P. 1
Pakaian tradisi

Pakaian tradisi

4.78

|Views: 102,649|Likes:
Published by areziezi
Pakaian tradisional rakyat Malaysia spt. Melayu, Cina ,India & etnik lain.
Pakaian tradisional rakyat Malaysia spt. Melayu, Cina ,India & etnik lain.

More info:

Published by: areziezi on Jul 31, 2008
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

07/28/2013

pdf

text

original

PAKAIAN TRADISIONAL

Baju kebaya
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Lompat ke: navigasi, gelintar Baju Kebaya adalah pakaian tradisional yang dikenakan oleh wanita Indonesia dan Malaysia yang dibuat dari kain kasa yang dikenakan dengan sarung, batik, atau pakaian tradisional yang lain seperti songket dengan motif warna-warni. Dipercayai kebaya berasal daripada kaum Cina yang berhijrah ke Nusantara ratusan tahun yang lalu. Lalu menyebar ke Melaka, Jawa, Bali, Sumatera, dan Sulawesi. Setelah penyesuaian budaya yang berlangsung selama ratusan tahun, pakaian itu diterima oleh penduduk setempat. Sebelum tahun 1600 di Pulau Jawa, kebaya adalah pakaian yang hanya dikenakan oleh golongan keluarga kerajaan di sana. Selama zaman penjajahan Belanda di Pulau ini, wanitawanita Eropah mula mengenakan kebaya sebagai pakaian rasmi. Saban hari, kebaya diubah dari hanya menggunakan barang tenunan mori menggunakan sutera dengan sulaman warnawarni. Pakaian yang mirip yang disebut "nyonya kebaya" diciptakan pertama kali oleh orang-orang Peranakan daripada Melaka. Mereka mengenakannya dengan sarung dan kasut cantik bermanik-manik yang disebut "kasut manek". Kini, nyonya kebaya sedang mengalami pembaharuan, dan juga terkenal dalam kalangan wanita bukan asia. Terpisah daripada kebaya tradisional, ahli fesyen sedang mencari cara untuk memodifikasi desain dan membuat kebaya menjadi pakaian yang lebih moden. Kebaya yang dimodifikasi boleh dikenakan dengan seluar jeans.

Baba dan Nyonya
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

(Dilencongkan dari Peranakan) Lompat ke: navigasi, gelintar Baba dan Nyonya adalah segolongan keturunan kaum Cina yang unik kedudukannya di kalangan kaum Cina yang terdapat di Negeri-negeri Selat, Tanah Melayu (kini sebahagian Malaysia), khususnya di negeri Melaka. Bagaimanapun, sebahagian mereka enggan mengakui bahawa mereka adalah orang Cina tetapi sebaliknya mendakwa bahawa mereka adalah rakyat British dan amat berbangga dengan kedudukan ini. Tambahan pula, mereka mengeji pendatang-pendatang Cina yang baru, [1] dan mempunyai kelab tersendiri yang tidak membenarkan pendatang-pendatang Cina masuk. Mereka memanggil diri mereka sebagai "Baba" atau "Peranakan" kerana kebudayaan mereka, yang berasal daripada warisan tradisi Cina, mempunyai unsur-unsur pengaruh kebudayaan Melayu. Penyesuaian dan resapan budaya mereka terhadap suasana sosio-budaya di persekitaran mereka di zaman silam, iaitu

melalui perkahwinan campur yang berlaku di antara kaum-kaum Cina dan Melayu, adalah punca utama mengapa generasi-generasi seterusnya memanggil mereka sebagai "Baba". Dari segi anutan, kebanyakannya masih mengekalkan agama Buddha, namun telah ramai yang memeluk agama lain seperti Islam atau Kristian

Batik
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: navigasi, gelintar Batik merujuk kepada hiasan kain dengan menggunakan pelbagai warna dan corak. Teknik Batik telah diketahui lebih sedekad (millennium), kemungkinannya berasal dari Mesir kuno atau Sumeria. Ia terdapat di beberapa negara di Afrika Barat seperti Nigeria, Cameroon dan Mali, atau di Asia, seperti India, Sri Lanka, Bangladesh , Iran, Thailand, Indonesia, dan Malaysia. Kata Batik berasal dari kata Jawa "amba" yang bermakna menulis dan kata Melayu "titik". Batik merujuk kepada kain yang mempunyai corak yang terang dan menarik. Batik terdapat dalam pelbagai bentuk, antaranya adalah batik tulis, batik skrin, batik celup, dan batik terap. Batik adalah kemahiran yang memiliki nilai seni tinggi dan telah menjadi sebahagian dari budaya dunia terutama di alam Melayu dan khususnya Jawa, sejak lama yang merangkumi negara ASEAN, tetapi turut juga terdapat di negara-negara lain pada masa kini. Sesetengahnya merupakan pengaruh dari alam Melayu seperti di Belanda [1], sementara yang lain merupakan tradisi yang sedia ada di kawasan tersebut. Pada masa kini terdapat corak-corak baru yang dikenali sebagai batik moden bagi memenuhi cita rasa pengguna yang sentiasa berubah-ubah, tetapi batik tradisi turut dihasilkan disamping itu.

