You are on page 1of 11

MODEL PENGAJARAN KESUSASTERAAN MELAYU ELEKTIF TINGKATAN 4 DAN 5

KUMPULAN 7 : Teks Antologi Anak Global


Cerpen Anak-anak Suria karya Zaharah Nawawi.

Tingkatan : Empat
Masa : 80 Minit
Tajuk : Anak-Anak Suria
Aspek Sastera : Nilai Kemanusiaan
Genre : Cerpen
Hasil Pembelajaran Utama : 9.0 Menganalisis nilai kemanusiaan dalam karya prosa
Hasil Pembelajaran Khusus : 9.2 Menjelaskan nilai kemanusiaan dalam karya
Aras 1 (ii)
Aras 2 (i)

Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat:


i. Menyenaraikan 3 daripada 5 nilai kemanusiaan dengan betul
berdasarkan sedutan cerpen yang dilakonkan secara bertulis.
ii. Mengenal pasti 5 daripada 7 nilai kemanusiaan dengan betul dalam karya
secara bertulis.

1
Pengisian Kurikulum:
Ilmu : Sosiologi, Biologi, Kesihatan
Nilai : Kasih sayang, keinsafan, keprihatinan, hormat menghormati
Kemahiran Bernilai Tambah : Intrapersonal, Interpersonal, Belajar Cara Belajar, Kecerdasan Pelbagai
Pendekatan : Pendekatan Berpusatkan Murid, Teknik Percambahan Fikiran,
Teknik Perbincangan
Aktiviti : Perbincangan, sumbangsaran, adaptasi karya, improvisasi
Media : Lembaran Pengurusan Grafik, cd lagu Kasihnya Ibu, teks Antologi Anak Global.

Langkah Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran KBT/Catatan

Set Induksi a) Guru memperdengarkan lagu KASIHNYA IBU dan meminta murid Lampiran1 : Lirik lagu
(5 minit) mendengar dengan teliti. Kasihnya Ibu
b) Murid diminta mengemukakan 3 perasaan mereka setelah
mendengar lagu tersebut.
c) Guru memberi penjelasan cara mengesan nilai kemanusiaan daripada
lirik lagu.

2
Langkah 1 .(TEKNIK ADAPTASI)
(15 minit) a) Guru membahagikan murid kepada 5 kumpulan. Lampiran 2 : Lirik Syair
b) Guru mengedarkan serangkap lirik syair kepada setiap kumpulan. Anak-anak Suria
Murid diminta membaca, membincang, dan menghayati lirik syair
tersebut.
c) Guru meminta setiap murid dalam kumpulan melagukan syair
tersebut.

Langkah 2 (TEKNIK IMPROVISASI) Guru memberi arahan tugasan kepada setiap Arahan Tugasan
(22 minit) kumpulan: Kumpulan.
Arahan : Baca , faham dan pilih sedutan ringkas petikan untuk
dilakonkan. Dialog lakonan
Tulis dialog lakonan dan lakonkan dalam kumpulan. kumpulan
Kumpulan 1 – muka surat 94 -95
Kumpulan 2 - muka surat 96 -97
Kumpulan 3 - muka surat 98
Kumpulan 4 – muka surat 99 -100
Kumpulan 5 – muka surat 101-102

3
Langkah 3 (a) Guru mengedarkan LPG 1 kepada setiap murid. LPG 1 : Mengesan Nilai
(25 minit) (b) Setiap kumpulan diminta mempersembahkan lakonan daripada Kemanusiaan daripada
dialog yang dicipta. lakonan murid.
(c) Murid lain menyenaraikan nilai-nilai kemanusiaan yang dapat
dikesan daripada lakonan yang persembahkan oleh rakan-rakan
mereka dalam LPG 1.
Contoh nilai kemanusiaan :
- Kasih sayang
- Prihatin
- Bertanggung jawab
- Belas kasihan/ simpati

Langkah 4 (a) Guru bersoaljawab bersama-sama murid mengenai nilai


(10 minit) kemanusiaan yang dapat dikesan daripada persembahan lakonan
murid.

