P. 1
Ilmu Geografi Sejak Zaman Klasik Yunani Hingga Kini Terlalu Banyak Bezanya

Ilmu Geografi Sejak Zaman Klasik Yunani Hingga Kini Terlalu Banyak Bezanya

5.0

|Views: 1,608|Likes:
Published by Keluarga Wan

More info:

Published by: Keluarga Wan on Nov 19, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

10/26/2013

pdf

text

original

Perkembangan ilmu geografi sejak zaman Klasik Yunani hingga kini terlalu banyak bezanya.

Dan satu masalah yang timbul akibat perkembangan ini ialah ilmu dalam geografi itu bertambah banyak dan pelbagai teori-teori yang muncul menyebabkan penemuan istilah baru yang sangat kompleks sehingga mengelirukan. Kalau zaman klasik dahulu ia cuma membincangkan dan menerangkan tentang bumi tetapi kini telah banyak sub dalam ilmu geografi tambahan pula aktiviti –aktiviti tidak terancang yang dibuat oleh manusia menyebabkan rupa bentuk bumi telah berubah menyebabkan banyak teori yang muncul dan amat kompleks serta amat payah difahami.
Tidak dapat dinafikan bahawa Ilmu Geografi telah mengalami perkembangan yang sangat dinamik sejak dari zaman Klasik Yunani sehingga kini. Satu masalah yang timbul disebabkan perkembangan ini ialah penemuanpenemuan istilah baru samada kepada alat yang digunakan ataupun sub-bidang yang dipelajari. Saya rasakan semua ini timbul disebabkan kemajuan dalam bidang sains dan teknologi dan ilmu geografi turut terkena tempias kepada kemajuan ini. Satu masalah yang timbul akibat perkembangan dinamik Geografi ialah kemusykilan yang dihadapi oleh pelajar apabila mempelajari Geografi. Geografi mencakupi bidang yang amat luas. Bidang kajiannya memerlukan pelajar mempunayai asas dalam pelbagai ilmu yang lain,misalnya Matematik dan sains.hal in menyukarkan pelajar untuk mengfuasai ilmu Geografi.Ini juga menyukarkan kita menanam minat pelajar untuk mempelajari Geografi Geografi dikatakan tertua di dunia dan telah mengalami perkembangan yang dinamik sejak Zaman Klasik sehingga kini. Namun sejak perkembangan tersebut timbul masalah perkembangan geografi sendiri. Permasalahan ini timbul kerana ramai pengkaji dan penyelidik sibuk menggunakan kepelbagaian teori dan kaedah masing-masing seperti teori Weber dan teori Von Thunen dikatakan membuat kajian tentang letakan industri. Masingmasing cuba memikirkan jalan penyelesaian terbaik untuk membolehkan kita menggunakan teori-teori tersebut tetapi bagi ahli geografi sudah tentu akan memikirkan untuk memilih salah satu daripada teori-teori tersebut. Masalahnya ialah teori manakah yang seharusnya digunakan untuk tujuan geografi yang terbaik , sama ada teori Weber atau teori Von Thunen. Sekiranya kita memilih teori Weber, ada kalanya teori Von Thunen juga berkaitan untuk mengkaji sesuatu keputusan yang tepat. Oleh itu, ahli geografi masih ada yang terkeliru tentang pemilihan teori –teori di dalam bidang geografi sehingga kini.

Geografi dikatakan tertua di dunia dan telah mengalami perkembangan yang dinamik sejak Zaman Klasik sehingga kini. Namun sejak perkembangan tersebut timbul masalah perkembangan geografi sendiri. Permasalahan ini timbul kerana ramai pengkaji dan penyelidik sibuk menggunakan kepelbagaian teori dan kaedah masing-masing seperti teori Weber dan teori Von Thunen dikatakan membuat kajian tentang letakan industri. Masing-masing cuba memikirkan jalan penyelesaian terbaik untuk membolehkan kita menggunakan teori-teori tersebut tetapi bagi ahli geografi sudah tentu akan memikirkan untuk memilih salah satu daripada teori-teori tersebut. Masalahnya ialah teori manakah yang seharusnya digunakan untuk tujuan geografi yang terbaik , sama ada teori Weber atau teori Von Thunen. Sekiranya kita memilih teori Weber, ada kalanya teori Von Thunen juga berkaitan untuk mengkaji sesuatu keputusan yang tepat. Oleh itu, ahli geografi masih ada yang terkeliru tentang pemilihan teori –teori di dalam

Geografi mengalami perkembangan yang dinamik sejak Zaman Klasik hingga zaman Moden. Namun masalah dalam proses perkembangan tersebut ialah disiplin Geografi semakin sukar difahami oleh orang ramai menyebabkan orang ramai tidak berminat untuk mengetahui lebih mendalam tentang disiplin Geografi. Contohnya, disiplin Geografi pada zaman klasik lebih mudah difahami seperti menyatakan bumi ini berbentuk sfera dan perbezaan iklim mengikut bentuk muka bumi. Geografi zaman moden pula mempunyai semakin ramai tokoh dengan pendapat masing-masing yang semakin mengelirukan, seperti teori Weber dan Von Thunen mengenai letakan industri. Oleh itu disiplin Geografi tidak mudah difahami jika tidak mendalami secara terperinci.

