P. 1
KELEMAHAN KURIKULUM

KELEMAHAN KURIKULUM

|Views: 327|Likes:
Published by Stephanny Sylvester

More info:

Published by: Stephanny Sylvester on Nov 17, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

03/08/2014

pdf

text

original

MENGENALPASTI KELEMAHAN DAN CADANGAN PENAMBAHBAIKAN SUKATAN PELAJARAN DAN HURAIAN SUKATAN PELAJARAN KAJIAN TEMPATAN SEKOLAH RENDAH

ISI KANDUNGAN
1.Pengenalan................................................................................................1 Latarbelakang ..........................................................................................................1 Pernyataan Masalah.................................................................................................3 Objektif Kertas Tugasan............................................................................................4 Penerangan Kandungan Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran Kajian Tempatan KBSR/Tahun 4..............................................................5 Sukatan Pelajaran Kajian Tempatan KBSR................................................................5 Huraian Sukatan Pelajaran Kajian Tempatan Tahun 4..............................................6 Kelemahan dalam Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran Kajian Tempatan KBSR/Tahun 4........................................................................8 Ketidakseragaman dan Kekaburan dalam penyampaian maklumat dalam SP dan HSP .................................................................................................................8 Kelemahan dalam Topik ‘Rumah dan Keluarga’......................................................10 Kelemahan dalam Sub-Topik ‘Perihal Rumah’.........................................................11 Kelemahan dalam Topik ‘Sekolah Kita’...................................................................13 Cadangan Penambahbaikan Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral KBSR/Tahun 4...........................................................15 Penggunaan Pengurusan Grafik dalam Penyampaian Maklumat dalam SP dan HSP ......................................................................................................................15 Penambahbaikan dalam Topik ‘Rumah dan Keluarga’............................................16 Penambahbaikan dalam subtopik ‘Perihal Rumah’.................................................17 Penambahbaikan dalam Topik ‘Sekolah Kita’..........................................................19 Kesimpulan.................................................................................................21 Rujukan......................................................................................................23 Lampiran 1 – Sukatan Pelajaran Kajian Tempatan KBSR.................................24

strategi adalah dan pendidikan Su (1992) di sesebuah institusi yang bahawa berdasarkan kepada kurikulum Goodlad menerangkan kurikulum adalah satu rekabentuk atau perancangan bagi sesuatu institusi atau negara yang mengandungi peluangpeluang belajar yang sebenar yang disediakan untuk satu jangka waktu dan tempat tertentu. 1996). Ia menjadi alat untuk membawa perubahan tingkah laku dalam diri pelajar sebagai hasil daripada aktiviti-aktiviti mereka di institusi pendidikan dan juga seluruh pengalaman-pengalaman pembelajaran yang diperolehi oleh pelajar dengan bimbingan sekolah. bakat dan Mukasurat 1 daripada 25 . bidang manusia dan alam sekelilingnya dan bidang perkembangan individu sesuai dengan keperluan.1. minat. Pendidikan di peringkat sekolah rendah dilaksanakan berdasarkan kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) yang telah dilaksanakan sejak tahun 1983 di mana pembentukan kurikulum ini adalah berasaskan keperluan individu iaitu: “Kurikulum dirancang Sekolah untuk Rendah itu hendaklah murid-murid dan negara (Mok. KBSR ini adalah berlandaskan kepada Perakuan 57(a) Laporan Kabinet (1979) membolehkan mencapai kemahiran dalam tiga bidang asas iaitu bidang komunikasi. Pengenalan Latarbelakang Pelaksanaan pendidikan digubal.

hidup dalam masyarakat yang demokratik. Tahap I dalam sekolah rendah ditumpukan kepada penguasaan kemahiran-kemahiran asas manakala Tahap II dirangka untuk pengukuhan dan penggunaan kemahirankemahiran asas bagi mempelajari berbagai-bagai bidang ilmu (Mok. progresif dan sejahtera. Pertama. menguasai kemahiran itu dan kedua. Kajian Tempatan merupakan satu mata pelajaran yang diajar di Tahap II di peringkat sekolah rendah. ruang liput kedua yang mengesahkan identiti dan Mukasurat 2 daripada 25 .kemampuan mental serta kesediaan murid-murid itu” Proses pendidikan peringkat sekolah rendah menekankan kemahiran-kemahiran asas yang mana terdaapt dua langkah yang diberikan perhatian. 1996). Kajian Tempatan menjadi pendukung utama bagi memupuk semangat patriotik di kalangan murid. mata pelajaran Alam dan Manusia diperkenalkan di Tahap II tetapi kemudiannya dipecahkan kepada dua mata pelajaran iaitu Sains dan Kajian Tempatan pada Tahun 1995 (Mok. menggunakan kemahiran tersebut. 1996). Di sepanjang masa persekolahan rendah. Pengajaran dan pembelajaran dalam mata pelajaran ini bertujuan melahirkan warganegara Malaysia yang bersatu padu. Pada awalnya. penyayang. Kandungan dalam Sukatan Pelajaran (SP) Kajian Tempatan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) merangkumi tiga ruang liput iaitu ruang liput pertama yang menekankan interaksi murid dengan keluarga dan masyarakat. komponen Kemanusiaan dan Persekitaran memberi kemahiran muridmurid untuk aspek manusia dan alam sekelilingnya.

