You are on page 1of 14

EJARAH PERDANA MENTER

MALAYSIA

PERTAMA HINGGA KEENAM


PERDANA MENTERI MALAYSIA PERTAMA DETIK-DETIK
PERMULAAN (1957 - 1970)

Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj Ibni Al-Marhum Sultan


Abdul Hamid Shah (1903 - 1990), Perdana Menteri Malaysia
pertama dari 31 Ogos 1957 hingga 21 September 1970.
Laungan ogram Buku Hijau dan berbagai lagi perancangan
yang mengajak rakyat memajukan negara. Bagi menjamin
perpaduan rakyat berbagai kaum menerusi parti politik,
Barisan Nasional 
ditubuhkan. Tun Razak meletakkan asas yang menjadikan
rakyat Malaysia kukuh bersatu ke arah pembangunan negara
TUN RAZAK
ERA PELAKSANAAN STRATEGI PEMBANGUNAN (1970-1976)

Tun Abdul Razak Dato' Hussein (1922 - 1976), Perdana Menteri


Malaysia kedua dari 22 September 1970 hingga 14 Januari
1976. Dasar Ekonomi Baru diperkenalkan pada zamannya untuk
membasmi kemiskinan serta menaikkan taraf ekonomi rakyat
tanpa mengira kaum. Kesungguhannya memperbaikki
kehidupan rakyat terbukti menerusi rancangan FELDA, program
Buku Hijau dan berbagai lagi perancangan yang mengajak
rakyat memajukan negara. Bagi menjamin perpaduan rakyat
berbagai kaum menerusi parti politik, Barisan Nasional
ditubuhkan. Tun Razak meletakkan asas yang menjadikan rakyat
Malaysia kukuh bersatu ke arah pembangunan negara 
ZAMAN PERPADUAN NEGARA (1976 - 1981)
TUN HUSSEIN ONN

Tun Hussein Onn (1922 - 1990), Perdana Menteri Malaysia


ketiga dari 15 Januari 1976 hingga 16 Julai 1981. Penyambung
tugas Tun Abdul Razak dalam memperteguh kestabilan
ekonomi, politik dan sosial. Perpaduan dan integrasi di
kalangan rakyat berbagai kaum di negara semakin kukuh dan
menjadi sebahagian daripada agenda pembangunan negara.
Negara menuju kematangan dalam politik dan bersedia
menghadapi cabaran ekonomi yang semakin terserlah.
Hubungan diplomatik serantau turut dititikberatkan demi
memperkenalkan negara di seluruh dunia.
PERDANA MENTERI MALAYSIA KEEMPAT
ERA PEMBANGUNAN PERINDUSTRIAN DAN
GLOBALISASI (1981-2003)
Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad (20 Disember 1925), Perdana
Menteri Malaysia keempat dilantik pada 16 Julai 1981 hingga 2003.
Arah politik, ekonomi dan sosial negara menuju era baru, era
teknologi industri, era globalisasi. Wawasannya untuk Malaysia
amat tepat. Dasar Pandang Ke Timur, projek kereta nasional,
pelaburan dalam industri menyumbang ke arah kepesatan ekonomi
negara.
Dunia mengagumi kemajuan yang dicapai Malaysia. Kini Malaysia
menjadi contoh dan ikutan negara-negara membangun terutama
negara Dunia Ketiga. Di bawah kepimpinannya negara sedang
menuju abad ke-21 dengan lebih yakin. 
DATO’ SERI ABDULLAH HJ. AHMAD BADAWI (2003 -
SEKARANG)

Dato' Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi


Dilahirkan pada (26 November 1939) di Bayan
Lepas, Pulau Pinang. Beliau telah dilantik
sebagai Perdana Menteri Malaysia Kelima Pada
(31 oktober 2003) hingga sekarang
PERDANA MENTERI MALAYSIA KEENAM
 YAB Datuk Seri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak (lahir 23 Julai, 1953) merupakan Perdana
Menteri Malaysia terkini sejak 3 April 2009, selain sebagai Menteri Kewangan dan ahli parlimen Pekan,
Pahang. Beliau adalah anak lelaki sulung kepada bekas perdana menteri Malaysia yang kedua, Tun Abdul
Razak Dato’ Hussein.
 Keluarga
 Isteri keduanya ialah Datin Seri Rosmah Mansor dan mendapat tiga anak lelaki, Nizar (lahir 1978),
Nazifuddin dan Norashman, dan dua anak perempuan, Puteri Norlisa dan Nooryana Narjawa. Tengku
Puteri Zainah Tengku Eskandar merupakan isteri pertamanya dan mendapat 3 anak.
 Pendidikan
 Dilahirkan di Kuala Lipis, Pahang, Najib merupakan anak sulung kepada Tun Abdul Razak Hussein dan
Toh Puan Rahah Mohamad Noah. Beliau juga sepupu kepada Datuk Hishamuddin Tun Hussein.
 Najib mendapat pendidikan rendah dan menengah di Institusi St. John, Kuala Lumpur, dan kemudian
belajar di Kolej Lelaki Malvern diWorchestershire, England. Beliau mendapat Ijazah Sarjana Mudadengan
Kepujian dalam bidang Ekonomi Industri daripada Universiti Nottingham, England pada tahun 1974.
 Kerjaya Politik
 Najib mula menceburkan diri dalam arena politik setelah kematian mengejut bapanya, Tun Abdul Razak
Hussein di London pada 14 Januari 1976. Beliau menang tanpa bertanding merebut kerusi Parlimen Pekan
yang kosong, akibat kematian bapanya, ketika berumur 23 tahun, dan merupakan ahli parlimen termuda
yang pernah dipilih ketika itu.
 Najib menjadi timbalan menteri paling muda apabila dilantik sebagaiTimbalan Menteri Tenaga, Telekom
dan Pos pada tahun 1978 ketika usia 25 tahun. Kemudian, pada tahun 1982 hingga 1986, beliau menjadi
Menteri Besar paling muda dalam sejarah negara apabila dilantik sebagai Menteri Besar Pahang ketika
berumur 29 tahun.
 Pada 7 Januari 2004, Najib dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia.
Soalan latihan
Cari seorang tokoh/pahlawan/
Pemimpin negara.
Nyatakan jasa
dan sumbangannya.

You might also like