You are on page 1of 3

Assalammualaikum dan selamat sejahtera diucapkan kepada Yang

berusaha Pn Hjh Sadiah Binti Samian, Pengetua SMK Damai Jaya, Tn


Hj Yusof Bin Adam, Penolong Kanan SMK Damai Jaya, En. Mohd
Husaini Bin Mohd Hashim, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SMK
Damai Jaya, En. Subramaniyam a/l Dorasamy, Penolong Kanan
Kokurikulum SMK Damai Jaya, En. Yong Kien Wong, Penolong Kanan
Petang SMK Damai Jaya, guru-guru, barisan pengawas yang dikasihi
sekalian..

Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dapat kita bersama-sama berkumpul di


sini untuk menghadiri Jamuan Akhir Tahun Lembaga Pengawas Bagi
Tahun 2010 hasil kerjasama semua guru dan guru pengawas. Bagi
memberkati majlis pada hari ini, majlis menjemput
saudara___________________untuk mengetuai bacaan doa. Dengan
segala hormatnya dipersilakan..

Terima Kasih kepada saudara_________________________

Majlis pada hari ini diteruskan dengan menjemput Pn Hjh Sadiah binti
Samian, Pengetua SMK Damai Jaya, untuk menyampaikan sepatah dua
kata sebagai pesanan kepada para pengawas tahun 2010 ini. Majlis
dengan segala hormat mempersilakan Tuan pengetua…

Terima Kasih Tuan Pengetua. Semoga segala yang disampaikan tadi


dapat memberi manfaat kepada para pengawas…

Seterusnya majlis mempersilakan sekali lagi Tuan Pengetua untuk


menyampaikan sijil kepada wakil pengawas bagi setiap Tingakatan..
Dipersilakan setiap wakil pengawas keluar ke hadapan dengan segera
apabila nama anda disebut..

Dipersilakan,

Wakil Pengawas Ting. 5

___________________________________________

Wakil Pengawas Ting. 4

___________________________________________

Wakil Pengawas Ting. 3

___________________________________________

Wakil Pengawas Ting. 2

___________________________________________

Wakil Pengawas Ting. 1

____________________________________________

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian cenderahati oleh Tuan


Pengetua kepada guru-guru pentadbir sebagai satu penghargaan dari
Lembaga Pengawas.

Dipersilakan,

Tn Hj Yusof Bin Adam, Penolong Kanan SMK Damai Jaya

En. Mohd Husaini Bin Mohd Hashim, Penolong Kanan Hal Ehwal
Murid SMK Damai Jaya

En. Subramaniyam A/L Dorasamy, Penolong Kanan Kokurikulum SMK


Damai Jaya

En. Yong Kien Wong, Penolong Kanan Petang SMK Damai Jaya…
Seterusnya dipersilakan guru pengawas SMK Damai
Jaya,_______________________________menyampaikan cenderahati
kepada Pn Hjh Sadiah Binti Samian, Pengetua SMK Damai Jaya.

Terima kasih Tuan Pengetua dan _________________________

Sebelum mengakhiri majlis ini, saya bagi pihak badan pengawas SMK Damai
Jaya ingin memohon maaf sekiranya sepanjang kami menjalankan tugas yang
diamanahkan telah menimbulkan masalah yang tidak disenangi dan
menyinggung perasaan guru-guru dan pelajar-pelajar lain. Terima kasih juga
kepada barisan pengawas yang sentiasa bekerjasama dan menjalankan tugas
yang diberikan bersama-sama. Tidak lupa juga kepada guru-guru pengawas
yang sentiasa memberi tunjuk ajar kepada kami supaya pengawas- pengawas
sentiasa menyempurnakan tugasan yang diberikan dengan penuh dedikasi.

Saya akhiri majlis ini dengan serangkap pantun

Bintang Barat terbit petang


Bintang Timur terbit pagi
Jika tidak melarat panjang
Ada umur ketemu lagi

You might also like