Namun. keadaan sosial. Huraian ini diharap dapat membantu guru merancang dan melaksana pengajaran dan pembelajaran secara berkesan. 2001b). 2001a). SP dan HSP menjadi dokumen asas untuk membuat Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) dan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) untuk sesuatu mata pelajaran. kesesuaian menyusun murid dan aktiviti mengikut (Pusat Perkembangan Kurikulum. 2001b). Sesebuah RPT atau RPH perlulah merujuk kepada SP dan khususnya HSP bagi merancang pengajaran dan pembelajaran untuk memastikan pengisian kurikulum muridmurid menepati matlamat dan objektif HSP yang ditetapkan. Huraian Sukatan Pelajaran (HSP) pula merupakan satu dokumen yang memperincikan kandungan Sukatan Pelajaran yang bertujuan untuk memenuhi cita-cita murni dan semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan menyediakan murid menghadapi pengetahuan arus pada globalisasi abad serta ekonomi (Pusat berasaskan ke-21 Perkembangan Kurikulum. Mukasurat 3 daripada 25 . Pernyataan Masalah Di peringkat sekolah.keistimewaan kawasan tempat tinggal murid dan ruang liput ketiga yang memperihalkan tentang sejarah. ekonomoi dan kejayaan negara Malaysia (Pusat Perkembangan Kurikulum. guru-guru disarankan menggunakan mengolah kreativiti untuk memilih. Huraian Sukatan Pelajaran menyarankan strategi pengajaran dan pembelajaran yang merangkumi pelbagai aktiviti dan penggunaan sumber.

kebolehdapatan sumber pengajaran dan pembelajaran dan situasi dalam sekolah untuk membangunkan RPT dan RPH. Objektif khusus kertas tugasan ini adalah seperti berikut: (1)Untuk membentangkan aspek-aspek kelemahan dalam SP dan HSP Kajian Tempatan KBSR/Tahun 4. Objektif Kertas Tugasan Kertas untuk tugasan Tahun ini Empat bertujuan serta untuk membincangkan cadangan kelemahan SP dan HSP Kajian Tempatan KBSR khususnya memberikan penambahbaikan terhadap SP dan HSP Kajian Tempatan berkenaan. Perubahan maklumat dan akibat arus globalisasi masa kini dan teknologi komunikasi menyebabkan terdapatnya beberapa aspek dalam SP dan HSP yang perlu dinilai semula supaya sesuai dengan perubahan semasa. guru perlu menyesuaikan tahap pengetahuan dan kemahiran murid-murid. (2)Untuk memberikan cadangan penambahbaikan terhadap SP dan HSP Kajian Tempatan KBSR/Tahun 4.Dalam masa yang sama. dan (3)Untuk menerangkan cabaran dan implikasi kepada cadangan penambahbaikan SP dan HSP Kajian Tempatan KBSR/Tahun 4. Mukasurat 4 daripada 25 .

bahagian dan negeri Ketiga: Negara kita Setiap ruang liput ini memberikan hasil pembelajaran yang berlainan. daerah/jajahan. terdapat tiga ruang liput dalam program pembelajaran Tahap II sekolah rendah iaitu: Pertama: Keluarga. objektif dan organisasi kurikulum bagi mata pelajaran Kajian Tempatan Tahap II. mukim. bahagian dan negeri supaya mereka cinta dan bangga dengan persekitaran dan negeri mereka. jiran dan sekolah Kedua: Kawasan tempat tinggal. rumah. jiran dan sekolah) menekankan interaksi murid dengan keluarga dan masyarakat serta amalan nilai-nilai hidup berjiran dan bermasyarakat. Mukasurat 5 daripada 25 . Mengikut SP ini. keadaan sosial. ekonomi dan kejayaan negara. daerah/jajahan. Ruang liput ketiga pula memberi pendedahan kepada murid tentang sejarah. Ia bertujuan memberi kesedaran kepada murid tentang usaha pembinaan bangsa dan negara Malaysia. Ruang liput pertama (keluarga.Penerangan Kandungan Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran Kajian Tempatan KBSR/Tahun 4 Sukatan Pelajaran Kajian Tempatan KBSR Sukatan Pelajaran Kajian Tempatan KBSR ini memuatkan maklumat mengenai matlamat. rumah. Ruang liput kedua menyedarkan murid tentang identiti dan keistimewaan kawasan tempat tinggal. mukim.

