TAJUK

CARA-CARA MASYARAKAT MALAYSIA BERPAKAIAN DAN PERAYAAN SETIAP ETNIK

‡

KAUM-KAUM YANG LAIN:

‡ MELAYU ‡ CINA ‡ INDIA 

       

Kadazan Iban Orang Ulu Kelabit Bidayuh Sikh Punan/Penan Kenyah/Kayan Melanau

MASYARAKAT DI MALAYSIA KAUM TERBESAR .

pakaian serta kain seperti sutera Cina. .SEJARAH PAKAIAN DI MALAYSIA Malaysia mempunyai jenis-jenis kain dan pakaian tradisional yang berbagai bentuk dan warna. pelikat dan jubah Arab diperkenalkan di negara ini. dari tengkolok bulu burung dan baju kulit kayu. penduduk peribumi memakai pakaian yang diperbuat daripada kulit kayu dan hiasan manik. hinggalah kain songket Diraja yang antik. kain tenunan dan batik Melayu dipakai oleh orang kenamaan dan kerabat diraja. Dengan ketibaan tamaddun lama. Dengan ketibaan pedagang asing. Pada zaman dahulu.

PAKAIAN ORANG MELAYU LELAKI PEREMPUAN CELANA BAJU MELAYU TELUK BELANGA SAMPING BAJU MELAYU TELUK BELANGA BAJU KEBAYA BAJU KURUNG CEKAK MUSANG BAJU KURUNG KEDAH BAJU KURUNG TELUK BELANGA SELENDANG KAIN SARUNG .

Di Pahang pula. Contohnya di Selangor. maka sebab itulah kebaya telah lama dipakai di Melaka.BAJU KEBAYA Baju kebaya dipakai oleh wanita Melayu. Bahagian hadapannya pula terbelah dan berkolar sampai ke kaki baju. Kerongsang ini dikenali sebagai ibu dan anak kerongsang. Ada dua teori tentang asal baju kebaya. Baju kebaya yang asal direka labuh hingga ke paras lutut ataupun lebih. bukan sahaja oleh wanita Melayu tetapi juga oleh wanita Cina Peranakan (Baba) dengan sedikit perbezaan dalam potongan dan gaya memakainya. Satu lagi mengatakan pakaian seumpama ini dibawa oleh Portugis ke Melaka. kebayanya tidak berkolar. Bahagian yang terbelah ini disemat dengan tiga kerongsang berasingan atau yang berangkai dengan rantai halus. Kerongsang yang besar dan di atas sekali dipanggil ibu dan dua lagi yang kecil dan dipakai bawah kerongsang ibu dipanggil anak. Kebaya ada pelbagai gaya. baju kebayanya yang dikenali sebagai baju Riau Pahang mempunyai leher berkolar dan berkancing seperti baju kurung cekak musang tetapi bahagian hadapannya juga berbelah seperti baju kebaya yang lain. Tangannya panjang dan lebar. . Bahagian badannya mengikut potongan badan dan melebar ke bawah bermula dari bahagian punggung. Di Perak pula lengan kebayanya sangat lebar berbanding dengan kebaya di negeri-negeri yang lain. Satu mengatakan perkataan 'kebaya' itu berasal daripada perkataan Arab habaya yang bermaksud pakaian labuh yang terbelah di hadapan. malah turut dipasangkan kerongsang di bawah kancingnya yang berbutang itu.

Baju Kebaya .

BAJU KURUNG CEKAK MUSANG Baju kurung cekak musang adalah sama dengan baju kurung Teluk Belanga kecuali pada bahagian lehernya. Biasanya ada satu kancing pada kolar dan dua atau tiga lagi kancing pada bukaannya. seluar panjang dan seluar bambu. Baju kurung cekak musang wanita boleh dipakai dengan seluar atau kain sarung. Lebih segak lagi apabila bertanjak atau bersongkok. Seluar yang selalu digunakan ialah kain seluar panjang. Jika mahu. samping dan selendang juga boleh dipakai bersama. Butang emas atau emas berbatu permata digunakan sebagai pengancingnya. Kancing yang paling terkenal ialah kancing emas yang dipanggil garam sebuku dan kancing berbatu permata yang dikenali sebagai kunang-kunang sekebun. Kolar tersebut hanya selebar satu jari dan kedudukannya menegak. Baju Melayu cekak musang lelaki pula dipakai dengan seluar dan bersamping. Pada bahagian hadapan kolar ada bukaan panjang yang berkancing. . Leher baju kurung cekak musang ada kolar.

BAJU MELAYU DAN KURUNG CEKAK MUSANG .

.

