You are on page 1of 5

Hukum mandi Wajib

Mandi wajib ataupun mandi junub adalah diwajibkan ke atas orang Muslim
untuk membersihkan dirinya daripada hadas besar.

[sunting] Perkara-perkara Yang Membawa Kepada Mandi Wajib

Seorang Muslim perlu mengerjakan mandi wajib dalam keadaan berikut :

 melakukan persetubuhan (bertemu dua khitan) apabila zakar


dimasukkan ke dalam faraj walaupun tidak keluar air mani.
 jika keluar air mani walaupun zakar tidak dimasukkan ke dalam
faraj.
 Keluar air mani kerana bermimpi (wet dream)
 Mati
 Masuk Islam orang yang sebelumnya kafir.

Dari Qais bin Ashim, ia menceritakan bahawa ketika ia masuk Islam,


Nabi SAW menyuruhnya mandi dengan air dan bidara (HR. At
Tirmidzi no. 602 dan Abu Dawud no. 351, disahihkan oleh Syeikh
Albani dalam Irwaa’ul Ghalil no. 128)
 Keluar darah haid

“Jika datang haid, maka tinggalkan solat. Dan jika telah lewat, maka
mandi dan Solatlah” (HR. Al Bukhari no. 320, Muslim no. 333, Abu
Daud no. 279, At Tirmizi no. 125 dan An Nasa’i I/186)”
 Nifas
 Melahirkan anak (Wiladah)

[sunting] Rukun Mandi Wajib

Rukun Mandi ada tiga perkara meliputi

 Niat dengan tujuan membezakan ibadat dan adat. Niat ini sekadar
dilafazkan di dalam hati dan tidak perlu dilafazkan secara zahir
(secara lisan)
 Menghilangkan kotoran dan najis pada badan.
 Meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir termasuk segala
lipatan-lipatan badan. (Sayyid Sabiq, Fiqh Sunnah)

[sunting] Niat Mandi Wajib


Niat mandi wajib secara ringkasnya adalah "Sahaja aku mandi wajib
kerana Allah Taala." Niat itu hendaklah disertakan ketika air sampai ke
bahagian anggota badan.

Untuk wanita yang mandi wajib kerana hadas haid, niat mandi wajib
adalah "Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala." manakala
bagi wanita yang habis nifas, niat mandi wajib ialah: "Sahaja aku
mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala".

Niat mandi wajib hendaklah dilafazkan apabila mula terkena air kepada
mana-mana bahagian anggota mandi. Sekiranya niat dilafazkan selepas dia
telah membasuh anggota badannya, mandi wajibnya tidak sah dan dia
mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air ke
seluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke
badan, niat itu juga tidak sah dan dia mestilah memulakan kembali niatnya
ketika dia mula menyampaikan air ke seluruh anggota badannya.

Orang yang tidak berniat mandi wajib tidak memenuhi rukun mandi wajib
dan dengan itu tidak boleh dikatakan telah mengerjakan mandi wajib. Dia
hanya sekadar mengerjakan mandi biasa (mandi adat), dan masih terikat
dengan larangan yang dikenakan ke atas orang yang berhadas besar.

[sunting] Cara Mandi Wajib

Mandi wajib hendaklah dikerjakan menggunakan menggunakan air mutlak


iaitu air yang suci lagi menyucikan, dan tidak sah jika menggunakan air
yang bukannya air mutlak.

Cara mandi wajib paling afdal sekiranya mengikut sunnah Rasulullah


SAW. Berdasarkan hadis dari Aisyah ra.,

“Dahulu, jika Rasulullah SAW hendak mandi janabah (junub), beliau


membasuh kedua tangannya. Kemudian menuangkan air dari tangan kanan
ke tangan kirinya lalu membasuh kemaluannya. Lantas berwuduk
sebagaimana berwuduk untuk solat. Lalu beliau mengambil air dan
memasukkan jari-jemarinya ke pangkal rambut. Hingga beliau
menganggap telah cukup, beliau tuangkan ke atas kepalanya sebanyak 3
kali tuangan. Setelah itu beliau guyur seluruh badannya. Kemudian beliau
basuh kedua kakinya”

(HR. Al Bukhari dan Muslim)


Cara mandi wajib yang paling baik adalah mengikut cara yang
diriwayatkan oleh Imam At-Tirmizi.

1. Membaca bismillah sambil berniat untuk mengangkat hadas besar .


2. Membasuh tangan sebanyak 3 kali.
3. Membasuh alat kelamin dari kotoran dan najis.
4. Mengambil wuduk sebagaimana biasa kecuali kaki. Kaki dibasuh
selepas mandi nanti.
5. Membasuh keseluruhan rambut di kepala.
6. Membasuh kepala berserta dengan telinga sebanyak 3 kali dengan 3
kali menimba air.
7. Menjirus air ke seluruh bahagian badan di sebelah lambung kanan
dari atas sampai ke bawah.
8. Menjirus lambung kiri dari atas sampai ke bawah.
9. Menggosok bahagian-bahagian yang sulit seperti pusat, ketiak, lutut
dan lain-lain supaya terkena air.
10.Membasuh kaki.

