boleh hidup, bekerja dan bersosial antara satu sama lain. Kadangkala, undang-undang juga
dibuat oleh sekumpulan orang yang berfikiran sama. ( http://en.wikipedia.org/wiki/Undang-undang)
5

Undang-undang secara lazimnya ditadbir oleh suatu sistem mahkamah dimana hakim (kadangkala
dengan bantuan juri atau lay magistrate) mendengar pertikaian diantara pihak, dan mengaplikasi satu
set peraturan untuk memastikan satu keputusan yang adil. Cara dimana undang-undang ditadbir
dipanggil sistem perundangan, yang lazimnya berkembang mengikut adat-adat sendiri sesebuah negara.
Kebanyakan negara mengharapkan polis untuk menguatkuasakan undang-undang. Pegawai polis
lazimnya harus terlatih dalam penguatkuasaan undang-undang sebelum mereka dibenarkan melakukan
sesuatu dibawah warna undang-undang, untuk mengeluarkan amaran berbentuk undang-undang dan
petikan, untuk mengarahkan satu pencarian atau apa-apa lagi waran membuat penangkapan.

3.0 PERBEZAAN KONSEP ETIKA,MORAL DAN UNDANG-UNDANG.

Seorang kanak-kanak telah ditarik masuk ke dalam sebuah van oleh beberapa orang lelaki yang tidak
dikenali semasa berjalan pulang dari sekolah. Pada masa yang sama, terdapat sekumpulan lelaki sedang
bersembang di sebuah warong kopi berdekatan tempat kejadian. Mereka hanya memandang kejadian
tersebut tanpa mengambil sebarang tindakan. Sekumpulan lelaki yang sedang bersembang di warung
kopi yang tersebut di atas tidak bersalah kerana mereka tidak melakukan jenayah, tetapi tindakan
mereka itu tidak bermoral kerana mereka sepatutunya berusaha untuk menyelamatkan kanak-kanak
tersebut. Di sini, kita dapat melihat
6

bahawa undang-undang dan moral tidak sama. Kedua-duanya boleh dihubungkait sahaja. Terdapat
perbezaan yang jelas antara undang-undang dan etika. Undang-undang dikuatkkuasakan oleh
mahkamah dan hukuman akan dijatuhkan jika tidak dipatuhi sementara etika ialah ”tikaman hati”.
Seseorang yang menceroboh masuk tanpa kebenaran kediaman orang lain boleh dihukum penjara
tetapi dari segi etika, dia hendaklah insaf dan perbetulkan dirinya. ( Nazirmuddin, 2005) Undang-
undang menentukan batas yang pasti manakala etika menentukan batas adat, idealisme, keyakinan dan
nilai moral. Memberi dan menerima rasuah adalah salah di sisi undang-undang dan etika, tetapi etika
juga menjelaskan bahawa rasuah merupakan sesuatu yang bertentangan dengan amalan kita dan tidak
sesuai dilakukan. Tidak melanggar undang-undang belum pasti mematuhi etika tetapi mematuhi nilai-
nilai etika pasti jauh daripada melangggar undang-undang. Memasang muzik dengan kuat di kawasan
kejiranan bukannlah suatu kesalahan undang-undang, jika dilakukan hanya sekali-sekala dan dalam
waktu yang sesuai. Akan tetapi, mendengar muzik dan mengambil kira keselesaan jiran sekeliling
pastinya tidak akan bercanggah dengan undang-undang.
7

Undang-undang juga merupakan peraturan yang minimum untuk mengawal jenayah. Ini kerana
seseorang itu mematuhi undang-undang sebab takutkan hukuman tetapi bukan berlandaskan etika.
Etika pula lebih umum dan lebih maksimum daripada undang-undang dalam mengawal jenayah.
Undang-undang adalah satu penguatkuasaan peraturan yang telah ditetapkan. Contohnya, perbuatan
guru memukul pelajar. Secara objektifnya, ia adalah salah di sisi undang-undang kerana guru
merupakan pendidik sekaligus sebagai pelindung kepada pelajar. Bagaimana pula jika guru membalas
pukulan pelajar untuk mempertahankan dirinya daripada diserang tanpa henti. Dalam kebanyakan
insiden, guru sukar memenangi kes. Walau bagaimanapun, jika dinilai dari sudut etika, perbuatan
pelajar memukul guru merupakan kesalahan yang sangat besar. Dengan ini kita dapat melihat bahawa
berbanding undang-undang, etika memberi ruang untuk perubahan sikap terhadap kelakuan baik dan
buruk dalam masyarakat. Undang-undang tidak mencukupi untuk menentukan batas etika dan moral.
Umpamanya, tidak semua bercakap bohong salah di sisi undang-undang terutamanya dalam situasi
untuk menyelamatkan nyawa seseorang. Dari segi etika, bercakap bohong adalah salah dalam semua
situasi kerana etika mencukupi untuk menentukan batas moral yang baik dan sebaliknya.
8