Pada sekeliling tebukan lubang leher itu. Potongan lehernya bulat dan berbelah di depan. b) Kaum lelaki memakai baju ini dengan seluar panjang samada seluar Acheh atau Seluar panjut Kaum wanita pula memadankannya bersama kain samada kain dari jenis batik. songket atau sutera. Baju kurung teluk belanga yang dipakai oleh kaum lelaki dan wanita pada dasarnya adalah sama kecuali. Justeru itulah ia dipanggil Baju Kurung Teluk Belanga dan ia juga merupakan pakaian kebangsaan orang Melayu Johor. Baju ini boleh dipakai oleh kaum lelaki dan wanita. jahitan tulang belut digunakan bagi mengemas dan memperkukuhkan lagi leher baju tersebut. baju ini mula dipakai pada zaman pemerintahan Sultan Johor. Sejak itu pemakaian baju ini telah berkembang ke negeri-negeri lain di Tanah Melayu. manakala baju kurung yang dipakai oleh kaum wanita pula labuhnya hingga ke lutut dengan satu kocek di dada kiri atau pun tanpa kocek. Dari segi sejarahnya. iaitu Almarhum Sultan Abu Bakar yang bersemayam di Teluk Belanga. alas lehernya lebar dan mempunyai tiga kocek iaitu di dada kiri.BAJU KURUNG TELUK BELANGA Baju kurung Teluk Belanga juga lebih dikenali sebagai baju kurung atau baju kurung Johor. Baju kurung merupakan pakaian kebangsaan rakyat Malaysia dan banyak dipakai dalam majlis-majlis rasmi. Baju Kurung Teluk Belanga adalah labuh. di dada kanan dan di bahagian bawah hadapan baju. Singapura pada sekitar tahun 1800-an. Kain ini pula diikat dengan ikatan yang bernama ombak mengalun. Kepala kain sarung lazimnya diletakkan ke belakang apabila dipakai dengan baju kurung ini. dan potongannya longgar kerana dirusuknya berpesak dan di bawah lengannya pula diletakkan kekek. . iaitu dengan lipatan-lipatan yang letaknya di rusuk kanan atau kiri. a) Baju yang dipakai oleh lelaki labuhnya adalah separas punggung.

.

Cheongsam.PAKAIAN ORANG CINA Sejarah kehadiran kaum Cina bermula dengan berkembangnya Melaka sebagai pusat perdagangan. Busana klasik Cina yang asalnya berlapis-lapis. kini masih boleh dilihat dengan diubahsuai mengikut peredaran masa dan kesesuaian. Baju Shanghai dan Samfoo kekal dipakai di dalam majlis dan upacara. sarat dengan sulaman benang emas dan sutera. diikuti Pulau Pinang dan Kula Lumpur. Jubah Labuh. budaya dan corak pakaian tradisional mereka yang kemudiannya disesuaikan dengan suasana tempatan. Kehadiran mereka ini membawa bersama bukan sahaja barangan dagangan untuk tukaran. . Kebanyakannya masih dihasilkan dari negeri China menggunakan fabrik sutera dan broked yang berwarna terang dengan ragamhias benang emas dan perak. tetapi jua adat resam.

Lelaki memakai jubah labuh Ming moden dari satin dan wanita memakai Baju Shanghai yang berbelah di depan.Pakaian tradisi pasangan Cina yang diubah suai. .

. bentuk yang sendat di pinggang dan belahan di kiri dan kanan kain. cheongsam mempunyai leher yang tinggi.CHEONGSAM Pakaian cheongsam atau ¶baju panjang· yang selesa dan anggun juga sering dilihat hingga ke hari ini. Pakaian ini selalunya diperbuat daripada kain sutera. satin dan lain-lain jenis kain lembut. butang di bahagian bahu. Lazimnya.

Samfoo membawa maksud 'baju dan seluar' dalam dialek Kantonis. Pakaian ini terdiri daripada baju yang longgar dan terbelah di depan dan berkolar tinggi serta dipakai bersama seluar longgar seperti seluar baju Melayu. Pakaian tradisional ini jarang sekali dipakai oleh lelaki berketurunan Cina di Malaysia. . Pakaian ini biasanya diperbuat daripada kain lembut seperti kain sutera. lombong atau di rumah. Samfoo diperbuat daripada kain nipis yang tidak bercorak atau berbunga halus. Ia merupakan pakaian harian wanita keturunan Cina selain dari 'cheong sam'. Ia digemari oleh wanita-wanita separuh umur dan yang bekerja di ladang. Samfoo turut dipakai oleh lelaki berketurunan Cina tetapi mempunyai sedikit perbezaan dengan samfoo yang dipakai oleh wanita Cina.

Pakaian kaum India lebih dikenali dengan warna-warna terang dan kaya dengan tenunan dan sulaman benang emas. Di hari perkahwinan lelaki India memakai dhoti dilengkapi dengan turban manakala wanitanya memakai sari yang digandingkan dengan choli ketat.PAKAIAN ORANG INDIA Kehadiran kaum India ke Tanah Melayu menyaksikan bermulanya gaya pemakaian dari benua India khususnya di kalangan Hindu-Ceylonese-Tamil juga keturunan PunjabiSinghs. labuci juga batu-batu permata. perak. . Wanita remaja mengenakan skirt labuh 'Ihenga' juga dipadankan dengan baju pendek atau choli.

