You are on page 1of 5

KERTAS KERJA

TAHSIN QIRAAT AL QURAN


DI BAWAH PROGRAM
IHYA RAMADHAN 2010

TARIKH:
22 OGOS 2010

TEMPAT:
SURAU AL-AMIN BANDAR TUN RAZAK

ANJURAN:
SISWA SISWI UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA.
KERTAS KERJA.
_____________________________________________________________________________

PENDAHULUAN.

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh.....


“Ramadan kareem”,selamat menyambut ramadan al mubarak yang penuh barakah. Sabda nabi
yang bermaksud” barangsiapa berpuasa di bulan Ramadhan dengan landasan iman dan penuh
harap akan pahala, maka ia memperoleh ampunan dari dosa-dosa yang lalu”.(HR.Muttafaq
Alaih). Selari dengan sabda nabi SAW ini, setiap orang mukmin pasti menigimpikan ganjaran
yang besar yang ditawarkan oleh Allah swt dibulan ramadan yakni berupa pahala yang
dilipatgandakan serta ampunan daripada Allah. Sebagai mengambil manfaat akan intipati bulan
ramadan itu, kami siswa dan siswi USIM telah pun bercita-cita untuk menjadikan bulan ini
sebagai medan utama untuk memperbanyakkan amal soleh. Sehubungan dengan itu, pelbagai
perancangan aktiviti pengimarahan bulan ramadan(ihya’ ramadan) ini telahpun dibuat dan antara
aktiviti-aktiviti tersebut termasuklah tahsin qiraat. Sabda nabi saw lagi, “sebaik-baik kalian
adalah orang yang mempelajari Al Quran dan mengajarkannya”(HR Bukhori). Maka
diharapkan kita menjadi lebih dekat dengan Al Quran berbanding masa-masa sebelumnya dan
menjadikan kita istiqamah denga Al-Quran dimasa akan datang. Justeru, atas dasar keimanan
kepada Allah swt, kami menaruh hasrat dan keinginan yang tinggi untuk memastikan aktiviti
tahsin qiraat ini terlaksana sebagaimana yang dirancang bersama-sama redha daripada Allah swt.
Sekian.. “kearah membentuk generasi rabbani”

Abdullah Zahid bin Azhari.


Pelajar Fakulti Pergigian,
Universiti Sains Islam Malaysia.
019-376 9315
1.0 MASA,TARIKH DAN TEMPAT.
Sabtu(malam) hingga Ahad petang
22 Ogos 2010.
Surau Al-Amin Bandar Tun Razak.

2.0 SASARAN DAN ANGGARAN BILANGAN KEHADIRAN.


Siswa siswi USIM.
Bilangan peserta dianggarkan seramai 100 orang.

3.0 TUJUAN.
Tujuan kertas kerja ini dibuat adalah untuk memohon kebenaran daripada pihak Surau Al-
Amin Bandar Tun Razak untuk menggunakan surau tersebut bagi menjalankan program
Tahsin Qiraat Al-Quran yang telah dirancang.

4.0 OBJEKTIF
4.1 Mengimarahkan Ramadhan Al-Mubarak dengan mengadakan majlis-majlis ilmu
seumpama ini terhadap siswa siswi Usim.
4.2 Untuk mengambil peluang menghidupkan rumah-rumah Allah terutama di bulan
Ramadan yang penuh barakah dengan aktiviti yang bermanfaat.
4.3 Seterusnya mengambil peluang untuk memperbanyakkan amalan-amalan soleh
seperti tadarus Al-Quran, sedekah, ibadah-ibadah sunat, iktikaf, dan sebagainya.
5.0 ATURCARA PROGRAM.
Sabtu malam Ahad
10.30 mlm      :Ketibaan
10.45 mlm      :Tazkirah wa taa'ruf
11.45 mlm      : Turu

Ahad
4.45 pg  :Qiamullail
5:15 pg  :Sahur jama'ie
5:50 pg  :Solat Subuh
7.00 pg  :Self-service
8.00 pg  :Slot 1
10.30 pg :rehatkan minda,solat Dhuha
11.30 pg :Slot 2
1.00 ptg :Rest&Digest &Solat zohor
2.30 ptg :Slot 3
4.40 ptg :Solat Asar
5.00 ptg :bersurai.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi:


Muhammad Harith Sukeri : 013-353 8253

6.0 PENUTUP.
Akhir kalam, dengan terlaksananya usaha-usaha pentarbiyahan seumpama ini, kami
memohon setinggi-tinggi pengharapan daripada Allah swt agar kita semua ditingkat keimanan
bagi mencapai matlamat akhir dibulan ramadan ini iaitu menjadi hamba Allah yang bertakwa.

“ Ramadhan Membentuk Generasi Muttaqin”


Sekian,

You might also like