organisasi kandungan dan strategi pengajaran dan pembelajaran yang dinyatakan di dalam SP Kajian Tempatan sekolah rendah. Huraian Sukatan Pelajaran Kajian Tempatan Tahun 4 Perancangan Tempatan dan pelaksanaan mata pelajaran Kajian yang berkesan di sekolah memerlukan guru mengetahui dan memahami matlamat. ruang liput dan bidang kajian mata pelajaran ini. 2001a). Setiap ruang liput dibahagikan kepada beberapa topik atau bidang pembelajaran untuk memberi tumpuan kepada aspek-aspek yang perlu dikaji oleh murid-murid. objektif. objektif khusus dan hasil pembelajaran untuk merancang pelajaran. Mentafsir dan memahami SP Kajian Tempatan Sekolah Rendah dengan tepat. Tujuan HSP adalah untuk membantu guru: i.Pengalaman pembelajaran dalam ruang liput tersebut dapat membentuk warganegara yang bersemangat patriotik dan berbangga sebagai rakyat Malaysia (Pusat Perkembangan Kurikulum. Lampiran 1 memberikan butiran lebih lanjut mengenai pembahagian topik berkenaan mengikut tahun. Huraian Sukata Pelajaran Kajian Tempatan disediakan bagi meningkatkan kefahaman guru dan pihak-pihak yang mempunyai peranan dalam aktiviti latihan dan penyebaran maklumat tentang kandungan SP tersebut. Mengetahui skop. Mukasurat 6 daripada 25 . Menentukan objektif am. iii. ii.

Mukasurat 7 daripada 25 . Lajur Unsur Patriotisme pula menyenaraikan nilai murni masyarakat dan semangat patriotik yang ingin dipupuk. HSP ini dipersembahkan dalam empat lajur iaitu pengajaran dan pembelajaran yang Topik/Subtopik. Kedalaman dan keluasan skop sesuatu topik ditentukan oleh subtopik. afektif dan psikomotor. Unsur Patriotisme dan Contoh Aktiviti. Ini merupakan kandungan sukatan pelajaran. dan Melaksanakan berkesan. Aspek ini perlu disepadukan dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana melaluinya. Lajur Contoh Aktiviti pula memberikan panduan kepada guru untuk mengelolakan pelajaran dengan lebih berkesan. tajuk kecil dan perincian huraian tajuk kecil. v. Lajur Hasil Pembelajaran menunjukkan segala kemahiran dan pengalaman pembelajaran yang perlu dikuasai murid. Hasil Pembelajaran.iv. Pernyataan hasil pembelajaran diolah secara khusus supaya mudah diukur dengan tepat tentang apa yang boleh dimanifestasikan oleh murid berhubung dengan pengetahuan dan pengalaman pembelajaran mereka. Menyediakan rancangan pelajaran yang sistematis. kesediaan dan keupayaan murid apabila membuat RPT dan RPH. Hasil pembelajaran ini disenaraikan mengikut urutan kesukaran dan merangkumi bidang kognitif. Guru boleh memilih tajuk kecil atau rangkuman beberapa tajuk kecil sebagai isi pelajaran mengikut kesesuaian. Lajur Topik/Subtopik menyenaraikan topik utama dan subtopik-subtopik serta tajuk-tajuk kecil. murid dapat menghayati mesej yang disampaikan.

Kajian istilah ‘Ruang Liput’ Tahap digunakan dalam I.Kelemahan dalam Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran Kajian Tempatan KBSR/Tahun 4 Ketidakseragaman dan Kekaburan dalam penyampaian maklumat dalam SP dan HSP Di dalam SP. Rajah 1: Grafik dalam SP Rajah 2: Grafik dalam HSP Mukasurat 8 daripada 25 . Grafik di bawah menunjukkan paparan dalam SP. untuk mata menjelaskan pelajaran bidang-bidang Tempatan pembelajaran Bidang-bidang pembelajaran pula dikategorikan kepada Topik.