Ada yang lebih suka bercorak tumbuha-tumbuhan dan ada juga yang lebih suka bercorak haiwan. Wala apapun pemilihan warna biasanya dipadankan dengan corak yang menarik dan sesuai dengan si pemakai . Dari segi pemilihan warna. Sari merupakan pakaian untuk kaum perempuan dan ia adalah pakaian seharian dan turut dipakai pada musim perayaan. kebanyakan mereka memilih sari yang mempunyai pelbagai jenis manik yang berkilat. hijau dan ungu. Kemudian sati dililit dari pinggan dan diselempang pada bahu kiri. Ini akan menyerlahkan lagi kecantikan si pemakainnya. Pemilihan corak pula adalah mengikut si pemakai. Untuk menjadikan si pemakai kelihatan menarik. kebanyakan sari yang dipakai berwarna gelap seperti merah. biru. Lilitan pinggang sebanyak tiga hingga lima kali untuk menguatkan lilitan supaya tidak terurai. Si pemakai perlu memakai anak baju yang ketat dan singkat. Warna-warna ini lebih menarik untuk sari yang dipakai pada musim perayaan. Kebanyakan kain sati adalah jarang dan lembut. busana tradisional India yang paling disukai. Sebelum memakai sari.Sari. Sari terdiri daripada lembaran kain yang berukuran semeter hingga dua meter lebar dan panjangnya pula antara lima hingga lima belas meter mengikut saiz pemakai.

Kemudian kain tersebut dihiasi dengan manik-manik kecil supaya kelihatan menarik. Kain tersebut dililit di bahagian pinggang dan diikat pada celah paha dan kemudian disangkukan pada bahu. Pakaian ini banyak dipakai oleh golongan ceti. Kebanyakan dhoti hanya boleh dilihat di hari perkahwinan sahaja kerana generasi muda hari ini tidak berminat dengan pakaian tersebut. Dhoti diperbuat daripada lembaran kain putih yang panjang. Pakaian ini diperbuat daripada kain yang bewarna putih. Ada juga dhoti yang bewarna kuning pudar atau kuning susu. .DHOTI Dhoti merupakan pakaian untuk kamum lelaki.

Sari. busana tradisional India yang paling disukai. . Gadis India menggayakan Baju Pavadai Choli yang menggandingkan baju pendek dipadankan kain kembang dari sutera bertenun benang emas.

rantau Betong.Pakaian Kaum Iban Kanak-kanak perempuan Iban berpakaian dalam pakaian penuh (wanita) Iban semasa upacara Gawai di Debak. Sarawak .

Sirat adalah sebidang kain yang berukuran 50 cm X 500 cm. Hujung kain ini dijuntaikan dari pinggang ke hadapan dan belakang badan.‡ Kain Sirat Kain Sirat atau kain cawat adalah pakaian asas kaum Iban. mempamerkan bahagian yang berhias. Kadang-kadang manik dan kulit siput turut dikarangkan sebagai hiasan di bahagian itu. Bahagian hujung kain ini dihiasi dengan sulaman atau tenunan yang indah. Dandong diperbuat daripada kain yang ditenun dengan cara ikat. Dandong lebih lebar daripada bedong. Panjang dandong tidak tetap kerana kain ini digunakan sebagai pembungkus barang-barang persembahan dalam upacara-upacara tertentu. Sirat dipakai dengan cara melilitnya dipinggang dan celah kangkang. . ‡ Dandong Ia merupakan kain selendang yang dipakai oleh lelaki Iban.

Biasanya bidang diperbuat daripada sebidang kian yang berukuran 110 cm x 60 cm dan terdiri daripada dua bidang kain seumpamanya yang dicantumkan. Bidang yang dipakai ketika upacara tertentu @ sebarang perayaan pula dihiasi oleh pelbagai reka corak geometrik dan diwarnakan dengan warna merah bata dan kekuning-kuningan. .‡Bidang Wanita Iban memakai kain sarung yang dipanggil bidang. Bidang yang digunakan sebagai pakaian harian tidak banyak reka coraknya. Kain sarung ini sempit dan panjangnya cuma lebih kurang separas lutut. Malah ada diantara bidang tersebut yang dihiasi dengan reka corak bermotif tradisional yang disongketkan dengan benang emas atau perak di atas kain dasar yang bewarna merah. Kebiasaannya bidang ini hanya dihias oleh reka corak jalurjaluran yang bewarna-warni.

