You are on page 1of 2

NOVEL SETEGUH KARANG

1103/2 (KAJIAN TEKS)

SINOPSIS

Novel ini mengisahkan ketabahan hati seorang gadis dalam mengharungi liku-liku kehidupan
setelahkematian kedua-dua ibu bapa mereka. Gadis yang dimaksudkan itu ialah Awanis. Awanis ialah
seorang penuntut diITM, Cawangan Arau, Perlis dalam bidang Pengurusan Ladang. Awanis mempunyai
seorang kakak yang bernamaMaysarah dan seorang adik angkat iaitu Anita. Mereka dijaga oleh bapa
saudaranya, Pak Oni setelah ibu bapa merekaterkorban dalam nahas jalan raya.

Kak Maysarah menjadi pemurung dan tidak bersemangat untuk hidup kerana tidak dapat
menerimakenyataan kematian ibu bapanya dan menganggap dialah punca segalanya. Hal ini
menyebabkan Anita berasa amatsunyi kerana tiada sesiapa yang dapat diajak berbual kerana Awanis
jarang-jarang berada di rumah kerana masih belajar di ITM.

Awanis menjalani latihan praktikal di Hulu Paka, Terengganu. Di sana, Awanis telahmenumpang di
rumahKak Nor yang agak sesak dengan kerenah anak-anaknya serta sikap suami Kak Nor yang pendiam.
Hal ini agakmerimaskan Awanis. Namun begitu, Awanis dapat menyesuaikannya dan mampu membantu
Kak Nor melakukan kerja-keraja di dapur.

Di Pejabat Pertubuhan Peladang Hulu Paka, Awanis menghadapi beberapa masalah dengan
beberapakakitangan pejabat itu yang selalu mengambil tahu tentang hal peribadinya seperti Kak Sofia
dan Kak Maznah. Awanisjuga sering berkonflik dengan penyelianya, Encik Johari yang selalu
membulinya. Awanis juga sempat berkenalandengan Wan Asri yang sering membantu dan mengajaknya
bersiar-siar di sekitar Terengganu pada hujung minggu.

Di ladang kelapa sawit, Awanis sering dimarahi dan dicabar oleh Encik Johari supaya melakukan kerja-
kerjaseperti yang dilakukan oleh seorang lelaki. Namun, Awanis dapat melakukannya dengan sebaik
mungkin keranaAwanis memang seorang yang pantang dicabar. Awanis juga sempat berkenalan dengan
seorang buruh remajaIndonesia yang bernama Budi. Namun, hayat Budi tidak panjang kerana dia
meninggal duniadipatuk oleh seekor ular hitam.

Semasa di pejabat, Awanis mendapat panggilan telefon daripada Anita yang memarahinya dan
menangiskerana menganggap Awanis cuba menipunya iaitu tidak menceritakan hal sebenar tentangnya.
Anita mengetahuibahawa dirinya hanya anak angkat keluarga Awanis. Kak Maysarah mendedahkan
rahsia tersebut setelah berlakupertengkaran antara dia dengan Anita. Oleh itu, Awanis telah meminta
kebenaran daripada pengurus ladang, EncikBasri agar membenarnya menamatkan praktikalnya lebih
awal untuk menyelesaikan masalah keluarganya. Permohonan Awanis diluluskan.

Di rumahnya, Awanis memarahi Kak Maysarah kerana Kak Maysarah sudah melampau kerana
menghalaukeluar Anita dari rumah. Awanis pergi mendapatkan Anita yang tinggal di rumah Cikgu
Rushda bagi mencari keluargakandung Anita. Tetapi sayang, keluarga kandung Anita (Swee Ling) iaitu
Encil Lee dan Puan Mary enggan menerimaAnita kerana masih menganggap Anita sebagai pembawa sial
dan sudah pasti perniagaannya akan merosot. Hal initelah mengecewakan Anita dengan sikap ibu
bapanya itu. Pada keesokannya, Awanis pulang ke rumah dan bergaduhdengan Kak Maysarah dan
bertindak meninggalkan rumah.

Setelah dua minggu Awanis di kampus, dia mendapat panggilan kecemasan bahawa Kak maysarah
telahterlantar di hospital kerana menelan pil tidur berlebihan. Awanis bersama Anita pergi melawat Kak
Maysarah dihospital. Awanis menegur perbuatan kakaknya itu yang menyalahi ajaran agama. Kak
Maysarah amat menyesal dengantindakannya selama itu. Di hospital, Kak Maysarah, Awanis, dan Anita
saling bermaafan dan berjanji akan hidupbahagia seperti dahulu. Namun, Anita tidak mahu lagi tinggal
sebumbung dengan mereka kerana dia mahu hidup berdikari.

You might also like