Pembestarian yang diamalkan dalam konteks pendidikan sekolah tidak ditunjukkan dalam penyampaian maklumat dalam SP ini. Guru merupakan warga pendidik yang sibuk dan perlu mengakses dan mengumpul maklumat dengan cepat. Rajah 3: Grafik dalam SP SP hanya menjelaskan pembahagian topik seperti Rajah 3 dan seterusnya memberikan senarai topik-topik dalam Tahap II.Penyampaian menunjukkan kekeliruan. Di dalam SP dan HSP. tanpa memberi indikasi dalam senarai tersebut topik tersebut untuk tahun mana. Paparan dalam bentuk pengurusan grafik tidak digunakan untuk menyampaikan maklumat secara berkesan. paparan berikut menunjukkan pembahagian bidang pembelajaran. Kebanyakan maklumat disampaikan dalam bentuk teks yang memerlukan lebih banyak masa untuk scanning dan sklmming. Kelemahan ini sebenarnya merupakan satu kelemahan kecil sahaja tetapi perlu diambilkira. Ia grafik dalam SP dan boleh HSP ini tidak jelas keseragaman juga tidak dan menimbulkan dengan menunjukkan pembahagian sukatan pelajaran mengikut tahun. Penggunaan Mukasurat 9 daripada 25 .

dan 3. 1. Mengenali rumah sendiri dari segi bentuk. murid-murid juga semasa perlu didedahkan dengan dan perubahan-perubahan seperti perceraian Mukasurat 10 daripada 25 . Salah satu daripada topik pembelajaran yang dimuatkan adalah Perubahan dalam Keluarga (1d) [Rajah 4]. Kelemahan dalam Topik ‘Rumah dan Keluarga’ Topik pertama. Memahami keluarga sebagai satu institusi sosial dan peranan setiap anggota keluarga.istilah yang tidak seragam juga menyebabkan guru terpaksa mengambil masa memahami konteks istilah tersebut. kematian dan perkahwinan. Objektif topik ini adalah. Namun. kandungan dalam topik ini merangkumi pengetahuan asas murid-murid mengenai aspek rumah dan keluarga asas. Rumah dan Keluarga mengisahkan perihal rumah dan keluarga murid serta interaksi dalam keluarga. 2. murid akan mengetahui dan memahami tentang rumah sebagai tempat perlindungan. Murid-murid perlu didedahkan kepada perubahanperubahan yang berlaku dalam insititusi sosial iaitu keluarga. Topik ini juga menyentuh peranan dan tanggungjawab murid terhadap rumah dan keluarga. Perubahan yang dimasukkan dalam pembelajaran sekarang hanya meliputi aspek kelahiran. Menerusi topik ini. Menghargai rumah dan keluarga sendiri. cara hidup dan perubahanperubahan yang berlaku dalam keluarga dari masa ke semasa. kemudahan asas dan fungsinya sebagai tempat perlindungan. Secara amnya. konsep keluarga asas dan keluarga kembangan.

dan berbincang mengenai sebab. Kemudahan Asas Mukasurat 11 daripada 25 . perasaan dan kesan perubahan dalam keluarga mereka. Rajah 4:Topik Pembelajaran ‘Perubahan dalam Keluarga’ dalam HSP Kelemahan dalam Sub-Topik ‘Perihal Rumah’ Subtopik-subtopik dalam ‘Perihal Rumah’ memuatkan enam tajuk kecil iaitu: a.perkahwinan semula dalam keluarga. Ruang dan Kegunaan e. Jenis Rumah d. Pembinaan Rumah c. Rumah saya b.

kontraktor. Keceriaan dan Keselamatan Rajah 4 di bawah menunjukkan subtopik ‘Pembinaan Rumah’ di mana terdapat tiga tajuk kecil iaitu pelan.f. tukang kayu dan tukang paip. bahan binaan dan pihak yang telribat seperti arkitek. Rajah 4: Sub-topik ‘Pembinaan Rumah’ dalam HSP Mukasurat 12 daripada 25 .

pusat sumber. Kelemahan dalam Topik ‘Sekolah Kita’ Topik ‘Sekolah Saya’ terdiri daripada enam subtopik iaitu lokasi. jawatan dan tanggungjawab. Lokasi hanya memberi fokus kepada lokasi bilik darjah murid seperti ditunjukkan dalam Rajah 5. Ini kerana aspek ini dapat disentuh secara tidak langsung dalam membincangkan sub-topik (d) Ruang dan Kegunaan dan (e) Kemudahan Asas dalam topik ini. sejarah. bilik bimbingan dan kaunseling. peraturan dan keselamatan dan aktiviti.Pengetahuan mengenai pihak yang terlibat dalam pembinaan rumah dianggap tidak relevan dalam memberikan pengalaman pembelajaran mengenai pembinaan rumah. Penumpuan kepada bilik darjah sahaja didapati tidak memadai kerana muridmurid juga sepatutnya mengetahui lokasi bagi tempat-tempat lain seperti bilik guru. kantin. dan sebagainya supaya murid juga dapat memperihalkan seolah dengan lebih meluas. identiti. bilik sembahyang (surau). Mukasurat 13 daripada 25 .iii) ini agak bertindih dengan pengisian untuk subtopik (d) dan (e). Pengasingan kepada subtopik (b.