‡ Kalambi Baju Kaum Iban yang dipanggil kalambi pula ada dua jenis iaitu kalambi berlengan dan kalambi tanpa lengan. berpintal atau dihias dengan karangan manik. Ada kalambi yang menggunakan kain yang ditenun dengan cara ikat. Potongan kalambi sangat ringkas iaitu terdiri daripada sebidang kain segi empat bujur yang dilipat dua. Semua motif tersebut ditenun dalam bentuk geometrik. Kalambi dipakai oleh lelaki dan wanita Iban ketika upacara tertentu sahaja. Sisinya dicantumkan dan ditinggalkan ruang untuk lubang lengan atau ambungan lengan. Kalambi ditenun dengan segala macam motif yang indah. Hujung kalambi hasil tenunan ikat ini pula dibiarkan berjumbai. Panjang kalambi berbeza-beza iaitu ada yang separas punggung dan ada yang labuh hingga ke lutut. Kalambi yang dipakai oleh pahlawan juga dilapiskan dengan kekabu sebagai pertahanan. Terdapat kalambi yang dihias dengan jalur-jalur yang indah dan ada pula kalambi yang dihias dengan jalur-jalur dan setengahnya pula dipenuhi dengan figura-figura roh dan binatang. Kain ini bermotifkan jalur-jaluran yang menegak. . figura manusia dan burung.

iaitu ia dihiasi oleh reka corak tenunan yang sangat halus. Semasa bersanding. Dalam upacara perkahwinan pula. dan lain-lain kegunaan selain digunakan sebagai pakaian. ibu bapa pengantin perempuan menghadiahkan kain ini kepada keluarga pengantin lelaki sebagai 'mas kahwin'.‡ Bedong Wanita Iban juga memakai kain selendang yang panjang dan sempit. . Panjang bedung hampir sama dengan sirat. ‡ Pua Kumbu Pua Kumbu adalah hasil tenunan kaum Iban yang paling terkemuka. Beong dipakai di bahu sebagai selendang atau diselempangkan di badan seperti pangkahan di dada dalam upacara-upacara rasmi. Pua Kumbu dikatakan mempunyai kuasa dan dijadikan bahan penting di dalam upacara-upacara seperti berubat. Pua juga digunakan untuk menghias pelamin. gawai dan seumpamanya. pasangan pengantin duduk di bawah 'sengkuap' untuk mendapat restu daripada saudara tua. Kain selempang ini dikenali sebagai bedong.

Pakaian kaum Kadazan .

Satu lagi ialah blaus dengan lengan ¾ dipakai oleh wanita pertengahan umur untuk pakaian seharian. Jenis yang ketiga dipakai oleh wanita tua atau pakar ritual semasa sesuatu upacara. .‡ kaum Kadazan adalah sederhana berbanding dengan kumpulan etnik yang lain. Pakaian kaum lelaki menunjukkan pengaruh pakaian Cina. Satu daripadanya ialah blaus lengan pendek yang dipakai oleh wanita muda. Terdapat tiga jenis blaus kaum wanita.

Mempunyai sulaman berwarna suramdi sepanjang lubang kepala dan lengan.Pakaian kaum wanita Sinuangga Baju blaus lengan pendek dan leher berbentuk U dipakai oleh wanita muda. Butang perak Betawi yang disalut emas merupakan simbol status bagi kaum Kadazan Penampang. Sesiapa yang mampu mempunyai 30 butang dianggap kaya. dan krim digunakan. kuning. Benang berwarna merah. Teknik jahitan bulu juga digunakan untuk membuat binuunsi . satu jalur merah dan kuning sempit yang ditenun seperti tali kasut. . tantop (jahitan bulu). Butang-butang ini diikat dari bahagian atas ke bawah blaus menggunakan benang kapas. dansepanjang jahitan tepi dan pertengahan belakang. Pada masa kini. Butang betawi dilingkar dengan tali di bahagian dalam. Butang betawi pada satu masa dahulu dilekat sehingga ke leher baju untuk upacara tertentu dan separuh dari bahagian bawah blaus untuk pakaian seharian. Jahitan utama: sinusuk bulus (jahitan rantai). Ini dalah supaya butang ini dapat digunakan dengan blaus yang lain. tidak banyak perbezaan nya.

Tangkong ini boleh di regangkan untuk berbagai tujuan. satu di keliling pinggang. ‡ Titimbak Pin rambut digunakan untuk menghias dan mengetatkan sanggul. diikat dengan tali ratan merah(hindagang). ‡ Tangkong. Tiga tangkong dipakai bersama. Tali pinggul yang dibuat daripda 84 gelang tembaga berukir. satu darinya ialah memudahkan seseorang membawa bakul di belakang.. Tali ratan merah digunakan untuk wanita yang belum berkahwin dan hitam untuk wanita yang sudah berkahwin. Biasanya tiga di pakai bergantung kepada kekayaan pemakai. dan dua lagi di atas dan di bawah tangkong. Tali in biasanya di biarkan kosong di bahagian belakang untuk mengelakan dari sesak nafas. hitam(initom) .‡ Aksesori ‡ Himpogot Tali pinggang dibuat dari duit perak. ‡ Tiningkokos Gelang lingkar dibuat dari tembaga atau perak ‡ Gohong Gelang tembaga atau perak ‡ Hamai Rantai leher ‡ Simbong Subang ‡ Paun Kerongsang dibuat dari duit syilling emas .