Kopiah
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: navigasi, gelintar

Seorang lelaki Amerika memakai kopiah Dalam Islam, kopiah atau juga dikenali sebagai ketayap merujuk kepada sejenis penutup kepala. Menutup kepala bagi lelaki hukumnya sunat, dan memakai kopiah adalah salah satu cara yang mudah. Ia adalah sunat dan juga merupakan sunnah Rasulullah SAW. Selalu juga pemakaian kopiah dikenakan di dalam lilitan serban, iaitu dengan cara melilitkan serban pada kopiah. Oleh

kerana ia adalah satu sunnah, pemakaian kopiah merupakan amalan yang meluas yang terdapat di kesemua negara-negara Islam. Dengan ini, pemakaian kopiah adalah berbeza dengan penutup kepala yang lain seperti songkok, bandana, topi dan penutup kepala yang lain yang hanyalah dianggap sunat, tetapi bukannya satu sunnah.

Sarung
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Lompat ke: navigasi, gelintar Sarung ialah sehelai besar kain yang lazimnya dipakai mengelilingi pinggang bagaikan skirt oleh lelaki dan wanita di kebanyakan kawasan Asia Selatan dan Asia Tenggara, beberapa tempat di Afrika, serta kebanyakan pulau-pulau Pasifik. Kain ini lazimnya berwarna terang atau dicetak dengan corak yang rumit, banyak berlukiskan haiwan atau tumbuh-tumbuhan, corak berpetak atau geometrik, atau menyerupai kesan ikat celup. Sarung juga digunakan sebagai hiasan dinding dan bentuk pakaian yang lain, seperti selendang, buaian dodoi, gaun atau baju. Teknik mencelup warna batik banyak dikaitkan dengan penghasilan sarung. Dari segi penggunaan yang lebih tepat, "sarung" merujuk kepada alas bahagian bawah badan orang Melayu, tanpa mengira lelaki atau wanita. Perkataan ini berasal dari perkataan India sari. Sarung terdiri daripada sehelai kain selebar satu ela dan sepanjang dua setengah ela.. Pada pusat helaian ini, merentasi lebarnya, sebidang warna atau corak kontras selebar satu kaki ditenun atau dicelup pada bahagian kain yang dikenali sebagai "kepala" sarung. Kain ini dijahit pada sisi yang lebih sempit untuk membentuk satu gulung. Seseorang memijak kakinya dalam gulung ini, menaikkan sisi atas kain ke atas paras pusat badan (kelepet kain mestilah sama aras dengan buku lali), memastikan posisi kepala di pusat belakangnya, dan melipat bahagian kain yang belum dilipat dari kedua-dua sisi ke pusat hadapannya di mana sisi kain itu bertindihan, dan mengemaskan sarung dengan menggulungkan kelepet atasnya meliputi kain ini. Lelaki Melayu lazimnya memakai sarung yang ditenun dengan corak berpetak-petak (songket), manakala wanita kaum memakai sarung yang dicelup dengan kaedah batik dengan, misalnya, motif bunga, dan berwarna terang Sarung ini biasa dipakai kaum wanita dalam acara formal bersama baju kebaya. Lelaki Melayu memakai sarung di khalayak umum hanya apabila menghadiri sembahyang Jumaat di masjid, namum sarung masih amat biasa dipakai dalam rumah oleh lelaki dan wanita pelbagai kaum dan agama di Brunei, Indonesia dan Malaysia.

Songket
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Lompat ke: navigasi, gelintar

Songket kini dipelbagaikan kegunaanya Songket merupakan sejenis kain yang biasanya ditenun tangan, dan mempunyai corak rumit benang emas atau perak. Perkataan songket bermaksud membawa keluar atau menarik benang daripada kain atau menenun menggunakan benang emas dan perak. Dari segi sejarah, ia hanya dipakai golongan bangsawan - keluarga kerabat diraja dan orang besar negeri. Kehalusan tenunan dan kerumitan motif corak songket ketika itu menggambarkan pangkat dan kedudukan tinggi seseorang pembesar. Ia telah terkenal di Malaysia dan Indonesia sejak abad ke-13 yang lampau. Songket punya nilai sejarah yang tinggi sebagai fabrik warisan agung. Selain mengangkat martabat si pemakai, motif dan warna tenunan songket melambangkan kedudukan seseorang.