Bilik ICT. dan sebagainya.iii) Peraturan dan Keselamatan. Mukasurat 14 daripada 25 . bilik bimbingan dan kaunseling dan tempat-tempat lain yang khas di sekolah. Bilik Bimbingan dan Kaunseling. dalam subtopik (e.Rajah 5: Lokasi dalam Topik ‘Sekolah Kita’ Topik ini juga tidak memberi pendedahan kepada peranan badan-badan tertentu di dalam sekolah seperti peranan Pusat Sumber. Begitu juga. aspek peraturan di tempattempat khas tidak memasukkan pusat sumber.

Ekonomi negara 3. Sekolah Kita 4. sekolah dan Negara Kita Negara Kita perihal setempat Topik-topik yang diliputi adalah: 1. Kejayaan dan kebanggaan negara Mukasurat 15 daripada 25 . Pembinaan bangsa dan negara 4. Kejiranan 3.Cadangan Penambahbaikan Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral KBSR/Tahun 4 Penggunaan Pengurusan Grafik dalam Penyampaian Maklumat dalam SP dan HSP Penyampaian maklumat dalam SP dapat diperbaiki dengan menggunakan borang pengurusan grafik yang sesuai di mana ia dapat memaparkan maklumat secara berasingan dan keseluruhan dalam satu bentuk grafik. Latar belakang Pembangunan jiran. Keindahan negara kita 3. Bidang Pembelajaran Kajian Tempatan Pertama Kedua Ketiga (Tahun 4) (Tahun 5) (Tahun 6) Keluarga. mengurangkan masa merujuk dan memberikan gambaran yang lebih jelas. Cara sebegini lebih mudah difahami. Mengenal negara kita 2. Masyarakat Malaysia 1. Sejarah negara kita 4. Sumber negara 2. Perihal Setempat 1. Rumah dan Keluarga 2. rumah. Grafik yang ditunjukkan dalam Rajah 6 di bawah adalah cadangan untuk memaparkan maklumat dalam SP KBSR Kajian Tempatan.

Rajah 5: Cadangan Pengolahan Pembelajaran dalam SP dan HSP Penyampaian grafik yang lebih jelas membolehkan guru merancang pengajaran dan pembelajaran dengan lebih baik lagi. 5 dan 6. 5 dan 6 di samping memberi gambaran keseluruhan kandungan sukatan pelajaran dari Tahun 4. Mereka perlu dibawa berbincang mengenai sebab. Dalam mempelajari aspek rumah dan keluarga. sama seperti mereka Mukasurat 16 daripada 25 . kehadiran pembantu rumah. perasaan dan kesan perubahan sedemikian dalam keluarga mereka. Kadar perceraian dan ibu tunggal semakin meningkat sekarang dan dihubungkaitkan dengan pelbagai isu sosial di kalangan kanak-kanak. Ia juga terus memberi gambaran pemecahan bidang pembelajaran kepada Tahun 4. sukatan pelajaran yang ada sekarang tidak memasukkan beberapa aspek semasa dalam keluarga moden seperti kejadian perceraian dalam keluarga. Penambahbaikan dalam Topik ‘Rumah dan Keluarga’ Topik rumah dan keluarga perlu memasukkan isu-isu kekeluargaan yang semasa dan futuristik. Mata pelajaran Kajian Tempatan boleh dijadikan satu saluran utama dan awal untuk mendidik murid-murid untuk memahami dan mempunyai pengetahuan untuk menangani kesan daripada masalah ini. ketiadaan keluarga kembangan dalam ruang lingkup kehidupan kanak-kanak sekarang. Isu perpecahan dalam keluarga merupakan satu isu yang tidak boleh diketepikan dalam generasi masa kini.