Undang-undang tidak meliputi pelbagai ragam masyarakat. Misalnya, kerosakan telefon awam
merupakan vandalisme dan salah di sisi undang-undang. Bagaimana pula dengan amalan menggunakan
telepon awam dalam tempoh yang lama sehingga menghalang hak orang lain? Perbuatan ini tidak
diliputi oleh undang-undang. Walau bagaimanapun, dari sudut etika, ia adalah salah. Etika menentukan
batas kelakuan yang baik dan jahat yang meliputi pelbagai ragam masyarakat. Undang-undang tidak
mengambil kira perkara batin. Salah satu motif seseorang membunuh adalah cemburu tetapi motif
tidak boleh mensabitkan seseorang individu itu bersalah. Manakala etika meliputi perkara batin di mana
menjauhi sifat cemburu boleh mengelakkan diri daripada ditimpa masalah. Undang-undang tidak
mengambil kira perkara samar-samar tetapi etika adalah sebaliknya. Dari segi undang-undang,
gangguan seksual merupakan satu keslahan. Bagaimana pula jika seseorang suka mengenyitkan mata
kepada orang yang tidak dikenali.
9

PERBEZAAN ANTARA ETIKA DENGAN UNDANG-UNDANG

ETIKA UNDANG-UNDANG

1. Dikuatkuasakan oleh hati sendiri.

Hukuman melanggar etika ialah rasa bersalah dalam diri sendiri.

Dikuatkuasakan oleh mahkamah.

Hukuman melanggar undang-undang adalah seperti yang diperuntukkan dalam undang-undang bertulis
negara.

2. Menentukan batas adat, idealisme, kayakinan dan nilai. Batas teersebut adalah relatif dan abstrak
mengikut masyarakat.

Penentuan batas perlakuan adalah jelas.

Dianggap melakukan jenayah jika melampaui batas tersebut. Bentuk

perlakuan boleh bersifat global.

Misalnya, mencuri adalah jenayah dalam semua masyarakat.

3. Mematuhi nilai dan kod etika dapat menghindari perlanggaran undang-undang

Mematuhi undang-undang tidak bermakna mematuhi etika MORAL, ETIKA DAN UNDANG-UNDANG

10

4. Bersifat lebi umum dalam mengawal jenayah.

Merupakan peraturan minimum untuk mengawal jenayah

5. Mengembangkan sikap membezakan antara yang baik dan buruk dalam masyarakat

Cukup untuk menentukan batas etika dan moral


6. Membatasi perlakuan baik dan jahat sama ada individu atau kelompok

Tidak meliputi untuk menjadi panduan individu dan masyarakat yang rencam

7. Mengambilkira faktor rohaniah seperti hasad dengki dan lain-lain penyakit jiwa

Faktor rohaniah dan kejiwaan tidak diambilkira. Hukuman hanya dijatuhkan akibat kesan daripada
perlakuan hasad dengki yang dizahirkan

8. Mengambilkira semua faktor termasuk yang abstrak.

Tidak mengambilkira perkara yang abstrak seperti engkar,khianat daan sebagainya

MORAL, ETIKA DAN UNDANG-UNDANG

11

4.0 KEPENTINGAN ETIKA, MORAL DAN UNDANG-UNDANG DALAM KEHIDUPAN MANUSIA. 4.1
Kepentingan Etika

Etika adalah penting dalam kehidupan manusia kerana ia membantu kepada pembentukan
keharmonian, kesejahteraan, kerukunan dan kedamaian hidup. Kepentingan etika ini dapat dilihat dari
segi individu, keluarga, organisasi, masyarakat dan negara. Secara induvidunya, seseorang yang
beretika akan dapat menikmati kebaikan fizikal, rohani dan mental. Orang yang beretika sentiasa
menjaga tingkahlakunya agar tidak bertentangan dengan kehendak masyarakat. Begitu juga dengan
kemurnian hati dan kawalan emosi atau kualiti emosi yang membantu kepada pembentukan sifat-sifat
sabar, pengasih, rasional, bertimbang rasa dan lain-lain lagi. Dari segi mentalnya pula, orang yang
beretika mulia tidak gemar memikirkan perkara-perkara yang tidak mendatangkan faedah, yang
merosakkan dan sentiasa membuat perhitungan buruk baik sebelum melakukan sesuatu. Dengan itu,
jadilah ia seorang yang mempunyai sifat-sifat terpuji dan siasah diri yang unggul walau di mana ia
berada kerana nilai etika telah membentuk falsafah hidup, gaya berfikir dan tindak tanduknya.
( Nazirmuddin, 2005 ). Manakala sebuah keluarga yang mempunyai amalan etika yang tinggi bukan
hanya wujud perasaan tanggungjawab yang tinggi dan saling hormat-MORAL, ETIKA DAN UNDANG-
UNDANG