Tinggi tengkolok ini ialah kira-kira 1 ½ kaki. . sulaman dan manik-manik. dijahit beberapa lingkaran manik berwarna warni yang bergantung di bahagian hadapan/dada. Bulu ini memberi sokongan dan bentuk kepada tengkolok tersebut. Dari bahagian bawah kedua dua tepi tengkolok. Bulu burung ini diikat dan dijahit keatas satu jalur kain yang lebar. Ia merupakan tengkolok penuh dengan hiasan daripada bulu burung merak atau turki. Andavi do tandaa ataupun bulu panjang ayam jantan juga dijahit di hadapan kain tersebut. Tengkolok ini diikat dengan kain di belakang kepala. Jalur kain dimana bulu itu dilekatkan dihiasi dengan renda.‡ Siga do bobohizan Dipakai oleh Bobohizan semasa sesuatu upacar ritual. Biasanya dua husob dipakai berselangseli. ‡ Husob Kain berwarna warni yang dipakai oleh bobohizan diatas bahu dan melintangi badan. yang mana kelihatan dari hadapan hampir ditutup oleh kain seperti kipas di kepala. Hujung setiap bulu diikat dengan potongan kain yang berwarna-warni.. Dari bahagian belakang. bulu-bulu ini hampir semua kelihatan.

‡ Souva Seluar panjang hitam dengan ikat pinggang berwarna biru indigo. dimana satu tepi kecil terkeluar. ‡ Tupi sinikat Topi bulat dibuat dari tali yang kuat dengan teknik lingkaran dan ikaat untuk menguatkan siga.Pakaian lelaki ‡ Gaung Baju lengan panjang tanpa sulaman. . dilipat atau dililit dalam beberapa cara yang istimewa: hinopung (hopung= ular sawa) model berpilin Kinahu (kahu = pemegang belanga) model berlipat sinimbitan atau tinahanuk. ia dihiasi dengan perhiasan dan butang emas. Pada masa sekarang. Perhiasan emas di sepanjang pinggang seluar moden. ‡ Kaking atau toogot Bengkung pinggang hitam ‡ Siga Penutup kepala dibuat dari kain dastar.

Sambutan Perayaan Di Malaysia SAMBUTAN PERAYAAN UTAMA DI MALAYSIA Hari Raya Aidil Fitri Tahun Baru Cina Perayaan Deepavali Perayaan Krismas Perayaan Gawai Dayak Pesta Songkran Perayaan Tadau Kaamatan .

KAUM AGAMA TEMPAT IBADAT PERAYAAN Melayu Islam ‡Masjid ‡surau ‡Hari Raya Puasa ‡Hari Raya Haji Cina Buddha ‡Tokong ‡Tahun Baru Cina ‡Chap Goh Mei ‡Hari Wesak India Hindu ‡Kuil ‡Hari Deepavali ‡Hari Thaipusam .

PERAYAAN UTAMA KAUM MELAYU  Hari Raya Puasa / Hari Raya Aidilfitri  Hari Raya Qurban/Hari Raya Aidiladha  Maulud Nabi  Maal Hijrah .

 Hari raya Haji juga dikenali sebagai Hari Raya Korban atau Hari Raya Aidiladha .  Diraikan pada 1 Syawal setiap tahun mengikut kalendar Islam. Hari Raya Haji  Diraikan pada 10 Zulhijah sempena memperingati peristiwa penyembelihan kibas oleh Nabi Ibrahim sebagai menggantikan anaknya Nabi Ismail yang telah diwahyukan oleh Allah.  Pada bulan tersebut. penganut agama Islam di seluruh dunia berkumpul di Makkah untuk menunaikan ibadat haji.  Perlu berpuasa selama 1 bulan  Tujuan merayakannya sebagai tanda kemenangan setelah berpuasa selama sebulan pada bulan Ramadan.PERAYAAN BAGI PENGANUT AGAMA ISLAM Hari Raya Puasa  Dikenali sebagai Hari raya Aidilfitri.

HARI RAYA PUASA .

HARI RAYA HAJI .

Perayaan Utama Kaum Cina ‡Tahun Baru Cina ‡Chap Goh Mei ‡Hari Wesak .

.