(b) Guru membimbing murid mengesan nilai kemanusiaan dengan


teknik yang betul.

4
Langkah 5 a) Guru mengedarkan LPG 2 kepada setiap murid. LPG 2 : Mengenal pasti
(10 minit) b) Guru meminta murid menggariskan diksi yang menggambarkan nilai kemanusiaan
aspek-aspek nilai yang diberi dalam petikan tersebut. daripada petikan prosa.
c) Guru membimbing murid mengemukakan jawapan dengan teknik
yang betul.

Penutup Guru menunjukkan gambar gambar Suria (Kucing) dan mengaitkannya Lampiran 3
(3 minit) dengan rumusan isi pelajaran tentang nilai kemanusiaan yang terdapat
dalam cerpen yang dikaji.

5
Lampiran 1

LIRIK LAGU

KASIHNYA IBU

Nyanyian Jamal Abdillah

Kasihnya ibu
Membawa ke syurga
Dan Kasih saudara
Berkorban raga rela binasa
Berkorban nyawa tanda kasihnya

Kasihnya ayah
Sanggupkah berpisah
Dan kasih anaknya berkorban raga
Biarpun jiwa akan terseksa
Ikhlas dan redha asalkan bahagia

6
Lampiran 2

Syair Anak-anak Suria

Aduhai anakku sayang


Kudakap engkau malam dan siang
Kasihku takkan pernah berkurang
Suria kusayang selalu kutatang.

Ayu datang pembawa bahgia


Dihati Suria berbunga gembira
Mengharap kasih belaian manja,
Kasih diberi hanya berpura.

Manja, Awan, Bayu dan Didi


Diseksa Ayu sehingga mati,
Rahsia tersimpan kemas dihati,
Tinggallah Mega menanti mati.

Nenda dan bonda penuh percaya


Kepada Ayu diserahkan kuasa,
Ayu gembira tidak terkata,
Tersemat dendam didalam dada.

Rupanya Ayu bukan sempurna


Anak Suria dibunuh akhirnya,
Terlerai sengketa sebuah bencana,

7
Moga balasan menanti disana.

LPG 1

KUMPULAN NILAI 1 NILA1 2 NILAI 3

Muka surat 94 -95

Muka surat 96 -97

Muka surat 98

Muka surat 99 - 100

Muka surat 101- 102

8
LPG 2

NILAI KEMANUSIAAN- “ANAK-ANAK SURIA”

Nilai Kemanusiaan Sedutan daripada teks


1. kasih sayang Hakim meletakkan beg kerjanya, Suria lebih dahulu menerpa,
memeluk dan memanjat kaki Hakim, mendamba belaian.
(m/s 95)
2. Bertanggungjawab “Kita menunaikan fardu haji lama. Sebulan. Kita mesti mencari
seorang pembantu untuk menjaga dan menemani Suria. (m/s 95)

3. Pasrah Sebagai seorang Islam, Nani sudahnya dapat juga menerima hakikat yang menghiris
perasaannya itu. Dia berserah kepada Allah. (m/s 100)

4. Prihatin “Ayu jangan biarkan Bobo datang hari-hari bermain dengan


Suria. Abang takut mereka terpaut hati. Abang tak mahu. Kalau pada suatu masa nanti
Suria dapat jodoh pun, biarlah yang setaraf dengannya. Abang tak mahu lihat cucu-cucu
abang hitam-hitam macam Bobo.” (m/s 97)

5. Menghargai “Budak Ayu ni sungguh baik. Nanti pada sambutan hari lahirnya, Nani hendak belikan
dia seutas rantai emas bersama loket sekali. Boleh, kan?” (m/s 96)

6. Kesabaran Setelah agak lama menunggu, Nani pun turun dari kereta lalu berjalan-jalan meneliti
pokok bunganya yang sudah lama tidak dibajai. (m/s 100)

7. Belas kasihan Hakim segera mengejarkan Didi ke pusat rawatan dan dimasukkan ke wad kecemasan.
(m/s 100)

9
Lampiran 3

KISAH KUCING

10
11

You might also like