P. 1
Jurnal KML - Kajian Kesediaan Pelajar Melakukan Amali Membantu Kejayaan Sesebuah Amali - Kes Amali Kinem

Jurnal KML - Kajian Kesediaan Pelajar Melakukan Amali Membantu Kejayaan Sesebuah Amali - Kes Amali Kinem

4.25

|Views: 862|Likes:
Published by Physics Teacher
Jurnal Kolej Matrikulasi Labuan
Jurnal Kolej Matrikulasi Labuan

More info:

Categories:Types, School Work
Published by: Physics Teacher on Jul 31, 2008
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/21/2013

pdf

text

original

Kajian Kesediaan Pelajar Melakukan Amali Membantu Kejayaan Sesebuah Amali : Kajian Kes Amali Kinematik Oleh : Ronald

Yusri Batahong Syakima Ilyana Ibrahim KOLEJ MATRIKULASI LABUAN ABSTRAK Satu kajian telah dijalankan di kalangan pelajar-pelajar Kolej Matrikulasi Labuan, Kementerian Pelajaran Malaysia. Subjek kajian terdiri daripada pelajar-pelajar Sains Fizikal, Ambilan 2004/ 2005. Satu kumpulan tutoran terdiri daripada 22 orang pelajar terlibat sebagai subjek. Pemerhatian awal mendapati pelajar-pelajar ini tidak bersedia untuk menjalankan amali di mana mereka tidak dapat menjalankan amali tanpa bantuan pensyarah. Hasilnya daripada penilaian penulisan laporan amali didapati pelajar-pelajar gagal mengintrepretasikan data yang didapati samasa amali. Pelajar-pelajar juga gagal mengaitkan teori yang diberi dalam buku panduan amali dengan amali yang dijalankan dan seterusnya mencapai objektif amali sepenuhnya. Satu sesi pengajaran dan pembelajaran (120 minit) telah digunakan untuk menjalankan penyelidikan tindakan ini. Dalam menguji pengetahuan sedia ada pelajar serta kesediaan menghadapi amali, satu ujian pra telah diberikan. Pelajar diberikan data mentah dan diminta menganalisisnya berdasarkan pengetahuan sedia ada sebagai pra laporan. Seterusnya sebagai pengukuhan, pensyarah memberikan penerangan pengukuhan teori amali berkaitan. Ujian pos yang kemudiannya dilakukan menunjukkan peningkatan kesediaan pelajar di mana pelajar lebih memahami teori amali yang bakal dijalankan. Soal-selidik juga diberikan untuk mendapatkan maklum balas pelajar. Kejayaan pemahaman teori berdasarkan ujian pos seterusnya dilihat membantu kejayaan amali yang didapati berdasarkan penilaian laporan amali bertulis di mana rata-rata pelajar berjaya menganalisis data yang didapati dan seterusnya mencapai objektif amali yang telah dijalankan.

1.0 PENDAHULUAN

Tujuan asas penubuhan kolej matrikulasi adalah untuk menyediakan pendidikan pra universiti kepada pelajar-pelajar lepasan SPM. Oleh yang demikian, silibus aliran Sains Fizikal diolah merangkumi teori dan praktikal dalam menyediakan pelajar berketrampilan yang mana dapat mengikuti kursus-kursus yang berorientasikan sains khususnya aliran kejuruteraan yang banyak mempraktikkan teori dan kerja-kerja di dalam makmal.

Silibus Fizik SF017 dan SF027 memperuntukkan 10% markah himpunan untuk penilaian pembelajaran ‘hands-on’ kepada pelajar di dalam makmal. Tujuannya adalah untuk memberi pendedahan awal kepada pelajar melakukan kerja-kerja makmal dimana pelajar diharap dapat mempraktikkan teori di dalam makmal dan seterusnya memberikan lebih kefahaman aplikasi kepada pelajar dalam kehidupan.