Disiplin Geografi sentiasa berubah secara dinamik bermula dari zaman klasik Yunani sehingga kini kerana ia perlu sejajar dengan perubahan yang berlaku ke atas bumi sama ada ia disebabkan oleh kesan manusia atau secara semulajadi. Kajian yang berterusan ke atas bumi yang juga sentiasa mengalami perubahan fizikal mewujudkan pelbagai pembaharuan dengan teori-teori baru kesan daripada kepelbagaian pendapat ahli geografi ( mengikut teori yang dirasakan sesuai ). Terlalu banyak teori yang dikemukakan oleh pengkaji menyebabkan masing-masing cuba menjelaskan kejadian mengikut pendapat dan pendekatan tertentu yang dirasakan sesuai. Perubahan-perubahan yang sentiasa berlaku ini menyebabkan kekeliruan dalam kalangan pelajar untuk memahami punca sebenar perubahan fizikal bumi ( disebabkan banyak teori yang dikemukakan oleh ahli-ahli geografi ). Di samping itu perubahan-perubahan ini juga telah mengakibatkan perbalahan dalam kalangan ahli geografi berkenaan dengan teori-teori yang dikemukakan, sehingga akhirnya wujud lebih banyak cabang dalam Disiplin Geografi kerana masing-masing cuba mempertahankan pendapat masing-masing. Kewujudan pelbagai cabang dalam Disiplin Geografi akan menyukarkan pelajar yang mengikuti pengajian dalam bidang tersebut, yang akhirnya akan mengurangkan minat pelajar mengikuti pengajian tersebut.

Salah satu penyebab berlakunya pendinamikan pengajian Geografi ialah penemuan teknik-teknik kuantitatif terkini seperti kaedah-kaedah statistik, model-model matematik, simulasi, penderiaan jauh dan penganalisisan data berkomputer. Untuk memenuhi keperluan di atas, sudah tentunya negara atau institusi yang bertanggungjawap memerlukan peruntukan kewangan yang amat banyak. Situasi ini mendatangkan masalah terutamanya negara-negara dunia ketiga. Untuk membangunkan Pengajian Geografi yang mengalami pembaharuan dari sehari ke sehari memerlukan sejumlah wang untuk membeli kelengkapan baru contohnya komputer dan satelit. Begitu juga dari segi pengubahsuaian atau pembinaan bangunan-bangunan baru. Selain dari itu, sejumlah wang juga amat diperlukan untuk melatih dan melahirkan pakar-pakar Geografi yang berkalibar dari semasa ke semasa mengikut pendinamikan Geografi itu sendiri. Oleh itu kewangan merupakan salah satu masaalah dalam pendinamikan Pengajian Geografi.

Perkembangan ilmu Geografi sejak Zaman Yunani ( Geografi Kuno) merupakan suatu penjelajahan ke atas perkembangan ilmu alam. Selepas manusia berfikir tentang kejadian alam, maka wujudlah penerokaan dan seterusnya kajian demi kajian mengenai unsur-unsur alam itu. Perkembangan ini dianggap sebagai suatu yang positif, kerana kajian ke atas ilmu geografi itu tidak terus berhenti pada satu era sahaja. Namun, masalah yang wujud jika banyak ahli geografi sibuk mengetengahkan idea / pendapat / kajian semula mereka ke atas kajian lama oleh ahli geografi yang lalu ialah bidang geografi itu akan mempunyai banyak sub-sub bidang pula. Misalnya; jika dulu ilmu geografi merupakan kajian dalam bidang sains, tetapi pada zaman geografi moden, geografi sudah memasuki bidang kajian ke atas manusia dan aktivitinya ke atas alam sekitar. Maka, dengan perkembangan geografi moden telah membuatkan bidang geografi terbahagi kepada dua iaitu geografi manusia dan geografi fizikal. Dalam tempoh 30 ?40 tahun selepas zaman geografi moden, Zaman Geografi Baru telah mengalami perubahan demi perubahan kerana ahli geografi sentiasa asyik mengkaji hingga ke bahagian geografi yang lebih khusus dalam sub-sub bidang itu sendiri. Contohnya; Kajian atas guna tanah, dipecahkan

kepada pertanian, peindustrian dan lain-lain. Kemudian, menjadi khusus kepada pertanian moden, hinggalah kepada kesannya ke atas pencemaran alam sekitar.

