You are on page 1of 91

PERINTAH-PERINTAH AM

BAB G

WAKTU BEKERJA
DAN LEBIH MASA
PERINTAH-PERINTAH AM
BAB G

WAKTU BEKERJA DAN LEBIH MASA

PERINTAH-PERINTAH AM yang berikut telah


dikeluarkan di bawah kuasa Duli Yang Maha
Mulia Seri paduka Baginda Yang Di Pertuan
Agong mengikut Fasal (2) Perkara 132
Perlembagaan.

(Berkuatkuasa mulai 1 Februari 1974)


WAKTU BEKERJA

WAKTU BEKERJA PEJABAT

WAKTU BEKERJA BUKAN PEJABAT


(Giliran/Pusingan Kerja)
WAKTU BEKERJA PEJABAT
P.A. 1
Kecuali dengan kebenaran daripada Ketua
Pengarah Perkhidmatan awam, semua pejabat
hendaklah memakai Waktu Bekerja Pejabat
seperti berikut :-
a) Di negeri-negeri di mana hari Jumaat
adalah cuti mingguan, waktu bekerja
pejabat adalah :-

Hari Bekerja Penuh - 8.00 pg – 4.00 ptg


Hari Bekerja Separuh - 8.00 pg – 12.45 t/h
Waktu Makan - 12.45 t/h – 2 ptg
pada hari bekerja
penuh
b) Di negeri-negeri di mana hari Jumaat
bukan cuti mingguan, waktu bekerja
pejabat adalah :-

Hari Bekerja Penuh - 8.00 pg – 4.15 ptg


Hari Bekerja Separuh - 8.00 pg – 12.45 t/h
Waktu Makan - 12.45 t/h – 2 ptg
(kecuali hari Jumaat) pada hari bekerja
penuh
Waktu Makan - 12.45 t/h – 2.45 ptg
(hari Jumaat –
Semenanjung)
Sabah dan Sarawak - 11.30 pg – 2.00 ptg
2007

(i) Pelaksanaan Waktu Bekerja Berperingkat


(WBB) di semua agensi Kerajaan
Persekutuan melalui Pekeliling
Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2007.

(ii) Tempoh Waktu Pejabat WBB adalah seperti


berikut:-
Tempoh Waktu Pejabat WBB

Negeri Hari Tempoh Waktu Pejabat


(Sehari)

Perlis, Pulau Pinang,


Perak, Selangor, Negeri Isnin - Khamis 9 jam
Sembilan, Melaka,
Johor, Pahang, Sabah,
Sarawak dan Wilayah
Persekutuan (Kuala Jumaat 7 jam 30 minit
Lumpur, Labuan dan
Putrajaya)

Kedah, Kelantan dan Isnin - Khamis 9 jam


Terengganu
Ahad 7 jam 30 minit
(iii) WBB ini mempunyai 3 Waktu Peringkat
(WP) iaitu WP1, WP2 dan WP3. Manakala
Waktu Pejabat dibuka dari jam 7.30 pagi
hingga 5.30 petang.

(iv) Waktu Peringkat, Waktu Bekerja dan Waktu


Rehat adalah ditetapkan seperti jadual-
jadual di bawah:-
Waktu Bekerja Berperingkat di Perlis, Pulau
Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan,
Melaka, Johor, Pahang dan Wilayah Persekutuan
(Kuala Lumpur dan Putrajaya)

WAKTU HARI WAKTU WAKTU WAKTU


PERINGKAT BEKERJA REHAT BEKERJA
(WP)

WP1 Isnin-Khamis 7.30 pg – 1.00 ptg 1.00 ptg – 2.00 ptg 2.00 ptg – 4.30 ptg

Jumaat 7.30 pg – 12.15 tgh 12.15 tgh – 2.45 ptg 2.45 ptg – 4.30 ptg

WP2 Isnin - Khamis 8.00 pg – 1.00 ptg 1.00 ptg – 2.00 ptg 2.00 ptg – 5.00 ptg

Jumaat 8.00 pg – 12.15 tgh 12.15 tgh – 2.45 ptg 2.45 ptg – 5.00 ptg

WP3 Isnin - Khamis 8.30 pg – 1.00 ptg 1.00 ptg – 2.00 ptg 2.00 ptg – 5.30 ptg

Jumaat 8.30 pg – 12.15 tgh 12.15 tgh – 2.45 ptg 2.45 ptg – 5.30 ptg
Waktu Bekerja Berperingkat di Sabah
dan Wilayah Persekutuan Labuan

WAKTU HARI WAKTU WAKTU WAKTU


PERINGKAT BEKERJA REHAT BEKERJA
(WP)

WP1 Isnin-Khamis 7.30 pg – 1.00 ptg 1.00 ptg – 2.00 ptg 2.00 ptg – 4.30 ptg

Jumaat 7.30 pg – 11.30 pg 11.30 pg – 2.00 ptg 2.00 ptg – 4.30 ptg

WP2 Isnin - Khamis 8.00 pg – 1.00 ptg 1.00 ptg – 2.00 ptg 2.00 ptg – 5.00 ptg

Jumaat 8.00 pg – 11.30 pg 11.30 pg – 2.00 ptg 2.00 ptg – 5.00 ptg

WP3 Isnin - Khamis 8.30 pg – 1.00 ptg 1.00 ptg – 2.00 ptg 2.00 ptg – 5.30 ptg

Jumaat 8.30 pg – 11.30 pg 11.30 pg – 2.00 ptg 2.00 ptg – 5.30 ptg
Waktu Bekerja Berperingkat di Sarawak

WAKTU HARI WAKTU WAKTU WAKTU


PERINGKAT BEKERJA REHAT BEKERJA
(WP)

WP1 Isnin-Khamis 7.30 pg – 1.00 ptg 1.00 ptg – 2.00 ptg 2.00 ptg – 4.30 ptg

Jumaat 7.30 pg – 11.45 pg 11.45 pg – 2.15 ptg 2.15 ptg – 4.30 ptg

WP2 Isnin - Khamis 8.00 pg – 1.00 ptg 1.00 ptg – 2.00 ptg 2.00 ptg – 5.00 ptg

Jumaat 8.00 pg – 11.45 pg 11.45 pg – 2.15 ptg 2.15 ptg – 5.00 ptg

WP3 Isnin - Khamis 8.30 pg – 1.00 ptg 1.00 ptg – 2.00 ptg 2.00 ptg – 5.30 ptg

Jumaat 8.30 pg – 11.45 pg 11.45 pg – 2.15 ptg 2.15 ptg – 5.30 ptg
Waktu Bekerja Berperingkat di
Kedah, Kelantan dan Terengganu

WAKTU HARI WAKTU WAKTU WAKTU


PERINGKAT BEKERJA REHAT BEKERJA
(WP)

WP1 Isnin-Khamis 7.30 pg – 1.00 ptg 1.00 ptg – 2.00 ptg 2.00 ptg – 4.30 ptg

Ahad 7.30 pg – 12.15 tgh 12.15 tgh – 2.45 ptg 2.45 ptg – 4.30 ptg

WP2 Isnin - Khamis 8.00 pg – 1.00 ptg 1.00 ptg – 2.00 ptg 2.00 ptg – 5.00 ptg

Ahad 8.00 pg – 12.15 tgh 12.15 tgh – 2.45 ptg 2.45 ptg – 5.00 ptg

WP3 Isnin - Khamis 8.30 pg – 1.00 ptg 1.00 ptg – 2.00 ptg 2.00 ptg – 5.30 ptg

Ahad 8.30 pg – 12.15 tgh 12.15 tgh – 2.45 ptg 2.45 ptg – 5.30 ptg
OBJEKTIF WBB

Objektif WBB ialah :

(i) Meningkatkan mutu perkhidmatan kepada


orang awam

(ii) Memanjangkan tempoh masa perkhidmatan


kepada orang awam

(iii) Mempertingkatkan sistem penyampaian


kepada orang awam
(iv) Memberi pilihan masa bekerja kepada
pegawai mengikut Waktu Peringkat yang
sesuai dengan keperluan pegawai dan
keluarga.

(v) Mengurangkan masalah kesesakan lalu


lintas melalui pergerakan secara
berperingkat semasa pegawai pergi dan
balik daripada pejabat.
PELAKSANAAN WBB

(i) WBB wajib dilaksanakan di semua agensi


Kerajaan Persekutuan d seluruh negara
kecuali bagi pegawai yang tidak
mengamalkan waktu pejabat biasa seperti
waktu bekerja giliran.

(ii) Bagi menjamin keberkesanan WBB, pegawai


hendaklah membuat perancangan WP
dengan memilih WP1 atau WP2 atau WP3
bagi setiap bulan dalam setahun dengan
menggunakan borang berkenaan, tertakluk
kepada persetujuan Ketua Jabatan.
(iii) Bagi perkhidmatan kaunter yang perlu
dibuka secara berterusan, Ketua Jabatan
boleh membuat penyesuaian kepada Waktu
Rehat pegawai dengan syarat masa rehat
pegawai diganti pada hari yang sama.
TARIKH KUATKUASA

Pelaksanaan WBB berkuatkuasa mulai


1 Jun 2007

PEMAKAIAN

(i) Tertakluk kepada penerimaan oleh Pihak


Berkuasa Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun
dan Pihak Berkuasa Tempatan masing-
masing.

(ii) Sekiranya pelaksanaan WBB diterima, maka


WBB adalah wajib dilaksanakan.
P.A. 4
Mengadakan Waktu Bekerja Yang Berlainan

Pejabat-pejabat yang memerlukan satu waktu


bekerja yang berlainan daripada P.A. 1 dan 2
hendaklah terlebih dahulu memohon kebenaran
daripada Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam
Malaysia.
P.A. 5
Mematuhi Waktu Bekerja

Semua pegawai, termasuk Ketua-ketua Jabatan


sendiri, hendaklah mematuhi waktu-waktu
bekerja dan hadir di pejabat-pejabat dalam
masa yang ditetapkan. Seseorang pegawai
yang hendak meninggalkan pejabatnya di waktu
bekerja hendaklah terlebih dahulu
mendapatkan kebenaran daripada pegawai
yang menjaganya sebelum berbuat demikian.
WAKTU BEKERJA BUKAN PEJABAT
(GILIRAN / PUSINGAN KERJA )

KERJA SEHARI BIASA


(P.A. 6 BAB ‘G’)
Apabila seseorang pegawai dikehendaki bekerja
sehari biasa, maka ini akan meliputi satu masa
bekerja atau giliran bekerja sebanyak lapan jam
melainkan seperti dinyatakan dalam Perintah
Am 7. Bila sesuatu jenis kerja itu tidak
bersambung terus menerus maka Waktu Bekerja
sehari biasa itu boleh jadi lebih daripada lapan
jam tetapi tidak boleh melebihi 12 jam.
KERJA SEMINGGU
(P.A. 7 BAB ‘G’)

Pekerjaan dalam seminggu hendaklah


mengandungi enam masa bekerja atau giliran
iaitu terdiri dari 5 masa bekerja sebanyak 8
jam sekali dan satu giliran sebanyak 6 jam
sekali. Seseorang pegawai hendaklah diberi
satu hari dalam seminggu sebagai hari rehat
WAKTU BEKERJA BUKAN PEJABAT
(GILIRAN)

Waktu Bekerja Giliran seseorang pegawai


adalah ditentukan tertakluk kepada asas-
asas berikut -

Masa Kerja termasuk Masa Rehat dalam


seminggu hendaklah berjumlah 46 jam;
Masa Kerja tidak termasuk Masa Rehat
dalam seminggu hendaklah berjumlah 41
jam;

Masa Kerja sehari untuk hari pertama


hingga hari kelima hendaklah berjumlah 8
jam termasuk Masa Rehat;

Masa Kerja sehari untuk hari keenam


hendaklah berjumlah 6 jam;
Masa Rehat selama 1 jam hendaklah
diberi apabila bekerja selama 8 jam pada
hari pertama hingga hari kelima; dan

Hari Rehat Mingguan hendaklah diberi 1


hari dalam seminggu mengikut jadual
gilirannya.
WAKTU BEKERJA BUKAN PEJABAT
(GILIRAN/PUSINGAN KERJA)

WAKTU BEKERJA BIASA (Terus – Menerus)

5 giliran/pusingan x 8 jam = 40 jam

1 giliran/pusingan x 6 jam = 6 jam

46 jam
WAKTU REHAT (MAKAN)

5 giliran/pusingan x 1 jam (Rehat) = 5 jam

Jumlah Waktu Bekerja sebenar


dalam seminggu adalah -

46 jam – 5 jam = 41 jam

CATATAN:

Peraturan P.A. Bab ‘G’, S.P.P. Bil. 1/1980


CONTOH WAKTU BEKERJA TERUS
MENERUS

a) Giliran / Pusingan 1
Hari Waktu Bekerja
Ahad 8 pg – 4.00 ptg Hari Bekerja Penuh
Isnin 8 pg – 4.00 ptg Hari Bekerja Penuh
Selasa 8 pg – 4.00 ptg Hari Bekerja Penuh
Rabu 8 pg – 4.00 ptg Hari Bekerja Penuh
Khamis 8 pg – 4.00 ptg Hari Bekerja Penuh
Jumaat 8 pg – 4.00 ptg Hari Bekerja Separuh
Sabtu - Hari Rehat Mingguan
Catatan :
Waktu Bekerja dari jam 2 ptg – 4 ptg pada Hari Bekerja
Penuh dikira sebagai kerja lebih masa (2 jam)
CONTOH WAKTU BEKERJA TERUS
MENERUS

b) Giliran / Pusingan 2
Hari Waktu Bekerja
Ahad 4 ptg – 12.00 mlm Hari Bekerja Penuh
Isnin 4 ptg – 12.00 mlm Hari Bekerja Penuh
Selasa 4 ptg – 12.00 mlm Hari Bekerja Penuh
Rabu 4 ptg – 12.00 mlm Hari Bekerja Penuh
Khamis 4 ptg – 12.00 mlm Hari Bekerja Penuh
Jumaat 4 ptg – 12.00 mlm Hari Bekerja Separuh
Sabtu - Hari Rehat Mingguan
Catatan :
Waktu Bekerja dari jam 10 mlm – 12 mlm pada Hari
Bekerja Separuh adalah dikira sebagai kerja lebih masa
WAKTU BEKERJA TERPUTUS-PUTUS

Waktu Bekerja Terputus-putus seseorang


pegawai adalah ditentukan tertakluk
kepada asas-asas berikut -

Masa Kerja sehari boleh lebih daripada 8


jam tetapi tidak melebihi 12 jam termasuk
sekurang-kurangnya 1 jam Masa Rehat.
Masa Kerja tidak termasuk Masa Rehat
dalam seminggu hendaklah berjumlah 41
jam.

Masa Kerja termasuk Masa Rehat dalam


seminggu hendaklah berjumlah 46 jam.

Hari Rehat Mingguan hendaklah diberi 1


hari dalam 1 minggu.
WAKTU BEKERJA BUKAN PEJABAT
(GILIRAN/PUSINGAN KERJA)

WAKTU BEKERJA BIASA (TERPUTUS-PUTUS)

Waktu kerja sehari – lebih daripada 8 jam


tetapi tidak lebih daripada 12 jam.
Contoh:

Waktu Kerja - 6.00 pagi – 9.00 pagi (3 jam)

Bebas dari tugas - 9.00 pagi – 11.00 pagi (2 jam)

Waktu Rehat - 11.00 pg – 12.00 t/hari (1 jam)

Waktu kerja - 12.00 t/hari – 2.00 ptg (2 jam)

Bebas dari tugas - 2.00 ptg – 4.00 ptg (2 jam)

Waktu kerja - 4.00 ptg – 6.00 ptg (2 jam)

12 jam
WAKTU KERJA SEHARI

Waktu Kerja = 7 jam

Waktu Rehat = 1 jam

Bebas dari tugas = 4 jam


12 jam
WAKTU KERJA SEMINGGU

Waktu Kerja = 41 jam

Waktu Rehat = 5 jam

Bebas dari tugas = 20 jam


HARI MINGGUAN MENGIKUT UGAMA
(P.A. 8 BAB ‘G’)

Di mana sesebuah Jabatan dikehendaki


memberi perkhidmatan selama 7 hari
dalam seminggu, Ketua Jabatan patutlah,
bila ini dapat dilaksanakan dengan mudah
tanpa menganggu perkhidmatan,
mengatur hari bertugas pegawai-
pegawainya sebegitu cara supaya tiap-
tiap pegawai itu boleh diberi hari rehat
mingguannya mengikut ugamanya.
MENUNAIKAN SEMBAHYANG JUMAAT
(P.A. 10 BAB ‘G’)

Di mana seseorang pegawai yang


berugama Islam tidak dapat diberi hari
Rehat Mingguan pada hari Jumaat maka
masa yang berpatutan bolehlah diberi
kepadanya untuk menunaikan
sembahyang Jumaat.
LEBIH MASA
PEKELILING PERKHIDMATAN
BIL. 9 TAHUN 1991

BAYARAN LEBIH MASA

Peruntukan Bayaran Lebih Masa seperti dalam -

Perintah Am Bab ‘G’

Perintah Am 40, Bab ‘C’

Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2


Tahun 1968
Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil.
16 Tahun 1975

Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2


Tahun 1977

Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil.


21 Tahun 1977

Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil.


24 Tahun 1977
Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil.
25 Tahun 1977

Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 1


Tahun 1980

Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 8


Tahun 1989

Pekeliling Perkhidmatan Bil. 3 Tahun


1994
PEGAWAI / ANGGOTA YANG LAYAK
DIBAYAR BAYARAN LEBIH MASA
DI BAWAH SSB

Kumpulan Sokongan

[Perenggan B 24(b) Lampiran D6,


Pekeliling Perkhidmatan Bil. 9
tahun 1991, muka surat 1341].
PEGAWAI / ANGGOTA YANG TIDAK
LAYAK DIBAYAR BAYARAN LEBIH MASA
DI BAWAH SSB

Kumpulan Pengurusan & Profesional

Kumpulan Pengurusan Tertinggi

Anggota dalam perkhidmatan Polis,


Penjara, Bomba dan Tentera.

[Perenggan B 24 (b) Lampiran D6,


Pekeliling Perkhidmatan Bil. 9
tahun 1991, muka surat 1341].
BILA BAYARAN LEBIH MASA
BOLEH DIBAYAR

Apabila pegawai/anggota Kumpulan


Sokongan dikehendaki/diarah oleh
Ketua Jabatan/Pejabat bekerja -

Melebihi tempoh masa bekerja


yang ditetapkan (Waktu Bekerja
pejabat atau giliran/pusingan
kerja)
BILA BAYARAN LEBIH MASA
BOLEH DIBAYAR

Pada Hari Rehat Mingguan

Pada Hari Kelepasan Am


KERJA-KERJA YANG MELAYAKKAN
DIBAYAR BAYARAN LEBIH MASA

Kerja-kerja Lebih Masa yang


ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Pejabat
atas kepentingan awam atau
kepentingan perkhidmatan.

Kerja-kerja Lebih Masa tidak boleh


dilakukan secara sewenang-wenang
oleh seseorang pegawai untuk maksud
dibayar Elaun Lebih Masa.
KERJA-KERJA YANG MELAYAKKAN
DIBAYAR BAYARAN LEBIH MASA

Kerja-kerja Lebih Masa itu hendaklah


bagi kerja-kerja bersifat rasmi sahaja,
iaitu menjalankan tugas-tugas bagi
jawatannya atau jabatannya, tetapi
bukan untuk menjalankan tugas-tugas
bersifat peribadi/personalnya.
CORAK / JENIS KERJA YANG LAYAK
DIBAYAR BAYARAN LEBIH MASA

Meliputi jenis tugas seperti


perkhidmatan kaunter,
pemerosesan, penyeliaan dan
pengawasan dengan tertakluk
kepada syarat-syarat kerja seperti
berikut -
Kerja-kerja kecemasan;
CORAK/JENIS KERJA YANG LAYAK
DIBAYAR BAYARAN LEBIH MASA

Kerja mustahak dan tidak boleh


ditangguhkan pada hari
berikutnya oleh sebab
penangguhan itu boleh
memudaratkan perkhidmatan;

Kerja-kerja yang dikehendaki


dibuat oleh anggota melebihi
bidang tugas biasanya;
CORAK/JENIS KERJA YANG LAYAK
DIBAYAR BAYARAN LEBIH MASA

Kerja-kerja yang perlu


diuruskan dalam jangkamasa
yang terhad.

[Perenggan B24, Lampiran


D6, P.P. Bil. 9 Tahun 1991]
JENIS KERJA BAGI LEBIH MASA
(P.A. 12 BAB ‘G’)

Takrif yang berikut akan dipakai bagi


menentukan jenis-jenis kerja yang
boleh dibayar bayaran lebih masa.

“Kerja Siang” bermakna sebarang


giliran bertugas tambahan yang
dikerjakan di antara jam 6 pagi
hingga 10 malam.
JENIS KERJA BAGI LEBIH MASA
(P.A. 12 BAB ‘G’)

“Kerja Malam” bermakna sebarang


giliran bertugas tambahan yang
dikerjakan di antara jam 10 malam
hingga 6 pagi.
JENIS KERJA BAGI LEBIH MASA
(P.A. 12 BAB ‘G’)

“Kerja Kecemasan” bermakna sebarang


tugas yang diistiharkan oleh Ketua Jabatan
sebagai tugas kecemasan yang
memerlukan tenaga pekerja lebih daripada
biasa. Masa seseorang pegawai sedang
bertugas biasa yang diistiharkan sebagai
kecemasan akan dianggap sebagai
termasuk dalam kerja kecemasan.
JENIS KERJA BAGI LEBIH MASA
(P.A. 12 BAB ‘G’)

Lazimnya kerja kecemasan ini ialah bagi


memulihkan semula perhubungan-
perhubungan atau perkhidmatan-
perkhidmatan penting yang terputus atau
terganggu, atau memelihara perhubungan-
perhubungan atau perkhidmatan-
perkhidmatan tersebut daripada terganggu
atau terancam.
JENIS KERJA BAGI LEBIH MASA
(P.A. 12 BAB ‘G’)

Sesuatu kecemasan itu hendaklah dianggap


berakhir bila perhubungan-perhubungan
telah tersambung semula atau
perkhidmatan-perkhidmatan penting telah
berjalan semula, atau apabila kedua-duanya
lepas daripada gangguan atau ancaman.
KADAR BAYARAN LEBIH MASA
(P.A. 13 BAB ‘G’)
Kadar bayaran bagi kerja-kerja di
Perintah Am 12 adalah dikira dengan
mendarab bayaran sejam dengan
gandaan bayaran seperti dalam
Lampiran A. Bayaran sejam bagi
seseorang pegawai adalah diperolehi
dengan membahagi gaji tahunannya
dengan faktor 313 x 8.

[Gaji Pokok x 12 x Jumlah Gandaan]


313 x 8
PEKELILING PERKHIDMATAN
BI. 2 TAHUN 1977

KADAR GANDAAN BAYARAN LEBIH MASA


(P.A. 13)

Berikut ialah kadar gandaan bayaran lebih


masa mengikut jenis kerja lebih masa.
GANDAAN BAYARAN

Hari Bekerja Hari Bekerja Hari Bekerja


Biasa Biasa Biasa

Kerja Siang 1 1/8 kali 1 1/4 kali *1 3/4 kali

Kerja Malam 1 1/4 kali 1 1/2 kali *2 kali

Kerja Kecemasan

Pegawai Sedang
bertugas
Bagi baki masa 1 1/2 kali 1 1/2 kali 1 3/4 kali
Dalam giliran (Siang) Siang) (Siang)

1 3/4 kali 1 3/4 kali 2 kali


(Malam) (Malam) (Malam)
GANDAAN BAYARAN

Hari Bekerja Hari Bekerja Hari Bekerja


Biasa Biasa Biasa

Setelah tamat *1 3/4 kali *1 3/4 kali *1 3/4 kali


giliran (Siang) Siang) (Siang)

*2 kali *2 kali *2 kali


(Malam) (Malam) (Malam)

Pegawai Tiada *1 3/4 kali *1 3/4 kali *1 3/4 kali


Bertugas (Siang) Siang) (Siang)

*2 kali *2 kali *2 kali


(Malam) (Malam) (Malam)

Pegawai boleh mendapat bayaran minima tidak kurang


daripada 2 jam bagi tugas ini, walaupun tugas itu tidak
sampai 2 jam.
PELBAGAI
KETUA JABATAN BOLEH
MENGHENDAKI PEGAWAI BERKHIDMAT
DI LUAR MASA BIASA

Walau apapun perbekalan-perbekalan lain


dalam bab ini, termasuk Perintah-Perintah
Am 3 dan 10, seseorang Ketua Jabatan
atau pejabat boleh menghendaki mana-
mana pegawainya bertugas di luar masa
yang ditetapkan apabila pada
pandangannya ini adalah untuk kepentingan
awam atau kepentingan perkhidmatan.
KETUA JABATAN BOLEH
MENGHENDAKI PEGAWAI BERKHIDMAT
DI LUAR MASA BIASA

Ini termasuklah kehadiran ke pejabat lebih


awal atau tinggal di pejabat lebih lewat
daripada masa yang ditetapkan, atau hadir
di pejabat pada hari-hari minggu atau
kelepasan am.

[PERINTAH AM, 17, BAB ‘G’]


BERKHIDMAT DI LUAR MASA BIASA
(P.A. 17 BAB ‘G’)

Walau apapun perbekalan-perbekalan lain


dalam bab ini, termasuk Perintah-Perintah
Am 3 dan 10, seseorang Ketua Jabatan
atau Pejabat boleh menghendaki mana-
mana pegawainya bertugas di luar masa
yang ditetapkan apabila pada
pandangannya ini adalah untuk kepentingan
awam atau kepentingan perkhidmatan.
BERKHIDMAT DI LUAR MASA BIASA
(P.A. 17 BAB ‘G’)

Ini termasuklah kehadiran di pejabat


lebih awal atau tinggal di pejabat lebih
lewat daripada masa-masa yang
ditetapkan, atau hadir di pejabat pada
hari-hari minggu atau Kelepasan Am.
TINGGAL DI ATAS PANGGILAN
(P.A. 18 BAB ‘G’)

Ketua Jabatan boleh dan akan menentukan


cara-cara giliran tinggal di atas panggilan
di rumah bagi pegawai-pegawai di bawah
jagaannya bila tinggal di atas panggilan
adalah perlu untuk kepentingan
perkhidmatan atau kepentingan awam.
PERMULAAN DAN AKHIR TUGAS
(P.A. 19 BAB ‘G’)

Di mana tempat bekerja adalah jauh


daripada tempat melapurkan diri, pegawai-
pegawai adalah dianggap mulai bekerja di
tempat mereka melapurkan diri dan
dianggap menamatkan kerja di tempat yang
sama.
BAYARAN LEBIH MASA DAN ELAUN-ELAUN
KERANA MENJALANKAN TUGAS RASMI DI
LUAR KAWASAN IBU PEJABAT

[ SURAT JPA(S)63/31 (SV 12) - 15 NOVEMBER 2001 ]

Pegawai berkelayakan adalah boleh


menuntut Bayaran Lebih Masa bersekali
dengan elaun-elaun kerana menjalankan
tugas rasmi di luar kawasan Ibu Pejabat,
seperti Elaun Harian, Elaun Makan, Elaun
Lojing, Elaun Perjalanan Kenderaan dan
sebagainya di bawah Pekeliling
Perbendaharaan Bil. 2/1992 dengan
tertakluk kepada peraturan dan syarat yang
ditetapkan.
MASA DALAM PERJALANAN

Seseorang pemandu yang diarah Bekerja


Lebih Masa di luar kawasan pejabat adalah
layak menuntut bayaran Lebih Masa
termasuk masa perjalanan kerana tugas
memandu adalah tugas hakiki pemandu
berkenaan.
MASA DALAM PERJALANAN
[ SURAT JPA(S)63/31 (SV 12) - 15 NOVEMBER 2001 ]

Bagi seseorang pegawai selain daripada


pemandu, masa perjalanan di luar masa
Kerja boleh dikira sebagai Kerja Lebih
Masa jika tempoh waktu bertugas di luar
kawasan pejabat itu adalah kurang
daripada tempoh 24 jam. Jika tempoh
tersebut melebihi 24 jam, maka seseorang
pegawai tersebut adalah tidak layak
dibayar bayaran Lebih Masa bagi masa
dalam perjalanan.
CUTI GANTIAN

Seseorang pegawai yang tidak


berkelayakan mendapat bayaran kerana
bekerja lebih masa atau sebarang bayaran
khas lain boleh diberi cuti gantian kerana
di panggil bertugas lebih masa pada hari
bekerja biasa, hari cuti am atau kelepasan
mingguan.
CUTI GANTIAN

Cuti Gantian hendaklah sama banyak


dengan masa yang dipanggil bertugas
lebih masa itu.

[ PERINTAH AM, 40, BAB ‘C’ ]


CUTI GANTIAN

Satu hari Cuti Gantian hendaklah


bersamaan 9 jam kerja-kerja lebih
masa, sama ada diberi pada hari
bekerja penuh atau pada hari bekerja
separuh.
BAYARAN LEBIH MASA DI GANTI
DENGAN CUTI GANTIAN

Ketua Jabatan boleh dengan


budibicaranya untuk memberi Cuti
Gantian kepada pegawai yang memohon
supaya kerja-kerja lebih masa yang telah
dilakukannya digantikan dengan Cuti
Gantian tertakluk kepada kepentingan
awam atau kepentingan perkhidmatan.
BAYARAN LEBIH MASA DI GANTI
DENGAN CUTI GANTIAN

Ketua Jabatan tidak boleh memaksa


seseorang pegawai untuk diberi Cuti
gantian bagi Bayaran Lebih Masa yang
dilayakinya.
HAD TUNTUTAN BAYARAN LEBIH MASA

Ketua Jabatan/Pejabat hendaklah


mentadbir kerja-kerja Lebih Masa supaya
jumlah tuntutan Bayaran Lebih Masa
dalam sebulan bagi seseorang pegawai/
kakitangan itu tidak melebihi 1/3 daripada
gaji bersih bulanannya.

[P.P. Bil. 2/1977 – Perenggan 9 Lampiran D,


S.P.P. Bil. 1/1980)]
HAD TUNTUTAN BAYARAN LEBIH MASA
MELEBIHI 1/3 DARIPADA SEBULAN GAJI
SESEORANG PEGAWAI

Pegawai/kakitangan boleh diberi Bayaran


Lebih Masa yang jumlahnya melebihi 1/3
daripada gaji bulanan dengan syarat-syarat
berikut -
HAD TUNTUTAN BAYARAN LEBIH MASA
MELEBIHI 1/3 DARIPADA SEBULAN GAJI
SESEORANG PEGAWAI

Semua pekerja yang terlibat dalam


sesuatu urusan di tempat yang sama
telah menjalankan kerja lebih masa
yang melibatkan pelangkauan had 1/3
daripada gaji bersih bulanan.
HAD TUNTUTAN BAYARAN LEBIH MASA
MELEBIHI 1/3 DARIPADA SEBULAN GAJI
SESEORANG PEGAWAI

Pekerja yang tidak mahu membuat


kerja-kerja lebih masa telah membuat
pengakuan sebegitu dengan surat.