2.0 MOTIVASI KAJIAN

2.1

Latar Belakang Kajian

Subjek Fizik SF017 memperuntukkan 2 jam seminggu untuk perlaksanaan P&P secara ‘hands on’ melalui slot amali di dalam makmal. Pelajar-pelajar di peruntukkan sebuah ‘Laboratory Manual Book’ yang mengandungi 10 tajuk amali dengan pernyataan teori dan langkah-langkah yang perlu dijalankan dalam setiap amali. Setiap minggu, satu tajuk amali akan dijalankan berdasarkan teori yang telah dipelajari pelajar di dalam kuliah . Amali dijalankan secara berkumpulan di mana satu kumpulan mengandungi 3-4 orang pelajar. Pensyarah akan membimbing pelajar melalui demonstrasi dalam menjalankan amali untuk mendapatkan data yang diperlukan berdasarkan panduan yang diberikan. Pelajar-pelajar kemudiannya di beri masa seminggu untuk menganalisis data dan seterusnya mencapai objektif amali secara laporan bertulis.

2.2

Isu Keprihatinan

Tujuan amali adalah untuk pelajar mempraktikkan teori yang dipelajari di dalam kuliah untuk kefahaman pelajar. Kelas amali merupakan aktiviti praktikal dalam P&P bertujuan untuk memperkukuhkan teori dan konsep fizik di samping memupuk amalan sikap saintifik dan nilai murni. Tanpa pengetahuan asas teori, pelajar pastinya sukar mencapai objektif sesuatu amali

Berdasarkan pemerhatian penyelidik didapati pelajar-pelajar tidak bersedia sebelum kelas amali dijalankan. Pelajar-pelajar memberi alasan jadual yang padat menyebabkan mereka tidak berkesempatan membuat persediaan untuk kelas amali. 3 orang daripada pelajar mengaku tidak mengambil berat kelas amali kerana telah disediakan arahan yang hanya perlu diikuti. 2 orang daripada pelajar yang ditemuramah menyatakan bahawa kelas amali tidak memerlukan mereka berfikir dan hanya perlu melakukan amali mengikut demonstrasi yang ditunjukkan pensyarah serta merekodkan data yang telah di arahkan.

Pelajar juga mengakui mereka hanya menghadapi masalah apabila ingin menyediakan laporan bertulis di mana mereka akan menyalin daripada rakan-rakan. Ini diakui apabila melalui pemerhatian penyelidik, dendapati rata-rata pemerhatian, keputusan dan perbincangan di dalam laporan adalah hampir sama antara pelajar di dalam kumpulan yang sama. Daripada pemerhatian terhadap penilaian laporan bertulis didapati pelajar gagal mengaitkan data amali dengan teori yang dipelajari.

Menyedari bahawa kelas amali bukanlah hanya sekadar memenuhi 10% markah himpunan tetapi sebagai satu sesi P&P secara ‘hands on’ bertujuan memantapkan teori yang dipelajari , penyelidik cuba untuk menerapkan pembelajaran konstruktivisme untuk pelajar mengaitkan amali dengan teori berkaitan.

2.3

Persoalan Kajian
Formatted: Justified Formatted: Swedish Sweden

Adakah pemahaman teori amali yang dijalankan dapat membantu pelajar merancang amali yang dijalankan? Adakah pelajar tahu apakah konsep yang digunapakai untuk mendapatkan data mentah daripada amali? Adakah pelajar dapat mengolah data yang diperolehi untuk mencapai objektif amali?

Untuk memastikan pelajar

mencapai tujuan pembelajaran ‘hands-on’ ini, penyelidik telah

menetapkan dua objektif di dalam kajian ini iatu;

1. 2.

Pelajar dapat menyatakan teori dan konsep fizik yang digunapakai dalam amali yang dijalankan. Pelajar berjaya menghubungkaitkan amali dengan teori dan konsep fizik yang digunapakai dalam amali yang dijalankan.

Dalam menyatakan teori dan konsep fizik, pelajar dilihat mempunyai pengetahuan asas sebelum melakukan amali di mana pengetahuan asas ini dapat digunapakai dalam menyumbang kepada kejayaan amali yang dijalankan.