Penambahbaikan dalam subtopik ‘Perihal Rumah’ Tajuk-tajuk kecil dalam sub-topik ‘Perihal Rumah’ didapati mempunyai pertindihan kandungan sukatan pelajaran. No Urutan TajukTajuk Kecil Cadangan a b Rumah Saya Jenis Rumah Dikekalkan Memasukkan dua tajuk kecil dalam (c) Pembinaan Rumah iaitu pelan dan rumah bahan binaan dalam perbincangan mengenai jenis-jenis c Pembinaan Rumah Digugurkan. kematian dan perkahwinan dalam keluarga.membincangkan perihal kelahiran. tukang kayu dan tukang paip” Mukasurat 17 daripada 25 . Tajuk kecil diagihkan kepada (b) Jenis Rumah dan (e) Kemudahan Asas d Ruang Kegunaan dan Dikekalkan e Kemudahan asas Memasukkan “Pihak yang satu tajuk kecil seperti dalam (c) Pembinaan Rumah iaitu terlibat arkitek. Urutan tajuk-tajuk kecil dalam sub-topik berkenaan dicadangkan seperti berikut. kontraktor.

merogol dan sebagainya semakin menjadi-jadi. Di samping itu. penyediaan kemudahan asas boleh terus merujuk kepada pihak yang menyediakan kemudahan asas berkenaan. tajuk kecil ‘Pembinaan Rumah’ digugurkan dan huraian-huraian di dalamnya iaitu (i) pelan dan (ii) bahan binaan lebih sesuai dibincang bersama dengan tajuk kecil ‘Jenis-jenis Rumah’. tukang kayu dan tukang paip. rumah. pula lebih sesuai digabungkan dengan tajuk kecil “Kemudahan Asas” kerana dalam tajuk ini. jenis-jenis perbincangan membawa kepada pelan (rekabentuk) dan juga bahan binaan kontraktor. Mukasurat 18 daripada 25 . mengenai langkah tanggungjawab mereka menjaga keselamatan di rumah yang berkaitan berjaga-jaga daripada kejadian mencuri dan pecah rumah. Ini kerana apabila akan membincangkan yang digunakan. Oleh itu. Keceriaan dan keselamatan juga dicadangkan agar dipisahkan kerana aspek keceriaan dan keselamatan mempunyai skop yang luas. aspek keselamatan rumah perlu dikembangkan untuk membawa dengan murid-murid penggunaan berbincang bahan elektrik. Huraian (iii) Pihak yang terlibat seperti arkitek.f g Keceriaan keselamatan Diasingkan daripada keselamatan Diasingkan daripada keceriaan Untuk mengelakkan pertindihan pengajaran dan juga untuk mengemaskini HSP. keselamatan rumah masa kini menjadi isu yang penting disebabkan kes pecah rumah yang melibatkan jenayah berat seperti membunuh. dan sebagainya.

makmal ICT. Surau. bilik guru. Surau Sekolah. Kantin. Mereka kesedaran kepelbagaian fungsi sekolah seperti bilik darjah. makmal ICT. Bilik Kesihatan. pengetahuan haruslah mereka yang mendalam perlu tentang diberi sekolah disesuaikan. Cadangan tetapi ditambah dengan lokasi tempat-tempat khas di sekolah seperti pusat sumber. penambahbaikan dalam topik ini dicadangkan pengolahan subtopik-subtopik seperti berikut: No a Sub-topik Lokasi Dikekalkan. Pusat Kesihatan. Murid-murid perlu didedahkan bukan sahaja kepada peraturan di tempat-tempat khas tetapi lebih penting lagi. Bilik Bimbingan dan Kaunseling dan sebagainya. Oleh itu. pusat sumber. memahami peranan dan fungsi tempat-tempat khas ini. makmal Sains.Penambahbaikan dalam Topik ‘Sekolah Kita’ Sekolah merupakan rumah kedua bagi murid-murid. Bilik Bimbingan & Kaunseling dsb b c d Sejarah Identiti Jawatan dan Dikekalkan Dikekalkan Dikekalkan Mukasurat 19 daripada 25 . makmal Sains. Oleh itu.

tanggungjawab e Peraturan dan keselamatan Dikekalkan tetapi senarai tempattempat khas perlu disemak semula. menggunakan istilah yang betul. Contoh: Pusat Sumber dan bukan lagi Perpustakaan f Aktiviti Dikekalkan Mukasurat 20 daripada 25 .

