You are on page 1of 15

PELAKSANAAN KURIKULUM KHSR

Pelaksanaan kurikulum KHSR mempunyai 3 perkara utama iaitu mengenal pasti & memilih bahan-bahan
kurikulum, membangunkan bahan kurikulum, pembangunan kurikulum untuk peralihan sekolah ke
kerjaya.

MENGENAL PASTI & MEMILIH BAHAN-BAHAN KURIKULUM

PEMILIHAN KANDUNGAN KURIKULUM

Pemilihan kandungan kurikulum adalah merupakan suatu aktiviti yang amat kompleks dan memerlukan
ketelitian. Pemilihan kandungan kurikulum juga adalah suatu manifestasi ke arah merealisasikan visi dan
misi negara yang dapat dicapai melalui proses pendidikan.

PERSOALAN TENTANG PEMILIHAN KANDUNGAN MATA PELAJARAN

Dikemukakan oleb Taba (1962):-

 Setakat mana kandungan dalam sesebuah mata pelajaran sesuai dengan keadaan semasa?

 Bagaimanakah kepentingan mara pelajaran mengikut keadaan?

 Adakah kandungan dalam sesebuah matapelajaran selari dengan keadaan masyarakat dan
kebudayaan?

 Adakah kandungan dalam sesebuah matapelajaran membolehkan objektif dicapai?

 Bolehkah kandungan dalam sesebuah mata pelajaran dipelajari oleh pelajar?

 Adakah kandungan dalam sesebuah mata pelajaran sesuai dengan kebudayaan dan norma
pelajar?

 Adakah kandungan dalam sesebuah mata pelajaran mengambil kira kehendak pelajar?

 Adakah kandungan dalam sesebuah mata pelajaran mengambil kira minat pelajar?
Mengikut John Dewey (1938)

 Kurikulum merupakan ciptaan sosial

 Iaitu pendidikan merupakan kaedah asas bagi reformasi masyarakat dan menimbulkan konsep
pendidikan progresif

 Prinsip kurikulum perlu dibina dan dua asas, iaitu bakat kanak-kanak dan kehendak-kehendak
alam sekeliling

 Keadaan ini memerlukan guru memainkan peranan sebagai pembimbing akademik kepada
pelajar.

Mengikut Jerome Bruner (2001)

 Kurikulum perlu berasaskan disiplin

 Iaitu kurikulum perlu dipusatkan kepada disiplin

 Tujuan pendidikan adalah untuk mendekati struktur matapelajaran dan memahaminya dan
prosesnya adalah melalui pusingan iaitu, mengenali matapelajaran dan mendalami
matapelajaran.

 Mengenali dan mendalami matapelajaran memberi makna bagi satu matapelajaran dan proses
ini harus mengembangkan minat pelajar.

 Mengenali dan mendalami matapelajaran juga membolehkan kanak-kanak kearah memahami,


meninjau dan menukar keadaan alam persekitarannya.

 Sekolah menjadi tempat memupuk keintelektualan dan proses menjadikan minda lebih
berkesan.

 Prinsip yang telah dibincangkan boleh menjadi asas atau panduan untuk menentukan
kandungan kurikulum dan Ia dibahagikan kepada dua keadaan:-

 Iaitu keadaan yang menekankan teknikal dan keadaan mempunyai hubungkait dengan
kehendak masyarakat.
 Gabungan kedua-dua keadaan ini penting untuk mendapatkan isi kandungan kurikulum yang
bermakna kepada keadaan masyarakat dan kehendak serta tuntutan masa.

 Kandungan kurikulum yang telah ditentukan menjadi bahan pengajaran yang merupakan salah
satu daripada komponen kurikulum itu sendiri.

Berikut adalah apa yang dimaksudkan dengan Kemahiran Hidup Sekolah Rendah :

Kemahiran Hidup merupakan satu mata pelajaran bercorak amali yang diajar dalam Tahap 2.
Matapelajaran ini digubal untuk mengembangkan keupayaan dalam bidang reka bentuk dan teknologi
serta perniagaan dan keusahawanan. Bidang ini dapat dikuasai melalui penguasaan kemahiran praktis,
pengetahuan serta pemupukan sikap yang positif berasaskan teknologi dan keusahawanan. Kandungan
matapelajaran ini merangkumi dan mendedahkan mengenai kemahiran asas, pengetahuan yang
berkaitan serta nilai dan sikap yang perlu dipupuk seperti berdikari, inovatif, kreatif dan sebagainya.