Disiplin geografi merupakan satu disiplin ilmu yang tertua di samping disiplin sejarah. Sejak dari dulu lagi disiplin geografi mengalami perkembangan yang sangat dinamik. Akibat daripada perkembangan itu geografi menghadapi masalah. Di zaman Yunani, dunia telah diketahui oleh Yunani apabila bangsa Yunani berjaya membuat pemetaan. Bangsa Yunani juga menyumbangkan kepada perkembangan dan kemajuan dalam bidang Matematik, geometri, lokasi dan peta. Dengan pengetahuan disiplin geografi yakni penciptaan peta dunia, telah memperkukuhkan kepercayaan Colombus bahawa dia belayar ke Negeri China dari Sepanyol melalui arah darat.Semasa tempoh gelap Eropah, pengetahuan geografi telah hampir terhenti. Namun dunia Arab telah mengambil alih kerja mengumpul pengetahuan saintifik termasuklah geografi. Bangsa Arab menyumbangkan perkembangan dan pembentukan bentuk muka bumi fizikal. Mereka juga memperkenalkan konsep-konsep bidang kaji cuaca dan astronomi. Disiplin geografi mengalami satu perkembangan di mana geografi telah dipisahkan kepada dua bidang iaitu geografi fizikal dan geografi kawasan. Perkembangan geografi telah menyebabkan timbulnya disiplin baru geografi matematik (bentuk, saiz dan gerakan bumi),geografi moral (adat istiadat manusia),geografi politik, geografi komersial dan geografi Teologi. Berasaskan pada banyak kajian, pemerhatian-pemerhatian dan ukuran-ukurannya tentang dunia fizikal dan biologi, Humboldt telah banyak menyumbangkan kepada penubuhan satu cabang ilmu sistematik yang asas kepada geografi fizikal. Ritter pula mengembangkan konsepkonsep kawasan dan sejarah iaitu asas kepada ilmu geografi manusia. Berdasarkan sumbangan ahli geografi (Humboldt dan Ritter) bidang sains geografi telah dipelbagaikan menurut aliran fizikal dan manusia pada lewat abad ke-19. Geografi fizikal telah mengalami perkembangan dan kemajuan yang pesat akibat daripada hubungan rapat dengan sains-sains semulajadi (tulin) seperti kimia, fizik, hidrologi, astronomi, biologi, botani, pedologi dan sebagainya. Kemajuan dan pengkhususan telah berlaku dengan begitu pesat menyebabkan geografi fizikal hampir hilang identitinya kepada sains-sains bumi induk. Geografi manusia tidak berkembang sepesat seperti geografi fizikal. Namun, muncul satu tema penyatuan yang menyatukan kedua-dua cabang geografi. Perkembangan-perkembangan baru ini telah mengakibatkan kemunculan apa yang dikenali sebagai Geografi baru. Dari segi metodologi, perkembangan dapat dilihat dalam penggunaan teknik kuantitatif moden seperti kaedah statistik, model, matematik dan simulasi, penggunaan satelit, system maklumat geografi, penganalisisan saintifik yang berasaskan ujian hipotesis dengan tujuan mengubah konsep baru atau hokum asas geografi. Penggunaan alat teknologi canggih contohnya satelit menyebabkan segala fenomena dapat dikaji dengan lebih cepat, mudah dan tepat. Hal ini menyebabkan pengumpulan lebih banyak pengetahuan geografi pada tempoh masa yang singkat. Justeru itu, geografi telah berkembang dengan pesat sekali sebagai satu bidang sains moden. Geografi merupakan satu bidang yang amat mudah menerima idea-idea baru. Banyak isuisu dan pemikiran semasa sedang disisihkan dalam bidang geografi oleh ahli-ahlinya akibat perkembangan pesat ini. Disiplin geografi bertindih dengan disiplin yang lain akibat perkembangan yang pesat.

Sungguhpun bidang geografi telah mengalami perkembangan yang sangat dinamik,tetapi wujud satu masalah yang sangat jelas ialah geografi tidak mencapai status sebagai mata pelajaran wajib di sekolah. Subjek Geografi hanya berfungsi sebagai mata pelajaran sampingan atau elektif, atau ia hanya untuk melengkapkan jadual di sekolah sahaja.Contohnya,di sekolah rendah,geografi diletakkan dalam mata pelajaran Kajian Tempatan dan di sekolah menengah pula pelajar dibolehkan membuat pilihan sama ada mengambil goegrafi atau tidak dalam peperiksaan.Selain itu,geografi hanya diajar menggunakan pendekatan yang membosankan iaitu melalui buku-buku teks atau rujukan sahaja.Kesannya,ahli-ahli geografi tidak mendapat kedudukan sebagai ahli akademik di institusi-institusi pengajian tinggi dan kurang dikenali oleh masyarakat. Justeru, masalah ini sebenarnya dapat ditangani sekiranya satu keputusan dapat dicapai agar ilimu geografi terus diminati dan berkekalan sehingga keakhirnya.

Geografi adalah salah satu institusi pengetahuan yang tertua di dunia dan telah mengalami perkembangan yang sangat dinamik, sejak zaman klasik Yuanani. Sebutkan dan jelaskan 1 masalah ( sahaja ) yang timbul akibat daripada perkembangan yang dinamik ini. Jawapan anda tidak semestinya terikat dengan pembacaan dan bahan kuliah. Anda boleh memberi jawapan taakulan anda sendiri. Pada pendapat saya, antara masalah yang timbul akibat daripada perkembangan geografi secara dinamik ialah, kesan negatif yang berlaku akibat daripada perkembangan teknologi yang bertindak balas terhadap alam sekitar. Ramai ahli geografi yang pada masa dahulu hanya menggunakan peralatan yang tidak mendatangkan

kesan negatif kepada alam sekitar contohnya kompas atau dengan hanya bantuan kapal layar untuk menentukan arah. Tetapi pada masa kini banyak peralatan moden yang telah dicipta bagi memudahkan aktiviti-aktiviti manusia. Tetapi tanpa disedari, ciptaan manusia ini mula mengancam keselamatan manusia sendiri. Kini, disebabkan teknologi yang semakin canggih ketenteraman alam sekitar tidak lagi terjamin. Pencemaran-pencemaran akibat daripada penggunaan teknologi semakin berleluasa. Selain itu, walaupun ahli geografi pada masa kini menggunakan kemudahan yang berasaskan kepada teknologi yang canggih tetapi kita tidak boleh terlalu bergantung kepada setiap ramalan yang dilakukan oleh ahli-ahli geografi.