Songkok
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Lompat ke: navigasi, gelintar

Sukarno memakai songkok

Gambar rejimen askar Melayu memakai songkok ketika latihan Songkok merupakan sejenis topi tradisional bagi orang Melayu. Songkok juga dipakai sebagai pelangkap kepada baju Melayu yang dipakai untuk menghadiri majlis-majlis tertentu. Songkok ini popular bagi masyarakat melayu di Malaysia, Singapura, Indonesia dan selatan Thailand. Songkok ini dikatakan berasal daripada orang Indonesia yang beragama Islam dalam bentuk seakan-akan fez dan kebanyakannya dihasilkan dalam warna hitam. Di Indonesia, songkok juga dikenali dengan nama peci. Di Indonesia, songkok menjadi pemakaian kepala yang rasmi yang dipopularkan oleh Sukarno. Songkok dipakai oleh rakyat Indonesia bagi majlis-majlis rasmi seperti upacara perkahwinan atau cuti-cuti keagamaan seperti cuti hari Aidil Fitri dan Aidil Adha. Bagi kalangan orang Melayu, songkok menjadi pemakaian kepala yang rasmi ketika menghadiri uparaca-upacara rasmi seperti upacara perkahwinan, solat jumaat, upacara keagaamaan dan sewaktu menyambut Hari Raya Puasa dan Hari Raya Qurban. Songkok juga dipakai oleh tentera dan polis Malaysia dan Brunei pada upacara-upacara tertentu

Orang Cina
Pakaian : Cheongsam, Sam Fu..

Orang India
Pakaian : Sari, serban, kurta, dhoti, sarung..

Iban

Kanak-kanak perempuan Iban berpakaian dalam pakaian penuh (wanita) Iban semasa upacara Gawai di Debak, rantau Betong, Sarawak

PAKAIAN TRADISIONAL JOHOR Baju Riau
Baju berbelah ini seakan-akan kebaya pendek. Baju Riau juga disebut 'Engku Puteri atau Raja Hamidah' puteri pada Raja Haji iaitu Yang Dipertuan Muda Riau yang kelima dari keturunan Bugis

[sunting] Baju Belah Kebaya Panjang
Walaupun wanita Johor terkenal dengan baju kurung, tetapi dalam acara majlis, mereka muncul juga dengan memakai kebaya, sebagai warisan daripada Kerajaan Johor-Riau. Pola baju belah panjang ini masih bersifat ‘mengurungkan’ anggota badan. Secara tradisi potongannya labuh sehingga buku lali. Cuma bezanya ianya berbelah dan berpesak di hadapan baju ini, umumnya dipakai sebagai pakaian di luar rumah atau upacara rasmi. Baju belah panjang ini terkenal di Melaka, Perak, Selangor dan Kedah-Perlis. Baju kurung belah ini kemudiannya dikenali sebagai ‘baju panjang’ dan ‘kebaya panjang’. Tradisi ini berkembang menjadi kebaya dan bertangan panjang berpesak lurus di hadapan, berkekek dan berbelah dada yang ditutup dengan kancing atau kerongsang tiga.

[sunting] Baju Melayu Cekak Musang

Baju Melayu ialah pakaian tradisional lelaki melayu. Istilah Cekak Musang ini berhubung langsung dengan pola lingkaran leher baju, tengkuk ‘cekak’ tinggi atau leher tegak empang leher. Pengertian ‘cekak musang’ merakamkan imej alami untuk leher baju yang bercekak tinggi berdiri (2.5cm) melingkari leher. Ukuran ditentukan oleh lingkaran (bulat) yang dibuat dengan ibu jari lain yang bertemu hujungnya. Baju ini mula dipakai di Johor ketika pemerintahan Sultan Ibrahim Ibni Sultan Abu Bakar.

[sunting] Baju Teluk Belanga
Baju ini mula di perkenalkan di Teluk Belanga, Singapura dan tersebar luas sebagai ciri khas johor khususnya pada abad ke-19. Ia juga dikatakan sejenis pakaian lelaki yang dikatakan telah direka oleh Sultan Abu Bakar pada tahun 1866 untuk meraikan perpindahan ibu negeri Johor dari Teluk Belanga di Singapura ke Johor Bahru. Walau bagaimanapun istilah ini akhirnya menjadi ciri khas masyarakat Melayu hingga disebut selengkapnya ‘Baju Melayu’.

[sunting] Baju Kurung
Baju kurung dianggap popular dan dipakai oleh lelaki dan perempuan. Perbezaannya terletak pada bahagian kocek iaitu lelaki mempunyai tiga kocek manakala perempuan mempunyai satu kocek serta perbezaan daripada segi pemakaian. Pengertian kurung secara tidak langsung telah membawa erti ‘mengurung atau menutup’ anggota tubuh. Cara ini menepati konsep pakaian cara Melayu setelah kedatangan Islam, sehinggalah istilah ‘kurung’ diertikan sebagai baju yang selesa dan longgar, labuh atau panjang. Sehingga disebut dengan berbagai-bagai nama misalnya ‘baju kurung bernyawa’ walaupun mempunyai pelbagai nama namun baju kurung telah menampilkan ciri-ciri tersendiri.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->