You are on page 1of 11

PENYAKIT TIDAK BERJANGKIT

-Penyakit yang tidak memerlukan perantaraan


atau vektor.
- Penyakit ini berpunca daripada keturunan
(genetik) dan gaya hidup
KARIES GIGI

• Karies gigi ialah masalah gigi berlubang


• Berlaku akibat tindak balas antara bakteria
dengan makanan bergula di permukaan gigi.
• Asid yang terhasil dalam tindak balas ini
melembutkan lapisan enamel gigi.
• Seterusnya bakteria dapat memasuki lapisan
dentin gigi dan menyebabkan gigi berlubang.
CARA MENCEGAH
• Berus gigi dengan betul.
• Flos gigi.
• Amalkan pemakanan seimbang.
• Kurangkan pengambilan gula harian.
• Buat pemeriksaan gigi secara berkala,setiap
enam bulan sekali.
DIABETES
• Terjadi apabila kandungan gula di dalam darah
adalah tinggi.
• Keadaan ini berlaku kerana tubuh kita kurang
mengeluarkan hormon insulin.
• Hormon ini bertugas mengawal kandungan gula
dalam darah.
• Penyakit ini boleh menyebabkan
• - luka kita lambat sembuh.
• - penglihatan menjadi kabur dan seterusnya
buta.
CARA MENCEGAH
• Kekalkan berat badan unggul.
• Amalkan pemakanan seimbang.
• Amalkan gaya hidup aktif.
PENYAKIT JANTUNG
• Terjadi apabila otot jantung tidak dapat
mengepam dan mengedarkan darah ke
seluruh tubuh.
• Kejadian ini disebabkan saluran darah jantung
tersumbat.
• Kesannya, pesakit berasa amat sakit seolah-
olah ada sesuatu yang mencengkam di
bahagian dada.
CARA MENCEGAH
• Bersenam secara teratur, sekurang-kurangnya
20 minit, tiga kali seminggu.
• Pilih makanan rendah lemak atau hasil tenusu
tanpa lemak.
• Jauhkan diri daripada gejala tidak sihat.
PENYAKIT BUAH PINGGANG
• Terjadi apabila buah pinggang gagal berfungsi
untuk membersihkan darah.
• Kegagalan ini disebabkan jangkitan kuman,
keracunan, dan penggunaan ubat yang tidak
mengikut arahan.
• Kesannya, pesakit akan hilang selera makan,
berasa mual, serta kelihatan lemah.
CARA MENCEGAH
• Amalkan pemakanan seimbang.
• Kekalkan berat badan unggul.
• Minum air secukupnya, sekurang-kurangnya
lapan gelas sehari.
• Bersenam secara konsisten.
• Amalkan membuat pemeriksaan kesihatan
secara berkala dan tetap.
PENCEGAHAN PENYAKIT-PENYAKIT TIDAK
BERJANGKIT
• Bersenam dan bersukan
• Makan makanan seimbang.
• Memeriksa kesihatan secara berkala dan
tetap.

You might also like