Akibat perkembangan yang dinamik ini wujud perbezaan pendekatan di antara pendekatan pemahaman geografi sejak pada zaman klasik Yunani sehingga ke hari ini yang mengaburi persoalan bagaimana, apa, bilakah dan mengapakah sesuatu kejadian atau fenomena itu berlaku. Bermula sejak zaman Klasik Yunani, penganalisis pada zaman itu membuat kesimpulan mereka sendiri terhadap sesuatu kejadian atau fenomena berdasarkan pengalaman, pemerhatian, anggapan atau khayalan. Pada zaman Pertengahan, pencerapan semakin bertambah di gereja-gereja Kristian tetapi suasana intelek tidak menggalakkan pembentukan interpretasi yang baru. Pada kurun keenam belas, dua inovasi asas mula menggoyangkan dunia pendidikan dan pergolakan ini mencapai kemuncaknya dalam bahagian kedua kurun kesembilan belas. Pertama, konsepkonsep yang diperolehi dari interpretasi secara langsung daripada kitab suci agama telah dicabar. Inovasi asas kedua bermula pada kurun ketujuh belas dan telah mencapai perkembangan yang meluas dalam bahagian kedua kurun kesembilan belas. Ini merupakan pemisah antara dunia akademik ke dalam bidang atau disiplindisiplin yang lebih ketara. Kesemua pendekatan-pendekatan yang ditimbulkan sejak zaman-zaman dahulu hingga kini boleh menimbulkan keraguan terhadap jawapan kepada persoalan bagaimana, apa, bilakah dan mengapakah sesuatu kejadian atau fenomena itu berlaku.

Bidang Geografi adalah cabang ilmu yang paling tertua di dunia selain ilmu sejarah. Oleh kerana usia geografi yang begitu lama dan terdapat ramai pengkaji yang sentiasa mengkaji ilmu ini, kita dapati wujud kepelbagaian dalam disiplin geografi akibat daripada perkembangan yang dinamik. Walaubagaimanapun kepelbagaian disiplin geografi yang timbul adakalanya tidak serasi antara satu sama lain. Setiap disiplin dianggap terbaik oleh ahlinya berbanding dengan disiplin yang lain. Sebagai contoh, geografi lama atau tradisi amat mementingkan orientasi dan deskripsi tentang sesuatu kawasan atau wilayah.Maknanya, segala yang berkaitan dengan geografi hendaklah dilihat dalam konteks sesuatu kawasan atau wilayah. Sebahagian lagi ahli geografi menganggap bahawa geografi lama ini mempunyai kekurangan kerana semua kegiatan manusia terhad kepada sesuatu kawasan yang lain.Tumpuan baru dalam geografi timbul iaitu tumpuan terhadap penggunaan teori-teori, model-model dan teknik kuantitatif yang dianggap lebih baik daripada pandangan geografi lama atau tradisi. Sungguhpun demikian bolehlah dikatakan bahawa bidang geografi adalah bidang ilmu yang tertua dan telah mengalami perubahan mengikut peredaran semasa. Pada pendapat saya Perkembangan dinamik dalam bidang Geografi pada zaman klasik Yunani menyebabkan timbul pelbagai pendapat yang berkaitan tentang Geografi sama ada fizikal atau manusia. Kedua-duanya memerlukan antara satu dengan lain. Pendekatan dan bentuk-bentuk pengajian ini telah menjadikan ahli-ahli geogarafi mempunyai pendapat yang bertentangan.Hal ini menyebabkan ramai ahli goegrafi baru menafikan hal-hal yang lalu.Dengan adanya era globalisasi teknologi maklumat yang canggih di harap menjadikan geografi itu sendiri menarik ini kerana Pendidikan geografi di sekolah pada hari ini masih lagi membingungkan dan mengelirukan pelajar-pelajar kerana kurang kemampuan guru itu sendiri untuk menguasai sedangkan Geografi itu sendiri berkembang yang cuba untuk menyelesaikan soal-soal alam sekitar. Terima kasih.

Memang tidak dinafikan, geografi adalah salah satu institusi yang tertua di dunia dan telah mengalami perkembangan yang sangat dinamik sejak Zaman Yunani sehingga kini. Masalah kemiskinan bandar timbul akibat perkembangan yang dinamik dari dulu lagi hinggalah sekarang. Ini biasanya berlaku di bandar-bandar utama di negara sedang membangun seperti Kuala Lumpur, Jakarta, Bangkok, Manila dan lain-lain yang telah dan sedang mengalami migrasi penduduk dari kawasan luar bandar. Justeru, proses ini telah menimbulkan masalah di kawasan bandar yang menyebabkan berlakunya kemiskinan. Ekonomi bandar tidak mampu menyerap lebihan penduduk yang terlalu ramai akibat migrasi masuk penduduk ke kawasan bandar. Peluang pekerjaan dengan kelulusan, kelayakan,dan kemahiran yang ada pada migran. Sebahagian besar sektor ekonomi bandar bersifat semi profesional yang memerlukan kelulusan yang tinggi sedangkan migran yang masuk tidak memiliki kelayakan tersebut. Kebanyakan migran bekerja dalam sektor informal sebagai buruh kasar atau terlibat dalam aktiviti pelacuran. Justeru masalah pengangguran dalam bandar akan berlaku. Selain daripada itu, kos hidup yang tinggi akan menyebabkan kualiti dan taraf hidup

penduduk bandar menjadi rendah dan kemiskinan bandar akan berlaku dari tahun ke tahun. Masalah kemiskinan bandar ini merupakan masalah geografi kemanusiaan yang dinamik dari dahulu lagi dan makin menjadi-jadi serta berleluasa pada zaman era kini.