Mereka mencari ikhtiar unutk menewaskan makhluk ini. ‡ ‡ . harimau. Lagenda meriwayatkan. kambing. ia menjadi symbol tradisi kemeriahan masyarakat Cina. khinzir. mercun dan pakaian cheongsam . kuda. terdapat 12 ekor binatang yang menjadi simbol tahunan kepada orang Buddha. Perayaan yang bersamaan dengan permulaan kepada musim bunga di China adalah permulaan kepada bulan baru dan zodiak baru. Perayaan Tahun baru Cina adalah menandakan permulaan tahun baru bagi kalender masyarakat Cina. kesemua binatang ini diberi penghormatan menjadi zodiak yang mulia bagi masyarakat Cina Buddha.Tahun Baru Cina ‡ Sejarah Tahun Baru Cina bermula beribu-ribu tahun dahulu.Bersama-sama dengan warna merah. tetapi Cuma 12 binatang sahaja yang sampai. tanglung. dimana seekor makhluk ganas yang bernama Nian membuat huru-hara di Tanah Besar China. Sebagai penghargaan dari Buddha. bahawa suatu masa dahulu Buddha telah menjemput semua binatang untuk mengadapnya. meletupkan mercun dan membakar bunga api siang dan malam. lembu dan arnab. Seperti yang kita ketahui. Akhirnya mereka berjaya menakutkan makhluk ini dengan melemparkan reben merah ke udara. naga. tikus.Binatangbinatang itu ialah anjing. ayam. monyet. Ini membuatkan manusia hidup dalam ketakutan dan kesengsaraan. ular.Kononnya dikatakan bahawa mereka yang lahir dalam tahun-tahun ini akan mewarisi sifat dan untung nasib binatang tersebut.

Terdapat juga amalan melontar buah limau ke dalam laut atau sungai dengan doa untuk mendapat pasangan.Chap Goh Mei ‡ Lima belas hari selepas Tahun Baru Cina merupakan hari Chap Goh Mei disambut sebagai menandakan berakhirnya perayaan Tahun Baru Cina. . Bunga api dibakar dan tanglung dinyalakan bagi meraikan Chap Goh Mei. ‡ Chap Goh Mei juga dianggap sebagai malam mencari pasangan di mana para gadis akan berpakaian serba indah dan mengunjungi kuil untuk berdoa agar mendapat pasangan yang secucuk. tarian naga atau singa. di mana colok besar akan dibakar dan juga diadakan makan besar bersama keluarga. dan mengimbang bendera besar "Chingay". Persembahan kebudayaan Cina akan diadakan pada waktu malam bagi menandakan perayaan Chap Goh Mei seperti perarakan tanglung. Pesta Chap Goh Mei disambut dengan mengadakan upucara sembahyang secara besarbesaran. Buah limau yang basah membawa pesanan agar mereka mendapat pasangan yang sesuai.

.

Hari Wesak juga dikenali dengan nama Visakah Puja atau Buddha Purnima di India. dan Wesak di Sri Lanka. dan Kewafatan Gautama Buddha. . Vesak di Singapura.Hari Wesak ‡ Hari Wesak merupakan hari terpenting bagi penganut agama Buddha kerana hari Wesak melambangkan Kelahiran. Pencerahan Agung. Visakha Bucha di Thailand.

patung Buddha. Dhamma dan Sangha) untuk memperbaharui komitmen mereka kepada ajaran Buddha. Para penganut juga akan melafazkan semula Tisarana(Tiga Perlindungan: Buddha.penganut ajaran Buddha akan mengunjungi kuil Buddha pada waktu pagi untuk memberikan penghormatan kepada Buddha. pokok Bodhi dan Sarikata (relik Buddha). dalam pengertian ajaran Buddha merujuk kepada perlindungan daripada kesengsaraan dan ketidakpuasan duniawi.yang dilambangkan oleh simbol-simbol Buddha seperti Pagoda.‡ Lazimnya. Perlindungan. .

.

PERAYAAN UTAMA KAUM INDIA Hari Deepavali Hari Thaipusam .

Hari Deepavali

‡ Dikenali oleh masyarakat Hindu sebagai pesta cahaya,Deepavali atau Diwali adalah simbol kebaikan menumpaskan kejahatan, cahaya menumpaskan kegelapan. Di hari ini, kerajaan mengishytiharkan satu hari cuti umum. ‡ Hari Deepavali jatuh pada bulan ketujuh dalam kelender Hindu, biasanya pada bulan Oktober atau November.Oleh kerana namanya Pesta Cahaya, ia disambut dengan cahaya dan lampu oleh penganut Hindu.Asal usul perayaan ini adalah berkaitan dengan pertembungan antara Dewa Rama dengan Ravana, dimana kemenangan berpihak pada Dewa Rama, yang akhirnya berjaya merampas Sita dari Ravana yang jahat.Selain itu terdapat juga pelbagai cerita lain yang berkaitan dengan perayaan ini, seperti pergaduhan antara Dewa Krishna dengan Syaitan Asura- yang dimenangi oleh pihak baik lantas dirayakan dengan pelita dan lampu-lampu. ‡ Bagi persiapan Deepavali, penganut Hindu akan membersihkan rumah mereka, hiasan seperti kolams dibuat, dan lampu vilakku dipasang. Lampu ini adalah sejenis pelita tradisi yang diperbuat dari tanah liat.Perayaan juga bertambah seri dengan lampu-lampu moden. ‡ Penganut Hindu juga percaya yang Dewi Laksmi, iaitu dewa kekayaan dan kemakmuran akan datang melawat rumah pada masa ini.Jadi persiapan ini juga akan dibuat untuk menyambutnya.