Jika dia mandi dengan menggunakan “shower”, tidak perlu tiga kali,
memadai telah yakin air telah meratai seluruh badan dari kepala ke hujung
jari.

Untuk wanita pula, oleh kerana rambut wanita lebih panjang, maka
disunatkan diuraikan rambut. Jika rambut seseorang itu ditocang atau
disanggul, sekiranya tak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul
hendaklah dibuka untuk membolehkan air sampai.

Seseorang itu elok memakai kain hingga ke lutut seperti yang diajarkan oleh
Rasulullah s.a.w.

[sunting] Najis Di Badan

Jika ada najis dibadan, najis itu boleh dibasuh serentak dgn mandi wajib
iaitu membasuh najis dgn mandi wajib itu boleh disekalikan (Imam
Nawawi) untuk memenuhi rukun kedua mandi wajib.

[sunting] Keperluan Mengambil Wuduk

Seseorang yang telah mengerjakan mandi wajib tidak perlu mengambil


wuduk semula untuk mengerjakan solat dengan syarat dia tidak melakukan
perkara yang membatalkan wuduk selepas dia mengerjakan mandi wajib.
Jika terbatal, dia perlu hanya mengambil semula wuduknya sahaja.

[sunting] Sunat-Sunat Mandi Wajib

Pada masa mandi kita disunatkan menghadap kiblat, membaca bismillah,


membasuh tangan, mengambil wuduk, mengosok-gosok seluruh badan,
tertib dan muwalat, iaitu berturut tanpa putus.

Bagi wanita yang mandi disebabkan haid dan nifas, disunatkan


menggunakan perfume selepas mandi (afterbath perfume) supaya harum
dari bau darahnya.

[sunting] Perkara Berkaitan

[sunting] Melewatkan Mandi Wajib

Mandi wajib boleh ditunda dari malam sehingga siang. Dengan itu,
pasangan yang berjimak boleh melewatkan untuk mandi wajib sehingga
pagi dan mengerjakan mandi wajib sejurus sebelum mengerjakan solat
subuh, tetapi pasangan itu disunatkan berwuduk sebelum tidur jika ingin
melewatkan mandi wajib mereka hingga ke pagi.

Orang yang melewatkan mandi wajibnya juga tidak membatalkan puasa


dan boleh terus berpuasa, dan puasanya tetap sah selagi mana dia tidak
membatalkan puasanya.

Seseorang itu boleh melewatkan mandi wajib sebelum solat. Setelah masuk
waktu solat, ia wajib mandi sebelum boleh menunaikan solat.

[sunting] Ragu-ragu

Jika seorang yang mengerjakan solat tetapi ragu-ragu apakah sama ada ia
sudah mandi wajib atau belum, maka seluruh solat yang telah
dikerjakannya (selama itu) adalah sah, dan untuk solat-solat berikutnya ia
harus mandi wajib dahulu.

[sunting] Dan Jika Tiada Air (Atau Mudarat Tidak Boleh Terkena Air)

Menurut Syeikh al-Islam Ibn Taimiyah rh. (Majmu' Fatawa, 21/396) jika
terdapat sebab untuk melakukan tayammum, seperti ketiadaan air, atau
tidak dapat menggunakannya akibat sakit, maka tayammum akan
menggantikan wuduk dan mandi wajib. Maka seseorang yang junub
hendaklah bertayammum lalu bersolat, kemudian apabila ada air
(diperbolehkan menggunakan air untuk yang mduarat), maka hendaklah
mandi menghilangkan janabahnya tersebut.

Dariapda Imraan ibn Hussain ra. "bahawa Rasulullah saw melihat seorang
lelaki yang menjauhkan diri dan tidak bersolat dengan kaumnya, maka
baginda berkata : Ya siFulan, apa yang menghalang kamu dari tidak
bersolat dengan kaummu? Dia menjawab : Ya Rasulullah, saya dalam
keadaan junub, dan tiada air. Baginda berkata : Kamu hendaklah
menggunakan tanah yang bersih, kerana ia mencukupi untukmu..... di
dalam riwayat lain Nabi saw menjumpai air dan memberinya kepada orang
yang telah menjadi junub tersebut, dan berkata : pergilah siram ini keatas
dirimu." [Hadith riwayat al-Bukhari #344 dan #348].

Diambil daripada "http://ms.wikipedia.org/wiki/Mandi_wajib"

You might also like