Untuk menjawab diskusi ini, saya menggunakan epistomologi Penstrukturan Marxist. Dalam perkembangan disiplin ilmu geografi yang sepatutnya menyumbang kepada perkembangan dan kemajuan manusia (Ptolemy,Strabo), ia telah disalahgunakan untuk memusnahkan dan menguasai negara lain. Contoh yang jelas ialah apabila Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat menggunakan satelit untuk mengambil gambar-gambar dan membuat rakaman tempat-tempat yang strategik di negara Afghanistan dan Iraq sebelum menyerang negaranegara tersebut. Untuk mengambil gambar, Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat telah menggunakan ilmu geografi tentang Tekanan Udara dimana tekanan udara yang lebih tinggi akan dapat menghasilkan gambar yang lebih jelas. Melalui satelit dan pemetaan tentang bentuk mukabumi juga sesebuah negara dapat merancang strategik yang lebih berkesan untuk menyerang negara lain. Jadi tidak menghairankanlah jika sesebuah negara terutama negara yang kuat dan berkuasa di dunia ini hanya perlu menekan punat untuk melancarkan peluru berpandu ke negara lain suatu masa nanti.

Perkembangan ilmu Geografi yang dinamik dari dulu hingga kini, membawa banyak perkembangan pengetahuan mengenai bumi dan alam sekitar, walaubagaimana pun, terdapat juga kesan atau masalah akibat daripada perkembangan yang dinamik ini. Contohnya, kesan yang paling ketara adalah kepada pengkaji dan para pelajar Geografi. Dimana teori-teori atau pendapat yang terlalu banyak meyukarkan pengkaji/pelajar membuat pilihan dan kadang kala mengambil masa yang lama memahami dan mencari teori yang sesuai. Perubahan teori/pendapat yang kerap berlaku akan merumitkan lagi pengkaji/pelajar kerana terpaksa membuat lebih banyak kajian dan kadang kala kajian yang telah dibuat tidak dapat digunakan lagi kerana tidak lagi sesuai dengan teori baru yang dikemukan oleh ahli Geografi. Pelbagai pendapat dan teori yang dikemukan oleh ahli Geografi menimbulkan satu lagi masalah iaitu wujud lebih banyak teori baru sekaligus menyebabkan lebih banyak pecahan bidang ilmu Geografi yang hingga kini masih lagi bertambah dan membingungkan. Kesannya pengkaji/pelajar terpaksa sentiasa bersedia menerima perubahan yang dinamik ini, bagi yang mampu dan sabar mengikuti perubahan ini maka lebih banyak ilmu yang diperolehi, namun bagi yang tidak mampu dan sabar menerima perubahan ini, ilmu geografi semakin membingungkan dan membosankan kerana menganggap ilmu Geografi itu sukar dan membingungkan. Inilah yang dihadapi oleh kebanyakan pelajar Geografi termasuklah saya sendiri… Salah satu masalah yang timbul akibat daripada perkembangan yang sangat dinamik sejak Zaman Klasik Yunani adalah berkaitan dengan masalah pengkajian bentuk muka bumi. Di mana pada Zaman Klasik , dipercayai bahawa permukaan bumi terbentuk akibat daripada bencana alam (semulajadi) seperti gempa bumi,hakisan, tanah runtuh , banjir dan lain-lain. Sedangkan selepas Zaman Klasik dipercayai bahawa permukaan bumi adalah akibat daripada pembangunan, penebangan pokok dan banyak lagi aktiviti manusia yang terlibat. Selepas Zaman Klasik, muncul teknologi-teknologi baru dan canggih seperti satelit yang digunakan untuk menentukan pelbagai persoalan geografi seperti pembentukan muka bumi dan juga penentuan sesuatu tempat. Teknologi ini digunakan sehingga kini..

Salah satu punca masalah kesesakan jalan raya di Kota Kinabalu ialah disebabkan oleh jumlah kenderaan yang berlebihan atau terlalu banyak. Ini adalah kerana sikap individu yang tidak mengamalkan ‘ Berkongsi kereta’ bagi menjimatkan ruang serta kesesakan. Selain itu, perasaan dengki seseorang individu terhadap individu lain juga turut mendorong seseorang agar memiliki kenderaan sendiri, pendek kata ‘ Kenapa orang lain ada , saya tidak ada’ dan ‘ Kenapa orang lain boleh, saya tidak boleh’. Oleh itu, secara umumnya, pendekatan yang sesuai tentang masalah ini adalah pendekatan epistimologi Humanistik. Ini kerana, setiap individu hanya pentingkan perasaan , di mana setiap individu akan berasa tercabar apabila melihat rakan-rakannya(rakan sekerja) mempunyai kenderaan sendiri sedangkan mereka berada pada tahap yang sama. Oleh itu, ini secara langsung

akan mendorong individu tersebut itu untuk memiliki kenderaan sendiri yang mana secara tidak sedar akan menggalakkan kesesakan jalan raya.

Tidak dinafikan bahawa perkembangan Geografi yang sangat dinamik ini juga telah menimbulkan masalah. Salah satu masalah yang wujud hasil daripada perkembangan dinamik ini ialah berlaku penyalahgunaan teknologi maklumat iaitu komputer. Seperti yang kita maklum pada hari ini masyarakat lebih cenderung kepada penggunaan komputer. Namun ada segelintir masyarakat yang telah menyalahgunkan kemudahan ini. Seperti pencerobohan ke atas komputer oleh pengguna yang tidak bertanggungjawab dengan memasukkan fakta-fakta atau bahan-bahan Geografi yang tidak betul dan maklumat yang bercelaru,. Ini menyebabkan penyaluran maklumat atau data-data yang tidak tepat dan tidak betul kepada pengguna yang membuat rujukan pengajian Geografi mereka melalui komputer (internet). Contohnya pengguna yang tidak bertanggungjawab ini telah memasukkan fakta atau informasi yang tidak tepat dalam memberikan definisi mengenai konsep Geografi, hukum-hukum dan teori-teori Geografi yang tidak betul melalui laman web yang mereka bangunkan sendiri.