3.0

METODOLOGI: Kajian Tindakan ini menggunakan Model Lingkaran Kajian Tindakan yang melibatkan 5

langkah utama iaitu mengenalpasti masalah, merancang tindakan dan seterusnya mereflek

tindakan, melaksanakan tindakan, menilai

terhadap kajian yang telah dilaksanakan.

3.1

Mengenalpasti masalah

Penyelidik telah menggunakan kaedah pemerhatian dan refleksi ke atas sesi berlaku dalam mengenalpasti masalah. Kaedah temubual juga

P&P yang

dijalankan untuk memastikan masalah

yang wujud di kalangan pelajar semasa sesi P&P ‘hands on’ yang berlaku di dalam makmal ini. Penilaian rakan sejawat juga membantu dalam mengenalpasti permasalahan yang berlaku di dalam sesi P&P ini

3.2

Merancang

Pengetahuan konsep dan teori sedia ada diuji melalui penilaian pra ujian dan seterusnya pemikiran kritis dan penaakulan diuji melalui pra laporan . Setelah diberi pengukuhan melalui demonstrasi dan penerangan ringkas, pelajar diberi semula ujian yang sama (pos ujian) untuk menilai kembali peningkatan pengetahuan sedia ada mereka. Kejayaan amali diukur melalui kejayaan penulisan laporan penaakulan data dari amali yang telah dijalankan.

Perancangan tindakan adalah berdasarkan teori konstruktivisme, di mana ilmu pengetahuan adalah dibina melalui proses saling pengaruh di antara pembelajaran terdahulu dengan pembelajaran

terbaru yang berkaitan. Konsep dan teori asas yang dipelajari di dalam kuliah diperlukan dalam mempengaruhi kesan pembelajaran secara praktikal di dalam makmal.

3.3

Melaksanakan Perancangan

Kajian ini menggunakan pendekatan konstuktivisme di mana pelajar akan dibimbing mancapai matlamat pembelajaran. Berikut merupakan langkahsemasa kajian dilaksanakan:

untuk

langkah yang dijalankan di dalam kelas

Pra ujian o Sebagai langkah pertama, penyelidik ingin melihat sejauh mana pelajar bersedia sebelum amali dijalankan. Satu ujian pra diberikan kepada semua pelajar, di mana soalan yang diberikan merupakan teori asas yang akan digunakan dalam amali. Pelajar dikehendaki menjawab 3 soalan mudah dalam masa yang ditetapkan (15 minit). Kertas Pra Ujian dikumpul oleh penyelidik dan dinilai berdasarkan skala pemarkahan penuh adalah 3. Langkah ini bertujuan menguji pengetahuan sedia ada pelajar dan melihat sejauh mana persediaan pelajar dalam teori dan konsep fizik berkaitan amali.

Pra laporan o Satu set data mentah berkaitan amali ( 6 nilai teori untuk panjang tali ladung,l dan masa yang diperlukan untuk ladung melengkapkan 5 ayunan,t ) yang akan dijalankan diberikan oleh penyelidik Pelajar dikehendaki menyediakan laporan ringkas (Pra Laporan) dengan menganalisis data mentah yang dibekalkan penyelidik dan mendapatkan objektif amali dikehendaki. Pelajar dibenarkan berbincang dan merujuk buku panduan amali bertujuan

melihat sejauh mana pelajar dapat mengaplikasikan pengetahuan sedia ada dalam mendapatkan objektif amali menggunakan data mentah yang telah diberikan. Langkah ini bertujuan melihat keupayaan pelajar menganalisis data dan menggunakan teori untuk mencapai objektif tanpa persediaan dan pemahaman awal berkaitan amali.