Kurikulum ini masih menuju ke arah memperkembangkan kebolehan murid dalam kemahiran teknologi,
kecenderungan mereka cipta dan semangat keusahawanan. Kemahiran asas yang sedemikian dapat
digunakan sepenuhnya untuk membolehkan murid berdikari dan yakin serta mampu menjalani
kehidupan secara produktif dalam dunia teknologi dan ekonomi yang kompleks dan sentiasa berubah.
Murid juga digalak untuk merebut peluang yang ada secara bijak, dan mengambil inisiatif daripadanya.

Nilai murni, sikap yang positif dan budaya kerja yang baik diterapkan semasa menjalankan aktiviti amali
agar kesepaduan dalam mata pelajaran ini dapat diwujudkan. Dari segi kandungan, beberapa tajuk
Kemahiran Hidup Sekolah Rendah telah disusun semula untuk mengukuhkan kesinambungan dan
mengelakkan pertindihan serta mengemaskini kandungannya. Elemen reka bentuk diberi lebih fokus,
elemen kreativiti dan reka cipta telah ditambah.
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Antara cadangan penambahbaikan dalam mengenal pasti dan memilih bahan-bahan kurikulum
adalah:

1. Pemilihan kandungan kurikulum perlu ada perseimbangan antara unsur kognitif, afektif dan
psikomotor. Ketiga-tiga unsur ini merupakan asas dalam proses pengajaran dan
pembelajaran ke arah pembinaan insan yang seimbang.

2. Politik merupakan latar belakang penting yang menjadi pemandu kepada pembentukan dan
pelaksanaan program pendidikan. Selain itu, kita juga harus mengetahui suasana politik
yang juga merupakan unsur yang mempengaruhi pemilihan isi kandungan kurikulum kerana
ia merupakan alat yang digunakan untuk menyalurkan doktrin arau fahaman tentang
kewujudan sesebuah negara

3. Aspirasi negara dan sesebuah negara diperjelaskan melalui sistem pendidikan. Oleh itu,
kami mencadangkan agar aspirasi negara perlu dijadikan matlamat yang diterapkan semasa
pemilihan kandungan kurikulum.

4. Di Malaysia, kurikulum dan pengajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah ( KHSR) dipilih
berdasarkan kepada model kurikulum dan pengajaran serta model semasa dan yang
berpotensi.

5. Kandungan kurikulum yang dipilih mestilah yang berdasarkan kepada Falsafah Pendidikan
Negara, iaitu kurikulum yang dirancang mestilah sesuatu pembelajaran yang dapat
melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek, mengikut
kepercayan dan kepatuhankepada Tuhan.

6. Sesuatu kurikulum yang digubal semasa memilih kandungan mestilah terdiri daripada
pembelajaran yang mempunyai nilai- nilai murni.

7. Sesuatu kurikulum yang dipilih mestilah mempunyai nilai- nilai murni bagi membentuk
modal insan yang cemerlang dan mempunyai sifat- sifat yang positif.

8. Sesuatu pembelajaran itu mestilah terdiri daripada sesuatu pelajaran yang dapat memupuk
kesedaran para pelajar terhadap penjagaan alam sekitar bagi menjamin kualiti alam sekitar
berada pada tahap yang baik.
9. Dasar Negara iaitu, ianya selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara iaitu yang dapat
melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari pelbagai aspek.

10. Haruslah berdasarkan kepada komponen Kemahiran Bersepadu Sekolah Rendah, iaitu yang
merangkumi kepada perkembangan diri dan menekankan kepada pembelajaran secara
individu dan berkumpulan bagi membolehkan sesuatu pembelajaran itu dapat dilksanakan
secara berkesan.

11. Faktor Kemahiran Berfikir secara Kritis dan Kreatif juga antara perkara yang perlu
diambilperhatian semasa memilih kandungan.

12. Ianya merangkumi kepada pengalaman dan memberi kemahiran kepada para pelajar seperti
bertukang, dan mereka bentuk sesuatu.