Geografi adalah satu bidang yang mengkaji sains ruang dan tempat.oleh itu, geografi merupakan bidang disiplin yang amat luas meliputi kajian seluruh permukaan muka bumi termasuk kehidupan di atasnya iaitu manusia, tumbuhan dan haiwan.Oleh kerana ilmu geografi luas penggunaannya,maka dalam memahami sesuatu disiplin geografi itu amat sukar.Kita perlu memahami fenomena semulajadi dan budaya yang terdapat dalam ilmu geografi. Walaupun geografi telah mengalami perkembangan yang sangat dinamik,tetapi wujud satu masalah yang sangat jelas ialah geografi tidak mencapai status sebagai mata pelajaran utama atau wajib di sekolah.Geografi hanya berfungsi sebagai mata pelajaran sampingan, atau untuk melengkapkan jadual sahaja.Contohnya,di sekolah rendah,geografi diletakkan dalam mata pelajaran Kajian Tempatan dan di sekolah menengah pula pelajar dibolehkan membuat pilihan sama ada mengambil goegrafi atau tidak dalam peperiksaan.Selain itu,geografi hanya diajar menggunakan pendekatan yang membosankan iaitu melalui bukubuku teks atau rujukan sahaja.Kesannya,ahli-ahli geografi tidak mendapat kedudukan sebagai ahli akademik di institusi-institusi pengajian tinggi dan kurang dikenali oleh masyarakat. Walaupun geografi telah mengalami perkembangan yang sangat dinamik,tetapi wujud satu masalah yang sangat jelas ialah geografi tidak mencapai status sebagai mata pelajaran utama atau wajib di sekolah.Geografi hanya berfungsi sebagai mata pelajaran sampingan, atau untuk melengkapkan jadual sahaja.Contohnya,di sekolah rendah,geografi diletakkan dalam mata pelajaran Kajian Tempatan dan di sekolah menengah pula pelajar dibolehkan membuat pilihan sama ada mengambil goegrafi atau tidak dalam peperiksaan.Selain itu,geografi hanya diajar menggunakan pendekatan yang membosankan iaitu melalui bukubuku teks atau rujukan sahaja.Kesannya,ahli-ahli geografi tidak mendapat kedudukan sebagai ahli akademik di institusi-institusi pengajian tinggi dan kurang dikenali oleh masyarakat.

Geografi merupakan salah satu institusi pengetahuan yang tertua dan telah mengalami perkembangan yang sangat dinamik sejak zaman Klasik Yunani sehingga kini,namun perkembangan dinamik dalam bidang Geograf telah menimbulkan pelbagai masalah sehingga ilmu atau disiplin Geografi terbahagi kepada beberapa cabang disiplin malah wujud Kacukan disiplin ilmu Geografi. Di dalam sepanjang sejarah Geografi, terdapat satu perbahasaan tentang kaedah yang berterusan mengenai skop dan isi kandungannya. Ahli – ahli Geografi sentiasa bercanggah pendapat dan masing – masing mempunyai teori dan penyelesaian tentang sesuatu yang berhubung dengan alam dan manusia. Oleh itu ramai yang berpendapat disiplin ilmu Geografi begitu mengelirukan kerana tiada fakta yang kekal sebaliknya sentiasa ada perubahan dan tokoh tambah. Disiplin Geografi kacukan dengan Ilmu Sains, kacukan dengan Ilmu sejarah dan banyak lagi cabang ilmu yang lain sehingga disiplin Geografi TIADA DASAR ASAS YANG NYATA SERTA LENGKAP. Tanpa ada satu set konsep untuk bertindak sebagai bahan rujukan bagi masalah – masalah semasa, pandangan Geografi boleh menjadi HANYA SATU SENARAI ENSIKLOPEDIA FAKTA YANG UMUM. Geografi merupakan satu bidang yang begitu umum dan mencakupi banyak bidang – bidang lain seperti bidang sains dan teknologi .Sejak zaman klasik Yunani lagi Geografi melalui banyak perkembangan yang sangat dinamik sehinggalah ke hari ini . Namun perkembangan yang dinamik ini menimbulkan wujudnya masalah

dalam bidang geografi . Salah satu masalah yang di hadapi oleh ahli – ahli geografi ialah kebergantungan ahli – ahli geografi terhadap teknologi yang canggih dan terkini dan membuatkan ahli – ahli geografi hilang peranan yang khusus . Jika pada zaman dahulu penjelajahan merupakan satu elemen terpenting dalam bidang ini namun penggunaan dan kebergantungan ahli – ahli geografi terhadap teknologi yang canggih dan terkini membuatkan para ahli geografi hilang pengalaman yang bermakna terutamanya dalam bidang penjelajahan dan masyarakat dunia pada masa kini mendalami ilmu geografi melalui maklumat yang diperolehi dengan menggunakan teknologi – teknologi yang canggih dan terkini contohnya ; internet , Geografi Information System (GIS) dan sebagainya .Sungguhpun teknologi canggih ini banyak membantu ahli – ahli geografi namun kadangkala pemikiran ahli – ahli geografi itu sendiri adalah diperlukan terutamanya dalam bidang pelayaran . Walaupun banyak teknologi yang telah digunapakai dalam bidang geografi , namun teori – teori dan pengalaman para ahli geografi seharusnya dikekalkan kerana teknologi tidak akan dapat membantu seratus – peratus dalam menyelesaikan masalah geografi .Tetapi pemikiran dan pengalaman ahli geografi dalam menyelesaikan masalah yang berkaitan bidang ini adalah lebih baik kerana dapat disesuaikan dengan keadaan sebenar geografi fizikal dan geografi manusia .