12

menghormati antara satu sama lain, malahan berjaya mejudkan suasana mesra, aman, harmonis,
kerukunan rumah tangga, keutuhan kekeluargaan dan setiap ahli keluarga akan berasa selamat dan
bahagia. Bagi sebuah organisasi pula , nilai etika amat penting. Seandainya seluruh organisasi memiliki
nilai etika yang tinggi, masalah pelanggaran disiplin organisasi seperti ponteng kerja, rasuah,
penyalahgunaan kuasa, gangguan seksual dan sebagainya tidak akan timbul. Dengan itu lahirlah suatu
budaya kerja yang positif yang mementingkan produktiviti dan kualiti yang tinggi, persekitaran
organisasi yang kondusif, semangat kekeluargaan dalam organisasi, dan segala macam tingkahlaku yang
baik dan terpuji dilam organisasi berkenaan yang menyumbang kepada peningkatan keuntungan
organisasi. Oleh kerana pengurusan organisasi juga mengamalkan etika yang tinggi keuntungan tersebut
turut dikongsi bersama oleh pekerja. Maka bukan sahaja organisasi yang menikmati kemakmuran itu
tetapi pekerja juga turut terlibat. Manakala bagi masyarakat dan negara, dengan adanya individu,
keluarga dan organisasi yang beretika tinggi, masyarakat dan negara juga turut mencapai faedahnya.
Masyarakat akan menjadi lebih progresif, aman, damai dan harmonis. Negara juga turut aman, damai,
maju dan mempunyai imej yang tinggi di peringkat antarabangsa. Selagi sesuatu bangsa itu dapat
mengekalkan tahap amalan etika yang tinggi selama itulah bangsa itu akan terus maju dan berkembang.
Sejarah telah membuktikan perkara ini. Beberapa tamadun agung yang pernah mengukir nama akhirnya
tumpas dan MORAL, ETIKA DAN UNDANG-UNDANG

13

lenyap seperti tamadun Babylon di Iraq, Mesir, Rome, Abasiah dan Umayyah, Melaka dan banyak lagi
hanya disebabkan oleh pemimpin dan ahli masyarakatnya sudah tidak bermoral dan beretika lagi.
Hubungan Etika dengan persekitaran dan masyarakat sebagai contoh ;- a) Jangan fikir dan lakukan
perkara-perkara buruk seperti mencuri Hubungan Etika dan moral akan ;- a)
Membentuk karektor seseorang seperti berfikiran positif Apa yang difikirkan biasanya melibatkan
unsur positif bagi beretika dan unsur negatif bagi yang tidak beretika, sebagai contoh seperti di bawah ;-
Betul Salah Baik Buruk
Moral Bukan moral Etika Bukan etika
Dalam persekitaran kita, etika memainkan peranan yang penting dalam kehidupan harmoni seharian. Ini
adalah kerana ia berkaitan dengan empat perkara utama ;- 1) Etika dan kuasa
Menggunakan kuasa mengikut saluran yang dibenarkan 2) Etika dan individu
Menghormati hak anda dan hak jiran anda MORAL, ETIKA DAN UNDANG-UNDANG

14

3) Etika dengan undang-undang Seseorang yang beretika sudah pasti tidak akan melanggar batas
undang-undang. 4) Etika dan agama Individu yang berpegang kepada ajaran agama
adalah mudah melaksanakan nilai-nilai etika.

4.2 Kepentingan Moral

Keghairahan dalam mengharungi kehidupan moden yang lebih berprinsipkan kepada pertimbangan
materialistic ada kalanya kita terlupa bahawa ada manusia lain yang hidup disekeliling kita. Manusia
menjadi begitu rakus hingga pertimbangan nafsu lebih menguasai akal dalam keputusan yang dibuat.
Akibatnya manusia lebih mementingkan diri sendiri melupakan tanggungjawab dan kewajipan untuk
hidup bermasyarakat, berkeluarga dan beragama. Moral adalah penting dalam kehidupan manusia
kerana ia dapat membantu manusia untuk mengenali mana yang benar atau salah. Ianya berkaitan
dengan kesedaran tentang kekuatan yang mantap. Kombinasi ini akan melahirkan corak pilihan yang
baik atau buruk . Kepentingan moral ini dapat dilihat dari segi individu, keluarga, masyarakat dan
bangsa . ( Tam Yeow Kwai, 1996 ) MORAL, ETIKA DAN UNDANG-UNDANG

15
Secara individunya, seseorang yang bermoral akan menikmati kehidupan aman dan sejahtera. Untuk itu
manusia perlukan kasih sayang, keselesaan, kedamaian, kreativiti dan kestabilan. Untuk mencapai
tujuan ini, mahu tidak mahu manusia mesti patuh kepada prinsip-prinsip kemoralan yang akan
membawa kepada sikap bekerjasama diantara satu sama lain yang dapat menghidarkan diri daripada
rasa takut dan kehilangan nyawa, dihina, dicuri harta bendanya , ditipu, disekat kebebasannya dan
ditindas. Jadi sikap moral itu adalah asas untuk manusia hidup. Tidak dapat dinafikan kesedaran
bahawa manusia itu makhluk yang dijadikan Tuhan dan menikmati segala rahmat-Nya menjadi asas
utama untuk manusia itu bermoral.Setiap manusia yang waras sentiasa menyedari bahawa adalah lebih
baik untuk membuat kebaikan daripada membuat kejahatan yang akan membawa kesukaan kepada diri
sendiri dan sesuatu kebaikan yang dilakukan itu pasti mendatangkan kepusan dan kesejahteraan kepada
dirinya sendiri. Sebaliknya, satu-satu kejahatan yang dilakukan lambat laun akan membawa akibat
buruk kepada dirinya sendiri. Seseorang yang bermoral ialah seorang yang telah menunaikan
peranannya dengan berkesan. ( Eow Boon Hin , 2003 ) Kepentingan moral dalam kekeluargaan pula
ianya akan menjadikan sesebuah keluarga itu dapat hidup dalam keadaan yang aman dan tenteram. Ini
kerana segala masalah yang timbul daripada masalah delinkuen tidak akan terjadi. Keadaan emosi yang
stabil di dalam setiap ahli keluarga dapat MORAL, ETIKA DAN UNDANG-UNDANG

16

mewujudkan suasana mesra, tolak ansur, bertanggungjawab akan menyebabkan kerukunan rumah
tangga akan berkekalan. Hasilnya jurang generasi antara anak dan ibubapa tidak akan berlaku . Oleh itu
keluarga dapat hidup aman kerana segala keperluannya dapat dipenuhi seperti pengeluran dan
pengagihan barang. Manakala bagi masyarakat dan negara ianya dapat mewujudkan masyarakat yang
harmonis dan progresif. Ini kerana sifat kemoralan yang ada pada diri masyarakat dapat memupuk
persefahaman, bertimbang rasa, tolong menolong dan lain-lain lagi nilai yang baik. Dengan adanya
individu, keluarga dan masyarakat yang mempunyai nilai moral yang tinggi telah menjadikan negara
Malaysia terkenal diseluruh dunia yang mana budi bahasa rakyatnya adalah diantara satu symbol negara
yang sangat dikagumi walaupun negara sudah moden dan membangun.

4.3 Kepentingan undang-undang

Undang-undang memainkan peranan penting dalam kehidupan manusia. Ini kerana sifat manusia itu
yang lemah mengawal kehendak nafsunya. Wujudnya undang-undang adalah berasaskan kepada
amalan, persetujuan, perjanjian, norma prinsip dan injuksi mahkamah. Undang-undang inilah yang
mengawal setiap perlakuan masyarakat, institusi dan sebagainya agar keamanan hak dan
tanggungjawab dapat dilaksanakan. MORAL, ETIKA DAN UNDANG-UNDANG

17

Kepentingan undang-undang dapat dilihat bagaimana ia dapat mengatur pelbagai perjalanan hidup
manusia tidak mengira pangkat, warna kulit, agama dan lain-lain lagi perbezaan. Ini terbukti apabila
undang-undang itu sendiri mengatur dan menentukan peranan institusi atau badan kerajaan dalam
sesebuah negara bagi kepentingan semua. Tindakan tersebut dapat mempengaruhi perbuatan dan
tindakan masyarakat contohnya seperti memperuntukan peraturan pembayaran cukai dan dengan cukai
ini dapat pula memperuntukan bantuan kepada masyarakat yang tidak berkemampuan melalui undang-
undang kebajikan. Kesannya masyarakat dapat dengan tenang dan damai. Selain itu juga, kepentingan
undang-undang juga dapat dilihat bagaimana ia berperanan sebagai ejen keamanan dan kesejahteraan.
Dengan adanya undang-undang ia dapat mengawal ahli masyarakat daripada melakukan sebarang
tindakan yang salah dan memudaratkan diri dan orang ramai. Individu yang melanggar peraturan
undang-undang akan dikenakan hukuman yang setimpal dengan perbuatan mereka. Hukuman tersebut
dibuat adalah bertujuan untuk memberi pengajaran serta mengurangkan jenayah. Oleh yang demikian
hak-hak dan kebebasan setiap individu terpelihara dan akhirnya satu bentuk kehidupan politik dan
social yang stabil dapat diwujudkan. MORAL, ETIKA DAN UNDANG-UNDANG

18

Undang-undang dapat menghukum orang yang melakukan kesalahan. Dengan adanya hukuman keatas
pesalah, masyarakat merasakan kehidupan mereka terjamin dan tidak terbiar. Struktur peraturan yang
tersedia itu membolehkan individu yang bersalah itu diadili dan seterusnya menerima hukuman yang
setimpal. Manakala pihak yang teraniaya akan mendapat keadilan yang setimpal dengan apa yangn
mereka alaminya. Kepentingan lain yang boleh kita perolehi daripada undang-undang ialah dapat
membezakan dan meningkatkan seseorang manusia itu baik atau pun buruk. Perbezaan ini dapat lihat
daripada perlakuan serta sifat-sifat yang ditonjolkan oleh setiap individu. Contohnya bagi individu yang
sering melakukan kesalahan ia boleh dikelompokan sebagai seorang manusia yang buruk dan
sebaliknya. Perbezaan kolompok ini dapat membantu individu lain untuk terus menjalani kehidupan
dengan lebih yakin dan teratur tanpa ada sebarang keraguan.