13. Di dalam aktiviti ini, ianya melibatkan beberapa perkara iaitu kemahiran seseorang para
pelajar, bekerjasama secara berkumpulan, berkomunikasi,sikap kepimpinan serta
merancang sesuatu aktiviti pembelajaran berdasarkan kepada proses p&p yang telah
dijalankan.

14. Kehendak masyarakat juga merupakan salah satu perkara yang perlu diberi perhatian
semasa memilih kandungan.

15. Sesuatu kandungan pembelajaran itu mestilah sesuatu yang dapat memenuhi keperluan
masyarakat, sesuatu yang dapat memenuhi keperluan tenaga pekerja, bersesuaian dengan
peringkat umur ( mengikut aras) iaitu tidak terlalu rendah atau tingi arasnya.

16. Sesuatu kandungan itu juga mestilah relevan dengan keadaan semasa, iaitu berdasarkan
kepada teknologi pada masa kini dan kajian pada masa hadapan.
MEMBANGUNKAN BAHAN KURIKULUM

Terdapat 3 aspek utama yang perlu dilalui dan dikaji dengan teliti dalam membangunkan bahan
kurikulum iaitu :

 Pembinaan Kurikulum

 Pengembangan Kurikulum

 Pelaksanaan Kurikulum

PEMBINAAN KURIKULUM

Pembinaan kurikulum melibatkan pengkongsepsian rekabentuk kurikulum. Ini adalah untuk mencapai
kesemua objektif kurikulum. Semua objektif ini diperhalus dan dikenal pasti mengenai isi kandungan
yang sewajar dengannya. Seterusnya isi kandungan bagi setiap komponen objektif disampaikan kepada
murid melalui pendekatan dan strategi pengajaran serta bahan- bahan pembelajaran supaya murid-
murid dapat mencapai objektif yang dirancangkan. Bergantung kepada objektif, kegiatan pembinaan
kurikulum boleh melibatkan kegiatan yang amat besar dimensinya. Ini amat jelas jika projek diadakan
untuk mengendalikan sesuatu program pendidikan yang luas dan menyeluruh. Pembina kurikulum
terdiri daripada golongan professional universiti serta mereka yang mahir tentang sesuatu pengajaran.
Sebahagian besar daripada kegiatan pembinaan kurikulum tertumpu kepada pembinaan bahan
pengajaran dan pembelajaran. Kegiatan pembinaan kurikulum melibatkan kegiatan merekabentuk
kurikulum, komponen pengajaran, rancangan pengajaran yang khusus serta bahan- bahan sokongan.
Pembinaan kurikulum secara sektoral dapat menghasilkan suatu pengembangan kurikulum. Dalam
melaksanakan kurikulum, beberapa pembaharuan telah dilakukan. Hasil- hasil pembaharuan ini
mendorong kepada suatu pengembangan kurikulum baru (Kurikulum 1975). Dengan itu, langkah-
langkah pembinaan kurikulum menjadi dasar bagi pengembangan kurikulum. ( Hilda Taba, Curriculum
development, Theory and Practice ).
PENGEMBANGAN KURIKULUM

Kegiatan pengembangan kurikulum mencakupi penyusunan kurikulum itu sendiri, pelaksanaan di


sekolah yang disertai dengan penilaian yang intensif dan penyempurnaan yang dilakukan terhadap
komponen- komponen tertentu. Sinonim dengan ‘curriculum development ‘, pengembangan kurikulum
bererti perubahan dan peralihan dari satu kurikulum kepada kurikulum yang lain. Contohnya dari
kurikulum 1968 ( ‘ subject matter curriculum’) ke kurikulum 1975 yang memiliki cirri- cirri ‘correlated’ ,
‘broad fields of subject matter’ dan ‘integrated’. Perubahan ini berlaku dalam jangka waktu yang
panjang.

Tyler (1949 ) dan Taba (1962)

 Mencadangkan perkara utama dalam merancang kurikulum ialah analisis keperluan. Keperluan
dalam mewujudkan kurikulum baru atau mengubahsuai kurikulum sedia ada.