Pada pandangan saya penggunaan terlalu banyak teori dalam geo menyebabkan berlakunya percanggahan pendapat dikalangan ahli geo. kemunculan teori yang banyak ini telah menyebabkan para pemikir geo boleh membuat andaian sendiri berdasarkan pahaman teori masing-masing. Percanggahan ini menyebabkan para ahli geo tidak mencapai kata sepakat dalam menentukan penyebab berlakunya sesuatu fenomena. Dalam era moden kini pula, para ahli geo telah banyak dipengaruhi oleh bidang ilmu lain yang menyebabkan sukar untuk membuat satu kesimpulan tentang fenomena yang berlaku. Ini kerana perkembangan ilmu geo itu sendiri telah membuatkan ilmu ini sendiri sangat berkaitan dgn ilmu bidang lain seperti, ilmu pertanian, perindustrian, meteorologi, dan sebagainya. Dengan erti kata lain ilmu geo itu sendiri tidak berdiri secara sendiri dan berpusat. Ia masih bergantung dgn ilmu bidang lain.

ada pendapat saya,kemunculan pelbagai cabang ilmu geografi yang diasaskan oleh para ahli geografi yang baru menyebabkan disiplin georafi bertambah kompleks,mencabardan agak mengelirukan. Dari sudut pengkhususan kajian,perkara yang diperkatakan adalah bertindan-tindih.Perkara yang diberitahu adalah perkara yang berkaitan antara satu sama lain tetapi cabang ilmu geografi itu sendiri yang memisahkan dan mengkelompokkan kajian geografi itu. Tambahan pula semakin banyak persoalan-persoalan yang timbul kesan daripada fenomena alam yang sentiasa berubah.

Perkembangan arus kemajuan yang pada masa kini , bagai tumbuh cendawan lepas hujan. Begitulah perumpamaan bagi kemajuan yang di capai pada masa kini. Walaubagaimanapun pelbagai masalah telah timbul kepada akibat daripada kemajuan ini. Antara masalah yang timbul daripada masalah ini ialah keruangan. Masalah keruangan ini telah menyebabkan perubahan pandang darat fizikal. Arus pembangunan ini telah membawa masalah kepada ahli goegrafi kerana kesan daripada keruangan yang mana bentuk pandang darat fizikal yang sentiasa berubah ini memberi kesan kepada ahli goegrafi. Sebagai ahli goegrafi kajian yang dibuat adalah tidak tepat di gunakan dalam masa yang lama kerana bentuk keruangan yang berubah menyababkan kajian yang dilakukan hanya boleh digunakan pada masa kajian itu sahaja dan tidak sesuai di gunakan pada masa depan. Kesan daripada kemajuan arus pembangunan ini ialah pelbagai masalah seperti pencemarn alam sekitar, udara, bau dan bunyi. Contohnya masalah kemajuan arus kemajuan ialah, kemajuan pembinaan bangunanbangunan yang ada sekarang. Kemajuan pembinaan ini membawa kesan yang buruk kepada pelbagai pihak. Kesan daripada pembangunan yang pesat ini membawa masalah kepada ahli goegrafi kerana apa yang mereka kaji hanya sebahagian sahaja yang bolah digunakan pada masa akan datang

Perkembangan dinamik dalam bidang Geografi menyebabkan timbul pelbagai disiplin Geografi. Pelbagai disiplin ini mempunyai pengikut tersendiri yang masing-masing ingin menegakkan pendirian dan melihat bidang mereka sangat penting berbanding disiplin lain. Akibatnya bidang Geografi semakin terpisah. Contohnya kajian bandar dimasukkan dalam bidang Geografi Manusia. Kini kajian bandar mampu dikaji sendirian di pusat pengajian tinggi sebagai kursus Geomorfologi Bandar. Bagaimanapun. Perkembangan dinamik ini tidak harus dianggap 100% masalah kerana bidang Geografi harus menjadi begitu (dinamik) agar ia tidak menjadi ilmu yang static dan membosankan. Masalah sebenar apabila pengkaji atau pelajar geografi tidak mengetahui asalusul bidang tersebut sehingga Geografi dianggap kayu mati. Bukannya ‘humus’ yang memberi manfaat kepada generasi akan datang

Pada pendapat saya, perkembangan dinamik dalam bidang geografi telah menimbulkan beberapa masalah terutamanya dalam pengaplikasian teori dalam pembelajaran geografi pada masa kini. Dalam hal ini, saya berpendapat bahawa terlalu banyak teori yang telah diutarakan oleh ahli geografi. Tidak semua teori itu boleh diaplikasikan dalam mengkaji sesuatu bidang geografi. Contoh yang paling ketara ialah dalam teori pembangunan. Dalam model Rostow, terdapat 5 tahap pembangunan ekonomi telah diutarakan iaitu tahap masyarakat tradisional ( sektor pertanian, teknologi rendah), Tahap Pra-meluncur (abad ke-16 di Eropah), tahap melancar (take off) (budaya, politik, social masyarakat berubah), tahap pengukuhan dan kematangan (banyak teknologi moden, situasi di mana ekonomi berjalan dengan lancer selama 4 dekad, ciri2 masyarakat post industri) dan tahap pengguna masa (masyarakat yang berkemampuan, meneroka bidang ekonomi baru). Jika kita lihat contoh kes pembangunan di Malaysia dan kita bandingkan dengan model Rostow, walaupun terdapat persamaan tetapi pambangunan ekonomi di Malaysia adalah jauh ketinggalan dari segi jangka masa untuk membangun. Pada pemerhatian saya, tahap pembangunan yang ke-5 di Malaysia adalah dalam era 1990-an. Walaupun terdapat industri baru diperkenalkan dan ekonomi berasaskan teknologi dengan munculnya Sepang, KLIA dan MSC tetapi jika kita rujuk Model Rostow tahap yang ke-5, dikatakan terdapat penerokaan ekonomi baru iaitu penerokaan ke angkasa. Walaupun model pembangunan ekonomi Rostow ini dikatakan fleksibel namun masih tidak sesuai diaplikasikan di Negara-negara yang sedang membangun. Begitu juga dengan teori-teori pambangunan lain seperti Model Pembangunan Tidak Seimbang oleh Hitschman, Model Sebab Musabab Kumulatif oleh Myrdal, Model Kutub Pertumbuhan oleh Perroux dan Model Interaksi Antara Kawasan Teras Pinggir oleh Friedman.

Dr, satu lagi pendapat saya..masalah penerimaan individu yang berbeza. Di alaf baru ini..ramai orang baru yang tidak menerima hujah orang-orang lama. Pendapat orang veteran dulu2 tidak digunapakai lagi sekarang. Orang muda2 sekarang berfikiran bahawa apa yang dikatakan oleh orang tua2 dulu tidak logik. Anggapan mereka tentang kejadian bumi dan manusia juga dipertikaikan. Orang muda sekarang seolah-olah tidak mahu balik ke pangkal jalan. Malahan pendapat orang Barat dengan orang Timur (bukan om aa) juga berbeza dalam menerangkan fenomena2 yang berlaku di sekeliling kita. Memandangkan penerimaan orang terhadap pengajian Geografi ini berbeza maka wujud banyak pendapat yang bukan lagi menjelaskan keadaan sesuatu fenomena itu berlaku tetapi menserabutkan keadaan sebenar..pelajar sekolah pun makin bingung..

Tidak dapat dinafikan bahawa bidang kajian Geografi merupakan cabang ilmu yang tertua sekali berbanding dengan disiplin-disiplin ilmu yang lain. Sungguhpun demikian, Geografi hanya dikaji secara ilmiah pada akhir abad ke-19 sehingga sekarang. Perkembangan ilmu geografi sangat dinamik sehingga menimbulkan pelbagai masalah antaranya apakah sebenarnya fokus kajian atau disiplin geografi?. Sesetengah ahli geografi mengatakan geografi perlu dikaji berpaksikan manusia dan ada sesetengah lagi mahukan geografi dikaji berpaksikan alam sekitar. Terdapat pula sesetengah ahli geografi mahu membincangkan disiplin geografi mengikut kedua-dua unsur alam dan manusia. Dengan erti kata yang lain, kekeliruan ini menyebabkan bidang kajian geografi menjadi tidak menentu kerana ahli geografi gagal mencapai kata sepakat tentang disiplin geografi yang sebenarnya.

Kesimpulannya, sekiranya kekeliruan ini tidak diselesaikan oleh para ahli geografi, tidak mustahil satu hari nanti disiplin geografi akan tinggal nama sahaja kerana ketiadaan fokus kajian bidang geografi ini.

Bangsa Yunani merupakan bangsa yang pertama dikenal secara aktif menjelajahi geografi sebagai ilmu dan filosof dengan pemikir utamanya seperti Thales, Herodotus, Eratosthenes, Hipparchus, Aristotle, Dicaearchus, Strabo dan Ptolemy. Pada zaman pertengahan, bangsa Arab seperti al-Idrisi iaitu pencipta glob yang petama dan juga pengarang buku yang mengandungi 70 jenis peta yang menjadi sumber rujukan penting bagi ilmuan Eropah selama tiga abad, Ibnu Battuta dan Ibnu Khaldun memelihara dan terus membangun warisan bangsa Yunani dan Romawi. Dengan perjalanan Marco Polo, geografi tersebar ke seluruh Eropah. Selama zaman renaissance dan pada abad ke 16 dan 17 banyak perjalanan besar telah dilakukan untuk mencari landasan yang lebih tepat. Sebagai contoh Geographia Generalis oleh Bernhardus Varenius dan peta dunia Gerardus Mercator adalah contoh yang tersbesar. Walaubagaimanapun, akibat daripada perkembangan yang dinamik ini telah timbul satu masalah dalam geografi iaitu percanggahan pendapat atau teori di antara ahli-ahli geografi dan menyebabkan kekeliruan. Ini berlaku kerana peredaran zaman dimana sesetengah pendapat ataupun teori geografi yang dulunya diaggungkan kini tidak lagi sesuai diaplikasikan sepenuhnya memandangkan sekarang kita berada di era globalisasi dan kita juga perlu mengambilkira perkembangan ilmu sains dan teknologi yang semakin maju

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->