You are on page 1of 3

Bab 2

Pentaksiran Autentik

 Pentaksiran autentik menurut Pert (1990) merupakan bentuk penilaian yang berdasarkan
pencapaian sebenar yang ditunjukkan oleh kanak-kanak di dalam bilik darjah setiap hari.
 Pentaksiran autentik ini meliputi pentaksiran dari pelbagai aspek merangkumi pengetahuan
pelajar, pemahaman mendalam, penyelesaian masalah, kemahiran sosial, sikap terhadap
persekitaran, dan simulasi terhadap situasi dunia sebenar.
 Dalam erti kata lain, pentaksiran autentik ini juga merupakan suatu proses yang melibatkan
pelbagai bentuk pengukuran prestasi yang boleh mereflek tahap pembelajaran pelajar,
kejayaan, motivasi dan sikap pada aktiviti yang releven.
 Menurut Grace, (1992), penilaian autentik ini merupakan amalan yang membabitkan kanak-
kanak secara realistik dalam menilai kemajuan mereka sendiri. Ia juga melibatkan pentaksiran
yang dilakukan secara berterusan. ‘Realistik’ dan ‘bermakna’ merupakan terma yang sering
digunakan dalam pentaksiran autentik. (Sumber: Buku Educational Assessment of Students)

Kepentingan Pentaksiran Autentik dan Pentaksiran Performance Based

Autentik

I. Menghendaki pelajar menggunakan pengetahuan dengan bermakna


II. Menghendaki pelajar mahir menggunakan pelbagai kemahiran (contohnya, penulisan,
penyelidikan, perdebatan, kemahiran komunikasi dan kemahiran berfikir secara kritis)
III. Memberi pelajar peluang untuk memperbaiki dan melakukan penambahbaikan melalui
pemikiran kritis dari masa ke semasa dalam memperoleh kejayaaan pada masa hadapan.
IV. Merangsang pelajar menggunakan kombinasi kemahiran, pengetahuan, kemampuan yang ada
dalam dunia sebenar.

Penilaian Alternatif

I. Menilai pelajar pada tugas-tugas dalam disiplin khusus yang telah ditetapkan
II. Menilai pencapaian pelajar secara menyeluruh
III. Mengambilkira pengetahuan dan kemahiran secara holistik berbanding secara dipecahasingkan
IV. Ambil kira proses dan hasil pengajaran dan pembelajaran
V. Melatih pelajar cara-cara membuat penilaian terhadap pencapaiannya dan membantu menilai
kerja seni orang lain
VI. Mempastikan pelajar berupaya membuat persembahan dan mempertahankan hasil kerjanya
secara lisan dan di khalayak ramai
Bab 5

Bentuk pentaksiran pemerhatian

 Penilaian melalui pemerhatian dilakukan secara berterusan mengikutjangka waktu yang


ditentukan, bagi membantu guru mendapat maklum balas tentang keberkesanan pengajaran
dan pembelajaran.Aspek yang diperhatikan menyeluruh, meliputi aspek kognitif, afektif dan
psikomotor yang melibatkan juga faktor-faktor bahan dan persekitaran.
 Proses penilaian ini boleh dilaksanakan dengan menggunakan instrumen seperti senarai semak,
skala kadar, rekod anekdot, rekod profil dan lain-lain.
 Dapatan dari proses ini boleh membantu guru dan pelajar membuat refleksi terhadap prestasi
masing-masing.

Jenis Pemerhatian

Dikategorikan mengikut tujuan dan aspek yang hendak dinilai/diperhati , iaitu:-

 Memerhati sesuatu tanpa membuat tafsiran (interpretation) dan tanggapan(judgement)

 Memerhati apa yang telah dirancang secara “open ended”

 Memerhati untuk jangka pendek dan jangka panjang

Strategi Pelaksanaan

Pemerhatian boleh dilaksanakan dengan menggunakan strategi dan cara serta kriteria tertentu.
Antaranya ialah

 dilaksanakan secara berterusan mengikut keperluan yang dirancang


 menggunakan instrumen seperti senarai semak, rekod anekdot, rubrik yang merangkumi aspek
kognitif, afektif, psikomotor, bahan dan persekitaran
 dilaksanakan secara global atau analitik mengikut objektif pemerhatian
 tindakan susulan terhadap hasil pemerhatian dijalankan
 jangka masa pemerhatian hendaklah disesuaikan dengan keadaan dan keperluan

Fungsi

1. Penilaian melalui pemerhatian :

 digunakan oleh guru untuk mengikuti perkembangan individu/kumpulan dalam sesuatu


proses pembelajaran

 dibuat oleh pelajar (individu /kumpulan) untuk melihat tahap pencapaian sendiri atau
rakan sebaya dalam sesuatu pembelajaran
 dilaksanakan oleh pelajar untuk menjalankan sesuatu tugasan seperti projek

2. Penilaian melalui pemerhatian membolehkan guru/pelajar merancang tindak susul yang


sesuai dengan proses pembelajaran seterusnya seperti

 menjalankan aktiviti pemulihan/pengukuhan

 meningkatkan motivasi pelajar

 mengatur aktiviti pengayaan dan penyuburan diri yang sesuai dengan minat dan
keupayaan serta prestasi pelajar

3. Penilaian melalui pemerhatian membolehkan guru membuat refleksi terhadap keberkesanan


peranannya sebagai penyampai maklumat, pemudahcara, pendidik dan mentor.

4. Pemerhatian yang terancang membantu guru :

 Mengetahui sejauh manakah minat pelajar terhadap pelajaran dan apakah yang
mendorong/menolak minat tersebut

 Mengesan sama ada strategi pengajaran guru memberi kesan yang positif

 Mengesan kemampuan atau tahap pemikiran pelajar

 Mengesan tahap penguasaan bahasa pelajar

 Menyimpan rekod yang sistematik untuk rujukan dan perancangan

 Mendapatkan petunjuk untuk mengesan sikap pelajar terhadap pelajaran , rakan sebaya
dan terhadap diri sendiri

You might also like