Penerangan ringkas o Langkah ini merupakan satu tindakan untuk membantu pelajar membuat persediaan teori sebelum menjalankan amali. Penerangan ringkas dalam Bahasa Inggeris yang mudah difahami diberi oleh pensyarah bertujuan mengukuhkan kembali teori dan konsep yang dipelajari dalam kuliah.Penerangan ringkas ini juga disertakan dengan membimbing pelajar untuk mencari kaitan antara teori dan amali yang akan dijalankan. Pelajar-pelajar diharap lebih memahami apa yang akan dijalankan dan dapat merancang amali mereka.

Pos ujian o Untuk menilai keberkesanan tindakan melalui penerangan ringkas ini, satu ’Pos Ujian’ diberikan kepada pelajar. Langkah dan soalan yang sama dengan ’Pra Ujian’ sebelum ini diberikan bertujuan menilai peningkatan dalam pengetahuan sedia ada pelajar berkaitan teori dan konsep fizik berkaitan amali. Seterusnya penyelidik melakukan analisis untuk melihat perubahan dalam peningkatan pengetahuan pelajar berkaitan amali sebelum dan selepas tindakan dijalankan.

Laporan o Pelajar diberikan tempoh seminggu untuk menulis Laporan secara individu untuk amali yang dilakukan. Penilaian penyelidik dilakukan hanya berdasarkan bahagian ‘Observation’ iaitu merangkumi pemerhatian dan analisis data sahaja. Dalam bahagian ini pelajar dikehendaki menganalisis data mentah yang mereka perolehi dari amali yang telah dijalankan untuk mendapatkan hasil bagi menepati objaktif amali. Hasil penilaian Laporan ini akan dibandingkan dengan hasil penilaian Pra Laporan untuk melihat keberkesanan tindakan dan kaitan dalam persediaan awal pelajar dapat membantu memberikan keputusan amali yang lebih baik.

Soal selidik o borang soal selidik diedarkan kepada pelajar di awal sesi P&P untuk mendapatkan maklumbalas merangkumi tiga bahagian iaitu Bahagian A-persediaan pelajar, Bahagian Bsesi pengukuhan dan Bahagian C- faktor-faktor penyumbang kepada kejayaan amali. Pelajar-pelajar diminta memberikan maklumbalas untuk setiap bahagian berdasarkan aktivitiaktiviti dan pendapat mereka sepanjang kelas dijalankan. Borang soal selidik dikembalikan kepada penyelidik di akhir kelas. Analisis setiap item dijalankan penyelidik untuk melihat persediaan dan keberkesanan tindakan dari sudut pandangan pelajar.

Temubual dan pemerhatian o Penyelidik menjalankan temubual dan pemerhatian sepanjang kelas amali berjalan bersama pelajar. Temubual dan pemerhatian yang dijalankan direkodkan dalam jurnal dan refleksi P&P penyelidik.

3.4

Penilaian Kajian

Dijalankan berdasarkan analisis data secara kuantitatif dan juga secara tindakan yang telah diambil.

kualitatif terhadap

3.5

Refleksi Kajian

Kesan tindakan yang dilaksanakan diberi kesimpulan secara kritis dan beberapa cadangan bagi pembaikan dalam meningkatkan kualiti P&P diberikan.

4.0 4.1

PENILAIAN KAJIAN: Ujian Kefahaman Teori Asas Amali Membantu Kejayaan Amali

Daripada Jadual 1 (Lampiran 1)didapati pelajar tidak menguasai sepenuhnya teori dan konsep yang digunakan dalam amali ini. Keputusan pra ujian menunjukkan 50% pelajar tidak mempunyai pengetahuan asas yang baik di mana keputusannya adalah kurang daripada 1.5. Pelajar juga merungut tidak bersedia ketika mengambil ujian pra disebabkan ujian diadakan secara mengejut. Namun begitu, setelah pengukuhan diberikan dalam bentuk ‘refreshing knowledge’ dan pos ujian diberikan, 95.5% daripada pelajar menunjukkan peningkatan secara puratanya sebanyak 48.5 %. Merujuk kepada Graf 1 (Lampiran 1), melalui ujian pra dan pos yang telah dijalankan menunjukkan pencapaian pelajar adalah tidak konsisten tanpa persediaan awal di bandingkan dengan penilaian pos ujian yang menunjukkan peningkatan lebih konsisten. Melalui ini dapat dilihat bahawa ulangkaji atau persediaan awal adalah penting untuk memastikan pelajar mempunyai pengetahuan teori dan konsep asas yang kukuh.

Seterusnya, kejayaan amali pelajar diukur daripada penilaian penulisan laporan yang merangkumi pemerhatian dan analisis data untuk mencapai objektif amali. Daripada Jadual 2 (Lampiran 1), penilaian pra laporan menunjukkan 27.3 % pelajar gagal mengaitkan teori dengan data yang diberi di mana pencapaian mereka adalah kurang daripada skala 6 berdasarkan skala penuh 12. Sementara itu 72.7 % pelajar melepasi tahap sederhana di antara skala 6.1 sehingga 10 daripada skala penuh 12, di mana mereka hanya mampu menyatakan pembolehubah di dalam graf tetapi gagal menganalisis dengan tepat data yang diberikan. Tiada pelajar yang dapat memberikan perkaitan yang tepat berdasarkan data mentah yang diberikan. Ini menunjukkan kelemahan pelajar dalam memberikan perkaitan antara teori yang digunapakai dengan amali yang akan dilaksanakan.

Dalam pra laporan, pelajar diberi data mentah oleh penyelidik dan diminta menganalisisnya menggunakan konsep dan teori yang dipelajari di dalam kuliah. Pelajar dibenarkan berbincang di dalam kumpulan bertujuan untuk menjana idea. Penyelidik mendapati walaupun dibenarkan berbincang, tiada pelajar yang berjaya memberikan analisis yang lengkap. Ini menunjukkan pelajar masih tidak dapt memberikan perkaitan antara teori dan konsep amali yang akan dilaksanakan. Malah terdapat seorang pelajar yang bertanyakan bagaimana untuk membezakan antara masa dan tempoh ayunan bandul.

Namunbegitu setelah sesi pengukuhan diberikan kesemua pelajar mengalami peningkatan purata sebanyak 26 % dalam laporan sebenar(pos laporan). Ini menunjukkan terdapatnya peningkatan kejayaan dalam amali. Perbandingan antara kedua-dua penilaian ditunjukkan dalam Graf 2 (Lampiran 1).

Berdasarkan Graf 2 didapati pencapaian pelajar dalam penulisan laporan mengalami peningkatan setelah pengukuhan teori dan konsep diberikan. Pelajar juga didapati dapat membezakan antara masa dan tempoh yang perlu direkodkan. Ini menunjukkan pelajar dapat lebih memahami apa yang dilakukan sekiranya teori dan konsep diperkukuhkan. Ia juga menyokong pernyataan bahawa teori dan konsep memainkan peranan dalam kefahaman dan kejayaan sesuatu amali.

4.2

Soal selidik Borang soal selidik telah diedarkan kepada 22 orang pelajar dalam usaha mendapatkan kembali

pandangan dan pendapat pelajar berhubung kajian. Borang soal selidik ( rujuk Lampiran 2) mengandungi 22 item soalan yang dibahagikan kepada 3 bahagian utama iaitu kesediaan awal pelajar sebelum amali, pengukuhan pengetahuan sedia ada dan faktor-faktor lain yang mempengaruhi kejayaan amali. Soalan-soalan yang dikemukakan mengikut skala 1-4 iaitu; Skala Penilaian . Berikut merupakan analisis item mengikut bahagian; i) Bahagian A – Kesediaan Awal Pelajar Sebelum Amali Skala Item 2 3 4 5 6 Jumlah Peratusan(%) 0 0 0 0 0 0 0.0 2 1 1 3 2 9 20.0 7 8 6 5 6 32 71.1 0 0 2 1 1 4 8.9 1 2 3 4 1 Sangat tidak setuju 2 Tidak setuju 3 Setuju 4 Sangat setuju

Bahagian ini hanya dijawab oleh responden yang telah membuat persediaan awal sebelum amali di mana hanya 9 orang responden membuat persediaan berbanding jumlah keseluruhan 22 orang.

Daripada 9 orang responden ini, hanya 8.9 % benar-benar faham dengan teori dan konsep asas sementara 71.1% faham dengan teori dan konsep sementara 20.0% tidak memahami teori dan konsep fizik. Keadaan ini menunjukkan walaupun pelajar membuat persediaan sebelum amali, mereka masih belum jelas dengan teori dan konsep yang dipelajari di dalam kuliah dan masih perlu diperkukuhkan.

ii)

Bahagian B- Pengukuhan Pengetahuan Sedia Ada

Skala Item 7 8 9 10 11 12 Jumlah Peratusan(%)

1 0 0 0 0 0 1 1 0.8

2 0 4 3 4 3 5 19 14.5

3 13 16 12 15 13 12 81 61.8

4 9 2 7 3 6 4 31 23.7

Melalui sesi pengukuhan teori dan konsep ini, sebanyak 85.5% daripada 22 orang responden bersetuju bahawa sesi ini dapat memberikan lebih kefahaman dalam teori dan konsep yang akan digunapakai dalam amali yang akan dilaksanakan. Pelajar yakin mereka mampu menjalankan amali betul setelah mampu menghubungkait konsep yang digunakan dalam amali kali ini.

iii)

Bahagian C –Faktor-faktor Lain Yang Mempengaruhi Kejayaan Amali

Faktor Instrumen Skala Item 13 14 Jumlah Peratusan(%) Faktor Persekitaran Skala Item 15 16 18 Jumlah Peratusan(%) 1 0 0 1 1.8 7 2 1 10 17.9 11 12 7 30 53.6 3 8 4 15 26.8 1 2 3 4 0 0 0 0 4 5 9 20.5 12 12 24 54.5 6 5 11 25.0 1 2 3 4

Faktor Kekukuhan Teori dan Konsep Asas Skala Item 17 20 21 22 Jumlah Peratusan(%) 0 0 0 0 0 0 3 1 1 9 14 15.9 13 18 17 12 60 68.2 6 3 4 1 14 15.9 1 2 3 4

Dalam melihat kepada faktor-faktor yang mempengaruhi kejayaan amali, responden tetap bersetuju bahawa teori dan konsep asas amali merupakan faktor utama yang menyumbang kepada kejayaan sesuatu amali. Ini kerana 84.1% responden menilaikan teori dan konsep adalah faktor utama kejayaan amali di ikuti dengan faktor persekitaran yang dipersetujui oleh 80.4% responden dan faktor instrumen yang disetujui oleh 79.5% responden.

Daripada soalan soal selidik item 19, 72.7 % responden daripada keseluruhan bersetuju bahawa amali yang dijalankan berjaya dan yang selebihnya menyifatkan mereka tidak berjaya mencapai objektif amali. Daripada pemerhatian dan temubual yang dijalankan, responden berpendapat kejayaan amali diukur dengan mendapatkan nilai amali yang sama dengan dengan nilai teori sebenar. Namun begitu, keputusan amali ini adalah bergantung sepenuhnya kepada ralat-ralat yang terlibat sepanjang amali dilaksanakan.

5.0 5.1

REFLEKSI KAJIAN Kesimpulan Kajian Sepanjang kajian ini dijalankan, penyelidik dapat melihat peningkatan dalam pengetahuan pelajar sebelum amali dijalankan dan selepas amali dijalankan. Sebelum sesi pengukuhan teori dijalankan, pelajar kelihatan terpinga-pinga dalam menjalankan amali, namun begitu setelah sesi pengukuhan dilaksanakan pelajar lebih berkeyakinan melaksanakan amali. Melalui pengamatan ketika kajian berlangsung juga mendapati pelajar lebih berkeyakinan merekodkan data dan menganalisis data yang diperolehi. Dapat disimpulkan di sini bahawa pengukuhan pengetahuan asas teori dan konsep amali merupakan faktor yang menyumbang kepada kejayaan amali. Kajian tindakan melalui sesi pengukuhan teori dan konsep asas ini dilihat berjaya meningkatkan kejayaan dan keyakinan pelajar dalam perlaksanaan amali.

5.2

Cadangan Dalam melaksanakan kajian ini, dapat dilihat masih banyak aspek-aspek P&P yang perlu

diperbaiki. Antara yang dapat dikenalpasti adalah :

Pelajar masih lemah dalam mentadbir amali di mana pelajar masih tidak jelas dengan langkahlangkah yang perlu dilakukan disamping pengurusan data mentah yang masih tidak sistematik.

Pelajar masih lemah dalam menghasilkan laporan bertulis amali yang lebih berkualiti terutamanya dalam aspek perbincangan yeng memerlukan pelajar menceritakan kembali apa yang dilakukan dalam amali dalam bahasa tersendiri. Pelajar masih banyak bergantung kepada nota dan buku rujukan.

Masalah displin pelajar di dalam makmal masih perlu diperbaiki di mana mereka perlu lebih peka kepada persekitaran dalam makmal yang menekankan aspek keselamatan.

Di harap pada masa akan datang, aspek-aspek ini akan dapat diperbaiki matlamat Kolej Matrikulasi Labuan untuk menjadi pusat akan tercapai

agar hasrat dan

kecemerlangan pengajaran dan pembelajaran

6.0

RUJUKAN 1. Mok Song Sang (2002), Ilmu Pendidikan Untuk KPLI, Kumpulan Budiman, P.J.

2. Poh Swee Hiang (2000), Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif (KBKK), KBSM, S. Jaya.

LAMPIRAN 1

No.Subjek 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22

Keputusan Pra Ujian/ 3 1.0 0.5 2.0 1.0 2.0 3.0 2.0 1.0 2.0 2.0 2.0 1.0 0.5 0.5 1.0 2.0 0.0 2.0 2.0 2.0 0.5 1.0

Keputusan Pos Ujian / 3 3.0 3.0 3.0 2.5 3.0 3.0 2.5 3.0 2.5 3.0 3.0 1.5 2.5 2.5 3.0 3.0 3.0 3.0 3.0 3.0 3.0 3.0

Peningkatan 2.0 2.5 1.0 1.5 1.0 0.0 0.5 2.0 1.5 1.0 1.0 0.5 2.0 2.0 2.0 1.0 3.0 1.0 1.0 1.0 2.5 2.0

JADUAL 1 :Penilaian pra ujian, pos ujian dan peningkatan pengetahuan asas teori dan konsep amali

Penilaian Pra Laporan/ No.Subjek 12 Penilaian Laporan/ 12 Peningkatan 1 6.7 9.6 2.9 2 5.1 9.6 4.5 3 7.6 10.2 2.6 4 6.7 9.0 2.3 5 6.6 10.8 4.2 6 6.6 11.5 4.9 7 6.6 10.2 3.6 8 6.7 10.2 3.5 9 7.6 10.2 2.6 10 4.6 7.2 2.6 11 7.6 9.6 2.0 12 7.6 10.0 2.4 13 5.1 10.2 5.1 14 5.1 10.2 5.1 15 7.6 10.2 2.6 16 7.6 11.5 3.9 17 4.6 10.8 6.2 18 7.6 9.6 2.0 19 7.6 10.2 2.6 20 7.6 9.0 1.4 21 4.6 12.0 7.4 22 7.6 9.0 1.4 JADUAL 2 : Penilaian kejayaan amali sebelum( pra laporan) dan selepas pengukuhan (laporan) dan peningkatan kejayaan.

Keputusan Penilaian Pengetahuan Sedia Ada Pelajar
20 bilangan sampel 15 10 5 0 pra test pos test 0 0 0 0.5 5 0 1 6 0 1.5 0 1 markah 2 10 1 2.5 0 4 3 1 16 pra test pos test

GRAF 1 : Perbandingan markah penilaian pelajar sebelum (pra test) dan selepas pengukuhan (pos test)

Perbandingan Penilaian Laporan Sebelum dan Selepas Pengukuhan Teori dan Konsep
Bilangan Pelajar 12 10 8 6 4 2 0 0.0 - 1.0 1.1 - 2.0 2.1 - 3.0 3.1 - 4.0 4.1 - 5.0 5.1 - 6.0 6.1 - 7.0 7.1 - 8.0 8.1 - 9.0 9.1 - 10.0 10.1 - 11.0 11.1 - 12.0

Pra laporan pos laporan

Selang Markah

GRAF 2 : Perbandingan Penilaian Laporan Sebelum dan Selepas Pengukuhan Teori dan Konsep

LAMPIRAN 2

BORANG SOAL SELIDIK

ARAHAN:
Untuk setiap item pilih SATU jawapan sahaja. Sila bulatkan jawapan mengikut skala yang diberi.

1. Sangat tidak setuju 2. Tidak setuju 3. Setuju 4. Sangat setuju

Tidak dapat diterima. Tidak membantu langsung. Berkualiti rendah. Jarang membantu dalam pembelajaran. Tahap baik. Sentiasa membantu. Berkualiti tinggi. Jelas dan tepat dalam membantu pembelajaran

Bil 1

PERNYATAAN Anda tahu tajuk amali kali ini?

SKOR A. Sebelum Amali 1 2 3

ULASAN 4

ADAKAH ANDA MEMBACA MANUAL AMALI SEBELUM KELAS AMALI? (bulatkan jawapan anda) YA TIDAK Jika YA teruskan manjawab. Jika TIDAK terus ke bahagian B 2 3 4 5 Anda jelas dengan objektif amali kali ini. Anda faham dengan teori ringkas yang diberikan dalam buku manual amali anda. Anda jelas dengan langkah-langkah yang diberikan dalam manual amali anda. Anda tahu hasil akhir yang akan anda perolehi di akhir eksperimen yang anda akan jalankan. Anda bersedia menjalankan amali kali ini. 1 1 1 1 2 2 2 2 3 3 3 3 4 4 4 4

6

1

2

3

4

B. Selepas penerangan ringkas pensyarah. 7 8 9 10 11 12 Anda jelas dengan penerangan yang diberikan pensyarah. Anda dapat mengaitkan pemahaman teori dan objektif amali yang akan dijalankan.. Adakah anda tahu apa yang perlu dilakukan dalam amali kali ini. Adakah anda tahu pemalar-pemalar yang terlibat dalam amali kali ini. Anda tahu bagaimana mendapatkan datadata yang diperlukan dalam amali kali ini. Anda mempunyei perancangan bersama ahli kumpulan untuk menjalankan amali kali ini 1 1 1 1 1 1 2 2 2 2 2 2 3 3 3 3 3 3 4 4 4 4 4 4

C. Selepas menjalankan amali 13 14 15 16 17 18 19 20 21 Alat radas yang disediakan sesuai. Alat radas yang digunakan berfungsi dengan baik. Persekitaran makmal membantu anda dalam melakukan amali . Masa yang diberikan mencukupi untuk menghasilkan amali yang baik. Anda menggunakan teori yang dipelajari dalam amali. Kerjasama ahli kumpulan membantu anda dalam menjayakan amali. Anda rasa amali ini berjaya Anda rasa amali ini releven dengan teori yang digunapakai. Anda tahu menggunakan data yang diperolehi untuk mencapai hasil akhir (objektif) amali. Hasil akhir menepati teori yang dipelajari 1 1 1 1 1 1 1 1 1 2 2 2 2 2 2 2 2 2 3 3 3 3 3 3 3 3 3 4 4 4 4 4 4 4 4 4

22

1

2

3

4

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->