Sesuatu keadaan yang difikirkan sangat-


sangat munasabah tetapi terkeluar
daripada panduan di atas.
HAD TUNTUTAN BAYARAN LEBIH MASA
MELEBIHI 1/3 DARIPADA SEBULAN GAJI
SESEORANG PEGAWAI

Tuntutan hendaklah dipersijilkan oleh


Pegawai Tingkatan tertinggi dalam
Kumpulan A.

[ S.P.P. Bil. 21/1977]


HAD TUNTUTAN BAYARAN LEBIH MASA
MELEBIHI 1/3 DARIPADA SEBULAN GAJI
SESEORANG PEGAWAI

Bayaran Elaun Lebih Masa kepada Drebar


Menteri / Timbalan Menteri adalah tidak
terhad kepada 1/3 daripada sebulan gajinya.

[ S.P.P. Bil. 24/1977]


TUNTUTAN LUAR KAWASAN PEJABAT

Bagi seseorang pegawai yang bertugas di


luar kawasan pejabatnya, maka kadar
tuntutan bayaran Lebih Masa hendaklah
dikira berdasarkan Waktu Bekerja dimana
terletaknya kawasan pejabat seseorang
pegawai berkenaan.
BAYARAN LEBIH MASA SEBENAR

Bayaran Lebih Masa dibayar berdasarkan


Masa Kerja Lebih Masa yang sebenar
telah dilakukan oleh seseorang pegawai
tidak termasuk masa tidak menjalankan
tugas seperti rehat, makan dan masa
sembahyang.
BAYARAN LEBIH MASA SEBENAR

Masa Rehat bagi seseorang pegawai yang


menjalankan tugas pada Masa Rehat
hendaklah diganti pada hari yang sama.

Sekiranya masa Rehat tersebut tidak


dapat diganti pada hari yang sama
pegawai boleh dibayar Bayaran Lebih
Masa.
TUNTUTAN HARI KELEPASAN AM
(WAKTU BEKERJA GILIRAN)

Jika hari giliran bertugas seseorang


pegawai jatuh pada Hari Kelepasan Am
maka seseorang pegawai layak menuntut
Bayaran Lebih Masa atas kadar Hari
Kelepasan Am bagi tempoh Waktu
Bekerja pada hari tersebut.
PENUNDAAN HARI KELEPASAN AM
(WAKTU BEKERJA GILIRAN)

Jika Hari Rehat Mingguan yang telah


ditetapkan bagi seseorang pegawai
bekerja giliran jatuh pada Hari Kelepasan
Am, maka Hari Kelepasan Am bagi
seseorang pegawai tersebut itu ditunda
pada hari bekerja berikutnya.
TUNTUTAN LEBIH MASA
(PEMANDU)

Seseorang pemandu tidak layak


menuntut Bayaran Lebih Masa sekiranya
menjalankan tugas yang tidak berkaitan
dengan tugas rasmi jabatan atau tugas
rasmi pegawai yang dibawanya.
TUNTUTAN LEBIH MASA
(PEMANDU)

Masa menunggu di luar Masa kerja bagi


seseorang pemandu kerana menjalankan
tugas rasmi jabatannya atau tugas rasmi
pegawai yang dibawanya adalah dikira
sebagai Kerja Lebih Masa. Walau
bagaimanapun Ketua jabatan hendaklah
memastikan bahawa tempoh menunggu
itu adalah munasabah.
TUNTUTAN LEBIH MASA
(PEMANDU)

Seseorang pemandu tidak layak


menuntut bayaran Lebih Masa bagi masa
perjalanannya dari rumah ke pejabat atau
ke tempat melapor diri untuk bertugas
dan sebaliknya.
TUNTUTAN LEBIH MASA
(PEMANDU)

Seseorang pemandu layak menuntut


bayaran Lebih Masa bagi masa
perjalanannya dari rumah pegawai ke
pejabat atau sebaliknya.
KURSUS, SEMINAR, BENGKEL DAN
SEUMPAMANYA

Peserta-peserta Kursus, Seminar,


Bengkel dan seumpamanya tidak layak
menerima bayaran Lebih Masa atau Cuti
Gantian, walaupun ia melibatkan kerja-
kerja Lebih masa dalam tempoh kursus,
seminar dan bengkel tersebut.
LEBIH MASA BAGI PEGAWAI YANG MENANGGUNG
KERJA
(PEKEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 10
TAHUN 1997)

Pegawai yang sedang menerima Elaun


Tanggungan Kerja adalah layak diberi
Bayaran Lebih Masa dengan syarat
ditolak 2 jam dari tempoh Waktu Bekerja
Lebih Masa yang telah dijalankan.

You might also like