‡ Selain dari itu, penganut Hindu juga membersihkan diri dan jiwa mereka, dengan mengamalkan puasa, hanya makan sayuran, dan bermeditasi.Di hari Deepavali ini, pertelingkahan akan dilupakan, manakala kemaafan akan mendapat penghargaan. ‡ Pada pagi Deepavali, mereka akan bangun awal, untuk upacara mandi minyak. Ia adalah simbol kepada penyucian diri.Kemudian mereka menuju ke kuil untuk bersembahyang.Setelah itu, sepanjang hari mereka akan berkunjung ke rumah saudara dan sahabat handai. Walaupun penganut Hindu adalah Vegetarian, tetapi Deepavali tetap diserikan dengan banyak makanan yang enak seperti daging manis, pudding, dan murukku.

Hari Thaipusam .

Susu ini diisikan dalam belanga tembikar atau kini dalam belanga aluminium. Nazar ialah memohon sesuatu hajat kepada Dewa Murugan dan jika permohonan dikabulkan. Tidak semua penganut Hindu membawa belanga berisi susu ini. . warna . Belanga berisi susu ini akan dihias dengan pelbagai corak .‡ Hari Thaipusam merupakan hari menunaikan nazar dan menebus dosa atau memohon ampun di atas dosa-dosa yang telah dilakukan selama ini. daun dan benang. Ia merupakan satu bentuk melepaskan atau membayar nazar. maka satu acara tertentu diadakan sebagai tanda kesyukuran. Belanga ini akan dijunjung di atas kepala dari luar kuil hinggalah ke dalam kuil. Tidak semua penganut Hindu akan menunaikan nazar. ‡ Ramai juga lelaki Hindu yang mencukur rambut pada hari tersebut dan mewarnakan kepala dengan warna oren. Perkhidmatan menggunting rambut ini ada disediakan di luar kuil dengan bayaran tertentu. ‡ Pada hari itu mereka akan membawa susu yang berwarna putih kerana susu itu dianggap paling suci .

kavadi akan dibawa atau dijunjung di atas bahu atau di atas kepala. Dari semasa ke semasa. Mata pancing itu disangkut dengan buah limau nipis yang teramat pedih rasanya. Pembawa kavadi ini terdiri daripada lelaki . Antara hiasan utama kavadi ialah bulu burung merak dan bunga-bungaan. Selain itu pembawa kavadi akan diiringi oleh beberapa orang pembantu khas dari tempat masing-masing. muda dan kanak-kanak. tua. Antaranya ialah berjalan di atas kasut berpaku. pembawa kavadi akan berehat di tangga-tangga tertentu . berehat dan diberi minum. ‡ Pelbagai cara menyiksa diri bagi menunjukkan mereka memohon ampun. Ada juga mata pancing itu bertali dan ditarik oleh para pembantu.‡ Bagi yang memohon ampun agar dosa mereka diampunkan. Berat dan saiz kavadi ini bergantung kepada kemampuan seseorang. Mereka melangkah perlahan-lahan mendaki tangga-tangga kuil hingga tiba ke sisi patung Dewa Murugan di dalam gua Batu Caves. . Yang lain pula mencucuk belakang mereka dengan puluhan mata pancing yang bersaiz 10 sm. Kavadi ini diperbuat daripada beberapa rod besi atau kayu yang di atasnya terletak patung dewa Murugan dengan pelbagai saiz dan bentuk. Ada juga yang mencucuk panah besi pada lidah dan pipi dari kiri ke kanan dengan panah pendek dan panjang. perempuan. Ada yang diiringi dengan kumpulan muzik . mangkuk perasap kemenyan dan lain-lain.

Perayaan Etnik di Sarawak ‡ Pesta Kaul Melanau ‡ Hari Gawai Dayak .

Pesta kaul Melanau .

Ianya akan berbuai-buai di tepi pantai.makanan Melanau yang enak.Pemuda-pemuda akan melompat dari buluh bengkok yang panjang dan akan menangkap tali berayun yang tinggi.Pesta Kaul Melanau ‡ Kaul Melanau atau pesta Melanau adalah hari kebesaran dan perayaan yang dirayakan oleh orang Melanau di Sarawak.Ia dirayakan pada akhir Mac atau awal April setiap tahun. tanah. Ia bertujuan menghargai pelbagai jenis semangat. dengan tiada seorang pun akan dibenarkan keluar masuk.Biasanya di musim monsun kuala sungai akan ditutup. Tibou. iaitu buaian setinggi 20 kaki adalah puncak perayaan ini. sukan pantai. Semuanya menjalani upacara menyucikan diri . Sehingga tujuh atau lapan orang akan bergayut di buain gergasi ini. hutan. dan makanan. Ia adalah pesta warna warni yang diserikan dengan bot-bot berhias. dan kebun mereka. dimana mereka mempercayaai kepercayaan animisme. ‡ Kaul ini juga bukan setakat buaian gergasi. ‡ Perayaan ini disambut dengan meriah oleh orang Melanau di sepanjang persisiran pantai Sarawak. seperti semangat laut.Asal usul perayaan ini dikatakan berbalik pada berkurun dahulu.