KBSR juga telah mengalami beberapa perubahan dan setiap daripada perubahan ini perlu diserapkan dalam SP dan HSP mata pelajaran. Walaupun demikian. isu-isu dan masalah berkaitan dengan penyampaian kandungan dalam sukatan pelajaran sememangnya perlu diketengahkan dan disampaikan kepada pihak berkenaan supaya inovasi kurikulum ke arah peningkatan kualiti dapat diteruskan. kelemahan yang dinyatakan dalam kertas tugasan ini adalah semata-mata andaian dan pendapat guru sebagai pengoperasi kurikulum di sekolah dan cadangan penambahbaikan pula datang daripada pengalaman guru dalam Mukasurat 21 daripada 25 . Sebagai guru yang menyampaikan pengajaran dan dan pembelajaran matapelajaran-matapelajaran di pembelajaran dalam mata pelajaran Kajian Tempatan.Kesimpulan Mok (2004) menyatakan bahawa Malaysia juga tidak ketinggalan dalam melakukan sekolah reformasi telah pendidikan. Guru merupakan pengoperasi kurikulum di bilik darjah dan dengan itu orang yang penting dalam memberi pendapat dan cadangan penambahbaikan sukatan pelajaran sedia ada. Pembestarian sekolah yang berlaku pada tahun 2000 membawa lebih banyak arus perubahan dalam penyampaian pengajaran sekolah. Perubahan kali dalam ia kurikulum dilakukan beberapa sejak diperkenalkan. Kesimpulannya. guru melihat sesuatu kelemahan itu di peringkat mikro iaitu dalam konteks pengajaran dan pembelajaran di sekolah manakala Pusat Perkembangan Kurikulum perlu mengambilkira pendapat guru-guru dan melihatnya pula di peringkat makro.

memantapkan lagi penyampaian pengajaran dan pembelajaran Kajian Tempatan di sekolah. Mukasurat 22 daripada 25 .

M. I.). Curriculum evaluation in schools. M. S.. Z. Mok Soon Sang (1996). P.pdf web: Fullan. & Bondi. D. 1. New York: Macmillan Habib Mat Som. 327-344). London: Routledge. Subang Jaya: Kumpulan Budiman Sdn Bhd Pusat Perkembangan Kurikulum (2001a).saktie. P. Curriculum development: A guide to practice. Buckingham: Open University Press. Subang Jaya: Kumpulan Budiman Sdn Bhd Mok Soon Sang (2004). W... Masalah Pendidikan. Ilmu Pendidikan untuk KPLI (Kursus Perguruan Lepasan Ijazah). laman http://www. J. Handbook of research on curriculum (hh. New Jersey: Prentice-Hall. Jackson (Ed. R.. Mukasurat 23 daripada 25 . C. 27 McCormick. (1983). Sukatan Pelajaran Kajian Tempatan KBSR. (1993). Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia Wiles. (1989). Ontario: Ministry of Education. & Park. Making sense of teaching. & McIntyre. & Su. (1998). 1. Dlm. (2004) Guru dan Pelaksanaan Inovasi Kurikulum: Sorotan dan Perbincangan. Huraian Sukatan Pelajaran Kajian Tempatan KBSR Tahun Empat. Curriculum implementation. (1992). Pendidikan di Malaysia untuk Diploma Perguruan. & James.Rujukan Brown. Goodlad. Contoh Perancangan Kurikulum Sekolah.. w. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia Pusat Perkembangan Kurikulum (2001b). The organization of the curriculum.com/media/Program%20Kurikulum.

Cara hidup berkeluarga 1.Lampiran 1 – Sukatan Pelajaran Kajian Tempatan KBSR Pembahagian Topik Kajian Tempatan Tahun 4 1. Pembinaan rumah c. Cara hidup 2. Lagu. Ruang dan kegunaan e. Kegunaan e. Peranan dan tanggungjawab pengguna b. Ketua Negara dan Ketua Kerajaan Persekutuan 6. Jenis rumah d.3 Identiti Negara a. Pembangunan 10. Jenis dan kepentingan b. Cara mendapatkan sumber d. Ketua Negeri dan Ketua Kerajaan Negeri 5.1 Perihal Jiran a. Nama negeri .2 Perihal Rumah a. EKONOMI NEGARA 10. SUMBER NEGARA 9. Keluarga asas b.2 Sumber Manusia Mukasurat 24 daripada 25 . MENGENAL NEGARA KITA 5. Latar belakang jiran c. Rumah saya b.1 Perihal Sekolah a. Perubahan dalam keluarga e. SEKOLAH KITA 3. Sumber yang boleh dibaharui dan tidak boleh dibaharui c. Struktur pentadbiran negara c. Jenis sumber b. Lagu .1 Perihal Keluarga a. Pekerjaan b. Kesan kepada alam sekitar f.1 Kegiatan Ekonomi a.5 Kemudahan dan Perkhidmatan Awam a. Kemudahan asas f . KEJIRANAN 2. ibu negeri dan bandar utama b. Anggota keluarga jiran b. Di Asia Tenggara b. Di dunia 5.2 Sumbangan Kegiatan Ekonomi a. Kepentingan bekalan sumber b. Sejarah Tahun 5 5. Peranan & tanggungjawab d. Lokasi b.1 Lokasi a. Pemeliharaan dan pemuliharaan 10. Penyelidikan dan pembangunan 9. jata. Pendapatan c. Kepentingan hidup berjiran b. bendera. mercu dan lambang lain 4.3 Pembangunan Ekonomi Berterusan a.2 Negeri-Negeri Dalam Malaysia a. Peranan dan tanggungjawab 3.1 Sumber Semula Jadi a. Kegiatan ekonomi utama b. Keluarga kembangan c. KEINDAHAN Tahun 6 9.2 Hidup Berjiran a. Kawasan utama dan faktor yang mempengaruhinya 10. RUMAH & KELUARGA 1. bendera jata dan lambang lambang negeri c. Keceriaan dan keselamatan 2.

2 Bangunan dan Binaan a. Kesan penjajahan c. Faktor istimewa 12.Ciri Fizikal yang Istimewa a. Keistimewaan setempat 4. Sumbangan murid kepada sekolah 3. PEMBINAAN BANGSA DAN NEGARA 11. Peraturan dan keselamatan f .1 Masyarakat Harmonis a. Jawatan dan tanggungjawab e. Pentadbiran c. Cuaca 4. Pentadbiran c. Persatuan Ibu Bapa dan Guru ( PIBG ) b. Cara hidup 7. Jawatan di pelbagai peringkat 4.1 Latar Belakang a. Prinsip b. Kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera dan kepentingan sah kaum lain e. Tahap kesihatan 11.2 Kejayaan Negara a. Rancangan sosial 12. Identiti d. Penentangan masyarakat tempatan 7. Pihak lain yang memberi sumbangan kepada sekolah c. Kegemilangan Melaka 7.3 Masyarakat a.2 Sejarah Awal Sabah a. Kemajuan ekonomi c. Sejarah dan legenda b.3 Malaysia di Arena Antarabangsa a. Asal usul nama Sabah b. Jumlah penduduk b. Semangat kebangsaan b. Pengasasan Melaka b. PERIHAL SETEMPAT 4.6 Isu Setempat a.2 Identiti Setempat a. jata dan lambang c. Kewarganegaraan c. Sistem Kerajaan Persekutuan b. Khidmat sekolah kepada masyarakat 4. Lagu. Pekerjaan 4. Peranan dan tanggungjawab b. Bahasa dan agama rasmi 11. Aspek fizikal utama c.1 Kesultanan Melayu Melaka a. Rancangan ekonomi b.1 Ciri . Asal-usul nama Sarawak b. Raja Berperlembagaan f . Kedatangan penjajah b. Tokoh dan pemimpin d.3 Usaha-Usaha Membangunkan Negara a.5 Kemerdekaan dan Penubuhan Malaysia a.3 Sekolah & Masyarakat a. Keturunan b. Pertubuhan yang Mukasurat 25 daripada 25 . a.2 Saya dan Sekolah a.c. Mengenal pasti NEGARA KITA 6. Kestabilan politik b. SEJARAH NEGARA KITA 7.4 Pentadbiran a. Lokasi b. Tahap pendidikan c. Bentuk muka bumi Malaysia 6. Pembangunan sosial 12. Keindahan dan keistimewaan seni bina 7. Pembentukan a. Penghayatan 11. Peristiwa c. KEJAYAAN DAN KEBANGGAAN NEGARA 12.1 Perlembagaan Negara a.4 Zaman Penjajahan a. bendera.2 Rukun Negara a. Cara hidup 7. Perayaan dan sambutan c.3 Sejarah Awal Sarawak. Aktiviti 3.

Komposisi dan taburan b.3 Kebudayaan dan kesenian a. MASYARAKAT MALAYSIA 8.1 Penduduk a. Pemeliharaan dan pemuliharaan 8.2 Agama dan kepercayaan a. Faktor yang mempengaruhi perubahan penduduk 8. Malaysia 7.6 Warisan Sejarah a.4 Perpaduan a. kesenian dan rekreasi c. Kepelbagaian agama dan kepercayaan 8. Peranan dan sumbangan Mukasurat 26 daripada 25 . Penyertaan pelbagai kaum dalam aktiviti permainan. Cara hidup 8. Sistem pendidikan d.masalah dan cara mengatasinya. Undang-undang dan peraturan dianggotai dan faedahnya b. Kegiatan sosial dan kebajikan b.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->