Evans dan Herr (1978)

Mencadangkan tiga perkara iaitu;

1. Mengambil kira keperluan sektor pekerjaan

2. Pelbagaikan opsyen kursus -dapat perbanyakan pilihan

3. Pelbagaikan teknik pengajaran - dapat memenuhi pelbagai gaya pembelajaran

PELAKSANAAN KURIKULUM

Proses pemasangan kurikulum ialah proses menyampaikan dan mengemukakan kurikulum kepada guru
di sekolah yang terlibat dengan projek pengembangan kurikulum. Penyebaran kurikulum ialah proses
penyampaian dan pengenalan kepada sasaran yang tidak termasuk dalam proses pemasangan. Projek-
projek kurikulum mempunyai kumpulan sasaran dan skala penyebaran tertentu. Pelaksanaan kurikulum
berlaku apabila sifat- sifat rekabentuk yang ditampilkan oleh kurikulum muncul dalam pemgajaran. Sifat
– sifat yang muncul mempunyai julat yang terdiri daripada semua aspek seperti yang dikehendaki oleh
Pembina kurikulum yang merangkumi semua aspek kurikulum.
Fullen & Pomfret ( 1977 )

 Mengatakan bahawa aspek- aspek kurikulum boleh dilihat dari 5 dimensi iaitu:

– Bahan

– Struktur

– Peranan

– Pengetahuan dan kefahaman

– Pelaksanaan nilai- nilai rekabentuk baru.

 Penggunaan kurikulum boleh juga berlaku dalam bentuk ubahsuai menurut cara atau kaedah
yang sesuai dengan sesuatu keadaan.

 Penyampaian maklumat melibatkan pendekatan untuk mengorientasi guru kepada kurikulum


dan membekalkan kurikulum kepada guru.
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Antara cadangan penambahbaikan dalam membangunkan bahan kurikulum ialah:

1. Bahan tersebut haruslah dapat membentuk pengalaman pembelajaran yang terancang. Ia


bukan sahaja membolehkan pelajar menimba ilmu, tetapi juga mencari dan mendapat
pengalaman.

2. Bahan tersebut perlulah adil, fleksibel,seimbang dan boleh diterima di peringkat kebangsaan.

3. Bahan tersebut perlulah menjadi dokumentasi khas dan panduan yang terdiri daripada
cadangan-cadangan berhubung dgn matlamat,objektif,ciri-ciri pelajar,pengalaman
pembelajaran,isi kandungan pelajaran, kaedah, bahan dan cara penilaian.

4. Bahan tersebut perlu memberi tumpuan kepada kaedah penyampaian yang lebih menarik. Ini
membantu pelajar menguasai kemahiran dan isi kandungan dgn berkesan.

5. Bahan tersebut mestilah membentuk pengalaman pembelajaran yang terancang. Ia bukan


sahaja membolehkan pelajar menimba ilmu, tetapi juga mencari dan mendapat pengalaman.

6. Bahan tersebut harus mempunyai konsep tersirat. Semasa pelajar melalui pembelajaran
terancang, pelajar akan memperolehi nilai-nilai sampingan. Contohnya interaksi dan komunikasi.
Ia membolehkan kanak-kanak menjadi lebih matang dan dewasa serta mempelajari nilai dan
etika dalam kehidupan masyarakat.

7. Bahan tersebut perlu sentiasa relevan dengan kehendak semasa. Pusat perkembangan
kurikulum sentiasa merangka kurikulum pendidikan di Malaysia dari semasa ke semasa
mengikut aliran tinggi. Kurikulum perlu diubahsuai mengikut keperluan supaya pelajar sentiasa
belajar mengikut trend pengetahuan terkini.

8. Bahan tersebut haruslah bermatlamat untuk menguatkan hubungan kekeluargaan antara


masyarakat majmuk di Malaysia.

9. Bahan tersebut mestilah bertujuan membangunkan modal insan yang cemerlang dari segi
sahsiah dan akademik.

10. Bahan tersebut perlu memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh untuk
melahirkan insan yg seimbang dari segi intelek, jasmani, rohani dan emosi.
11. Bahan tersebut perlu memberi penekanan kepada perkembangan kemahiran belajar dan
genetic. Pendekatan ini melahirkan masyarakat yang mampu mengamalkan pembelajaran
sepanjang hayat dan sentiasa berkebolehan mengikuti pelajaran. Aspek ini penting kerana
proses pendidikan berlangsung secara berterusan ke arah melahirkan insan yang dapat
menyesuaikan diri dengan pelbagai perubahan yang mencabar seperti keadaan ekonomi dan
aplikasi teknologi maklumat dan komunikasi .

12. Bahan tersebut perlu besifat futuristic, fleksibel dan dinamik supaya dapat menentukan corak
masyarakat dan profil bangsa dan warganegara Malaysia.

13. Bahan tersebut harus dibina dengan mengambil proses pemecahan tingkah laku. Pengajar
bertindak sebagai penyampai maklumat dan dilatih dalam melaksanakan kurikulum dengan
berkesan.

14. Bahan tersebut perlulah membawa kesedaran dan perubahan kepada masyarakat. Kurikulum
bertujuan untuk mewujudkan golongan pelajar mempunyai kesedaran dan berupaya mengubah
masyarakat.

15. Bahan tersebut haruslah memfokuskan kepada pendekatan P&P berpusat pelajar dan
pengajaran melalui alat bantuan belajar.

16. Bahan tersebut perlulah memberi penekanan kepada demokrasi. Sekolah perlu membina
suasana demokrasi serta kerjasama antara pelajar dan bukan persaingan. Guru berperanan
fasilitator dan bukan guru tradisional.

17. Bahan tersebut mestilah tertumpu kpada proses mengingat dan memahami.

18. Bahan tersebut haruslah menekankan isi kandungan dan proses disiplin sesuatu ilmu. Contoh
dalam PJ, selain mengajar kemahiran, guru perlu mengajar disiplin sesuatu kemahiran satu
permainan

19. Bahan tersebut perlulah menyatukan 2 atau lebih subjek yang menjadi 1 matapelajaran yang
bersepadu

20. Bahan tersebut mestilah menghilangkan sempadan matapelajaran dan disiplin.


PEMBANGUNAN KURIKULUM UNTUK PERALIHAN SEKOLAH KE KERJAYA

Di sekolah-sekolah menengah di negara kita, selain daripada program pembelajaran di bilik darjah yang
sering dilaksanakan oleh guru-guru di sekolah, terdapat satu lagi program yang diperkenalkan oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia dikenali sebagai Program Sekolah Ke Kerjaya (SKK). Program ini telah
diperkenalkan pada tahun 1998 di 25 buah sekolah di seluruh negara. Seramai 495 pelajar Tingkatan 4
yang berpencapaian rendah dari segi akademik telah mengikuti program ini. Kumpulan pelajar tersebut
telah meneruskan projek ini hingga ke Tingkatan 5 pada tahun 1999. Kumpulan pelajar tersebut telah
menduduki SPM 1999 dan mereka telah pun meninggalkan alam persekolahan.

Carta alir di muka surat yang seterusnya menunjukkan rentetan perubahan dalam kurikulum yang
menjurus kepada pembangunan kurikulum untuk peralihan sekolah ke kerjaya:
Reformasi pendidikan pada tahun 1989 telah membawa perubahan
pada PTV di sekolah menengah biasa atau akademik.

Kurikulum baru telah menawarkan mata pelajaran Kemahiran Hidup


kepada pelajar sekolah rendah dari tahun 4 - 6 seterusnya ke
peringkat menengah rendah.

Mata pelajaran Teknologi Kejuruteraan dan Lukisan Kejuruteraan di


SMA pada peringkat menengah atas.

Beberapa nama kursus di SMT dan SM Vokasonal di beri nama baru


selaras dengan keperluan semasa yang lebih releven

Penambahan kursus di peringkat Politeknik dan IPTA

Program Sekolah Ke Kerjaya (SKK)

1996, KPM melonggarkan kemasukan ke T4. (PMR 4D)

1997 & 1998, kepada 1D

1999, semua pelajar layak

PELAKS
ANAAN PROGRAM SKK

Pelaksanaan program SKK dimulakan dengan penggubalan kurikulum SKK bagi memastikan pelajar
lemah dapat meningkatkan pencapaian akademiknya dan menfaatkan potensi dirinya. Ianya
dilaksanakan secara rintis tahun 1998. SKK adalah program pendidikan dan latihan tempat kerja bagi
mengembangkan potensi pelajar dgn membekalkan pengetahuan & kemahiran melalui pengalaman
tempat kerja. Antara objektif SKK ialah:

 Membolehkan pelajar mengikuti panduan pengajaran dan pembelajaran setaraf dengan


kebolehan dan keupayaan mereka dari segi akademik.

 Mengembangkan potensi dan kemahiran pelajar melalui pengalaman tempat kerja.

 Memanfaatkan masa pelajar di peringkat SM terutama utk mereka yg berpencapaian rendah


dari segi akademik.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Antara cadangan pembangunan kurikulum untuk peralihan sekolah ke kerjaya ialah :

1. Kurikulum haruslah menggunakan sukatan pelajaran yang minimum.

2. Kurikulum haruslah menyediakan latihan di tempat kerja untuk mendapat kemahiran boleh
guna melalui pengalaman tempat kerja.

3. Kurikulum haruslah mengembangkan potensi dan kemahiran boleh guna pelajar dengan melalui
pengalaman tempat kerja.

4. Kurikulum haruslah membantu pelajar yang berpencapaian rendah menguasai topik yang dipilih.

5. Kurikulum haruslah membantu guru bagi membimbing pelajar untuk mencapai kelulusan dalam
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

6. Kurikulum haruslah berjaya membentuk pelajar yang berwawasan, mampu berusaha untuk
memajukan diri sendiri dan keluarga, setelah menamatkan persekolahan dengan
mengeksploitasikan kemahiran dan pengalaman yang dipelajari semasa mengikuti program SKK
di sekolah.
7. Kurikulum haruslah membekalkan pelajar dengan kemahiran yang perlu dikuasai

Menurut pendapat kami, pelaksanaan kurikulum Program Sekolah Ke Kerjaya seharusnya dikaji semula
dan di ambil serius oleh penggubal kurikulum. Cadangan penambahbaikan yang telah kami fikiran ialah
untuk :

“Memperkukuhkan lagi kemahiran amali murid dengan melaksanakan Latihan Tempat Kerja (LTK)”

Latihan di tempat kerja bertujuan memberi peluang kepada pelajar menimba pengalaman latihan di
tempat kerja. Pelajar boleh menggunakan pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari di sekolah
semasa berada di tempat latihan. Objektif latihan di tempat kerja adalah untuk :

i) memberi peluang kepada pelajar memperoleh kemahiran tertentu di tempat latihan,

ii) membolehkan pelajar memilih kerjaya yang sesuai mengikut minat dan kebolehan, dan

iii) mengembangkan potensi pelajar dan meningkatkan keyakinan diri.

Di dalam Huraian Sukatan Pelajaran, murid-murid di dedahkan dengan hands-on tentang cara-cara
pengahasilan projek elektronik. Ini memberikan mereka pengalaman dalam bidang elektrik dan
elektronik serta pengetahuan dalam kemahiran asas. Murid-murid juga dapat menyesuaikan diri dalam
alam pekerjaan dengan mengaitkan pengalaman semasa menjalani Latihan Tempat Kerja.

Pembangunan kurikulum perlulah diberikan lebih perhatian untuk mencapai objektif SKK kerana objektif
ini dilhat amat sesuai untuk menyediakan negara untuk menjadi negara perindustrian yang maju.
BIBLIOGRAFI

Prof. Madya Dr. Ishak Ramly. (2003). Inilah Kurikulum Sekolah. Pahang. Pts Publications & Distributors
Sdn Bhd.

Universiti Terbuka Malaysia, Perancangan Kurikulum Pendidikan Teknik dan Vokasional, Jalan Tun Ismail,
Kuala Lumpur.

Prof. Madya Dr. Widad Othman & Dr. Ramlee Mustapha. (2002). Perancangan Kurikulum Pendidikan
Teknik dan Vokasional. Kuala Lumpur, Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Atan Long. (1984). Pendidik dan Pendidikan. Petaling Jaya, Penerbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd.

http://eprints.utm.my/2260/1/Yahya2001SKK.com

http://khalidalii.blogspot.com/2009/11/sukatan-pelajaran-kh-2010.html

http://www.banksoalanspm.com/Download2.html

http://imannnotapadat.blogspot.com/2009/03/nota-padat-kemahiran-hiduphbls1103.html

You might also like