‡ Walaupun Kaul Melanau ini tidak begitu popular dikalangan orang luar. . Orang-orang akan mengunjungi sanak saudara dan sahabat handai sebagai tanda muhibbah. pertunjukan seni mempertahankan diri. ‡ Setelah matahari terbenam. sehingga seminggu lamanya. Ia adalah sagu yang dimasak dengan pelbagai cara sehingga membangkitkan keenakannya. Orang Melanau memang terkenal sebagai penebang sagu yang mahir di Sarawak.Sementara itu 'bapa Kaul' atau ketua perayaan akan menjamu semangat dengan jampi dan jamuan. pesta disambung di rumahrumah. tarian tradisional Melanau dan jamuan makan.Selepas itu terdapat juga permainan pantai. tetapi masyarakat Melanau merayakannya dengan begitu meriah.‡ Kaul dimulakan dengan bot-bot berhias berlayar dengan membawa 'seraheng' iaitu bakul dari buluh.' Sago' adalah juadah yang istimewa dimasa Kaul ini.

Hari Gawai Dayak .

. Pada pagi 1 hb Jun. Perayaan Gawai Dayak bermula dengan upacara membuang sial oleh Tuai Gawai.Hari Gawai Dayak ‡ Perayaan ini disambut oleh masyarakat Dayak di Sarawak pada 1 hb Jun setiap tahun. Tuai Gawai memulakan upacara miring ini diruai (beranda) rumah panjang. Tuak merupakan sajian utama perayaan Gawai Dayak. Pada jam 12.00 malam upacara minum air pengayu dilakukan dengan harapan supaya panjang umur. Kuih-muih tradisional yang diperbuat daripada tepung beras. Beliau berdoa supaya dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. tuai rumah dengan diiringi oleh beberapa penghuni rumah panjang menghantar piring persembahan ke tiang pengingat iaitu sejenis kayu yang sering digunakan untuk mendirikan rumah panjang. sihat dan makmur. tepat jam 7. gula dan santan disediakan.00 pagi.

Perayaan Etnik di Sabah ‡ Tadau Kaamatan .

Perayaan ini adalah amalan secara tradisi Kaum Kadazan-Dusun sejak zaman berzaman. Tarian ini ditarikan oleh kaum petani terdiri daripada lelaki dan perempuan dengan memakai pakaian tradisional mereka. ‡ Antara sambutan menarik yang diadakan ialah persembahan dan pertandingan tarian Sumazau. Tarian ini dimainkan dengan iringan paluan gong.Tadau Kaamatan ‡ Pesta Kaamatan (Tadau Kaamatan) atau di dalam bahasa Kadazan "Magavau" merupakan upacara perayaan khas untuk menghormati "Bambazon" iaitu semangat padi. Perayaan "Magavau" ini biasanya diadakan selepas selesai menuai padi. Pesta Kaamatan yang dirayakan dewasa ini telah diluluskan oleh Majlis Undangan Kerajaan Koloni sebagai cuti umum Sabah sejak tahun 1960 lagi. . oleh Tun Haji Mohamad Fuad Stephens. Tarian ini ditarikan dengan kedua-dua tangan diangkat ke paras bahu dan dikibar-kibarkan umpama kipasan sayap burung. Ketua Menteri Sabah yang pertama. mengikut alunan rentak yang dimainkan.

diadakan juga pertandingan nyanyian dipanggil Sugandoi. Biasanya tapai dicampur dengan ragi untuk mempercepatkan proses "memberi rasa" kepada tapai tersebut. ‡ Mereka menggunakan sebatang buluh kecil yang dipanggil "Sumbiling" untuk menyedut air tapai ini dari dalam tempayan besar. iaitu sejenis arak tradisional. mereka juga menggunakan gelas khas dinamakan "Singgarung" yang diperbuat daripada buluh. pertunjukan bina badan. Biasanya sumbiling digunakan untuk meminum air tapai yang diperbuat daripada ubi kayu. Nasi akan diperam di dalam sebuah tempayan besar atau "tajau" selama seminggu. ‡ Antara hidangan popular semasa perayaan ini ialah meminum tapai atau "Kinomol". Tapai merupakan minuman tradisi mereka. diperbuat sama ada daripada beras (nasi) atau ubi kayu. Pertandingan seperti memukul gong dan sukan rakyat juga menjadi antara acara utama dalam perayaan ini.‡ Selain daripada persembahan tarian Sumazau. . Selain itu. dan persembahan segala jenis kesenian dan kraftangan. dan ratu cantik atau "Unduk Ngadau". atau ubi kayu diperam selama dua hingga tiga minggu.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful