You are on page 1of 19

http://www.scribd.com/search?

cat=redesign&q=biology+form+4+chapter+notes&x=28&y=8
http://michaelong82.webs.com/

Formula Menulis Karangan : Kaedah


Ghazali
Pendahuluan
I = Isu
K = Kesan isu
T = Tindakan umum untuk menangani isu
H = Hasil tindakan
H = Hubung kait dengan soalan

Isi

T = Ayat Topik (terdiri daripada DUA Frasa


F = Frasa 1
F = Frasa 2
P = Penegasan

Kesimpulan

R = Rumusan keseluruhan
C = Cadangan umum
A = Amaran peringatan yang bakal berlaku
H = Harapan penulis terhadap isu.

Semua perkara di atas diaplikasikan dalam karangan-


karangan contoh sebelum ini.

Kelebihan penggunaan formula dalam aktiviti mengarang.

1. Karangan menjadi panjang dan memenuhi arahan soalan.


(Biasanya 450 perkataan ke atas)
2. Murid tidak membuang masa memikirkan perkara yang
hendak ditulis.
3. Hala tuju karangan jelas dan tidak terkeluar tajuk.
4. Perenggan yang seimbang dan sekata.
5. Komponen karangan lengkap - ada pendahuluan,
perenggan isi yang jelas, dan kesimpulan.

ASSALAMUALAIKUM
MARI MENDEKATI KEMAHIRAN MENULIS BERSAMA-SAMA
DENGAN SAYA
DATIN MARIAM BINTI MEHAD
SM SAINS SULTAN HAJI AHMAD SHAH KUANTAN
PAHANG

KEMAHIRAN MENULIS ( KM )

Kemahiran aras tinggi selepas mendengar, bertutur dan


membaca.
Peringkat menengah atas, kemahiran menulis jelas dalam
Huraian Sukatan Pelajaran.

OBJEKTIF KM TINGKATAN 4

Pelajar dapat menghasilkan penulisan kreatif dengan


menggunakan kata, istilah, frasa, ungkapan dan ayat yang
betul dan gramatis. Ceraian (viii)

OBJEKTIF KM TINGKATAN 5
Pelajar dapat menghasilkan penulisan kreatif dan bukan
kreatif menggunakan bahasa yang gramatis dan laras yang
tepat serta memperlihatkan pertautan idea dan wacana yang
kemas. Ceraian (viii)

JENIS KARANGAN BUKAN KREATIF


Syarahan
Ceramah/Ucapan
Perbahasan
Rencana
Laporan
Wawancara/Dialog
Perbincangan
Surat
Surat Tidak Rasmi
Berita
Penerangan Fakta
Komentar
Minit Mesyuarat
Ulasan/Kritikan
JENIS KARANGAN KREATIF
Cerpen
Skrip Drama
Sketsa
Cerita berdasarkan peribahasa

BAGI PERINGKAT MENENGAH ATAS ( TINGKATAN 4 DAN 5 )

EMPAT PELUASAN PERLU DIBERI PENEKANAN

1.Bahasa yang gramatis


Tatabahasa Dewan
Daftar Ejaan Rumi
Kamus Dewan terkini

2.Laras yang tepat


Variasi bahasa
Bahasa klasik, bahasa istana, bahasa perundangan
3.Pertautan idea
Perhubungan yang erat ( kohesi )
Kejelekitan
Kesinambungan antara satu ayat dengan ayat yang berikut
( koheren )

4.Wacana yang kemas


Sebuah karangan yang lengkap
Terdiri daripada perenggan pendahuluan, perenggan isi dan
perenggan penutup

PERTAUTAN IDEA DARI SEGI

1. PERTAUTAN NAHUAN
2. PERTAUTAN LEKSIKAL
3. WACANA YANG KEMAS IAITU
“ Satuan bahasa yang lengkap dan bukan hanya susunan kata
atau kalimat”
                                                                              
-Harimurti Kridalaksana, 1978

WACANA YANG KEMAS JUGA BERMAKSUD


“ Satuan bahasa yang terlengkap dan tertinggi atau terbesar
dengan koherensi dan kohesi yang tinggi, berkesinambungan
awal dan akhir serta disampaikan secara lisan atau bertulis”
                                                                                           
  -Taringan, 1987
WACANA YANG KEMAS JUGA BERMAKSUD
“ Satu kesatuan perenggan-perenggan, setiap perenggan
berfokus kepada satu isi. Setiap ayat bertautan antara satu
sama lain. Pertautan membawa kesinambungan yang logik
antara satu ayat dengan ayat yang berikutnya.Teks penulisan
terbentuk sebagai satu satuan yang jitu”
                                                                            – Khatijah
binti Abdul Hamid, 1996

PENGEMBANGAN ISI DALAM PERENGGAN

TIGA PILIHAN PERENGGAN :


Perenggan Deduktif
- ayat topik diikuti oleh ayat huraian
Perenggan Induktif
- ayat huraian diikuti oleh ayat topik
Perenggan Deduktif-Induktif
- ayat topik -> ayat huraian -> ayat simpul

SOALAN CONTOH

Usaha menangani kemelut ekonomi menuntut komitmen dan


pengorbanan semua pihak terutamanya institusi keluarga.
Berikan pendapat anda tentang usaha-usaha yang patut
dilaksanakan secara berterusan oleh anggota keluarga untuk
menangani masalah yang melanda negara kini.

FOKUS SOALAN
Cara atau usaha-usaha anggota keluarga ( ibu, bapa dan
anak-anak ) untuk menangani masalah yang melanda negara
kini (kemelut ekonomi).

RANGKA KESELURUHAN

Pendahuluan Ayat Rangsangan


Ayat Fokus
Ayat Arah
Perenggan Isi Usaha 1 : Menabung
Perenggan Isi Usaha 2 : Merancang perbelanjaan
Perenggan Isi Usaha 3 : Mencari sumber kewangan baru
Perenggan Isi Usaha 4 : Mengelakkan pembaziran
Perenggan Isi Usaha 5 : Memantapkan disiplin keluarga
Penutup Pendirian, pandangan, harapan

JENIS-JENIS PENDAHULUAN

PENGEMBANGAN ISI
Untuk mengembangkan isi, cubalah guna formula atau rumus
amalan saya.

FORMULA / RUMUS PENGEMBANGAN ISI


ATAH (5W 1H 1I) ACAS pb

AT ( Ayat Topik ) Isi utama


AH ( Ayat Huraian ) apa, siapa, bila, di mana, mengapa
( 5W ), bagaimana (1H) dan sekiranya (1I)
AC ( Ayat Contoh ) Contoh yang berkaitan dengan isi
AS ( Ayat Simpul ) Penutup perenggan

1I ( SEKIRANYA )
Merujuk kepada KBKK
- Kaitan atau perhubungan
- Membanding atau membeza
- Meramal
- pb merujuk kepada peribahasa

CONTOH APLIKASI RUMUS


Menabung

(AT) Menabung merupakan aktiviti tradisi yang kita warisi


sejak zaman nenek moyang lagi tetapi caranya sahaja yang
berbeza.

(AH 1) Aktiviti ini perlulah dihidupsuburkan bagi menghadapi


kemelut ekonomi yang melanda negara. (Apa yang harus
dilakukan ?)

(AH 2) Kita pasti berasa terjamin terutama sekali pada masa


kecemasan sekiranya tabungan sudah memadai.
( Mengapa? )

(AH 3) Sementara itu, menabung tiga puluh peratus daripada


pendapatan sangatlah digalakkan kerana jumlah ini dianggap
berpatutan. ( Bagaimana ?)

(AH 4) Kita semua tentu sependapat bahawa kepentingan


menabung perlu ditekankan kepada setiap anggota keluarga
sejak zaman kanak-kanak lagi. ( Bila ?)

(AH 5) Pelbagai bentuk tabung telah direka dan ditawarkan


oleh bank-bank atau institusi kewangan untuk menarik
perhatian kanak-kanak menabung.
( Siapa ? )
(AH 6) Sekiranya setiap anggota keluarga memberikan
komitmen yang tinggi terhadap aktiviti menabung, tentulah
kemelut ekonomi akan dapat diatasi. ( Sekiranya )

(AC) Sebagai contoh, kita boleh menyimpan di bank dalam


bentuk simpanan tetap, simpanan semasa atau melabur dalam
dana tertentu. ( Di mana ? )

(AS) Jadi, pepatah nenek moyang kita yang berbunyi beringat


sebelum kena, berjimat sebelum habis patutlah dijadikan
amalan hidup dan pegangan yang berterusan.(Sisipan
peribahasa)

CONTOH APLIKASI RUMUS

Merancang perbelanjaan

(AT) Jika selama ini kita berbelanja mengikut cita rasa dan
selera masing-masing, sudah tiba masanya untuk setiap
anggota keluarga merancang perbelanjaan sewajarnya.

(AH 1) Perkara pertama yang patut dilakukan ialah


mewujudkan buku catatan perbelanjaan peribadi untuk
merekodkan setiap pengeluaran wang. ( Apa yang patut
dilakukan ? )

(AH 2) Dalam buku tersebut akan dicatatkan apa-apa sahaja


barang yang perlu dibeli pada setiap hari, minggu atau bulan
dengan harganya sekali. ( Bila ? )

(AH 3) Selepas menjumlahkan perbelanjaan, sudah pasti kita


akan saling mengingat semua anggota keluarga agar berjimat
cermat dan memikirkan kemampuan keluarga.
( Bagaimana ? )

(AH 4) Sebenarnya , kenaikan harga barangan utama kini


memaksa setiap anggota keluarga merancang dan mengatur
perbelanjaan dengan cara yang bijaksana.(Bagaimana?)

(AH 5) Seandainya amalan menyenarai barangan keperluan


yang patut dibeli dilaksanakan setiap kali membeli belah,
tentulah masalah berbelanja melebihi kemampuan dapat
dielakkan. ( Sekiranya )

(AC) Bagi ketua keluarga, misalnya utamakanlah barang


makanan, ubat-ubatan dan buku-buku pendidikan yang
menjadi keperluan asas setiap keluarga.
(AS) Dengan cara demikian, tentulah jumlah perbelanjaan
dapat kita aturkan dan wang selebihnya dapatlah disimpan
sebagai tabungan kerana kata peribahasa sedikit-sedikit lama-
lama jadi bukit.

PERKARA PENTING YANG PERLU DIBERI PERHATIAN DALAM


PENGEMBANGAN ISI KARANGAN CEMERLANG IALAH :

ISI CUKUP DAN BERKEMBANG


SEKURANG-KURANGNYA 3 ISI SEBAIK-BAIKNYA 5 ISI
GUNAKAN FORMULA YANG DICADANGKAN
ATAH (5W + 1H + I ) ACAS pb
SUSUN ISI IKUT KEUTAMAAN
BERIKAN CONTOH ATAU BUKTI
PERENGGAN SEIMBANG
ADA UNSUR KEMATANGAN ( KBKK )
SATU ISI -SATU PERENGGAN

KESIMPULAN
Pengembangan perenggan isi perlu dipelajari secara
sistematis.
- Proses yang tersembunyi perlu dizahirkan.
- Konsep kohesi dan koheren perlu ditekankan.
- Formula atau rumus hanyalah kreativiti untuk memudahkan
pelajar mengingat langkah-langkah pengembangan isi agar
huraian menjadi jelas.

PENUTUP KARANGAN
Penutup karangan merupakan rumusan keseluruhan atau
kesimpulan terhadap isi-isi yang telah dikemukakan terdahulu.
Jadi, pelajar-pelajar diingatkan supaya tidak mengulangi isi-isi
yang telah dibincangkan.

Bahagian ini juga menjadi ruang pengukuh bicara dan


pengunci pendirian pelajar terhadap isu yang telah
dibincangkan.
Penanda wacana yang sesuai hendaklah digunakan untuk
memberi gambaran bahawa karangan sudah tiba ke
penghujung.

Peribahasa, sedutan kata pujangga atau puisi yang sesuai


juga boleh digunakan untuk mengindahkan kesimpulan dan
memberi kesan.

Ramalan, bayangan masa hadapan atau soalan yang


mencabar daya fikir pembaca juga boleh diutarakan.
Pastikan perenggan penutup ditulis dalam satu perenggan
yang hampir seimbang dengan perenggan terdahulu iaitu
antara lima hingga tujuh ayat.

SEKIAN

SELAMAT MENULIS

TERIMA KASIH
PENDAHULUAN

Jenis-jenis pendahuluan :-

(i)   pendahuluan jenis definisi


(ii)  pendahuluan jenis pendapat
(iii) pendahuluan    jenis suasana
(iv) pendahuluan jenis persoalan
(v)  pendahuluan jenis peribahasa   
 
PENDAHULUAN JENIS DEFINISI ·
memberikan takrif · makna · definisi
 
Contoh :
 
          Jenayah ditakrifkan sebagai perbuatan yang melanggar undang-
undang atau peraturan. Jenayah bukan sahaja membabitkan orang
dewasa malahan golongan remaja juga. Menurut kajian polis, jumlah
kes jenayah telah bertambah daripada 40 021 kes pada tahun 1997
kepada 43 210 kes pada tahun 1998 Di samping itu, kesalahan yang
dilakukan juga semakin serius dari semasa ke semasa.
 
PENDAHULUAN JENIS PENDAPAT -
menyatakan pendapat seseorang tokoh
 
Contoh :
 
            Menurut Mantan Perdana Menteri, Y.A.Bhg. Tun Dr. Mahathir
Mohamad, pencemaran alam sekitar berpunca daripada kegiatan
pembangunan. Walau bagaimanapun pembangunan tidak boleh
dihentikan sama sekali. Apa yang perlu adalah dengan mengurangkan
pencemaran tetapi pada masa yang sama meneruskan pembangunan.
 
PENDAHULUAN JENIS SUASANA -
menggambarkan sesuatu melalui suasana yang sesuai.
 
Contoh :
 
           Bas yang berhawa dingin terus berlalu menyusur jalan yang
bengkang-bengkok dengan perlahan sekali. Rasa mual dan mengantuk
hilang apabila kami dihiburkan oleh abang-abang yang memandu kami .
sepanjang perjalanan ke puncak Bukit Fraser , sepasang anak mataku
sempat mengintai hutan rimba yang akan kami lalui nanti.
 
PENDAHULUAN JENIS PERSOALAN -
mengemukakan beberapa ayat tanya yang berkaitan dengan tajuk
 
Contoh:
 
           Setiap orang memerlukan kecemerlangan untuk menjamin
kejayaan bagi diri mereka. Apakah yang dikatakan kecemerlangan ?
Apakah dengan kecemerlangan boleh membuatkan seseorang itu
berjaya ? Apakah dengan berdiam diri sahaja tanpa sebarang usaha
seseorang itu boleh mencapai kecemerlangan ? Soalnya , apakah
faktor-faktor yang mempengaruhi kecemerlangan ?
 
PENDAHULUAN JENIS PERIBAHASA -
memasukkan satu atau lebih peribahasa Melayu yang sesuai.
 
Contoh:
 
            Peribahasa Melayu ” ringan sama dijinjing, berat sama dipikul”
dan “seperti aur dengan tebing” amat sesuai ke arah mewujudkan
masyarakat penyayang yang anggota-anggotanya mengamalkan sifat-
sifat yang mengambarkan wujudnya hubungan kasih sayang dalam
sesebuah komuniti.
 
Ciri-ciri pendahuluan karangan
• Pendahuluan karangan seboleh-bolehnya menggambarkan
tajuk perbincangan dan keseluruhan isi yang hendak
dibincangkan dalam perenggan isi karangan.

• Pembaca akan membuat kesimpulan awal tentang apa-apa


yang ditulis setelah membaca pendahuluan. Sehubungan
dengan itu, anda sekurang-kurangnya mesti berupaya untuk
mengetahui dan menulis beberapa jenis perenggan
pendahuluan.

Terdapat 7 jenis perenggan pendahuluan :

Secara umumnya, perenggan pendahuluan terbahagi kepada :


a. Pendahuluan jenis definisi.
b. Pendahuluan jenis pendapat.
c. Pendahuluan jenis situasi/suasana.
d. Pendahuluan jenis persoalan.
d. Pendahuluan jenis peribahasa.
e. Pendahuluan jenis puisi.
f. Pendahuluan jenis sejarah.

Pengenalan perenggan isi

Bahagian isi atau badan karangan terdiri daripada beberapa


perenggan atau paragraf. Setiap paragraf mempunyai fungsi
tersendiri tentang tajuk atau tugasan soalan.

• Perenggan merupakan satu kumpulan kalimat yang disusun


secara logis dan sistematik.

• Setiap paragraf mengandungi makna, pesan, fikiran ataupun


satu persoalan pokok dan selaras dengan persoalan pokok
yang dibawa oleh keseluruhan karangan berkenaan.

• Sesuatu paragraf dihasilkan daripada sejumlah ayat yang


berkaitan antara satu sama lain.

• Paragraf juga merupakan satu kesatuan pemikiran sama ada


untuk menggambarkan pengalaman,
pendapat, pandangan serta imaginasi.
Secara umumnya, perenggan isi terbahagi kepada 3 bentuk.
Walaubagaimanapun, untuk penulisan karangan pelajar
tingkatan empat dan lima, penulisan karangan biasanya
menggunakan perenggan 4 unsur.
a. Perenggan Deduktif
b. Perenggan Induktif
c. Perenggan Gabungan/perenggan 4 unsur.

Ciri-ciri perenggan 4 unsur.

Setiap paragraf hendaklah mengandungi 4 unsur ;


a. Ayat topik/isi utama.
• Mesti menjawab tugasan yang diberikan dalam soalan.
• Gunakan ayat yang mudah.

b. Huraian (ayat huraian)


• Pengembangan isi berdasarkan isi utama.
• Boleh merangkumi aspek persoalan bagaimana dan
mengapa. • Menggunakan penanda
wacana yang sesuai.
• Gunakan kosa kata, ungkapan atau frasa menarik.

c. Contoh (ayat contoh)


• Bukti penyokong kepada isi utama dalam bentuk data
statistik, pendapat orang yang sangat
dikenali ramai dan dihormati, dan penemuan atau kajian sains.

d. Kesimpulan (ayat penegas)


• Penutup kepada perenggan dan menegaskan

Contoh Perenggan 4 Unsur

Contoh 1

Skop soalan : Punca kesesakan jalan raya


 
Punca selanjutnya yang menyebabkan berlakunya kesesakan
jalan raya ialah disebabkan oleh sikap pengguna jalan raya
yang tidak mematuhi undang-undang jalan raya. Kebanyakan
mereka terutamanya pemandu kenderaan memandu
kenderaan mereka dengan mengikut hati sendiri tanpa
mematuhi undang-undang jalan raya dan menghormati hak
pengguna jalan raya yang lain. Pengguna jalan raya seperti ini
menganggap jalan raya hak mereka sendiri. Tindakan yang
dilakukan oleh mereka ini telah mengundang berlakunya
kesesakan di jalan-jalan raya. Keadaan ini menyebabkan
mereka melakukan pelbagai kesalahan jalan raya seperti
memotong barisan kenderaan, melanggar lampu isyarat
merah, memotong di garisan berkembar, dan berhenti di petak
kuning. Hal ini jelas menunjukkan bahawa sikap pengguna
jalan raya yang tidak bertanggungjawab mengundang
berlakunya kesesakan di jalan raya.

Rujukan (sila rujuk perkataan berwarna):


Biru : Ayat utama/ayat topik 
Coklat :Ayat Huraian
Merun :Ayat contoh
Jingga :Ayat penegas

Contoh 2

Soalan karangan :

Masalah sosial dalam kalangan remaja di negara kita sudah


menjadi semakin serius sejak akhir-akhir ini.
Pada pendapat anda, bagaimanakah kita hendak membendung
masalah ini daripada menjadi semakin buruk?

Salah satu cara untuk membendung masalah sosial dalam


kalangan remaja ialah peranan institusi keluarga. Institusi
keluarga merupakan elemen yang rapat dengan remaja.
Sehubungan itu, hubungan yang rapat ibarat isi dengan kuku
membolehkan institusi keluarga mengenali, mengawasi dan
menasihati remaja. Selain itu, institusi keluarga juga
hendaklah mewujudkan suasana harmoni di rumah kerana
rumah merupakan asas kepada kehidupan
berkeluarga. sebarang bentuk pertengkaran hendaklah
dihindarkan, sebaliknya ketua keluarga mengambil langkah
untuk merancang sesuatu yang membina kepada ahli
keluarganya seperti bersembahyang dan makanbersama.
Pakar motivasi Datuk Dr. Mohd Fadhilah Kamsah menyatakan
institusi keluarga merupakan entiti penting bagimengatasi
masalah sosial dalamkalangan remaja. Sejajar dengan itu,
remaja sememangnya memerlukan perhatian maka, adalah
penting bagi institusi keluarga untuk memainkan peranan yang
utama agar masalah sosial dalam kalangan remaja dapat
dibendung. Oleh itu, memang tidak dinafikan bahawa peranan
institusi keluarga merupakan satu cara bagi membendung
masalah sosial remaja.

Rujukan (Sila rujuk perkataan berwarna) :


Biru : Ayat topik
Coklat : Ayat huraian
Merun : Ayat contoh
Jingga : Ayat penegas

Contoh 3

Soalan Karangan :
Sambutan bulan kemerdekaan, sekolah anda telah
menganjurkan pidato kemerdekaan. Anda berminat untuk
menyertai pidato tersebut.
Tajuk pidato tersebut ialah cara-cara memupuk semangat
patriotik dalam kalangan pelajar.
Tuliskan pidato tersebut selengkapnya.

Contoh perenggan 4 unsur.

Antara langkah yang boleh dijalankan untuk memupuk


semangat patriotik dalam kalangan pelajar adalah dengan
mengajar mata pelajaran Sejarah di sekolah. Hal ini demikian
kerana dengan adanya mata pelajaran Sejarah, semangat
patriotik dapat disebarkan secara menyeluruh dengan lebih
mendalam mengenai sejarah negara kita.Sebagai contoh,
pelajar dapat mengetahui peristiwa-peristiwa penting semasa
negara hendak mencapai kemerdekaan dan menyelami
pelbagai kesengsaraan yang dialami oleh pejuang-pejuang
negara dalam usaha untuk mencapai kemerdekaan. Dengan
ini, semangat patriotik dapat diterapkan dalam diri setiap
pelajar untuk mempertahankan kebebasan yang telah kita
perolehi pada hari ini apabila mengetahui betapa tingginya
nilai kemerdekaan sesebuah negara. Bak kata pepatah Melayu,
'tak kenal, maka tak cinta'. Selain itu, dengan mempelajari
mata pelajaran Sejarah, pelajar juga dapat mengenali dengan
lebih mendalam tentang tokoh-tokoh terkemuka yang telah
banyakberjasa kepada negara. Hal ini akan membangkitkan
semangat untuk mencontohi jasa-jasa yang telah
ditaburkan. Aspek ini dapat dilihat dalam diri pelajar seperti
pelajar akan mempunyai semangat yang lebih kental dan tidak
mudah goyah dalam menegakkan sesuatu perkara
demi keadilan negara. Oleh itu, mempelajari mata pelajaran
Sejarah amat penting bagi melahirkan pelajar yang berjiwa
patriotik dan mempunyai semangat cinta akan tanah air.
kemerdekaan.

Rujukan (sila rujuk perkataan berwarna ) :


Biru : Ayat topik/ayat utama
Coklat : Ayat huraian
Merun : Ayat contoh
Jingga : Ayat penegas

Perenggan penutup .

• Sesebuah karangan dianggap tidak lengkap jika tiada


penutup atau kesimpulan.
• Penutup merupakan kesimpulan terhadap pendapat yang
telah dikemukakan.
• Pelajar perlu berhati-hati apabila menulis perenggan penutup
kerana sikap dan pandangan pelajar terhadap tajuk dapat
dibayangkan.
• Penutup karangan mesti mempunyai kesimpulan yang
lembut tetapi berkesan.
• Pelajar diingatkan supaya tidak mengulangi isi yang telah
dikemukakan untuk bahagian penutup ini.

You might also like