5.0 FUNGSI ETIKA, MORAL DAN UNDANG-UNDANG DALAM KEHIDUPAN MANUSIA.

5.1 Fungsi Moral dalam Kehidupan

Moral adalah perkara yang perlu diketahui, difahami dan ditonjolkan kepada masyarakat umum yang
menjadi fungsi kepada nadi penggerak pembangunan yang mementingkan peradapan dan tamadun
kehidupan yang berasaaskan kepada budaya , tamadun, peraturan dan keharmonian. Menurut Abdul
Rahman Md. Aroff (1998), moral berfungsi sebagai panduan untuk menyelesaikan konflik serta
membuat keputusan. Ini bermaksud, walaupun dalam sesuatu situasi beberapa nilai mungkin MORAL,
ETIKA DAN UNDANG-UNDANG

19

berkonflik, keutamaan nilai seseorang itu akan membantunya ,menyelesaikan konflik yang dihadapi.
Soalnya sekarang, mengapa manusia perlu bermoral? Kita patut sedar bahawa manusia adalah makhluk
Tuhan yang paling tinggi darjatnya. Manusia juga mempunyai kehendak, keinginan, matlamat dan
objektif yang sama iaitu inginkan kehidupan aman dan sejahtera. Untuk ini manusia perlukan kasih
sayang, keselesaan, kedamaian, kreativiti dan kestabilan bukan hanya untuk dirinya sendiri, malah juga
untuk orang lain. Untuk mencapai tujuan ini, mahu tidak mahu manusia mesti patuh pada prinsip-
prinsip kemoralan yang akan membawa kepada sikap kerjasama di antara satu dengan lain yang dapat
menghindarkan diri daripada rasa takut dan kehilangan nyawanya, dihina. Dicuri harta bendanya, ditipu,
disekat kebebasannya, dibelenggu dan ditindas. Jadi moral berfungsi dalam memelihara kemuslihatan
kehidupan manusia sejagat pada asasnya. Ahli-ahli falsafah Barat lebih menekankan persoalan,
”mengapa manusia pada umumnya patut bermoral?” daripada ”mengapa setiap individu harus
bermoral?” Kedua-duanya mempunyai penekanan yang berbeza-beza, tetapi dalam kehidupan manusia,
setiap individu itu menjadi teras kepada pembentukan masyarakat. Jadi moral berfungsi dalam
pembentukan sikap bermoral individu dan lebih penting dari sistem moral itu sendiri. Tidak dapat
dinafikan moral mempunyai fungsi yang amat penting dalam membawa kesedaran bahawa manusia itu
makhluk yang dijadikan Tuhan dan menikmati segala rahmat-Nya menjadi asas utama untuk manusia itu
bermoral. Dengan perkataan lain, segala apa yang dibuat itu adalah untuk penciptanya. Oleh itu fungsi
moral terhadap kesedaran moral induvidu itu bukan atas tekanan, pujian dan lain-lain, tetapi
berdasarkan keimanannya kepada Tuhan. MORAL, ETIKA DAN UNDANG-UNDANG

20

Moral juga berfungsi dalam membezakan baik buruk sesuatu perbuatan yang dilakukan oleh individu.
Setiap manusia yang waras sentiasa menyedari bahawa adalah lebih baik untuk membuat kebaikan
daripada berbuat kejahatan yang akan membawa kesukaran kepada dirinya sendiri dan orang lain.
Sesuatu kebaikan yang dilakukan itu pasti mendatangkan kepuasan dan kesejahteraan kepada dirinya
sendiri. Sebaliknya, satu-satu kejahatan yang dilakukan seperti menipu, berjudi, dan mencuri itu
lambat-laun akan membawa akibat buruk kepada dirinya sendiri. Setiap perbuatan baik yang dilakukan
dan membawa faedah kepada semua orang. Contohnya, kalau dalam satu kelompok masyarakat itu
tidak seorang pun menjadi pembunuh, pencuri dan penipu sudah pasti setiap ahli kelompok tersebut
akan menadapat faedahnya. Oleh itu, selain mematuhi perintah Tuhan, manusia pula umumnya mesti
bermoral untuk kehidupan yang aman, bahagia dan bermakna. Sikap dan perasaan bermoral adalah
menjadi tugas dan tanggungjawab setiap individu yang tidak boleh dipersoalkan lagi kerana menurut
Aristotle, moral adalah berkaitan dengan fungsi manusia sejagat. Seseorang yang telah menunaikan
peranannya dengan berkesan. Thomas Hobbes telah menggambarkan kepentingan hidup bermoral
seperti berikut: ”

Tanpa peraturan sosial (moral), akan wujud satu keadaan konflik yang tidak berkesudahan dan
persengketaan yang mengakibatkan kehidupan manusia menjadi jahat, bersifat buas dan angkuh”.

( Mohd. Janib Johari, 1994). MORAL, ETIKA DAN UNDANG-UNDANG

21

5.2 Fungsi Etika dalam kehidupan


Hubungan etika kerja profesional dengan kehidupan manusia dalam bentuk menyuruh dan
meninggalkan perkara yang mendatangkan kesalahan samaada di sisi undang-undang negara mahupun
statusnya sebagai profesional. Oleh itu, etika merupakan satu landasan kepada masyarakat yang
membolehkan individu mengawal tingkahlakunya sendiri serta membolehkan masyarakat sosial
mengawasi dan menilai setiap tindak tanduk mereka dari semasa ke semasa. Sacara datarnya etika
berfungsi sebagai, memelihara keharmonian, sokongan, pencegahan disiplin, dan memelihara maruah.
(http://members.tripod.com/takingaoff/etika.html

).

5.2.1 Etika berfungsi sebagai memelihara keharmonian

Tingkahlaku yang harus dipatuhi dan diamalkan sepenuhnya supaya kepentingan semua pihak
terpelihara. Ini dapat mengelakkan daripada berlakunya pertembungan diantara kepentingan diri dan
kepentingan umum. Ini akhirnya, menyebabkan pelbagai konflik dan rasa tidak puas hati dikalangan
pihak yang berkaitan. Contohnya, setiap ahli profesional dalam bidang masing-masing perlu mengiktiraf
kehidupan, keselamatan, kesihatan dan kebajikan setiap anggota masyarakatnya.

5.2.2 Etika berfungsi sebagai sokongan

Jika seseorang teknokrat didakwa atau diragui oleh pihak lain tentang apa yang dilakukan, maka di boleh
menggunakan kod etika untuk menyokong tindakanya dalam memberi sokongan akan apa yang telah
dilakukan. Hendaklah ahli teknokrat tersebut yakin akan pekerjaan yang telah beliau lakukan tidak salah
disisi undang-undang dan agama serta etika organisasi atau jabatan. Begitu juga dalam kehidupan
bermasyarakat hendakalah saling bekerjasama dalam menyokong tidakan ahli masyarakat yang
melakukan tindakan yang tidak bercanggah dengan etika masyarakat tersebut. MORAL, ETIKA DAN
UNDANG-UNDANG

22

5.2.3 Etika berfungsi sebagai memelihara maruah

Etika merupakan satu garis panduan kepadaindividu untuk membina , meningkat dan mempertahankan
intigriti, kejujuran dan maruah kehidupan masing-masing. Ini secara umumnya, etika berfungsi
menjelaskan bahawa setiap ahli masyarakat perlu menggunakan segala ilmu pengetahuan yang
dimilikinya untuk meningkatkan kesejahteraan manusia seluruhnya, jujur kepada diri sendiri,
masyarakat atau pun majikan sentiasa berusaha untuk meningkatkan pengetahuan untuk terus
memberi perkhidmatan yang lebih cemerlang dari semasa kesemasa.

5.2.4 Etika berfungsi sebagai pencegahan disiplin

Badan-badan profesional telah menggunakan kod etika yang berfungsi sebagai asas untuk menyiasat
sebarang penyelewengan ahli-ahlinya apabila terdapat sebarang aduan diterima. Aduan-aduan ini akan
dapat mengurangkan penyalahgunaan kuasa oleh mereka yang berkuasa dan berpangkat serta
mempunyai kedudukan tertentu dalam sebuah organisasi atau jabatan. Selain ia juga dapat
mengelakkan penggunaan maklumat-maklumat rahsia syarikat atau jabatan untuk kepentingan diri
sendiri. Ahmad Rafizi Salleh (1998), etika juga berfungsi dalam perhubungan dengan unsur kerohanian
manusia. Seseorang perlu mengetahui akan kewajipan dan perkara yang perlu dilakukan dalam
memenuhi keperluan kerohaniannya. Selain daripada itu, etika berfungsi merupakan asas kepada
kehidupan manusia, tanpa kehidupan manusia menjadi sempurna. Setiap orang mesti tahu dan
mengamalkan etika yang baik di mana ianya akan memberi kebahagian dan kedamaian kepada semua
orang. Umumnya, perbuatan yang tidak beretika bukan sahaja menjejaskan pretasi organisasi,
memalukan keluarga ataupun merosakan nama baik negara, malah ia tidak dapat akan dapat untuk
dibaik-pulih kerana generasi akan datang sebenarnya kehilangan sebahagian kesejahteraan apabila
MORAL, ETIKA DAN UNDANG-UNDANG

23

berlaku penyelewengan. Jadi etika berpungsi dalam membentuk tingkahlaku atau mengawal tingkahlaku
individu dalam masyarakat.

5.3 Fungsi undang-undang dalam kehidupan

Peraturan dan undang-undang terbentuk berpaksikan kepada nilai atau etika yang dipegang oleh
sesebuah masyarakat. Suatu tindakan yang mungkin dianggap jenayah di negara ini, mungkin pula
dianggap kebiasaan di negara lain. Jesteru undang-undang boleh berbeza kerana nilai yang dipegang
juga berbeza. Hukum dan undang-undang adalah untuk ”moderate” kehidupan manusia. Iaitu untuk
mengawal dan menyeimbangkan tindakan-tindakan
manusia(http://zakiyamani.blogsport.com/2006/07/apa-tujuan-undang-

undang.html

). Andainya manusia bertindak di dalam batas-batas norma kehidupan, maka tidak ada keperluan untuk
undang-undang dikuatkuasakan ke atas mereka. Hanya apabila seseorang bertindak berlawanan dengan
nilai yang dipegang oleh komuniti, maka dia akan diingatkan dengan kuatkuasa undang-undang.
Undang-undang juga berfungsi menjaga kepentingan dan keharmonian masyarakat (http://kawan

sejati.ee.itb.ac.id/node/14777). Contohnya, seorang yang menconteng dinding pondok menunggu bas


atau mana-mana dinding awam, biar betapa artistik atau indah sekalipun, harus dikenakan tindakan.
Menurut Nor Aziah Mohd Awal (2004), undang-undang mempunyai beberapa fungsi dalam masyarakat
diantaranya, undang-undang sebagai kawalan sosial, penyelesaian konflik, kebajikan sosial dan
pemudahcara. Undang-undang sebagai kawalan sosial iaitu undang-undang menyatakan secara
terperinci bila dan bagaimana individu tertentu dipertanggungjawabkan akibat melakukan sesuatu yang
dilarang, atau MORAL, ETIKA DAN UNDANG-UNDANG

24

kegagalan individu tidak melakukan sesuatu perbuatan atau perkara. Undang-undang juga bertindak
sebagai alternatif kepada perselisihan peribadi atau balas dendam (personal feud/vengeaance). Dalam
hal ini undang-undang jenayah memainkan peranan sebagai kawalan sosial. Ia menentukan sesetengah
perbuatan atau kegagalan melakukan sesuatu sebagai perbuatan jenayah. Ia bertujuan agar hak-hak dan
kebebasan individu terpelihara. Ini membolehkan satu bentuk kehidupan politik dan sosial yang stabil
dapat diwujudkan. Undang-undang juga berfungsi sebagai mpenyelesaian konflik. Tindakan undang-
undang biasanya bermula akibat berlakunya pertindihan kepentingan (conflict of interests) antara dua
pihak atau lebih. Kedua-dua pihak akan menggunakan undang-undang apabila tiada persetujuan dicapai
dan penyelkesaian tidak dapat diperolehi di luar mahkamah. Dalam keadaan ini undang-undang
berfungsi sebagai wahana penyelesaian masalah. Ia menyediakan prosedur yang mengatur hak-hak atau
liabliti dipertahankan dan dikuatkuasakan di institusi tertentu, contohnya mahkamah, tribunal atau
panel timbang tara. Institusi seperti mahkamah akan menetukan kesahihan tuntutan pihak-pihak yang
bertikai. Oleh itu, undang-undang menyediakan satu kerangka tetap kepada individu bahawa mereka
boleh menjalankan transaksi dengan pasti, jika konflik timbul ia akan diselesaikan dengan undang-
undang, dan jika berlaku sebaramg kemungkiran dalam transaksi ia akan memperolehi ganti rugi.
Undang-undang juga berperanan dalam memastikan kesejahteraan masyarakat. Pemerintah boleh
menggunakan undang-undang bagi memastikan kebajikan sosial tercapai. Pemerintah lazimnya
menggunakan undang-undang bagi memperuntukkan hak-hak pendidikan, perkhidmatan, kesihatan,
perlindungan kepada golongan tertentu. Contohnya, Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 untuk
wanitan dan Akta KWSP 1982 diperuntukan kepada majikan dan pekerja. MORAL, ETIKA DAN UNDANG-
UNDANG

25

Undang-undang juga berfungsi sebagai pemudahcara. Undang-undang menyediakan satu set peraturan
untuk bertingkah laku kepada anggota masyarakat. Ini membolehkan sesetengah aktiviti tertentu yang
memenuhi kepentingan bersama dapat dijalankan tanpa menimbulkan konflik. Undang-undang
persendirian (private law) mengambil peranan sebagai pemudahcara untuk permasalahan masyarakat.
Undang-undang yang mengatur kontrak, instrumen kewangan (negotiable instrument), hartanah,
perkongsian (partnerships), bank, kesatuan sekerja, perkahwinan dan lain-lain untuk mengatur dan
memudahkan manusia menjalankan kegiatan mereka.

6.0 HUBUNGKAIT ANTARA ETIKA, MORAL UNDANG-UNDANG.

Kawasan yang bersilang di antara ke dua-dua bulatan di atas mewakili pertalian undang-undang dan
etika. Akan tetapi, ia boleh mengelirukan kerana persilangan itu seolah-olah menunjukkan bahawa
ukuran etika dan undang-undang adalah sama walaupun sebenarnya ia bukanlah sesuatu yang objektif.
Contohnya, membunuh merupakan satu perbuatan yang salah

UNDANG-UNDANG

UNDANG-UNDANG + ETIKA

ETIKA MORAL, ETIKA DAN UNDANG-UNDANG

26
dari segi undang-undang dan moral tetapi tidak semua perbuatan membunuh itu salah sekiranya alasan
disebaliknya adalah untuk mempertahankan diri.

6.1 Faktor-faktor Penentu Pertalian Undang-undang dan Etika. a) Pengenaan nilai tatasusila tertentu
dalam masyarakat

Tanpa nilai-nilai tatasusila tersebut, masyarakat akan bebas untuk fitnah-memfitnah antara satu sama
lain dan akan menyebabkan kehidupan menjadi tidak aman dan tenteram.

b) Etika dan undang-undang saling menyokong atau memperkuatkan atau menokok antara satu sama
lain dalam kebanyakan nilai fundamental.

Sesetengah individu menjauhkan diri daripada perbuatan menipu kerana takutkan undang-undang.
Sesetengah yang lain pula, mendakwa mereka tidak menipu bukan kerana takut kepada undang-undang
tetapi atas desakan moral.

c) Undang-undang dan etika menjangkakan terlebih dahulu kewujudan satu sama lain.

Umpamanya, jika undang-undang di Malaysia membenarkan hubungan sejenis, undang-undang tersebut


akan ditentang hebat oleh masyarakat kerana ia bertentangan dengan nilai moral. Ini juga membuktikan
bahawa undang-undang merupakan suatu peraturan atau sistem yang mewakili nilai moral yang
didukung oleh sesuatu kumpulan masyarakat. Selain itu, kemantapan etika bergantung kepada
kewujudan sistem MORAL, ETIKA DAN UNDANG-UNDANG

27

perundangan. Sebagai contoh, kenyataan mencuri itu salah dari sudut etika tidak akan memberi apa-apa
erti tanpa wujudnya definisi pemilikan harta benda dari aspek undang-undang.

d) Persamaan bahasa yang digunakan walaupun tidak merangkumi semua perkara.

Ini adalah kerana kedua-dua undang-undang dan etika merujuk kepada tata amalan, tingkah laku,
larangan, hak dan kewajipan. ( Freeman, 1994 dalam Thiroux.J.P. 1995 .) Secara ringkasnya, kod etika
bukan berperanan untuk mengatasi undang-undang, malah ia bertindak untuk memperjelaskan tentang
kewujudan undang-undang yang sedia ada. Undang-undang pula bertindak sebagai penyokong. Akan
tetapi, sekiranya hak-hak tertentu individu terancam, undang-undang akan masuk campur dan
mengatasi kod-kod etika yang berkenaan.( Ahmad Rafizi Salleh , 1998 ). MORAL, ETIKA DAN
UNDANG-UNDANG

28

KESIMPULAN

Berdasarkan kepada perkara-perkara yang telah dibincangkan di atas, manusia tidak boleh tidak mesti
memerlukan etika, moral dan undang-undang dalam kehidupan mereka. Sekiranya terdapat
percanggahan antara undang-undang, moral dan etika, seseorang individu dianggap wajar untuk
membuat pertimbangan peribadi yang profesional. Ada sesetengan pendapat mengatakan bahawa
undang-undang perlu mengatasi etika. Seseorang individu itu perlu melihat sesuatu situasi dari segenap
sudut. Pada kebiasaannya, seseorang itu tidak akan mendapat penyelesaian yang terbaik jika hanya
memandang sesuatu situasi atau masalah dari satu sudut sahaja. Walau bagaimanapun, mematuhi
etika, moral dan undang-undang tidak semestinya diakhiri dengan penyelesaian yang terbaik. Undang-
undang terutamanya perlu dipinda atau diubah supaya masyarakat mendapat manfaat sepenuhnya.
Contohnya, dalam kes penderaan kanak-kanak, pihak berkuasa mewajibkan ahli keluarga atau jiran
tetangga membuat laporan secepat mungkin apabila mereka menyedari penderaan telah berlaku.
Tindakan mungkin di ambil tetapi kenyataan sebenar masih tidak berubah di mana sementara siasatan
dijalankan, mangsa akan dihantar balik ke rumah. Kemungkinan besar, mangsa akan didera dengan lebih
teruk sebagai cara untuk menebus dendam. Ini juga membuktikan bahawa perlakuan moral negatif telah
dilakukan. MORAL, ETIKA DAN UNDANG-UNDANG

29

Secara keseluruhannya, undang-undang, etika dan moral merupakan unsur penting dalam kehidupan
manusia yang sejahtera, selamat dan terjamin. Undang-undang yang bersendiri tanpa etika dan moral
tertentu akan menjadi tempang. Namun begitu, bukan semua nilai etika dan moral mengiringi setiap
undang-undang kerana tidan semua orang memiliki tahap etika dan moral yang sama. Apa yang penting,
asalkan undang-undang yang sedia ada memberi kebaikan maksimum kepada manusia keseluruhannya.

You might also like